Followers

Thursday, 2 February 2012

Cerpen | Takdir Cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Selamat tinggal. "

"Tapi kenapa? Apa salah saya?" 

"Tiada salah pun , tapi rasanya cukuplah sehingga saat ini kita berhubungan. " Balasku ringkas. 

"Tapi...."

"Maafkan saya Dira. Maafkan saya. " Maka menangislah Dira sebaik mendengar ucapanku sebentar tadi. Aku pula, perlu terus melangkah. Ini adalah langkah terbaik buat kami. 3 tahun membaja cinta, tapi hari ini, aku putuskan untuk berpisah. Pergi dari kenangan, meninggalkan jejak-jejak yang pernah aku buat sebelum ini. Dan Dira, yang berada dibelakangku, menutup matanya, tidak dapat menahan lagi sebak, mungkin berat baginya, tapi tidaklah dia tahu bahawa aku yang membuat keputusan ini juga tidak dapat juga menerima apa yang aku sendiri putuskan ini. 

******************************

[You light, lighted and will always light my life]

Seminggu sudah kejadian itu berlalu. Tapi Dira masih lagi tak berhenti dari bersedih. Air mata tak berhenti bercucuran dari matanya. Baginya Amirul tidak menunaikan janji yang dipaut sebelum ini. SMS yang dibacanya tadi ingin sekali didelete, tapi dia tak sanggup nak buang apa yang disimpan. Baginya ianya tersangatlah berharga. Kasih sayang yang dipupuk, segalanya yang pernah berlaku. Walau kini ibarat pohon yang mati walau senantiasa dibaja dan dijaga sepenuh hati.

"Dira, mari makan sayang.." kejut Nani, Mama kepada Dira. sambil jari mencuit pinggang Dira.

"Taknak. Dira tak lapar Ma. " Balas Dira.

"Marilah makan sayang. Sampai bila nak macam ini?"

"Kenapa dia taknak kat Dira dah Ma? Kenapa? Apa yang masih tak cukup pada Dira ni Mama? " Dira menyoal Mamanya. Lantas terus memeluk mamanya. Ibunya terus membalas pelukannya itu, tindakan refleks seseorang yang dilakukan apabila pelukan diberikan kepadanya.

"Mungkin ada hikmah disebalik semua ini sayangku. Tiada lain melainkan ALLAH yang Maha Mengerti apa sahaja yang ditakdirkan buat kita. "

"Dira nak dia Ma, Dira nak Amirul." Nani hanya berdiam diri. Sambil tangan nya mengusap-usap belakang anaknya. Dia masih berusaha memujuk anaknya untuk menerima hakikat yang sememangnya berat untuk diterima, tapi merupakan 'ujian yang dicari'. Dia juga bermuram mengenangkan peredaran zaman yang berlaku kini. Sedih mengenangkan nasib anaknya, tapi lebih menyeluruh kepada nasib semua, iaitu bila fikirkan apa yang perlu dibuat bagi mengelakkan anak-anak muda 'mencari cinta sebelum masanya'.


******************************

Di satu sudut yang lain. Amirul juga sebenarnya menerima penangan yang sama. Tapi dia bijak melawan rasa yang menggundahkan jiwanya dengan mendekatkan jiwanya pada ALLAH. Jika dulu waktu ber-SMS dengan kekasih kini dihabiskan dengan bermunajat kepada ALLAH, kata-kata 'i love you' berubah kepada 'Astagfirullah, Alhamdulillah, La ilaha Illallah'. Waktu-waktu bersama berjanji temu dulu juga ditukarkan dengan 'berdatingan' dengan ALLAH. Jika dulu, berjam-jam dia berbual melalui telefon, kini berubah kepada bersujud penuh pengharapan, berharapkan keampunan dari Ilahi. Bagi nya , inilah ketenangan sebenarnya yang dicari. Ketenangan yang diperolehi setelah Iman bersatu dengan jiwa.

**Imbas kembali**
"Sayang, mari kita ke sana." Dira berkata, sambil tangannya mencapai tangan Amirul. Amirul hanya menurut sahaja, setelah digenggam kembali tangan kekasihnya itu, mereka bergerak ke hadapan.

"Kita nak kemana ni sayang?"

"Marilah, kita ke pantai. Malam ni kita lihat bintang ye sayang. Suka sangat tengok bintang malam ni. "

Pemandangan cantik langit menjadi tatapan keduanya. Dan berdakapan keduanya sambil terkekeh-kekeh gelaknya dengan gurau senda . Bahagia sungguh mereka ketika ini. Bahagia dunia kerana bersama yang tercinta, tapi sebenarnya sedang mengundang kemarahan Tuan Penguasa Alam yang berkuasa atas segalanya.

Namun apalah sangat semua itu, bila syaitan datang menyucuk jiwa, membakar nafsu manusia terhadap kasih yang tidak membawa ke mana melainkan berkasih kerana dosa dan kegembiraan seketika. Masing-masing menjadi lalai, tiada pula difikirkan kedua ibu bapa yang berharap akan kejayaan anak-anak mereka. Langsung tidak terlintas akan yang lain melainkan kekasih yang berada di hadapan mata mereka ini.

*tamat imbas semula*

Amirul menangis. Hatinya pedih memikirkan kekhilafan diri yang berlaku dek kerana terlalu asyik dengan cinta. Dia sedar yang pernah satu ketika, cintanya pada Dira sudah lebih dari jiwa yang mendambakan Syurga dari ALLAH, kerana hati sudah terpaut akan syurga dunia ciptaan budaya masyarakat kini. Hilang apa pun didunia ini bukan apa-apa baginya, terutamanya bila Dira ada bersama. Tiada lain melainkan janji sehidup semati yang menjadi kata luahan, bukan lagi istigfar yang menjadi peneman jiwa yang senantiasa inginkan keampunan dari ALLAH.

"Ya ALLAH, ampunkanlah aku ya ALLAH, ampunkan juga Dira ya ALLAH. Aku tidak menjadi yang baik kerana aku membawanya ke jalan dosa ya ALLAH. Ampunilah kami Ya ALLAH, ampunilah kami." Air mata turun berderu dari kaca mata Amirul. Dia sangat menyesal dengan apa yang dilakukan sebelum ini.

******************************
Bila kamu ni nak selesai pula Amirul? Soal Ibu, seselesainya majlis pertunangan adikku, Amira.

"Mungkin belum masanya ibu." 

"Belum masa? Atau kamu tu yang tak henti-henti lagi melayan perasaan tu? "

"Eh, mana ada la ibu. Amirul dah lama tinggalkan apa yang lepas tu Ibu." 

"Habis tu? Kenapa sampai sekarang tak ada penganti? "

"Sebab Amirul tak cari. "

"Tak cari? Habis tu nak kahwin dengan sapa? " Ibu menyoalku kembali.

"Ibu, Amirul nak tiru Ibu dan Ayah. "

"Tiru Ibu dah Ayah?" 

"Iyalah, Ibu dan Ayah berkahwin baru bercinta. Amirul rasa itu sangat sweet. Tak macam masyarakat kita kini yang pemikiran macam dah kena pateri dengan kenyataan pelik lagi sesat bahawa kita kena cari orang yang kita nak, bercinta, dan lepas tu kahwin. Ibu carikan ye? Amirul terima sahaja macam mana pun. " 

"Ikut kamu lah. Tapi nanti bila Ibu dah jumpa, macam-macam alasan pula kamu beri."

"Amirul janji, Amirul terima sahaja apa yang Ibu dan Ayah dah carikan. Takkan Ibu dan Ayah nak carikan yang tak baik nak jadi menantu kan? " Balasku lembut. Sambil mencium pipi Ibu. Ibu tersenyum dengan perbuatanku.

******************************

"Ini orang nya Amirul. Ibu dah cari. "

"Ermm. Tak apalah Ibu. Amirul ingat nak ia terus menjadi tanda tanya sampai dah diijabkabulkan. "

"Kamu ni pelik la sayang. Takkan taknak tengok? Karang tak berkenan pula?" 

"Amirul dah cakap dengan Ibu kan? Macam mana pun Amirul terima. "

"Ayahnya, tengok anak Ayah ni. "

"Sama sebiji macam Ayah dulu. Macam tu la masa nak kahwin dengan Ibu. " Bicara ayah. Tangannya mencapai tangan ibu. Di usap-usap lembut. Ibu menoleh pada Ayah. digenggamnya tangan Ayah. Keduanya berpandangan. Aku dapat melihat sinar kebahagiaan di mata mereka. Walau sudah berpuluh tahun bersama, Ayah tak pernah tidak menjadi seorang yang memahami dan berkongsi dalam rumah tangga. Dari kerja mengemas, hinggakan memasak. Ayah tak pernah berat tangan untuk membantu. 

Dan aku, tak pernah lupa 'take note' apa yang mereka buat. Akan ku belajar dan jadi sebagaimana Ayah. Idola ku. 

******************************

"Dira, Mama rasa dah tiba masanya Dira berkahwin. " kata Nani. Dia berasa lega melihat anaknya sudah berubah banyak semenjak dia kembali dari sekolah pondok. Bukan sahaja berubah pada luaran, tapi jiwanya yang sangat-sangat berubah.

"Dira terima apa sahaja Mama. Perjalanan Dira di sana banyak mengajar Dira tentang erti kehidupan yang sebenarnya. Dira bersyukur yang Dira dah jumpa apa yang sebenarnya patut Dira kejar dari dulu lagi. "

"Alhamdulillah sayangku. Mama gembira lihat Dira macam ni. "

"Ampunkan Dira Mama. Sebab Dira banyak buat Mama risau dengan Dira. " Balas Dira pada Ibunya.


"Tak apa sayang, ini kan pengajaran hidup. Takkan nak selamanya manis kan? Mesti ada juga pahitnya. Walaubagaimanapun, pahit tu yang ajar kita lebih banyak dari manis walau kita lebih cintakan manis " Nani berfalsafah.

"Benar Mama. Tiada seorang Muslim menderita karena kesedihan, kedukaan, kesusahan, kepayahan, penyakit atau gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa-dosanya."

Keduanya berpelukan. Bersyukur pada ALLAH kerana pertemuan dengan kesedihan, ujian dan kepayahan masa lalu itu merupakan salah satu tanda kasih yang dikirimkan buat hamba. Tiada lain melainkan ucapan syukur dan terima kasih pada Maha Pencipta atas semua itu.

"Barangsiapa bertaawakal kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." (Ath-Thalaq : 4)

******************************

"Tak sabarnya nak tunggu along kahwin." Amira bersuara.

"A'ah la along. 2 bulan ja lagi ni. Adik pun tak sabar ni. Tak sabar nak dapat Kakak ipar. " Balas Adik bongsuku, Amir sambil tersengih.

"A'ah kan adik. Angah pun tak sabar la nak dapat kakak baru. Bakal kakak tu cantik tau along."

"Putih pulak tu along. Sangat cantik. Rugi along taknak tengok gambar dia. " Tambah Amir.

"Itulah kan Adik, sombong benar along ni. Bakal isteri sendiri pun taknak tengok."

"Sayangku, cantik itu subjektif, bagi along, biarlah cantik itu pada pekertinya, indah pada budinya, tidak cantik luaran pun tak apa. Putih itu biarlah seputih nota kiri yang bersih dari perbuatan-perbuatan dosa. Hati dan jiwa yang senantiasa mengingati ALLAH, tiap saat dan tiap ketika, tidak berhenti beristigfar, berdoa dan memohon ampun dari NYA. " balas ku panjang lebar. Keduanya terdiam. Sebenarnya bukan pertama kali perkara ini dibualkan. Aku tahu keduanya berhati baik, suka dengan pilihan Ibu yang mana menepati citarasa mereka dan aku juga tahu yang mereka sebenarnya 'excited' dengan apa yang akan berlangsung 2 bulan lagi.

******************************

Sehingga tiba masanya. Segalanya berjalan lancar. Tanpa ada gangguan di tengah-tengah. Aku akhirnya diijabkabulkan dengan seseorang, pilihan Ibuku. Tiada pula masalah disebalik perubahan hidup aku dan dia. Kata orang kini, hubungan tanpa cinta susah benar hendak dihadapi, kerana cinta itulah tunjang dalam pernikahan, tapi aku sangkal semuanya. Aku menerima dia tanpa cinta. Begitu juga dia yang masing masing memilih menerima bulat-bulat hanya kerana ingin melengkapkan agama.

"Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi"

Kami berpegang pada kata-kata ini. Cinta itu dipupuk, sayang itu dibaja, ianya tidak mustahil dapat dibina tanpa wujudnya landasan awal yang dibina sebelum sahnya . Bukankah perkahwinan 'foundation' terbaik buat tapak-tapak cinta itu dibina, kerana hasilnya, walau hanya sekecil menyentuh, digugurkan dosa-dosa dari celah-celah jari itu sendiri.

******************************

"B, buat apa tu? " Sapa isteriku.

"Eh tak ada apa-apalah Dear. " 

"Sinilah B, tadi janji nak tolong Dear wat kek kan? "

"A'ah, lupalah, B datang ni. "

Takdir Cinta bukan? Alhamdulillah. Sememangnya jika dia untukku, dia akan menjadi milikku. Bersama dia, sang isteri kesayangan, bukan sahaja tubuh bertautan, tapi air mata diseka kerana syukurnya pada ALLAH atas nikmat pemberiannya. Cinta indah bila kita memiliki redha. Keindahannya hanya ada pada yang menggunakannya buat mencari Syurga bukan? Kesabaran dikurniakan Syurga di sini dan di sana. Terima kasih Ya ALLAH. Akhirnya. Dia milikku juga.

***Tamat***

 Takdir Cinta by Ayatulmariah

Note : Cinta itu jambatan menuju Syurga, apabila dia menjadi penunjuk kepada jalan neraka, maka jauhilah dia. Mungkin perpisahan itulah jalan terbaik buat seketika. Jangan takutkan akan kehilangan yang disayang, kerana kehilangan kesayangan ALLAH itu yang utama perlu ditakuti. Tidak mustahil 'apabila ulat sudah berubah menjadi rama-rama', ianya bakal bersatu kembali. Bukankah Jodoh itu Rahsia ALLAH? ^_^

4 comments:

EZAD AMIR said...

wahhh siap ada petikan ayat Quran lagi...menarik jln cite dia..

Naniey TJ said...

mmm..... good job....

Nong Andy said...

Cinta jambatan ke syurga.. oh ayat tu sungguh menarik :)

kiera'sakura said...

Nadzri....... ;(

tapi kan... ustd hasrizal kata... kalau kita dh terlanjur berkawan dgn seseorang tue,, dan kita dh tau salah kita...

tak salah klu kita teruskan perhubungan tue asalkn kita ada niat nk melangsungkan pernikahan dgn si dia tue, tapi kena kurangkan ektibiti berdua la... kta ustd hasrizal

Buta+Pekak+Bisu=CINTA