Followers

Friday, 27 February 2015

24 Feb 2015

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Selasa lalu, tanggal 24 February 2015. Akhirnya saat yang dinanti tiba juga. Setelah lama plan dibuat, akhir nya saya gagahkan juga untuk selesaikannya. 

Mula tu pagi dah jumpa boss. Ok ja la masa tu.pergi salam dia. Wish selamat tahun baru sebab minggu lepas dia cuti awal, tak sempat saya wish. Lepas tu ada juga masuk bilik dia. Hantar barang. Pun ok. Lepas dari tu, mai tengah hari nampak dia dah mula sibuk. Ada ja orang yang datang jumpa dengan dia. Saya nak masuk serah tapi tak masuk masuk juga sebab ada orang. Takkan nak serah masa ada orang kan. Kalau boleh tu nak 'diam sampai hilang'. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu. Sampai petang. Ingat lagi 2-3 minit nk balik dah kot saya nampak clear. Saya bawa surat dalam buku. Kepit dalam tu. Kat luar tutup buku dengan dokumen. Masuk dalam tu, Berlakon sekejap, bawa dokumen minta sain, lepas tu terus serah. 

Dia pun tanya. Surat apa ni? Dengan rasa tebal muka nya saya jawab surat resign. Dia buka surat tu perlahan lahan. Baca. Saya rasa dia baca ayat bawah tu kot bunyi macam firm nak 'pergi' dia tanya, taknak consider ka? Saya jawab tak kot. Dah dia kata, jangan main main. Saya cakap tak. Dia diam. Masih beberapa kali tanya. Saya geleng kepala. Last dedua diam. Dan dia pun cakap. OK. Baru saya pun ucap terima kasih dan. Terus keluar dari bilik tu. 

Dah keluar saya siap siap tutup pc lepas tu angkat beg dan balik. Hihihi

Mula tu berat juga. Entah kenapa rasa berat. Tebalnya muka nak beritahu. Nak hantar surat n so on dekat boss tu. Tapi ada la ummi hantar satu pic tu. Bg semangat katanya. Ehehe. Alhamdulilah. 

Selesai akhirnya. 

Thursday, 26 February 2015

Cerpen : Dahsyat

Assalamualaikum, dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerpen : Dahsyat

******************
 
"Selamat tinggal. Sampai sini sahaja. Saya minta maaf" 

"Awak panggil saya datang sampai sini, hanya untuk ini?"

"Maafkan saya. Selamat tinggal awak. "

"Saya perlukan penjelasan. "

"Anggap sahaja tiada jodoh antara kita. "

Kata kata akhirku, ketika meninggalkan dia pada hari itu. Sebaik selesai meluahkan kata kata yang terpendam itu, aku terus kabur dari pandangannya. Pergi sejauhnya dari pandangan matanya. Langit juga mendung, ibarat hatiku yang remuk redam ini. Tak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya. Aku tidak pula pergi mencari ruang berteduh, tapi terus sahaja berada dibawah hujah itu, saat ini juga air mataku berjurai. Selebat hujan yang sedang turun ini.

"Ah biarkan, biarkan ia turun, biarkan ia turun dan membasuh perasaan yang kupendam selama ini. Biarkan ia pergi, dan turun menemui bumi. Selamat tinggal perasaanku, selamat tinggal perasaanmu." Gumam Aidil Ayyas di dalam hatinya.

Sejak dari hati itu, dia kabur dari hidup Aina Qareena. Tiada lagi kedengaran gelak tawa keduanya. Tiada lagi kemanjaan dan kemesraan seperti yang menjadi kebiasaan kedua pasangan muda yang bercinta itu. Hubungan itu putus akhirnya. Putus atas sebab yang tak pernah diketahui. Aidil Ayyas juga sudah tidak pernah kelihatan semenjak dari itu. Sama ada dia masih hidup ataupun sudah mati, tidaklah diketahui Aina Qareena.

******************

"Kau biar betul, budak tu dah sangat baik dah dengan kau, terima sahajalah."

"Entah, aku rasa macam belum bersedia. "

"Bila baru kau nak bersedia? Kau masih nak menunggu si dia yang dah hancurkan hati kau tu? "

"Dia dah disemadi dalam lipatan sejarah, jangan lagi kau sebut tentang dia. "

"Aku tanya ja, kau jangan marah pula, aku nampak kau ni, mulut ja kata benci, tapi hati menanti, sudah sudahlah. "

Aku akui, apa yang diperkatakan Aleesya Qaisara itu benar sekali, sekuat mana hati cuba menolak dia, tapi langsung tak pernah aku ini membencinya walau sekelumit pun, atau mungkin aku sememangnya sedang menanti si dia. Entah bagaimana, tapi hati berat mengatakan satu hari nanti, kami akan bersama. Ah, sudahlah Aina Qareena, itu semua mainan fikiran kau sahaja, mana mungkin si pengkhianat cinta itu berfikir sepertiku. Kan?

******************

"Aina Qareena,  kamu gagal membuktikan yang kamu sudah punya calon sepertimana kamu khabarkan pada Mama, jadinya, seperti yang kita dah janjikan, Mama akan kahwinkan sahaja kamu dengan pilihan Mama tu. "
"Tapi Mama, kan Mama cakap Mama akan berikan Aina sedikit masa lagi. "
"Aina, jangan nak berdolak dalih lagi, Mama tahu, hati Aina masih ingatkan si dia tu kan? Sudahlah Aina, entah sudah di mana dia pergi, tak lagi ingatkan Aina, kenapa perlu Aina hukum diri Aina macam ni."
"Ya sayang, dengarlah kata Mama tu, bukan bererti Mama Papa paksa Aina, tapi kami sedang cuba untuk memulihkan Aina, mana tahu cinta yang tak ada di hati tu berpaut dengan bakal imam yang kami pilih ni. "

Dengan berat hati, aku, Aina Qareena, akhirnya bersetuju juga dengan permintaan kedua Papa dan Mama ku. Aku faham, betapa beratnya hati mereka memikirkan aku. Dan aku juga tahu, bagaimana ambil beratnya mereka terhadapku. Jodoh yang dipilih mereka ini kata mereka sudahpun mereka fikir masak masak, malahan, keduanya tekad setelah solat istikharah yang dibuat mereka berat ke arah jodoh yang mereka pilih ini. Keduanya mendapat 'ilham' bahawa ini calon terbaik buat puteri kecintaan mereka yang satu ni. Aku tak ada kata lagi, terima sahaja. Mungkin ini masa nya untuk aku melangkah hadapan. Bukan terbawa bawa lagi dengan masa silam yang menyakitkan itu.

"Selamat datang masa hadapan, selamat tinggal mimpi, selamat jalan sejarah"


Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu


******************

Harinya akhirnya tiba. Hendak ditolak tiada alasanku, hendak diterima tiada 'hatiku', namun apakan daya, perancangan Papa dan Mama, bukan sesuatu yang senang kutepis, tambahan pula mengenangkan 'jodoh' dari ALLAH yang diilhamkan buatku. Aku pasrah, pasrah dengan suratan ini.

"Hai Aina, takkan muram lagi?" Soal Aleesya Qaisara sambil mencuitku. Aku tidak membalas, hanya diam, tanpa kata.

"Aina, aku nak ingatkan kau, saat kau menerima jodoh yang ditentukan ini, menandakan kau sudah menerima jalan yang kau pilih ini, redhakan lah hati itu, jangan dibuat Papa dan Mama melihat kau begini, pasti mereka sedih." Aleesya Qaisara menambah. Dia ni sahabat aku yang sangat baik, juga merangkap anak angkat Papa dan Mama, dengan dia tempat aku mengadu sejak sekian lama. Benar katanya.



 Aku nikahkan akan dikau dengan puteri aku Aina Qareena binti Adha Arfan dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit sahaja.

Aku hanya mendengar dari jauh ucapan itu. Sengaja aku mohon dari Mama dan Papa untuk jauh dan terlindung dari bakal suamiku, biarlah aku menatap wajahnya sebentar lagi ketika dia menyarungkan cincin ke jariku ini. Biarlah aku jadi antara yang terlambat menatap wajahnya itu. Biarlah, biarlah. Aku mungkin masih perlu masa untuk memujuk hatiku menerima takdir yang ditetapkan buatku ini. Aku tunduk, terus tunduk mengenangkan perjalanan aku yang bakal bermula tak berapa lama lagi ini.

"Assalamualaikum wahai isteri.."

Aku gugup saat aku mendengar suaranya. Aku kenal suara itu, tapi tak mungkin insan itu yang datang akhirnya mengutip kembali apa yang ditinggalkan nya sebelum ini. Aku yakin itu bukan dia, mungkin

"Maafkan aku adinda Aina Qareena. Tika diri memilih untuk pergi tanpa di halau, diri ini jugalah yang memilih untuk menebalkan muka meminta dikembalikan adinda untuk milik penuh tanpa ada lagi sebarang halangan yang menolak kita dari bersama."

Suara itu gugup sewaktu meluahkan kata kata itu. Saat dia mengangkat selendang yang sengaja aku guna untuk mengurung wajahku, aku dapat lihat wajah lelaki itu, air mata nya berjurai sewaktu meluahkan kata kata itu. Dan aku, hanya Tuhan sahajalah yang mengerti betapa gembiranya hati ini. Tanpa aku sedar, aku dah melompat meluru ke atas tubuh insan itu, "gedebuk" juga bunyi kepala si dia terhantuk di lantai ketika dia rebah waktu aku meluru kehadapan memeluk dia. Air mata ni dah ibarat empangan pecah dah.

"Hishhhh, gelojohnya kamu Aina, malu Mama tahu." Usik Mama.

Opss... Lepas tu baru aku sedar, MasyaAllah, malunya, rupanya Ibu, Ayah, Mama, Papa dan Aleesya turut bersama dalam bilik itu bersama kami, menunggu sekali waktu itu, mujurlah mereka tidak benarkan sesiapa masuk melainkan mereka untuk upacara menyarung cincin tu, kalau tak taubat malu aku, satu dunia dah nampak aku. Tapi tak apalah, aku peduli apa dengan dunia, dia suamiku, dia imamku, dia milikku. ALhamdulillah, terima kasih ALLAH, terima kasih memakbulkan doaku yang selama ini tak pernah putus aku utuskan setiap kali aku selesai bersolat.

"Hoi Aleesya.. kau dah tahu kan?"

 Belum selesai aku malu dengan lompatan ibarat harimau membaham mangsa tadi, dah jadi satu lagi kejadian yang buat aku sendiri tergelak mengenangkan, aku kejar pula Aleesya dalam bilik tu, aku cubit dia semahunya, aku tampar dia sekuatnya, dan akhirinya dengan pelukan air mata kegembiraan. Patutlah dia menggesa aku terima pinangan itu, rupanya dia dah tahu sejak dari awal lagi. Aleesya Aleesya. Aku marah ni aku marah ni.

Petang kami itu, bergelumang dengan air mata kegembiraan. Alhamdulillah ya ALLAH. terima kasih. aku terlalu bersyukur dengan kurniaan ini.

******************
 
Kenapa akhirnya patah balik kepada saya?

Suamiku terdiam. Aku perhatikan sahaja dia dari sana, perlahan lahan dia mendampingiku, lantas dipeluknya pinggangnya dari belakang. Perlahan lahan keluar suara dari mulutnya dibisikkan ke telingaku.

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Aku cinta kamu, lebih dari hatiku mampu. atas sebab itu, aku kabur, kerana adanya aku menjadikan kamu hamba yang lalai, lalai dengan cinta aku.

Pasti jiwa takkan bisa , hidup tanpa hadirnya kamu. Ya aku tak mampu hidup tanpa kamu, tapi aku akan rasa lebih rugi andai kita terus hidup sebagai hamba yang lalai, hamba yang degil, yang membuat Dia murka dengan tiap saat yang kita bazirkan untuk cinta, bukan untuk Nya.

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Ketika aku memilih untuk kembali kepada kamu, aku sudah benar benar bersedia, bersedia menjadikan cinta kita cinta yang akan mendekatkan kita dengan Ilahi, cinta yang akan buat kita lebih rapat dengan kebaikan, keindahan hidup sebagai hambaNya, mudah mudahan kali ini cinta yang berputik kali kedua ini, bakal meluaskan jalan ke syurga yang diredhai.

"Aku cinta kamu, terlalu cintakan kamu... "

Saat kata kata itu sampai ke ruang telingaku, aku seperti mahu rebah, kerana kata kata itu, ianya keluar dari hati, dan ia sampai ke hati. Aku menangis lagi, ah cengeng nya aku. Aku kalah lagi dengan permainan kata kata suamiku. Waktu itu, sebatang jari singgah di bawah kelopak mataku, mengelap air yang mencurah dari tadi. Ya ALLAH, peliharalah hubungan ini, peliharalah ia sampai ke taman taman syurga, aku terlalu dambakan keindahan ini berkekalan sampai ke taman syurgamu..


******************

Maafkan kanda sayang, tidaklah kanda melangkah hanya kerana kanda terlalu cintakan kepada NYA. Kanda sedar ketika kita berhubungan dahulu, kanda telah menyebabkan dinda taksub dengan cinta, bukan hanya dinda, tapi kekanda juga sama. Ketika itu, tiada jalan lain yang terfikirkan di hati melainkan dengan menjadi watak musuh yang meninggalkan adinda. Waktu itu, kanda rasa kandalah insan yang sangat jahat kerana berbuat demikian, tapi apakan daya, andai masih lagi kekal dengan kedudukan kita tu, rasanya saat ini kanda bukan kanda yang dinda nikahi. Bersyukur juga pada ALLAH, kerana dengan izin dan limpah kurnia dia hari ini kanda kembali memetrai janji yang pernah kita buat tu.

Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. [HR. Thabrani].

 Ya dinda, kanda berbuat keputusan demikian kerana kanda tak mampu lagi menghalang kita dari berbuat perkara perkara yang tak baik tu. Kanda tak mampu menolak setiap kali syaitan membisikkan kata kata keramat menyatakan betapa indahnya hubungan haram ini sedang kita mengetahuinya, namun kita berlindung disebalik, "tak apa bercouple, kita memang plan nak kahwin"

Kanda juga takut dinda, takut dengan apa yang Rasulullah SAW pernah sebutkan satu ketika dahulu,

Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian/godaan) yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita.” (Muttafaqun ‘alaih dari Usamah bin Zaid)

Sisi berbahayanya fitnah wanita bagi lelaki) adalah karena keumuman tabiat seorang lelaki adalah sangat mencintai wanita. Bahkan banyak terjadi perkara yang haram. Bahkan banyak pula terjadi permusuhan dan peperangan disebabkan wanita.

Jadi atas sebab itu, kanda terpaksa memilih untuk pergi. Untuk menjadi seorang 'musuh' demi menguatkan hati untuk pergi. Maafkan kanda.

******************
 .
"Abang, orang tunggu kat office tau, jangan lambat, dah janji nak lunch sekali kan? "
"Ye baik, baik. nanti abang sampai ya, B jangan tunggu kat bawah lagi tahu, nanti orang tengok abang jeles. "
"Ye lah, Ye lah, tapi kan abang, kan B berpurdah ni, orang mana nampak pun muka B?"
"Tak kira, tak kira, tak boleh juga, jangan tau. "
"Baik encik suami, perintah faham. Roger and out. "

Seperti biasa, kehidupan kami, suami dengan perniagaan nya yang dimulakan beberapa tahun lalu, dan aku masih lagi bekerja di pejabat Papa menguruskan perniagaan nya yang semakin membesar, syukur ALLAH kurniakan dia rezeki, mudahkan perjalanan perniagaan Papa. 

"Abang dah sampai". Aku senyum. SMS kuterima. Walaupun lambat 7 minit dari selalu, tapi sampai akhirnya. 

"Lambat sampai Abang?. tadi janji dengan orang taknak datang lambat, dah janji kot. Merajuk ah. Ucapku. sengaja mahu menguji encik suami.

"Ye lah, Abang minta maaf ya sayang. Abang buat ni tadi." sambil tangan menghulurkan bento yang disediakan nya. SubhanaALLAH, aku terkejut betul, dia ni sememangnya penuh dengan kejutan, padahal tadi dia kata dia ada hal kalut kalut di luar, rupanya dia balik cepat cepat dan sediakan bekal buatku. Dah la tu, lauk kesukaana ku plak tu, hish dia ni kan. tak jadi aku nak merajuk. 

"Hehe, tak jadi merajuk la Abang, kita nak makan kat mana ni sayang?" Ucapku. sambil tersengih kerana melihat lauk kesukaanku didalam bekas tu, dengan baunya lagi, wallahh.. kecur liur dibuatnya. 

******************

Perjalanan cinta itu sangat subjektif. Apakah itu derita? Yang mana satu sebenarnya bahagia? Ianya di interpretasikan secara berbeza bagi setiap orang. Adakala yang kita nampak bahagia itu hanya berselindung disebalik senyum dan yang kita yakin sedang menderita bergelak kesyukuran dengan kisah hidupnya. Namun yang pasti, ALLAH dah sebut pada kita, boleh jadi kamu rasa itu lebih baik bagimu sedangkan ia tidak, dan boleh jadi itu kamu rasa buruk bagimu sedang baik bagimu, kamu tak tahu kerana kami yang Maha Tahu. 

Seperti aku mula kurasakan derita, tapi disebalik cerita ia sebenarnya permulaan bahagia. Dalam aku berasakan aku terperangkap dalam derita hati ditinggalkan, dia juga sebenarnya duka kerana meninggalkan tetapi memilih utk kekal dalam derita kerana dia ingin membina asas kukuh sebelum benarkan hubungan itu terpaut. Akhirnya, dia kembali kepadaku bila sudah sedia, tapak dan asas dah ada, sekarang menghubungkan dengan landasan atau jambatan ke syurga. Hidup sementara, mati bila bila, tapi adakah kita hanya mahu bahagia sementara kemudian derita selama lama di sana. 

"Baby, nanti dah keluar abi cakap baby number dua tau. Ummi number 1. Jadi jangan harap nak rebut abi dengan ummi tahu.?" Ucapku sambil menyapu perut bulat berisi benih cinta kami ni. 
"Ehh dia sepak lah B, marah kot sayang cakap camtu. Hihihi"tambahku. 
"Ahaha, ada ada ja la sayang ni. Tak kot. Anak tak boleh buat apa, tak ada ummi tak ada baby kan? " balas suami ku. Dia turut sama mengusap perutku. Hari ni genap 9 bulan kandunganku. Kami menanti penuh sabar waktunya. 

"Abang,  sakit..." Tiba tiba, terlalu sakit kurasakan. 
"Ha sudahhh, nak bersalin dah ka? "
"Sakit Abang..." Suamiku bergegas, dipimpinnya tidak, tapi terus mendukung aku menuju ke kereta, terus ke hospital. 

"Abang dah janji nak teman B kan?"
"YaB, abang teman  teman. Kan dah janji tu." Tangan nya kemas menggenggam tanganku. Dikucup lembut dahiku. Saat itu kurasakan betapa hebatnya kuasa yang Esa yang menjadikan hambanya ini dengan rasa cinta terindah ini. Benar katanya, carilah yang halal kerana dari sana datang keberkatan. Kebahagiaan yang total.

Aku semakin lemah. Semakin lama semakin kerap kontraksi. Dari 30 min satu dah jadi 15 min dah sekarang sakit semakin kuat. Maka makin kuat juga lah genggamanku pada jemari suamiku. Dia terus sabar menemaniku. Mulutnya terkumat kamit berzikir. Berdoa agar dipermudahkan jalan ku. 
 
"Push.. Bagus dah tu Puan. Sikit lagi Puan.." Jerit Nurse. Dia memberi semangat kepadaku, minta aku terus kuat berjuang. Aku masih meneran, buat yang terbaik agar cepat selesai. Aku dah tak larat, sakitnya. Baru aku faham kenapa Mama terlalu sayangkan aku, susah rupanya berjuang saat ini. Ya ALLAH, kuatkanlah aku. 

"Puan, lagi Puan. sikit lagi Puan. Encik, tolong, pangku tubuh isteri Encik macam ni, beri kata kata semangat kepada nya. "

"Boleh sayang boleh, teruskan meneran, sikit lagi tu. " Bisik suamiku. 

"Encik mai sini, nak tengok kan macam mana baby keluar, mai sini." Panggil Nurse. 

******************

"Abang." Bisikku. 

"Abang.." Bisik lagi. Memanggil suamiku.

"Huh, sayang cam mana? Dah selesai ka? ehh Abang kan mana ni? Soal suamiku. Sambil mengangkat tubuh dan kepala menerawang kiri dan kanan.

"Hishhh, kenapalah Abang tak beritahu yang Abang ketar dengan darah, dah pengsan kat sana, nasib la masa tu Baby dah keluar, kalau tak jenuh nurse pening nak settle mana satu tadi. Ahaha, lawak la Abang ni."

"Dah janji kan? Takkan abang nak kata tak boleh, Lagipun Abang ingatkan Abang boleh tahan darah tu tadi, sekali...." Balas suamiku. Belum pun sempat dia berkata kata lagi, Satu ciuman paling manis aku hadiahkan buatnya. "Terima kasih Abang. Abang yang terbaik, dan akan selamanya jadi yang terbaik buat B"


******************

"Alhamdulilalh encik, encik sesuai sekali dengan isteri encik, andai setuju, sila turunkan tandatangan di sini, dan kita akan jalankan pembedahan ini segera "

"silakan doktor, jangan buang masa lagi, ini mungkin satu satunya cara untuk menyelamatkan dia."

"Encik, maafkan kami, setelah puas kami buat  full checkup, barulah kami dapati organ isteri encik sudah rosak. Maafkan kami kerana tak dapat kesan benda ini lebih awal, kami juga hairan, macam mana isteri encik begitu kuat sampai sekarang dapat bertahan. "

"Tak apalah doktor, siapalah kita untuk mendapat gambaran jelas mengenai kehidupan, kunci itu hanya ada pada ALLAH. apa pun doktor andai itu sahajalah yang mampu untuk menyelamatkan dia, saya rela. Buatlah apa sahaja doktor, asalkan dia dapat diselamatkan. "




"Aidil, perlukah Aidil yang buat benda ni, kenapa tak bagi Mama dan Papa ja yang buat?"

"Mama, Papa, kan Aidil pernah janji akan menjaganya, walau dengan nyawa, Aidil sanggup buat apa sahaja untuk nya Mama, Papa. Aidil dah sakiti dia satu masa dahulu, berilah peluang kepada Aidil untuk buat kali ini, insyALLAH Ma, Pa, doktor pun kata tak berisiko sangat pun, tak ada apa apa la tu kot. "

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Tetap cinta selama-lamanya

Cinta, sesuatu yang tak terungkap dengan kata. Ianya indah, keindahan tak terbayang dimata, tak terucap di kata, namun, kadang kadang, ianya dinodai, bila sepadannya ia digunakan demi menggapai syurga abadi, ianya disalahgunakan. Salah laku dan dosa lebih sinonim dengannya. Ketika itu, hati memilih untuk kekal kerana ke'sedapan'nya, namun hati yang tak mahu berganjak itu akan kekal dengan dosa, memusnahkan keindahan yang sepadannya menjadi nikmat kepada fitrah semulajadi. Percayalah, andai sudah ditentukan, ianya pasti bertemu, tak perlulah dirisaukan cinta yang belum hadir. Luh Mahfuz menceritakan segalanya Jodoh, Rezeki, Hidup dan Mati. Biar ia sampai ketika kita bersedia, bersedia menjadikannya landasan untuk menuju jalan syurga. Waktu itulah cinta ada pada kemuncak keindahannya. Cinta yang menuju jalan ALLAH itulah Cinta yang sejati, cinta yang doa doa akan abadi, bukan hanya disini, membawa ke taman di sana. Mudah mudahan. Amin. 

Doakan aku dan dia. Doakan semuanya. 

Tetap cinta selama lamanya...

Wednesday, 25 February 2015

Cerita handphone rosak

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 


Mana satukah kita? Si anak muda atau si ayah tua?

Jangan lupa satu masa nanti jika kita adalah anak muda, kita juga akan jadi si ayah tua. 

Sejarah mungkin berulang.


Credit : Facebook

Tuesday, 24 February 2015

05:51AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:51AM

Lamanya saya tak menulis. Bila dah cuti tu cuti terus nampaknya. Walau ada hati rasa nak menulis, tapi kesibukan melayan family membataskan nampak gayanya. Pagi ini, jam 5 kena jugak bangun demi mendapatkan sesuap nasi. Tak apalah, hari ni pasti saya serahkan sesuatu untuk saya mula countdown 30 hari dari sekarang. Sungguh rasa tak sabar. Tapi gagah juga. Takkanlah saya nak "hilang" camtu ja kan? Tak baik sungguh. 

Semalam, pertama kali dalam sejarah kot. Nampak atas padang tak ramai orang. Gagah saya siap pakai kasut minta nak join main bola. Anak dalam rumah kata umminya menangis sampai teresak esak. Sedih pisah dengan abi kot. Kata ummi nangis kena tinggal ni. Dan dia tidur sampai ke pagi tadi. Jam 05:38 baru bangun. Itu pun sebab bunyi kuat bus tu. Kalau tak rasa sambung lagi ni. 

Bila dia bangun.  Saya masuk. Peluk dan cium dia. Terangkan yang saya akan balik pagi ni. Alhamdulillah. Dia terima dengan baik. Peluk saya, salam dan cium saya. Alhamdulillah la dia faham. 

Sabar ya sayang. Abi pun sabar. Satu bulan dari sekarang. Hanya abi seorang ja yang akan bangun jam 5. Sayang n ummi boleh tidur lagi okay. 

Monday, 16 February 2015

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:45AM. 

Sharp time jalan. Tu ja la yang boleh cakap dengan bus pagi ni. Tepat masa dah jalan. Cerita dia saya lambat sikit pagi ni. Tapi alhamdulillah la ada rezeki masih untuk naik bus jam ini. Sampai ja tengah tunggu orang orang akhir sebelum jalan. Ramai pula pagi ni. Hampir penuh. Saya beli tiket, terus naik. Tak dan dah nak kiss kiss anak dan isteri. Apa mau buat kan. Lambat. Hihihi

Semalam kami sibuk. Dari awal pagi. Jam 8 kot tak silap gerak dari Ipoh. Saya ada hal di Penang. Tak boleh nak elak sebenarnya. Sebab kaitan dengan perancangan masa depan. Alhamdulillah juga syukur sebab isteri faham. Serius saya risau bab tu. Tapi alhamdulillah la. Pastu sampai hampir tepat jam 930. Sampai dalam 1130 cmtu br habis. Kesian isteri dan baby, tunggu setengah jam lebih baru saya turun dari training centre. 

Habis selesai tu kami gerak terus ke rumah tokmak. Memang nak pergi jenguk sekejap sebab kata mama tokmak tak berapa sihat. Bersalah juga sebenarnya. Sekarang sejak berkeluarga sibuk sikit. Kekadang tu sebulan sekali ja boleh balik jenguk. Tak sekerap dahulu waktu bujang. Walaubagaimanapun saya masih akan berusaha memperbaiki. Salah satunya insan yang pernah bersusah payah demi saya. Saya mesti akan buat. Moga dipermudahkan amin. 

Balik dari tengok tokmak, anak dah lena. Leganya rasa. Sebab dia dah mula buat perangai. Mengantuk tapi sengaja tak mahu nak tidur. Sampai ke rumah saya dia lena. Kat rumah kami pindahkan dia dari kerusi ke katil. Haaa lagi sedap orang tu tidur. 

Dalam jam dua lebih kami dah nak gerak balik. Angkat dia masuk dalam kereta. Dah dia pula jaga. Saya masa tu tak naik kereta sebab selalunya saya akan simpan motor di hentian sebab akan mudahkan pagi ini. Sekali anak nampak muka. Dah menangis kuat. Saya terpaksa ambil dia, pujuk sampai diam kemudian letak semula. Lepas tu mama pujuk dia. Saya lari menyorok jauh jauh. Terus umminya gerak sebelum dia cari saya semula. Saya tak lama lepas tu start engine motor gerak juga menghala ke jeti. 

Elok lepas ja hantar moto keduanya sampai. Next stop. Umah maklong. Mama cakap maklong pun tak berapa sihat. Dan saya juga lama tak singgah. Jadi ambil keputusan nak datang sana. Ramai rupanya rumah maklong ni, anak anak dia balik. Alhamdulillah mesti dia happy ni. Haa memang pun. Dalam dok sakit sakit tu, sempat lagi la tolak cucu dia sorang ni main basikal. Padahal tangan dok sakit tu. Hai laa.. Sampaikan ummi cakap, maklong jaga jaga. Satgi sakit balik tangan tu. Senyum saya. Suka betul dia. Anak lum alhamdulillah. Tak meragam. Gelak ja dia. 

Habis melawat. Dan bersama rasa dan niat akan datang lagi. Kami sepatutnya terus ke kedai baby, tapi ummi ada plak nak beli barang. Saya bawa sahaja lah.  Kesian. Sebab tenpat lain mahal sangat biskut tu. Hanya kat tempat ni, harga boleh tahan. Saya suruh dia ambil banyak banyak. Setel. Hihihi 

Next baru pergi kedai baby. Mula macam tak mahu turun. Kesian plak dekat anak. Turun juga lah. Dalam tu ummi mencari barang barang. Saya kalut jaga dia. Sungguh tak reti duduk diam dia tu. Dipanjatnya saya. Lagi usaha nak turun juga. Lama lama ada staff sana nampak. Dia datang tanya umur berapa. Anak plak masa dia hulur tangan nak ambil yak mahu pun. Dia huh huh ja dekat orang tu. Lawak sungguh. Sampai nak balik la orang tu perhati. Kawan budak tu pun sma. Seronok tengok budak tu dok jerit jerit cari ummi. Dia panggil budak tadi bagitau baby tu pandai cakap. Hihihi


Nah belanja satu. 

Thursday, 12 February 2015

Adakah aku ahli akhirat?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu zaman dahulu, antara seorang guru dan anak murid nya la alkisahnya ni. Waktu tu tiba tiba anak murid bertanya kepada guru.

" wahai guru, aku ni tergolong dari golongan mana? Ahli dunia ka ahli akhirat?"

Guru terdiam. Lagi tersenyum. Lantas anak murid bertanya lagi dan lagi. Mahukan jawapan. 

Lalu dijawab oleh gurunya. 
"Baiklah, kamu jawab soalan ini dan ia bakal menentukan kamu itu adalah golongan mana"

"Setuju" balas si murid

"Andai kata kuberikan kepada kamu sesuatu, contohnya duit yang banyak, adakah kamu akan berasa gembira?"

Lalu dibalas anak murid nya, "sudah tentu aku gembira, bukankah itu satu pemberian darimu. "

"Bagus, kemudian aku arahkan kamu hadiahkan semula apa yang telah kuhadiahkan kepadamu itu kepada orang lain, apa perasaan mu?" Tanya si guru lagi. 
 
Si murid terdiam. 

Lalu disambung oleh guru,
"Andai kata sewaktu kamu menghadiahkan apa yang dihadiahkan kepadamu itu, kemudian perasaan kamu, lebih gembira bila menghadiahkan dari sewaktu kamu menerima pemberian itu, itulah dia ahli akhirat."

Wahai readers, adakah kita punya perasan seperti itu?

Tepuk dada, tanya iman. ;)

Wednesday, 11 February 2015

Titipan pagi, 11-Feb-2015

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru ja pulang, jam 01:52AM, dari previu satu syarikat ni. niat asal nak jumpa kerana ada satu produk yang sangat hebat, tapi akhirnya dijumpakan juga kami dengan minat asal, iaitu emas. Namun bukan itu yang saya nak kongsikan, tapi mengenai satu perkaraa yang sangat menyentuh perasaan saya dan juga sahabat.

Iaitu mengenai hal hal agama. Bagaimana walaupun dalam niat perjumpaan bisnes, tapi akhirnya terselit juga hal hal agama selama hampir lebih dari 2 jam kami mengeteh kat kedai tadi. Waktu pulang tadi saya sebut kepada sahabat saya, dan dia juga mengaku, benar, macam tak logik juga macam mana hal hal akhirat boleh masuk dalam perihal bisnes dan perbincangan, tapi akhirnya topik ini yang dibualkan agak lama juga sebelum mengakhiri perbincangn tadi.

SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH, Tuhan serata alam yang mengilhamkan.

Sebenarnya dia sememangnya sedang menyediakan jalan yang lebih baik buat kami.

Moga moga hati terus kuat dan kukuh melusuri jalan ini, kerana perlu dan sangat penting mengingatkan, yang tertinggi itu ehsan, diikuti dengan ikhlas. Bagaimana Rasulullah satu ketika dahulu berlaku ehsan, walau dilayan seburuk manapun, masih mampu untuk tersenyum, dan berbuat baik. Seperti kisah lelaki yahudi tua buta, yang memaki hamun dia tiap ketika diwaktu disuap makanan, yang akhirnya sedar itulah lelaki yang dimakinya satu ketika dahulu lalu mengucap dua kalimah syahadah. betapa indah dan hebatnya peribadi Rasulullah.

Kedua adalah ikhlas. Macam leader tu kongsikan tadi, ALLAH dah kata, setiap langkah kita ke masjid diberikan satu pahala, dan sdiampunkan suatu dosa. sememang nya dijanjikan ALLAH macam tu, tapi kalau kita ikhlas, dia nak bagi lebih, kita boleh halang tak?? Contoh mudah, kita kerja, terlalu komited sampaikan satu hari bos rasa, "eh cam tak padan pula aku naikkan gaji dia sedikit macam ni, kemudian diberinya lebih, ada kita boleh halang boss beri lebih?" Itu manusia ya, kalau dengan ALLAH?? _____________________- (isi tempat kosong)

Sebelum balik pula sahabat share tentang dua jenis rezeki, rezeki asbab dan satu lagi saya tak ingat rezeki apa. Rezeki asbab ni diberi ALLAH sebab kita buat satu perkara tu, contoh kita kerja, ALLAH beri kita rezeki sebab kita dah kerja. Dan satu rezeki ni, lagi hebat. Cerita zaman Rasulullah ni tau, pada waktu tu tengah perang tak silap saya, makanan tak banyak, masa tu sahabat ni panggil Rasulullah seorang ja untuk makan, sebab makanan tak banyak, jadi kalau panggil orang lain takut tak cukup Rasulullah nak makan. Rasulullah pula masa tu bila diajak, terus ajak rakan rakan lain semua bersama sama makan dengan dia. Tahu apa jadi? Makanan yang tak berapa banyak tu cukup untuk semua orang makan sampai kenyang, malah, sampai semua habis makan, makanan tu dok macam tu ja, tak berubah pun. SubhanALLAH, ALLAH beri direct makanan tu, rezeki tu.

Hebat kan? Makin menguatkan hati saya, apa nak takut, rezeki ALLAH bagi, kita jalan ja. Ulat dalam batu pun ada makan, kita yang berhempas pulas di muka buminya ni, takkan dia tak beri sedikit?

BOLEH!!

Monday, 9 February 2015

05:52AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Apa khabar readers? Harap maaf, saya dah lama tak update. Sibuk mungkin 1, tapi bab kesihatan tu langsung tak boleh nak buat apa apa. Sampaikan dalam tidak sihat pun masih kena kejar dengan dateline, memang ampun la, langsung tak boleh buat apa. Tapi lega kan hati sebab ni insyALLAH dah yang terakhir. Tak lama dah untuk ditamatkan yang ini. 

Ha entry jam 05:52 ni. Pagi tadi jaga lebih kurang awal. Siap apa semua. Masa otw ke stesen bus si kecil pun jaga. Susah nyanhati sebab selalunya kakau dia jaga dia nampak saya tak boleh pisah dah, tapi pagi tadi alhamdulillah. Boleh lagi lambai saya lepas saya serahkan dia pada ummi dan melambai lagi masa kereta bergerak meninggalkan saya di stesen bus tu. Sungguh bersyukur dia tak buat hal pagi ni.

Sebenarnya minggu ni patutnya ummi dan anak tak balik pun, tapi sebab saya sedikit sibuk, ditambah kesihatan pun tak berapa okay, gagahkan juga keduanya balik jumpa saya. Terima kasih tak terhingga pada ummi yang ala ala gamble balik juga dengan anak yang sedikit tak sihat dengan selsema tu. Syukur juga anak pun langsung tak buat hal. Malah terbaik kot sepanjang lama ummi dan anak berulang alik berdua ni. 

Sesampainya dirumah petang jumaat tu, anak tak ada. Wan dia dah bawa pusing pusing naik moto. Saya pun sampai lewT. Macam saya khabarkan tadi, badan hari ni memang tak sihat. Sangat tak sihat, tapi terpaksa memaksa diri kerja juga sampai lewat dan cuba siapkan apa yang perlu. 

Bila anak balik ja, nampak muka saya. Habis. Dah tak boleh nak pisah. Ke sana ke mari nak ada dengan dia. Kesiannya kan? Ada abi tapi tak boleh tinggal dengan abi, jadi bila ada peluang macam ni memang dia ambil sebaiknya. Saya pula layankan aja. Walau tak berapa boleh nak layan sangat pun. Mana tidaknya, satu badan tak sihat, tak larat. Keduanya takut jangkit. Sebab tu cuba jejauh dengan budak kecil ni. Lepas tu since ummi dia nak brli barang, gagah juga la ke pasar malam tuk dapatkan apa yang mampu untuk bahan dapur bersma mama, ummi dan anak. Ohh lupa bawa sekali adik ipar tu, orang preggy teringin jambu madu. Naseb ada jual. Hihi

Balik dr pasar malam. Makan sikit, mandi. Dan saya terlelap. Anak tak sempat main samgat pun dengan saya. Makan ubat dan tidur. Jaga pagi pagi dah kena bersiap pergi kerja. Tinggal anak lagi. Kesian dia. 

Balik kerja la nak main pun dengan dia. Pun tak banyak lagi. Mujur ada wan yang jagakan dia. Ummi dan abi dedua tak larat. Tak sihat lagi. Alhamdulillah la anak pun kamceng, kalau tak jenuh. Petang tu dah rasa sihat sikit. Alhamdulillah. Boleh la jugakmain lebih sikit dengan dia. Dan masih hari ni pun rehat awal. Supaya badan sembuh betul. 

Pagi ahadnya. Saya yang layankan anak. Siapkan anak. Lepas dia jaga masa saya solat subuh tu. Awal jaga dia. Sedar kita dah jaga. Dia terus nak kita. Kita biar ummi dia mrehat. Dan layankan dia. Lepas dia mandi dalam 9 lebih baru ummi nya bangun. Masa tu masih teman dia. Suruh ummi siap, saya siap. Lepas tu terus gerak balik AS. Terus cari klinik. Dokte pun dah tahu, tak minta dia terus bagi dua hari cuti rehat. Dia faham gamaknya ummi sungguh tak sihat tu. Balik rumah, saya masuk dapur kejap, masak lepas tu bagi ummi dan anak tidur lagi. Baru kami makan. 

Penangan tak sihat kan? Saya baru ja. Ummi dua minggu berturut. Dan anak dua minggu selesema. 

Sakit pengampun dosa kan? Mudah mudahan. Amin...

Tuesday, 3 February 2015

05:41AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:41AM

Awal pagi ni. Macam biasa. Cuma tunda dari pagi Isnin ke pagi Selasa. Dalam kurang dari 2 bulan untuk berakhir semua ni. Hati tak sabar tunggu tapi bersabarlah. Tak lari gunung dikejar. Namun, gunung juga bisa landai andai tidak termatri dengan baik perancangan yang telah dibuat. 

Minggu yang agak sibuk sebenarnya. Dari Jumaat saya pulang ke sini. Membaca ke hari Sabtu yang terpaksa kembali ke sama atas sebab musabab hari Ahad berjanji dengan orang yang membawa kepada informasi tak sampai dan saya rupanya tak sedar yang Ahad telah dibatalkan. Dan akhirnya terpaksa berpatah balik ke sini. Rasa macam sakit hati juga tapi apakan daya. Mungkin salah sendiri juga yang tak sempat nak jenguk jenguk tempat maklumat group tu. 

Petang Sabtu balik tu sempat juga bawa putera kecil kami berjalan di pantai. Saja bawa sebab Ummi teringin bawa anak berjalan di sana. Saya ikutkan ja. 

Ahadnya pula ada kenduri di Sungai Petani, ada adik blogger saya seorang tu nak bertunang. Alhamdulillah selesai dah pun. Tahniah Fana. Apa pun Ahad tu saya ada bawa Umminya ke klinik, tak tahan tengok orang tu dah batuk lain macam sampai suara pun hilang. Kurang kurang hati tak la rasa sakit hati sangat dia tak sihat tak ada ubat. Itupun, nasib mahu juga makan. Alhamdulillah. Semalam dah pulih sikit suaranya. Banding Jumaat masa saya balik tu. Kesian. 

Semalam, Isnin 02-02-2015, patutnya saya dah balik dah ke Penang, tapi dah masa bangun pagi tu Ummi tak berapa sihat, saya bila mai dia tak sihat ni jadi berat la, sebab saya tahu anak tu macam mana aktifnya kesian dia nak kejar tu. Maka saya decide nak stay dan jaga. Lepas ja solat subuh saya sambung tidur balik. Sebelum tu saya info saya tak balik kepada enchik boss saya dan juga buah hati kat Penang, mama saya lah. Karang tertunggu tunggu plak dia. Mesti risau .

Dalam jam 7 lebih ke 8 lebih saya tak ingat. Si kecil tu dan Ummi tu ada sebelah saya masa tu. Saya dengar dedua tu dok bising kat sebelah saya. Rupanya si kecil tu buang air besar, dan ummi nak salin dia. Tapi dia tak mahu. Berkeras tak mahu. Dan dalam masa sama duduk atas badan saya sambil tarik tarik baju saya, nak suruh saya jugak yang salin dia. Saya buat tak layan da tak mahu salin. Mahu tak mahu bangun juga lah saya. Salinkan dia, mandikan dia. 

Maka bermula la rutin hari saya. Kena temankan dia sepanjang hari. Serius memang sampai tak boleh nak buat apa. Mandi tak boleh nak solat tak boleh nak pergi mana pun harus ada dia kat tepi, atau paling kurang tak jauh dari mata, yang mana ini buat saya rasa beratnya hati nak balik pagi ini. Tak dapat bayang macam mana bila dia bangun nanti dan tercari cari saya satu rumah. Kesiannyaz :((

Ha kembali kepada cerita. Bila anak dah bangun. Saya layankan anak. Dah ummi pula mengadu pada saya. Mesin basuh dia taknak pusing. Masa tu pening kepala juga. Pergi tengok sekejap. Macam tak ada apa. Saya cakap saya pun tak tahu mahu buat apa. Dah dia jadi risau pula. Saya pun call abg sy seorang tu. Dia ajar saya cara nak buat. Maka dengan berbekalkan apa yang di ajar tu saya cuba buat. Dah tak ada tools plak. Sekali lagi terpaksa pergi pinjam dari mak mengasuh baby.  Lepas tu balik saya buatkan. Alhamdulillah. Akhirnya bergerak balik mesin tu. Rupanya sebab dia punya timing belt tu dah loose. Bila ketatkan balik baru okay. 

Selesai repair tu, kami bertiga cuci kereta. Since taknak ada budak kecik kacau, kami bagi dia mandi dalam pool dia tu. Seronok la sangat kan. Sampai tak mahu keluar. Jenuh pula nak paksa dia. Untuk saya dan isteri pula, senyum sampai telinga bila tengok Nurul iman akhirnya nampak berkilat balik setelah punya lama dia tak mandi. Hihihi. 

Selesai mencuci, pergi ke pasar sekejap sebab nak beli barang dapur untuk bekalan ummi dan anak satu minggu ni. Balik tu saya cuci ayam tu, dan terus masak sambil ummi nya tidurkan anak. Kesian dah mengantuk sangat dah dia tu. Bangun awal lah katakan. Lama juga dekat 2 jam dia tidur tak silap. Bangun tu kami bagi makan. Dan kami pun makan sekali. Selesai. 

Petang saya bawa dia jejalan di depan rumah. Bawa pergi taman. Tapi tak sempat main sangat sebab ada budak oKU otak yang block playground tu. Saya tak bersuara pun sebab rasa dan nampak cukup besar nak paham hint bila ada adik kecil mendekati permainan tu. Tak sudah saya bawa dia jalan pusing taman. Jalan jalan ja. Kemudian masa nak balik rumah simggah rumah mak mengasuh dia. Dia mengamuk jadi mak mengasuh pujuk dengan bawa dia jalan jalan naik moto. Saya tinggalkan dia sekejap lepas tu balik mandi dan bersiap. 

Saya siap saya pergi nak jemput anak tapi rupanya belum pulang lagi dia dengan mak mengasuh dia tu. Saya patah balik rumah lepas tu buat kerja sikit. Kerja sembur racun serangga kat rumah. Elok nak habis dah dia pun sampai. Saya keluar jemput anak. 

Ha masa ni la jadi drama sikit tadi. Lepas saya ambil dia, saya sambung kerja saya. Dia masa tu berlari masuk bilik sebab nak saya angkat. Saya pula masa tu tangan rasa kotor, nak cuci. Saya keluar dari bilik. Selisih dengan dia. Pastu tahu apajadi? Mengamuk. Marah dengan saya. Saya hulur tangan nak ambil pun dia tepis. Memang tak mahu langsung la kiranya dengan saya. Sampai membawa ke bilik air la. Ummi mandikan dia. Masa tu dia tak mahu duduk diam. Mata masuk sabun. Apa lagi menjerit la. Saya pujuk lepas tu baru berdamai balik. 

Hai la anak. Jauh hati dengan abi ya.. Mana ada abi taknak ambil awak. Nak p cuci tangan ja pun..




Sunday, 1 February 2015

Jumaat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jumaat sampai. Seronoknya tak tahu nak cerita. Nak balik dah ke sana. Jumpa anak bertuah dengan isteri tercinta. 

Pagi tu bangun dah semangat betul rasa. Siap siap. Gerak masuk kerja. Im a busy man hari ni. Tengah hari pun mcm x keluar. Tapi fikir balik tak jadilah. Ha.. Hari ni ada situasi. Ceritanya kami sedang buat shringkage study dengan satu material ni. Lepas tu masa testing, engineer sorang ni paksa machine engineer 'pack' sampai dah penuh. Last part stuck dengan sangat teruk pada mould tu. Dah satu hal nak keluarkan. Dijadikan cerita bertengkar keduanya. Last dah petang baru tahu. Rupanya machine tu tak sesuai untuk run part tu. 

So konpem la. Miss comm. semua pun dah silap. Masing masing naik angin. Aduh. Saya dah tahu, saya plak jadi segan. Cuba pulihkan balik keadaan dengan machine engineer tu. 

Petang tu habis kerja, tak singgah mana dah. Minyak moto dah merah. Kocek pun tak banyak wang untuk bayar duit tiket tapi gagah juga, saya korek duit selit la sebab taknak miss bus terawal nak ke sana. Alhamdulillah. Bus 630 saya dapat. 

Sampai ja sana. Keduanya belum tiba. Saya naik solat di atas dahulu. Elok habis mereka sampai. Saya turun ja, saya 'cak' sikecil kami. Seronoknya bukan main dia nampak saya. Terus duduk atas riba peluk kita. Next location ajak ummi ke tesco, ada sesuatu untuk dia. Nak tahu apa dia? Ni ha...


Hero ummi abi tolong posing atas breadmaker baru ummi. Hihihi

Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat dapatkan untuk ummi. Ada offer, kita sebat la. Kan? Ehehehe

Buta+Pekak+Bisu=CINTA