Followers

Wednesday, 30 April 2014

Sentap

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang tadi rasa sentap. Sentap apa? Sentap emosi sekejap. Bukan apa, bila nampak sekeluarga kecil seperti kami, dengan suami bawa moto, anak ditengah dikepit, dan isteri di belakang memeluk anak. Paham maksud saya peluk anak kan? saya tak nampak pula isteri pegang suami, mungkin saya tak perasan la, tapi saya nampak itu sebagai BAHAYA.

tu yang sentap tetiba tu. Bukan apa. sedihnya situasi apa yang saya tengok tu. Dalam hati berdoa doa, andai kata mereka tak ada kereta, moga ALLAH mudahkan mereka memiliki satu. Bayangkan masa bergerak tu hujan, macma mana anak? macam mana isteri dia? Katakan lagi masa jalan tu, tetiba jadi apa apa, bagaimana keadaan isteri yang pegang anak tu?

Sedih sedih.

Kemudian relate dengan kehidupan, betul lah kan orang dok kata bila kamu rasa kamu dibawah, cuba lihat sekeliling, kamu pasti akan rasa bersalah memikirkan yang sebenarnya kamu sudah jauh di atas dari insan insan lain yang kamu lihat disekelilng.

Berdoalah masa tu, minta pada ALLAH agak diberikan hati yang bersyukur. Hati yang takkan lupa waalau sekecil kecil nikmat yang diberikan kepada kita.

Moga ALLAH pelihara hati kita. Amin.

Monday, 28 April 2014

5:53AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jam 5:53AM, Shahab Perdana. 

Tertulis nya entry ni bermakna saya sudahpun dalam perjalanan pulang ke Penang setelah hujung minggu dihabiskan menjaga sikecil dan ummi di Alor Setar. 

Minggu ini lain dari sebelumnya sebab minggu ni saya terus beritahu ummi yang saya nak balik pagi Isnin. Jadinya terus kami boleh plan sesuatu untuk petang tu. Macam semalam kami bawa anak ke Taman Jubli kalau tak silap saya. 

Taktahu nak cakap macam mana. Punya la seronok tuan putera kami tu. Menjerit jerit bila saya dekatkan dia ke gigi air waktu ummi nya tengah beri makan pada ikan. SubhanaALLAH permandangan masa tu rasa indah sangat. Ummi dengan senyuman. Anak dengan mengekek gelak. Dan ikan yang berpusu pusu mendapatkan makanan, 


Tengoklah tu. Betapa seronoknya kedua insan kecintaan hati tu. Yang sibesar konpem la. Da abi bagi peluang satu malam lagi ada skali. (Well bila ada saya dia mudah nak buat menda. Saya mengasuh anak dia selesaikan kemas bilik.). Dan yang kecil ni. Pantang saya lepas atas rumput. Nak aja dia merangkak. Mentanglah tempat luas. Hihihi

Rasanya mungkin lepas ni boleh plak isnin ja baru balik supaya petang macam ni boleh bawa kedua nya buat aktiviti kami. Aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Asik p shopping mall ja. Tu keluar duit ada lah. Hihi

Thursday, 24 April 2014

Kurang berminat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya baru pulang. ada perjumpaan dengan cikgu yang baru sampai dari KL dan juga kawan kawan yang trade guna teknik yang sama dengan saya. Alhamdulillah, disamping dapat jumpa kawan baru, dapat juga puaskan hati jumpa cikgu yang datang dari jauh. dan ada bonus lagi, jumpa sahabat yang dah lama tak jumpa.

Bila dah lama tak jumpa, apa lagi, kena perli la. hihihi. adehh. apa boleh buat, masing masing sibuk dengan hal masing masing. Tambahan sekarang saya pula dah mula nak silent, jadinya lagi susah la. tapi sekarang dah macam kena muncul balik ja? sebab ada ura ura mengatakan nak buat perjumpaan mingguan di lokasi yang sama tu. untuk apa? untuk sesi perkongsian sahaja la. sharing sharing.

Bila dah jumpa ramai tu, maka ada lah berpuak sana dan sini. well, memasing dengan cerita masing masing. saya dengan group kami, mereka dengan grup mereka selepas sesi perkongsian dari cikgu. Dah ada ter-berkenalan dengan seorang pakcik ni. nampak gaya macam berada punya orang. baru beberapa hari kenal dengan 'dunia'. maka berkongsilah dia dengan cerita cerita yang dia dapat dari kawan kawan dia. nampak dia seperti bersemangat sangat nak bermula. dah ada tarikh pun nak mula, 1-Mei nanti dia nak bermula secara rasmi dalam dunia kami.

Satu yang saya pesan dekat kekawan saya tadi, tolong ingatkan pakcik ni. sebab saya nampak dia excited, sangat excited nak make money dengan menda ni. tapi saya takut dia terlalu excited sampaikan dia abaikan perkara perkara penting dalam dunia ni. Yang pertama, disiplin, dan yang juga sangat penting, iaitu ilmu. tanpa ilmu nak bermula dengan apa bukankah itu risiko? Lagi, terus sembang bab juta. ini yang buat saya risau tu. Dan sebab mengapa saya berpesan kepada kekawan saya, adalah sebab dia tak nampak berminat dengan saya. Jadi lebih baik yang dia berminat tu yang buka minda dia pasal ini. Saya cuba juga buka minda dia tadi dengan peratusan untung yang kurang, tapi nampak macam dia tak berminat dengan cara saya.

Jadinya kerisauan saya , saya luahkan pada mereka, kot la nasihat mereka jalan. 

Yes we can think big, but not as big with who we are now.

Prepare all the weapon, before went to the battlefield.


:)

Tuesday, 22 April 2014

Fateh Uwais dan orang

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak si kecil ni dah bertambah besar. macam ramai pula kawan kawan ajak jumpa. sadis betul kekawan ni tau. bukan nak ajak abi ummi jumpa sembang, tapi nak jumpa tengok dia ja. Bukan tu sahaja, sampaikan masa pergi majlis tunang acik Amira dia pun siap ada macik Acik dia kot, mai kat Uwais. "ehh yang ni kan budak yang dok tengok dalam facebook tu?"

tak bleh blah betoi Fateh Uwais ni. geget karang baru tahu..


 ini hari sabtu. Jumpa Acik Amira dia yang bertunang. lihat macam mana dia tengok muka acik dia tu. renung dalamnya kan? rindu ka yayang??

  
Cerita petang semalam. Fateh Uwais bersama MummyGK dia dan Abah Azrul dia. tengok saja cara dia tu. mata tengok tempat lain, tapi jari meraba raba jari abah dia. teringat ae? 

 Ohh ini tadi, jumpa dengan Ateh Shida dia. last jumpa masa kami di Bintulu hari tu. Masa tu baru dua bulan, sekarang dah berapa bulan dah, baru jumpa balik. 

 ini bersama dengan auntie Ezma. semangat sangat auntie ni. usaha datang sesudah jumpa dia..
dan terakhir dalam entry ni, walid Nyu. orang paling banyak kali jumpa dia dari dalam pantang, sampai da beso macam sekarang. cayang walid ng ummi Ruzz keketat tauuu~~

Monday, 21 April 2014

05:48am

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:48AM, Shahab Perdana

Entry rutin pagi isnin ni: ehhe. Jam 05:48. Atas bus Transnasional, Shahab Perdana sementara menantikan bus gerak. 

Ahad yang agak menarik bagi saya. Mengasuh anak 'full day' buat kali kedua selepas tuan putera ni mula makan. 

So far seronok sebab dia pun pandai main. Cuma biasa la, bila mahu mengubah rutin tu saya agak kekok. Mahu tidaknya, dahulu, minum susu ja. Saya standby susu kat warmer, bila dia nak bagi ja. Tapi sekarang dengan makanan lagi, air masak lagi. Jenuh saya nak pusing cari. Mujuk isteri dah sediakan semua. Cuma ambil sahaja bila anak mahu.

Petang sabtunya, konon dah nak gerak balik. Dah siap jalan ke Shahab dah pun. Tapi saya batalkan pulang semalam. Mahu bagi lebih masa pada kedua mereka ni. Jangan kata ummi, anak pun seronok. Senyum ja bila saya x terus membelok kiri untuk ke Shahab, tapi jalan terus menuju rumah. 

Apa pun, ini sahajalah yang mampu saya beri kepada keduanya. Mungkin tidak sesempurna insan insan yang tinggal sendiri, tapi itulah yang terbaik buat masa ini buat kami. Tak terdetik di hati buat kami berdua yang apa kami harung sekarang ini tidak adil. Tapi kedua bersyukur. Mungkin kami kurang masa bersama, tapi "waktu emas" kami penuh dengan pengisian. 

Dah ALLAH tetap macam tu. Semestinya ini yang terbaik buat masa ini. 

Alhamdulillah. 

Sunday, 20 April 2014

Handphone Abi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sementara anak dok lena tu, sempat la saya online kejap. Jumpa menda ni.



betul tak agak agak?? :D

(gambar handphone Abi. kata ummi, tunggu la dua tiga minggu dulu yayang nak makan pun, abi dok sayang lagi tu. lantakk. 1st day dah masuk mulut dia. grrrr)

Friday, 18 April 2014

Perihal sejarah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hari saya outstation hari tu. Saya berkesempatan berjumpa dua manusia berpengalaman. Yang bagi saya luas sangat pengetahuan mereka. Sungguh. Banyak yang saya dapat. Banyak yang saya belajar. Rasa tak puas bila sedar yang susah nak dapat lagi peluang dapat cerita cerita eksklusif macam tu. Dan salah satu kesimpulan dibuat salah seorang insan tu.

"Sejarah ditulis oleh orang yang menang."

Boleh faham quote ni? Hihihi mesti tidak kan? Cuma saya suka nak bongkarkan yang sejarah kita yang kita tahu sekarang ni banyak yang "ditulis semula". Bermakna yang kita tahu, kita belajar itu sudah bukan sejarah sebenar tetapi cumalah kisah kisah penyedap cerita bagi para penulis penulisnya.

Tak rasa saya perlu keluarkan contoh. Tapi itu yang saya dapat. Dan dengan situasi sekarang yang semakin merepek merepek, saya pilih untuk hadap quote ni sebaiknya dengan kisah kisah sejarah yang saya dengar. 

Mudahnya. Zaman fitnah berleluasa ni. Banyak kata kata yang di spinkan di media. A yang dicakap tapi sampai ke Z yang diulas media. Tambahan bila yang berkuasa dan menang itu pihak yang jahat. Maka bertukarlah sejarah. Yang sepatutnya adalah seorang pendukung keadilan, dihenyak sebagai penjahat most wanted. Walau membuktikan perbuatan itu baik, tapi jahat yang entah dah berapa kurun itu yang dikorek. 

Tak apalah. Ditipu kan? Esok lusa di akhirat jawab la ye. 

Wednesday, 16 April 2014

Alkisah sebuah janji

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni saya nak kongsi sesuatu.



Alkisah sebuah janji. Hari ni saya jumpa video ni dari FB. menitis air mata tengok video ni. Bagaimana janji seekor kijang dengan Rasulullah. walaupun janji itu bermakna nyawa dia sebagai ganti. tapi dia masih kembali demi menunaikan janji tu.

Dan kita, sebagai manusia, khalifah yang dimuliakan ALLAH. bagaimanakah kita menjaga sebuah janji?

Renung renungkan.

Tuesday, 15 April 2014

5.55am

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

5:55AM, Shahab Perdana

Selepas outstation selama beberapa hari. Hari untuk meneruskan tugasan rutin bermula. Semalam, kami kembali ke pangkuan rumah memasing. 

Dari Ipoh, singgah ke tempat customer sebab saya nak selesaikan tanggungjawab. Dari sana bergerak ke bank pula. Nak selesaikan urusan isteri yang mana kad bank dia telah tamat trmpoh. Jadinya tak boleh nak withdraw wang. 

Di bank ni memang agak menyakitkan hati. Lama sungguh tunggu. Selama lebih sejam kami tunggu, nombor giliran langsung tak gerak. Akhirnya kami decide nak gerak dahulu dan datang semula. Masa tu anak pun dah mula mengamuk sebab dia lapar dan mengantuk. 

Next is Celcom. Dan lepas tu Shaklee. Pastu balik ke bank. Habis semua, balik rumah saya hantar barang, makan dan solat baru gerak ke Alor Setar. Itu pun dalam perjalanan singgah lagi dekat kedai baby tu, beli pampers anak yang habis. 

Alor Setar asalnya saya nak pulang jam 7 tu. tapi lihat pada isteri yang dah sakit kepala tu saya jadi kesian. Tadi pun masa di Gurun terpaksa berhenti nak bagi dia rehat. Sebab kesian saya beritahu dia saya balik pagi ni. Terus muka kerut tahan sakit berubah senyum. Saya tahu dia sedih nak pisah sama tu. ya lah, saya kan tak ada minggu ni. Tak banyak masa kami luang minggu ini. Tak apalah. Saya pilih balik esk pagi sebab dia tak sihat. Atleast kalau dia nak rehat saya ada nak tengokkan anak tu. 

Overall boleh saya katakan yang kami sangat sibuk hari ni. Namun alhamdulillah selesai semua yang patut kami selesaikan hari ni. 

Apapun, saya yakin. Sesuatu yang baik sedang menyusul. Antara sabar dengan tak sabar ja kami ni. Boleh tu. mesti boleh!

Monday, 14 April 2014

Apabila Abi outstation

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu ni saya sibuk. Kalau selalu tetiap minggu saya jadi tukang jaga anak dengan Ummi, tapi minggu ni outstation 2 hari, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Elok petang Jumaat balik kerja, selesaikan bersiap apa semua. Kami singgh sekejap di Caltex dekat rumah untuk saya COD barang dekat orang yang saya minta barang tu. Asalnya nak minta minggu depan la, tapi orang tu dah macam desperate nak pakai duit, jadinya saya selesaikan juga minggu ni.

Sebaik ambil barang, kami isi minyak dan TnG lepas tu terus gerak balik kampung. Rehat dan tidur, esok paginya saya dah bergerak ke KL. Tak awal juga seperti selalu, tapi dalam 730 macam tu gerak, sampai dalam 10 pagi kat sana. Maka bermula dua hari kerja saya di sana. Bagi saya seronok, sebab 1 adalah ilmu. Namun ada banyak lagi kegembiraan yang saya dapat di sini. Dan paling saya rasa seronok sebab saya jumpa dengan orang orang 'berpengalaman' yang luas sangat pengetahuan am depa, dan buat saya teruja bila kongsi banyak sangat info info yang saya tak pernah tahu. SubhanaALLAH, seronoknya saya tak tahu nak cerita. Well, saya nak suka mendengar cerita, jadi bila ada yang sudi bercerita, jadi teruja sangat. hihihi (Alhamdulillah, ALLAH bagi nikmat ni).

Bila dah menjauh macam ni, mesti la teringat kan. Mana tak teringat kan.

Kekadang tu, bila kami lepak dan saya nampak anak kecil, saya khabarkan pada sahabat,
"weh, comelnya anak orang tu."

Dapat la balasan dari kawan,
"aku tahu la hang rindu kat anak hang, sabar lahh"

Rupa rupanya anak pun macam tu. Bila tiap kali saya call, dan Umminya share handphone tu, dah tersenyum senyum anak kata Umminya.

Saya sampai ja semalam, dia tak tidur, tak mahu tidur kata Umminya. Sampaikan Ummi nak ke tandas pun susah. Tapi bila saya dah ada, saya pegang la dia, beritahu pada dia, "sekarang dah malam sayang, sayang tidur tahu, esok pagi, kita sembang lah berdua. Kita main sama sama. "

Dan amazingly, lepas saya selesai mandi, saya tengok dah lena budak tu. Tak cukup dengan tu, masa lena tu Umminya kata, kaki terbongkang letak atas Abi, tangan atas Abi, muka pun nak kalih kat Abi. Senyum saya. Sampai macam tu awk ya.

Pagi tadi, bangun dok nak nangis nangis, saya bangun berdiri, ambil dia letak bagi duduk atas riba. Senyap. Bukan hanya senyap, tak bergerak ke mana. Selalu kalau pegang, nak ja dia turun ke bawah, nak main, tak suka kita kepit dia. tapi lain pula tadi.

Awak rindu Abi ae???




Thursday, 10 April 2014

Uwais, duduk.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alhamdulillah, tanggal 1 April lalu cukup 7 bulan tuan putera kesayangan kami. Alhamdulillah. sihat dan semakin bijak. Ada sahaja menda baru yang dia nak explore saban hari.

Alhamdulillah juga, dalam minggu lepas, dia dah boleh merangkak. Bab duduk pn sama, dalam minggu lepas atau sebelum tu. Cuma satu la, bila sembang bab duduk ni. ada satu peel dia masa dia mula belajar duduk tu.


Ni ha gambar dia belajar duduk. Waktu duduk tu. satu tangan akan dia angkat, pastu dok lelambai la kat orang. Entah apa yang nak dilambainya tak tahu pula saya. cuma bila masa dia nak duduk ni, kami plak yang dok standby, mana tidaknya, bila tak stabil ja, memang melelong, pastu jatuh. Tugas kami, sambut kepala dia. kihkihkih..

ni pula semenjak dah boleh duduk stabil. ralit dia. apa agaknya yang difikirkan. :D


Ada sahaja la karenah si kecil ni saban hari. Buat ummi, seronok la dia tiap masa nampak anak. saya yang jauh ni, di hujung mingu sahaja berpeluang layan anak. tu pun kalau tak outstation. Ni minggu ni outstation lagi. ada kursus di KL.

Dalam hati sntiasa dok sabar. Moga moga dengan usaha sekarang membuahkan hasilnya nanti.

Amin yarabbal alamin..


Wednesday, 9 April 2014

Hambar

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni hambar. saya sibuk dengan mencari penemuan buat soalan soalan yang tak kunjung tiba. Saya minta izin dari isteri sebab saya nak fokus pada pencarian saya ni. Agak sukar sebab mencari dengan sambungan internet yang agak lambat. hairan saya, dah ada fixed line pun masih bermasalahkah? atau saya yang sudah terlebih guna atau terlebih harap pada kelajuan yang sebenarnya bukan untuk pakej saya? abaikan persoalan itu.

Dri hasil pencarian saya, terjumpa dengan penemuan penemuan yang agak berat pada fikiran ni. banyak yang masuk buat semakin pening dan semakin konfius dengan data data yang timbul tu. Satu satu cuba dihadam, namun berat. Mana tidaknya, soalan tidak dibalas dengan jawapan, tapi soalan baru yang timbul bertanya tentang soalan yang sudahpn jadi tanda tanya semenjak dari awal.

Satu per satu menjengah fikiran saya. Hingga akhirnya ALLAH pertemukan juga dengan perkara asas yang mungkin kita kita dah terlepas pandang.

nak tahu apa dia? AKHIR ZAMAN. Kenapa akhir zaman? Apa kelengkapan menghadapinya? Adakah cukup kita dengan amalan? Seteguh mana Iman kita menghadapinya? Sekuat mana kita sebenarnya berjuang demi agamanya?

Tepuk hati, tanya iman kita.

Susah kan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu lepas, hari Selasa dan Rabu, saya ke KL. Asalnya macam tak nak pergi, tapi adik dan Mama macma ada harapan juga nak saya bawakan mereka ke sana, jadinya saya ambil cuti demi membawa mereka ke sana.

Adk saya ada interview untuk jawatan di off shore, jawatan idaman dia sejak sekian lama, tapi sayangnya tak dapat sebab mereka memerlukan orang yang berpengalaman, bak kata mereka.

Saya yang dengar tu rasa macam hangin juga la. Sebenarnya bukan kita nak hangin sangat tak tentu pasal, tapi bagi saya mudah, kalau taknak ambil yang tak ada pengalaman, tulis dalam iklan yang dikeluarkan tu juga. Supaya orang tak berharap dan datang dari jauh. Macam kami ni, modal tu. (sebenarnya bukan bab modal sangat, cuma saya dukacita dengan cara ianya di habiskan macam tu).

Bab pengalaman, saya mengaku , pengalaman itu penting. Tapi, kalau tak diberikan peluang, bagaimana untuk didapatkan pengalaman tu? Betul tak? Kita mahukan yang pengalaman, tapi tak memberi pengalaman, bagaimana nak didapatkan pengalaman tu?

Itu satu la, bab kedua, orang yang datang dengan experience dari satu syarikat itu straightaway akan disuruh balik. Soalnya, adakah mereka tulis begitu di iklan? macam saya cakap tadi, mereka harus fikirkan kesusahan orang yang datang dari jauh hanya untuk mendapatkan kerja ini. Bukan mudah. Kita tak tahu sesusah mana orang berusaha sampai ke sana. tapi di suruh pulang hanya dengan alasan sebegitu.

Tak logik di akal. Dan tak patut la.

Sama sebagaimana kita ke temuduga jawatan di satu sektor tu, ini pengalaman saya tahu, belum masuk dah tahu orang belakang saya ada peluang dapat kerja. hanya sebab ada 'orang dalam'. Agak agak kalau readers ada di tempat saya, apa perasaan readers?

Susah kan...

Tuesday, 8 April 2014

Impian

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semua ada impian. Tak kira la sama ada besar dan kecil, termasuklah saya.

Baru baru ni ada sembang dengan Ummi. Dia tahu apa yang saya inginkan. Apa yang saya idamkan. Ada la dua menda gemok tu. Pantang nampak dua menda gemok ni, mesti saya akan cakap dekat dia, "hensemnya dia Yayang.. " tak pun "Kacaknya dia syg.."

Selalu jugak la. Sampaikan dia pun dah ingat menda gemok tu.

Satu hari sembang dia cakap, nanti kalau kata satu hari nanti saya mampu, belilah benda gemok tu. Kalau dah mampu, walaupun ianya mahal, ambil sahaja.

Itukan cara untuk menghargai diri sendiri setelah dah berusaha gigih untuk berjaya.

Saya katakan kepada dia. Mungkin tidak kot, mahai sangat menda gemok tu. Hohohoo..

Ni ha gambar dua menda gemok idaman saya tu.



Apa pun saya senyum dan rasa happy bila dia keluarkan kenyataan macam tu kepada saya. Ya, mungkin betul kata dia kalau dah mampu, apa pun bisa di dapatkan. Dan buatlah selagi ianya tak salah kan.

Dan dia, memang satu nya yang begitu cuba menghargai saya saban hari. Betul saya cakap, sebab dia tahu betapa saya susah sangat nak minta sesuatu untuk diri sendiri, tapi dalam masa sama, mencukup dan cuba melebihkan keperluan dia dan anak.

Kekadang rasa malu nak minta, walau itu duit sendiri, sebab rasa setakat ini, belum begitu banyak yang saya dah beri pada dia dan anak. Betapa kekurangannya saya ni.

Yang sebetulnya, saya sedar. Bukan menda gemok tu yang saya perlukan, tapi manusia berdua ni. Pendamping suka duka saya.

Isteri yang solehah dan Baby yang soleh inilah impian besar saya. Semoga ALLAH terus memberkati mahligai cinta kami. Terus menyuburkan dengan kasih sayang, dan cinta sampai ke alam akhirat.

Amin yarabbal alamin.. 

Terkono

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada seorang kawan. Masa main futsal hari tu la. Minta saya belikan seluar. Saya pun walau dalam rasa tak berapa sihat tu tak sanggup pula nak kata tidak sebab dia dah semangat nak main. jadinya saya layankan aja masa balik pergi cari seluar kat dia.

Petang tu sampai kat tempat main dia bagitau saya. "Budget lari la."
Saya diam tapi dalam masa sama rasa nasib baik la sebab saya belikan yang tak terlalu mahal buat dia Lepas diam, saya tanya kenapa.

Katanya patut gaji bulan lps ada lg lbh kurang 7rat juga la lebih. Skali kna bayaQ dt along katanya. 

Terus saya tanya. Kenapa? 

Pakcik guna nama nk pinjam along, last last kita yang bayaQ dari awal sampai habis. 

Pulakkkk???

Minta tolong orang sambil susahkan orang? 

Ohhh manusia. Jangan tanya kenapa orang hati suci makin kurang, tapi tanya berapa banyak dah si manusia begini rosakkan insan hati murni yang cuma mahu membantu menyelesaikan masalah kita.

Kesian sahabat saya ni. tapi apa boleh buat. saya suruh dia tanya, tapi dia jawab, pakcik sendiri kan? takkan nak bergaduh kot? ada benarnya.

Saya share kisah saya juga yang hampir macam dia. bulan 1 minta, bulan 2 minta, 3 bulan minta lagi, mai yang keempat senyap. pastu bila kita mula bosan, mula la keluar macam macam cerita kat belakang. Indahnya hidup.

tak apalah. ALLAH nak ajar saya tu. Alhamdulillah...

Monday, 7 April 2014

Misi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Misi mengumpul tak semudah yang disangka.

Beberapa minggu ni, saya dalam misi mengumpulkan apa yang saya dah hilang. Alhamdulillah, dalam 2 minggu nampak la kenaikan pada graft yang menunjukkan pemcapaian walaupun lambat tapi ada juga nampak bergerak ke atas.

Datang hari ini, graf turun balik. adehhh, yang dikumpul setengah minggu lepas dah saya habuskan pada hari pertama minggu ini. Mula tu rasa sedih juga, tapi bila kenang kenangkan balik, ada la sebab ALLAH nak hadiahkan saya sesuatu pada hari isnin ni,  dan dan hari pun rasa tenang ja.

Kekadang ALLAH ambil balik matahari, dan berikan kita mendung dan hujan, bukan bererti ALLAH tak nak kita berbahagia dengan cahaya tu, tapi rupanya ALLAH nak beri kita lihat pelangi yang lebih cantik, bersama pelangi yang datang semula kepada kita.

Semua yang terjadi ada kisahnya. Percaya. Percaya Percaya.

Tak mungkin ALLAH nak sakiti kita, tak mungkin ALLAH nak sakiti kita.

ALLAH ambil sesuatu untuk dia ganti sesuatu yang lebih baik.

SubhanaALLAH...

Kegembiraan berubah

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam kami anak beranak ada bersama lagi sebelum saya pulang. Jam 5 waktu kami sepatutnya dah keluar, tapi kami pulang kerumah sebab saya dah janji nak betulkan plug dan switch rumah yang terbakar lama dah tu, tapi baru berkesempatan membetulkannya. 

Selesai buat kerja tu, anak dah menangis. Panas gamaknya. Well, buat kerja elektrik saya tutup semua, untuk safety la. Saya tak seberani guru saya yang slumber badak dia tukar menda tu tak off switch. 

Habis buat, cepat cepat saya pakaikan dia baju dan bawa dia jalan kat padang depan rumah. Kemudian ke rumah mak ngasuh dia sebelum kami keluar cari makan. 

Blik makan tu la dia dah buat muka. Ummi cakap dia dah buat muka sedih dia dah tu abi. Saya rasa mungkin kot. Dalam mengekek gelak bermain dengan saya, kejap kejap dia merangkak kepada saya. Panjat paha suruh angkat. Saya pun angkat, peluk dan kiss dia kemudian lepas balik ke bawah. 

Lain, memang lain. Hantar sekejap ke rumah mak pun x mahu senyum atau tengok muka kita. 



Sabar tau syg. Sabar. Abi yakin dalam tahun ni, kita mesti dah duduk sama. Ummi target bulan 9. Kita tunggu ya. Mana tahu itu hadiah hari lahir terbesar buat kalian. Abi syg kamu berdua tahu. 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA