Followers

Sunday, 10 September 2017

Chapter 9 : September

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Its September. Chapter sembilan tahun dua kosong satu tujuh. Muka surat kesepuluh.

Bermakna dah selesai sudah 9 bulan bagi tahun ini. Ada orang tanya. Pernah tanya, apakah azam yang kamu tanamkan pda awal bibit 2017 sudah mendekati atau sudahpun dapat kamu sudahkan?

Jawapan saya tidak. Sebab tak pernah nak berazam azam bagai ni. Mungkin dari satu sudut macam loser, tak ada sesuatu yang ingin dicapai. tapi hakikatnya. itulah dia. Belum ada apa yang ingin dicapai, mungkin hanya menjaga apa yang ada bersama buat masa ini. Buat yang terbaik, berikan yang terbaik buat mereka. Untuk diri sendiri, entahlah.

Baru baru ini, dapat satu job. Hari ini, tarikh ini, saya lengkapkan sambungan internet kembali sebab nak beri perhatian kepada job yang saya baru dapat ni. Tadi ada dah tengok tengok , tapi belum rasa nak buat. Mungkin badan sedikit letih sebab travelling. Waktu ini, saat ini, mengantuk ya amat. Sungguh sangat mengantuk. Nak lelap sekejap rasanya, sebab dalam jam 330 atau 4 sebentar lagi nak kena keluar balik nak servis kereta yang dah sudah capai waktu maintenance tu.

Doakan saya, ada sesuaatu yang diusahakan membuahkan hasilnya. Bersama saya bersama harapan keluarga kecil kami, adalah harapan terbesar juga, yakni berkhidmat sebaiknya kepada kedua ibu bapa kami. Pulang ke kampung, dalam 2 minggu terdekat berturut ni, buat saya betul betul rasa kesal, kerana sampai ke saat ini, saya belum mampu lagi berikan apa yang saya harapkan mampu.

Apa pun, anak benih usaha dah ditanam, sekarang berusaha menyiram, membaja dan menjaganya.

Mudah mudahan ALLAH mudahkan. Bukakan jalannya.

Amin.

1 comment:

Adam said...

oh dah chapter9.
saya kena cari semulalah chapter 1.
kalau tak tak best.

thanks

Buta+Pekak+Bisu=CINTA