Followers

Monday, 27 October 2014

05:42AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:42AM.

Cuti berakhir sudah. Dari Rabu. Sampai ke hari Ahad. Ada 5 hari cuti. Dan berakhir sudah hari ni. Sudah kena masuk kerja. Cuti yang penuh dengan aktiviti. Mujur ada yang sudi melayan. Kalau tak, mungkin tak jugak serajin ni. 

Petang lepas balik kerja Selasa tu dah mula gerak dari Penang ke Ipoh. Betapa sibuknya saya minggu ni. Bayangkan hari Selasa ni sahaja, sampai tak sempat nak lunch. Membawa ke petang. Neverending punya sibuk hari tu. Last balik kerja pun dah lewat sikit. Diiringi dengan hujan yang sangat lebat. Sampai rumah betapa letihnya rasa. 

Esoknya. Dah ada di Ipoh. First day cuti. seronok la jugak. Tapi pepagi ada phone calls dari kilang. Ehh. Alamak. Saya lupa nak return call. Aduihhh..! Baru teringat nih.. 

Petang hari pertama, kedua. Aktiviti menyihatkan badan. Hari pertama tu aaduu punya la berat saya rasa. Dengan jarak dia tu, selepas selesai satu saya berhenti. Kemudian next round pun macam tu. 3 round ja petang ni. Aktiviti lain lepas tu. Layan putera kami main bola. Tudiaa. Sampai ke hujung padang hari ni dia kejar bola. Seronok sungguh. Kita angkat pun tak mahu. Nak jugak jalan sendiri. 

Petang hari kedua. Bertiga ja petang ni. Sebab Opah tak larat ikut. Tok plak kerja dah hari ni. Maka nya hanya kami bertiga la petang ni. Untuk saya hari ni makin laju. Boleh biasakan diri dah. Tapi kesian nya dekat baby. Bila saya dah lengkapkan 4 round. Mula hujan rintik. Kemudian membawa ke lebat. Kesian baby tak sempat nak main di playground. Mujur lepas selesai aktivity ummi ajak pergi dekat Mydin sebab Ummi nak beli barang. Terus saya bawa dia ke gelongsor di tingkat atas tu masa menunggu ummi bayar. Senyum tu jangan kira la. Mengekek gelaknya dapat main.

Petang hari ketiga aktiviti batal. Hujan hari ni. Kalau pergi pun mesti tak boleh buat apa. Jadinya jogging di rumah sahaja lah. Kejar putera tersayang main dalam rumah. Alhamdulillah la. Petang ni abang sepupu dia dah balik. Atleast ada la jugak kawan kot kot dia dah bosan main dengan abi. Kikikikiki

Pagi hari keempat. Haa kali ni pagi plak aktiviti kami. Saja ubah angin. Nak jugak perasa jalan pagi pagi kan. Lain pula rasa hari ni. Tegang ja rasa otot kaki pagi ni. Tu pn untuk first 2 round la. The next saya ubah strategi. Bawa anak main puas puas dulu. Kemudian baru sambung lagi yang baki 2. Alhamdulillah. Hari ni tercapai jugak niat bawa dia main to the max. Jadilah kan. Abi lari anak pn dapat main. Cumanya kesian kat Ummi la. Kena layan anak yang aktif sementara Abi dok syok lari. Hihihihihihihi tak apalah ummi. Ni kira macam lari jugak kan. Pecah peluh jugak paa~~~



Saturday, 25 October 2014

Jogging; Dunia VS akhirat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera. 

Baru selesai berjogging dengan tuan putera kami jap tadi. Empat round. Masa tengah lari terfikir sesuatu. Target empat round tu. Lepas tu jaminan akan tercapai sasaran vs dunia dan akhirat. 

Mula lari tu. Target empat. Satu per satu kita lengkapkan. Lepas tu VS dunia. Perkiraan yang kita buat sendiri. Selagi mana kita fokus, kita beriltizam melakukannya juga terus berusaha. Pasti tercapai. VS akhirat lain pula. Kita rasa kita dah kira tapi adakah kiraan kita ikut mencapai standard perkiraan ALLAH? Kita selalu rasa kita dah buat yang terbaik, tapi adakah yang terbaik kita rasa tu dikira ALLAH? Pernah sekali Rasulullah bersabda dalam tubuh ada satu daging. Baik dia baiklah kita. Akan tetapi kalau sebaliknya? Ini yang saya maksudkan dengan kiraan ALLAH. Kekadang kita dah rasa dah buat. Tapi timbul riak dalam hati. Habis. Apa pun tak ada lagi. 

Point kedua saya. Sasaran kita. Bayangkan ya. Jika sasaran kita, iaitu point permulaan yang mana sepatutnya jadi point akhir kita, bila tiap kali nak dekat ja dengan point tu, ia berubah, Adakah mampu saya menghabiskan sasaran 4 round tu? Ianya seperti never ending journey bukan? Ataupun contoh lain, kita diatas lebuh raya. Sedang mengejar kenderaan yang lajunya 120 km/j sedangkan kita hanya bawa dengan kelajuan 110km/j, mampukah kita mendapatkan dia? Melainkan dia memperlahankan kenderaan, mungkin bisa, tapi andai kita yang makin perlahan, tidakkah jadi semakin jauh? VS dunia. Jika sasaran dunia pun tidak mampu kita capai. Inikan sasaran akhirat yang dikawal Maha Pencipta. 

VS akhirat pula. Bayangkan kita dengan sasaran syurga tu tapi dalam masa sama kita bukan makin mendekati tapi sebenarnya menjauhi. Kenapa? Sebab dosa. Kita tak pernah lekang dari membuat dosa. Pernah tak rasa bila hati semakin mendekati ALLAH, tiap perlakuan bila dikaitkan dengan kuasa ALLAH, hikmah dan nikmatnya, hati mulai sayu, air mata menjurai kenang betapa kita sangat bersyukur dikurniakan peluang untuk kembali ke jalan NYA, tapi apabila tiba tiba TERBUAT dosa, rasa tenang tadi hilang. Dan sememangnya untuk mendapatkan kembali begitu jauh dari kita, hingga entah berapa lama pula kembali mendapat nikmat itu, tapi kerana dosa menghilangkan dia lagi buat masa yang lama.

Doa doa kita yang ALLAH tak makbulkan kerana menjaga kita dari mudarat apa yang kita rasa baik tu. Tapi sebenarnya ianya tidak baik untuk kita. Bayangkan pula sasaran akhirat kita. Dalam kita sibuk berdunia. Hampir kita capai sasaran tu. Kita kekadang bukan nya mendekati tapi menjauhi. Kita berbuat amal. Menambahnya tiap hari dengan sebaik mungkin. Tapi sekali mendekati dosa. Kita ibarat sedang cuba jauhkan diri dari Nya. Apapun ingatlah , selagi belum tiba kiamat, selagi itu masih ada jalan taubat, TAPI perlu ingat juga. Masa kita atas dunia kita pun tak tahu bila akan berhenti, andai tiba saat berhenti yakni mati, apa pun dah tak guna. Start now. Before its too late. Time where we will regret cause never use it wisely while its in our hand. And when dat time come,sorry to say, but there is NO TURNING BACK!!

Abi Uwais
12:00

Friday, 24 October 2014

Abi day Out - teambuilding

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Maaf beberapa hari sunyi tanpa entry. Sedikit sibuk di hari Selasa sebab Rabu mula cuti. Di hari Rabunya pula biasa lah sudah cuti. Ada banyak nak diselesaikan di kampung. Dan Khamisnya. Juga sama ceritanya. Hari ini saya kembali. 

Ohh ya minggu lepas saya ada Teambuilding. Hari Sabtu tu la. Dah dua tahun kerja sini. Tapi dalam tahun kedua baru nak ikut sedangkan tahun lepas ada ja, tapi malas ni ikut. Kali ni pun pergi sebab geng geng dah paksa mengikut. Actually apa mereka kata tu betul juga. Menda pree, layankan ja la. Lagi pun bila lagi kan nak pergi aktiviti macam ni. Silap silap tahun depan dah tak ada lagi. Well, kan ini tahun terakhir saya kerja. 

Sesampai nya kat sana. Macam biasa la. Kena ada group kena ada team cheer suma kan. Yang tak syok 1 la. Saya dan sorang lagi terpisah dengan group kami. Dan baki lagi tiga memang cun dalam satu group. Saya bab kurang bestnya sebab memang niat nak enjoy to the fullest dengan geng saya. Dan seorang lagi pula komen dia tak syok sebab group member dia gatai dan suka raba. Dem setan la manusia tu. Hishhh

Dipendekkan cerita dalam group saya tu ada seorang manager. Makanya masa trainer suruh angkat tangan pilih ketua mesti dah la dia yang dipilih. Suma letak dekat dia kot. Tapi jadi mereng sat bila lepas dia kami pilih boleh plak trainer tu kata, yang kami tunjuk tangan tu orang yang akan memilih ketua. Maka dengan itu terkono kat saya la sebab semua tunjuk dia, dia plak awal awal dah letak kat saya. Aduuuu . Last dah pilih saya. Maka mohon menjawab la kepala otak saya ni. Ng geng tak boleh enjoy. Jadi group jadi mangsa. Team cheer saya, buat satu dewan gelak. Sampai ada seorang tu cakap dekat manager tu, "macam mana la you boleh p ikut idea budak sorang ni". Kihkihkih. Menjawab la dah pilih saya. 

Next aktiviti Heritage Hunt. Saya akui ini memang best. Sampai saya dapat cop kat muka la. Balik ummi tengok muka. Alaaa. Abi terbakaQ. Kihkihkih. 

Heritage Hunt ni adalah aktiviti di mana kami semua perlu menjejak klu klu yang diberikan dalam kertas soalan tu. Dan setiap jawapan haruslah mempunyai gambar semua ahli kumpulan didalamnya (excluded photographer ya). Serious aktiviti ni seronok sangat. Dan alhamdulillah. Pun tak sangka juga group kami telah dinobatkan sebagai naib juara. (Patutnya juara. Kalau saya jadi seorang auditor yang sangat sangat tegas) 

Tak apalah. Seronok tu penting. Bukan senang kan nak seronok macam ni. Tapi kan. Tapi kan. Depa cakap tahun lepas punya lagi rancak. Aktiviti outdoor yang lasak tu. Nak wat camna kan. Walau tu jiwa saya tapi masih saya juga yang bazirkan peluang join aktiviti tu kan? Padan muka. Ehehehe

Monday, 20 October 2014

05:37AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:37AM. 

Rasanya ni entry terawal pernah wat untuk slot ni. Terawal pula kami hari ni. Satunya bangun awal la. Kedua. Siap cepat. Dan ketiga gerak cepat. Elok sampai di stesen bus pun si kecil masih lagi sedap tidur. Kesiannya lah kan. 3x tidur diganggu semalam masa bersama saya. Mulanya dengan suara asing. Kemudian sebab nak sampai cepat dekat ummi, walau yang petang balik kerja tu agak lambat juga kami gerak. Tapi masih juga la dalam waktu tidur dia. Maafkan abi ya yayang. 

Ahad semalam. Biasa. Tapi masih luar biasa. Apa yang luar biasanya? Sebab seorang abi ada bersama satu bidadari kecil dan bidadari besar yang dipinjamkan in advance didunia ni. Semestinya ianya luar biasa bukan? 

Mula hari dengan menghantar ummi. Kemudian pulang. Anak hari ni tidur sampai 3x. Petang nya pula. Waktu memilih kasut. Saya ni sememangnya sangat cerewet bab memilih ni. Tambahan pula yang nak keluarkan duit banyak ni. Tengah hari dah jumpa yang kenan di hati. Kat city plaza. Tapi belum puas hati sebab nak tengok lagi di kedai lain. 

Lepas tu bawa baby pergi kedai tu. Kat kedai promotor ikut ja kami nak kemana. Depan ke belakang. Satu saya puji dia serve dengan sangat baik. Satu satu dia jawab persoalan saya dan juga penerangan tentang kasut. Alhamdulillah la jumpa promoter camtu kan. Tapi dah orang ada isteri kan. Saya tak beli lagi. Nak bawa ummi datang juga. Bagi dia la pilihkan. Baru puas hati saya. 

Petang tu dah datang. Haduhh. Jenuh. Sebab dah janji dengan baby. Petang kita datang abi bagi pakai kasut ya. Habis. Dia bukan sahaja tour satu kedai. Jenuh nak kejar. Siap tlg kemas lagi tu. Jenuh ummi mengejar. Ha. Bab memilih kasut pula. Ingat lebih dari 2 pasang yang saya kenan tak ada stok. Sedih la juga. Sebab saya rasa kaler tu sesuai saya nak padan dengan apa sahaja yang saya pakai. Tapi last sekali. Pilih juga yang ummi ambil ni sebab jam sudah pun pukul 6. Dah lambat nak bawa baby main dekat taman. Tak apalah. Ini pun okay. Warna pebret saya kot. Sampai ummi tegur. Hai abi. Kasut futsal oren. Ini pun oren? Kehlehkehh~~

Sampai taman. Terus mula lari. Baby macam biasa. Sit like a boss. Seronok dia hari ni. Ya lah. Mana tidaknya. Dapat main. Ya lah. Dah janji kot. Sebelum dia masuk tidur petang tadi. Pastu lepas lari bagi dia main dekat playground sekejap dah gerak balik. Sudah jam 7. Senja dah. Tak elok dia ada di luar kan.

Malam keluar juga sekejap. Since ummi nak cari barang buat cheesekut. Juga saya juga salah sebab terlupa bawa baju salin. Akhirnya balik dulu. Saya mandikan anak. Saya mandi sambil ummi siapkan anak. Lepas tu ummi mandi dan kami gerak. Lelaju beli barang. Lepas tu pergi makan dan balik. Dan anak pun tidur buat kali keempat. Sampailah sekarang.... 

Tidurlah arjuna beta, mimpikan yang indah saja, nanti bila kau buka mata, semua tak serupa...

Sunday, 19 October 2014

Tidurlah sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hari Ahad yang sungguh seronok. Alhamdulillah. Dikurniakan saya lagi satu peluang untuk menjaga tuan putera kecil kami sendiri. Mengasuh dia sebagaimana Ummi mengasuh dia selama saya tak ada. 

Pagi ni. Kami bangun awal. Setelah ummi siap macam biasa, baru dia akan kejutkan saya. Sebelum tu. Masa dia bangun. Dia kejut juga. Tapi kejut minta saya peluk atau pegang si putera tu. Bg dia rasa ada seseorang disebelah. InsyALLAH dia ok. 

Sebaik lepas bangun dan mandi. Naik saja dalam bilik sikecil kami dah bangun. Alhamdulillah. Tak ada pula meragam hari ni. Mood baik sungguh nampaknya. Jadinya saya pun bersiaplah macam biasa. 

Macam biasa lah kan. Nampak muka abi apa lagi. Suruh dukung dia la. Saya tak menolak. Terus angkat. Sekejap ja la tapi sebab lepas tu saya nak bersiap. Dia memahami. Senyap sahaja memandang saya tengah bersiap dan seterusnya solat. Elok dia nampak saya dah di tahiyat akhir. Dia pun sampai. Port pebret la, atas riba saya. Saya biarkan dia. Belum sempat saya doa pun dia bangun. Sambung main.

Kami teruskan perjalanan. Balik Alor Setar. Terus sampai ke pejabat ummi. Hantar ummi. Dia pun masih okay. Sampai ke rumah. Alhamdulillah. Elok depan rumah. Masa saya tengah dok buka pintu. Saya suruh dia duduk dalam kereta. Tahu apa dia buat? Dia buka plastik kueh tu dan ambil satu untuk dimakan. Saya biar tapi sebelum tu saya gigit dibahagian yang keras supaya mudah putera saya ni makan. 

Lepas tu masuk dalam Rumah apa semua. Saya kemas dan angkat barang barang letak pada tempatnya. Layankan dia main sekejap. Sampai kira kira pukul 9 dia tunjukkan buai pada saya. Saya faham. Dia dah mengantuk. Dia nak tidur. Terus saya buaikan dia. X sampai 10 min saya rasa. Mata pun pejam dalam iringan zikrullah tu. Syukur alhamdulillah. 


Since dia dah tidur saya buat hal saya la. Teringat pula nak rakam lagi selamat tidur buat dia. Lalu saya cari handphone yang satu lagi, earphone untuk mulakan kerja. Saya pun buat. Tapi elok lepas rakan. Dah send dekat ummi, waktu saya nak buat versi lagi. Tersilap tekan. Terus buka mata tuan putera tu. Gamaknya kan terdengar suara asing dalam rumah, terkejut. Dia pun jaga. Tak mampu nak buat apa apa dah la selepas dia bangun. Saya biarkan dia bermain. Kemudian saya mandikan dia. Elok lepas mandi saya beri susu sebab nampak dia mencari susu. Lepas habis saya lepaskan dia terus bermain. Pastu nampak muka meneran. Okeh faham dah. Dia nak buang air besar. Senyum saya. Pandai dah sekarang. Nak buang air besar walaupun berpampers. Dia mesti akan duduk bertinggung sambil meneran. Elok selesai saya angkat dan salin dia. Kemudian biar dia bermain lagi. Sampai dalam pukul 11 macam tu. Dah dia buat perangai lagi. Saya beri makan tak mahu. Apa pun dah tak boleh. Perlahan saya angkat. Letak dalam buai dan beri susu. Syukur. Setengah jam selepas tu tidur lagi. 


Jam 12:30. Saya siap dan angkat dia masuk kereta. Masa untuk makan tengah hari bersama ummi. Saya dah siap tengok tengok mata dah buka besar. Dah jaga rupanya tuan putera kecil kami. Saya angkat juga. Masuk dalam kereta. Senyap sahaja. Sampai jumpa ummi pun masih sangat behave. Selesai makan. Hantar ummi. Saya bawa dia jalan sat. Cari kasut saya nak pakai. Kemudian jenguk sekejap dinasor trex kat sebelah opis ummi tu. Then balik rumah. 330 kot sampai rumah. Salinpampers dia. Lepas tu tengok dia main. 

Lepas tu saya pergi dekat. Saya angkat dia. Beritahu dia sayang, abi nak cakap sikit ni. Petang ni abi nak pergi jogging. Sayang tdo dulu boleh tak? Satgi sambil jogging tu sayang duduk la atas beskal sayang. Tahu apa dia buat? Dari duduk. Dia bangun. Dia tunjuk buai. Saya angkat dan masukkan dalam tu. Sekejap ja dah lena. Sebak pula saya. Bijaknya sikecil ni. Sebak saya sebab terasa banyaknya masa dia membesar yang tak ada bersama saya. Ummi reply msg saya beritahu. Ala. Dia memang membesar depan abi la. Kan tiap hari ummi cerita kat abi. InsyALLAH tak lama ja. Tahun depan insyALLAH abi sendiri yang ngasuh anak kita ni. 

Ya. mudah mudahan. Ya ALLAH. Mudahkan la kami mencapai cita cita kami ni. Amin yarabbal alamin. 

Friday, 17 October 2014

Takdak..

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam si kecik saya tu balik. Saya sampai depan rumah. Dia pun tunggu depan pintu. Lepas tu dia panggil saya. Tak sempat sempat suruh ummi buka pintu. Lepas tu terus kiss saya. Peluk. Kemudian ajak jalan jalan naik moto. Saya pun memang dah plan dah nak bawa dia jalan. So saya solat sesiap dekat office baru balik. 

Atas moto tu macam biasa. Seronok la dia tu. Sambil sambil cakap. Gamaknya nak beritahu apa yang dia nampak kot kan. Pastu tahu apa dia buat? Dari tangan dok pegang besi side mirror tu. Dia angkat tangan saya pada handle. Ohh nak pegang handle . Adehhh la anak..

Habis pusing tu. Elok sampai rumah Ummi tanya. Amboihh.. Jauh bawa anak pusing. Senyum ja la kami dedua. 

Dalam rumah tu. Masuk ja terus tunjuk kat tv tu. Suruh Tokma dia buka tv. Konon nak tengok sangat. Yang lawaknya pergi capai control lepas tu tekan tekan la nak bg tv tu ON. Terus la ummi ambil on TV dia tu. 

Sekejap ja dia dengan TV dia. Lepas tu dah nak main merata. Lama lama kan. 


Dia dah boring dengan apa yang dia pegang. Dah bosan tengok Tokma dia buat karipap, mula lah nak naik tangga. Masa nak naik tangga tokma dia nampak. Suruh dia pergi depan suruh tengok kot kot wan dan balik. Dia pun bergegas ke depan. Pastu dia patah balik. 

Takdak..

Terus kami tergelak. 

P/s: Mujur tak lama lepas tu wan pun balik. Hihihi

Thursday, 16 October 2014

Bila dah mula aktif

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam, pertama kalinya lah jog ada kawan sejak sekian lama. Alkisahnnya budak budak ni ajak join mereka. Jadi elok balik kerja terus bersiap dah jog bersama mereka. 

Kalau selalu tu jog ada baby. Hari ni lain la sikit. Xde budak comeii yang dok mengorat satu taman dengan senyuman dia. Ni dengan depa ni. Serius la sikit. Depa pun sebenarnya tengah dok persiaapkan diri untuk Penang Bridge Run bulan depan. Saya menumpang ja. Tapi alhamdulillah. Berasa jugak jog tu. Saya kira kira satu pusingan ada la dalam 1km. Bg saya not bad jugak la untuk pertama kali boleh tibai 7 round kan?

Tengah dok jog ada la sembang. Masing masing ajak saya join sekali PBR tu. Masing masing cerita pengalaman join aktiviti tahunan tu dah banyak round. Saya cakap tak ada peluang la tahun ni. Sebab dah tutup. Tu pun sorang tu ajak ikut jugak. Katanya ikut ja. Bolehh. Saya tak kata apa lah. Senyum sahaja.

Tahu apa jadi seterusnya? Malam bila dah balik. Seorang dari yang jog tadi text beritahu ada satu slot boleh join sebab kawan dia tak dapat turut serta. Jadi saya boleh ambil tempat tu. Tudiaaa. Getar saya. Baru cakap tadi, dia bagi dah apa yang saya ingin. Syukurlah..

Wednesday, 15 October 2014

Mini gym Abi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semenjak semenjak dah mula jog balik ni. Mula lah. Ada ja menda yang boleh nak reshape balik tubuh saya buat. Antaranya cam palang besi bawah ni yang digunakan untuk "angkat badan". 

Nak. Nak. Nak. Tu la ayat dia. Siap tunjuk jari nak yang tu. 


Tapi satu la. Bila dah ada tuan putera kecik ni. Buat apa pun suma dia nak buat jugak. At last abi end up exercise dengan dok mengangkat dia ja la. Tapi takpa. Alhamdulillah. Boleh jugak kot yang tu. Hantap tuan putera tu. Pecah peluh jugak dok lambung dia lelama tahu. 

Nampak tu muka bahagia. Naik saya angkat. Pastu xmau turun. Adehhh. Last last berdiri atas bahu abi la apa lagi. 

Camtu la kami dua. Bila dok buat apa kekadang tu jenuh sorok. Bukan apa. Dia tengok dia nak buat. Kita ni bukan apa. Takut la jugak kan. Ter ter yang tak baik. Isau kot. Dan untuk kes ni. Sungguh tak adil. Abi buat sat. Angkat anak. Jemm. Terus tak larat da. Gayut da penat. Angkat budak FatehUwais tulagi. Triple action. Opss. Kihkihkih 

Tuesday, 14 October 2014

Seorang Abi yang garang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sampai hari nk. Masih terngiang ngiang dekat telinga ni. Masih terbayang bayang dalam fikiran. Masih terkenang kenang apa yang berlaku beberapa hari yang lalu. 

Alkisahnya. Si kecil kami ni. Saya ni selalu tak pernah halang pun apa yang dia nak main. Ummi juga tahu. Malah saya ni jugak kekadang yang palaotak weng aja dia main menda yang lain dari yang lain. Contohnya macam saya main sushi dengan dia tu. (Nak tahu mohon rujuk entry Ummi) . Tapi Ahad lalu saya tak boleh tahan bila dia mula main menda yang pelik sangat. 


Ha.. Ini yang dia buat. Mula sekali dia tarik tikar getah tu. Pastu lama lama dia tundukkan kepala. Keluarkan lidah lepas tu jilat hujung tikar tu. Mula tu saya cakap jangan. Dia buat lagi. Kali kedua. Pun jangan. Dia buat jugak. Kali ketiga saya ambil kipas. Saya tindih tikar getah tu. Pun dia buat. Mai kali keempat. Saya jentik jari gebus tu. Satunya sebab kotor. Yang kedua. Kipas. Kalau masa dia tarik kipas timpa dia? Saya pernah sekali. Main pelik pelik jugak la. Konon buai dia dekat buaian tu. Sekali overshot. Nasib la saya peluk dia. Buai tu jatuh. Dan alat mengenjut buai yang gedabak besar tu timpa saya. Alhamdulillah. Mujur la kena abi. Kalau kena kat dia?

Ha lepas kena jentik. Apa lagi. Anak yang asik dimanja tak pernah kena marah bila kena marah dengan orang yang tak marah dia. Mula tu dia tunduk. Lepas tu saya dengar tangisan. Selop. Pertama kali la dia menangis macam tu. Mula saya tak peduli jugak. Tapi lama lama hati ni pulak yang rasa banjir sekali. Saya angkat dia. Letak atas riba ni. Dia peluk punya kuat. Muka sembam dekat dada saya. Masih menangis. Saya pun pujuk la. Saya terangkan kenapa saya marah dia. Kenapa saya jentik jari dia. Kenapa kenapa dan kenapa. Lama kelamaan dia berhenti menangis. Tapi masih bersisa lagi. Saya ajak dia main. Baru betul betul dia senyap.

Akhirnya saya baru paham. Perasaan seorang mama dan ayah. Ada ketikanya dimarahnya kita ni. Dipukulnya kita ni. Bukan erti tidak sayang. Tapi sebab terlalu sayang tu la tindakan tu diambil. Mungkin masa tu dimarah. Tapi siapa tahu dalam hati tu macam mana bergelodaknya mendengar buah hati menangis dihukum. 

Saya sendiri. Nak mengajar. Tapi hati ni pun macam air terjun bila kenangkan tangisan yang saya tak pernah dengar tu. Sebak weh. Tapi apakan saya. Saya pujuk hati ni. Saya terlalu sayang dia. Langsung tak ada niat nak buat macam tu melainkan untuk beri tunjuk ajar. Moga Fateh Uwais tak ulang lagi tahu. Kotor. Kuman. Abi taknak awak sakit...


Monday, 13 October 2014

05:46AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:46AM. 

Minggu baru bermula bagi saya, kami dan dia. Kalau saya selalu mula isnin la. Membawa ke Ahad. Tapi untuk ummi dari  Ahad la sebab Ahad dah mula kerja kan. Betoi jugak kata Ummi. Kekadang tu saya dok minggu lepas lagi. Dia dah kira minggu ni. Kena tune balik ni. Hihihi

Minggu ni since mula dari Jumaat. Rasa lama plak minggu ni. Penuh rasa nya. Syukurlah. Seronok saya rasa sebab ada perasaan macam tu. Hari Jumaat masa sampai tu anak dan Ummi dah ada kat tempat bus tu dok tunggu saya. Elok naik ja keta terus kami gerak balik umah. Lapo weh, dah la sampai lewat dari plan due to ada kemalangan yang melambatkan trafic tadi. 

Sampai ja rumah, kecik tu dah mula ajak main. Seronoknya bukan main. Tapi nak wat apa suma nak kena duduk kat riba. Nak jalan kena dukung. Tak mahu nya dia duduk bawah. Senyum saya tengok. Manja sungguh la hero sorang ni. Saya layankan aja. Ada dua tiga hari ja untuk dia seminggu, jadi haruslah dapat special treatment kan?


Malam tidur pun sama. Tak dok dekat abi ja tdo tak lelap. Elok dapat sebelah saya. Reti plak senyap sampai ke pagi.

Sabtu tu, tak ada banyak plan cuma mencari barang Ummi yang habis ja. Masa ni pun dia behave sangat. Tak banyak ragam. Mungkin gamaknya dah cukup rehat kan lagi satu ada orang nak uli dia. Syok la tu. Ha. Sebab asal kua berjalan ni sebab nak cari pool untuk dia. Dah kata ummi seminggu tu kekadang kan rasa lama Abi xdak. Jadi bleh la bawa anak main pool dalam rumah ja. Tak ada Abi, Ummi pun tak rajin nak kua jalan. Makanya kami beli pool tu kat anak. 

Petang tu plan asal nak bawa anak jalan dekat taman Jubli tu plus saya jogging la. Tapi tak jadi sebab hujan. Maka anak dapat la peluang merasmikan kolam dia tu dekat rumah. Seronoknya jangan kata la. Anak yang mandi Abi yang basah. Habis dia tepuk air tu sampai mercik kena saya. Last masa nak simpan tu la tak tahan. Menangis macam dengan apa lagi. Padahal jari jari gebus dia tu dah kecut. Saya tak layan. Saya suruh Ummi bawa dia masuk. Sambil saya buang air dari kolam kemudian ubah kereta dan masuk dalam rumah. Kata Ummi elok nampak pool dia. Baru senyap. Gamaknya dia rsau saya bawa p memana kolam agaknya kan?

Hari Ahad. Pagi dia sangat behave. Pergi hantar Ummi lepas tu balik dia diam ja. Sampai rumah tu dia pun tak mengamuk.  Main elok ja dengan saya. Sampai masa dia dah mengantuk. Ini paling syok la. Dia tunjuk kat saya dia punya buai. Saya masukkan dia. Zikir sekejap ja dia dah lena. Alhamdulillah. Tidur juga dia dalam satu jam setengah macam tu. Bila bangun dia tak begitu mahu makan. Saya buatkan susu. Pun tak berapa mahu minum. Saya layankan aja dia main. Sampai trngah hari bawa pergi jumpa Ummi. Pun dia tak begitu mahu menyusu. Hairan ni hairan! 

Lepas hantar Ummi saya nak cari pc. Hajatnya nak bawa Ummi. Tapi kenangkan nanti buang masa main anak. Saya keringkN hati. Bawa juga putera kecil kami ke sentosa mall tu. Alhamdulillah. Dia sangat behave. Walau saya tahu dia mengantuk. Tapi dia memang sangat behave. Diam ja sepanjang atas saya kat baby carrier tu. Saya peluk ja dia tak lepas sebab saya pakai carrier tak sempurna. Ada tali yang tak mampu saya ikat sebab di belakang. 

Pulang ke rumah pun sama. Sangat behave di atas riba saya. Di rumah. Dia memang mengantuk. Saya minta izin salin pampers dia lepas tu letak dalam buai. Saya bagi dia susu yang tadi tidak dia habiskan. Alhamdulillah. Tak lama pun buaikan dia. Dah lena dalam buaian. Syukur dia baik sangat. Cuma bila dia bangun. Langsung tak mahu letak. Mandi tak mahu. Salin baju tak mahu. Apa pun tak mahu. Nangis kalau letak. Jenuh saya terpaksa bersiap dengan dia atas dukungan saya. Buka pintu. Tutup pintu. Angkat barang masuk kereta. Sampai Ummi pun dah call la. Memang, lambat saya nak buat apa pun. Terbatas dengan dia atas dukungan saya. Tapi tak boleh nak kata apa la. Dah dia tak mahu kan. Takkan nak tinggal dalam kereta masa tu. 

Petang ni saya minta maaf dari dia sekali lagi. Saya terangkan kenapa kami tak boleh jogging petang ni. Aaya beritahu dia saya memang nak bawa tapi cuaca hujan tak benarkan kami pergi. Jadi kami singgah kejap kedai mamak sebab nak pekena cheese nan. Tambah ayam tandoori plak. Perghhh sungguh memang layan waktu hujan hujan ni. Petang ni buat pertama kali. Memang dia tak mahu bagi kerjasama kat kedai tu. Langsung tak mahu duduk. Memang buat perangai sungguh. Saya tetiba jadi malas nak layan. Kesian pula Ummi masa tu terpaksa layan karenah dia tu. Last last saya ambil juga. Barulah dia nak okay perlahan lahan. Habis di lambainya si mamak mamak dalam kedai tu. Sampaikan si pembuat air tu masa kami nak balik datang ke depan kaunter nak lambai dia. 


Nampak tak betapa comotnya Fateh Uwais semalam? Kes senyum la ni. Mamak tu bagi satu coklat wafer kat dia. Kami biar ja dia pegang. Lupa plak dia kan ada gigi. Habis pecah plastik tu dia gigit. Akhir sekali. Dapat juga isi dalam tu. Since dah buka. Kami saja biar dia. Nahh. Habis comot~~

Sunday, 12 October 2014

Cerita lena anak manja seorang Abi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi Ahad, 09:58 pagi.

Tuan putera kami sedang beradu. Pagi ni bangun agak awal. Dalam jam 7 macam tu dah bangun. Sebaik sedar pagi ni tak ada lagi rengeken dari nya, cuma senyuman manis dari bibir nya. Mungkin gamaknya dia tahu, kalau dia menangis memang saya tak layan punya.

Mula selalu tu kalau dia jaga mesti dia akan menangis, sebab nak mencari Ummi nya. Kalau ada saya pun jarang dapat di pujuk melainkan Ummi sendiri yang datang untuk memujuk si dia. Pagi ni tak pula macam tu. Saya angkat dia letakkn atas badan, tepuk tepuk cuba memujuk supaya dia sambung tidur, tapi tak mahu pula dia sambung tidur. gamaknya sebab dah tidur lama dari semalam jam 7 macam tu. Selalunya pun memang macam tu kalau dia dah cukup rehat, jarang sekali dia nak buat perangai bila bangun dari tidur.

Cuma satu, dalam minggu ni Ummi kata bila dia tidur dia tak lena, macam asyik dok mengigau tu. Dah tu asyik menangis dalam tidur, sepanjang malam.

Macam semalam tu, dia menangis sepanjang malam, sekejap sekejap dia macam mengigau dan menangis. Akhir sekali dalam pukul 5 lebih kot saya rasa, Ummi bangun sebab nak ketandas, dia menangis, saya angkat lepas tu letak dia dekat lengan. Ha, bermula dari situ dia pun tidur lena tak menangis lagi. Sampai pagi dia tidur tak ada bunyi bunyi dah.

Pagi tadi juga sama. Tidur kurang lelap sampailah Ummi bangun, Ummi letak dia sebelah saya, langsung diam sampai dia jaga saya sebutkan kat atas tu. Ummi cakap, mungkn gamaknya dia nak tidur sebelah Abi kot, sebab tu bila dia dapat tidur sebelah saya dia dah tak menangis lagi.

Bangun pagi Ummi pun cakap, rasa lepas ni kena tinggal sehelai dua baju Abi yang dah
pakai tu, agak dia dok wat pangai macam ni lagi Ummi letak sebelah dia, tekup bagi dia bau Abi, senyap la tu nanti tu. Senyum saya. Sampai macam tu ka??

Hai la anak manja Abi sorang tu...~~~



Friday, 10 October 2014

Penindasan yang sempurna

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi, ada saya sembang dengan ummi. Since saya sedang berusaha nak buat sesuatu yang perlukan modal besar, saya minta bantuan dia cari tempat saya nk buat pinjaman. N hari ni dia ada bagitahu satu tempat dekat saya. Katanya kat sana dalam 4% setahun.

Jadinya saya pun mula buat kiraan. Andai kata dalam 20k , makanya at the end saya perlu bagi lebih kurang 800 setahun didarabkan dengan 10 tahun semua ada lah dalam 8k. Cuma satu yang saya sangat terkejut bila dia khabarkan pada saya yang kita takkan dapat penuh tapi dalam 18k terus saya terduduk. Tudiaaa.. Ini memang penindasan yang sempurna. Serius. 

Bayangkan ya. 4% setahun pun dah berjaya tibai dalam 8k sepanjang masa tu. Pastu lagi tibai 10% sebelum mula pape. Rasa saya sangat melampau kot. Tu dari kira kira 20k pun depa dah dapat 10k secara percuma dari kita, kalau lebih?? Lagi. Cer bayang ya. Pinjam dapat 90% pastu at the end terpaksa bayar lebih iaitu dalam 150%. Sememangnya penindasan yang sempurna. Ambil awai, sepanjang jalan dan akhir. Ambil sedikit bayar banyak. Sememangnya kita ditindas tanpa ada sesiapa yang cuba meleraikan penindasan ni. Ohh ya takut nanti ada yang sebut pasal kos perkhidmatan la kos apa suma bagai tu. Rasa saya la, berapa sen sangat la duit insurans pa bagai suma tu dengan apa yang orang kena bayar kemudian tu. Tak pernah ka fikir kesusahan yang kekadang tu dalam keterpaksaan orang ambil pilihan meminjam ni? 

Takut juga saya cakap cmni kan. Tapi betul apa? Islamic banking? Hahaha tu satu yang saya rasa nak gelak ja. Nama islamic kalau kat mesia ni hampeh. Tengok muvie muvie dengan tag islamix tak? Rasa saya hampir suma hanyalah sampah yang tak kurang memburukkan lagi imej islam di mata non muslim. 

Para pendukung yang kita harapkan pula. Ada yang at least mencuba betulkan apa yang ALLAH dah sebut sebagai penindasan ni? Saya belum nampak sampai sekarang. Yang sayya nampak. Satu cuba membela kroni sampai mati. Satu lagi perjuangan yang sudah nampak hampir sama dengan yang sana. Satu kem tu gila kuasa. Dengan isteri, anak, mungkin satu hari nanti cucu cicit dan piut miut semua naik. Hairan saya dengan perlakuan tu. Mana perginya slogan tentang untuk kami tu?

 Dan satu lagi ketika seorang ayah cuba menentang anak menampar ayah dari belakang. Ini juga lawak bagi saya. Lapis lapis hampagas yang langsung tak nampak ke mana hala perjuangan. Menagih sedekah berpuluh ribu ketika ratusan ribu untuk sebuah kenderaan itu mampu dikeluarkan. Saya anggap sebagai sungguh bodoh bila pucuk pimpinan dan cakap tidak, tapi pandai pandaii pula keluarkan kenyataan di belakang yang bercanggah dengan pimpinan.Lagi yang rasa saya lapis baru ni bebal bila pimpinan cakap tak mungkin bersatu, tapi yang muda muda ni pandai pandai cuba untuk bergabung seakan akan pihak sana dah 'berubah'. Tolonglahh. Anda ibarat si dungu yang dah berkali kali ditampar kepala, disepak, di duku dan di belasah, tapi masih juga sua kepala untuk terus diperkotak katikkan. 

Satu hari sahabat saya cakap. Ang nampak tak apa yang jadi sekarang? Patutlah ALLAH tak bagi kita menang. Saya jawab ya benar juga. Mungkin juga andai sini yang naik. Langsung tak ubah dari pihak di sana. Atau mungkin lagi teruk. ALLAH sengaja 'hold' kemenangan sebab yang nak naik banyak penuh dengan agenda sendiri yang sebenarnya menyorok dibelakang kata untuk kita rakyat jelata, tapi nampak gaya banyak untuk diri mereka sahaja. 

Akhirnya saya mula rasa muak dengan rentetan kisah kisah 'yang diharap' suma ni. Nampak gayanya benar. Macam yang selalu saya sebutkan. Selagi ALLaH bukan nadi perjuangan. Tak ke mana perjuangan tu. Mungkin bakal tersekat bila bila masa sahaja. Doa saya agar ALLAH ganti yang tak boleh diharap dengan hati hati yang dekat dengan ALLAH agar tidak lagi diselewengkan amanah yang kita beri pada mereka ni. 

Sungguh saya berharap nak jumpa kepala kepimpinan kita tu. Bukan hanya imam di medan juang tapi juga khatib di pentas masjid. Ini yang kita mahu. Tapi sayang, usia semakin melemahkan nya. Moga ALLAH pelihara tok guru kita. Moga dia dapat melihat dan memberi amanat pada perjuangan kita lagi. Takbir!

Thursday, 9 October 2014

Monolog malam seorang Abi II

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dari kejauhan. mendoakan agar mereka berada dalam kesejahteraan.
Permulaan kepada kebahagiaan itu dari kegagalan, permulaan kepada kegembiraan itu dari  kesedihan, permulaan dari kesenangan itu dari kesusahan. begitulah yang cuba dipahatkan dalam hati.

Sebenarnya, mula dari awal 2 minggu lepas, kami jarakkan sedikit perjalanan due to keadaan yang susah nak diterangkan. satu perkara yang terpaksa kami ambil tindakan sebab masa depan itu masih panjang, mungkin keterpaksaan ni bakal dinoktahkan juga nanti. tambahan pula sekarang kos perjalanan dah makin meningkat, nak taknak kena juga la kami ambil tindakan ni.

kekadang mungkin hati tak rasa kuat, tapi apakan daya. macam hari ni, selalu waktu ni mesti jari budak kecil tu ada dalam genggaman saya, sambil umminya dibantalkan lengan saya. itu rutin kami setiap kali bersama waktu tidur.

Selalunya kan, siapa kita hari ni adalah apa yang kita tentukan. bila kita rasa tak kuat, cepat cepat lawan perasaan tu. andai kita terus menerus melayan, jadilah kita orang yang kita dok sebut sebut tadi, seseorang yang tak kuat. tapi andai kata kita terus melawan. kita pasti berjaya. saya pernah tertengok satu gambar kat FB, lebih kurang macam ni la apa yang dia nak sampaikan, katanya, buah, andai tidak diperah, manakan kita dapat jus nya, zaitun, andai tak ditekan, manakan dapat minyaknya, samalah dengan kita, sebenarnya dengan ujian yang kita dpat ni pasti akan menyerlahkan lagi siapa kita. ibarat nak jatuh dari tempat tinggi, apa yang ada ditangan yang ada dibadan pasti dijadikan senjata menyelamatkan diri, macam tu la juga kita, bila dalam desakan tu, kita pasti akan memikirkan cara, bagaimana nak melepaskan diri. dan pasti pasti dan sangat pasti, jalan yang bersamanya ada ALLAH itulah jalan yang terbaik. kan?

tadi ummi mengadu, katanya anak merindukan saya gamaknya. bangun tidur dengar suara saya, senyum, sambil sambil melepaskan susu sebab nak tengok saya dekat screen telefon tu. sayunya hati seorang abi bila dengar menda macam tu. tapi nak buat macam mana kan? Selepas dibincangkan, msanya akan tiba juga nanti, kena sabar sekejap sahaja.

yakin. ALLAH dah susun sangat cantik dah. percaya. ALLAH dah tetapkan lawa dah. hati yang redha tu lebih baik, dan pastinya akan merasa indahnya apa yang dihadapi.

takkan kena sikit dah nak layu kan??

Wednesday, 8 October 2014

Monolog malam seorang Abi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Time time ni melayan irama instrument layan juga. Bila datang lagu yang bersemangat, jadi bersemangat. Bila timbul lagu yang selow, yang menyentuh hati dengan irama dia, memang terasa tersentuhnya tu.

Masa tu mula terawang-awang entah ke mana hala. Banyak yang menusuk dalam hati tika fikiran menerawang tu.

Sebagai hamba, sedaya manakah kita sudah cuba untuk membetulkan diri sebagai hamba. seorang yang tidak lain hanyalah berharap pada kudrat yang dikurniakan ALLAH. itupun bersama kudrat pun, belum tentu kita mampu buat apa apa melainkan dengan izinNYA.

Sebagai hamba, adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepada kita semenjak hari hari awal kita dahulu? Adakah kita telah sedaya mungkin menjaga amanah yang dah diberikan NYA?

Kekadang sendiri terfikir juga, kita rasa kita dah cuba sedaya upaya, sedangkan kita tak buat apa sangat pun. tambahan bila mengenangkan apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang ni. gejala sosial yang meruncing, paling memalukan bila kita tengok orang yang mengaku dirinya Islam yang paling dahsyat. Terkedu memikirkan. Dimanakah Islam sebenarnya kita simpan? Adakah hanya pada paparan lesen dan ic kita? sedangkan ALLAH entah dah di mana kita letakkan.

 Dalam kita menghadapi kedahsyatan 'maju' yang tak tara mana sambil dalam masa sama nilai nilai manusia semakin haus di bawa masa, kita sebenarnya sedang menghadapi satu balasan dari ALLAH. satu dari balasan yang Dia dah sebut, apabila kita wat dosa dosa berkenaan, dia bakal membalasnya dengan kepimpinan yang lagi jahat dari pengikutnya. Sedang kita tak pernah sedar pun yang kekangan masa kini adalah disebabkan dosa dosa kita sendiri. Dosa yang kita rasakan biasa, tapi sebenarnya dah merosakkan berjuta hati kerananya.

mudah mudahan ALLAH kembalikan hati kita kepadaNYA, hati yang senantiasa mengingatinya, hati yang tak pernah lenyap walau sesaat pun nama NYA, hati yang mengingatinya itulah hati yang tak pernah jauh dari NYA, itu jugalah hati yang takut berbuat noda kerana menyedari yang dia sebenarnya milik NYA. Moga kita sentiasa bersama hati hati yang takutkannya. Amin..


Tuesday, 7 October 2014

05:54AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:54AM. 

Selamat datang minggu baru. Selepas cuti 4 hari yang penuh senyuman anak dan isteri. Minggu ni cuti Raya Aidiladha, jadinya isteri juga turut cuti hingga Isnin. Hari yang berlalu tu tahu sahaja lah, sangat memggembirakan. Bila mana dua dua ada di sisi saya. Kalau ummi dah biasa memanja dengan saya sekarang ni dah ada pesaing. Permulaan tidur harus di tengah. Tak boleh tinggal asal nampak ja muka. Aduh banyak sungguh karenah tu. 

Khamis tu masa dia balik macam tu la. Dalam kereta dah mula nak cak cak abi dia ni. Ke sana ke sini cari saya bila sampai tu dari dalam kereta. Bila dah berhenti tu dah kelam kabut. Nak turun kat saya. Habis dia panjat ummi kat tempat pemandu tu. Bila dah dapat saya. Tangan tunjuk dia nak p mana. Semestinya tunjuk moto la. Saya terangkan saya nak tolong angkat barang dahulu. Dia tunggu. Tapi lama kelamaan jadi tak sabar pula dia. Akhirnya saya bawa pusing naik moto. 

Hari Jumaat saya tak berkesempatan. Ada tugasan lain yang perlu saya selesaikan jadinya lambat sampai ke rumah. Anak dah menunggu saya. Tapi malam tu saya bawa juga dia jalan sekejap. Ambil hati. Tu pun jenuh kejar. Last sekali nak perlahankan dia. Letak dalam trolley tu. Setel. Kakakakakaka. 

Sabtu dan Ahad. Sibuk dengan raya la. Tak ke mana pun. Sibuk jadi Abi ja. Tapi pun tak sibuk sangat pun. Ramai pacik, macik dan tok tok menakan yang temankan yayang ni. Walau dia tak mahu sangat dekat orang, tapi orang masih nak ambil sebab suka tengok dia senyum sampai nampak lesung batu kat pipi gebus dia tu. Hishhh ni satu pangai lagi. Tak mahu kat orang. Tapi bab nak menggoda bagi orang rasa nak angkat rasa nak godam dia tu selalu dia buat. Mana la orang tak tonyoh pipi gebus tu. Abi yang dok ada pun jenuh ketap gigi. 

Alhamdulillah la. Dia behave sangat dalam reramai tu. Tidur pun mahu makan pun mahu. Main pun mahu dengan orang lain. Syukur. Dia jadi kegembiraan banyak orang kat sana. Semoga dia terus menjadi kesayangan dibumi, kesayangan para penduduk langit juga. Amin.

Dalam kesempatan ni saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin buat semua. Doa doalah andai tahun depan bisa menjadi milik kita sebagai pelengkap rukun Islam yang kelima tu. Mana tahu kan? Mudah mudahan. Amin. 


Wednesday, 1 October 2014

Wake Me Up When September Ends

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Permulaan October yang mengejutkan. Manusia manusia tak berguna tu dah umum nak 'kurangkan' subsidi kononnya.

Selamat datang dunia baru yang akan menjadi semakin mencabar.

Kali ni saya dah mula berdoa sebagai seorang hamba yang dianiaya.

tak apalah. tunggu esk dah mati ya. kami tak pernah lupa apa yang anda dah buat.

jawab la esk ya.

moga dengan doa kami yang tak seberapa ni bakalan mendekatkan anda dengan para mentor anda di sana nanti.

Amin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA