Followers

Friday, 22 January 2016

Biasa biasa sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Biasa biasa sahaja

Pagi tadi ada terbaca, kisah salah seorang kenalan saya setahun yang lalu bagaimana dia juga suami menghadapi salah satu saat paling cemas dalam hidup dimana ketika itu anak dia yang tak kebah kebah demam yang kemudiannya membawa kepada jangkitan kuman pada anaknya. 

Membaca pengalaman sahaja pun dah cukup buat saya rasa cemas. Benar. Sangat cemas. Mujur alhamdulillah. Perkara tu berjaya juga dilalui mereka bertiga. Anak tu pun saya surf page fb mereka dah besar sekarang. Alhamdulillah, dikejauhan ni saya merafakkan syukur atas kesembuhan juga izin yang diberi Ilahi buat mereka berdua kerana sikecil itu pun sudah sembuh dan membesar dengan baik. 

Sambil baca. Dan selepas baca buat saya lebih bersyukur. Saat saya diuji struggling nak betulkan balik hidup, ada orang yang lebih dahsyat diuji. Dan mereka menghadapinya, mencuba terbaik menghadapinya. Dan alhamdulillah. Mereka berjaya. 

Terus saya simpulkan saya dan yang dihadapi ni "hanya biasa biasa sahaja". Saya lebih bersyukur. Dan sekarang lebih baik kerana saya kembali 'on track' betulkan keserabutan semua dengan mencuba lebih baik juga percaya yang mampir ini hanya debu debu nya sahaja yang pasti mampu saya tepis, saya sapu dan buangkannya. 

InsyALLAH.. Masanya akan tiba. Dan saya pasti capai apa yang saya impikan, dan pasti memberi manfaat buat masyarakat, ummah dan agama. Mudah mudahan. Amin....

1 comment:

Kira Sakura said...

amin amin. moga dipermudahkan dear. insyaAllah syg sentiasa ada dekat blkg ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA