Followers

Sunday, 17 April 2011

Kerana Seekor Ulat Bulu?

Aku dengan dia nak kata baru tak juga. Dah hampir setahun kami berkenalan. Cerita perkenalan kami bermula ketika aku dan dia sama-sama menyertai satu kursus di selatan tanah air. Kursus bila kerja dalam badan kerajaan ni kan. Biasa la tu. Dia adalah orang dari Utara tanah air, iaitu di Kedah, dan aku, (chewah buat macam duduk kat Sabah Sarawak plak dah) Aku pun dari Utara jugak. Aku orang Pulau Pinang. nak di buat cerita kan, kami masing-masing bekerja dalam satu bangunan, tapi hairan, tak pernah pula bertemu. So dipendekkan cerita dari kursus ni la kami mula rapat, mula berkenal-kenalan. Nama dia Aina, seorang gadis yang rock, serius aku cakap weyh, antara aku dengan dia, rasa aku ni nampak la sopan sikit dari dia. Dalam erti kata lain, dia ni agak kasar okeh, tapi aku selesa dengan dia. 

Ceritanya bermula macam ni. Aku dan dia ni sebenarnya masa mula berjumpa dekat kem ni adalah musuh ketat. Aku jumpa ja muka dia, aku dah gaduh dengan dia, mana tak nya, aku dah la dok panas ni, dia boleh plak tarik kipas kat depan aku tu. Maka dengan rendah diri dan panasnya aku sound la.
"ellowww kak long, pada-pada la kipas tu hang nak pusing kat hang pun.. orang lain panas jugak.."

"ni bro, yang hang dok kecoh sangat ni awat? tadi sekoQ pun tadak depan ni. la ni aku pusing mai kat aku baru nak tegegeh mintak.."

"tu tadi la kak long, la ni aku tau aku panas, " dengan slumber selepas aku cakap tu, aku pusing kipas tu ke arah aku, tapi aku ni bukan la seorang yang melampau sangat, aku masih fikirkan orang lain, jadi kipas tu aku betulkan kedudukan dia agar bila dia berpusing dan kena semua orang angin dia. Aku dapat tengok la muka minah ni masam ja. Tobat hangin la tu dekat aku. sebenarnya aku ni agak keras jugak dengan perempuan ni, malas aku nak bagi peluang, kang makin mengada-ngada. 

Lepas dari tu, kami semua diminta berkumpul di luar dewan dan dibahagikan kepada kumpulan, sekali lagi aku di uji, masa aku nak jalan tu, minah ni seperti nak balas dendam dekat aku, elok aku nak berjalan ja, dia sesaja tolak kerusi depan aku tu, terlanggar la aku. Lepas tu dia buat-buat tak tahu macam ada yang tiada apa terjadi. Sekali lagi memang aku diuji la. Geram aku.. tak apa, tak apa.. aku mesti balas balik punya..

Bila dah berkumpul dekat dengan padang perhimpunan tu, kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan. semua sekali ada dalam 5 kumpulan. Memang dicampurkan tiap yang ada di sini ni, pihak berusaha tak biarkan semua ada bersama dengan kawan masing-masing, tapi dipecahkan dengan campurkan dengan orang dari lain-lain cawangan. rasa aku seronok ja dapat kenal-kenal dengan orang baru. maklumlah aku kan suka berkawan, tapi satu ja yang tak syok dalam kumpulan ni, entah macam mana mereka susun entah, boleh pula aku terduduk satu kumpulan dengan minah ni.

Starting dah mula ada tanda-tanda nak perang lagi. Semua dok berkira-kira memilih ketua kumpulan, aku biasa la, malu-malu nak kedepan, slumber ja minah ni sound.
"wah mamat baju merah, ang ja la p jadi ketua, susah sangat dah semua tak mahu.."

Seraya itu, beberapa orang menyahut, "betul la tu, pergi aja la."

Kemudian, sekali lagi minah ni sound,
"cadangan ditutup. " dan dibalas beberapa orang selepasnya. "Setuju."

Aku terdiam lagi. Dalam hati memang panas la. memang cari pasal la minah ni. aku memang rasa nak cekik kau, kau tahu tak? sesuka hati ja nak kenakan aku.eeeeee

Bermula dari saat tu, aku adalah ketua kepada kumpulan Langkasuka yang diberi nama, nak bangga kejap la sebab aku dapat rasakan macam aku ni la mamat bernama Merong Mahawangsa yang sedang "famous" ketika ini dengan kutipan wayang berjuta-juta lemon, dan bangga sekejap sebab cerita ini dengan bangganya telah menaikkan nama filem melayu ke tahap yang baru. Walaupun ini bukan cerita Merong Mahawangsa, tapi nama kumpulan ni pun dah buat aku rasa macam dia, dengan badan yang gagah berani macam aku ni, memang macam hero tu la.

Hari ni, kami ada aktiviti pagi, apa lagi, bangun pagi, mesti la kena senaman kan. Masa encik instructor belum lagi ja nak mula, minah ni dah bising-bising, bebel la apa lagi. menyampah sangat aku rasa. malas jugak nak layan tu, then tetiba enchik instructor panggil volunteer, jadi kepala senaman pagi. Terdiam semua orang, aku pn dengan slumber badaknya cakap, "meh saya jadi volunteer" dalam hati memang nak jadi volunteer pn, tapi aku nak kenakan seseorang, since aku meluat tengok minah ni, aku nak kenakan dia.. hehehe..

"Saya nak beberapa orang volunteer lagi supaya orang lebih senang nak paham senaman ni..boleh tak encik?" soalku kepada encik instructor.

"boleh, kamu pilih la mana kamu mahu." jawapnya. Dan dengan secepat kilatnya aku pilih minah tu,  dan beberapa orang lagi, mula nya dia macam berat nak kedepan, tapi selepas di panggil oleh enchik instructor, dia hadir juga di depan, aku lihat dia dah merah muka, masam ja aku tengok, dah macam nak telan orang. Aku buat tak tahu aja, dalam hati aku "padan muka ang, sapa suh pagi2 buat aku menyampah.. ". Maka berlangsunglah aktiviti senaman yang dikelolakan oleh aku. aku seronok tengok minah ni terkial2 dengan senaman pelik yang entah dari mana aku dapat idea ni pagi-pagi, tapi aku tak kesah pun, yang aku tau aku dapat kenakan hang. ahahaha.

Lepas tu semua orang pergi makan. Semua ada dekat dewan makan. aku yang datang last sekali sebab lepas senaman tadi enchik instructor mintak tolong aku sesuatu, aku mengikut saja la. masa aku masuk dalam dewan makan, baru sahaja nak makan, tetiba minah ni lalu dekat aku, aku pun tak tahu apa dia nak buat, tapi ntah macam mana dia boleh nak terjatuh, dan air dalam cawan dia tu, dia curah kat aku, bayangkanlah, air milo panas, kena dekat aku. tak menjerit aku? tu satu hal la, ni baju putih kesayangan aku lagi.
"oopss.. maaf.." keluar dari mulut dia. aku nak kata apa lagi. dia dah mintak maaf, takkan aku nak sound kot? terdiam aku, seraya menggangkat pungung aku dan berlalu ke bilik aku, sakit hati, dan geram, habis hilang selera aku nak makan, dah la nasi goreng aku dah jadi nasi kuah milo, air teh jadi Mi-Teh (Milo campur teh), ilang mood aku nak makan, (hilang2 mood pn aku amek jugak la karipap milo tu kunyah sambil mulut memamah makanan, hati dok berleter sal apa yang jadi tadi.)

Semua kembali berkumpul dalam pukul 10:30. Aku datang terlambat sikit sebab membasuh sekali baju kesayangan aku tadi. Kali ni semua ada aktiviti lain pula. Hari ni ada aktiviti mendaki. Kumpulan kami merupakan kumpulan yang ke3 bermula. So far aku berpuas hati dengan kumpulan aku, semua memberikan kerjasama yang baik sekali termasuklah minah ni. Walau aku benci kat dia, tapi aku rasa dia ni agak baik jugak, sebab perempuan lain dalam group ni banyak dia yang bantu, bila berdepan dengan track yang susah, dia la yang amek peranan dia, nak harap aku, memang tak la, aku sangat menjaga bab aurat dan sentuh menyentuh ni. Segalanya berjalan baik. sampai kami sampai ke destinasi. Sampai kat destinasi aku pergi dekat dekat minah ni, masa ni dia dok seorang kat belakang tempat berkumpul.

"Assalamualaikum Aina,. Terima kasih.. "

"waalaikumussalam. Terima kasih apa? aku buat apa? "


"ya la, tadi ang tolong budak2 group kita kan."


"biaQ p la aku nak tolong, ang nak sibuk pasai apa? "


"awat yang hang tak suka sangat dekat aku ni? aku buat salah apa dekat ang? "

Tetiba ja sebaik aku cakap tu, seekor ulat bulu terjatuh ke atas baju dia, apa lagi, menjerit la si garang ni.
"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...." kuat betul dia jerrit, tak cukup dengan tu, melompat naik atas aku pulak tu.. aku lagi la terkejut, tu lum kira lagi orang-orang lain yang ada di sekeliling aku tu. Aku buangkan ulat bulu tu, dan dia turun dari atas aku. aku dapat tengok merah padam muka dia. Selepas dari kejadian tu la aku dan dia mulai rapat. Dari Musuh menjadi Kekasih. InsyALLAH, awal tahun depan aku dan dia akan menamatkan zaman bujang aku.

Alhamdulillah, dari sekecil hal, dari permusuhan, dirapatkan hanya kerana Seekor Ulat Bulu. hihi.. Pesan aku, Nabi ada pesan tau, "Berpada-pada membenci kerana takut kelak kita akan sayang, berpada-pada dalam bersayang, mungkin kelak kita akan membencinya.. ", ALLAH Maha Mengatur, DIA yang Maha Tahu tiap apa susunan Nya. Jika dah DIA tekan Suis Hati tu, apa pun tak mampu kita wat kan? apapn, aku bersyukur. Alhamdulilalh..


Note :: Special Thanks to Adik Nadzli Azlan sebab mengilhamkan Ulat Bulu sebagai tajuk cerita ni dan sebab napa leh wujud cita ni. ;)

24 comments:

nadzli azlan said...

errr , story sapa nie ?

ieda CUMA said...

comelnya cita nie.. suka! cograt ya...

mr E oSk gurL said...

ni mmg mcm true story je...waah2....apa lg...ce iter...ce citer...=)

AdyBudika said...

tak pernah remove nadh..tapi tak tau awat jadi unfollow.. sama kes dengan shida ngan cik gskb gak... T_T

♥CiK DuYuNg_Ca♥ said...

wah~ cter pasai nadh kew? so sweet...lhamdulillah..semoga dipnjangkan jodoh hingga ke akhir hayat & insyaALLah sampai ke syurga.

JuAn NaSir said...

pergghhh sweet citer ang,hehe

tahniah la yer =)

*SaBRiNa * said...

haha..best2!!

Ly_Tulip said...

kesah benar ke???Sweet je...da macam cite dalam novel2 je...Hehehe

Congrates la ea.. :)

cahaya said...

kisah benar ke ni abg..
waa..best2..:)

Muslimah Optimis said...

hahahaha...
nice la weyy...suka at mi-teh.. hahaha.. nasi goreng kuah milo.. hihihi...

kami ada pengalaman nga ulat bulu gak.. haha... masa kecik2 tadika kot.. selepas insiden itu tak berani lagi pakai short..haha... geli2.. jenuh tesyeh ngan rambut..

~queraiza cullen~ said...

alalallaa...syomel nye...congrats..=)

Novelgurl said...

bestnya ;D

AdiSuda said...

grrrr..tak boleh jadi ni..awat idea nadh dok ad ja tak tau..ahaha..

Pak Aji said...

salam.. lepak cni kejap tengok ulat bulu.. hehe
Aku kena marah ngan bos

Miss Ran said...

ske2..hehe nadh..bkn idmn..tp mak ai punye..nk naik je takmo drve

misscha said...

gegar2.......dah follow u dear, jemput follow i....mau2?

fRaMe+LenSeS said...

Adik :: ahahaha.. tu dah letak credit tu.. :P

Ieda :: terima kasih ya.. :D

TTM :: cerita rekaan la cheQ.. ne ada cita betoi..

Ady :: takpa aih ady.. nadh paham la.. no werries.. ;D

Cik Duyung :: amin2 sebab doa tu. tapi ni cita rekaan nadh ja.. ;) tapi takpa la tima doa tu untuk reality ya.. hehe

Juan :: terima kasih bro. ang pn sweet jugak. hehe

Sabrina :: maceh. kamu besh jugak..

Tulip :: sweet ka? sesweet kamu leh tak? hehe

Cahaya :: tak la. ni cita abg raka ja..

Aimaa :: hihi.. kami penah kena jugak. masa budak2 dlu.. huu. gatai weyh..

Cullen :: terima kasih. congratz kat kamu jugak..

novelgurl :: terima kasih.. :D

Adi :: hehe.. jgn la geram kat nadh.. nak geram p geram kat Nadz. dia la punya pasai ni.

Pak Aji :: sila2 singgah.. hehe

Miss Ran :: wahh.. ingatkan idaman kamu tu. hehe. maceh membaca..

Misscha :: maceh gegar cni.. suka.. :D

Hanieqha said...

comey la ulat bulu dia..
hikhik..

Tutorial update blog dengan SMS
taktik REVERSE PSYCHOLOGY.

Cik Z@i Pen@nG said...

suweeeet =)

cik najihah said...

pewit...sweet nyee,,

fizan wan pani said...

ngee...awat shiok sungguh cerita hang ni dik..tahniah la no...semoga kekal bahgia sampai ke akhir hayat..

kak mai melawat balik dr

http://fizandanfamili.blogspot.com

bojie_boboy86 said...

betul ka cite rekaan ni...macam betul ja...hehehe...singgah dari segmen Ben Ashaari...

cik pulau said...

tu lah..
jangan duk benci sesuatu sebenci-bencinya...kelak, bertukar kepada sayang..
dari mana datangnya benci kalau bukan dari hati..
dari mana datangnya sayang kalau bukan dari hati..
semuanya dari hati..
berpada-padalah dalam menyayangi dan membenci sesuatu..^^,

fRaMe+LenSeS said...

Hanieqha :: maceh kamu. comei ae? nak ka? bela sorang sekor.. :P

Cik Zai :: hihi.. maceh2.. kamu pn sweet gak.. :D

Cik Najihah :: ya ka? maceh2.. :D

kak Fizan :: ya ka akak? terharu ssat.. hehe.. maceh2.. :D

Bojie :: ni rekaan ja kamu.. :D

Cik Pulau :: wahhh.. quote kamu sgt hebat.. masyuk dan manthopp.. besh2.. hehe

Buta+Pekak+Bisu=CINTA