Followers

Saturday, 31 May 2014

Kisah wanita zaman Rasulullah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Pagi tadi, masa tengah sarapan. Melayan slot tanyalah ustaz tak silap saya di tv9. Ada seorang brader tu call tanya. Pasal zina. Saya tak ingat soalan dia. Tapi ustaz cerita satu kisah zaman Rasulullah dahulu yang mengaku diri nya berzina dan minta dirinya dihukum. Dipendekkan cerita dia dihukum rejam. 

Sewaktu hukuman dijalankan. Adalah seorang hamba ALLAH tu baling dengan sangat kuat sampaikan darah berpercikan dari kepala beliau. Lalu beliau ditegur. Tak silap dengan Rasulullah. 

Janganlah kamu membenci dia. Tahukan kamu bahawa taubat dia itu sangat sangat besar nilainya hinggakan andai dikumpulkan semua umat manusia pun, 'besar' nya taubat dia tu cukup untuk semua orang. 

MasyaALLAH..  :'((

Thursday, 29 May 2014

Terpaksa memaksa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam masa keluar dengan sahabat ada la dia share apa yang berlaku dalam hidup dia sekarang. Ada dia cerita yang dia rasa agak tak seronok sebab sekarang anak terpaksa dihantar ke rumah mengasuh, bukan itu sahaja la, ditinggalkan beberapa hari baru ambil. Semuanya sebab terpaksa, dan keadaan memaksa perkara ini dilakukan.

satunya, isteri yang berkursus. dan kedua, baru baru ini ayah si isteri sahabat saya dimasukkan ke hospital sebab sakit. Sempat juga saya lawat hari tu. Dan masa dia call saya semalam, sebelum ajak keluar tu, dah fikir bukan bukan saya, mana tidaknya hari tu dah dalam ICU kot. mahunya kita tak risau bila tetiba ada phone call malam malam camtu.

Kisah bagaimana anak dia datang kepada dia, terkam bapak sebab rindu, cium cium, peluk, tarik tarik badan si bapa buat saya terasa juga. Siapa yang sanggup lihat anak ditinggalkan macam tu. Tapi itulah yang saya katakan, keadaan memaksa. Sebelum ini anak dijaga oleh ibu mertua dia, tapi sekarang dah ayah mertua sakit, terpaksa la cari alternatif nak jaga anak. dan ini mungkin pilihan terbaik buat masa ini. Sedih. beberapa kali isteri ulang perkataan "kesian kat tet" masa ceritakan pada dia tentang sahabat saya tu.

Lagi, sewaktu ditinggalkan sebelum pulang. hati mana tidak sedih melihat anak menangis sebab ditinggalkan. Mujur ada seorang kakak di sisi masa tu menguatkan hati, "kuatkan diri, sapa tak sedih. Tapi jangan kalih belakang, terus bergerak, nanti lain yang jadinya.." dan hati juga main peranan, "jangan menangis, jangan menangis " ayat yang tak henti henti menguatkan diri dalam situasi berkenaan.

isteri tanya, macam mana kalau keadaan kami macam tu?

tak dapat saya bayangkan. sedihnyaaa~~

Wednesday, 28 May 2014

Apabila DIA berkata kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Apabila DIA berkata kata. 

Saya baru pulang. Keluar kerana menemani sahabat hantarkan kereta pada isteri dia yang berkursus. Semasa dalam kereta ada saya share kisah lapan tahun entry saya minggu lepas. Dan dia kongsikan sesuatu juga yang pada saya sangat bermanfaat dan dalam masa sama buka minda seluasnya.

Alkisahnya semasa ibu sahabat saya sedang dapatkan rawatan sakit dia tu. Adalah dia berbual dengan orang ni. Orang ini ceritakan anak dan menantu dia dah banyak tahun kahwin, namun belum dikurniakan cahaya mata. 

Macam macam cara dah buat sebagai ikhtiar demi mendapatkan 'hadiah' terbesar tu, namun hampa. Lebih memilukan apabila berjumpa doktor, jawapan yang diberikan sungguh menyedihkan. Iaitu peluang mereka sangat tipis. Namun syukurlah, semangat juang mereka, juga sedikit harapan dalam diri langsung tidak menyerah berusaha. 

Satu hari. Ketika berdua berjalan di pasar malam, terjumpalah dengan seorang peminta sedekah. Hati begitu tertarik untuk bersedekah, maka didekati lelaki berkenaan. Sesudah diberikan wang, lelaki itu bersalaman dengannya. Ketika itu dia diajukan satu soalan, 
"Pakcik tengok awak kurang seronok, awak ada masalah ka?" 

Bukan sekali tapi berkali diajukan soalan sebelum dia menyerah dan membuka cerita.
"Ya pakcik, sebenarnya kami hadapi masalah belum diberikan zuriat pakcik."

Terus dibalas pakcik tu, 
"Bersungguhkah kalian meminta dari DIA?" 

Lantas dikongsi pakcik berkenaan, 
"Balik nanti buatlah solat hajat, 44 hari minta dari ALLAH."

Habis berbual, mengucapkan salam dan selamat tinggal, mereka berjalan meninggalkan pakcik tu. Namun hati tidak tenang terfikirkan pakcik lalu ketika jalan patah balik dari sana, mereka mencari pakcik tu. Namun hampa.

Rupanya bukan setakat di situ. Malam
Itu suami bermimpi si pakcik muncul didalam mimpi. Dengan berjubah putih dan berpesan, mintalah dari NYA. Buat solat hajat 44 hari berturut. Si suami terjaga dari tidur lalu dikejutkan si isteri dan bersama melaksanakan solat tahajus juga hajat dimalam itu. Dan dipanjangkan sampai genap 44 malam. 

Di hari ke 45, si isteri muntah.berhari hari yang mendatang masih muntah. Genap minggu selepas itu keduanya ke hospital untuk checkup. Doktor yang terkejut bertamya, ubat apa yang kalian makan? Sebenarnya sudah ada isi.

SubhanaALLAH. Apabila DIA berkata kata. Kisah pendek yang bagi saya mendalam maksudnya. Bagaimana sebenarnya kita, dalam sedang berusaha sebenarnya dah pisahkan DIA dari usaha kita. Kita berusaha tapi dalam masa sama tidak minta pun dari DIA, malah kita seperti melupakan DIA yang Maha Memberi. 

Sekadar peringatan, bukan hanya pada diri sendiri, tapi saya panjangkan pada readers. Untuk kita sama sama ambil manfaatnya. Moga ALLAH sentiasa dekatkan hati kita kepadaNYA. Amin.

Tuesday, 27 May 2014

Dua Dua Lima

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tiba lagi dua puluh dua May. Tahun pertama bertiga, juga tahun kedua sambut berdua. Alhamdulillah ALLAH masih diberikan peluang membetulkan yang salah, membaikpulih yang rosak, menampal yang bocor. 

Mudah mudahan diri dapat terus diperbaiki ke arah yang lebih baik. Kerana tiap hari kita hidup kita semakin mendekati alam baru yang mana platform sementara sebelum alam abadi. 

Di kesempatan ini mengucapkan banyak terima kasih untuk hadiah terbaik ALLAH dah bagi iaitu keluarga yang bahagia bersama bidadari syurga yang dikirimkan awal, iaitu Mama dan Isteri, juga khalifah kecil yang sentiasa membahagiakan. Juga pada Ayah yang sentiasa menjadi ikon diri, pada kedua adik yang sangat disayangi bersama satu adik ipar. 

Tidak dilupakan juga pada Ibu dan Ayah mentua yang melahirkan seorang insan hebat menjadi pemangkin semangat diri.

Juga pada adik beradik ipar yang sangat bertuah di punyakan seorang kakak dan adik yang begitu kuat mendokong suaminya ni.



Saya pesan pada isteri, saya tak mahu apa apa tahun ni, sebab saya dah pun dapat hadiah saya tahun ni. dia tanya saya apa, saya cakap, ni dedua yang ada dalam pelukan saya ni. Isteri balas, tapi hadiah yang ni tak dibalut. saya pun cakap, buat apa perlu di balut kedua hadiah ini? keduanya perlu ada di hadapan saya untuk saya tatap, tak perlu dibalut, kerana kedua nya dah cukup buat saya bersyukur bahawa diri sangat bertuah.

Terima kasih Ya ALLAH.

Kena pindah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kena pindah.

Last week, hari Jumaat. Hari yang agak sibuk untuk saya. sebab nya banyak juga yang perlu diselesaikan. Mulanya lesen mati, selesaikan lesen. Kemudian bergegas ke hospital sebab ada emergency. Ayah kawan bapa saya masuk hospital, dah di ICU pun. Sebab tak diketahui. Cuma dia beritakan dia beritahu mereka dia tak sihat, kemudian bawa ke hospital dah dipengsankan bila dia mula lemah, susah bernafas.

Dalam tengah sihat tu jadi macam tu. Risau dengan dia dan juga dengan diri sendiri juga keluarga. Sakit datang tak tentu masa. Sebab tu Rasulullah penah pesan, buatlah 5 sebelum 5. salah satunya sihat sebelum sakit. Bayangkan apa yang tak boleh kita buat di masa sakit, yang kita tak buat di waktu sihat. Banyak kan? oleh itu, jika ada apa apa, cepat cepat buat. Jangan terlambat dalam hal mendapat redha ALLAH ni. rugii~~.

Okeh, back to topic, lepas selesai di hospital, solat Jumaat, saya kembali ke pejabat. Sampai ja dah kena panggil dengan boss. Mula tu macam agak macam risau juga, apa pula la salah yang saya buat, last last kena paksa ubah tempat. Aduhh malasnya saya nak pindah randah ni. Bukan apa, banyak menda nak kena buat, terutamanya dengan barang barang yang penuh bawah meja dan di tepi almari, tu belum kira yang lain lain lagi. Malasnya. dan bukan itu sahaja, saya penah gtau kat depa yang saya memang kalau boleh taknak pergi tempat lain, ya lah, port saya sekarang sangat cun kot, kurang panas, strategik dari gangguan anasir anasir jahat (acewahh), lagi di belakang, mudah untuk saya perhatikan orang orang di depan.

Tapi apa boleh buat kan? unlucky me. kena juga pindah. Alasan dia plak, ada orang baru nak masuk dan orang tu designer, saya pula perlu dekat dengan partner yang jaga satu projek, senang nak bincang apa apa, bla bla bla. Malas betul kena pindah.

Dan macam saya sebut selalu, saya gunakan ALLAH sebagai sebaik baik penentu kejadian. Adalah sebab musababnya, adalah hikmahnya kenapa boleh di gerakkan hati boss nak suruh saya pindah ke depan tu, walau dalam masa sama saya dah tak terfikir menda lain dah selain dari bakal dapat projek projek baru untuk dijaga.

Apa pun, redha. ALLAH Maha Tahu. Kita hanya buah buah catur diatas papan muka bumi yang diaturkan ALLAH. Walau yang kita nampak itu tak best, tapi ALLAH sudahpun tentukan yang terbaik buat kita. Terima. Redha.

Pasti ada sinar. :)

Monday, 26 May 2014

Tak jadi menang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Tak jadi menang. 

Well semua orang tahu kot semalam ada final piala thomas. Antara mesia ng jepang. 

Mendebarkan sungguh. Tahu kat mana yang debar tu? Debar sebab tunggu menang la. Saya dengan ummi dengan anak memang la eksaited sebab selasa ummi memang dah cuti pun. Kot kot ada ada nasib menang piala thomas n diumumkan plak cuti. Memang terbaik ahh. 

Alih alih saya bangun tidur pagi ni tengok result tak menang. Kalah 2-3 kepada jepang. Kecewa juga la tadi. Well, semalam masa 2nd game tu patut dah boleh menang tu. Tapi asyik buat sikap dah kalah. 3rd game plak nampak dia macam tak boleh main. Tak on form macam masa lawan indon jari tu. 

Mula saya fikir menda menda tu la. Last last cam kena tampo sikit baru sedar. ITU SEMUA HANYA SEBAB MUSABAB JA UNTUK MENDA TU JADI. 

ALLAH dah tetapkan semuanya. Jadi??

Redha sudahh~~ ada la sebab nya tu. 

Letakkan semua kepercayaan pada ALLAH. Tak ada yang yak baik perkara yang jadi tu. Suma ada hikmah. Walau menda yang kita tak suka tak semestinya menda tu baik. Dan menda yang kita suka tak semestinya baik.

Kalau suma menda ikut kita, mana datang nya keredhaan ALLAH tu??jengjengjenggg~~

Sunday, 25 May 2014

6:06AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

6:06AM. 

Dalam bus. Pulang dari Alor Setar. D hari Ahad. Minggu ini bermakna kurang sehari bersama dua kesayangan tu.  Namun apakan daya kan? Ada menda lain lagi yang perlu diselesaikan minggu ni. 

Sebenarnya hari ni ada badminton tournament kilang saya. Have too la. Berat pun kena pergi juga. Satu ada yang ingatkan. Dua taknak nanti jadi macam saya terkono tahun lepas. Slumber ja partner tak datang. Pergi vacation. Ada ka patut. 

Tahun ni pun turun tak ada target pape sebab tak mahu datang final minggu depan. Nak jaga anak. Nak tengok ummi. 

Ya ALLAH permudahkanlah urusan kami. Amin. 

Friday, 23 May 2014

Lapan tahun

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang dari pasar malam. Memang selalu hari Jumaat saya akan bawa Mama dan Ummi ke pasar malam. Selalunya disini kami membeli bahan mentah untuk dijadikan juadah selama seminggu. Dan tidak dilupakan makanan baby dan roti goreng kesukaan ummi tu. 

Hari ni masa mama sedang asyik melihat seluar untuk dibeli pada ayah, abang owner kedai tu tanya saya. Berapa bulan dah ni abang? Saya plak tengah blurr masa tu terus sebut 9. Dah ummi kata mana 9 lagi la. Saya senyum. Beritahu abang tu, lagi beberapa hari ni baru masuk sembilan. Dia turut senyum.

Dia senyum kembali. Kemudian menambah, seronok tengok dia. Badan semangat. Tangan ketak ketak. Saya jawab alhamdulillah bang. 

Lama lama tengok anak dia bangun. saya belum lagi, katanya. Saya balas, tak apa abang, dah on the way kot. Dia kata dah 8 tahun jawabnya. Telan liur saya. Fikir apa nak dibalas kepadanya. Beri semangat pada dia. Saya kata ada la tu pasni bang. InsyALLAH. 

Terus dia buka cerita. Baru baru ni pergi tengok orang bersalin jumpa bidan tu. Bidan tu tanya dan suruh bawa jumpa dia. Untuk mengurut la apa lagi. 

Sama sama kita doakan dia ya? Moga ada sinar. Ada harapan. Dimudahkan mencapai impian. Amin yarabbal alamin.

Thursday, 22 May 2014

Darul Sarkas Part II

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Slot darul sarkas siri dua. kahkahkah..

Anak anak lembu, janganlah kalian berak merata rata tak kiralah di mana kalian berjalan okeh. (Mak lembu, 2014)

Pesanan deep sangat mengingatkan. Macam suwit juga rasa. Tapi diibaratkan menasihatkan orang tentang etika sedangkan diri antara orang yang tidak beretika. Memberi peringatan tentang amanah sedang diri sendiri termasuk dalam golongan yang buatkan amanah itu menjadi sangat murah untuk di khianati.

Aduh tergeliat tengkuk ku bukan kerana salah bantal, tapi sebab jadi bantal kepada kereta besar. (cari publisiti,2014).
Andai kata saya yang memandu, elok tukar kepada steamroll. lenyek terus. Sendiri cari pasal, sendiri kena getah la. Pastu tetiba buletin auta lapor la pula. kahkahkah. 


ibarat mengigit jari kaki yang membawa anda berjalan. (kaki jilat,2014).
Antara kenyataan paling lawak di kala ini. Institusi yang neutral tetiba berubah menjadi hak milik mereka. Andai itu dikatakan melawan, tidak mengenang jasa dan sebagainya, bagaimana pula sebagai hamba yang tinggal, diberi rezeki, malah oksigen bernafas juga diberikan percuma, dan sekarang menolak pula hukum Tuan Maha Berkuasa. Agak agak apa itu tak tahu?

phewittttt~~ kita bukan tengok amoi, kita nak lawan ni. Tak tengok hanya pada cun, tapi tengok kebijaksanaan. (baru nak besaQ, 2014)
Menarik bila bercakap mengenai pengalaman dan apa yang anda ada. tapi jangan lupa semasa anda berada di situasi sama satu masa dahulu dan diberikan peluang berdiri di hadapan. Sekarang bila ada orang yang baru, sepatutnya di berikan peluang, bukan hanya kondem tak tentu hala.Cakap bab kebijaksanaan ni, elok la macam tu baik suma pindah. kaki kencing hantar pergi jaga tandas awam, kaki jilat hantar kilang ais krim, setel!

Saya tak kisah kalau dahulu dia dari keluarga pembuat seri kaya, dia mesti suka seri kaya, tapi dia datang dari keluarga pembuat roti, tak sepatutnya tukar jadi pembuat seri kaya. (nyanyuk,2014) 
Satu tindakan yang salah pula bila tiba tiba berada di pihak yang satu lagi, sedangkan yang menjual tu menda yang sama. kedua dua makan kan? kenyang ja makan bila disatukan keduanya. sebab kedua nya melengkapi satu sama lain. tapi ini yang berlaku. heran ya.

Oh well.

Mesia Darul Sarkas.

Sekian memaklumkan.

Wednesday, 21 May 2014

Kegagalan ini kegagalan kita.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Terpanggil diri berkongsi apa yang saya jumpa semalam di laman muka buku. Kisah yang sangat menyayat hati saya. Terlalu menyedihkan. Apa yang berlaku pada mereka. dan andai kata ianya berlaku pada kita. Apa yang kita rasa.

Semalam , saya telah memandu pulang dari Putrajaya ke Melaka . Dalam perjalanan pulang , saya ternampak seorang lelaki menunggang motosikal dengan anak2nya yang masih kecil, di mana anak perempuannya yang saya anggarkan berusia 2-3 tahun terhimpit ditengah2. Anak perempuan itu dalam kedudukan memeluk, memakai jaket dan namun tidak memakai topi keledar.

Saya mula mengikuti mereka di suatu tempat selepas keluar susur keluar Nilai dan terus mengekori mereka dengan mengagak Seremban mungkin adalah destinasi yang dituju oleh mereka anak beranak. Selepas susur keluar Senawang, hati saya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak betul.
Perlahan-lahan saya merapati mereka danmenawarkan mereka untuk menumpang saya sekurang2nya untuk anak2nya yang masih kecil itu namun pelawaan saya ditolak.

Tiba-tiba, dia berhenti . Saya menganggap dia sedang membetulkan sesuatu dengan begnya . Saya mengambil peluang untuk berhenti berhampirannya dan menawarkan bantuan saya.

Dia menolak tawaran saya. Saya bagaimanapun bertekad tidak akan membiarkan lelaki itu berterusan merisikokan nyawa anak2nya. Walaupun dalam keadaan yang teragak-agak, akhirnya dia menerima bantuan saya. Kedua-dua anaknya baik yang lebih tua dan yang kecil itu melangkah masuk ke dalam kereta saya. Saya memandu di depan dan lelaki itu (bapa kepada kedua2 anak itu) mengekori kenderaan saya di belakang.

Saya mengambil peluang untuk bertanya kepada anak2nya. Dari mana mahu ke mana dan apa tujuannya saya membuka pertanyaan. Kami dari Pasir Gudang akan ke Sungai Buloh dan kini kembali ke Pasir Gudang!

Saya berfikir (terkejut), kegilaan apaan ini? Ya Allah, ia melibatkan jarak perjalanan lebih kurang 400-500 km jauhnya! Saya bertanya lanjut, untuk apa kamu semua risikokan nyawa masing2 membonceng motor adik beradik seperti ini?

Anak itu kemudiannya menjawab, adik perempuan yang kecil itu berisiko menghadapi penyakit buta. Sekali lagi. Saya terkejut! Mereka perlu dengan segera ke Hospital Sungai Buloh bagi menyelamatnya mata anak perempuannya yang masih kecil itu.

Saya berhenti di RnR di Ayer Keroh dan mengambil keputusan untuk membelanja mereka makan tengahari. Kami pergi untuk makan tengah hari . Lelaki itu pula telah dihamburkan satu persatu satu soalan peluru berpandu dari saya. Dia kemudiannya mengakui bahawa dia tiada mempunyai wang yang mencukupi , keretanya rosak , dan dia tidak mampu pula untuk tampung perjalanan dengan menggunakan bas awam.

Dia terpaksa merisikokan nyawa anak2nya demi membawanya kepada seorang pakar mata di hospital Sungai Buloh untuk menyelamatkan mata anak perempuannya. Dia juga telah menolak sekeras2nya tawaran saya bagi membeli kedua2 anaknya tiket bas untuk meneruskan perjalanan ke rumahnya yang masih lagi berbaki 300km perjalanan.

Saya bersetuju dengan keengganan dia namun saya meminta dia mengikuti saya ke mesin ATM yang terdekat. Walaupun dalam keadaan kekok, serba salah dan teragak2 (mungkin rasa malu) untuk menerima wang tersebut namun dia tetap menerimanya dengan baik.

Dan saya tertanya-tanya, macam mana agaknya lelaki itu meneruskan perjalanan dia untuk pulang ke rumah yang berjarak 300 KM itu dalam keadaan hujan yang begitu lebat dengan lori2 besar di atas jalan.

Saya juga terfikir-fikir, akan keadaan di negara ini. Apa yang telah terjadi kepada orang2 kaya (berkemampuan) sehingga terjadinya peristiwa seorang lelaki yang kesusahan terpaksa menempuh pelbagai risiko yang membahayakan dirinya dan anak2nya demi mendapatkan rawatan perubatan di negara ini?

Di mana sifat kemanusiaan kita apabila seorang bapa yang kesusahan yang membawa anak2 menggunakan motorsikal (tanpa piawaian keselamatan yang sepatutnya) tidak dipedulikan?
Kita sebenarnya telah gagal baik sebagai manusia mahupun sebagai negara!
- Acik
Credit to : Janji DIcapati

Semoga ALLAH memudahkan perjalanan keluarga ini, dan moga kita kita yang masih ada ini, yang masih mampu, akan lebih mengutamakan tanggungjawab lain kita ni, selain dari hanya menjaga saku sendiri. Moga ALLAH memberkati mereka, dan sentiasa ingatkan saya mengenai kisah ini bila satu hari nanti saya dipuncak. Moga saya sntiasa ingat dengan kisah kisah kesusahan ini dan walau tidak sehebat insan insan yang lain, tapi sekurang kurangnya berusaha membantu pihak yang tidak bernasib baik ini.

Amin. 

Kegagalan ini kegagalan kita.

:''((

Tak ingat orang - Part II

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada terbaca kan enty saya semalam pasai tak ingat orang tu? Hari ni saya panjangkan apa yang saya dengar hari ni dari isteri mengenai orang rumah sebelah tu.

Kata isteri hari ni kontraktor yang datang buat rumah dia yang rosak tu cerita dia ada tegur jiran sombong yang rosakkan rumah isteri tu.

Tahu apa dia kata?
Dia dah buat rumah tu ratus ribu tau. bunyinya dia seakan tak mahu mengaku apa salah yang dia dah buat tu. terus saya naik marah tadi. memang la dia ada ratus ribu nak buat rumah dia, tapi dia tahu kah orang sebelah sebelah bukan manusia yang patut tanggung 100 ribu dia buat rumah tu. paam maksud saya kan? ratus ribu tu rumah kau. tak patut la kau keluarkan duit jiran kau ribu ribu semata mata sebab nak betulkan menda yang kau dah rosakkan. dah menda yang dirosakkan tu plak sebab kau yang merosakkan.

Kemudian tahu apa lagi dia kata?
jiran saya tak bunyi apa pun, yang awak nak sibuk kenapa? awak siapa?
Terus kontraktor tu cakap, saya diamanahkan oleh tuan rumah menjaga rumah ini. dari dahulu lagi. dan lagi,walaupun mereka perempuan, tak bererti awak boleh suka hati nak buat macam tu dekat mereka.

Tup tup akhirnya diberitahu tukang buat rumah dia tu tak pandai buat bumbung. dah kena cari tukang lain nak betulkan rumah dia yang masuk air jugak.

terus saya cakap, bagus! ALLAH bayaQ cash. !


Tuesday, 20 May 2014

Pantang dapat peluang.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pantang dapat peluang.


Ayat senang untuk saya khabarkan pasal budak kecik ni. Pantang dapat peluang duduk dikerusi driver, habis semua dia main. Mula sekali dia akan tarik wiper tu. Saya selalu kena buah ni, bermandikan air wiper tu sebab dia akan tarik bagi keluar air sebelum dia bagi wiper tu gerak (paling laju, yang 3 tu) dan jugak tatahan sekali siap wiper belakang pun gerak.

Kedua, dia akan gunakan tangan kanan plak nak tarik signal tu. tak kisah la mana kiri atau kanan, tapi lepas dah selesai signal, lampu hi beam plak akan naik.

Sekarang ni dah pandai dah. Pantang bagi peluang, duduk ja kat sana, tak payah angkat dia, mesti dia berdiri sendiri sampai suma tu jadi.

Hai la anak... makin lama makin tak terkejar abi ni.

Ni gambar pagi Ahad sebelum kami gerak ke Alor Setar. Masa ni saya letakkan dia kat kerusi tu sambil saya siapkan barang barang masuk dalam kereta. Tengok lah tu. Habis bahagia lettewww.. Sayang awak dear anak. Jadi anak soleh tau!

Monday, 19 May 2014

Tak ingat orang.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tak ingat orang.

Itu ja yang boleh saya simpulkan tentang apa yang berlaku buat masa ni. Sebenarnya kes ni kes rumah sewa kami tu.

Dipendekkan cerita, jiran sebelah rumah isteri tu la. dia renovate rumah. bagus la kan nak renovate rumah. ada rezeki lebih. kita pun turut rasa seronok sebagaimana mereka seronok buat rumah tu. tapi satu yang tak seronok. Tukang buat rumah dan tuan rumah otak letak kat kaki.

1. dah la buat rumah. tu satu hal, tak kisah la kan, tapi bila dah selesai buat rumah, dah plaster dinding tu, takkan tak reti reti nak kutip bekas bekas simen yang jatuh di lantai rumah kami. Tak cukup dengan tu, masuk rumah kita macam tak ada orang kat dalam rumah. apa lah salahnya kalau minta izin nak masuk buat rumah, orang pun bukan nak kira sangat, tapi ini soal hormat la. Lagi, sesuka hati parking barang barang dalam rumah orang. tak minta izin plak tu.

2. ini lagi melampau la, dah buat rumah, lepas tu rosakkan rumah orang plak. ini terjadi pada rumah kami, bilik depan sekali tu, pecah pecah bumbung dia sampai air masuk rumah tiap kali hujan. ini sangat melampau. bagi saya very simple la. buat apa pun jangan menyusahkan orang.

Geram betul dengan orang macam ni,

otak letak kat lutut. (untung saya kata lutut, kalau cakap letak kat tapak kaki? okeh, memang ya pun!)


Darul Sarkas

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

MH370. satu persatu kejadian yang berlaku. Memula buah kelapa. kemudian datang pula dengan tikar terbang. lepas tu di menara condong teluk intan. lepas tu kat laut, konon panggil kapal terbang muncul semula.

Kemalangan Karpal SIngh. datang juga. kali ini nak halau hantu ka jin ka dekat jalan tu, kononnya makhluk tu yang sebabkan kemalangan kat sana.

Semalam, ramal lagi, kemenangan depa depa tu.

Mula rasa hairan, mana pergi jabatan agama kat mesia ni ae? mana pergi individu atau pihak berkuasa yang sepatutnya memantau perkara perkara sesat macam ni?

Kemanakah mereka? kenapa tidak ditangkap dan dibicarakan?

mana mufti yang halalkan darah rakyat (bughah) sewaktu berlaku nya perhimpunan kerana membantah tindakan manusia manusia tamak yang semakin lama semakin melampau?

Semakin hari semakin lawak. Semakin hari semakin mempermainkan apa yang sepadannya dipertahankan. amanah dimungkiri, janji dilanggari.

Tak apa, tunggu ya. janji ALLAH tu pasti.

dan buat yang membaca, saya khabarkan dengan tegas, bahawa orang berilmu, orang agama terutamanya, apabila dia tidak menjalankan tugasan agamanya dengan betul, maksud yang betul disalahkan, yang salah dibenarkan, tunggulah balasan di sana nanti. ALLAH dah sebut, orang yang macam tu, akan duduk di tempat paling bawah api neraka, bawah lagi dari orang orang kafir yang dah sah sah menolak ALLAH.

tungguu~~~

6:02AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

6:02AM, Shahab Perdana. 

Salam pagi isnin. Well seperti biasa akan ada entry pagi sebelum saya pulang. Pagi ni sungguh tak seronok. Bermula agak baik bila isteri kejutkan untuk sahur. Tapi yang jadi spoilnya bila dah bergerak. Elok sampai di Shahab dan isteri pindahkan anak dalam car seat, sikecil tu dah menangis. Hingga perlu dipindahlan pada saya baru diam. Kemudian dah dia muak. Habis baju ni. Masa saya pulangkan balik pada isteri pun dia tak mahu pergi. Tapi saya bagi juga. Mujur tak menangis. Tapi muak lagi sekali. 

Sungguh rasa tak tenteram bila isteri kena bawa kereta sambil letakkan anak dekat riba. Saya memang tak suka nak buat macam tu sebab anak tak reti duduk diam. 

Hurmmm. ALLAH. Mudahkanlah kami untuk perancangan bulan 9 ni. Amin.

Sunday, 18 May 2014

bosan

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam ada berita baik lagi keluar berita.

Alkisahnya macam kisah jebon tu. Penah dengar tak cita jebon?
mengenai seorang penjual nasi lemak yang untung sebanyak empat billion, pastu terpaksa naikkan harga nasi lemak dia sebanyak 15% disebabkan dijangka kalau tak naikkan akan rugi di masa depan. hal ini disahkan oleh orang yang takdak kaitan sangat pun dengan penjual nasi lemak ni.


tapi inilah mesia, unik gitu. yang untung billion tu akan menaikkan rega. hanya kerana dia sekor yang yang memonopoli market.

lagi menarik dalam kes lain, seorang penjual pati sirap yang dapat sirap secara free sebab diberitakan bawah tanah rumah dia ada telaga sirap yang keluar mencurah curah bertindak menjual sirap lebih mahal dari harga sirap sedunia tanpa alasan. sedangkan harga sirap sedang menurun dengan galaknya, tapi dia boleh jual harga sirap pada harga yang lebih mahal kepada orang setempat. bukan itu sahaja, lebih keji bila sirap yang dijual kepada orang setempat tu pula bukan yang kualiti super power, tapi kualiti "lowya", tapi jual supermahai.

Well, sebab tu negara ini unik. sebab ada pentadbir yang mentadbir dengan sangat tulus lagi ikhlas.

tak apa bhai. moga kau mati dengan dahsyat. moga ALLAH azab kau dengan kawan kawan dengan sedasat dasat azab. amin.

Thursday, 15 May 2014

Jalan yang dimudahkan dalam jalan yang semakin berliku.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Jalan yang dimudahkan dalam jalan yang semakin berliku.

Currently berdepan situasi yang agak kaut mencekik kekuatan saya ni. Satu per satu cuba menggoyahkan apa yang sedang saya pertahankan. Makin lama rasa makin susut daya juang yang saya rasa sangat kuat tu. Tak dapat saya nak bayangkan macam mana lagi untuk saya hadap menda yang berlaku ni. Dalam berkira kira apa yang saya dah buat tu, saya yakin ada berlaku tiris di mana mana dalam perancangan yang saya lakukan. VS apa yang saya dah kerjakan.

Kekadang apa yang kita congak congak tak sama macam apa yang terjadi di dunia nyata. Ibarat mengira isipadu air dalam sistem air yang saya pernah belajar satu masa dahulu. Memang kita nampak apa yang masuk itu sama dengan apa yang keluar, tapi tahukah kita setiap resistance yang kita dak kira lagi dalam tu mampu mengurangkan apa yang lahir di akhir cerita nya.

Begitulah hidup, kita mengira gira perbuatan kita, tapi kita terlupa nak ambil tahu tentang hal hal kecil yang berlaku sama sama dengan perkara besar yang kita target tu. Sedikit demi sedikit, saya belajar menerima apa yang jadi ni dalam diam. Sedarkan diri, tampar pipi kekuat, tepuk dada kekuat, hinggut kepala lelaju, sedarkan diri, yang apa berlaku sekarang adalah permulaan sahaja. Pasti ada yang lebih baik lepas ni. Antara sanggup dan tak sanggup sahaja. antara sabar dan tak sabar sahaja.

Antara yang mula munculkan diri, satu persatu jalangan untuk kami bersama dah hampir. Mula mula seorang declare nak angkat kaki, alih alih kemarin dahulu satu lagi pun dah bersuara. Nampak kat sini jalan tu dah mula menunjukkan hasilnya.

Macam saya kata tadi, sanggup tak sanggup ja, sabar tak sabar ja.



Apa pun, yakin, ALLAH dah siapkan tempat terbaik untuk kami. Tak perlu gusar, tak perlu susah hati. Aja Aja Fighting!!




Bila hati rasa down, tengok wajah kedua kesayangan ini. Kembali bernafas. .

Wednesday, 14 May 2014

5:55 AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

5:55AM, Shahab Perdana. 

Kali ni entry ni muncul di pagi Rabu. Selalu pada pagi Isnin kan? Sebab minggu ni hari Selasa saya ada di Alor Setar menghantar kedua kesayangan pulang ke sini. 

Alkisahnya minggu ni Ummi cuti di hari Selasa sebab Hari Wesak. Nak dijadikan cerita pula si kecil baby tak sehat minggu ni. Jadinya sedikit merap sejak dari hari Ahad. Jadinya setelah bincang bincang, Ummi decide untuk tambah sehari cutinya. Itu pun bersebab, Ummi pun sebenarnya dah ada simptom nak demam. Ohh dear. Kesian betul kalau keduanya demam. Atau keduanya jangkit saya demam dahulu pada hari Jumaat tu?

Perjalanan semalam biasa. Tapi sedikit luar biasa. Mana tidaknya, kalau selalu awal dah pergi kerja, semalam lewat. Dekat jam 8lebih baru nak menapak keluar dari rumah. Tapi balik tetap masa saya dah gerak. Sampai sahaja si kecil dah tunggu. Kalau selalu Ummi yang pegang hari ni ada pada Tokma nya. Saya datang dekat trrus dia hala kan tubuh kepada saya. Saya angkat. Kemudian bawa dia jalan jalan di hadapan rumah. Alhamdulillah. Sempat juga la umminya mandi. 

Selesai first round jalan. Saya minta ketip kuku dari Ummi. Nampak kuku anak dah mula panjang. Saya potong satu per satu. Pun bukan senang sebab dia bab kaki ni sensitif. Ada ja usaha dia menggagalkan apa saya nak buat ni. Mujur ada kucen papa dia kat luar tu. Ada juga la modal saya nak pujuk dia. 

Selesai saya ketip kuku anak. Ummi pun siap mandi. Hari ni pertama kalinya saya bawa tuan putera bermain kat taman permainan ni. Mengekek dia dapat main jonglang jongkit petang ni. Hihihi saya ingatkan dia akan gayat tapi slumber ja. Malah dengan gagahnya dia gerak gerakkan menda tu. Wahwahwahh anak. Awak ni kann~~ 

Malamnya, lepas dah dinner apa suma. Kami gerak pulang. Lepas maghrib macam tu la kami gerak. Si kecil mulanya taknak tidur. Pusing sana pusing sini. Well macam biasa la. Dia kalau malam ada lampu memang waktu pebret dia la. Tapi dalam masa sama mengantuk.

Last saya keluar satu ayat. 
"Baby, yayang tidur ya. Satgi sampai rumah kita main la"

Nahhhhh~~ cun cun sampai tol Alor Setar Selatan, mata membulat dah. Dia sudah bangunn~~ 



Janji ditepati sungguh tau baby ni..... 

Tuesday, 13 May 2014

Teguran pakcik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi semalam, macam biasa saya akan gerak dari alor Setar seawal 6 pagi dan sebaik tiba akan mencari teksi buat pulang ke rumah sebelum siap dan terus ke tempat kerja. 

Untung nya saya bila hari ni saya dapat lagi naik teksi pakcik yang suka bercerita tu. Pagi ni topik mengenai satu keluarga cina yang tinggal berhampiran dengan rumahnya. Kisah yang bagi saya banyak membuka minda tentang bagaimana kita patut ubah persepsi kita dalam kehidupan. 

Dikisahkan pada saya bahawa dalam satu kampung tu, hanya family ni sahaja yang sanggup keluarkan duit lebih untuk penanaman padi. Bagaimana? Dia keluarkan duit untuk tanam satu paip ni didalam tanah. Dan guna paip ni dia akan sedut keluar air dari dalam tanah bila pam dihidupkan. Fungsi semacam juga dengan telaga, tapi ini lebih baik. Kesannya, apabila tiba musim kemarau, ketika petak bendang orang kering kontang, petak dia masih boleh dipenuhkan dengan air. Dan dia masih dapat buat bendang. Dengan hanya menghidupkan enjin kubota, air dapat disedut keluar dari dalam tanah untuk kegunaan bendang miliknya. Pakcik bandingkan dengan melayu. Yang hanya menunggu duit subsidi, berharap pada menda percuma sahaja, beza dengan mereka yang ada inisiatif. 

Kedua pakcik kaitkan dengan duit. Bagaimana duit untung yang hampir sama, dia simpan berkoyan, siap ada pam tambahan, tapi kita duit habis ke mana? Lagi, bukan hanya pada, tapi pam ini sangat berguna juga waktu air diperlukan. Mungkin yang keluar itu keruh, tapi jika diaplikasikan filter di sana, bukankah kita mampu dapat air yang jernih dan bersih??

Ketiga, bagaimana anak anak dididik. Kata pakcik, anak keluarga tu yang gaji 7-8 ribu masih pegang cangkul membantu ibu nya bercucuk tanam. Menanam sayur. Banding dengan kita yang tak tara mana, selesa sikit ja, mampus tak mahu dah mencangkul. Penat la. Tak ada masa la. Memacam alasan. 

Empat, kekeluargaan. Bagaimana anak anak setiap hari pulang ke rumah, berkumpul, sarapan sama setiap
Hari, makan malam sekali setiap hari. Kenapa kita tak praktikkan? Sekurang nya balik dan jamah sedikit. Sedap tak sedap brlakang kira. Tak ok, lepas makan, nak pulang ke rumah sendiri, carilah makan d mana mana kedai yang mahu. Jamah itu penting. Ambil hati ibu yang masak. 

Pakcik cerita lagi, mereka bukan tak ada masalah. Ada juga menantu yang dah bertahun tak balik. Tapi anak setiap hari mesti akan balik. Pakcik kait dengan situasi kita. Kalau dah menantu tak ngam dengan mak, bukan kata menantu ja, anak pun dah tak mahu balik dah. 

Betul kan teguran pakcik tu. 

Bagi saya mudah. Yang baik, tak kiralah dari sapa. Hadam dan simpan dalam diri. Jadikan pedoman, ikutan. Jangan pahit terus dibuang, manis terus ditelan, itu bidalan. Harus kau renungkan~~ 

Thursday, 8 May 2014

Im Fat , coz im a good dad

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi keluar satu gambar ni dalam group whatspp.
Tergelak jugak la tengok menda ni. Semua penyedap ati. ahahahahhaha




Okeh.. tak jadi p gym lahh~~ 

ahahahahhahahahaha...



P/s : takdak la sampai nak worst sampai macam tu. Tunggu sedikit masa lagi. Bermula sesi secara ganas memperbetulkan shape tubuh. kihkihkihhh~~

Musuh Ketat Baby~

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dalam bebanyak gambar yang ada kami snap. Kat bawah ni antara yang saya rasa sangat geram. Suka sungguh dekat gambar ni.

 

Muka ada sinyum beso duduk atas musuh ketat dia a.k.a mummy dia. hihihi. susah dia nak senyum atas mummy ni. Selalu tu kalau lepas kasi Mummy dia, mesti nangis punya la.


kekadang tu kalau nak kalau mummy kena bodek dlu. macam mana tu?

Nahhh~~ Cara mummy bodek dia. Bagi beg mahai kat dia. Dan pengakhirannya seperti di atas. kihkihkihh



Baby~~~ jangan wat hal~~ abi geget satgi kotttt~~

Wednesday, 7 May 2014

Sabar dan pengurusan kewangan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sabar. Sabar. Sabar.

Satu yang saya belajar dengan cikgu dalam kelas adalah sabar. dia tak sebut sal teknik. dia tak sebut pasai macam mana buat duit. macam mana nak berjaya. tapi dia ulang ulang dan ulang mengenai kesabaran.

Ada apa dengan kesabaran?

Terus terang saya katakan, dalam dunia ni, nak buat duit mudah. tapi bagaimana nak memudahkannya lagi? Ia nya adalah pengurusan kewangan. Ehh tapi tadi saya ulang mengenai sabar. sekarang pengurusan kewangan. Apa persamaannya.

Dalam pengurusan kewangan akan ada perancangan masa depan kewangan kita. dalam itulah yang saya kaitkan balik dengan sabar. bagaimana kita sabar nak ikut perancangan yang dah kita tetapkan. berapa percent keuntungan dan kerugian yang kita bersedia nak dapatkan dalam urusniaga seharian.

Saya ambil lagi kesabaran ni dalam satu konteks yang lain. Ada sepuluh ja. nak dapat ribuan dalam masa yang sangat pendek. Mana mungkin bhai. tak mungkin kau boleh buat secepat itu. Bak kata cikgu, kalau kita terkejar. susah lah. kenapa? sebab bila terkejar, sudah pasti akan wujud menda yang sebenarnya tak wujud. menda yang tak nampak tetiba jadi ada. Risiko besar tu.

kesimpulannya, macam boss saya sebutkan hari tu. Nak kaya orang tak main forex, tapi orang kaya main forex. Mendalam bunyinya kan?

yup. nak kaya orang tak main forex. Ambil balik apa yagn saya ceritakan di atas tu. TAPI orang kaya main forex. Kenapa? sebab depa nak besarkan duit mereka lagi. contoh mudah. ada 100k, ambil 1% sahaja sehari. 1k per day. nak makan pa duit banyak tu? ~~

Rabu yang sibuk

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu yang baru lepas adalah minggu yang sangat sibuk bagi saya.

Petang rabu, lepas sahaja balik kerja, tanpa singgh rumah, terus ke stesen bus, bergerak ke Alor Setar sebab nak jemput kedua kesayangan balik kepangkuan. Well, kalau selalu petang Khamis mereka akan pulang sendiri, tapi kali ini tak kot, sebab dah lewat petang, tak harap saya bagi mereka pulang sendiri.

Dari Penang dalam pukul 6 lebih, dan sampai lebih kurang 730. since isteri dan anak belum sampai, saya selesaikan dahulu solat Maghrib di Shahab Perdana tu. Lepas saya habis solat ja, tengok isteri dan anak dah ada di bawah. Sebaik si kecil nampak ja muka saya, terus dia angkat tangan suruh saya dukung dia.Tengoklah tu, bila dah nampak abi.


  


Next, since isteri belum solat, saya berhenti pula di stesen minyak Petronas tu. Mula tu nak duduk dalam kereta ja sambil tunggu isteri solat, tapi bila dia khabarkan pada saya, surau ni surau kongsi, terus saya keluar dan temankan dia dalam surau tu. Tahu lah bila si kecil dah jumpa tanah, habis dia merangkak dalam tu. Seronok sangat gamaknya tak kena dukung, boleh lepas macam tu ja. 




Selesai solat, beli sedikit bekal habuan makan dalam kereta, terus gerak balik ke Penang. Singgah makan lagi kat Sungai Petani, kemudian dah ambil balik moto yang saya park dekat jeti, kemudian balik rumah. 

Sibuk kan?

Cerpen : Mimpi Yang Tak Sudah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Terbaca kisah seseorang di dada muka buku. Another sad stories. A broken promises. What i can say more bout that?Promises is not ours to commit with people. Cause 'Someone' up there is the one who is controlling everything. We were just an actor and actress in this STAGE which belongs to HIM.

**********************************************************************

"Hai, nampak sangat bahagia sekarang ni? Ada cerita terbaru ka?" Soal Najmi.
"Yup."
"Apa tu sahabat?"
"Actually aku baru declare dengan seseorang. Dah lama kot aku tackle dia. Baru dapat."
"Ya ka ni? Budak mana der?"
"Orang sini sini jugak."
"Ok lah. Macam nasihat aku dahulu, belum masa lagi untuk kita terlibat dengan perkara macam ni. Tapi since ang dah pun masuk dalam tu, aku nasihat kot lain pula. Berhati hati. Soal hati dan perasaan ni sangat subjektif, mungkin hari ni ang adalah intan permata, tapi tak mustahil esok lusa bertukar jadi sampah ja di mata si dia."
"Ish ang ni. ada ka cakap macam tu. Aku yakin. Dia lah cintaku sampai syurga."
"Aku mengingatkan sahaja."
"Dah aa. malas layan ang. tak kuasa aku. Tau la ang takdak. tapi takkan jeles sampai macam tu.?"

Itulah hati, sewaktu diberikan peringatan sebelum hadirnya luka, di marahnya pula. Mana mungkin sesuatu yang seindah ini memberikan kerosakan buat diri? ianya indah sangat indah saban hari. Tak mungkin lah. 

Hari hari berlalu terlalu indah untuk dicoretkan.  Bak kata orang tua tua, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Keindahan berlaku setiap waktu, terutama bila dihabiskan bersama. Bukan itu sahaja, dari perkara yang kecil kecil, sampai yang sebesar besar nya, pasti akan menjadi bahan cerita paling seronok saban hari. Rutin yang lebih besar mulai dilengahkan. Yang sepadannya di warta sebagai penting, mula turun ke kedudukan kedua ketiga mungkin bawah lagi kerana adanya tumpuan yang 'begitu besar' dalam hati.

 **********************************************************************

Can't believe this. My performance was awesome. From zero to hero gamaknya ni. mungkin kegembiraan ni membawa sesuatu yang sangat positif. itu perkara pertama bermain dalam minda sebaik melihat keputusan yang naik mencanak dari semester lepas.

"Baby.. are you there.? "
"Yup. im here dear. how are you? "
"im fine. and maybe better."
"Sounds like you have something to share with me. '"
"Yup. know what, i get the dean list for this semester. "
"Wowww. im happy to hear that dear. Do better next semester okay? try to get it direct until you grad".
"will do my best. baby, actually i called to tell you that i dedicated this one for you."
"The result? ohh so sweet of you. Thanks a lot dear. "

Another smile on her face, and for sure myself after dedicating my success to someone i love the most. This moment, nothing is more important than you.


  **********************************************************************

"Dont leave me okay. Promise me that you will forever be with me? "
"Yes i promise. Can you confirm me that i had the same from you? "
"NEVER EVER GONNA CHANGE MY HEART FOR SOMEONE OTHER THAN YOU."
"Thanks dear. Got it. "

Janji. Sesuatu yang sangat subjektif. Ada kalanya ia ditepati, namun ada kalanya ianya gagal ditunaikan tanpa kata. Kenapa? Sebab ianya adalah sesuatu yang bukan dalam jangkauan kita. Ianya mungkin dikawal mulut dan perbuatan, namun lupakah kita, bahawa apapun yang kita buat hari ini, sudahpun di tulis sejak dari luh mahfuz lagi, Siapa kita hari ni? Apa kita buat? Jodoh kita? segala galanya sudahpun ditulis sejak dari dahulu lagi. Kita juga lupa, sehebat hebat kita, hanya entah sekecil kuman lagi tiada daya pun membantah kuasa ALLAH.


"awak, got something to tell you. "
"What is that? you missed me a lot right? its been long time we didint see each other. "
"Hurmm.."
"What was that? are there something bothering you?"
"Yes. Something is bothering me. "
"Share with me. "
"Actually, its our relationship is bothering me. I called this as a breakup. It ends here. "
"Huh? ""

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian


**********************************************************************

"Hi Dian Asyira, Why? "
"Stop asking. I already told you that we were not meant to be together. "
"Yes. But Why? Why so sudden you came back and ask for a breakup? "
*senyap tanpa jawapan*

Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Punah. Harapan yang dimusnahkan. Janji yang di rangkapkan satu masa dahulu tinggal janji. Janji yang musnah kerana entah apa apa. Selama berminggu kau hilang, dan sehari kau muncul cukup untuk memusnahkan penantian yang dah ku harung sejak sekian lama. Sungguh tidak adil.



  **********************************************************************

"Jid, sudah sudah la tu. perkara dah lepas lama dah Jid. takkan kerana itu ang masih nak berduka lara semua ni? takkan ang tak sedar lagi. ALLAH sedang menghadiahkan 'something which is promising" iaitu keinsafan dan jalan yang terbentang luas buat ang ketika ang asyik dengan perkara yang lagha."

Hidup ibarat roda. Roda yang bulat adakalanya berada di atas, sampai masa pasti turun juga ke bawah. Namun atas kita, sama ada di atas atau di bawah itu merupakan kegembiraan pada kita? ada berpendapat, di bawah itu bermakna bermula kejatuhan dari sewaktu kita di atas. Namun, dari satu sudut yang lain, atas itu mungkin merupakan tangungan berat sedang yang bawah merupakan nadi pedokong kepada permulaan baru yang lebih baik.


  **********************************************************************

Kejadian di hadapan mata sewaktu melangkah ke selatan tanah air menyedarkan aku. Kemalangan dihadapan mata yang membabitkan banyak nyawa menyedarkanku. Yang mati tidak datang bila dipanggil. Tapi dia mungkin boleh tiba bila bila masa sahaja.

Malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. 

Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Aku mulai sedar akan kebenaran. Selang masa aku bertenang itu sangat lama, kononnya bersedih atas apa yang aku benar benar harapkan akan berubah menjadi nyata, hinggakan aku lupa yang sebenarnya itu hanyalah satu dari titip titip ujian yang datang ibarat angin. Sama ada aku cukup kuat untuk melawan angin yang datang tu, atau aku akan sama sama diterbangkan nya. Namun alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan daku. Saat hati begitu kepingin dengan cinta yang bukan milikku, ALLAH menariknya kembali. Menegakkan kembali jalanku yang sudah lama sampai ke bahu, hampir hampir sahaja jatuh ke lembah kehancuran.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Aku menangis. kali ini bukan kerana putus apa yang ku dambakan selama ini. Tapi kerana selama ini dilalaikan dek kerana cinta dunia yang tak berapa lama pun nikmatnya sambil mengabaikan alam akhirat yang selama -lama. Alangkah ruginya hati yang selama ini terkeluar nama Dian Asyira, sedang ALLAH yang tak putus putus memberi peringatan kepada ku diabaikan. Ampunkan aku ya ALLAH.

"Hanya hadirmu yang mampu memberi sejuta rasa dalam hatiku" ALLAHU ROBBI. (Qaseh Dalia, 2014)

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah



Mimpi Yang Tak Sudah.Kehidupan itu ibarat mimpi. Kita inginkan nya dan kita menuju kearah mimpi itu. Selalunya mimpi yang kita idam semestinya mimpi yang nyata, yang kita nampak, yang kita rasa setiap kalinya. Namun kita lupa, bahawa mimpi ke akhirat itu adalah mimpi sebaik mimpi yang mana membawa kita lebih dekat ke arahnya. Mimpi Yang Tak Sudah itu mimpi dunia. Tak sudah sudah kita inginkan dia. Membawa jalan sepi. Ya sepi. Jalan kehancuran yang jika tidak ditarik kembali, membawa penyesalan.

"Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara telah diputus. Dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman." (Maryam : 39)

Tuesday, 6 May 2014

Last day colleague

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Last day.

Hari ni last day seorang dari colleague saya. Akhirnya tiba masa seperti yang orang di kilang ni selalu cakap. Dept saya antara yang paling kerap ada pertukaran orang. Satu persatu akan keluar bila tiba masanya. Dan kali ni bak kata HR paling lama orang orang kekal. (bahagia gamaknya kot?ngiahahaha).

kalau tahun lepas, waktu ni juga la ada yang pergi. tahun ni nampak gaya nya ada 2 muka bakal berganti lagi. Fikir fikirkan, ada juga benarnya apa kawan yang nak berhenti ni gtau saya. Kerja banyak, gaji sikit. saya senyum. mungkin ada benarnya la. tapi dari sudut experience, memang banyak yang kita dapat la bila ada banyak kerja ni. tak hanya terbatas pada menda menda yang dalam linkungan kawalan kita sahaja la. Tapi dari sudut lain, tekanan bila bekerja dengan workload melampau kekadang melemahkan juga kan?

Tengah hari tu dah ada majlisnya, mereka buat di satu restoran cina kat mana saya tak pasti. saya diberitahu, demi menjaga hati saya sebagai satu satunya orang melayu dalam dept ni. saya senyum, dan berterima kasih sebab masih fikir ada saya kat sini. Actually selalu macam tu, bila ada majlis apa apa yang saya tak join sebab faktor makanan, mesti saya akan diberitahu. Alhamdulillah, walau tak ada dalam list tetamu, tapi rasa ok la. well, kalau ajak pun mungkin juga tak rajin nak ikut. :P

Hari ni kira saya join majlis mereka. seronok juga dapat join majlis petang nya. siap manager bsar nyanyi lagu perpisahan lagi. bestnya kan? macam dihargai plak mamat tu bila dapat sambutan macam ni.


Tetiba terfikir plak sesuatu. macam mana bila saat perpisahan ni adalah saya subjeknya pula? adakah akan ada sesuatu seperti ini? agahahaha. :P 


Good luck Sem. All the best in d new place. take care !


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa lagi lain masa


Mengendap.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Mengendap meja sebelah.

Tuan putera kami ni kan, semenjak dua menjak makin aktif ni, ada sahaja menda menda yang comel yang buat saya dengan ummi rasa makin nak geget si dia.

Baru baru ni (semalam la tu), masa saya dan isteri tengah asyik makan dekat satu kedai makan tu, saya pegang dia. Masa tu dok atas saya la. lepas tu entah macam mana tak tahu, dia pusing dari hujung kerusi kami duduk tu, lepas tu mengendap orang belakang.

Mula tu saya tak perasan, tapi bila lama kelamaan dengan orang belakang dok gelak gelak baru saya perasan. Lepas dari tu, dah dia tahu orang belakang dok acan dia, mula la dia keja nak pusing tengok belakang. sampai lentok lentok kepala tu tengok orang belakang. Dah la tu, nak tengok belakang, lentok kepala, lentik badan tu lagi, saya yang memegang nya ni la yang kena pegang kekuat, takut terlepas. Lagi, saya tarik dia bagi tak tengok belakang dah, dah dia nak juga.

Last sekali saya bagi ja dekat orang belakang. tak sampai 10 saat saya ingat, tak mahu. nak balik mai dekat abi.

Ha tahu punn~~~.


kalau dah muncul macam ni dok acan kita dari sudut meja, agak agak geram dak? saya sendiri pun rasa macam nak gigit. grrrr.. naseb anak sendiri. :P

Monday, 5 May 2014

Lima kosong lima

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lima kosong lima. 6 tahun yang lalu.

One of the most memorable moment in my life.

Graduation day. Gonna miss this moment a lot! 

Semangat terkuat saya semasa di sana.

Dua… sayang berpanjangan, Membawa ke syurga.. kasihnya ibu 
Tiga.. lapar dan dahaga.. Rela berpayahan setianya ayah

Tanpa mereka, tiadalah saya yang hari ni. Hingga saat ini, berusaha sedaya upaya membahagiakan mereka atas kebahagiaan yang dah diberikan kepada saya. 


Jugak tak dilupakan. 

Nasihat nasihat, laungan semangat, bebelan dan kasih sayang semasa di sana. Pensyarah juga seorang kakak ketika saya memerlukan. terima kasih kak. terima kasih sangat.

Juga yang tak dapat saya lupakan jasa, para sahabat dan lecturer yang sabar ngajar dan ikhlas bersahabat dengan saya la. Terima kasih semua. 

Semoga ALLAH terus menjaga mereka semua ni. Sampai bila bila hendaknya. Amin. 

JJTL : Char Koey Teow Udin

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya kenalkan slot baru belog ni. JJTM atau JenJalan Tambah Lemak. Tak ada apa sangat cuma share bab makan dengan readers.

Untuk entry pertama, saya review kedai yang saya singgah hari tu. Kedai makan teman trader saya. Buka dah banyak hari, entry pun dah saya siapkan masa dia buka kedai 3 hari. tapi tak terpublishh. kihkihkih. maafkan ambe wahai readers.

Sebelum saya tambah lagi cerita, kita tengok dulu senjata rahsia kedai dia. 


Nindiaaa. CharKoeyTeow feat TeloQ Goyang. 



Tengok gambar pun dah rasa manthop. Rasa dia? Anda boleh datang dan nilai sendiri. Bagi saya memang...


Kalau tak, tak ada nya saya akan repeat ke kedai ni buat kali kedua. Buat yang terasa nak mencoba CKT Udin yang superb goyang goyang ni, boleh la lawati kedai dia. di Sungai Petani. Sebelah Giant, bersebelahan juga dengan Al Ikhsan sana tu. 

Selamat mencobaa~~ 

05:53 AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

05:53AM, Shahab Perdana.

Satu minggu lagi selesai. Dan bermakna satu minggu yang baru sedang bermula. Rutin baru rasanya kali ni bila saya dan ummi seakan dah declare yang abi akan pulang setiap pagi Isnin. Jadinya petang Ahad akan diisi dengan sesuatu aktiviti yang sudah pasti akan memuaskan hati masing masing walau sebenarnya kepuasan hati tu hanya muncul apabila lengkap keluarga kecil kami. 

Semalam, lepas hantar ummi ke tempat kerja, dia SMS saya beritahu dia sakit kepala, rasa nak demam. Saya pun reply, kalau dia tak sihat, nanti saya bawa ke klinik lepas tu balik rehat. 

Di rumah pula, anak tidur dengan nyenyaknya. Agak lama juga. Pukul 9 macam tu sampai ke 10lebih. Saya pula masa ni tengh tekanan perasaan sebab wayar charger HP saya gila. Dah saya kejutkan anak. Tu pun dah dekat 11. Bangun sahaja saya beri makan, mandikan. Kemudian beri susu sebelum ummi SMS beritahu kata dia dah nak ke klinik. Kalut kalut saya siapkan anak lepas tu ambil ummi. 

Lepas tu kami cari wayar baru dekat saya, makan dan pulang. Sampai ja rumah. Saya arahkan ummi tidur sementra saya selesaikan anak. Actually budak ni dah lena tadi masa perjalanan pulang, tapi terjaga pula sebaik tiba si rumah. Dan di rumah pula dia dah ngamuk ngamuk. Saya tahu dia masih mengantuk. Jadi saya tidurkan dia balik. Dah selesai dua orang kesayangan lena, saya pun perlahan lahan ambil lapik kepala dan saya juga tidur. 

Lama juga sikecil ni lena. Alhamdulillah. Apabila dia bangun ja, ummi pun bangun. Saya lepaskan dia bermain seketika. Kemudian ummi beri makan dan saya mandikan dia. Lepas tu saya bawa di berjalan jalan sekitar taman ni. Niat di hati petang ni ada aktiviti di taman tapi tak jadi sebab dah lambat. Makanya kami ke kedai baby sebab nak cari makanan dia yang dah nak habis. Alhamdulillah ada offer, dapatlah beli banyak sikit. Kemudian selesai saya ajak umminya berjalan lagi. Nak cari barang saya juga. Dan dalam masa sama nak hadiahkan ummi sesuatu. Alhamdulillah selesai juga. 

Ni hadiah baby. Tapi dah macam hadiah ke saya plak. Sbb saya suka sangat. Ummi beli juga. Hihihi


Pagi ni pula, beratnya rasa nak balik. 

Sabarlah wahai hati. Bulan 9 okay??

Buta+Pekak+Bisu=CINTA