Followers

Thursday, 12 November 2026

LIRIK SETIA BY OBJ (ORKES BULAN JINGGA)

 LYRICS

SETIA BY OBJ (ORKES BULAN JINGGA)


BILA MALAM DATANG MENYAPA

DAN SUNYI MULA BERCERITA

MASIH NAMA MU YANG PERTAMA

SINGGAH DI RUANG HATI INI

 

BANYAK YANG TELAH BERUBAH

JALAN KITA TAK SELALU INDAH

NAMUN SATU YANG TAK PERNAH BERUBAH

AKU MASIH DI SINI

 

KALAU ESOK TAK SEPERTI YANG KITA HARAPKAN

KALAU DUNIA CUBA MEMISAHKAN

PEGANG TANGANKU JANGAN LEPASKAN

KERANA AKU MASIH PERCAYA

 

AKU TETAP SETIA

WALAU WAKTU TERUS BERJALAN

WALAU RIBUT DATANG MELANDA

TAKKAN KUBIARKAN KAU SENDIRIAN

 

AKU TETAP DISINI

SAAT SEMUA PERGI

SELAGI HATI INI MASIH BERNYAWA

NAMAMU TETAP YANG KU JAGA

AKU TETAP SETIA

 

PERNAH KITA HAMPIR TERLUKA

PERNAH LANGKAH TERASA TAK BERDAYA

TAPI SETIAP KALI KAU MENOLEH

AKU MASIH ADA DISANA


BUKAN KERANA TIADA PILIHAN

BUKAN KERANA TAKUT KEHILANGAN

TAPI KERANA SEJIWA

KAULAH YANG AKU PILIH

 

KALAU ESOK TAK SEPERTI YANG KITA HARAPKAN

KALAU DUNIA CUBA MEMISAHKAN

PEGANG TANGANKU JANGAN LEPASKAN

KERANA AKU MASIH PERCAYA

 

AKU TETAP SETIA

WALAU WAKTU TERUS BERJALAN

WALAU RIBUT DATANG MELANDA

TAKKAN KUBIARKAN KAU SENDIRIAN

 

AKU TETAP DISINI

SAAT SEMUA PERGI

SELAGI HATI INI MASIH BERNYAWA

NAMAMU TETAP YANG KU JAGA

AKU TETAP SETIA

 

DAN JIKA RAMBUT KITA MEMUTIH

JIKA LANGKAH TAK LAGI SEPERTI DULU

AKU MAHU TETAP DISISIMU

SEPERTI JANJI YANG PERNAH KITA TAHU

BIAR DUNIA BERUBAH ARAH

BIAR WAKTU MENGHAPUS SEGALA

SATU PERKARA TAKKAN BERUBAH

AKU MEMILIHMU

SELAMA NYAA….

 


Thursday, 12 June 2025

Monolog pagi

  Assalamualaikum Wbt. dan selamat membaca.


Semalam sembang dengan sorang sahabat, katanya dia tetapkan barrier dari awal sebab nak jaga. 

Buat aku rasa terpukul, rasa macam dah terlanjur jauh, asal dari awal tak pernah cross the border tu, tapi dah ter seronok sangat udah terlangkah. 

Memang rasa benda yang tak patut rasa, dah sepatut tempuh, sedang dulu itu langkah buat untuk kekal fokus dan nak jaga. 

Sebab asal memencilkan diri. 

Dua kali, dua situasi, dua cerita, tapi satu yang sama, kemasyuran. Satu disebalik seni, satu disebalik nama, dua dua berlapis indah di atas susunan manis nya bahasa, tapi sebenar hanya lah auta di atas lapis cita yang bersalut indahnya fatamorgana kata. 

kena muhasabah balik diri. kenapa dulu pilih sendiri, taknak jalan jauh sebab nak jaga, sebab sedar pulang nanti pun cuma tinggal kita. jauh terlajak ni. 

Moga ALLAH mengampunkan diriku, dan moga punya kekuatan nak balik kepada titik mula. Tak apa tak ada cerita, asal nampak arah tuju nya. 

Kita ada bukan nak hadap diri kita tapi sebenar habuan redha nak pulang kepada Nya. 



Wednesday, 21 May 2025

EJEN ALI THE MOVIE 2 : MISI SATRIA

 Assalamualaikum wbt dan selamat membaca.

Filem yang ditunggu tunggu sejak sekian lama. tak sabar rasanya nak ke panggung wayang nak tonton. Tak sangka ya, patut tarikh tayangan 22 Mei tapi entah macam mana tengok dalam aplikasi TGV tengok pada tarikh semalam 20 Mei dah ada dijual tiket. Apa lagi kita tak tunggu lama. terus beli Sabtu yang lalu. Bukan kata anak ja tak sabar, apak depa lagi tak sabar. tiket beli awal, menunggu ja moment tu nak direalisasikan. 

So Far, habis menonton boleh dikatakan cerita ni exceed the expectation. Dari awal hingga habis memang ada action. Dan seronok ditonton. Bayangkan dalam panggung tu, bukan ramai sangat budak yang kami nampak tapi dewasa pun bersepah menanti cerita bermula. Dan. untuk hari pertama tayangan aku rasa nampak hampir 80% kot panggung. Ramai menanti rupanya. Vibe dia memang lain. Bayangkan ya kalau sapa guna Apps TGV, bila kita book apa apa cerita memang di kerusi kita tu dia letak gambar kepala Satria.

Yang kami ni jangan kata la kan, anak 3 orang dok sebelah, yang ni tanya bila nak mula. Yang ni tanya bila nak habis iklan, iklan ni suma abg dah pernah tengok. Cuma yang spoil anak kedua ja semalam udah dia ajak ke tandas, apak dia la kena teman kan, takkan nak biar pergi seorang kan? 

Tema kali ni No Spoiler tau mengenai persahabatan, kekeluargaan, tanggungjawab bagi aku cukup nak garap cerita ni jadi satu masterpiece yang padu. Alhamdulillah kali ini ending dia tak seperti ending musim 3 yang sedikit mengecewakan sebab terlalu rushing. Dan juga boleh dikatakan lengkap dengan emosi gembira, sedih, kekecewaan. Malah ada moment-moment yang kita sendiri rasa nak menitik air mata sebab terlalu mengharukan. Aku tak tau nak gambarkan, tapi tema yang dia bawa kali ni aku suka. 

Dipendekkan kan cerita, animasi Ejen Ali ni dah bagi satu benchmark tinggi kepada animasi. Pada pandangan aku la. Sebab nya tengok kualiti animasi, lepas tu music dia, apa orang panggil soundscore ka apa ntah, tapi memang bergaung dalam tu, dia punya feel memang lain macam. Superb. Jalan cerita di garap best. Macam wife cakap, Ejen Ali bukan mengenai Ali sahaja, tapi juga sorang lagi Ali versi perempuan -- Alicia. haha ok lawak ja. 

Sebenarnya aku suka, dulu watak dua ni musuh ketat, tapi perlahan-lahan cerita berjalan musim 1-2 3 nampak keserasian kedua watak ni. Seronok tengok perkembangan watak ni. Alicia tu kan pawer, suma segala dia punya move suma memang mengatasi Ali, best bila dua kerjasama, kan membentuk 1 team. Alicia macam biasa Neuro, Ali Tekno. tambah uncle dan sorang lagi Inviso lengkap 1 pasukan. 

Bab aksi dalam cerita ni memang the next level la. 

Overall, aku bagi 10 bintang dari 10. Memang satu karya yang WAJIB ditonton. Dah tonton tu aku rasa mesti tak jadi sekali. Terlalu mengiurkan. Padu baqhangg. Manthop. 


Tahniah Wau Animation. Terima kasih kerana telah menyajikan kami dengan karya sehebat ini. 




Buta+Pekak+Bisu=CINTA