Followers

Wednesday, 30 March 2011

Si Pipit, Enggang, dan Merpati Putih


Si Pipit terbang sendiri mencari kawan. sebenarnya dia dari satu kumpulan, terbang bersama menyanyi riang, tapi dia terlalu suka, terbang kesini, terbang kesana, bersuka ria sepanjang jalan, tapi tetiba dijadi cerita si Pipit sesat tertinggal lah dia, entah di mana dirinya dia, tercari2 mana semua. tinggal sendirilah dia yang tersesat tapi kemudiannya dia bertemu sang Enggang di pertengahan jalan. si Enggang besar sekali, malah nampak gah dan hebat. kata si Pipit,

" kamu besar sekali, kamu nampak hebat sekali, malah rasa ku, jika kamu ingin berdamping denganku, maka akan jatuhlah aku bila sekali kau kepakkan sayapmu,"

jawap si Enggang. " ya. aku besar. dan aku begitu gagah dalam kalangan kita, malah jika nak dibandingkan aku dan kamu, kau hanyalah pipit, yang kecil dan tidak susah nak kujumpa, beza dengan ku, yang gah, hebat ini, hanya jika kau benar mahu bertemu kerabatku, perlu kau mencari di tempat habitat kami, di mana kami tinggal bersama kerabat kami tanpa gangguan. "

"wahh. aku benar gembira melihat kamu, melihatmu membuat aku rasa aku jugak seperti kamu, yang hebat dan gagah di pandangan mata semua, aku benar kagum denganmu, tapi aku rasa, aku tidak bisa mengikutmu, aku hanyalah si Pipit kecil yang terpisah dari kalangan ku. "

"habis tu wahai Pipit, kemana pergimu selepas ini? sedangkan kamu si kecil yang tidak punya besar kudrat, mana mahu pergimu ? biarlah saja kamu denganku, akan ku temani kamu, melayan kamu sama seperti aku dan kelompokku. "

"aku rasa aku perlu berlalu pergi wahai Enggang, aku hanya akan buatkan semua memandangmu dengan pandangan sepi, Pipit tidak seperti Enggang. izinkan saja aku membawa diriku "

maka berlalulah si Pipit sekali lagi, perjalanan yang memakan masa tu, buatkan dia lemah tak berdaya, di saat si Pipit keletihan, dan dia berhenti untuk melepaskan penat perjalanannya, muncul pula Si Merpati Putih, Pipit yang keletihan tidak berkata apa, cuma kagum dengan Si Merpati Putih yang hadir dihadapannya. baginya, indah sekali penampilan putih bersih Si Merpati Putih, membawa mesej suci dari warna dan penampilannya, begitu kagum si Pipit lalu bertanya pada Si Merpati Putih.

"wahai Si Merpati Putih, dari mana datangmu, aku betul seronok melihat kamu. "

"Wahai Pipit, janganlah kamu berkata demikian, aku jugak demikian, berasa gembira melihat kamu dihadapanku. tapi Pipit, dari mana kamu? melihat kamu begini, buat aku tertanya sendiri, mana hadirnya kamu disini, tanpa bersama pipit seisi"

"Wahai Si Merpati Putih, aku hanya si Pipit yang sesat mencari jalan, mencuba berjalan, berharap agar bertemu golongan, yang entah di Utara, mungkin di Selatan.yang sendirian tanpa sokongan. "

"Pipit, sudikah kamu mengikut aku, bersama aku dan keluarga aku, perjalanan kami, hanya disini, kami tidak ke sana sini, cuma kekal di tempat sendiri,"


"Wahai Si Merpati Putih, begitu suci dan murninya kamu, adakah dari kelompok golongan kamu, suma begini, putih bersih dan suci sekali seperti pandanganku,? "

"Wahai Pipit, aku mengaku, dari kalanganku, semuanya putih2 sepertiku, bukan dari aku, tapi mungkin ini sudah ketentuan dan pilihan ALLAH menjadikan aku demikian rupa, akan tetapi, kau lihat aku seperti ini, bukan ertinya aku tidak seperti kamu, kita masih sama sahaja nak dibandingkan, masih kau dengan sayapmu, aku jugak dengan sayapku, kau bisa terbang, dan aku juga bisa terbang, tiada apa lain dari ku, melainkan keputihan yang dikurniakan ini wahai Pipit. "

"aku kagum benar melihat kamu, suci bersih nya kamu dari pandangan mataku, aku benar kagum, tapi aku hanya si Pipit, aku tak mungkin dapat menukar diriku seputih kamu, seputih golongan mu, kita berbeza, aku adalah aku dan kalanganku, dan kamu juga dengan kalanganmu,. "

"tidak mengapalah Pipit, mungkin itu beza kita, tapi kamu masih dari keluarga besar aku, kita sespesis, mungkin lain rupa dan cara, tapi masih berkongsi nama, tinggallah dikau dengan aku, bersama kita bersatu padu"

"Mungkin tidak Wahai Si Merpati Putih, mungkin aku hanya menyinggah, selepas sahaja penat dan lelah, tiba hari tiba masa, aku pergi meninggalkan diri, hanya aku dalam kelompokmu, mungkin akan membawa kaku, biar aku membawa diriku, tiada lain mencari kaumku, tinggalah kamu bersama kaummu, kaum yang suci murni padaku, sungguh bersyukur di pertemu denganmu, membawa erti baru buatku. "

Si Pipit pun meneruskan perjalannannya kali ni. buat kesekian kali, mencari diri mencari identiti, mana pergi kaum sendiri. Akan tetapi, walau lain dicari lain ditemui, dia dapat meraih sesuatu, menemui siapa dia yang sebenar, mengatur cerita, mengenal DIA. ada memang punya isinya, biar lain, biar beza, tapi bukan itu soalnya, dia tekad, bingkas bangun dari lamunan, dia juga bisa menjadi, yang bersih indah, juga si gagah, walau bukan Sesuci Si Merpati Putih, bukan segagah Si Enggang, tapi dialah si Pipit kecil, lain dia dari mereka, namun ada lebihnya dia. mungkin sapa tidak menahu, tapi ALLAH Maha Mengatur. tiap satu apa adanya, punya sebab punya cerita. wallahualam.. ;)

8 comments:

Muslimah Optimis said...

so sweet.. sangat suka analogi ini...dalam hidup kita ada petemuan dan perpisahan....sejak dilahirkan kita dah berjumpa dengan pelbagai manusia namun dengan siapa yang bersama kita sehingga hari terakhir kita di muka bumi?? hanya Allah.. keluarga juga akan meninggalkan kita bila tiba masanya..
semua ini adalah satiu proses.. dalam kita mencari syurga Allah pelbagai tempat persinggahan kita singgah dan pelbagai jenis ragam manusia kita jumpa...

sangat suka dengan burung pipit tu... berdikari

fRaMe+LenSeS said...

Aimaa :: hihi.. suka jugak la dah kamu suka.. nak jadi pipit leh? ;) dalam cerita ada cerita.. sendiri pn suka baca hat ni.. hehehe

Muslimah Optimis said...

laaaa..ingat dia reka sendiri..huhuhu... nk buh kat blog kami boleh dak?? hohoho.. then backlink ke blog ampa la..hhuhu

fRaMe+LenSeS said...

Aimaa :: sebenarnya memang cita kami sndiri pn. kan da cakap, ada cerita dari cerita.. hehehe.. ;) nak amek, amek la.. ;) ilmu tu kan ilmu ALLAH, kami cuma menafsir dari apa ALLAH da bagi pada kami.. ;)

~Kirin Selama Perak~ said...

terbaik !
wat lagi crita mcm ni
konpem KSP terjah !
:)

HajarRasdi [BdkKck] said...

teruskan abg nadh!! best sgt.. ada bakat laa.. ^_^

shahjiehan said...

entri die lagi hebat! PENUH PENGAJARAN

jom baca dan komen Bulan bulan islam

fRaMe+LenSeS said...

KSP :: terima kasih, kamu juga terbaik. terima kasih kerana menerjah ;)

Hajar :: terima kasih adik. adk pn besh tau.. ;)

SJ :: ehh.. cam tak je.. hehe. cerita dalam cerita. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA