Followers

Monday, 31 March 2014

06:04

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

06:04AM, Shahab Perdana. 

Rutin mingguan isnin kami. Seperti biasa. Bangn jam 5, siap dan datang sini hantar saya. 

Pagi ini tak lewat macam minggu lepas tapi pagi ini rasa lain. Berat lain macam nak balik. Entah kenapa. 

Hati ni rasa rindu amat kat keduanya. Ingin benar menjaga keduanya dengan sebaik mungkin. Saya pujuk hati saya. Saya pujuk hati isteri bila tiap kali balik. Cuma hari ni rasa lena pujuk lebih.

Malam tadi saya jadi burger. Diapit kanan oleh yang besar, dihimpit kiri oleh yang kecil. 

Bangun pagi datang perasaan macam ni. Betapa keduanya perlu ada saya untuk lengkapkan keluarga kecil ni. Hati merintih mahukannya tapi apakan daya, belum tiba masanya saya ke sana. 

Usaha demi usaha. Sekarang dalam fasa usaha besar besaran. 

Mudah mudahan jadi. Mudah mudahan berjaya. Kami bakal tinggal bersama. Amin.

Thursday, 27 March 2014

Agak agak la

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semenjak dah beranak ni, banyak soalan soalan terutamanya pada isteri la tentang bagaimana cara penjagaan seeaktu mengandung sampai bersalin dulu. Dan seperti biasa, dia tak pernah pula lokek berkongsi ilmu ilmu dan tips tips yang dia sendiri pun dapat dengan soalan soalan dan pengalaman dari orang orang berpengalaman ni. 

Salah satunya sudah semestinya jaga makan la kan. Dia juga tak kedekut nak share malah volunteer nak tolong beli supplement supplement yang dia makan waktu mengandung dan bersalin dulu pada orang orang yang bertanya sebab kami dapat menda menda tu dengan harga yang boleh dikatakan murah banyak juga dari kedai kedai diluar ni. 

Cuma satu la yang saya kurang kenan bila dah nak tolong ni. Cam baru baru ni la. Nak sampai 3, tapi sampai sudah tak ambil ambil. Mula la saya rasa nak marah. Ya lah, beli pakai duit, pastu nak ambil banyak cerita plak. Saya warning terus isteri. Dia nak barang, dia mai ambil, tak kuasa saya nak p hantar jejauh macam tu. N awak pun jangan nak gegatai p mengadap dia hantar barang. Dah tlg beli pun dah cukup baik tau. Se duit pun tak ambil. Memang betul betul tolong sebab kami pun tahu macam mana nak kena budget setelah berkeluarga ni. 

Tapi bila dah macam ni gaya nnya. Memang saya hangin la. Saya dah warning, memang isteri tak berani buat la. Rasa dah cukup bersabar dah saya dengan karenah orang, dah sampai limit kot. Baik sangt kita, di kakinya dia. Itu lah penangan baik sangat dengan orang. Sebab tu saya dah tak bagi muka kat sapa sapa pun. Nak kata sya jahat? Katalah. Ada saya kisah??

Tuesday, 25 March 2014

The End

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya. soalan dah dapat jawapan. penantian dah dapat keputusan.

HAMPA> itu yang boleh kita tafsirkan rata rata respon kita kita yang menanti yang mengharapkan jawapan pada penantian adalah sesuatu yang boleh kita gembirakan.

Namun kuasa ALLAH mengatasi segalanya. Walau saya sendiri langsung susah percaya yang mana pesawat sudah sampai ke lautan hindi, tapi apakan daya. ALLAH Lebih Tahu apa yang direncanakannya buat masa ini.

Moga ALLAH menempatkan para mangsa yang muslim di kalangan para solehin.

Amin.

Monday, 24 March 2014

24 Mar 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

06:09AM, Jalan Sultanah

Cerita pagi kami sedikit lambat hari ni. Bangun tidak terlalu lambat, tapi bab bersiap dan bergerak tu yang sedikit lambat. 

Elok elok masa ja kami sampai kat Shahab tadi. Sampai ja tengok bus dah tak ada. Cuak kami suami isteri tadi. Macam macam dah dalam fikiran tadi. Habislah. Tuang la abi Hari ni. Tu kata saya la. Dalam hati. Dan dalam masa sama ada gak rasa camtu. Kihkihkih

Sampai ja tadi saya terus ke kaunter. Tanya tentang bus. Lega bila tahu bus belum smpai. Gamaknya pasal tu ramai saya trngok ada dekat dengan kaunter tadi. Jawab hati saya. 

Sampai ja bus. Terus jalan. Nasib baik la sampai sebelum bus. Kalau tak.. Coti la saya hari ni. Atau lambat banyak la. 

Friday, 21 March 2014

Gambaran pepohon syurga.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Gambaran pepohonan di syurga. Andai dipusing melengkapkan rendangnya pokok tu pun ambil masa seratus tahun. 

Batang pokok pula dari emas.

Di syurga nanti, di ilhamkan kita stiasa bzikir, kerap sbagaimana kita bnafas didunia.

Bayangkan~~ Hebatnya ciptaan ALLAH. 

Bismillah, TV3, 6:54PM.

Wednesday, 19 March 2014

Ada apa dengan kita??

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru baru ni, di masjid, khatib dalam tazkirahnya sebelum khutbah Jumaat ada ceritakan tentang jemaah kita kat Malaysia ni. Bagaimana entengnya kita pandang meminta dari ALLAH ni.

Katanya, kan kita dah berbulan tak hujan. Bumi panas, sangat panas, kemudian, bersama dengan jerebu lagi, sangat teruk, tapi bila jemaah diajak buat solat minta hujan, berapa kerat sahaja yang hadir. Hadirkan diri meminta pada ALLAH tak mahu, tapi boleh plak lepak kedai kopi minum minum. Ada apa dengan kita ni?

Mujur dalam kekecewaan dia tu, ada satu keluarga hamba ALLAH ni, orang luar kawasan tak silap dia cerita, waktu dia lalu, dia nampak ramai di padang,terus di tanya pada mereka, buat apa ni? Sebaik mengetahui jemaah nak buat Solat Istiqsa', dia pun panggil ahli keluarganya untuk turut sama menunaikan solat istiqsa' ni.

Boleh bayangkan tak keadaan kita? dah jadi macam itu pun kita masih lagi nak menidakkan apa yang jadi. Ada juga lah yang komen, "ini bencana alam." tapi kalau ALLAH kata TAK, adakah bencana alam ni nak jadi? Bukankah setiap apa yang berlaku adalah dari izin ALLAH?? DAN, dengan bencana yang tak berkesudahan ini, bukankah ada satu 'MESSAGE' yang SANGAT JELAS sedang memberitahu kita yang ALLAH sudah mula murka dengan tingkah laku kita?


Dan kita pula masih lagi mengabaikan peringatan ini?

Atau, masih adakah yang menunggu sampai tiada air langsung untuk mandi? bertayamum untuk bersolat. Adakah ketika itu baru nak sedar?

Renung renungkan.

Monday, 17 March 2014

Dasar pemalas

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Berpada pada jadi baik.

itu yang boleh saya singkap dengan apa yang jadi hari ini. kalau ada yang mengikut entry mungkin ada terbaca mengenai lepas tangan seseorang minggu lepas. Kisah tu tak tamat macam tu ja. tadi jadi lagi. Terus terang saya memang rasa marah betul tadi.

kalau hari tu saya ada beritahu saya sibuk dan suruh buat sndiri. dah la masa tu dapat orang tarik muka kat saya (tu saya tak kesah langsung pun). tapi tak sangka la perangai pemalas tu diteruskan oleh si pemalas tu. tak amek menda tu. kemudian hari ini 'petik' nama saya sebab apa yang dia nak tu tak dibuat.

boleh salahkan saya plak sebab katanya saya tak uruskan apa yang dia nak tu. naseb la jugak tukang nak verify tu cerita kat saya. dia pun ingat saya terlupa sebab tak buat menda tu. tapi bila saya cerita, dia pun hangin sebab kes ni pemalas tu siap da bawa ke boss tukang cerita tu. orang tu pn sia sia kena marah kes ni.

jadinya sekarang, minta maaf la jawapannya. lepas saya dengar menda tu, jangan harap lepas ni akan ada bantuan istimewa lagi dari saya la. jangan harap la. saya memang anti manusia macam ni, jadinya tunggulah nasib kau lepas ni ya?

12:22am

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jam 12:22am, isnin, 17 March 2014. 

Mengantuk. Tapi masih nak menaip. Konon nak tutup kes yang masih tak ditutup. Seminggu, mungkin lebih dah ni. Tapi masih belum dapat diselesaikan. 

Berminat tapi tak cukup daya yang nak menolak diri menyiapkan kes tertunggak ni. Sambil sambil tu terimgat satu masa dahulu. Time macam ni pun kalau ada menda, slumber saya bangun, capai lappy dan selesaikan. Tak kiralah pukul berapa nak siap, tapi ianya mesti disiapkan. Sekarang ni? #sigh

Mungkin dah tua. Lambat sikit kot. Ka dah tak ada pawer? Entah. Moga moga nanti saya dapat balik power tu. teringin. Bukan tak teringin. Cuma tak jadi ja. 

Eeeyahhhhh~~ *tarik power* 

ZZzzzZzzZzzZzzZ

Sunday, 16 March 2014

Perjalanan 16 March 2014

KIAssalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

7:11PM. Jalan Mergong.

Saya dalam perjalanan pulang. Kata Ummi hari ini tiada keajaiban sebab saya pulang di petang hari bukan pagi Isnin seperti kebiasaan beberapa minggu kebelakangan ni. 

Petang ini situasi sedih menyelubungi kami sekeluarga. Ummi dah menangis. Saya peluk dia dan kucup didahi. Menenangkan emosi dia dikala anak melihat dari jauh dan memanggil. Saya katakan kepadanya. Bersabar. Dah tak lama lagi kita akan tinggal bersama. 

Sewaktu mereka mula bergerak Sikecil yang duduk dalam carseat baby tu tengok saya sampai terdongak kepalanya waktu ummi reverse kereta. Ini pertama kali dia pandang saya sampai macam tu masa saya nak balik. Saya senyum dan lambai lambai keduanya. Dalam kesayuan. Sebak juga hati ini. Saya bakal rindukan keduanya sangat sangat sampai kamis ini. 

Sebaik sampai dekat dengan bus ummi hantar SMS. Katanya anak menangis nangis sambil mata lihat di luar kereta. Lagaknya memang mencari dimana saya. Terus rasa sebak. 

Ya ALLAH sabarkanlah hati kami. Kuatkan azam kami untuk berusaha. Kurniakan kami kejayaan. Moga kami bisa akhirnya tinggal bersama. 

Amin yarabbal alamin. 

Hujan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya langit menangis.



Akhirnya langit menangis.
dikirimkan air mata dari atas
menyejukkan bumi yang panas
Alhamdulillah, Alhamdulillah
Ya ALLAH.

Moga hujan ini menjadi hujan yang bermanfaat buat kita semua.
Moga hujan ini menjadi saksi kebangkitan Islam disemua benua
Moga dengan hujan ini mencuci hati yang hitam didalamnya
moga dengan hujan ini membaiki iman yang menipis tanpa disangka

ALLAHU AKBAR. Kembalikan lah hati kami kepadaMu ya ALLAH
kembalikan lah kami kepada Mu Ya ALLAH. Jadikanlah kami hambaMU yang yang sebenar benar mengingatiMU ya  ALLAH. Hamba yang patuh pada perintahMU dan hamba yang berjuang meninggalkan tegah MU.

Amin Ya rabbal alamin

Hampess

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam pertama kali la dalam tahun ni, juga dari beberapa tahun juga rasa ada friendly futsal dengan satu team tu. Ya ALLAH penatnya tak tahu nak cerita macam mana. Selalu tu kan main besa besa ja. Ini nak kena renyuk dengan team yang bagus tu. aduihhh.. penatnya lah.

kalau dahulu kala, zaman study dulu la, ada sahaja invitation nak friendly, siap masuk tournament lagi. (mana tidaknya, petang bola padang malam futsal, punya la aktif.) ni dah lepas belajar, kena pula tak ada ramai kaki, terus senyap macam tu ja. Ada la saya cerita kat Isteri semalam, masa belajar dulu, tiap sem muka ni ja dok p amek anugerah , tapi haram orang tak kenai pn. Start orang kenai sebab main futsal. nak tegelak ja dia tengok saya cerita semalam. kihkihkih 

ni pun syukurlah kat tempat kerja ni depa ajak main minggu minggu, baru la bernapas balik dengan futsal. Asal kat KL pun dekat nak balik sini baru ada orang main, tu lepas saya kena loan kat satu company ni la, sekarang kat Penang, alhamdulillah bernapas balik dengan futsal.

ohh ya kembali cerita semalam, Memula tu sampai lambat, ye lah, saya kan balik kampung semalam. lepas tu dah sampai di rumah, adik dah tunggu, tapi adik ipar saya belum siap lagi. Elok kami gerak tu, pun ok ja sampai dah di pulau tu, ada trafic light pula, terpaksa buang msa lama di sana, tu belum kira lagi ada sangkut sangkut dengan kenderaan perlahan berlagak laju duk tengah jalan tu.

Elok sampai tu, tunggu sekejap terus masuk. Asal tu main dengan geng kami la, mana tahu tetiba ada satu geng lagi masuk. Dah ada orang luar kabo ada friendly. doihh. baru masuk kot, badan tak panas lagi, dah kena renyuk lari sana sini. Penat weh!

sampaikan keluar dari court ada orang tego la, weh, tu lemak kat perut tu da susut da tu, kurang banyak tu. ahahahaha. hampesss~~ 

Saturday, 15 March 2014

Hari ini hari saya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya terupdate jutanga belog kesayangan saya ni. Maaf pada para readers kerana batasan masa buatkan saya tak dapat nak update semalam. Sekarang ni alhamdulillah, saya baru ja pasang internet dirumah dan menjadikan sambungan internet sedikit baik dari dahulu. Bagi saya jadilah dari tak ada kan. Sekarang alhamdulillah sedikit stabil la sambungan tu, cukup untuk kegunaan biasa saya di rumah. bukan apa sangat pun, untuk trade dan belog ja kan? memadai. Alhamdulillah.

hari ini sedikit sibuk juga. kalau dua hari lepas bawa Ummi cari barang, semalam bawa mama beli barangan dapur untuk kegunaan seminggu. dalam masa sama sempat juga tunaikan permintaan ummi nak makan roti goreng dia tu.

dan hari ni selesaikan apa yang abi nak buat plak. tahu apa? melawat tok mak saya la. lamanya dah tak pergi lawat dia. bukan apa, asal sabtu kan kerja, tak kerja ada hal hal lain plak, langsung tak sempat nak ke mana mana. kalau tak lepak rumah, ke sana sini sampaikan tak sempat nak melawat dia. alhamdulillah, walau tak tercapai cita cita saya nak tidur di sana, atleast dapat juga bawa anak jumpa dengan onyang dia. Syukur alhamdulillah. saya gembira setiap kali nampak nenek Uwais tu gelak dengan keletah cicit dia tu. saya yang seronok sampai berlinang air mata.

entah kenapa saya rasa syukur sangat sebab jadi cucu kepada tokmak tu. dari kecil dia yang jaga. sampaikan masa nak tunang dulu, saya buat permintaan nak bawa dia. dan alhamdulillah dia jugalah yang Mama saya dan saya persetujui jadi orang nya yang menyarungkan cincin di jari tunangan saya masa tu (sekarang dah jadi isteri lah).

Moga moga ALLAH berikan saya lebih banyak masa nak berbakti kepada dia. dan saya juga kena titipkan dalam diri, dalam hati, sebaik mungkin gunakan kesempatan yang ada ini untuk gembirakan dia.

Moga diizinkan. Amin.

Thursday, 13 March 2014

Fateh Uwais dan Topi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak ada anak ni kan, bila ada aja topi yang cantik cantik, mula la berkenan, pastu kalau kena dengan harga dan kualiti, on the spot saya tangkap. Tapi tu kekadang tak beli juga bila tengok mahal sangat. nak kata berkira tu mungkin jugak la, dari tangkap mahai untuk topi, baik saya belikan dia baju baru kan kan?

 Fungsi topi ni sebenarnya nak tutup kepala anak tu. Fyi, kami ni rajin jugak keluar malam, (ya lah siang kan saya kerja, mana nak dan ke mana mana. jadi selalunya nak buat pape, malam la waktunya), jadinya bila keluar malam, kan sejuk, fungsi dia nak tutup kepala anak. Kang sesema pula sikecil Fateh Uwais tu. Sian plak kat dia kan.

Bawah ni ada beberapa koleksi Fateh Uwais dan topi topi dia tu.

Ini topi terawal dia. Beli ni waktu dia belum lahir pun lagi. Tapi kami berkenan kat topi ni sampaikan beli satu set untuk anak. Topi, sarung tangan dan sarung kaki. Lengkap. 

Sambil sambil dia membesar tu. jumpa la pulak topi ni. Beli kat kedai baby kat Tesco masa jejalan hari tu. Since topi dia dah mula ketat, Ummi tambah yang ni. 

Topi ini pula, hadiah dari kawan Ummi di Alor Setar tu. Pun satu set juga. Sekali dengan baju yang dia pakai ni. Topi anak musang. eheee

Yang ini kami beli di Sarawak. Suka saya tengok yang ini. Sebab dia selesa dengan anak. ada lubang lubang sikit. tak panas. Tapi Ummi tak berapa suka sebab dia besar. Mudah lucut.

Next is this one. Konon souvenir dari Sabah la konon. hihihi. Padahal nampak hat merah tangkap aja kami. 

 Dan akhir sekali, yang terlatest. Ini paling saya suka sekarang. Well, Abi dengan teknik panda wat duit anak jadi mangsa jadi baby Panda Abi. ngehngehngeh,,

Itu suma koleksi topi anak la. Abinya plak dah tak pakai topi. Dahulu kala ya la. sampaikan budak sekolah lain pun kenal saya dengan imej bertopi tu. Dah sekarang turun kat anak. adakahh? jengjengjenggg~~~

Wednesday, 12 March 2014

Lepas tangan

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya cukup anti dengan orang yang lepas tangan ni. Betul saya cakap. Kekadang rasa nak buat bodoh ja dengan depa ni, tapi bila ingatkan sebab tugasan, terpaksa la saya berlaku 'professional' dan mengabaikan perkara tersebut bila sampai bab memerlukan saya berbuat demikian.

Alkisahnya kat pejabat ada manusia spesis ni. Bila nak minta tolong kita tu, manisnya mulut, dari jauh pun boleh datang mengadap kita untuk minta tolong, tapi bila datang bab kita nak minta dari dia, punyalah lepas tangan, walaupun menda yang kita nak buat tu berkaitan dengan dia, dan perkara berkenaan membantu memudahkan kerja dia. Sakitnya jiwa kalau jadi macam ni. Seriously, memang lepas tangan kaw kaw punya. 

yang kedua pun sama juga, minta tolong, pastu bebankan kita dengan menda tu dengan memaksa kita siapkan untuk dia. Sekali saya tak tahan, saya lepas la, "i have many things to do, so you will have to wait." tapi memandangkan diri ni ada juga la lembut hati, tanya juga la, " which one is more urgent, will help you to settle this one first. "

Hairan kan, dan keduanya adalah seorang berlawanan jantina dengan saya.

Ahhhh~~

Tuesday, 11 March 2014

Ada hikmahnya..

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu lagi kisah redha dan menerima seadanya walaupun itu sesuatu yang kita rasa tak baik buat kita.

Untuk pengetahuan, saya pernah cerita kan yang saya seorang trader. Minggu lepas dan minggu sebelumnya. Saya memang loss teruk. Sangat teruk saya rasa sampaikan modal saya dah menyusut sampai separuh dari apa yang saya ada .

Kemudian , saya masukkan modal tambahan pada satu akaun lagi. dengan harapan satu akaun lagi ini bakal saya jadikan akaun gaji untuk saya ambil setiap hari. Tapi langit tak selalu cerah kan, sekali lagi saya terkena sebab salah pencaturan. Punyalah sakit hati bila terkena tu. Dah terkena, terkena lagi. Lagi dan lagi. Isteri tak mampu kata apa, cuma mampu diam disebelah dan bila lihat saya dah cool down, dia pujuk hati saya. Saya pun dalam masa sama, cuba juga muhasabah diri, tanya diri sendiri apa yang tak kena dengan saya. Apa kesalahan saya. Kemudian perlahan lahan, rasa bersalah pula sebab saya dah jadi seorang yang marah pada masa itu.

Dan awal minggu ini, alhamdulillah.  Rupanya ALLAH sengaja bagi saya loss minggu lepas sebab dia nak bagi sinar minggu ini dekat saya. Sinar apa? rupanya dia nak beri saya kefahaman dengan loss tu. Dia rupanya nak saya nampak di mana saya sebenarnya dah buat salah dengan setiap entry saya tu. Dia loss-kan saya sebab selagi saya tak loss, saya mungkin tak akan nampak, kat mana saya dah buat silap tu.

Diri perlahan lahan rasa bersalahnya dengan apa yang saya buat. Moga ALLAH mengampunkan kekhilafan diri sepanjang hidup di dunia. Moga diri juga sentiasa bersyukur walau sekecil kecil nikmat dan sebesar besar ujian. Amin yarabbal alamin.

Dan minggu ini, jadi sangat tenang dalam berurus niaga. perlahan membaca pergerakan, dan tunggu di point point yang tepat sebelum sebarang tindakan dilakukan. Dan sememangnya ini antara apa yang ALLAH nak tarbiah saya dengan loss yang tak henti henti di minggu minggu lepas. Ada hikmahnya..

Ahad yang sibuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Kisah dua hari semalam yang baru hari ini berkesempatan saya kemaskini. Ahad yang sibuk buat kami. Bangun di awal pagi dan bersiap kerana tak mahu lambat. Kami ada temu janji pagi ini sebenarnya. Well, tuan putera Fateh Uwais kan dah cukup 6 bulan, hari ini dia kena cucuk dose ketiga untuk apa saya tak berapa ingat, tapi ini merupakan cucuk untuk anak anak 6 bulan la.

Awal juga kami sampai dalam pukul 8 lebih sikit. Itupun sedikit lambat dari jangkaan saya sebab saya anggarkan akan lebih awal, tapi sebab minyak dah kelip kelip saya kurangkan kelajuan kereta pagi ni. Sesampainya di rumah, kami cari dahulu sarapan, kemudian siapkan anak untuk ke klinik. Sempat juga la mandikan anak dahulu, tu pun sebab Ummi suruh, ikutkan saya slumber ja, tapi sesampainya dirumah pun anak dah tersedia bangun. Jadi saya mandikan dia sambil Ummi siapkan apa yang patut dan kemas bilik.



Selepas sampai di klinik. Lihatlah tu. Muka cuak la kononnya. Padahal tak ada juga. melompat tak berhenti. Aktifnya awak Fateh Uwais. Asal nampak muka Abi mesti angkat tangan nak saya angkat dia. Padanlah Ummi kata, kalau tak ada saya susah juga nak bawa anak. dia aktif betul.

Di klinik, agak lambat juga la sementara nak sampai masa anak. Disebabkan dia dah mengantuk, sempat lagi la dia lena sambil Ummi susukan dia. Elok dia lena ja dah nurse panggil untuk timbang berat dan  ukur tinggi dia. apa lagi, mengamuk la kejap. mujur kami pujuk. Syukur senyap dia.

Selesai itu, kami jumpa nurse dia untuk sesi perkembangan anak la. Tunggu kejap, sambil ummi susukan dia. tapi dah dia tak mahu saya bawa dia berjalan. sampai Ummi panggil bila nurse dah panggil masuk bilik dia. dala, bilik dia agak aktif. Nurse gelak dengan telatah dia. Paling rasa nurse suka bila dia senyum la. well Uwais ni memang murah betul senyuman dia tu. dah nurse nampak lesung pipit si kecil ni. hihi.

Dalam sesi tu saya rasa puas hati sebab banyak yang dikongsikan nurse dengan kami. banyak betul info berguna yang kami dapat hari tu. syukurlah. bagus sebab ada peluang dapat ilmu anak yang baru kan. dapat juga kami manfaatkan dalam kehidupan seharian kami. Habis bersembang. Masa untuk cucuk. Mula tu tak adalah menangis, tapi selepas rasanya dia rasa ubat masuk dalam badan, dia menangis . itu pun kejap sangat. lepas nurse pujuk dia, terus senyum. Nurse kata "sekejap ja dia nangis." Alhamdulillah juga la saya rasa kejap dia menangis. huuu..


Habis cucuk, kami pulang. Lihatlah tu, lena dia tidur. Yang sebenarnya memang menjadi rutin anak, bila selepas mandi, dia akan menyusu dan selepas itu tidur. bayangkan mana dia tak mengamuk hari ni sebab dia tak dapat tidur pagi ni. Selepas bersiap, kami sampai di rumah, dan sampailah masa saya nak hantarkan Ummi pulang ketempat kerja. Apa boleh buat kan? dah camni rutinnya.

Dan saya, hari ni tak dapat mengasuh anak pun, sibuk dengan bermacam urusan hari ni. Mula tu uruskan servis kereta, kemudian urusan dengan bank. Jadinya anak kami ambil petang sebelum saya ambil Ummi nya balik kerja. Sempat juga kami bawa anak bergambar petang tu.

Gambar kesukaan Ummi. Katanya bukan hanya bibir comel itu sahaja yang tersenyum, mata turut tersenyum. Kan?

Takdir kami

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ingat tak semalam saya ada update pasal hikmah dalam tiada dan sama macam kami semalam. Sebenarnya ia sesuatu yang bagi saya agak menarik untuk saya kongsikan sebenarnya. Semuanya tentang takdir la. Bagaimana hari Ahad yang entah tiba tiba tak ada tiket balik sampai ke malam dan tak dapat balik ke Penang.

Semuanya sungguh tersusun sebenarnya. Bagaimana kami terlambat bergerak kerana ada event dekat Tesco Mergong, kemudian pergi makan, dan akhrnya end up di Shahab Perdana tersangkut saya kerana tiket tak ada. Kemudian call Ummi balik supaya datang ambil saya.

Bagi saya ALLAH takdirkan sesuatu. Hati yang berat nak pergi, dengan air mata yang hampir tumpah kerana terpaksa berpisah, ALLAH hentikannya dengan beri peluang untuk beberapa jam diluangkan bersama lagi.

Ianya sangat indah bukan?

Oleh itu percayalah pada ALLAH. Dia LEBIH TAHU SEGALANYA. Dan kita, ibarat pelakon di atas pentas yang disediakan ini, bergeraklah dengan namanya. Tiap laku dengan nama NYA, setiap urusan dimula dengan nama NYA, InsyALLAH, hati akan lebih mudah menerima walau apa juga yang ditakdirkan.

Monday, 10 March 2014

Sama macam kami

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Sama macam kami. 

Baru kejap tadi lepas satu pasangan. Sama macam kami. Suami bawa kereta. Isteri dibelakang dengan anak. Sebaik sampai, suami keluar. Isteri dan anak pun keluar. 

Suami ambil beg, isteri angkat anak letak kat baby carrier yang berada dikerusi depan tu. Kemudian, bersalaman keduanya sebelum isteri ambil kedudukan memandu dan suami tunggu dan perhati dari jauh sebelum kereta bergerak, baru suami jalan. 

Bila tengok tu, rasa rdu kat dedua orang kat sana nuh. Tapi nak wat guane kan? Dah namanya pun kerja. Kang tak kerja tak makan plak kami kami ni. 

Takpa takpa takpa. Kita bina tapak dulu. Bila tapak dah kukuh, baru kita naik binaannya kan? Asas kena pawer dulu. Yang lain datang kemudian. Mesti boleh!

Hikmah dalam tiada

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Pagi Isnin, 5:59am. Shahab Perdana.   

Kisah perjalanan kami lagi. Di pagi isnin ni. Hikmah dalam tiada yang sepatutnya disyukuri. 

Yang saya maksudkan dengan hikmah dalam tiada adalah, asalnya saya punya jadual pulang ke penang adalah pada petang semalam. Tapi nak dijadikan cerita tiket semua bus yang selalu saya naik ke Penang telah habis. Oleh yang demikian, kami ambil keputusan untuk pulang pada pagi hari ini. 

Sebenarnya bukan tak ada juga, tapi saya pilih untuk tak baik bus yang ada tu sebab nampak terang dia mengambil kesempatan menjual tiket mahal sangat dari harga asal. Dah la itu hanya bus tumpang. Lagi berlagak pula tu. Jenis saya, once da pusing jangan harap nak patah balik. Lantak situ. 

Yang dimaksudkan dengan hikmah dalam tiada, dapatlah saya spend lagi satu malam bersama dua kemanjaan saya ni. Manja kecil saya teman bermain dan manja besar dapat bantal lengan. 

Begitulah nasib ber PJJ ni. Saya tk menyesal dengan apa yang jadi. Kalau tadi hikmah dalam hilang. Sekarang saya yakin ada hikmah lain pula. 

ALLAH knows BEST!!!

Saturday, 8 March 2014

Perihal dosa

Assalamualaikum dan dalam sejahtera pada yang membaca.

Saya nak share apa saya dapat dari khatib semalam masa khutbah jumaat. Khatib kongsi tentang mempercayai perkara ghaib. Apa kepentingan nya. 

Kita ambil contoh DOSA. Berapa ramai yang tahu apa itu DOSA? Saya rasa kalau saya tanya semua boleh jawab, jangan kata orang dewasa tapi anak anak kecil pun tahu itu dosa. 

Tapi kita tak nampak. Kita tahu ada dosa dan pahala. Tapi adakah kita menjauhinya? 

Khatib relate dengan reality apa yang kita nampak. Wang ringgit. Harta kekayaan. Juga pangkat. Semua tu nampak. Dan itu buat kita manusia terkejar kejarkan. Sedangkan ianya hanyalah sesuatu yang bersifat sementara.

Begitulah kehidupan. Bila yang sepatutnya kita pegang kita lepas. Kita takutkan dosa. Tapi tak takut berbuat dosa. Sebab kita tak nampak. 

Andai kata dosa itu berbau, andai kata dosa itu bolh dilihat, pasti kita sudahpun dijauhi kerana banyaknya ia yang terpalit pada kita. 

Jalan nya apa? Bertaubatlah~~ 

Friday, 7 March 2014

Wallpaper Handphone Ayah

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini wallpaper hp ayah saya.

20 years over and still so happy together.

Hopefully not just them, me n my dearie will be as happy as they are together, love that keep on grow and grow. 

ALLAH, please help us. Please bring this LOVE along with us in ur Heaven one day.

Amin.

Thursday, 6 March 2014

kawan kawen

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam tertengok la kenuri seorang kawan lama zaman sekolah rendah punya gambar kawen. Cantiknya gambar depa. Seronoknya nampak depa yang gembira sangat dengan perkahwinan tu. Tetiba kita pun terflash back la masa kita tawen dolu kala tu. Alaa.. zaman muda mudi badan selim melim dolu tu la.. hihihi

betul la, seronoknya masa tu tak tahu macam mana nak cerita la. Puas hati selepas sekian lama terpaksa sorok perasaan dalam hati demi menjaga 'rahmat' tu, akhirnya ianya dapat diluahakn secara halal. kalau dolu nak rindu rinduan nak beritahu tak boleh kan, tapi sekarang, rindu rinduan siap dapat pahala lagi. Hebatnya lah ALLAH bagi nikmat tak berhenti lepas kahwin tu kan?

apa lagi? hat belum tu. berusaha la ke arah tu. Sebelum tu nak pesan kat bawah ni. :


Ingat. When nikah become expensive, ZINA become so cheap. :Renungkan~~

Membeli tak hengat

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak ada anak ni suka betul membeli tak hengat. tambah tambah bab barang anak ni. Yang paling jelas sekali bab membeli pampers anak la. Bayangkan punya banyak beli, lepas tu anak dah tak boleh pakai, pass kat orang. da dua kali dah. hihihi.

Sebenarnya bukan la nak bazir pum, tapi dah si kecik tu membesar dengan bagus, berisi ja, skali montot pun da toek, terus tak cukup nak pakai dah. Actually macam boleh ja nak bagi pakai ja, tapi dah sendat, sian kat dia. kang lekat merah kat celah kangkang tu, sia sia ja abi kena bebel dengan Tok Ma dia.

Bila dah tahu harga betul dia kan, rasa macam pelik ja bila jumpa beberapa tempat yang jual dengan harga yang lebih lebih sangat mahalnya. Contoh terdekat la, last week saya buat perbandingan 2 brand pampers di beberapa kedai.

Mula pergi satu kedai tu, (kedai pebret la yang ni. ) kat sini harga dia dalam 30.90 tak silap saya. Bila saya ke kedai lagi satu, harga dia 32.90. tapi bila banding dengan kedai lain lagi 2, satu dapat harga 36, dan lagi satu lebih melampau dalam 42.90. Tedia, bayangkan pampers sahaja, saya dapat jimat sampai 12 ringgit untuk dia. Bergantung la pada kedai mana saya pilih kan.

At the end pergi satu kedai lagi. kat sini saya beli satu jenis pampers lagi. harga dia dalam 29.98 tak silap saya. dan semalam, saya pergi kedai lain, saja la nak tengok harga. tau berapa? 48 ringgit plus. means boleh jimat sampai 18 ringgit untuk satu pack pampers.

dahsyatnya lah..

Wednesday, 5 March 2014

11:41PM.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

11:41PM.

dah mengantuk sebenarnya. serba tak kena plak rasa kejap tadi. rasa macam nak menaip cerpen, dah sampai 1/4 cerita rasa bosan. terus tutup sebab tak tahu nak tambah apa rencah dalam cerita ni. Mungkin ianya hanya untuk suka suki, tapi bila dah tak tahu nak letak rencah apa dalam tu, matikan sahaja niat nak terus menaip.

Selesai menutup tu kan, boleh pula jalan jalan dalam pc sendiri. Hihi nama nak sedap aja jalan jalan kan? sebenarnya cuma folder walking satu per satu dalam lappy ni. terjumpa plak lagu When You're Gone by Avril Lavigne ni. Cam menarik juga tengok video clip dia tu, macam menarik nak dijadikan tajuk cerpen baru. tapi cam tak ada hati nak menaip lagi. Adeh bercampur baur aih.

Sebenarnya kan, rasa seronok menaip cerpen ni kekadang datang bersama feel dari lagu lagu yang saya pilih. betul. lagu yang dipilih sebagai tajuk tu saya selalunya akan amek feel sebelum pilih apa apa ending sambil sambil menaip tu. Teringat masa duduk KL dulu. dah pukul berapa pagi pun kalau tetiba ada hati nak menaip cerpen, boleh bangun balik dari katil dan sambung menaip sampai selesai baru boleh tidur. cam lawak pun ada jugak la. adehhh..

Sekarang. semenjak dah kawen ni. kurang menaip cerpen sangat. mungkin tak ada feel kot. Terlebih bahagia gamaknya kot kan? Alhamdulillah la. tapi tak pula terfikir nak matikan terus minat saya ni. Saja suka suki ja menaip cerpen. bukan nak suruh orang suka. saya sendiri suka dengan apa yang saya buat ni.

Mungkin lepas ni ada lagi cerpen baru kan? moga moga la. Suka nak jadikan itu sebagai hadiah buat diri sendiri. :D

Renungan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya dapat menda ni dari Facebook semalam. suka saya nak share menda macam ni.


Realiti kan? Kau nak bogel, kenapa marah orang berbaju lengkap?

Moga ALLAH buka hati kita, kenal apa itu aurat. Ditutup aurat, bukan rambut sahaja. Dan buat amoi ni, moga ALLAH ilhamkan hidayah kepada awak supaya mendekati ISLAM. n kepada bangkai cap melayu di luar sana, please.. anda sedang memalukan ISLAM. I dont care bout melayu, but if it relates to ISLAM, im one of ur biggest enemy.

Cerita Tidur #FatehUwais

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Memacam peel awk ni tau.

Hihi. berkenaan si kecil ni la apa lagi. Kalau ada baca entry di belog lagi satu terbaca la kisah si kecil ni yang kata Ummi nya manja dengan saya. nak cakap ya ka tidak saya pun tak pasti la. hihihi dia tu memang manja la kot. nak manja dengan sapa lagi kan? dah ada Abi sorang Ummi pun sorang ja kan? ehehe.


Tapi dalam banyak banyak perangai dia kan, satu ni ja yang saya tak larat nak gelak. Selalu juga kena bebel dengan Ummi bab ni.

Iaitu bab suara bila anak tidur, atau nak tidur.

Selalunya bila anak nak tidur, memang saya tak boleh cakap. Dah peel si kecil ni, once dengar ja suara saya, habis. Mata pun buka besar, tak macam nak tidur lagi.

Paling latest hari sabtu hari tu. Ummi ni punya la dok panggil, "Fateh Uwais, Fateh Uwais." Langsung tak ada respon. Tapi once saya masuk bilik, tanya, "Dia tidur dah ka?" Terus jaga dari tidur, mata pun buka besar. Memang tak mahu sambung tidur balik la ceritanya.

Terus Ummi bebel. "Abi nii~~~..."

hihihihihi

[Video] I Can't Stop Loving You.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tetengah malam melayan menda macam ni pun macam menarik kan?
Untuk orang tu la. Orang tu sorang ja.



So if you're feelin' lonely don't
you're the only one I ever want
I only wanna make it good
so if I love ya a little more than I should
Please forgive me, I know not what I do...
...I can't stop lovin' you
Don't deny me this pain I'm going through...
...if I need ya like I do
Please believe me every word I say is true...
...our best times are together...
...touch, still gettin' closer baby
Can't get close enough...
Still holdin' on, still number one
I remember the smell of your skin...everything
...all your moves...you, yeah!
...the nights ya know I still do...
...One thing I'm sure of is the way we make love
And one thing I depend on is for us to stay strong
With every word and every breath I'm prayin'
That's why I'm sayin'...
...Never leave me I don't know what I'd do...

Tuesday, 4 March 2014

Cerita belog

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru kejap tadi share link belog ni dengan seorang sahabat. Dah banyak kali juga dia minta kat saya. Saya alih sana, alih sini, malam ni dia tanya lagi. Saya share kan aja dengan dia. Actually rasa malu ja nak share dengan orang belog saya yang entah apa apa ni. Mungkin tak banyak informasi yang ada dalam ni, mungkin juga tak banyak menda yang bermanfaat yang saya sharekan dalam ni kan. Tapi since dia dah minta saya kasi juga la akhirnya.

Satu nya yang tak tahan, boleh di gelakkan saya lepas tahu saya tak tengok market saya layan belog.

Hihihi. lastly dengan saya sekali pn rasa nak tergelak. malah saat saya menaip ni pun rasa nak gelak juga la bila teringat menda tu. Betul juga la kan? tak layan chart, tak nampak ada menda yang menarik untuk saya wat post, saya buka belog ni. meluah perasaan sekejap kot rasanya. lepas gian yang sebetulnya. well, dah lama tak menaip, rasa ada banyak menda nak cerita. lagi seronok bila ada pape yang saya nampak tu ada ja yang nak diluahkan melalui kata dalam belog ni.

Paling hampeh rasa diri ni bila tiap kali berfikir tu ada ja yang nak masukkan dalam belog. ada ja la menda bermain di minda tu nak ditaipkan, sampai ada rasa nak rakam ja apa nak kata tu dan lepas balik tu terjemahkan kepada perkataan dalam belog. tapi at last lupa macam tu ja. tu yang lupa la, yang ingat tu saya dah wat note dalam hp. tak kurang juga yang saya taip sedikit dalam draft , dan tunggu bebila da mood baik punya nak huraikan dalam dalam apa saya fikirkan tu.

Peranan belog ni satu masa dahulu agak besar juga la. Masa saya memula berbelog dulu, saya rasa bosan, tak ada kawan nak sembang. jadinya saya gunakan dia sebagai kawan baik saya untuk share kisah kisah atau apa saja yang saya nampak dan rasa nak bercerita. Tak ada kawan  kan, jadinya dia jadi kawan saya. sampaikan ada seorang sahabat saya tu tegur la, "nanti you mesti cerita kan best fren you belog tu kan?" ehehe. tak kurang pula la kena perli, "rasa kalau belog you tu perempuan, mesti you dah kawen dengan dia kan?"

Tapi endingnya, memang saya kawen dengan belog pun, tapi tuan punya belog yang satu lagi la. hihihih.

nah.. gedebakkk kua da seketoi. buah ati Abi Ummi. Leb leb dia keketat.. hihihi


Kekalahan yang manis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kekalahan yang manis. 

Semenjak jadi trader ni. Saya selalu jumpa menda ni. Kekalahan yang manis. Hihihi 

Kekadang terasa ayat ni macam sekadar penyedap hati tapi sebenarnya tidak. 

Hari ni saya jumpa lagi menda ni. Tatkala diri menutup kekalahan yang agak besar, tapi dipetang hari dikejutkan lagi. Wowww. Rupanya analysis tepat saya dah buat tadi. Syukurlah.

Tak mudah sebenarnya dalam dunia ni. Tapi cam kita suma tahu la, high gain, high pain. tu reality dalam dunia ni. dan macam saya berminggu ni macam kena sepak berkali kali ja. sadis betul. Di mana silapnya saya?

Renungkan diri balik, check mana salah, mana silap, ada la tu di mana mana. Cuma kena cari dan betulkan balik kat mana tempat tu.

Bila bercakap bab kekalahan yang manis ni, selalu jadi. Mana tidaknya. kita dah analisis tepat dah, sekali tak jadi. tapi akhirnya dia jadi jugak kan? Saja je market ni nak bagi kita jiwa kacau seketika kan? ehehe.

Dalam hidup plak, apa dia kekalahan yang manis? sebenarnya tak ada pun kekalahan dalam hidup kita. sebab semuanya adalah kemenangan. tapi dengan satu menda la, bila semua perbuatan kita  buat dengan niat LILLAHITAALA, walaupun kita terkono ka apa ka, saya suka nak considerkan ia sebagai kemenangan.

Sebab ALLAH dah sediakan jalan yang terbaik dalam hidup. saya ambil contoh mudah ya? Seorang penjenayah. di mata kita dia seorang yang gagal, sebab dah buat salah, buat jenayah, bunuh orang la apa suma kan? tapi selepas di hukum kita tak tahu pun dia dah insaf, dia dah jumpa jalan yang baru untuk dia ikut, iaitu jalan kebenaran, jalan yang ALLAH dah sediakan buat dia. Selepas dari tu, masa menjalani hukuman, dia bertaubat kepada ALLAH, dan sebelum dia dihukum mati, dia dah pun serahkan semuanya pada ALLAH. Dengan hati yang ikhlas insaf kepada ALLAH, bertaubat, suma dah ada. Bukankah ini kejayaan? kejayaan terbesar bagi saya. sebab kembali pada ALLAH dengan hati yang sejahtera yakni dengan keampunan ALLAH.

"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal." (surah Ali 'Imran 135-136)
Mudah mudahan, kita juga akan kembali pada ALLAH dengan hati yang 'sejahtera'. 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA