Followers

Wednesday, 27 August 2014

On the spot

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Tadi, baru jugak la kan. Waktu sedang solat zohor tetiba hati terdetik. Teringat seorang pakcik tu. Bukan teringat apa pun. Teringat dah lama tak berjemaah dengan dia. 

Tiba tiba masa dok rakaat kedua. Dengar orang buka pintu surau. Pun tak rasa apa lagi. Bila saya naik rakaat ketiga. Saya tahu dah la saya ada makmum. Cuma masa dia takbir tu. Terkejut gila sebab orang yang saya dok teringat tu lah yang jadi makmum saya. 

SubhanaALLAH~~ 

On the spot teringat, on the spot dapat. 

Benarlah apa yang dia kata kan? Apa kita kata, kita rasa, kita minta, ialah doa. Kan?

Tuesday, 26 August 2014

Lubang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Dolu kala, masa Mama dok ngasuh anak orang tu. Saya ni rajin juga la bawa bebudak tu berjalan. Kekadang tu bawa naik moto la. P taman la. Berjalan la. Bawa depa pusing pusing. 

Sekarang ni dah jadi Abi. Fefeeling bawa anak sendiri la plak kan. 

Selalunya bila balik memang budah tu tunggu pun. Cam tetahu ja abi nak balik. Tengah lena pun boleh buka mata dengar bunyi moto. Pastu mai dekat kita. Suruh angkat. Sambil mata tengok luar. Akai la tu suruh bawa pusing. 

Kalau sebelum boleh jalan tu saya dukung pusing seround dua kat depan tu. Ni dah boleh jalan. Saya bagi dia jejak sendiri ke tanah. Pastu jalan. Tetahu ja la budak jalan kan? Lambat tu besa la. Tapi tak kesah sangat sebab tahu berapa besar sangat langkah depa nak dibandingkan dengan kita. Tapi hat ni satu saya taktahan~~ 


Nampak apa dia buat? 

Lubang. Kalau sepanjang jalan ada lubang. Sepanjang jalan la dia akan berhenti dan korek lubang tu. Kita angkat. Tapi bila lagi ke depan ada lagi dia berhenti lagi. Last last terus abi yang jalan. Awak duduk atas bahu abi. 

Lantak situ. Kakakakakakakaka

Monday, 25 August 2014

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:45AM. 

Minggu baru sudah datang. Menandakan perginya minggu lalu bersama kenangan juga peringatan yang ALLAH titipkan dari pengalaman yang lalu. Moga moga ianya kita ambil sbagai pengajaran dan jadikan sempadan manakala yang baik kekal sebagai nilai nilai penting kita sebagai manusia terutamanya hamba yang diperintahkan agar patuh pada perintah NYA. 

Kalau setiap minggu ada kisah menarik yang kami buat dengan anak. Alkisah keluarga kecil kami ni. Minggu ni lain. Sebab bermula dari Rabu, isteri dah mengadu sakit kepala. Saya dengar terus saya offer nak ambil sebab kali ni lain katanya dah melelong dan penglihatan pun blur. Petang tu lepas kerja terus saya berkejar ke sana ambil isteri. 

Keesokan hari tu, saya lambat ke tempat kerja sebab nak bawa isteri ke klinik. Mula tu ingat boleh guna time slip, sekali x dapat. Mungkin sebab dah dekat setengah hari baru sampai kot. Hah, lantak la. Petang tu pun ke kerja macam biasa. Nampak isteri dah agak okay hari ni. 

Hari Jumaat. Hari ni isteri tak berapa okay. Katanya angin dalam badan. Saya picit picit dia. Memang nampaknya berangin la, belahak sakan bila saya picit. Tu pun okay lagi sebab boleh ja dia ikt saya dan mama ke pasar malam. Tapi sampai ja di sana dia dah tak okay. Dia minta diri nak masuk kereta tunggu kami di sana. Masa otw balik, dia dah tak boleh tahan lalu muntah. Ohh sudah. Kenapa dengan dia ni?? 

Lepas dari tu dia langsung tak boleh makan. Memang muntah ja malam tu. Sampai lembik. Mujur la anak tak buat perangai. Rasa lega sangat. Malam tu dalam 10 lebih isteri masuk tidur termasuklah anak. Maka bermulalah kisah saya pula rasa apa yang jadi pada isteri tadi. Badan rasa berangin. Menolak nolak ke dada. Rasa nak muntah tapi tak muntah. Sungguh tak selesa. 

Jam 2:00AM. Saya terjaga. Muntah buat pertama kalinya. Jam 4 lebih macam tu. Kali kedua. Sakitnya tekak. Pastu siap CB lagi pagi tu. Naik atas tidur balik. Isteri tak dapat nak tengok pun sebab dia juga tak sehat. 

Hari sabtu. Saya minta untuk cuti dari boss. Dia suruh saya ke klinik. Tapi nak ke klinik macam mana pun tak pasti. Badan langsung tak sehat. Hari ni. Tidur ja kejanya saya. Flat langsung. Isteri pun sama. Mujur si kecil tu behave sangat. TokMa dengan Wan la tukang jaga geganti. Alhamdulillah mahu dia depa tengok dan paling penting tak buat perangai.

Ahad. Balik sini dah. Cuma tepat 12 tadi saya muntah lagi sebelum tidur. Isteri pun malam nampak sedikit cergas dah. Saya bawa ke klinik. Doktor cakap nak scan tapi kami ckap taknak. Jadi dia buat pT ja. Negative la. Okeh. Konpem. Dedua kena foodpoisoning ni. Kehkehkehh~~

Sadis minggu ni kan? Tapi apa boleh buat. Moga sakit ni jadi kiffarah dosa dosa kami. Amin. 

Monday, 18 August 2014

2014

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.




2014. dah 2014 rupanya entry kat belog ni. Lama juga mengumpul baru sampai ke angka ni. Sedar tak sedar dah nearly 6 tahun berkecimpung dalam mendalah ni. Dalam masa tu juga la bermacam mcam jadi. dari dahulu tempat meluah perasaan, kawan paling baik sampailah sekarang tak kurang macam diari sahaja. 

Cuma yang rasa ralat, dah susah nak dapat entry macam dahulu kala tu, perkongsian yang rasa nya sedikit bermanfaat tak kat orang kat diri sendiri la sebab tiap kali buka belog sendiri, dapat juga nak baca baca kan?

mungkin lepas ni dapat diusahakan nak jadi lebih baik kat dalam ni. bukan tu sahaja la, kat luar tu sudah tentu la nak jadi terbaik.

kita adaalah siapa yang kita fikir. tak gitu?

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:45AM. 

Salam pagi isnin. Macam minggu lalu. Sampai ja tak tunggu lama bus dah gerak. Hari ni lain dari selalu. Sebab pagi ni bus ada ramai orang. Kalau selalu saya slumbrr ja pilih mana nak duduk, pagi ni tak banyak tempat boleh pilih. Tapi tak apalah. Layan sahaja. Janji ada tempat nak duduk kan?

Mendekati angka 12 bulan. Anak dah makin bijak. Pagi ni buat pertama kalinya dia bangun tidur sendiri. Kalau selalu tu jaga ada kami sebelah angkat dia. Pagi ni waktu saya trngah sahur tadi dia bangun sendiri. Sedar sedar pintu berbunyi dan dia berjalan ke arah saya. Saya angkat dia dan terus peluk saya. Duduk diam ja atas riba sambil kepala dilentokkan ke bahu saya. 

Jaga dia semalam pun seronok juga. Waktu saya baru mula nak suapkan dia. Dia tunjuk kerusi dia. Suruh saya angkat dia duduk atas tu. Saya layankan ja. Bila duduk. Dia makan macam biasa. Seronoknya rasa bila nampak dia begitu bersemangat dan sihat. 

Pastu. Manja nya tu tatau nak kata cmna. Apa pun nak kita tengok dia buat. Dah la bila ada telefon tu dia nak hello ja. Kata ummi berlagak anak ni. Mentang mentang la ummi pakai samsung. Dia tak peduli kot. Nak hello hello mesti dia bak juga ambil apple abi tu. Kikikiki bertuah punya anak. 

Makin banyak cerita makin saya terasa sayang meninggalkannya. Tak tahu nak cakap macam mana lagi harapan nak cepat cepat tinggal di sini bersama keduanya. Jaga keduanya sendiri. 

Moga ALLAH perkenankan. Amin.

Friday, 15 August 2014

Super Trader Abi

Assalamualaikum dan salam sekahtera pada yang membaca. 

Kalau saya ni seorang trader, saya rasa baby kecik saya ni dah jadi super trader gamaknya. Bagi yang belum kenal, saya menggunakan masa terluang, malam lepas balik kerja untuk saya trade. Salah satu sumber yang boleh guna untuk tambah sen untuk keluarga kecil kami. Selain jadi perunding takaful, trade pun kekadang macam seronok juga, walau sudah tak macam dahulu iaitu dah tak lagi addicted. 


Ni apa yang dia buat semalam. 

Masa saya baru nak naik mengadap menda ni. Dia waktu tu saya nampak tengah sedap lena. Dalam pelukan ummi.  Elok saya kalih lagi sekali tengok dah merangkak. Pastu senyum tengok saya. Apa lagi. Turun katil cari saya suruh angkat. 

Mula tu saya buat tak tahu. Tapi dah tarik tarik kaki jerit suruh angkat. Okeh abi mengalah. Saya pun angkat dia.

Buah mula dok atas riba tu okeh. Baik ja tak kacau apa. Lepas tu jari tu sentuh lappy saya. Pun saya biar lagi. Lama kelamaan dia tepuk keyboard. Pastu ambil mouse dan mula ketuk ke permukaan lappy tu. Terus saya ambil dan turunkan dia ke bawah. Dan macam biasa, masih menarik kaki suruh syaa angkat nak duduk atas riba. Dah dia buat lagi sekali. Ketuk ketuk lappy dengan mouse yang saya bagi kat dia. Tak habis lagi yang tu. Nampak gambar atas kan? Dah dengan dia sekali nak naik atas lappy tu.

Hadoihhh anak. Abi suh awak trade sndiri cari duit sekolah esok br tau~~ 

Hihihihi

Thursday, 14 August 2014

Tunjuk gigi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Si kecil kami ni agak lambat tumbuh giginya. Pernah satu ketika tu isteri cam risau dia tak tumbuh gigi sedangkan anak kawan kawan dia gigi dah banyak. Saya cakap bertenang . Lagipun dia sendiri cerita ikut apa yang dia baca kalau tak sampai setahun belum tumbuh gigi tu perkara biasa, last dia yang terganggu sebab tu. Biasalah. Dah tahu secara tak sengaja terbanding pula kan? Sebab tu saya kata kat Ummi, saya cukup tak suka bila anak ada saing. Maksudnya ada yang sama umur dengan dia, sebab nanti jadi macam ni. hihihi.

Akhirnya, tumbuh juga gigi si kecil kami tu. Yang pertama tumbuh di bawah. kecilnya gigi. comel ja. Nampak la merah kat gusi tu ada secoet putih di bawah.Tumbuh masa bulan puasa hari tu, minggu kedua puasa dah mula nampak dengan jelas.

Ni ha pose dia bila kita tanya, "Sayang, mana gigi mana gigi?"

On the spot dia akan nganga tunjuk gigi sebatang dia tu. tapi bergantung juga pada mood semasa dia. Tapi selalunya dia akan buat. macam kat bawah ni. gambar dengan bapak. dedua nganga kan?


Hari semalam, diberitakan isteri dia dah tumbuh gigi kedua dia. kali ni di atas pula. Alhamdulillah, akhirnya tak ada la kot resah Ummi tu kot kan? ehehe

Bila da ada gigi lain pula la peelnya masa menyusu. kira nak kena marah ja ng ummi. tambah tambah bila ada saya. dia kerja nak main ja. pastu ummi jadi mangsa kena gigit. Lagi satu, masa dia dah lali nak tidur, selalu masa tu dia akan tergigit.

hihi. sabar ja lah Ummi ya.. dia tak sengaja tu. :D

Wednesday, 13 August 2014

Penyibuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
 Last week, Ahad, masa kami di rumah. saya terajin pula nak betulkan lampu lampu terbakar kat rumah tu. Nak dijadikan cerita, masa jalan tu jiran pinjamkan tangga, maka lebih mudah la nak buat kerja kan.

dah masa dok wat kerja tu si kecil saya ni dok tunggu bawah tangga tu. tengok la gaya dia. konon macam pegang tangga kat abi, tak bagi abi gayat ka jatuh la konon ya? 


dalam dok tergelak tu saya beritahu isteri, satu masa dahulu pernah juga la saya terfikir, bagaimana lah agaknya perasaan bila kita tengah asyik buat kerja, pastu anak ikut apa kerja yang kita dok buat tu. nampak comel ja kan budak tu. haii la Fateh Uwais.

tu belum saya share video lagi. dia tengok kami dok angkat almari, dia ambil botol air, tolak juga, macam kami tolak almari.

Uwais Uwais... sayang awak. sayang Ummi jugak...

Tuesday, 12 August 2014

05:49AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:49AM. 

Bus baru gerak. Betul betul cun saya sampai bus dah nak gerak. Alhamdulillah. Jadi yang terakhir sebelum bus gerak. Nasib baik la. Kalau tak dah miss satu bus dan terpaksa tunggu bus jam enam. 

Pagi ni jaga lewat sikit. Lepas sahur, main dengan anak sekejap sambil isteri mandi, kemudian saya pula yang siap. Lambat lagi bila dah masuk kereta cari wallet pula tak tahu kemana. Cuak sekejap tadi. Dalam tu kurang kurang ada la dalam 1k. Jadi pape mahu nanges saya tadi. 

Lepas dapat wallet cepat cepat gerak. Syukur sampai ja bus masih ada. Beli tiket dah nak jalan. Saya peluk isteri san anak. Berikan ciuman pada kedua nya kemudian bergegas naik bus. Elok saya naik. Dia pun tutup pintu dan jalan. 

Rezeki nak sampai awal. Tapi sedih sebab x macam selalu. Cium n peluk yang tak sempurna buat mereka berdua. Apa pun sabar lah hati. Moga ada jalannya. Amin.

Monday, 4 August 2014

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:45AM. 

Selamat pulang kepada diri sendiri. Bukan hanya ke Penang. Tapi juga kepada tugasan yang dah bercuti selama hampir 2 minggu. 

12 hari bersama simanja buat hati rasa macam tak mahu balik ja pagi ni. Dia dah makin bijak. Faham apa yang kita katakan. Ditambah pula dengan manjanya tu. Saya bakal merindu dengan dahsyat minggu ni sementara menantikan khamis yang bakal menjelma. Kenapa dahsyat? Rindu anak kuasa dua. Rindu ummi pun kuasa dua. Kan dah jadi kuasa empat tu. :P

Minggu ni balik sini sibuk banyak. Sebabnya saya dan isteri dah mula mengemas rumah tu. Kalau dulu isteri swa bersama kawan kawan tapi alhamdulillah. Satu per satu keluar dengan alasan masing masing. Tinggallah rumah tu pada kami. Syukur alhamdulillah sebab bagi saya ALLAH sedang sediakan tapak buat kami bersama, cuma mungkin tarikhnya yang kita tak tahu untuk saya pun ke sana. Doakan mudah mudahan cepat lah. Tak sabar juga rasa sayu ja terpaksa tinggalkan mereka berdua macam ni.

Buat readers, rasa belum terlambat juga untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir n batin. Harap kalau ada apa apa salah sepanjang melaayari blog ni, tak kiralah sama ada yang terkias atau direct saya minta maaf. Yang baik itu dari ALLAH dan lemah itu saya. 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA