Followers

Wednesday, 31 December 2014

Selamat tinggal, terima kasih

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Beberapa jam bakal mengakhiri 2014 dan diikuti ketibaan 2015. Terlalu banyak pahit manis diharungi tahun ni. Terlalu banyak pengajaran, peringatan yang berjela jela andai saya panjangkan dengan tulisan, namun yang pasti satu persatu mengajar saya erti matang, erti hati hati dan juga membuat diri lebih kuat nak hadapi apa juga rintangan yang datang. 

Dua tahun sebagai suami, dan setahun menjadi Abi. Terlalu banyak manisnya dari pahit kehidupan yang saya jalani ni. Benarlah, family first. Memang akan rasa indahnya hidup ni. Sebab ini tanggungjawab, dan disebalik amanah tu, ALLAH tempelkan bersama keindahan, kemanisannya. Syukurlah seteruk teruk ujian saya, family x pernah walau se-milimeter jauh dari saya. Malah menolak saya terus kehadapan. Walau sesukar mana pun. Tetap menyokong. 

Selepas family ada rakan rakan. Ya 2014 ni beri saya sinar baru dalam perkara ini. Iaitu tak kiralah sejauh manapun kepercayaan tu, pilihlah untuk tidak terlalu baik, terlalu mulia. Maaf saya cakap, bunyinya teruk, tapi sebaik disepak berkali kali dengan ujian persahabatan ni, saya akan jadi terlalu berhati hati sekarang. Kekadang kita cuba mengabaikan diri dengan harapan pihak berkenaan dapat fikir yang sama untuk kita, tapi malangnya, perkara ni sungguh susah nak berlaku, namun syukur juga, dalam kepayahan ni, ALLAH tak pernah lupa tinggalkan 'sinar'. Saya jumpa yang benar benar 'boleh dipercayai' dan insyALLAH saya cuba pastikan saya akan pelihara sebaiknya persahabatan ni. 

Career. Tidaklah seteruk yang dibayangkan. Malah menjadi lebih baik day by day. Cuma satu, pesanan saya supaya tidak menyesal dikemudian hari. Buat apa perlu buat, belajar sebanyaknya yang mampu dan buat terbaik dalam segalanya. Mengharung untuk masuk tahun ketiga, rugi saya rasa sebab tak manfaatkan masa masa di sini dengan pembelajaran drawing, dan juga bahasa, namun alhamdulillah, sekali lagi, ada sinarnya saya jumpa tempat menambah pengetahuan bahasa tu. Syukur.

Kejayaan. Tahun ini berakhir dengan beberapa yang saya kita kejayaan. Paling besar saya berjaya munculkan macam macam aktiviti tahun ini untuk re-shape tubuh yang saya rasa makin memberat ni. Alhamdulillah. Satu piala futsal dan satu pingat marathon berjaya diperolehi. Harapan agar akan datang, saya dapat realisasikan impian kekalkan momentum tu. Bukan buat banyak tu penting, tapi istiqamah tu yang paling baik. Sikit dengan istiqamah lagi baik dari banyak tetapi kekadang. Saya akan cuba pastikan tu.

Masa depan. Beberapa misi sedang dalam perancangan. Salah satunya adalah akhirnya tinggal sekali dengan kedua buah hati saya tu. Masa tu akan sampai tak lama lagi. Sekarang tengah countdown, namun apa pun selagi belum tiba masa selagi tu takkan berlaku. Kita merancang namun ALLAH Maha Merancang. Dia Maha Tahu apa yang nak jadi, namun itu juga bukan alasan kita berhenti usaha, dan meneruskan doa agar akhirnya tercapai impian itu. Alhamdulillah. Selain mulakan dengan langkah, semalam juga dah keluar kira kira setahun cashflow kami masa tu, alhamdulillah ikut kira kira atas kertas, nampak meyakinkan. Saya pastu akan usahakan beberapa ikhtiar lain untuk membantu apa yang dah diusahakan tu, dan dalam masa sama cuba siapkan plan B plan C andai kata in between ada sesuatu yang tak dijangka berlaku. Apa pun saya pasti dan pegang yang seandainya kita mahu buat menda baik, ALLAH pasti akan melorongkan bantuannya buat kita. Hati saya bulat pada ALLaH, janji ALLAH. InsyALLAH,. Ada jalannya. 

2015 bakal muncul medan baru untuk perjuangan. Tak ada misi spesifik tapi yang pasti menjadi lebih baik adalah fokus utama nanti. Moga ALLAH permudahkan. Amin.

(Kita merenung dalam kegelapan, tapi kita lupa dalam kegelapan ada sedikit cahaya, warna warni keindahan hikmah yang kita tak pernah tahu apa dia)

Tuesday, 30 December 2014

The Thomas Crown Affair

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sampai rumah petang tadi, membawa ke lepas Maghrib tu dok terfikir fikir selesaikan dulu kira kira kami untuk tahun akan datang ni, berkobar kobar juga, sampaikan nak masuk tandas pn dok menaip dulu kat lappy dengan perut yang meragam tu, lepas tu bila dah max tak ketahuan, baru lari turun cepat cepat bersiap nak isya' plak.

Lepas isya, dalam pukul 930 macam tu kot tak silap dok asyik menaip Cash Flow tu, punya asyik, kira satu satu, supaya tak ada yang miss, supaya esok kalau boleh nak dibentangkan pada Puan yang berusaha tu. bagi dia tengok apa yang menanti di tahun depan tu. Alhamdulillah la, siap juga akhirnya. Elok siap tu, turun bawah sekejap, nak jenguk Mama Ayah dok buat apa. Tengok Ayah dok asyik layan National Geography. Saya tanya Ayah Mama kenapa tak layan Movie? Katanya cerita nampak tak best. Saya pun ambil remote control ubah ke channel movie tu. Nampak memang tak menarik pun, tapi Ayah suruh biarkan sekejap. Saya pun masa tu nampak tak cun, so tak peduli pun, sampailah keluar muka Pierre Brosnan mamat James Bond tu. Terus kalih tengok cerita. ehehe

Cerita dia pasal seorang orang kaya raya ni la. dia ni penggila lukisan. Dengan duit yang banyak tu tak hairan la yang dia minat menda menda yang mahal macam ni. Kisah dia bermula pada satu hari ada satu lukisan ni dicuri dari tempat ia dipaparkan. Memang gempar la bila lukisan berharga 100Juta ilang macam tu ja. So muncul la seorang penyiasat peribadi ni, dia muncul untuk cari lukisan tu. Yang bestnya, bila dia jumpa lelaki ni dia dah dapat rasa yang laki ini yang curi. Jadi bermula la kisah dia mengikit lelaki ni kemana lelaki ni pergi. Dia tanya lelaki ini secara kias kias la, kenapa lelaki ini curi sedangkan lelaki tu mampu dapatkan lukisan tu, jawapannya, lelaki ni suka thrill mendapatkannya tu.

Lepas tu, bila dah lelama keduanya ni berdekat dekat ni, hati mula ada rasa. well, menda biasa la bila dalam cerita tu kan, masa ni lelaki tu test perempuan tu, sama ada betul ka perempuan tu suka dekat dia. Dah jeles macam nak gila perempuan ni masa tu. Sebenarnya lelaki ni pun setengah sewel juga sampai kena jumpa kaunselor cerita masalah yang dia sebenarnya dia ambang jatuh cinta dengan seorang wanita ni. Gelak besar kaunselor tu dengar pengakuan lelaki ini. Satu yang menarik ayat dia dengan kaunselor tu, macam mana agaknya si landak jantan bercinta? cam best juga boleh dikaji ni kan? bagaimana haiwan yang agak berhati hati ni dapatkan pasangan kan?

Next, dari sana plot cerita di kembangkan, lelaki ni bawa perempuan ni ke tempat yang dia tak pernah bawa sapa sapa, lepas tu perempuan ni plak, satu hari lepas jeles tu sampai kat rumah lelaki ni lepas tu jumpa lelaki ni bersama seorang perempuan. masa tu pepaham la kan, dah la jeles, lepas tu laki tu bagitau dia, baiklah, saya akan kembalikan lukisan yang hilang tu, saya akan letakkannya di tempat saya ambil. Dan awak, saya percaya pada awak. Sama ada awk biarkan saya setelkan lukisan tu atau tunggu di tempat tu bersama polis dan tangkap saya. Kemudian, tunggu saya jam 4 kat sekian tempat ni, kita jumpa dan tinggalkan tempat ni. Haaa... masa ni la yang saya rasa laki tu dah kalah. Perempuan yang sakit ati tu, bawa polis betul nak tangkap laki tu, satu tempat tu penuh polis, tunggu ja lelaki tu sampai. Masa tengah tunggu laki tu, elok cun plak masa lelaki tu sampai, baru perempuan tu tahu yang perempuan yang dia jeleskan tadi memang kerja dengan lelaki tu pun, dia dah salah sangka, tak percaya cakap lelaki tu tadi. Masa tu cuak gila dia. Ya la dia dah perangkap lelaki tu sebab rasa diperangkap.

Rupa rupanya, laki tu ada plan, kumpul reramai pakai macam dia, satu tempat tu pusing bawa satu beg tu. Habis kucar kacir polis dalam tu, dan akhirnya dia berjaya pulangkan lukisan tu. Tahu lukisan tu ada mana? Rupanya lukisan yang di curi dahulu tu, dia lukis balik atas lukisan tu, Picasso kot tak silap lukisan yang gantikan Monet yang hilang tu, cara dia 'kembalikan' lukisan tu, dia bagi ada air yang dari paip kecemasan kebakaran tu berfungsi. dan air tu dah lunturkan lukisan yang dia lukis di atas lukisan asal tu. Ohh rupa rupanya dia curi sekejap dan kembalikan lepas dua hari dia curi, iaitu masa tu dia 'pinjamkan' lukisan Picasso tu ganti Monet yang hilang tu. Gilelah masa saya tengok apa yang jadi ni. gelak besar saya. Idea dia, muslihat dia, terbaik..

Dan lepas tu, dia curi satu lukisan tu, iaitu lukisan yang perempuan tu kata dia nak lukisan tu. (idea awal perempuan tu masa dia nak perangkap lelaki tu.). Lepas tu, perempuan tu lari pergi cari lelaki tu dekat tempat yang dijanjikan, rupanya lelaki tu tak ada sana dah. (dah lambat asanya perempuan tu sampai), lepas tu ada seorang lelaki tungu sana nak berikan dia lukisan. (lukisan yang dia kata dia akan pilih tu).

Habis tu perempuan tu sedih sangat la. Dia amek keputusan nak tinggalkan tempat tu juga. Kat airport dia beritahu kat orang yang jual tiket tu, nanti tolong hantarkan balik beg berisi lukisan ni dekat pegawai polis yang bertugas tu. Naik atas flight, konon buat tenang la, tapi akhirnya kalah juga, menangis la sebab dia rasa dia dah buat lelaki tu tak percaya pada dia dan tinggalkan dia. Masa menangis tu, ada orang dari belakang pass sapu tangan kat dia. Dia kalih belakang. dan.......

Ehhe.. ending di saya suka. muslihat laki tu. terbaik.....Tak percaya boleh cari cerita ni. ;)





Monday, 29 December 2014

05:49AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:49AM. Hari terakhir dalam bulan ni juga tahun 2014 saya di Alor Setar. Kali berikutnya kembali adalah pada hari Jumaat akan datang. Bersamaan dengan tahun baru 2015. 

Misi tahun depan semakin dekat nak tercapai. Mendoakan. Berusaha yang terbaik agar bila tiba waktu itu, ianya lanar selancarnya. Dan depan depan selepas itu juga lebih baik dan meyakinkan. Amin mudah mudahan ALLAH mudahkan usaha kami. 

Minggu ni kembali di hari Sabtu. Asalnya saya kerja minggu ni Sabtu tapi sebab dah rasa malas jumpa kilang saya minta cuti. sepatutnya pun memang saya dah cuti namun memandangkan tak mampu menolak tugasan saya pilih untuk kerja pada Jumaat nya. Mana tidaknya. Menda yang saya usahakan sudah delay 1 minggu lebih kerana satu tool maker. Pun bukan salah mereka tapi pihak dhl yang buat hal. Kemudiannya salah transpirter pula. Ini juga makan masa yang banyak yang buat saya rasa geram sangat. Last sekali sebab delay juga sebab production tak dapat berikan saya mesin. Jadi langsung saya minta tunda di hati Isnin. Terlalu banyak delays yang tak mampu menolak. Well inilah kerja dengan masa kan. Susah kita nak jangka apa bakal berlaku. Nasib jugalah saya minta masa yang banyak dari customer. Mampu juga bertahan setakat ini. 

Ha.. Sebelum balik kemarin tu. Dah jamji dengan mama bawa dia cari barang. Maka, bawa juga dia di pagi tu. Milanya selesaikn juga apa yang ayah minta selain puaskan rasa hati. Kemudian bawa mama pergi cari barang mama nak. Tapi sayangnya tak beli juga sebab kedai seakan tidak memberikan kerjasama. Kemudian beli barang dapur dan barang baby sedikit baru pulang ke rumah. 

Di rumah. Berikan anak ruang untuk berehat selain kami juga. Kemudian hantar moto ke jeti terus gerak ke Alor Setar. Alhamdulillah. Lancar semuanya. Malam tu pun ok. Lepas selesai makan. Ummi dah mengantuk sangat. Im fact dah lelap pun. Saya paksa bangun dan kami masuk tidur. 

Ahad. Semua yang biasa biasa ja. Bangun awal pun dikejutkan anak. Ummi mandikan dia sebab dia berak. Lepas tu saya siapkan. Dan hantar ummi. Singgah dahulu kedai beli sarapan. Alhamdulillah. Berkat menegur pakcik dan makcik tu. Mudah ja. Nampak muka, mereka dah kenal kami. Walau oran ramai pun mereka dahulukan kami sebab tahu kami sedang rushing nak masuk kerja. Syukurlah. 

Balik rumah. Syukur juga. Susu anak yang saya suruh ummi nya rendam
Tadi dah cair. Saya panaskan susu tu. Lepas tu masukkan anak dalam buai. Selesai dia menyusu. Dia pun lena. Dua jam juga dia lena. Bangun tu saya main dahulu demgan dia. Golek golek sat lepas tu bagi dia makan. Alhamdulillah. Berselera dia makan. Habis tu kami sambung main berdua. Sampai jam 12 saya siapkan dia. Mandikan lagi sekali. Pakai cantik cantik baru keluar unyuk jemput ummi. 

Nampak ummi seronoknya bukan main. Ya lah. Ummi ambil 4 jam hari ni. Maka hari ni kami ada ummi di petang hati. Yayyyy. Next location, kenduri sahabat KBU. Susah juga nak masuk rumah dia. Dalam betul kawasan tu. Tepi sawah. Jenuh cari. Akhirnya jumpa juga. Alhamdulillah. Dah berumah tangga pun hang weh syukri. Tahniah!


Sampai dia tanya saya. 
"Terima kasih mai weh. Ingat ang nak balas dendam. Tak mai kenduri aku"

Saya kata tak la.. Kami mai... Hihihi

Habis kenduri terus balik. Anak dah mengantuk tu. Ehe tak tunggu sapa dah. Balika rehat plak. Petang dah janji bawa anak pergi main kat Jubli sambil bagi makan ikan. 

Selagi mampu. Saya layankan keduanya. Biar seminggu tak nampak muka. Tapi dua hari yng ada, berisi sepadatnya. 

Sayang keduanya..

Cedih

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Anak dah pandai sebut banyak perkataan. Alhamdulillah. Ringan mulut tu. Seronok juga dikenangkan. 

Pagi semalam. Dia bangun awal. Masa nampak bas semangat betul dia. Nak ajak saya naik. Saya katakan tak boleh lagi. Tapi takpa. Saya janji akan bawa nanti. Lepas tu saya pass dia pada umminya. Dia tak mahu pun. Ummi paksa ambil juga. 

Maka terpacul kata dari mulut comel tu.
"Cedih..." 

Saya bagi juga dekat ummi. Kiss kiss anak sikit, ummi pun jalan. Dari jauh budak tu pandang saya. *sayunya hati*


Masa on the way balik kata ummi nya dok "cedih cedih" juga kata ummi.

Pastu ummi cakap abi kan pergi kerja, macam selalu la, nanti abi balik la. Baru tak cedih dah. 


Olololo abi pun sedih pisah dengan awak anak oi. Ingat lagi ummi cakap kemarin. Asal ada abi ja awak ni. Happy tak sangga. Main menda simple ja pun gelak mengekek. 

Wednesday, 24 December 2014

Adakah ini pengakhirannya??

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

*Copy and paste*

Mengantuk. Mana tidaknya. Jam tiga baru sampai rumah. Jumpa kawan semalam. Saja berkenalan dengan orang baru dan dalam masa sama cuba belajar menda baru dari mereka. Mana tahu dari pengalaman mereka kita belajar. Dapat sedikit sebanyak mempersiapkan diri dari jerung jerung yang membahan bilis bilis seperti kita ni. At least, walau di baham, masih mampu untuk bergerak bukan terus mati langkah tak mampu lagi berjalan. 

Baru baru ni, dunia emas dikejutkan. Sontot jadi perkataan paling femes gamaknya sebab dari kesilapan sesetengah pihak menyebabkan dunia emas lumpuh. Mungkin juga parah, mungkin juga da nyawa nyawa ikan. Saya kurang arif tapi dari pembacaan, pencarian saya di muka muka buku saya dapati ia sebenarnya teruk dari yang saya bayangkan.

Yang beratus K sangkut. Yang buat loan la, ikut kira kira atas kertas mungkin dalam satu tahun dah boleh tutup kemudian menikmati hidup yang diidamkan. Tapi yang berlaku, bukan hanya tak mampu tanggung overhead, malah lagi teruk overspent, langsung tak boleh pusing dah. Tak dapat bayang keadaan tu, sebab kita yang kecil ni kekadang terkejut ada emergency pun goyang, inikan pula depa. Yang bergantung terus dengan industri ni lagi kesian. Apabila demand tak dapat ditampung supply, mesti dah mati pergerakan. Nak gerak macam mana lagi. Kena. Topup sebab ingat boleh recover, sontot lagi, dua tiga kali pusing, nak korek mana lagi dah? Lagi teruk sangkut semua. Menangis weh! Terlalu banyak kisah sangkut yang saya lihat. Tak kurang juga yang sudah hilang pertimbangan lalu bertindak agresif pun ada. 

Bila berlaku. Pasti mengharapkan atleast macam seorang bisnesman share, untung, rugi dan balik modal. Kurang kurang dapat modal pun orang dah boleh accept. Syukurlah dari rugi. Tapi dah jerung sangkut jugak, kita ni nak kata apa? Takat 1kg kita depa dah berpuluh, malah mungkin ratus atau tan, lagi teruk la. Masa ni la saya terfikir sesuatu. Kata hebat, ada banyak, kenapa tidak sebagai yang bertanggungjawab bear the cost of the fail transaction n satisfy your client? eventhough you are not the one fully responsible fr all this but at least by doing this u've calmed the situation and help to stabilize the situation. Saya tiada dalam loop tapi banyak saya dengar ada lagi pihak bertanggungjawab yang dahulukan duit sendiri ringankan beban client yang sangkut. Saya puji. Golongan ni moga dberkati rezeki nya kerana sanggup bersusah demi kepercayaan orang pada depa. Mereka bayar kepercayaan tu dengan kos mereka. Mungkin hari ni rugi tapi jangkamasa panjang, mereka masih punya "muka" dengan orang ramai. 

Domino effect. Yang saya nampak. Bukan satu yang terkena. Tapi majoriti nama besar tersangkut dek ombak badai ni. Buat saya terfikir, tentang kesan domino ni. Dan sekiranya dikorek korek dengan akal fikiran saya sekarang ni, adakah nama nama besar sebenarnya ada nama tapi 'peluru'dari sumber sama, atau mungkin lagi teruk market berjalan pun mungkin dengan network mereka yang berpusing pusing sahaja. Ianya berlegar ibarat aku bagi kau, kau bagi aku, kita bagi dia?adakah begitu? Itu persoalan saya bila yang kena tu banyak dari mereka. 

Paling best. Ini part saya paling rasa geram. Terus ia jadi haram. Macam iklan cadbury tu. Dulu halal, bila jadi haram dan tiba tiba halal balik, iklan terus ubah konon islamic. Tolonglah. Nama islam tu bukan untuk dijual bila terngadah. Tapi sebagai dinding sebelum terlanggar. Kenapa tidak sebelum jadi tu ia di 'syariah compliance-kan"? Kenapa dulu halal sekarang haram? Islam itu bukan untuk jaga kepentingan, tapi untuk melindungi keseimbangan. Tak percaya pergi kaji disebalik pesan Rasulullah, berhenti makan sebelum kenyang tu. Cerita pasal makan ja pun, tapi disebalik tu dalam sangat. Kenapa kita berhenti sebelum kenyang? Bukankah itu supaya kita tidak berlebih lebih? Keseimbangan. Benar bukan. Makan lebih itu penyakit. Dan penyakit merosakkan keseimbangan. Bukan hanya pada tubuh, kocek juga sebab perlu berubat. Betul bukan?

Pokoknya bila saya perhalusi. Tiada yang lain yakni amanah. Apabila ianya dikhianati. Habis pincang dunia ni. Macam kita dalam hidup seharian juga. Tengok situasi semasa. Amanah yang dikhianat sedang bawa kapal besar mendekati karam. Negara lah. Hutang bertambah, taraf hidup makin teruk. Yang terkesan, marhaen seperti kita. Yang gaji bukan puluh puluh ribu sebulan, tapi 3000 pun dikategorikan miskin, hidup masih pincang , masih perlu mengikat langkah demi kelangsungan masa depan. Saya sengaja sebut yang 3000 sebab itu yang disebut di dada akhbar. Jika angka itu miskin, bawah dari itu dikira apa?? Semoga ALLAH melindungi kita. 

Apabila masing masing pegang pada amanah insyALLAH tak ada apa apa kot. Pasti suma hidup dengan aman. Macam saya suka sekali dengar kisah seorang khalifah satu masa dahulu. Khalifah Umar Abdul Aziz tak silap. Punya terjaga sampai tak ada pun orang miskin dalam negara. Buat saya terkedu tambah bila ada yang masih cuba pertikaikan cara Islam dalam membangunkan negara. Apa nak takut? Kalau ada berkat, mesti dapat rahmat, tapi sayangnya ia tak berlaku di sini. 


Note: sekadar pendapat saya yang memerhati. Sepuluh jari saya susun andai ada terguris mana mana pihak. Sekalung takziah juga pada yang terkesan dengan situasi semasa. Saya juga seperti anda, berdoa agar semuanya pulih seperti sediakala. 

Monday, 22 December 2014

PM

Assalamualaikum. Dan salam
Sejahtera pada yang membaca. 

Semenjak dua menjak ni macam perasan sesuatu. Semenjak saya ada dalam donia perniagaan online ni la. Satu yang rasa sedikit annoying dengan para sellers ni. 

PM. 

Heran la. Ko nak jual. Ko letak ja la harga kat sana. Orang PM kalau orang nak beli. Kan senang. Tak ka jadi susah nak beli kena PM bagai la. 

Lagi satu. Kekadang nak gelak juga kat seller ni. Bila mai orang macam saya. Y private account saya. Dah dia tak boleh nak PM. Seyes bangang kot. Ko letak ja suma dekat sana. Pastu kalau orang PM maksud orang nak beli. Kot nak nego nipis nipis. Pun senang kot. Asal takut nak letak harga? Taknak orang takut tengok harga?? Grrrrrr

Mujur la online shop isteri tak buat menda bodoh ni. Alhamdulillah la. Dia pun belajar memudahkan buyers. Senang. Nampak harga. Minat. PM cakap nak. Kot nak nego nipis. Deal selesai. Bayar. Pos. Dapat barang. Setel! Tahniah isteri. Anda peniaga type yang saya suka!

N to those out there. Setelkan bab ni. Anda memudahkan sebenarnya. Serius!

05:47AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Lambat lagi pagi ni. Dah gerak separuh jalan baru ummi kabo kata tertinggal beg. Serius saya lupa beg tu. Pagi ni mandi macam mandi air ais tu. Punya la sejuk. Pastu jaket ada dalam kereta. Kalut nak keluar ambil jaket. Pastu terus lupa beg. Nasib baik la ummi ingat. Kalau tak....

Sampai stesen bus. Terus ambil tiket. Cipika cipiki ummi dulu. Kemudian nak kiss baby. Elok buka pintu dah memusing budak tu. Jaga dah. Atak atak. Katanya la bila nampak bus. Mata belum boleh buka penuh masa ni. Silau lampu kan. Saya ambil, pass kat ummi. Kiss dia sekali lagi. Baru naik bus. 

Minggu ni. Terasa lama dan terisi. Bestnya. Sebab dapat cuti 2 hari dan boleh tnggal sini lama skit. Hari Jumata tu sampai. Dari jauh anak dah nampak. Kata ummi nya melompat. Menjerit jerit seronok. Abi pn seronok la sayang nampak awak berdua. Lepas da jumpa gerak ke AeOn tu. Ummi nak cari barang. Lepas tu baru balik. Sampai rumah. Kena teman anak main dulu. Makan. Naru tidur. Letihnya rasa sehari penuh diisi.

Esok nya , Sabtu. Tak ada plan pn nak ke mana mana. Satunya hujan. Kedua malas. Tak apalah. Hari ni kita memasak ja la. Pepagi dah bangun. Ke pasar beli apa nak guna nak masak lepas tu baru masak. Anak tak kacau pun sebab ummi awal awal dah bagi dia tidur. Sebenarnya dia dah mengantuk sangat, masa balik dari pasar tadi dia dah lena. Sampai rumah dia tidur. Kat umah lagi sedap la. Naik atas katil tu. Aumm, ehe. Lepas tu abi pun masak la. Menu hari ni koey teow ladna. 
Ni wajah model of the day. Menunggu menu masuk dalam mulut comel tu. 

Petang kami tak ada plan mulanya. Tapi ummi teringin ice kacang. Saya pn macam nak jugak. Jadinya kami keluar la petang ni. Sambil mencari skali beras juga sabun cuci yang habis. Selepas ja selesai membeli baru singgah makan ice kacang tu, malam balik. Makan nasi dah rehat. Seronok juga sambil sambil memain dengan anak ni. Tapi dah berjaga jaga la. Bila dia mengekek jerit tu saya slow down sikit. Kesian ummi karang dia tak jerap tidur. Saya ok. Memang pengsan sampai pagi. Ehe

Esoknya. Hari ahad. Ummi pergi kerja sendiri hari ni. Saya kat rumah. Ummi dah sediakan makan pagi dah. Saya plak menanbah ja makan tengah hari pagi ni. Asalnya macam malas nak masak. Tapi memikirkan ada orang teringan makan. Saya buat juga la, cumanya pagi ni sebab lambat mula. Putera kecil kami dah jaga. Mujur masak menda ni senang ja. Saya masak sambil letak dia dalam basikal dia. Bagi minum yakult juga majan apam milo ummi buat tu. Syukur. Jadi pun yang dimasak. 
Di kiri lauk tengah hari dan di kanan. Peneman yang setia.

Dan dia. Sangat behave. Lepas makan saya mandikan dia dulu. Lepas tu saya suapkan dia pula makan. Lepas tu sambung main,sampailah ummi sampai rumah. Makan tengah hari dengan ummi lepas tu hantar ummi ke tempat keja. Balik tu. Tak ambil masa lama nak tidurkan dia. Sambil menyusu tu dia dah lena. Alhamdulillah. Satu jam setengah dia tidur. Bangun tu saya mandikan dia. Terus jemput ummi dia. Lepas tu pergi cari pisang goremg cheese yang ummi nak makan tu. Betoi betoi rezeki. Ummi yang last. Tu pun dia kira kira.cukup ka dak. Alhamdulillah, dapat juga merasa. 

Dua hari yang sangat bermakna. Looking frwardto this near future plan. Moga ALLaH pmudahkan. Amin..


Thursday, 18 December 2014

Laki, perempuan & bola sepak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 


Terjumpa ni kat ig pakcu sofi semalam. Tengok ni macam memula tu buat taktau sangat. Tspi rlok lepas ja game Silat lawan tomoi semalam, terus cari balik. 

Belek belek FB lepas game, asal status perempuan yang tengok majoriti cerita pasal player Thailand tu. Ada juga y sebut pasal player Malaysia, tapi yang keeper sorang tu ja la. 

Lorrrr... Betoi rupanya.. Baru nak bersangka baik. 

Kihkihkih


Apa pun boleh

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sel sel otak sedang berhubung. Kata Ummi nya la. Ramai juga yang cakap macam tu. Memang betul pun. Saya suka tengok dia memerhati, dan kemudian apply apa yang dia nampak tu. Salah satunya menda ni la. Bagaimana dia tukar apa yang dia jumpa tu kepada permainan dia. 

Ini minggu lepas punya gambar. Yang dia ambil ni adalah lapik lappy mummy dia. Mula tu tak perasan pun dia ambil menda ni. Sekali tengok dah tolak tolak dengan kaki dia.

Ini kemarin punya gambar. 

Sekarang pantang nampak menda boleh buat main. Semua dia layan. Yang tak tahan tu. Menolak dengan kaki tu. Konon kereta la kan?? Padahal ummi abi sengaja beli lorry baru gantikan kereta favourite dia yang tertinggal kat kampung tu. 

Ni ha kereta mainan favourite dia. 


Sabar tau yayang, minggu depan opah datang dia hantar balik keta yayang ya?

Wednesday, 17 December 2014

satu hari nanti mai time you baru you tahu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam last day seorang kawan dekat office. Sebab dia berhenti, ada kes disebalik yang bagi saya macam melampau jugak la, dan kesian juga rasa dia dianiaya dengan kes tu sampai kena paksa berhenti, bukan tu sahaja la, masa akhir akhir dia nak kena berhenti tu, kena paksa buat kerja operator. Bayangkan ya, position Senior Engineer tapi bukan hanya kerja operator, malah tiba tiba kena jadi operator. duduk bawah orang yang satu ketika dahulu under supervision dia.

Pagi tadi saya terbaca satu email dari nukilan dia, menceritakan serba sedikit apa yang jadi tu, email tu menunjukkan dia pergi dengan satu perasaan yang tak baik la, pergi dengan keadaan marah dan dihebahkan apa yang dia kena tu unttuk tatapan umum, satu kilang ngko baca email tu.

kesian tu kesian, tapi siapa kita? tak ada apa yang boleh kita buat nak bantu pun, cuma satu yang saya ingat dan akan ingat sampai bila bila, bila satu hari tu macam ada orang secara sinis macam sindir gamaknya, tahu apa yang dia kata, "jangan happy sangat, you kena berhati hati, kita tak tahu mungkin satu hari nanti you juga akan kena apa yang i kena..." dalam kan?

Teringat juga la, ada seorang Senior Engineer yang dulu duduk satu department dengan saya, dia juga dinasihatkan berhenti, sebab ada kes, tapi tak adalah sampai nak kena malukan dia sampai macam orang ni kena. Dia pergi dengan aman, tanpa kena cam ni. Pergi dengan elok la. Rasa tak patut kot buat orang macam ni. tak apa, macam dia kata, satu hari nanti mai time you baru you tahu..

Tuesday, 16 December 2014

The Princess @ Lued Kattiya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tengah melayan lagu sambil menyusun file dalam lappy ni ha malam ni. Maam besar dengan budak kecik tu dah lena dah. Tadi masa sembang telefon si kecil tu sebut seperkataan, lepas tu kata Ummi dah lena. Gamaknya nak ikt Ummi dia tu, pantang dengar suara memalam camni, tobat lena entah ke mana lepas tu. Macam suara saya ni ubat lena plak rasa. kakaka. tak apalah, janji lena.

Sambil sambil dok melayan lagu ni, entah cam mana entah boleh plak p cari lagu lagu lama ni. Teringat OST satu drama ni, lama dah cerita ni, zaman saya sekolah dulu ni. Ingat dah lebih 10 tahun kot cerita ni.The Princess @ Lued Kattiya. Bayangkan la tak silap saya masa tu cerita ni tayang kat tv2 jam 1:30PM tak silap saya, dah tak p mana, dok menunggu ja cerita tu kat depan TV. Pastu kalut nak pergi kelas fardhu ain petang ni. kikikiki..



Ni sedikit Sinopsis cerita ni:

Apabila King of Yasortorn diangkat, satu satu anak dia, Princess Darakumari tu terpaksa rela melupakan kehidupan dia yang dulu tu sebab dia kena jadi orang number 3 dalam negara tu, dah tak boleh lagi nak hidup macam dahulu kala. Tapi sebab ni juga la satu hari dia berjumpa secara tak sengaja dengan Anothai, anak seorang General yang dah bersara.Keduanya jadi kawan yang baik
dan dari sanalah bermula bibit bibit chenta antara keduanya.

Walaubagaimanapun, Anothai tak tahu pun yang Dara ni sebenarnya adalah anak Raja negara dia tu. Yang dia tahu Dara ni macam orang orang biasa ja dalam istana tu. Namun setelah dia jadi seorang pegawai tentera, baru dia tahu yang rupanya Dara ni seorang puteri, orang ketiga dalam negara yang dijunjungnya. Ini sangat menyedihkan baginya sebab bagi dia, tak mungkin dia dapat bersama Dara kerana dia percaya tak mungkin orang macam dia, layak bercinta dengan keturunan diraja. Namun, demi kasih dan sayang, dia, dia bersumpah, yang walau apa juga jadi, dia akan setia, malah sanggup menggadaikan nyawa, untuk mempertahankan Dara, dan melihat dia sebagai Permaisuri Yasothorn.

Dari sana bermula la kisah dia. aduu.. sambil menaip sambil dengar OSTdia. fefeeling plak kita.. kikikikiki 

Haa.. ni dah dok cari dah teringat tu, tribute la konon konon kan, dah p donlod OST dia. bleh juga melayan bosan bosan kat opis tu kan.

To readers, sapa pernah tengok cerita ni? kot kot la ada simpan donlod ka, dvd terbeli ka, habaQ mai ya? kot kot la bermurah hati nak pinjamkan ka kan...~~ eheheh



Motivasi tengah hari

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Motivasi tengah tengah hari ni. Kekadang tu rasa semak kepala, sakit otak dengan orang sekeliling. Macam saya sendiri. Bagi muka last kita kena palit tahi dek kerana percaya. Susahnya menemui orang yang betul betul boleh kita percaya sekarang ni. 


Suka nak berkongsi status ni yang saya jumpa dari facebook. Kiriman Yasmid Mogahed ni. 

"Hasni ALLAH wa ni'am al wakeel"

"Cukuplah ALLAH menjadi penolong kami dan ALLAH sebaik baik pelindung"

Biarkan mereka menyakiti kita. Biarkan mereka. Kerana satu hari nanti. Mereka bakal ditanya, apa yang mereka kerjakan tu. Dan masa tu. Menjawablah. Dan bersedialah menerima balasan atas apa y dah buat tu. Kat sini boleh lepas. Kat sana nanti?? 

Okeh. Hati tenang balik. ;)

Monday, 15 December 2014

Undian Uefa Champions League Last 16.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Draw dah draw. Mana satu ni?


Atas sekali saya nak Chelsea.
2nd nak Man City.
3rd Athletico.
Pastu Dortmund.
Next Real Madrid.
Bayen.
Arsenal
last Porto.

Agak agak mana nak lepas dulu?

Undian UCL Last 16.

i support BvB

05:44AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Entry pagi isnin kembali. Alhamdulillah. Satu minggu lagi lengkap untuk mendekati target masa depan idaman kami berdua. Saya dan isteri dan anak. 

Minggu ni. Saya kena kerja sabtu. Makanya isteri dan anak pulang ke penang sementara menantikan saya hantar keduanya pulang ke Alor Setar. Balik kerja tu siap siap semua lepas tu gerak ke Alor Setar. Sekejap ja rehatnya tu. Masa otw nak balik singgah kejap kat kedai baby Kepala Batas tu. Isteri nak beli barang. Masa tu sempat la juga saya riky riky line kereta nak beli kat anak tu. Tak jumpa yang berkenan. 

Pastu masa gerak anak sambung tidur. Lama juga tidurnya. Sampaikan Ummi Abi berhenti pekena roti cheese nan pun masih lagi dia lena. Elok cun abi bayar, ummi pun dah setel, baru pelan pelan dia buka mata. Alhamdulillah. Syukurlah dia cukup rehat. Dan dah bangun la. Lepas tu gerak ke Mydin kejap. Ummi cari bahan bahan dia nak masak. Sebenarnya  bahan abi nak kena masak esoknya. Ummi teringin nasi ayam plak dah. Saya layankan ja. Nak makan ada bahan, saya buatkan ja. 

Esoknya. Pagi tu asal tak plak plan nak hantar isteri. Tapi entah pasai pa tatau hantar juga dia. Anak masa ni ok ja. Sampai ke rumah. Behave dia. Kat rumah. Saya mandikan dia. Salin dia. Bagi makan. Lepas tu alhamdulillah. Tidur. Masa tu la yang kalutnya memasak. Takut nanti dia bangun dia kacau. Lebih kurang dua jam dia tidur. Dia pun bangun. Masa ni saya tak masak lagi pun. Mula tu patut da siap. Pastu teringat plak. Kang awal sangat nanti ummi makan nasi sejuk. Tak syok plak. Tu yang lambat. N saya pun standby susu anak sesiap. Konon bila dia dah grrak gerak nak jaga, bagi susu. Dia pun sambung lena macam ummi buat kemarin. Upanya tak jadi. Elok habis susu. Dia pun buka mata. 

Alamak.. Guane ni. Haaa.... Masa ni la saya pun kalut kalut tumis nasi. Sambil sambil nak tumis anak dok panggil dati dalam buai. Saya beritahu sabar sekejap tau sayang. Abi tengah masa nasi. Sekejap abi angkat sayang ya. Alhamdulillah. Mujur dia nak duduk diam. Selesai saya tumis. Saya angkat dia. Masa tu dah dekat 12. Bersiap nak goreng ayam plak. Tapi teman dia main plak. Lepas tu ambil yakult sebotol. Bagi dia minum. Dan saya goreng ayam plak. Dia ada ura ura nak datang dekat. Tapi bila dah bagi yakult, minta dia main dengan jarak penglihatan dia nampak saya memasak. Dia pun ok. Satu persatu saya buat. Goreng ayam. Lepas tu hidangkan nasi dalam bekas makanan. Alhamdulillah siap semua. Terus siapkan dia. Gerak ambil ummi dia. 

Sampai opis isteri. Dia ok ja. Kami pergi cari barang ummi kat kedai baby Alor Setar tu. Lepas tu pergi makan. Lokasi depan icity alor setar tu. Anak masa ni da mula tak duduk diam. Saya kesian isteri lapar, saya bawa anak main kat air pancut tu. Seronok dia. Tapi dah jadi masalah plak. Tak mahu balik. Jemuh pujuk. Aduuu tapi mujur la diam bila dah pujuk. Sampai rumah tu saya main sekejap dengan dia. Bagi susu. Ha ambik tidur sampai kena angkat masuk kerrta la. Alhamdulillah la. Happy saya. Makan lalu. Tidur mahu.syukur.. 

Petang apa lagi. Dah janji tadi kan. Bawa dia pergi main kereta dekat menara. To be honest hari ni ramai sangat. Saya dan isteri pun tak selesa. Tak seronok bWa anak main pun. Huu ada rezeki lebih nanti mungkin beli juga kat dia satu. Tapi fikir jugak. Kat rumah dah 4 biji parking. Kereta looney, baby walk dia, traktor bajak sawah tu lepas tu beskal. Ada lagi kereta esok jenuh jugak. Huuu



Habis selesai main. Bawa dia pergi bagi makan ikan dekat Taman Jubli plak. Punya seronok. Dah pandai sekarang. Pandai bagi makan ikan. Seronok kami juga yang melihat dia tu. Alhamdulillah. Lepas habis balik rumah. Siapkan dia apa suma. Sambil ummi siapkan makan malam. Saya teman dia main. Saja saya juggle bola tu. Nah kau gelak mengekek ngekek. Saya dengan ummi pun rasa nak gelak sekali. Nomeinya awak gelak. 

Pastu pagi ni ummi cakap. Semalam tidur tak jerap sangat. Gelak banyak sangat semalam kot.. Gulppppp~~~~

Saturday, 13 December 2014

Happy Besday Wan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

12 Dec 2014

Happy Birthday Wan


Tahun kedua Wan dia sambut besday dengan cucu. Moga wan sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, murah rezeki n dberkati dlindungi dan drahmati ALLAH sentiasa. 

Fateh Uwais love wan ketat ketat!

Thursday, 11 December 2014

Ikan di laut asam didarat, dalam periuk bikin muafakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya baru sampai rumah. Jam 03:39AM. Baru tiba dari perjalanan 10 min yang tertunda hampir 3 jam kerana hujan dan baki lebih kurang satu jam tempoh bertenang. 

"Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bertemu jua"

Masih ingatkah dengan peribahasa ni? Atau readers masih ingat dengan Iklan Petronas satu masa dahulu. 

"Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat"

Umumnya peribahasa ini boleh juga saya samakan dengan "andai sudah jodoh, tidak kemana." Pagi ini saya nak bawa kisah yang dikongsikan sebentar tadi melalui 2 rakan saya. 

KISAH 1:
Dua insan yang bercinta sejak sekian lama. Apabila tiba masa yang dirasakan sesuai, mula berkira kira untuk menyatukannya dengan ikatan pernikahan. Malangnya waktu ini ibu si perempuan terlalu berkira kira bab wang juga bab kedudukan kerana dirasakan ada orang lain yang lebih layak bersama anaknya. Dan satu sebab lain. Dia belum bersedia untuk melepaskan anak yang tersayang dari jagaan nya. Maka bermulalah kisah nya. Berkali kali percubaan memutuskan hubungan yang baru hendak dipatri dengan ikatan sah. Mujur masa itu ayah si perempuan memberi green light. Ikut Islam si ayah wali maka lesen yang diberi sudah tentu mahu dilaksana, ibarat mengantuk disorongkan bantal. Syukurlah si ayah langsung tak berkira bab wang hantaran. Satu yang baiknya lagi , sebelum bermula semua tindakan, mujur ada tuan penasihat, yang pernah melalui pengalaman hanpir sama, menjadi tempat berkongsi juga tempat untuk si lelaki mendapatkan nasihat. Perkara pokok asal yang diberitahu adalah, cari kerja tetap, lepas tu sediakan satu kemudahan, yang mana insyALLAH bisa membantu kamu, mulalah si lelaki mencari kerja yang baik, lepas tu mula mengumpul sedikit duit, terus beli kereta dengan wang simpanan yang dipunyai itu.

Satu bulan sebelum berkahwin.
Masa ni kursus kahwin pun belum ambil. Nak jadi cerita masa tu di Melaka. Memujuk rayu si lelaki di kelas kursus kahwin. "Tak apalah. Berdiri pun saya sanggup. Janji selesai. Bulan depan dah nak nikah ni." Sekali lagi, apabila ALLAH ingin melorongkan jalan, alhamdulillah, ada rupanya satu kerusi kosong di kursus bila ada satu orang tetiba membatalkan kursus di saat akhir, syukur,, ALLAH memudahkan sekali lagi.

Ini kisah si ibu pula. Saya mahu beribu ribu. Malang si lelaki tiada ditangan. Nilai ni. Saya tiada. Nilai ni. Saya tiada. Satu per satu ditolak tawar. Akhirnya satu nilai dapat persetujuan. Hari itu juga dipaksa untuk menyelesaikan. Terus kena bank in. kemudian, sampai satu masa si ayah bertanya, mana duit hantarannya? bukankah kamu kata nak bagi sedikit, bolehlah dibuat duit belanja kenduri kecil kecilan walimah kamu nanti. dah garu kepala si lelaki, katanya sudah diserahkan kepada bakal ibu mentua. dah susah hati si lelaki kali ini. sekali lagi bantuan ALLAH tiba, atuk perempuan yang sedikit berkira bab wang, entah macam mana terbuka hati nak 'taja' majlis kecil walimah tu. mudah sangat, bihun goreng, sedikit kueh, lepas acara sarungkan cincin, snap photo serba sedikit, dah selesai diijabkabulkan. Sungguh bukan saya sahaja yang terkejut, malah sahabat sorang lagi juga terkedu, mudahnya, ada juga walimah sesimple itu? dia membayangkan perkahwinan andai tiada photographer tu dah macam tak wujud didunia sekarang ini.

Syukur, ALLAH memudahkan segala urusan, dari tiada diadakan, dari susah dimudahkan, dari nampak tak mungkin, di realitikan. Kisah ini sedikit sebanyak mengingatkan saya bahawa, andai kita berniat baik, tak perlu nak ditangguhkan, jangan risau mengenai apa yang belum jadi, tapi yakin, berserah semuanya pada ALLAH, DIA Maha Tahu, DIA Maha Memberi, Maha Mengasihani, macam kisah kawan saya ni, dari nak berubah jadi lebih baik, nak berkahwin, dapat kerja, nego duit hantaran, kenduri yang dimudahkan, SubhanALLAH, mudahnya perjalanan yang ALLAH aturkan tu, walau nampak perit, tapi Alhamdulillah, selesai pun, dah 5 tahun berumah tangga, dan sekarang, mula mengatur jalan yang lebih gemilang, mula nampak sedikit demi sedikit berubah kehidupan ke arah yang lebih baik.


KISAH 2:
Mereka berdua kenal lama dah, dari sekolah berkawan. Sampailah si lelaki masuk U. Si perempuan boleh tahan lawa, sejak dari sekolah lagi dah ada rombongan rombongan yang hadir di rumah untuk meminang si perempuan, tapi satu demi satu alasan diberikan, dari masih bersekolah, hinggalah sudah ada yang punya. Semasa si lelaki di U, ibu si perempuan menelefon lelaki. "Betulkah awak berkawan dengan anak makcik ni? serius ka?" jawabnya, "sungguh saya serius makcik, dia sayang saya, saya juga sayangkan dia. makcik jangan takut, saya memang bersungguh nak dia, sabar sekejap, saya belajar bersungguh di U ni sebab nak dpat gaji yang baik, supaya nanti mampu jaga anak makcik dengan baik" jawab si lelaki bersungguh. Syukur di waktu itu si lelaki mampu meyakinkan si ibu mertuanya.

Satu hari, si perempuan menceritakan yang ada lagi datang untuk meminang dia. Si lelaki mungkin terpanas baran di hari itu, terus melepaskan marah pada si perempuan. "dah nak kahwin sangat kan, p la kahwin.", dengan ayat itulah terus dia menghilangkan diri. langsung tak ada hati gamaknya kerana seakan ditekan pada masa itu, sedangkan waktu itu si gadis hanya ingin berkongsi gamaknya ada lagi yang datang untuk meminang si dia.

Nak dijadikan cerita satu hari tu, agak agak lepas satu tahun lebih kot, sahabat kepada si lelaki terbaca satu keratan akhbar. Memang dah ditakdirkan la, sahabat ini seakan tertarik pada satu cerita, ni, sedang sebelum ni tak adanya nak di belek berita dalam akhbar tu, tapi entah kenapa seakan ada satu aura yang membuat dia tertarik pada berita berkenaan. Setelah di amati, dia seakan mengenali satu nama yang disebutkan dalam berita tu, baginya dengan nama gadis yang agak 'rare' tu, tak mungkin orang lain, tambahan lagi tinggal di tempat yang sama dia tahu gadis itu tinggal. DAN point penting ketika tindakan hendak diambil adalah, "gadis itu yang belum berkahwin, terpaksa mengambil tindakan menyara keluarga sebab ayah tak mampu untuk kerja." Terus diambil tindakan menghubungi si lelaki. Mulanya lelaki itu sibuk, dan bukan itu sahaja, mendengar nama pun hati dah tak sudi nak tahu, tapi dek kerana URGENT, digagahkan juga. Dari Isnin dapat berita sampai Rabu baru berjumpa lelaki dek perkara urgent tu. setelah mendengar kisahnya keduanya mencari keratan akhbar sebab nak pastikan apa yang dibaca tu.

Dipendekkan cerita, dari sanalah keduanya berbaik kembali, dan alhamdulillah, dah ada dua anak dah pun mereka sekarang. Satu lagi kisah inspirasi yang bagi saya, baik sekali saya kongsikan dengan readers, bukan menyuruh untuk bercouple dari awal ya, tapi saya nak beritahu, andai ada jodoh, tidak kemana, dan point paling saya nak highlight ialah, tak perlu risau akan masa hadapan, kerana di sebalik kisah yang belum berlaku itu, sudah ALLAH simpan kejutan kejutan manis yang andai kita renungkan penuh hikmah yang mengajar betapa ALLAH tak pernah jauh dari kita. Kenapa perlu takut berubah? Kenapa perlu takut untuk buat apa yang ALLAH suruh kita buat? Jangan risau, apabila hati bulat kepada Ya Rabb, jangan takut, takkan mungkin ada tangan yang bisa menyentuh kita bila ALLAH memberi perlindungan kepada kita, akan tetapi takutlah juga kita, kerana andai kata ALLAH mula menjatuhkan hukum, jangan diharap pada bantuan, kerana takkan mungkin ada tangan yang bisa menghulur bantuan.

Wednesday, 10 December 2014

Bila ada kawan

Assalamualaikum dan dalam sejahtera pada yang membaca.

Sabtu yang lepas, saya balik ke Alor Setar. Well macam biasa bila dah tak kerja sabtu saya yang akan balik ke sana. Macam minggu ni kena kerja jadi Ummi dan Baby yang akan balik sini. Sungguh tak sabar. 

Okeh balik pada cerita. Sabtu lepas ada kenduri anak boss pejabat isteri tu. Since dah nama pn pejabat dia maka nya nak pergi tu haruslah bersama kawan kawan tempat kerja dia. Dalam jam 11 lebih macam tu kami gerak dari rumah nak ke rumah kawan dia tu. Kat sana geng geng tu dah tunggu pun. Asal plan nak bawa kereta kami. Tapi tak jadi sebab geng tu suruh bawa kereta mereka. Syukurlah luas sikit kereta Alza tu nak dibandingkan dengan kereta kami. Kesian plak satgi kalau tersepit kan? Dah la ada anak kecil..

Si kecil kami tu. Bila dah ada kawan. Seronok tak ingat la. Nak main tu ada orang menemankan. Haa nama abg tu Adief, adiknya pula Aqiel. Yang adik tu kecil lagi. Tak ada la dia heran. Tapi yang abang tu. Pegang tangan dia bawa p main sana. Bawa p main sini. Kekadang tu sampai tersungkur si kecil kami. Ya lah, orang tu dah nak masuk pre school. Dia ni baru nak belajar lari. Mahu nya tak jatuh. Tapi tak ada pula dia nak menangis. Seronok gamaknya ada kawan ajak main. Sampaikan dalam kereta tu, join sekali abang duduk belakang. Acececehhh. Tapi dah tak berapa pandai, bila kita brek ngejut. Pala tu dah terkena bonet: tak menangis tapi kesian. Mujur abg Adief pandai. Dia susun habis benteng tak bagi adik Uwais dia terhantuk. 

Habis kenduri. Sampai rumah. Kami tumpang solat sekejap di rumah kak tu. Masa ni tak dapat la saya nak pegang anak. Budak Uwais sibuk betul. Abang ajak main. Tapi bila dia dah bosan bosan, teringat abi datang jugak dekat saya. Suruh angkat. Tapi tak lama sangat pun. Dah abg Adief datang ajak main.

Kiri sekali Abg Adief, tengah Adik Aqiel dan ujung sekali gebu gebas kami, Fateh Uwais

Haa.. Balik tu mama Adief tu temu ramah anak dia la. 

Mama Adief: Adief suka ka baby tu?
Adief: suka suka. Baby tu dah pandai jalan. Boleh berdiri. Tinggi sikit dari baby ni (adik dia)

Pastu mai makcik dia kat umah. Dia pun cerita;

"Acik acik, semalam kawan Adief mai main sekali.. "

Kawan tu.. Acececehhhh~~~

Tuesday, 9 December 2014

Tambah keyakinan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Tadi. Ketika berbual dengan seorang abang yang sama sama tersangkut dalam dunia fana juga permainan manusia ni. Juga mungkin mangsa keadaan sepertimana saya dan rakan rakan lain. 

Ada bercerita pada dia apa yang saya ingin buat ketika ini. Juga plan masa hadapan yang bakal terlaksana tak berapa lama lagi. Saya katakan kepadanya saya akan berhenti kerja tak lama lagi. Dia tanya kenapa? Adakah sebab nak jaga ibu dan ayah? Saya berikan dia alasan lain. Terus dia suruh proceed. Dalam masa sama dia kongsikan kisah seorang sahabat yang berhenti atas alasan untuk menjaga ibu dan ayah dikampung.


Benar benar mengispirasikan sebenarnya kisah dia. Dan yang paling penting. Isi disebalik kisah ni iaitu keyakinan pada ALLAH. Takkan la sebab alasan yang begitu baik tu ALLAH x lorongkan kita cara? Percaya dan yakin! 

Pasti ada sesuatu! 

Monday, 8 December 2014

05:51AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:51AM

Lambat. Itu la ayat paling tepat pagi ni. Sampai ja bus da tutup pintu. Konon nak jalan la. Tapi tgk tgk ada ramai lagi yang lambat yang buat bus tunggu. Buang karen ja abi kelam kelibut tadi. Sian baby ng ummi xdan dapat ciuman kasih sayang tadi. Alkisahnya jaga lambat pagi ni. Ummi tak sedar apa dah pagi ni. Anak merap semalam. Siannya kami. Rasa macam tak mahu ja balik hari ni tapi apakan daya. Sabar hati sabar. Tak berapa bulan dah pun. 

Bercakap alkisah semalam. Tak sempat ngasuh anak pun. Paginya mengemas rumah. Membawa ke tengah hari. Mai tengah hari. Pergi hantar pump ummi, pun tak amek anak sebab anak baru tidur. Mai petang plak. Masa nak amek tamgga untuk wat kerja anak tidur lagi untuk next round. Jam 3 lebih dekat empat masa ummi cakap anak baru siap, nak keluar ambil. Sekali hujan lebat. Maka lmbat juga lah baru dapat anak. 

Bawa pergi makan lepas ambil ummi. Serious dia memang merap. Tak mahu duduk langsung. Hurmmm. Sebab tak ada abi gamaknya kot. Maafkan abi syg.. Pasni abi kemas umah sambil jaga yayang ya. 


UPDATE : 10:07AM

Sesampainya kat stesen bus tadi. Terbaca SMS. Kata umminya masa anak bangun tadi dia tercari cari mana abi. Gamaknya tersedar cari dah x jumpa, dah la tu selalu tiap pagi sebelum gerak dapat kiss, pagi ni x sempat. 

Bersabarlah wahai hati. X lama dah. :"((

Wednesday, 3 December 2014

Tak telus

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Baru kejap tadi ja. Terbuka FB pastu jumpa satu menda ni. Tak ada rasa apa sangat sebenarnya tapi tertanya tanya ja. 


Baca kenyataan demi kenyataan saya rasa marah pula. Ini bukan kes pertama kot. Dalam tv pn sama. Tangkap la apa jua pun tapi kalau bab komersil mesti blurrkan nama yang ditangkap tu. 

Bagi saya tak adil kot. Elok dedah ja. Pandai main pengguna patut dapat habuan ja. Napa kena tutup. Napa tak dedah? Saja kan bg orang terkena lagi kalau depa buat lepas ni. Pastu mai tangkap lagi. Saman lagi. Banyak kali la bleh buat. Yang pengguna macam kita, terus didesak dan didesak la kan? 

Tu baru gedung pakaian. Bab halal haram lagi kesian. 

Kenapa tak telus bab ni??

Tuesday, 2 December 2014

Taknak letak telefon

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat hari Selasa readers. 

Pagi ni saya mula dengan panggilan dari Isteri. Macam biasa la tetiap pagi isteri akan call kejutkan. Walau kekadang tu saya jaga awal tapi dah jadi kebiasaan, isteri akan kejutkan setiap pagi. Bagus juga bila dapat call tetiap pagi. Bermula dengan mendengar suara tersayang yang jauh dimata kan.. Alhmdulillah, teknologi membantu. Syukur. 

Pagi ni kata Isteri, anak bangun awal. Jam 6 pagi. Dah boleh agak pun sebab semalam dia tidur awal. Mendekati jam 8 anak dah mengamuk nak tidur dah. Ingat sekejap ja isteri layan, dah lena budak tu. Syukur. Cukup makan cukup tidur cukup rehatnya. Rutin yang mama pesan suruh jaga agar anak terus membesar dengan sihat dan menggebus. Hihihi

Selalu tu pagi bila ummi call kejutkan saya. Anak mesti akan interframe punya. Dia pun nak cakap sekali. Tapi pagi ni lain macam sikit interframe tu. Ambil telefon, cium cium la saya dalam gambar tu. Pastu bila kami nak letak, mula suara sebek. Nak menangis. Sampaikan isteri tanya saya, camna nak buat ni? Kami decide nak layan ja dia cakap sampai dia puas hati. Ha.. Baru dia bagi letak. 


Katanya tadi badan dedap dedap. Jangan demam ya syg. Tahu awak rdu abi. Abi pun rindu juga. Sabar ya. 3 hari lagi kita jumpa ya. Memanjalah pepuas okeh? 


Monday, 1 December 2014

05:40AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Keduanya baru gerak lepas hantar saya ke stesen bus Shahab Perdana. Anak kecil kami jaga awal pagi ni. Sejak dari dalam perjalanan ke sini dia dah terjaga. Tapi masih lagi bergolek golek manja atas riba ummi sambil menyusu. Lepas tu saya minta sekejap. Ribakan dia sampailah dia sendiri yang nak ke belakang dekat Umminya. Sampai sahaja kat stesen bus saya ambil dia. Bawa pergi beli tiket bus saya. Kemudian letak balik dalam kereta. Pagi ni dia tak mahu lepas dari dukung saya. Menangis plak tu bila saya letak juga dekat ummi. Akhirnya saya putuskan nak letakkan di kerusi dia. Pun masih tak ok. Cuma lebih baik dari tadi. Lepas tu Ummi terus gerak. Maka bermula la minggu baru untuk kami. Hingga dipertemukan kembali di hari Jumaat nanti.

Minggu ni saya sibuk sedikit. Sabtunya ada kelas lagi di KL. Kelas terakhir di bulan ini sebelum disambung pada tahun hadapan. Alhamdulillah juga. Guru belum mahu melepaskan anak anak muridnya yang mana dia nampak masih mahu untuk bersama dengan dia. Dan sebagai insan yang penat mencari, saya yakin pilihan ini tepat dan yakin tahun menuai hasil akan tiba juga tak lama lagi. Pagi sabtu. Sampai petang sabtu saya tak ada bersama keduanya. Tapi kali ni sebab dekat sikit dari dulu, awal juga saya sampai rumah. Dalam 740 macam tu. Alhamdulillah. 

Semalam, pertama kali sejak bertahun dok berulang Ipoh ni kami gerak lewat. Kalau selalu lewat lewat pun jam 6 la kami gerak. Semalam dah dekat 8 baru nak jalan. Sebab banyak menda semalam yang kena selesaikan. Akhirnya jam 1130 macam tu baru tiba di Alor Setar. Sampai ja. Kedua salin pakaian. Lepas tu terus. Lena sampai jam 5 tadi. Alhamdulillah. Syukur. Selesai juga tanggungjawab kat Family sebelah sana. Apa pun lain kali tak boleh buat dah. Letih. Saya pun letih macam ni, tak capat bayang kedua buah hati saya tu. Sabar ya yayang. Tak lama dah ni. Pasti hadir saat tu manti. Amin!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA