Followers

Thursday, 24 July 2014

Cerita Mask

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Dua hari lepas. Mama ingatkan saya. Suruh pakai mask. sebab jerebu yang makin teruk. Jadinya saya pun semalam
Ambillah mask tu dan pakai masa nak pergi kerja.  

Masa tengah bawa moto saya perasan sesuatu. "Pakai mask tu boleh menyebabkan jerebu jadi makin teruk"

Saya pun share menda ni dengan kawan kawan saya. Habis keduanya pelik. Tanya saya balik. Hishhh takkan la. Macam mna  boleh jadi macam tu!??

Last saya pun cakap. Pernah pergi depan cermin tak lepas tu buat macam ni? (Kata saya sambil hembus hembus tapak tangan sendiri)

Dah. Tergelak mereka. 

Hihihi. 

Wednesday, 23 July 2014

Apabila #FatehUwais jadi driver

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hujung minggu lepas bawa isteri dan anak jalan jalan ambil barang. Since orang yang ditunggu macam lambat. Kami singgah dulu kat kedai barang baby ni. Kedai Manjaku. Berdekatan Amanjaya Mall Sungai Petani. Memula excited gila saya masuk kedai tu. Besarnya lah kedai dia. Cantik. Dah mula la berangan angan. Mana la tahu satu hari nanti kan? Saya dan isteri adalah owner untuk kedai macam ni 1.  Seronoknya lah. 

Ohh ya. Bila dah masuk tu. Mula mula saya dukung ja si kecil ni. Tapi tahu ja lah. Orang baru reti berjalan. Nak turun ke bawah sahaja kerjanya. Saya mula buat tak tahu. Tapi lama kelamaan macam kesian pula. Dah saya ambil kasut dan pakaikan. Bagi peluang dia pusing pusing.

Tapi lagi kesian jadinya. Since kasut yang dia pakai sekarang kasut untuk pre-walk. Kasut tu tapak dia licin. Dah satu hal plak nak pegang tangan dia takut tergelincir si budak tu. Last, tak sudah saya letak dia depan kedai tu. Ada macam kereta dan keretapi mainan tu. 


Muka eksaited gila mula mula tu. Pestime kan dapat jumpa menda macam ni. Lagi satu ada steering. Saya pernah cerita kan betapa sukanya dia dengan steering. Happy gila nampak dok pusing steering tu. 

Selepas bagi main keretapi. Saya pindahkan dia ke sebelah. Kereta plak. Hat ni memang geram betul tengok dia. Muka sonok sangat.



Ahaha. Kan? Tengok betapa berserinya muka dapat main. 

Tapi bila dia dah boring. Tau apa dia nak wat? Dia berdiri. Keluarkan kaki dari kereta pastu panjat nak pergi ke keretapi tu. 

Dah satu hal lagi plak.. Uwais Uwais... Hihihi

Tuesday, 22 July 2014

Fateh Uwais ni buat UmmiAbi sayu ja tau~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Fateh Uwais ni buat UmmiAbi sayu ja tau~~

Anak dah masuk 10 bulan lebih. Sekejap sangat rasa. Sebagaimana cepatnya kita rasa kita berpuasa. Dan sekarang mendekati akhir ramadhan. Sedih kenangkan ianya akan pergi. Tinggalkan kita untuk ramadhan depan yang belum pasti. 

Dalam kecepatan ni. Semakin hari semakin cerdik si kecil ni. Dan semalam buat Ummi menangis kerana keletah si kecil tu. 

Masa tu Umminya call saya. Sebenarnya memang tetiap hari kami akan cakap telefon. Kata umminya kalau rasa segar. Tapi letih tak mahu tidur. Cukup mujarab gunakan telefon untuk call saya dapatkan feel mengantuk tu. Ummi la kata saya tak tahu. Hihi 

Ohh ya back to d story. Elok elok sahaja dengar suara saya. Anak terus ambil telefon tu. Cium cium telefon tu. Kata ummi dia rampas telefon untuk buat macam tu. Lepas cium dia peluk pula telefon tu. Pastu dia cium balik. Umminya dah bergenang air mata tengok apa anak buat tu. Saya pula sayu. Terkedu bila tahu itu yang dia buat. Saya pujuk anak. Katakan padanya sabar ya.lagi berapahari baliklah dekat saya, lagi minggu depan saya cuti satu minggu. Dia pun bercakap cakap dengan saya. Kata ummi nya lagi boleh jadi anak rindu saya. Sebab dia langsung tak mahu nak duduk dalam bilik. Nak duduk luar ja. (Selalunya saya kalau ada sana memang suka duduk luar bilik. Ada ruang yang luas untuk anak bermain dari bilik yang kecil dan sedikit brkuap tu)

Sayunya rasa. Anak kecil ini sudah mengerti erti rindu. 


Jujur, saya sangat rindukan keduanya. Yang besar dengan caranya, yang kecil dengan keletahnya. Mudah mudahan ALLAH mudahkan usaha kami. 

Amin. 

Monday, 21 July 2014

05:44AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

isnin terakhir dibulan ramadhan. Ahad terakhir menjaga anak untuk Ramadhan tahun ini. 

Minggu ni anak ada checkup. Jadinya minggu ni lain dari kebiasaan. Sebabnya selalu saya akan hantar isteri pergi kerja tapi minggu ni isteri yang hantar kami pulang. Kena plak si kecil tu tengah tidur. Balik juga la kami. Sebab isteri takut dia menangis macam minggu lepas masa tidur dikejutkan.

Dirumah alhamdulilah. Dia tidur kan. Letak dalam buaian. Tapi tak lama sangat. Satu jam macam tu dia dah jaga. Masa saya baru nak lelapkan mata. Elok bangun saya buai lagi tak mahu tidur balik saya turunkan dia. Elok aja dia main. Saya pun ambil makanan dan suap dia. Hari ni buat saya rasa sedih. Dia tak lalu makan pun. Dua suap ja. Saya paksa dia tak mahu juga. Saya biarkan dia main. Lama sikit ambil dan suap. Jugak tak mahu. 

Lepas tu saya bagi dia mandi. Lepas mandi saya siapkan dia. Masa tu dah mula mengamuk. Saya ambil susu dan beri pada dia. Senyap. Okeh saya faham. Dia lapar. Tapi tak mahu makan. Saya rasa satu sebab batuk dia kuat. Sebab tu dia tak mahu makan. Kesiannya la dekat dia. 

Lepas tu sambung main. Okeh saja waktu ni. Tapi tak lama sebab saya tengok dia dah mengantuk balik. Saya letak dalam buai dan tidurkan dia balik. Tak silap dalam jam sebelas setengah macam tu dia dah tidur balik. Kali ni saya tak tidur pula. Tak rasa nak tidur lepas tengok dia batuk teruk tadi. 2x muntah. Tapi alhamdulillah. Ada kahak sekali dalam muntah tu. Abi bau muntah? Tak apalah. Janji anak okay. Alhamdulillah memang dia tambah okay. Kali ni saya tinggikan kepala dia. Syukur lagi. Kurang batuk waktu tidur. Dan nampak dia selesa tidur.

Jam 12:45 cmtu dia jaga. Waktu tu Ummi pun dah nak balik. Elok ja main dia tu. Bergelak sakan dengan saya. Seronok la tu. Bila ummi balik lepas tu. Saya pass kat ummi. Suruh ummi susukan anak. Well lepas bangun tidur tadi belum menyusu lagi. Takut dia lapar. Pastu since dia peluh main saya mandikan lagi sekali sebelum bersiap ke klinik untuk checkup. 

Sekali lagi dipermudahkan. Di klinik tak ramai orang pun. Seriously. Sangat cepat hari ni. Duduk sekejap dia panggil anak untuk timbang dan lepas tu masuk jumpa nurse. Masa jumpa sempat ngadu dia berat tak naik. Masa tu plak nurse nampak dia dah berjalan. Nurse kata mungkin pasai tu takmau makan. Nak ringankan badan nak jalan. Dengar penjelasan tu rasa lega nya la. Betul juga tu. Dia memang dah boleh jalan. Sekarang ni satu rumah dia jalan. Pusing satu rumah. 

Next. Lepas jumpa nurse kami jumpa doktor plak. Fateh Uwais tak demam tapi batuk dan ada kahak. Alhamdulillah. Nurse dan doktor baik sangat. Syukur. Kami dilayan dengan sangat baik. Walau selepas jumpa doktor dan nak pulangkan buku klinik tu. Dilayan dengan sangat baik.

Habis checkup. Gerak ke kawasan kilang. Round tengok kot ada peluang saya kerja di sini. Selesai tu anak dah tidur. Trpaksa letak dia atas stroller masa kami singgah tesco nak cari barang dapur. 

Tengok dia tidur pun dah boleh agak betapa letihnya dia kan?

Habis tu ke bazaar ramadhan dan kemudian balik terus. Anak dah tak larat, ummi abi pn dah rasa lembik lutut. Hihihi

Thursday, 17 July 2014

Abi pergi gym

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Minggu lepas punya cerita ni masa mengasuh anak kecil kami ni. Dah jadi macam rutin bila petang, cuaca pun ok saya mesti bawa anak jalan jalan depan rumah. Kalau tak bagi dia beraksi dengan baby walk dia tu. Saya dukung ja bawa pusing pusing. 

Minggu lalu saya kalut bawa dia keluar. Lupa pula nak ambil kunci dan tak eajin nak patah balik. Jadinya si kecil tak dapat saya lepaskan untuk berjalan kat atas padang tu. Sebagai ganti saya bawa dia jalan juga. Tapi cuma jalan dekat atas taman mainan tu la. 

Kalau terbaca entry awal minggu ni saya ada beritahu dia suka memanjat kan? Sama lah di taman permainan ni. Kalau dahulu suka berjalan sambil pegang adang di situ sekarang tak lagi. Dah dia buat tempat tu macam tangga. Letak bawa dia panjat. Bawah ja dia panjat. Maka nya sedaya mungkin kena pegang dia. Bukan apa takut jatuh pula nanti. 

Habis memanjat saya bawa naik gelongsor. Hari ni dia tak berapa syok naik gelongsor. Lupa pula orang tu hari ni sexy. Kaki temu gelongsor macam mana nak mengelongsor dengan jaya nya kan? Dia tak mahu. 

Jadi ubah kedudukan. Bagi dia cuba jongkang jongket. Ini pun ada masalah juga. Kalau abi dok seberang sana. Anak duduk seberang sini. Mau terbang anak tu abi kerjakan. Jadinya abi terpaksa ubah cara mainnya. 

Ni ha. Kan dah cakap. Tak pegang memang boleh jatuh nya. 

Dah dia duduk atas tu. Saya plak la yang menge-gym-kan diri. Sambil pegang dia. Sambil angkat besi merah dia pegang tu. Kan dah macam terjongkang jongket si manja saya. Sonok sungguh la dah macam naik kuda kan. 

Abinya plak? Anak dah berapa kilo dah. Sekali. Besi lagi. Tak payah nak p gym dah la. Lengkap. Tobat berketoi ketoi tangan abi ni.

Nah blanja satu lagi. Dalam dok asyik berjongkang jongket tu. Sempat lagi la dok cak-cak abi dia. 

Hishhh. Suwitt sungguh awak ni yayanh. Melting tahu abi tengok awak wat cenggitu~~

INCOME PROTECTION SIRI II

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang berjumpa dua sahabat dan perbincangan mengenai INCOME PROTECTION dilanjutkan lagi malam ni. Jadinya bila dah ada perbincangan, saya kongsikan sedikit isi nya dengan readers.

ADA SAVING TAK SETIAP BULAN?
Ada.

OKEH BAGUS! TAHNIAH! ANDA HEBAT. TAPI ANDAI KATA SATU HARI NANTI ANDA DISERANG SAKIT KRITIKAL, ATAU MUNGKIN KEMALANGAN, ATAU MENINGGAL, ADA DAPAT PAMPASAN TAK?
Ehh mana ada pampasan, dah sakit. Sapa nak bagi pampasan pulak.

JADINYA TAK ADA PAMPASAN KALAU ANDA SAKIT? KEMALANGAN? ATAU MENINGGAL? APA KATA ANDA UBAH SIMPANAN ANDA KEPADA "SIMPANAN PINTAR" KAMI? BUKAN HANYA JIKA KEMALANGAN DAPAT MERINGANKAN BEBAN, TAPI SAKIT KRITIKAL DAN MENINGGAL, KELUARGA PASTI TAK SUSAH HATI LAGI.
Aikkk? ada ka menda macam tu?

ADA... TAK MUNGKIN SAYA ADAKAN MENDA KALAU DIA TAK ADA. SIAPA SAYA DENGAN KUDRAT YANG ADA NI.


Ohh ya. PROTECTION INCOME ini InsyALLAH mampu membantu andai anda terbabit dalam tiga situasi yang disebutkan diatas ini.

BUKAN HANYA TAK SUSAH HATI, MALAH, TERUBAT SEDIKIT DALAM KEKECEWAAN.


Untuk maklumat lanjut, bleh komen tanya saya. Menda baik kena kongsi. tak kongsi takut esok saya dipersalahkan pula 'di sana' sebab simpan sorang. kan??


Wednesday, 16 July 2014

Orang takmau jadi angkasawan la abi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bila dah ada anak kan? Baru kita mengerti apa sebenarnya harapan yang satu masa dahulu kita tak faham ketika kita masih lagi mentah. 

Benar bukan. Bila diberatkan kita dengan cita cita ibu dan ayah selalunya akan terasa beratnya dibahu ni. Kekadang ada juga yang membantah. Apalah ibu ni. Apalah ayah ni. Orang nak jadi tu la. Bukan nak jadi ni. Masa tu memberontak la. Tapi bila satu hari. Dah punya anak baru kita sedar apa yang mereka mahu tak ada lain. Hanyalah yang terbaik buat anak anak nya. 

Untuk kesayangan kami ni. Ummi selalu sebut. Ustaz Doktor Uwais. Itu harapan Ummi dan Abi. 

Sekarang dah ubah upgrade sikit. Saya lebih terpikat nak jadikan anak seorang Hafiz. Dan lagi. Tak mustahil kan, dari seorang Hafiz upgrade lagi sampai doctor. Semuanya tak mustahil bagi saya.

Dahulu mulanya Ummi macam risau ja. Risau anak anak belajar agama ni nanti tak ada sijil. Risau satu masa nanti dia mungkin ada masalah. Tapi lama kelamaan bila dia rujuk rujuk. Dia dah tak kisah. Tambahan bila saya dah sampai apa yang diidamkan. 

"Tak apalah Abi. Anak jadi Hafiz la. Nanti bila dia besar. Dia boleh sambung apa yang abi dah mulakan, kan?"

Benar kan? Itu idaman saya. Dan ummi. Dan tengok balik, tak ada salahnya. Lagi lagi bila kita tengok apa yang jadi di seberang sana apabila anak anak kecil dibunuh kerana takutnya depa kepada anak anak ni? Tahu apa yang depa takut? Anak anak ini adalah generasi AlQuran. Generasi yang kenal ALLAH. Generasi yang tahu. Syahid itu cita cita yang lagi besar. Sebab tu depa takut. (#DoakanGaza)

Tapi kan, lain lagi jadinya bila saya dapat gambar gambar ni. Dah anak kena jadi angkasawan plak dah. Dua hari berturut turut kena paksa jadi angkasawan.

Dekat planeterium negara ni.


Abiii.......Uwais takmau jadi angkasawan la !!! 

Ehhhh~~~

Tuesday, 15 July 2014

Kubu hanya tinggal nama

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hari ni Selasa. Maksudnya baru hari kedua tak ada bersama dua kesayangan dedua tu. Teringat sungguh ka kat dedua tu. Yang besar dengan karenahnya. Yang kecil dengan karenah nya. Dedua buat hati ni rasa nak ja lari balik sana hehari. Tapi apakan daya. Belum cukup pawer nak lari lari tiap hari tu. Ditambah buat bazir wang ja buat camtu. Baik simpan ja buat standby nak FTT nanti. (Moga dipermudahkan, amin)

Ohh ya. Sikecil tu sungguh active sekarang. Pantang jumpa menda yang boleh panjat. Mesti nak memanjat tu. Paling baru ni ha. Benteng atau kubu dapur Ummi akhirnya tewas ditangan Fateh Uwais.

 Ni dia. Mula mula yang kecil. Pastu plan plan naik yang diatas. Aduiii la sayang. Isau sungguh abi tengok awak. Buat kami tak sempat tangkap? Mau berbirat awak. 

Satu lagi. Dia bila kita ada. Lain macam main nya. Macam minggu lepas tu. Dia ada dekat dengan saya. Dok nak memanjat la. Saya pula nampak dia. Saya tahan tangan kat montot dia. Tahu apa dia buat? Dia sandar dengan montot dia (sebab saya pegang) pastu dia berdiri balik. Pastu lepas badan tu. Bagi montot tu yang menstabilkan diri yang dok berdiri. Ulang ulang buat macam tu.


Hai la anak. Manyak pandai aa?? 

Monday, 14 July 2014

05:47AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

5:47AM

Selamat pgi readers. Isnin sudah sampai. Bangun 430 untuk sahur. Bersiap dan sekarang da ada atas bus. 

Macam biasa minggu ni. Cuma lain sedikit sebab mengasuh anak dalam bulan Ramadhan. Selalunya kan bulan biasa saya akan keluar tengah hari dan bawa ummi makan. Petang nya pula jemput ummi macam biasa. 

Hari ni tengah hari bawa anak dan ummi pergi servis kereta. Kedai biasa. Tapi hari ni ambil masa sikit sebab dia tengah buat menda. Masa di kedai. Manja kami tu tahu aja lah. Taknak duduk diam. Ada ja yang dia nak buat. Sampai majuk ummi dia. Apa saya sentuh akan jadi menda yang dia juga nak sentuh. Sibuk ja kata umminya. Sebab tak peduli dah dekat ummi. Hihi sabar ya ummi. Sehari dua ja anak tu dekat abi, dia nak manja la tu. 

Bila pulang dari kedai. Dia dah lena. Atas riba ummi. Hadoih kang nak ata ummi mesti dia jaga. Memang pun. Nangis kuat sebab kena letak. Orang tu dah la baru nak tidur. Tak boleh jadi. Saya angkat dia letak atas riba. Dia peluk saya, diam sampai ke rumah. 

Kat rumah dia masih mengantuk. Tapi ambil masa nak tidurkan dia. Elok jam tiga lebih kurang dia pun tidur. Alhamdulillah. Tapi kesian. Jam empat saya dah terpaksa angkat dia. Ummi balik awal la bulan puasa ni sayang. Dahdia mengamuk masa saya angkat. Ya lah. Tidur tengah sedap saya angkat. Tapi tak lama sebab saya angkat dia letak kat riba diam lah dia sampai kat opis ummi dan saya pass kan dia kat ummi. 

Kalau duduk macam ni nangis lagi tak tahu lah. Hihi

Yang istimewa minggu ni adalah kami Ada majlis berbuka puasa bersama bebudak KBU selepas lama tak ada pape event. Walau tak ramai tapi alhamdulillah. Jadilah. Ada sesuatu dari tak ada langsung kan. 


Bezanya dengan dahulu kala. Datang masa zaman single. Ke separa single, lepas tu berdua. Tahun ni dah bertiga. Alhamdulillah. Melalui banyak fasa dalam group ni. Moga moga macam dalam vlog saya dahulu tu la. Moga moga ikatan ni kekal, sampai bila bila. Amin.

Wednesday, 9 July 2014

realiti kita.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Realiti kehidupan.

Yang hari ni. mungkin esok dah tak ada. Yang berlaku tadi, mungkin sebentar lagi pun dah tak ingat ianya berlaku. 

Ya. itulah kta. realiti kita. betapa kita terlalu asyik dibuai kehidupan sampai kita melupakan apa yang berlaku. contoh terbaik yang berlaku sekarang. Berapa ramai yang tahu akan serangan di Gaza tu. Rasa saya sekarang ianya adalah trending, jadi mesti ramai tahu.

TAPI sampai bila ianya bakal tersemat di dalam hati tu?

Macam saya cakap di atas tu, mungkin hari ini, esok dah tak ada, silap silap sekejap lagi pun dah lupa. TAK PERCAYA? pergi la tengok yang memboikot. berapa lama sangat nak boikotnya? ohh teringin la. pastu pergi makan lagi. saya ambil contoh mekdi tu la. alhamdulillah, saya dah beberapa tahun banned mekdi sebagai tanda protes. tapi yang lain tu?

kekadang kan, bila tengok ada kenalan kenalan yang masih singgah, rasa marah pun ada, macam nak unfriend sahaja. well, saya pun tak perfect, tapi atleast simpan la sesuatu dalam hati tu, buang mekdi, kerana dia salah satu penyumbang peluru peluru ke kepala rakyat Palestin tu.

tapi sayang... sedap tu lagi utama kot dari kasih sayang kepada umat seagama kita tu.

apa ada hal kan? mesia kan masih aman. apa nak peduli akan mereka??

pernah satu ketika sahabat tanya saya, "kenapa depa kejam sangat, nak bunuh kanak kanak?"

jawapannya senang sahaja, kanak kanak yang ada tulah waris pejuang masa hadapan. sebab itulah mereka hendak dihapuskan. tak percaya? cari la tengok kat mana mana pun akan nampak kanak kanak ditembak. dan yang sangat menakjubkan, kanak kanak sana sangat hebat keberaniannya, slumber tak ada apa apa nak baling, batu tepi jalan pun jadi, di tuju nya kat tentera laknatullah tu.

compare dengan kita. tak payah kata kanak kanak la, hat dewasa ni. ada ka berani macam tu? takat berani p tala muka kat depan karok open. ada lah.

pasai tu bersepah program sampah. yang kanak kanak dengan idola kecil, muda AF, tua bangka pun dah ada sekarang kilauan emas. hurmmm. sumpah kalau macam ni la kita dididik, sampai bebila pun Islam tak ke mana.

Uwais dah dapat adik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alhamdulillah, jam 9:17PM tadi Fateh Uwais dah dapat adik baru.

Syukur alhamdulillah, berkat limpah kurnianya, dimudahkan Ummi Ruzz melahirkan, dan sekalung tahniah juga pada Walid Nyu kerana dengan hati wajanya menemani Ummi Ruzz melahirkan adik baru Fateh Uwais.

Ehh, bukan anak kami, tapi anak angkat baru kami.

Sahabat baik kami. Dua orang antara yang paling ambil berat kat Fateh Uwais.

Tahniah Walid n Ummi baru. Kami doakan anakanda kamu menjadi anakanda Soleh yang bakal mendoakan kebahagiaan kamu di dunia dan diakhirat.

Tahniah lagi sekali!



INCOME PROTECTION

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang. Jam 12:27AM, pagi Rabu.  Sebentar tadi ada perjumpaan dengan seorang abang yang saya kenal dari dunia forex. dat angnya bersama isteri, seorang yang sudah berkecimpung dalam bidang insurans dalam empat tahun.

Satu yang dikongsikan yang rasa nya sangat menarik dan tertarik juga membuka minda saya.

iaitu "INCOME PROTECTION".

perkongsian tadi banyak buka minda saya,

1. apa yang kita dapat hari ni, adakah ianya dapat menjamin apa apa pada kita andainya kita collapse? meninggal? lumpuh atau sebagainya?
2. dapatkah apa yang kita ada tu, support kita, atau keluarga kita bila kita dah tiada dalam masa 10 tahun?
3. Jika ada, adakah ianya dengan simpanan kita ada tu? berapa tahun kita nak simpan untuk dapat angka tu? 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun?

Dengan apa yang dikongsi tadi telah buka minda saya.

Dan adakah apa yang saya dapat tadi tu, bisa bawa saya lebih jauh? dalam 3-4 tahun dari sekarang? Mampukah?

Dan adakah apa yang jadi tadi, pertemuan tadi, sememangnya ditakdirkan ALLAH untuk saya, membina satu lagi tapak untuk keluarga?

Mudah-mudahan.

Ohh ya, untuk makluman lanjut mengenai INCOME PROTECTION boleh komen kat sini. InsyALLAH saya akan terangkan lebih lanjut mengenainya.

Sama sama kita beroleh manfaat dari perkongsian ni. Mudah. ianya bukan hanya untuk $$ tapi lebih dari tu.

Tuesday, 8 July 2014

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Entry Isnin dibawa ke Selasa sebab hari isnin saya masih lagi di Alor Setar. Dipendekkan cerita minggu ni sama sama saya dan isteri tak sihat. Semua ni pembawakan demam baby la ni. Lepas habis dia transfer mai kat Ummi abi dia pun sihat. Alhamdulillah. Sekurangnya dia dah sihat. Maka tak ada lagi kami risau sebab masa demam tu memang demam panas. Nak aja saya bawa pergi hospital, tapi umminya cakap tunggu dahulu. Dia tak mahu anak masuk hospital kesian budak tu kena cucuk nanti. 

Sebenarnya dari semalam saya memang demam tapi kuatkan juga diri drive dari Ipoh-Alor Setar bila mengenangkan iateri nak kerja semalam. Mula tu saya memang rasa kuat nak pergi kerja. Tapi bila bangun sahur. Lepas ja makan badan ada rasa lain. Selepas isteri pujuk. Saya terus sambung rehat. Bangun ja pagi. Isteri pula yang cakap rasa pening pala. Badan tak sihat. Masa tu pula anak dah bangun. Dia nak ajak main tapi kami sama sama pun dah flat. Makanya terpakaa lah dihantar dia ke rumah pengasuh dia. Kata umminya masa hantar tu dia memang tak mahu pergi pun dekat mak n abah . Muka mencebik dan menangis ditinggalkan. Tapi ummi terpaksa. Tinggal juga sebab ummi memang tak sihat. Sampai ja umah dah mengadu kat saya anak nangis tadi. Rasa memang la tak sedap hati. Tapi mai dengan dedua tak sihat. Tahan ja la.

Bangun dari tidur rasa kuat sikit. Saya mula sesi mengemas rumah. Isteri pun bangun dan tolong. Satu satu kami kemas lepas tu dia vacuum dan saya mop satu rumah. Alhamdulillah. Bersih dah rumah. Sawang pun dah habis buang. Saya kata pada isteri. Baru nak merasa ya kita. Dulu kena manage satu bilik ja. Sekarang dah satu rumah. Dia senyum ja. 

Agak agak dah selesai kemas saya minta iateri pergi ambil anak. Rindu dah dekat dia. Isteri pun cakap dia dah mula rindu budak tu. Dah ambik apa lagi. Ajak main la. Seronok tengok dia dah activ. Terutama lepas sihat dari demam tu.kami bersiap mandikan anak kemudian keluar. Mana lagi. Cari klinik la nak ambil ubat. Saya dan isteri. 

Masa dalam kereta kat klinik saya. Kata isteri dia dah menangis nangis. Bosan kot lama sangat dalam tu. Isau la juga bila turn saya dalam kereta. Tapi alhamdulillah. Mengekek ngekek gelak bila saya main dengan dia guna ulat dia tu. 

Lepas tu singgah kat Mydin sebab nak cari bahan. Malam ni berbuka isteri nak makan sup tulang. Alhamdulillah. Syukur berjaya juga saya buat sup tulang tu. Muka senyum tu jangan cakap la. Hihihi 

Petang.dah lepas masak isteri cakap nak minum air kathira. Actually dia macam tingin minum dari di Ipoh lagi tapi tak ada di sana. Dan sayangnya kat sini pun tak ada. Apakan daya. Bukan rezeki kami. Tapi sekurang nya kek batik dia dah dapat. Alhamdulillah. 

Ya ALLAH, moga dipermudahkan urusan kami tinggal sekali. Sungguh. Sedih bila tiap kali ummi doa, "cepatlahh kita boleh duduk sekali...."

Saturday, 5 July 2014

Bila seminggu tak tengok Abi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bila dah seminggu tak tengok saya, inilah jadinya. Pantang nampak dan tak hirau dia mesti nak suruh angkat. 

Petang saya balik. Dari jauh nampak dah senyum lebar. Sebab masa tu saya ada tengok dia. Kelip mata sikit kat dia. Punya lah senyum. Pastu bila nampak ja saya depan mata, tak sempat apa. Dah macam nak lompat suruh saya angkat. Saya angkat ja tak ada masalah. Tapi bila angkat saya terus masuk rumah dia dah pelik. Mata dok tengok luar. Tangan taknak lepas grill pintu sebab nak suruh saya bawa jalan. Paham ja abi dia ni. Sebab tu yang selalu saya buat. Tapi saya belum solat kata saya dekat dia. Maka saya pass dia kat wan dia. Lepas tu cepat cepat solat kemudian bawa dia pergi main. 

Macam biasa. Since dia tengah gigih nak jalan. Saya bawa dia ke padang. Dan turunkan dia tengah padang tu. Bagi dia training dengan baby walk dia. MasyaALLAH. Bukan nak kata la. Punya seronok dia bila dapat jejak tanah n tolak baby walk dia. Menjerit jerit seronok. 


Tengok gambar pn dah tahu macam mana sukanya dia kan? Bila tengok dia dok ushar ushar playground tu. Saya bagi dia rehat sekejap. Bagi peluang main kat playground plak. Hari ni lain sikit. 


Dia dah pandai bawa badan sendiri masa nak turun dari gelongsor tu. Punya la seronok bila dia dapat turun sendiri. Tapi tak puas lagi. Nak memanjat plak. Sebab masa saya letak tu dok pusing belakang. Tengok kat belakang tu. 


Muka bahagia sungguh la bila saya dah bagi peluang tu. Alhamdulillah. Seronok bila dapat layan dia. Tahu dia suka main. Jadi kita layan dia main. Atlast bukan hanya anak ja sehat. Abi pun berceqau peluh aih. Kikiki 

Nah sebelum abis entry ni. Belanja satu gambo dia. 

Kbai!

Thursday, 3 July 2014

Monolog tengah hari 5 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Pejam celik pejam celik dah 5 Ramadhan. Cepatnya hari berlalu kan? Sampai kita rasa hai la, macam baru celik minggu baru dah nak hadap minggu baru lagi. 

Bila tercepat tu mula la rasa menggagau. Kita cuba jangan tengok hal lain, tapi dekat Ramadhan sudah. Bila sudah lepas mula la konon sedih bulan ini bakal meninggalkan kita. Tapi adakah waktu dia ada dia 'dihargai'?

Adakah betul betul kita beramsl sebaik mungkin? Atau terkesan dengan amalan baik tu walau bila Ramadhan dah berlalu? 

Peringatan ja. Terutama buat diri sendiri. 

Awal bulan Ramadhan adalah rahmat, tengahnya adalah pengampunandan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.” 

Ianya bukan hanya take it or leave it, tapi lebih dari tu. Take it, or miss it. 

Ingat. Mati tak bagitahu bila dia nak datang. Mungkin hari ni, mungkin esok atau mungkin lusa, jika tak digunakan satu dari lima sebelum lima. Tergolonglah kita dalam golongan yang rugi.

Moga kita tidak tergolong dalam kelompok ni. Amin.

Wednesday, 2 July 2014

Sepuluh sudah

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alhamdulillah. sepuluh bulan sudah putera kekasih hati kami ni. Bertambah besar dan bertambah berat tanggungjawab kami juga bertambahlah dekat juga la kami kepada masa di mana satu hari nanti kami bakal merindui keletah dia di kala dia masih diumur umur macam sekarang ni. pastinya akan merindui semua tu.






Semakin lama dia semakin lasak. Memang nak main menda pelik pelik ja dia ni. selain dari buat tarian tiang dekat kipas berdiri, dia juga suka memanjat. Dari training memanjat kotak umah ummi nya macam kat atas ni, sekarang ni dah upgrade. Pantang ilang dari pandangan, dah tahu nak cari kat mana, dia akan panjat tangga. Dah la tu, memanggil orang kat atas plak tu. Adehhh!!


Ni plak peel terbaru si manja kami ni.mana dapat pun tak tahu. tapi suka benor buat mulut muncung macam tu. Lagi lagi kalau dia marah ka, dia kena kacau ka, atau pun, masa tengah ralit memain. tu la kerjanya.

Ini yang saya tak berkenannya. apa yang jumpa msti nak masuk mulut, tambah tambah kalau berbentuk kertas atau kotak. ni kat atas ni dia p kerobek kertas harga kat kain kain tu. pastu masuk mulut, maka menggagau la abi mencari harga mana yang kamu tarik tu baby weh masa nak letak balik harga tu.

Manja kecil saya. dari dulu kini dan insyALLAH sampai bebila.




Tuesday, 1 July 2014

Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hidup. Kepuasan. Mahu dan mampu, 

4 perkara biasa yang kita hadap saban hari. 4 ini juga berkaitan dengan pilihan kita setiap hari. 

Berkenaan hidup. Adakalanya kita rasa "down" tambah tambah bila apa yang kita idamkan tidak menjadi milik kita. Apa yang kita Mahu nampaknya tidak menyebelahi kita. Ambil contoh bab mudah ya iaitu jodoh. Kenapa saya ambil contoh ni? Sebab pasal jodoh ada orang sanggup tamatkan hidupnya. Konon dah tak ada sesiapa lg dalam hidup sedang Yang Esa yang menjadikan kita? Yang tsk pernah tidur dalam mendengar rintihan kita? Yang tak pernah bosan dengan kita tu cmna?

Kepuasan. Selalunya kita rasa puas. Bila yang kita Mahu tu kita dapat. Tapi tak kurang yang memberontak bila gagal mendakapi apa yang diidamkan tu. Mula ada yang berhati khianat. Merosakkan yang sudah termaktub malah ada sanggup guna kaedah jahat demi mendapatkan semula. Tak kurang juga dengan moto "aku tak dapat sapa pun tak boleh dapat". 

Hairannya dalam Mahu dan Mampu ni. Kita selalu terkejar yang kita Mahu malah menggadaikan pula yang kita Mampu. Contoh bab berbelanja. Mampu juga memberikan kesan sama dengan yang Mahu, tapi kita pilih Mahu walau ianya tak padsn dengan kita, akhirnya Mahu itu merosakkan. 

Well, dalam hidup perlu belajar syukur. Tambah dengan kesederhanaan. Syukur itu tak kiralah bila dibawah atau diatas. Bila diatas kita memberi, dibawah juga masih memberi. Kerana apa? Kerana masih ada yang lebih kurang bernasib baik dari kita. Jadinya kita bersyukur dengan memberi. 

ALLAH dah aturkan yang terbaik dah. 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA