Followers

Sunday, 24 January 2016

Bajrangi Bhaijaan, Teladan dan Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu kebelakangan ni, kalau readers perasan, tengah sibuk di feed facebook tu orang dok update cerita hindustan. Sweet la, sedih la, hukuman lama lah. Kemudian ada juga beberapa entry baru yang katakan, dia ni perosak filem, bermacam lagi lah komen, updates yang memenuhi feed tu. Kami pun dalam masa sama turut ala ala terpengaruh juga dengan reviews berkenaan. Maka cari juga, dua terlaris buat masa ni dimuka feed ni. Minggu lepas habis dah satu. Dan baru kejap tadi. Satu lagi. Dan daripada dedua tu. Saya sudahpun pilih satu. Dan suka saya nak panjangkan untuk bacaan saya sendiri pastinya, juga buat yang membaca belog biasa ni. 

Bajrangi Bhaijaan, Teladan dan Kehidupan

Sepanjang memahami cerita berdurasi dua jam lebih tu. Saya tak nafikan. Mata berkaca juga semasa melihat si anak, yang terpisah dengan ibunya. Lebih pilu, anak tanpa suara yang tak mampu berkata kata, tak mampu menjerit, tak mampu bersuara memanggil ibu yang pergi bersama keretapi yang bergerak. Bagaimana seorang anak semuda 6 tahun. Entah bagaimanalah perasaan ketika kejadian ini berlaku. Kemudian bagaimana perasaan si ibu yang mencari anak disepanjang gerabak. Dan sakitnya hati mendengar alasan jarak sempadan dan anak yang tak mampu diselamatkan walau berjarak sebelah pagar sahaja. Jawapan nya, berdoa sahajalah. Bayangkan hati yang hancur mendengar jawapan yang ibarat "tak kena kepadamu, boleh la cakap" tu.. 

Kemudian, seorang jejaka yang kesian. Yang dengan baik hatinya membawa seorang anak untuk dipulangkan, yang kemudian dipulangkan dengan kata "sini tempat penjenayah, bukan rumah kebajikan." Diambilnya anak ini, dibawa balik, dengan harapan maklumat yang ditinggalkan akhirnya dihubungi demi mengutip anak yang hilang. 

Plot seterusnya bagaimana kasta membunuh harapan. Dan membuahkan harapan baru. Usaha lebih gigih demi mengembalikan. Dapat dilihat jelas, seorang anak dihalau. Dari sana berkembangnya cerita. Teladan disebalik semangat yang jitu. Berusaha, mengorbankan "bakal rumah" demi menyatukan "rumah yang kekosongan", sungguh tertarik bagaimana mereka fikirkan si anak sehingga boleh jadi risiko besar yang mungkin bisa memisahkan mereka. Tapi risiko diabaikan demi satu yang dianggap sebagai amanah. 

Maka bermula perjalanan. Seperti biasa. Jalan pertama diambil juga jalan benar. Dan sekali lagi dihalau. Kemudian, jalan lebih mudah, tapi dikhianati. Mujur juga, diselamatkan dikala sedang betul betul "dihujung tanduk", dan kali ini memilih untuk selesaikan semuanya sendiri. 

Kejujuran menyelamatkan akhirnya. Wang tidak diperlukan bila kejujuran dan keikhlasan dirasa dihati. Masa ni nak tergelak. Sudahlah melintas secara harap, tapi begitu jujur hingga kali ketiga menanti "keizinan" sebelum meneruskan perjalanan. Mujur kali ketiga dilepaskan dengan keizinan. Scene yang membuktikan, kebaikan, keikhlasan dan kejujuran membuahkan hasil juga akhirnya.

Si wartawan berubah. Suka watak ini. Dari mula mula ingin diambil kesempatan berubah kepada memberi bantuan. Dia sebenarnya penyelamat. Watak yang membawa mesej, "bukan semua sejujur kamu, adakalanya perlu bijak bersandiwara." Iya. Dia ada mendiamkan kejujuran. Ya benar ia penting, tapi situasi semasa tidak membenarkan, terutama apabila dalam ancaman. Tanpa dia, misi tak akan berjaya. Dan alhamdulillah, dokumentari ringkas akhirnya membantu menemukan jejaka dengan keluarganya disebalik pagar sempadan. 

Paling tak suka, "mereka akan mencari, selama beberapa ketika, kemudian dihantar anak ini ke rumah kebajikan". Tapi inilah kebenaran. Yang akhirnya ditelan. Ini kehidupan. Tiada yang benar benar ambil berat sebenarnya. Memang pun! Bagaimana seorang ketua menafikan yang hak, menolak kebenaran, dengan tanpa sebab, hanya kerana dia bukan dari sana sedangkan didedahkan sudah cerita sebenar, malah sudah dipastikan, namun masih berkeras nak jadikan seorang berhati mulia sebagai seorang perisik. Malah nak dihukum juga.
Tapi akhirnya ehsan, kejujuran, kebaikan menang juga. Bertugas demi kemuliaan, akhir tunduk dengan keikhlasan seorang yang bersusah payah demi insan yang tidak dikenali, malah sangat asing, tapi sanggup dikorbankan nyawa deminya.

Sangat terharu melihat penyatuan semula tadi. Alhamdulillah. Job done.

Walau dalam seronok melayan cerita ni ada beberapa yang tak berkenan di hati, contohnya bagaimana seorang yang menyembah berhala lebih kuat pegangan kepada yang dianuti sehinggakan nak menipu pun tak sanggup, malah rela dipukul sebab nak buktikan dia ikhlas dan memegang kuat dengan anutannya, satu yang saya tak setuju ibarat Islam membenarkan penipuan, tapi back to apa yang nak disampaikan aa, mesej dia jelas, pegangan kena kuat, kena yakin sebenar benar yakin pada ALLAH, pasti walau sezarah perkara yang berbaur mungkar pun kita tak akan berani dekati.

Kesimpulannya, teladan hati yang baik, keikhlasan, kejujuran dan keyakinan kepada Yang Esa, adalah mesej yang baik yang patut dihadam. Berkorban demi seorang yang asing, tapi atas dasar tanggungjawap berusaha nak membantu. Keikhlasan dan kejujuran, terbukti akhirnya menyedarkan hati insan yang ada hati perut. Walau ada sedikit masa diambil untuk betul betul percaya, tapi akhirnya terbukti mencairkan banyak hati. Akhir sekali keyakinan pada Yang Maha Esa. Walau dalam cerita menunjukkan seorang pemuda islam yang dah rosak islamnya, dengan menjadi penganut agama hindu tapi mesej cukup jelas, selagi kita berpegang kepada Yang Maha Esa, tak ada apa pun yang dapat menghalang kita, Dia pasti mengirimkan bantuan kepada kita, tak kira walau apa juga situasi. Believe!

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA