Followers

Sunday, 4 December 2011

Cerpen | Doaku Untukmu Sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

“Sini kau. Meh aku nak piat telinga tu..”

“Jangan la weh.. aku tak salah kot..”

“Tak ada nya, kau dah buat kot, takkan ngaku tak salah lagi.”

“Alaaa. Nak lawak-lawak pun dah tak boleh kau ni.”

Berlarian keduanya di atas padang tempat kami bertiga berjumpa. Amir di kejar Hana sebab Amir sudah kenakan Hana semalam. Hana tak puas hati, cari sampai ke sini. Aku yang ada di sebelah kiri padang hanya tergelak dengan telatah kedua mereka. Lawak sungguh. Mak singa versus anak kambing. Memang kena getah la kan anak kambing tu?

“Akim, tangkap Amir cepat..” Hana meminta.

“Kau tangkap aku siap kau Akim, tidur luar kau malam ni..” Amir menyambung..

“Kau tak tangkap siap kau, aku cubit kau sampai biru..” Hana menyambung.

“Aku nak sokong mana satu ni?” . Aku menjerit membalas jeritan keduanya dari jauh yang masih lagi berkejaran di atas padang.

Mereka adalah Hana dan Amir. Dua sahabat terbaik semenjak aku berada di sini. Semenjak kami bersama, inilah suasana nya, si Hana, ganas dan garang, semenjak dari kami kenal dahulu, dia tak pernah sunyi dari ‘naik hantu’ bila dia dikenakan, tapi kalau dia yang kenakan orang tak apa pula.

Si Amir pula, sedikit diam, tapi nakal. Pantang ada peluang , takkan lepas dari idea-idea nakal dia tu. Yang jadi mangsa selalunya Hana la. Saling mengenakan satu sama lain.

Aku? Ohh ya, aku adalah hakim. Tukang mengadili bila keduanya bergaduh.

**********************

“Class, please be prepare for your presentation tomorrow okay.” Ms Mas memberi arahan.

“Yes Miss..” satu class menjawap.

Lepas tu suasana menjadi bising, semua berbincang-bincang mengenai presentasi kami esok, yang mana bakal menjadi presentasi terakhir kami, untuk projek sem akhir kami.

“Kim, kau da ready ke?” Soal Amir.

“Rasanya. Kau plak?” Aku membalas.

“alaa.. Akim, takkan tak ready-ready lagi kot. Dia kan best student, kurang ready pn, hasilnya memuaskan, tambah kalau dah ready, mesti la sama dengan superb”. Hana membalas sambil tangan nya menepuk-nepuk bahu Amir. Keduanya tersenyum.

**********************

Berlalu sudah bertahun ketika mereka di University. Masing-masing pulang dengan pointer yang baik. Dan alhamdulillah mendapat kerja yang baik. Ketiganya bekerja di sektor swasta dengan posisi yang baik juga. Namun, mereka tidak pernah putus bertemu antara satu sama lain. Menunjukkan jalinan ukhuwah yang dijalinkan itu, merapatkan hubungan diantara mereka. Yang mereka pegang adalah, "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Satu hari,

“Akim. Aku ada perkara nak cakap dengan kau ni. Aku nak buat pengakuan..”

“Apa dia? Sila lah beritahu aku Amir. “

“Aku rasa aku dah jatuh hati dengan Hana. “

“Haa? Ahahahaha. Aku dah agak dah. Dari hari awal kita berkenalan bertiga aku dapat rasakan kau ada hati dekat dia.” Balasku pendek.

“Macam mana kau tahu ni?”

“Aku dapat rasa boss, aku ni kan doctor cinta.” . Aku sendiri tergelak dalam kataku.

“Kau dapat tolong aku tak?”

“Aku boleh berusaha, takkan aku nak hampakan sahabat baik aku kan?”

“Thanks bro, aku terhutang budi dengan kau.”

“menda kecik camni pun kau da terima kasih teruk-teruk. Tak payah la bro, apa sangat la menda ni. Malu aku kau ucap terima kasih camni.”

Amir tersenyum. Puas mungkin dengan jawapanku. Mungkin juga berasa lega kerana akhirnya dapat meluahkan perasaan yang dah lama terbuku dalam hati. Aku dapat lihat riak wajahnya berubah ceria selepas meluahkan tadi. Lain bebenar dibandingkan ketika dia mula berjumpa aku tadi.

Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang
**********************

“Aku cintakan kau Kim, macam mana kau sanggup serahkan cinta kita hanya untuk dia?”

“Aku tak mampu Hana, aku tak mampu nak menolak permintaan dia Na. Dia sahabat aku, dia terlalu penting buatku.”

“Dia penting buat kau. Habis aku? Aku ni siapa Kim?”

“Kau juga penting buatku, tapi bagaimana harus aku meluahkan kepada Amir tentang status kita? Ianya sangat susah.”

“Kalau kau tak mampu, biar aku yang memberitakan kisah ini kepadanya. Biar aku yang ceritakan semuanya kepada dia.”

“Jangan. Aku tak mahu sebab ini persahabatan kita terjejas. Dia pasti akan berasa dirinya dikhianati bila dia tahu perkara sebenar.”

“Kau buat aku berasa langsung tidak berharga Kim. Aku sedih kau sampai hati cakap macam tu, Aku ingatkan kau akan pertahankan kita, tapi kau lebih dahulukan persahabatan dari kita.”

“maafkan aku, aku cintakan kau, malah kau sendiri pun tahu akan hakikat itu, tapi aku tak sampai hati ingin lepaskan persahabatan demi cinta. Biarlah kita putuskan hubungan setakat ini sahaja. Aku tak sanggup melihat kesedihan di wajah kau lagi Na.”

Hana sudah mula menangis. DIa langsung tidak menyangka akan menghadapi kesulitan hubungan cinta tiga segi ini. Dari kedua sahabatnya, berubah menjadi kekasih dan rupanya, keduanya menyimpan perasaan sama terhadapnya, in fact, dia sendiri punya hati buat keduanya. Tapi , dia lebih pantas menerima Akim yang disifatkan lebih matang dari Amir yang kebudakan walau keduanya punya hati yang baik.

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

**********************

“Aku dah beritahu dia. Terpulanglah kepada kau untuk teruskan “

Sender : Akim

“Jika ini takdirnya.”

Akim bermonolog didalam hatinya. Dia sudah nekad akan pergi meninggalkan keduanya. Biar tidak putus sahabat dan biarlah dia tidak lagi melihat air mata yang turun dari kelopak mata kekasih juga sahabat nya Hana. Sepanjang bertahun mereka bertiga bersama, sudah acap kali dia menghadapi kesayuan air mata Hana, dan sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah meninggalkan Hana yang memerlukan dia, tapi kali ini, dia terpaksa nekad. Jika dia tidak mengambil keputusan ini, dia pasti tidak akan pergi meninggalkan Hana.

Digenggamnya erat surat tawaran kerja yang didapatinya dari Huawei Technologies (AUS) Corp. Yang di terimanya 4 minggu lalu. Dia nekad menerima tawaran itu, kalau dahulu berat , tapi kini dia nekad. Mungkin ini jawapannya untuk diri sendiri. Pergi membawa diri tapi orang lain menafsirkan dia pergi sebab menerima tawaran yang berjumlah kira-kira AUS dollar 30,000 sebulan.

"Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." 

Dia makin teguh dengan keputusannya.

**********************

“Jaga diri kau bebaik bro.”

“Samalah kau juga. “

“Hana, kau jaga Amir bebaik ya? Jadi apa-apa kat dia jaga kau nanti dengan aku.”

“Aku tahu lah, kau tak payah nak ajar aku.” Hana menjawap. Tapi dalam matanya aku dapat melihat, air mata sudah mula menerjah benteng mata, mungkin akan turun bila-bila masa, sama juga aku, tapi biarkan aku pergi membawa diri, mungkin ini langkah terbaik mengubati hati, dari menyakiti dia dan dia yang aku sayangi.

Tiket ditangan nya dibelek-belek. “Sudah tiba masanya aku pergi. Kita akan jumpa lagi beberapa tahun lagi sahabat.”

“Kau jaga diri tau.” Amir berpesan lagi.

Akim melangkah menuju ke pintu masuk. Sebenarnya dia ada banyak masa lagi untuk melepak di luar, tetapi dia bergerak juga kerana dia tidak mahu menyeka air mata yang turun dari matanya itu dihadapan mereka berdua. Dia tak sanggup untuk menunggu lebih lama. Selepas selesai dia bersalaman dengan kedua ibu dan ayah, dia pun melangkah masuk ke balai pelepasan.

**********************

Lima tahun berlalu. Aku dapat berita yang mereka berdua akan disatukan dari Facebook. Tak sia-sia Mark Zuckerberg buat Facebook ni kan, mudah untuk aku meng-observe kedua sahabat aku dari luar negara, tak perlu guna duit, hanya online, dan aku dapat lihat mereka tersenyum bahagia tiap kali aku menyelak satu persatu album di dalam akaun mereka. Setiap kali itulah juga hatiku berdetik sangat cepat, mungkin cemburu, tapi aku beristigfar panjang demi menolak perasaan itu dari berakar dalam jiwa, aku sendiri yang memilih jalan ini. Aku sepatutnya rasa bahagia untuk mereka.

“Akim, kau kena ada tau. Jangan tak datang. Kalau kau tak datang, putus sahabat. Aku tak nak datang masa majlis kau nanti.” Amir mengugut. Aku hanya tergelak lagi membaca Private Messages yang di hantarkan ke Message Facebook aku

Sebenarnya aku sudahpun berhenti kerja di sini hampir sebulan yang lepas, tetapi saja aku lepak lagi di sini, bersama Ibu dan Ayah juga adik-adik yang datang minggu lepas. Kata mereka takkan aku nak balik macam tu aja, jadi aku kirimkan mereka tiket datang ke sini, dan aku layan mereka puas-puas di sini. Mana sahaja lokasi impian, aku bawa mreka ke sana. Kami dijadualkan akan pulang dua hari lagi. Dan aku bakal kembali for good kat tanah air Malaysia tercinta.

“Dah lama rasanya tidak bau udara kampong tu Ibu.”

“Sapa suruh tak mahu balik. Ibu suruh balik setiap tahun kot. Kamu tu yang busy sangat dengan kerjaya kononnya.”

“Betul la tu Ibu, abang yang taknak balik, kata rindu plak.” Balas adik prempuanku. Serentak dengan itu, lengan ku dicubitnya.

“Adeh.. Ibu tengok ni Anis ni..” Aku memohon simpati dari Ibu.

“Kuat lagi Anis.” Ibu menyokong tindakan Anis.

“Ahahahahah tengok tu abang, ibu sokong Anis.”

Aku mencebikkan bibirku. Ayah yang berada di kerusi malas di satu ruang di rumahku hanya terdiam. Aku dapat lihat terukir senyuman di bibirnya. Bukan kata dia, aku juga rindukan suasana ini. Dah lama rasanya kami tidak usik mengusik macam ini.

**********************

Amir sedang asyik menatap gambar dia, Amir dan Hana. Dia begitu gembira membayangkan yang mereka akan disatukan kembali dalam masa terdekat. Walau ada perkara yang lain yang lebih menggembirakan dia iaitu dia bakal disatukan dengan Hana melalui pertunangan, tapi dia lebih memikirkan kepulangan Akim. Kerinduan terhadap sahabatnya itu lebih kuat dari perasaan debar untuk pertunangannya bersama Hana. 

Sedang asyik dia melihat gambar itu, hatinya terpanggil untuk membuka satu surat dalam kotak barang dari Universiti nya satu masa dahulu. Surat itu nampak begitu asing untuk dia. Rasanya itu bukan miliknya. Tak pernah pula dia perasan surat itu sebelum ini. Namun hatinya begitu tertarik untuk membukanya. 

Dengan pantas jari menguis bukaan sampul surat itu untuk melihat apa isi kandungannya. Dan hasilnya sangat mengejutkan.


**********************

“Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal Hana?”

“Maafkan aku. Aku buat begini demi kau. Dan begitu juga Akim. Dia tinggalkan kita demi tidak membuat kau sedih. Kami sayangkan persahabatan ini. Kami tak nak sebab kami kita berpecah."

“Aku bukan sahabat yang akan buat kedua sahabat aku menderita. Cinta itu adalah terlalu murni untuk dikorbankan begini.”

“Kami tak ada pilihan.”

“Tidak, aku tak akan korbankan kau dan dia sebab kan diri aku. Aku janji akan satukan kamu.”

Hana terkedu. Dia tidak menyangka, begitu hebat persahabatan dalam diri keduanya lelaki yang begitu rapat dengannya. Perasaan sendiri bukan keutamaan lagi. Tapi memikirkan sahabat itulah yang lebih berat lagi. Dia sangat tersentuh dengan nada ucapan dari mulut Amir. Langsung tidak menyangka kata yang terluah sebentar tadi. Dia yakin amat yang bila Amir mengetahuinya, dia bakal 'melompat', dan marah kerana mereka pernah berhubungan sebelum ini.

**********************

Dipendekkan cerita, mereka akhirnya disatukan.
Kepulangan Akim, disambut dengan majlis ringkas, majlis pertunangan terkejut diantara dia dan Hana. Yang Akim sendiri tidak tahu, manakala Hana diarah 'duduk diam' oleh Amir. Dia sayang keduanya, tak mungkin dia akan pisahkan dua hati yang bercinta. Hanya kerana dia yang mencintai wanita itu. Soal hati boleh dipupuk, tapi soal sayang dan cinta, bukan paksaan. Dia tidak rela menjadi punca kesedihan Hana satu hari nanti. Walau dia tahu Akim ikhlas, tapi dia juga sedang ikhlaskan diri demi kecintaan nya kepada persahabatan.

"Sesungguhnya perumpamaan sahabat yang soleh dan sahabat yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi - boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi - boleh jadi sama ada dia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi)."

Dia senyum bila membaca kata-kata di atas. Dia adalah pembawa minyak wangi. Yang mana minyak wangi itu mewakili Hana yang bakal menjadi isteri Akim yang bakal membawa keharuman kepada rumah tangga dan pastinya persahabatan mereka nanti. Dia tak rela menjadi peniup tungku api, membawa bau, kegembiraan kepadanya, tapi membakar cinta kedua sahabat tersayang.

**********************

Pada hari bahagia mereka berdua.
“Ehh, sapa tu Hana? “. Soal  Amir ketika sedang menjadi pengapit si Akim.

“Adik aku la..” Jawap Hana.

“Tak cakap pun ada adik kembar?”

**********************TAMAT**********************



Buat semua sahabat. Nadh sayang kamu. ;)

7 comments:

Eera Shera said...

so suwit ;)

mr E oSk gurL said...

nice piece lah abg nadh :)

Cik Pulau said...

tettttt..
nak ngorat adik lak la tu...
hahhaha

Nong Andy said...

yeay.. aku suka..aku suka!! memula kesian gak kat Amir tapi ending Hana ada adik kembar - tak jadi kesian kat Amir!(senyum-senyum)

kiera'sakura said...

:)

ok, amir kawen dgn kemba hana kan..

AmirFX said...

Fuhhh.. Habis gak baca entry nie.. Nice.. Tak perasan pulak Hana ada adik kembar...

cik AngguR said...

aku suka aku suka ~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA