Followers

Monday, 30 June 2014

05:43AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada gang membaca. 

05:43AM. 

Fasa terbaru hidup sampai. Kali pertama berpuasa sebagai seorang abi dan tahun kedua sebagai suami. Istimewanya sebab ada orang ketiga dalam hidup kami yangmenjadi penyeri juga pengikat kasih dan sayang antara kami suami isteri juga satu kegembiraan buat keluarga besar kami. Syukur alhamdulillah atas kurniaan ini. 

Minggu ni, tak macam minggu lepas. Sebab minggu ni ummi nya cuti di hari Ahad. Makanya tak adalah kami terkejar hari ni sebab dah duduk di rumah sahaja. Itupun masih ada juga plan tu nak jalan. Saya yang cadangkan sebab Mama pernah sebut nak pergi satu tempat tu. Jadi sebab hari ini semua tak kerja. Saya bawa aja. Dan tahu apa jadi?? Sampai tempat tu, cari parking punya lama, sampai mama pun dah tak ada hati nak masuk. Jadinya lepas pusing lama, bayar parking dan balik. Kikiki

Petang nya. Ank dah meragam. Mengantuk kan. Ummi plak saya dah janji bawa beli barang dia. Dah satu hal lagi. Sepanjang jalan dia tak duduk diam atas saya. Nak taknak kena layan juga. Cepat cepat kami beli barang lepas tu balik. Bagi dia tidur, dia tak tidur last saya yang pengsan. Adehh.

Malam buka puasa rasa seronoknya lah. Lengkap satu keluarga. Semua ada. Pastu tak lekang gusi tengok si dia ni. Moncong tak abeh abeh. Pastu panggil panggil suruh suap dia. Saya senang ja. Ada dekat ng kurma. Bg dia makan kurma la. Bukan apa. Kita makan pedas. Kang jerit pulak dia. 

Selesai berbuka. Waktu kami kalut slat rupanya ayah dah tidurkan dia. Saya dan isteri turun tengok dah lena dah dia. Kami ubah plan. Pada asalnya nak tarawikh di Umah kami kat Alor Setar. Tapi terus buat dulu kat Penang la. Memang elok elok kami selesai pun dia bangun. Terus siap dan gerak balik. 

Seronoknya di hari pertama. Doa saya moga hari kedua juga akan mudah buat isteri. Juga moga si kecil kami behave. Sebaiknya untuk ummi dia. Saya akan menyusul. InsyALLAH. Moga dipermudahkan. Amin

Wednesday, 25 June 2014

Tuesday, 24 June 2014

Ahad kami - Ajar anak berjalan

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry pagi isnin yang membawa ke malam Selasa. kihkihkih. Ummi dah request , jadi saya selesaikan juga la ye.

Seperti biasa la. Hari Ahad saya dengan rutin juga kebiasaan kami iaitu mengasuh tuan putera kami. Seperti biasa hari Ahad tak ada banyak beza, cuma kali ni, saya luangkan lebih masa bermain dengan anak. Dan saya dapat detect, dia suka benar dengan baby walk dia tu. Dari satu sudut ke satu sudut dia akan tolak baby walk dia tu. dan tugas saya plak akan bantu dia ubah haluan bila dah sampai ke jalan mati.

Dalam dok tengok dia tu, rasa kesian pula. Ya lah, begitu bersemangat nak berlatih, tapi tak dapat sebab ada kekangan rumah yang sempit. Dari sana saya dapat idea, saya hantar SMS dekat Ummi ya, beritahu suruh cadangkan satu tempat di mana saya boleh bawa si kecil kami bermain dengan sepuasnya. Saya kata nak bawa bagi si kecil ni tolak baby walk dia dan luas.

Lepas balik ja dari makan tengah hari, dah si kecil tak mahu tidur, sungguh sungguh dia menjerit tiap kali saya bawa dia masuk dalam buaian. Menangis pula buka menangis macam biasa, tapi menjerit jerit. Saya pun tak tahu apa nak buat, last sekali saya bawa dia masuk dalam tandas, saya mandikan dia, kemudian bersiap dan bergerak awal menunggu ummi di bawah pejabatnya.

Nah, sampai sahaja ummi, senyum manis sangat. suka la kot sebab dah nampak umminya. Tapi dah jadi lain, sebaik dia menyusu, dah pejam mata tu. saya beritahu Umminya, tak apalah, kita batalkan sahajalah plan petang ini sebab anak dah tidur, kesian juga pada dia, sebab tengah hari ni dia tak mahu tidur. Ummi setuju sahaja dengan cadangan saya. tapi mohon saya bawakan ke kedai sebab ada menda yang dia nak cari. dah elok sampai tempat tu, si kecil terjaga. dah ubah lagi plan.

Ni ha apa yang berlaku hari tu. seronoknya saya tengok dia menolak baby walk dia tu di atas rumput yang luas. asalnya Ummi cadangkan nak lepak kat dataran tu sahaja, tapi saya kata mohon ubah ke rumput sebab saya risau si kecil akan jatuh masa tengah laju menolak baby walk dia tu.









Tudiaaa... dok ralit menolak. sekali sekala tengok macam dok tolong mesin rumput pula. kihkihkih. tak apalah, mesin rumput pun mesin rumput lah. Janji Yayang Ummi Abi sehat walafiat sudahh~~

Thursday, 19 June 2014

Hati berbunga bunga

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hati berbunga bunga.

Budak kecik kesayangan kami ni, kalau dapat bawa dia p jalan jalan, tengok orang, dia mesti suka. Baru baru ni, selain dari bawa dia bermain dekat pantai, dekat padang, ada juga saya bawa ke taman mainan.

Haih la. punya seronok kata Umminya. Muka berseri seri.

Gamaknya seronok kot saya bawa dia.

Mula tu kat gelongsor, konon la nak mengelongsor, tapi kena pegang jugak. Muka budget ganas, tapi nampak seriau jugak tu.kihkihkih


Next, saya bagi naik jongkang jongket pula. Ohh ini memang kesukaan dia. Sebab saya selalu letak dia atas perut, pastu kekonon bebuat macam kuda la kan, nah, skali dapat naik kekuda betul, bukan main happy lagi dia.




Betul kan? nampak happy sangat dia dapat naik menda ni.

Kemudian ada juga bagi naik buaian. Yang tu tak sempat nak snap, sebab saya seorang ja kat taman dengan dia, nak pegang anak ka nak snap? mesti la anak kan? kang tergolek tak pasai ja, ngamuk Ummi dia. kihkihkih..

Ohh ya, ini satu lagi inspirasi dia nak mengkudakan dirinya.
Duduk atas bahu saya, lepas tu bergerak gerak macam naik kuda. kekadang tu seriau juga, tapi kuat tu pegang tangan dia. dengan Ummi di belakang support. SELAMAT..


Wednesday, 18 June 2014

I am so in love with this Fan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak dua menjak ni, si kecik saya ni suka sungguh dengan kaki kipas ni. Kalau di Alor Setar dia tibai  memanjat dan berdiri dengan penuh gaya di kaki kipas Ummi dia.


Kat Penang pun sama, di tibainya kaki kipas Tok Ma dia. Dah la tu, bukan leh tegor, mula la ada bunyi ala ala marah sebab kena tegur.

Paling tak tahan, dah berdiri tu nak juga di joget joget nya.


Fateh Uwais.... Careful ya?

Tuesday, 17 June 2014

2 kisah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

2 kisah. 2 cerita berlainan. Tapi mengenai 1 hati.

Pagi tadi, isteri hantar SMS dekat saya. Katanya seorang officemate dia baru meninggal. katanya ada anak seorang yang lebih muda dari si kecil kami enchik Fateh Uwais tu. Saya tak sempat pun tanya details dari dia sebab saya sibuk. Well semenjak dua menjak memang saya sibuk. Sibuk selesaikan apa yang masih ada. sibuk nak ambil apa yang boleh saya ambil dari partner saya. Malas dah nak kena bebel dengan boss, walau pun bukan salah kita, dan partner kita taknak kasi, takkan kita nak pergi gegar dia paksa paksa dia kasi kat kita kan? (walau dalam hati seronok tak ada orang kacau)

Kisah kedua plak, baca di facebook pagi tadi. tabahnya seorang suami mengutip isi isteri nya yang meninggal betul betul depan mata dia digilis lori. Terkedu saya baca kisah dia. nak menangis pun ada juga la. tabahnya hati kamu wahai abang. Dan anak mereka juga masih kecil. baby lagi tak silap saya.

Kesimpulan keduanya, mati tak tunggu kita. dia boleh datang bila sahaja dia nak datang. Kerana kita ini adalah hak NYA, dan DIA tak perlu tanya kita bila DIA nak kita balik. Sama ada kita bersedia atau tidak sahaja untuk waktu tu.

Buat kedua insan dalam kisah kedua di atas, salam takziah saya ucapkan. Moga ALLAH balas kesabaran tuan tuan berkenaan dengan sebesar besar rahmat. Amin Yarabbal alamin.

Dan buat kita yang masih ada. mungkin tak sampai satu saat lagi kita akan diambil. atau mungkin lagi satu minit. atau satu jam, atau esok, atau lusa, atau entah tahun depan. Bila pun ia, jadikan kisah kisah berkenaan satu peringatan, agar bila satu hari nanti kita diambil, sebagai para soleh dan solehah nya, sebagai seorang mujahidnya, hamba yang berjuang kepada agamanya.

mudah mudahan. Amin..

Ohh angin datang kepadaku.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Dua hari lepas, bawa si kecil kami ni berjalan ke pantai lagi. Hari tu kan dah bawa, kali ni, sesaja pergi lagi sebab petang macam tak ada apa aktiviti nak buat. 

Masa dalam perjalanan tu, well, dah nak dekat ke laut kan, sesaja la saya dan isteri buka tingkap, masa tu si kecil ni pun bangun, dan bersidai kat tingkap tu.

Punyalah seronok dia, sampai tak terbuka mata tu sebab angin dok tiup kan. 

Tapi paling tak tahan dia buat macam kat bawah ni. Tangan diletakkan di luar tingkap, dan angin kuat tu akan meniup niup tangan dia. Tengok tu. 

Memula macam tu la. tengok sahaja. 

Next, dah rasa seronok, di keluarkan tangan dia tu

Muka bahagia la tu, dapat apa yang di nak. 
 



Fateh Uwais, lawak la awak ni. Ada sahaja akai tu~~~

Monday, 16 June 2014

05:43AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.  

05:43AM. 

Selamat datang minggu baru. Bermula pagi ni pun dah tak sabar tunggu khamis datang. Bakal merindukan keduanya. Manja kecil yang super manja. Juga yang besar yang mana tak tumpah menda tu kalau bukan dari dia. 

Semalam kami sesama declare yang kami tak mahu keluar berjalan sebab nak bersihkan rumah. Pagi tu, dalam perjalanan, ummi da sakit perut lagi. Sebab risau kami kensel jalan, terus balik rumah. Di rumah, sarapan dan keluar balik pergi pasar utk lauk hari ni. Syukur dapat apa yang ummi teringin makan. Sampai rumah, mandikan baby dan tidurkan dia.

Tengah hari waktu dia bangun, keluar nak pergi klinik. Setelkan hal ummi plak. Ada dua tiga menda nak diselesaikan. Alhamdulillah selesai juga. Balik rumah, cam biasa, waktu anak tidur ni, kami tidurkan dia. Kemudian kami pun lelap sekejap. Petang bangun baru siapkan rumah. Sambil ummi beri anak makan, saya sapu dan mop rumah, cuci tandas. Tapi x sempat habis mengemop pun. Sebab housemate isteri dah balik. Saya masuk bilik dan take over jaga anak. 

Dalam bilik bosan pula. Bawa anak keluar balik. Bawa dia jalan jalan dekat luar. Mula tu cuma ke playground. Bagi dia main sikit sikit dah seronok. Berhenti kejap bawa dia jalan jalan pusing taman. Masa nak balik tu, nampak dia dok temgok tengok lagi taman.saya pakaikan dia kasut. Ajar dia jalan. Tediaaaa punya seronok dia. Mengekek ngekek dia gelak. 

Hai laaa~~ mesti rindu teruk teruk nanti. Manja dia tu memang lain macam. Kekadang jadi macam sombong plak dengan orang. Ya lah. Keja nak berkepiy. Hahahaha anak anakk~~~ 

Sunday, 15 June 2014

Apa ada hal??

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sebenarnya apa yang dia sampaikan tu betul.
Kalau ya HALAL, bantai la seguni, selori pun. tapi dah syubhah, ragu ragu makan elakkan.

Untuk saya cukup takat tu ja la. Sekali terkena, berkali kali saya berhati hati.

Actually, hari tu dah macam nak percaya dah. tapi tetiba keluar mamat yang memegang portfolio agama tu, terus saya rasa sangat ragu ragu.

Maaf saya cakap. kalau agama semurah itu dijualnya, inikan plak coklat.

Apa ada hal??


Buta+Pekak+Bisu=CINTA