Followers

Saturday, 19 March 2011

Tak Bisa Memilihmu


Sila tekan sebelum bermula. ;)
 

Assalamualaikumm. . meh nak tolong,. “ kataku dan tangan terus laju memegang duit dan mengira wang dikaunter juruwang nya. Ni bukan tugasku sebagai staff di sini, aku Cuma seorang cashier biasa, tapi kerana rajinku, walau aku bukan supervisor, tapi aku dah biasa membantu kawan2 menutup kaunter awal. Aku selalunya akan diarahkan oleh supervisor untuk tutup kaunter awal dan bantu staff baru mengira wang. Tatau kenapa, tapi diriku begitu mendapat kepercayaan dari supervisor aku untuk tugas ni.

Mula dari situ, aku mulai rapat dengan nya, aku akui, dia tu comel, dan benar menjadi tumpuan aku. Aku teringat sangat, kisah mula waktu aku kenal dengan dia, ada seorang sahabat lelaki, bagitau sebaik aku masuk kerja, “weyh, ada budak baru masuk ramai. Comel2 tau..

Aku plak macam besa la.. “mana-mana?” terus laju ja kaki ni pergi pilih mana nak kenai dulu. macam tak kenai aku remah tak ingat, tak lama pun untuk aku ambil untuk kenai dengan mereka, dan rasanya suma tu sat ja aku uruskan. Suma dah kenai dengan aku, sebut saja Ayie, suma memang dah kenal. Dan agak rapat dengan aku. Aku ni sorang yang happy go lucky, agak bising dan tak reti nak cover, jadi orang cepat mesra dengan aku. 

Tak lama selepas itu, sewaktu bersembang dengan nya, ntah macam mana, aku mintak number telefonnya, tapi tak diberikan, pusing-pusing disitu, --- dia yang meminta number telefon dari aku. Malam itu, aku dan dia mula ber-SMS. Aku layan dengan baik sekali. Tapi kali ini aku berbeza. Aku tatau kenapa jadi begitu gelojoh, aku terus katakan kepadanya yang aku sudah terpaut padanya, bayangkanlah, di hari pertama SMS, dan aku sudah berani untuk mengaku akan perasaan ku terhadap dia yang baru aku berjumpa tak lama mana. Dan dia sudah kita tahu, akan menolak juga apa kataku, terlalu awal rasaku. Tapi I lose nothing kan, tak salah mencuba, kalau mengena beruntungla, tidak jadi tidak mengapa, tiada apa rugi nya hamba. ;) 
 
Kena pula dengan keadaan, dia dari keluarga bermasalah, aku menjadi tempat ngadunya dia, hari-hari aku akan meminjamkan telingaku untuk mendengar masalah keluarganya, aku akan jadi pemujuk paling sabar dalam dunia menenangkan hatinya yang tidak tenteram tiap kali pulang ke rumah dan dihentam kedua ibu bapanya. Bagiku, tak apalah, kuhulur telinga buat kamu, ku pinjam bahuku buat sandarmu, agar tahu akan kamu, ada aku hanya untukmu. 

Tiba bulan ketiga hubungan kita, aku masih tak berhenti meminta untuk diterima kamu, saat itu, hati kau sudah mulai lembut, ada sekali tika itu, ditepi bangunan yang baru dalam pembinaan, kataku padamu,
ingat macam nak naik atas bangunan tu la.. kalau kamu cakap tak mahu aku, aku nak terjun dari situ”. 

terjun la.. macam la kamu berani.. “ katamu. 

Kami gelak bersama-sama. Kau langsung tak hairan padaku kan. Tapi aku belum mahu menyerah. Walau masa ni aku ada 3 pilihan selain kamu. Satu dari kisah silamku, yang kedua jugak mahu kepadaku, tapi aku lelaki, lelaki dipegang kepada janji, aku tekad mencuba lagi, harapan agar kau tunduk bersetuju. Dan akhirnya aku masih tak lupa waktu, pukul 12 beranjak ke 1, saat itu kau kata padaku, aku juga cinta padamu, tapi syg ni Cuma permulaan, kerna Cuma separuh dariku, separuh lagi akan ku kota bila masa kita berjumpa, dihari nanti, date pertama. Waktu ni. Rasa berbunga sekali, cinta sudah aku bertemu, mula setuju, menerima aku,. Bermula kisah aku dan kamu. 

Bila cinta mula berbunga, hati rasa seronok sntiasa. Tak sabar rasanya mengota bakinya, mengesah cinta aku dan dia. tiba harinya 04 April, kali pertama kami berdate, secara rasminya selepas sebulan mengikat kasih. Dengan lafaz aku cinta kamu, maka setengah lagi pun sudah dilengkapkan. Maka secara langsungnya ter-declare lah hubungan kami yan lagi setengahnya. 

Segalanya berlalu indah sekali, hubungan cita yang kami ikat. Katanya hidup bertambah indah, bila ada aku disisi, bukan peneman dikala duka, hati diluka aku ubatnya. Segalanya berjalan lancar. Satu lagi tarikh penting hidup kami, tersusun begitu cantik sekali, 05 Mei pula hadirnya, hari anugerah aku empunya, menjadi manusia bijaksana dihadapan para audience. Manis sekali kenangan ketika itu, ibu dan ayah juga disitu, menjadi saksi kejayaan aku. Alhamdulillah, berkat keberanian aku dan izin ayah, dia turut ada bersama dihari penyampaian anugerah itu. 

Mula yang hadir itu kamu, kamu baik sangat. Terus terang cakap, kalau diikutkan, calon isteri soleh sememangnya kamu, aku pulun menjaga kamu, kerana tika itu, kamu sedang dalam keadaan yang memaksa aku berada diantara kamu untuk menutup ruang duka yang sedang kamu hadapi. Aku benar nekad ketika itu, aku lah yang mengganti, menjadi penghuni didalam hati, ruang kosong tidak berpenghuni. 

Semua berlalu begitu indah dan bermakna, hingga tiba saatnya,  aku tak sedar kenapa aku selalu pengsan.hasil pemeriksaan, rupanya sakitku sudah ada di peringkat akhir. Ikut kata doctor, sudah tak lama menanti hari, sakit ini membuatkan aku lemah. Seingat aku, minggu ini adalah minggu aku sepatutnya hadir kepada kamu, membawa kaum keluargaku, meminta izin dari penjagamu, melamar kamu tuk jadi permaisuri hatiku. Tapi aku mungkirinya, dah berbulan kita tak berjumpa, aku menolak tiap kali kamu mengajak bertemu, malah aku tekad membatalkan apa yang sepatutnya menjadi hari penting kita, 06 June tarikh yang kita pilih. Tapi aku begitu kejam membatalkan dan hilang tanpa khabar berita, aku tahu kau menangis meratap sedih, kerana aku yang disangka pengasih, sanggup tidak memilih kekasih, tapi kau di buang dan disisih.
Laporan yang aku dapat dari sahabatmu, amat menyedihkan, keadaan aku yang bertambah parah, ditambah pula kesedihan menyambut sakitmu, ditinggal aku yang tak kau tahu, menanggung rindu jka tahumu, tapi tekad tidak mengaku, kerana tak mahu kau sedih keranaku. Aku kuatkan tekadku, biar aku pergi dahulu, dan kamu tidak tahu, dari aku menjadi bebanmu, terpaksa menjaga setiap hari, sakit dan mati meniti hari.

07 Julai aku pegi, panggilan illahi sudah memanggil, aku pegi dalam tidurku, wahai sayang, .ni hanya yang kutinggal buatmu, buat kau tahu isi hatiku.


Sygku,
Dikala kamu membaca suratku
Aku sudah tiada buatmu,
Tolong sedar akan takdirmu,
Bukan aku yang lahir untukmu,
Dan kamu bukan tulang rusukku,
Kerana aku sudah tiada,
Diri sudah dijemput tuhanku.
Jagalah dirimu sebaik termampu,
Lupakan aku, masa silammu.
Bukan niatku kejam kejam padamu,
Hanya sekadar melindungi kamu,
Aku sudah tidak  mampu,
Memberi harapan buat kamu,
Kerana aku sudah diberitahu,
Sakit ini penamat buatku,
Ku harap kamu lpakan aku,
Jangan doamu ada aku,
Lupakan aku, yang kejam padamu,
Lukai hatimu dengan sikapku,
Wahai sayang, tolong maafkanku,
Yang TIDAK.. BISA MEMILIHMU..

18 comments:

Miss Ran said...

sedihhhh

fRaMe+LenSeS said...

cepatnya kamu Cik Ran. :)

Muslimah Optimis said...

awat tacing sangat ni?? huhuhuh... ermmm.. mcm ada kaitan sikit2 dengan kisah hidup ampa ja.. ermmm... xpa, tabahkan hati k.. ramai kawan2 suppot..penulisan anda baik sekali.. cuma boleh dikembangkan bagi panjang siket

nora amila ghazali said...

rasa macam ada kaitan ngan along.. melalui cerita along kat nora... hurmmm sabarya.. tapi waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa air mataku menitis.. tapi tersenyum dengan ayat... kamu bukan tulang rusukku..

fRaMe+LenSeS said...

Aimaa :: maceh sangat.. hahaha.. modd tacing kot malam ni. malam ni baru cita tacing. kami y tacing. sebab tu ada lagu.. hahaha.. insyALLAH, kami sedang perbaiki kami berkarya..

Nora :: ayat tu dari kamu. kisah kamu. tertarik nak pakai sebaris kata. maceh ya adik Nora.. ;) ehh.. jgn la ngs.. tak sedih pn cita tu.. ;)

Pakcu said...

sob3...wuwuwu T_T

fRaMe+LenSeS said...

cam tak sedih ja pakcu? :P

Solihin Zubir said...

alahai... sedihnyaaa...
cinta tak kesampaian...
ternyata Allah lebih menyayanginya..
cinta manusia tdk mampu menandingi cinta Illahi..

♥yaya budak suka embun♥ said...

sedihnya...dah la tengah ada masalah skang ni..huaaaaaaaa T________T

BLOG BUDAK TAK BUSUK

fRaMe+LenSeS said...

SZ :: betul. kita cuma yang merancang, tapi perancang yang sebenar2 hanya lah ALLAH, ;)

Yaya :: awat cheQ? apa masalah.. kongsi la.. ada penasihat pree kat cni.. ;)

Erin Azizan said...

aduh tacingnya nadh..huhu nak rquest nadh buat cerpen boleh tak?

fRaMe+LenSeS said...

Erin :: boleh aja.. sila2.. nak nadh wat pasai apa?

♥yaya budak suka embun♥ said...

banyak masalah. banyak sgt. hidup pn dah jd tak ketahuan hala. suma sbb DIA T________T

NAK SINGGAH TAK :BLOG TAK BUSUK

kiera'sakura said...

nak buat poem balasan blh? konon2 mcm si dia la yg blas...

siapa kamu untuk mengukur cintaku?
siapa kamu untuk menilai isi hati ku?
siapa kamu untuk menghalang kesetiaanku...
kenapa tidak izinkn aku mencintai kamu, menjaga kamu selagi nyawa aku masih dipinjamkn oleh sang pencipta.. bukan kah adam dan hawa diciptakan untuk saling melengkapi?
saling menghargai?

=)

fRaMe+LenSeS said...

Wahhh., ada balasan dari Ira la.. wowww.. i like la. ;))

pengemis Cinta~ said...

sedihnya..cinta tak kesampaian..sesungguhnya tiap insan milik Allah jua..jangan terlalu mengharap leib dari pengharapan pada Allah.insyaAllah sentiasa bahagia walau terluka.;)

Nong Andy said...

layan citer sedih buat hati pilu.. mata masuk habuk..

CikUna said...

hihi... senyum sensorang walau kisah ni sedih tapi happy untuk Kiera & Nadh.. =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA