Followers

Thursday, 24 March 2011

Jangan Pernah Berubah

"Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah dalam hatinya
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Kurelakan yang indah dalam hatinya"

Mulut ku ternyanyi2 lagu kat lappy sebentar tadi.
Sambil ingatan terkenangkan kekasih hati yang kini berada jauh nun di pedalaman. Sebenarnya dia adalah seorang penjawat awam, seorang guru sebenarnya, yang ditugaskan di pedalaman sebaik dia grad dari Maktab perguruan. Terus terang, aku kagm dengan dua, entah jika aku dalam keadaan dia, aku sndiri tidak sanggup nak berjauh dengan family, inikan pula dia, anak bongsu yang manja, yang sangat rapat dengan keluarga. Hii.. tipu aja, sebenarnya aku ada ja dekat dengan dia, kami ada sebelah2 ni. Aku dan dia sebenarnya sama2 bekerja di sini, kami sama2 adalah guru yang dihantar untuk berbakti kepada anak bangsa di kawasan pedalaman ni. Jauh nun di dalam hutan, nak sampai pun amek masa berjam2 atas boat. Hihi.. tapi kira okeh la kan, aku dan dia sama2 di sini, cinta di sini, bertemu hari2 bandingkan dengan kawan baik aku sorang tu, yang lagi jauh, bopren kat atas kapal, gepren kat dalam hutan, wahh.. tu lagi kejam kan.. hihi, tapi aku tengok diorang tu steady ja.. kagum plak aku, camna la diorang tu bercinta kan? Kalo aku la, tobat cari bopren baru .. uiks..

Hihi.. ni aku nak kongsikan cerita aku dan dia.. kisah permulaan hidup aku, dari bawah hingga sekarang.. . hii.. mood jiwang mungkin aku malam ni. Sebenarnya ada cerita disebalik lagu ni.. kisah aku dan dia.. aku perkenalkan diri aku sebagai Lee, aku baru 25 tahun. Kalau korang nak tahu, aku ni samseng besar kat kawasan aku dlu. Suma kedai-kedai area ni takut kat aku, kalau Lee datang ja, konpem aku makan free ja.. aku kaki paw, aku tukang tarik keta, ketua samseng kat area ni.. untuk pengetahuan korang, aku ada seorang awek, nama dia Amy, kami dah lama bersama kalau korang nak tahu, dah dekat 5 tahun dah. Dia ni muda dari aku beberapa tahun. Nak tahu? Aku dan dia langsung tak sepadan, dia tu gaya awek comel yang disukai ramai, tapi aku ni, muka samseng dan ganas, nak kata brutal tu rasanya ya jugak la. memang takut orang dengan aku ni. Beza sangat dengan dia, tapi kami ni rapat, saling bersayang-sayang. Walau aku ganas, tapi dalam ati ni, ada Taman jugak weyh. Taman Botanic leh dak? Hii..

Okeh, aku dan dia terus terang selalu bergaduh, pasal masa depan, aku ni tade masa depan rasa aku, dah la samseng, ngaji takat SPM, tu pun ta lepas-lepas. 2x dah amek ni.. tapi dia tu budak pandai, budak bijak, jauh benor beza dengan aku. Tapi dia sangat sabar, bertahun kami bersama, dia tak pernah nak bezakan aku dan dia, walau kami banyak beza, tapi kami tetap bersama, dia begitu bijak mengambil hati tiap kali aku marah, seingat aku, tak pernah lagi aku marahkan dia, tapi dia selalu tegur aku, rasa nya, dari dia jugak aku mula perlahan-lahan lembut hati. Tapi hari ni, kami benar-benar gaduh,

“dear, kamu tu pergi la amek SPM balik, takkan kamu nak Kekal macam ni?”

“kenapa kamu nak paksa2 aku? Kan aku cakap aku tak mahu? “

“kamu ni degil, kamu cakap kamu sayang aku, tapi nak buat menda kecik ni pun kamu susah.. “

“asal dengan kau ni, paksa aku lagi.. aku tau la kau dapat 10A dalam SPM “

“aku bukan paksa kau la Lee, tapi aku nak kau pun Berjaya, bkn kau tak pandai, tapi kau tu malas, “

“Aku tak mau, aku tak mau la.. “

“kau tak sayang aku kan? “

“ARGHHHHHHH.. KALAU KAU RASA AKU TAK BERGUNA UNTUK KAU SEBAB AKU NI BODOH, HODOH TAK PANDAI MACAM KAU DAN KITA TAK SEPADAN, KAU PERGILAH.. PERGI CARI LAIN. PERGI LA.. “

**Tsssskkk** (Amy berlalu dari situ)

Dia menangis, seingat aku, ini kali pertama aku buat dia menangis, ini jugak kali pertama aku jerkah dia.. aku yakin ,dia terkejut sebab ni kali pertama aku marahkan dia macam ni, sebelum ni Cuma marah2 manja, tapi ni aku tengking dia, kuat plak tu, dan dikhalayak ramai. Mesti dia malu kan, tapi aku bukan kejam sangat.. Cuma nya, aku tak rasa aku dan dia tak sepadan bila tiap kali dia sebutkan pasal Pelajaran. Aku ni bodoh, bukan aku tak mahu.. tapi tu la….

Mulai dari saat tu, aku langsung tak jumpa Amy lagi, rasa aku, dia pun dah mula pergi dari sisi aku.. mesti dia pun dah jumpa jejaka baru yang leh gantikan tempat aku, yang kacak, yang pandai, yang leh amek hati dia, jaga dia, tak macam aku, dah la keras, suka marah, samseng plak tu.. aku rindukan dia sebenarnya, tapi biasa la, naluri laki kan, aku kuatkan jugak, dalam hati aku bermonolog, “kau taknak cari aku kan? Mampus p la, ingat aku nak cari kau? Argghh tidak mungkin.. “. Dan dengan kata tu jugak la aku keras hati tak cari dia, SMS pun tidak, jangankan aku nak cari dia. mesti la tidak kan..

Berbulan berlalu, aku tak jumpa dia lagi, dalam pada berbulan tu, aku tersedar, sebenarnya, betul juga kata dia tu, aku ni sepatutnya dengar cakap dia, aku pun mula lembut hati, mulai sekarang, aku bukan lagi samseng tak berguna macam dulu, tapi aku dah mula amek kelas malam, aku tekad, tahun ni jugak aku akan dapatkan sijil SPM aku dan sambung belajar, aku pun nak Berjaya jugak, betul kata Amy, aku yang jahil, aku yang buta dengan keseronokan dunia smpaikan aku tak fikir kebaikan yang dia dah beri pada aku.. perlahan2 aku berubah, kalau dulu, pakaian aku jeans koyak dan baju gambar ganas2.. sekarang aku mula belajar pakai yang formal, ye la kan, student, kena la berubah sikit, dalam pada tu, aku jugak wat kerja part time di siang hari untuk aku kumpul modal untuk masa depan aku tu.. dalam sibuk2 hidup aku, aku masih terkenangkan Amy, ntah apa la yang jadi kan dekat dia.. aku rindu dia.. tapi aku keras hati, aku ego untuk mencari dia..

Hinggalah satu hari tu, time aku dok melepak sesorang kat kedai makan kesukaan aku dan dia, cam biasa la, aku dah jumpa makanan ni, langsung tak pandang mana2 dah.. tetiba aku dengar bunyi bising kat belakang..

“hai cik Adik, kau sungguh cantik, sudi tak kau makan dengan aku?”

“hoi.. kau ingat kau siapa hah? Nak aku belasah kau?”

“wahh.. garang nya kau cik adik, jgn la garang sangat..”

“nah kau.. “ (awek tu penumbuk laki gatal tu)

“wahh,.. ni sudah kira main kasar ni.. mai cni kau.. meh aku nak ajar perempuan garang macam kau, garang macam ni.. seronok permainan kau. Wahh. Aku suka la.. “

Aku yang tengah sedap makan tu pun pusing kebelakang, aku tengok si lelaki gatal tu dah mula pegang tangan awek tu, terpercik air dari mulut aku.. weyhhh.. tu Amy, tu dia aihh.. apa dah jadi dengan dia, kalau dulu pakaian penuh sopan, skang ni, dah pakai macam awek kongsi gelap mana tah, dah la tu, sexy gila kot.. aku pun apa lagi, bangun la aku.. terus aku penumbuk lelaki tu. lembik jugak dia kena belasah dengan aku.. tetiba Amy datang, terus dipeluknya aku,

“Lee, kau masih sayangkan aku..terima kasih”

“Amy, apsal dengan kau ni? Napa berubah ni? Aku hampir tak kenal kau?”

“Lee, aku cantik tak?”

“cantik kepala otak kau, cantik apa macam ni? “(dengan slumbernya aku sekeh pala dia..)

"weyh.. sakit la " 

Muka Amy berubah, sebelum sempat aku sambung bercakap, dia cakap dulu, “Lee, aku tak sanggup nak ditinggalkan kau, aku sayang kau sangat, aku pakai macam ni sebab aku ingat, kau pernah kata, kau jahat, samseng, jadi aku guna masa beberapa bulan ni untuk belajar jadi samseng, aku tak kira Lee, aku da cintakan kau, aku tanak kau tinggalkan aku, walau kau tu samseng, tapi kau ikhlas jaga aku, kau tak pernah amek kesempatan kat aku, tak macam yang lain-lain diluar tu, Lee, aku cinta kau Lee, kau jgn tinggalkan aku.. jadi aku fikir, kau suka samseng, aku pun kena jadi samseng la, baru kita sepadan kan sayang..?“

Aku terdiam, aku langsung tadapat nak berkata2.. time ni la keluar lagu ni kat kedai tu, aku terdiam seketika, tanpa aku sedar, aku berkata pada Amy, “Jangan Pernah kau coba untuk berubah Amy sayang, aku suka kau yang dulu, aku takmahu kau versi ganas ni.. aku tak suka, kau tengok aku sekarang, aku da berubah kerana kau, aku dah mula amek kelas malam tau, aku nak jadi macam kau.. aku nak kau Berjaya dan aku jugak Berjaya, dah2 syg, kau jgn pakai macam ni dah tau.. aku tak mahu.. aku tak mahu..

Aku dapat lihat air sudah mula berkaca di mata Amy, aku yakin dia pun gembira, sebab aku pn dah berubah. Aku pn sayang kau Amy, kau nak kebaikan untuk aku, semestinya aku jugak dear.. aku takkan tinggalkan kau tau.. kita sama2 berjaya, dan kita sama2 gapai impian kita tau sayang..

Selesai flash back.

Tu kisah aku dan Amy, kami sekarang sama2 mengajar di sekolah di luar Bandar ni. Hujung tahun ni kami akan menikah. Sweet kan? Permulaan kisah aku dan dia.. lawak pun ada. Berkat kesabaran dia aku sekarang ni bakal cikgu harapan kat negeri ni. Tapi ni takdir kan, kita takkan tahu kan camna masa depan kita. camna aku berubah dan hari ni. Apa pun, Amy terbaik buat aku. Aku pasti wat terbaik buat dia..

24 comments:

SHaRKFiQ SSM said...

uish, nih based on true story k??
hehehe~ mcm cereka lak~

singgah balik utk gegaqkan blog nih~ hehe

LaDy_aFieFa said...

cinta dapat mengubah manusia :)

nora amila ghazali said...

hahahah along2.. ada2 ja.. ganaih betul... aku hang ja??

Muslimah Optimis said...

so sweet sahabat.. kami ada kawan yang ganaih mcm ni.. depa couple cakap aku-hang ja.. tapi bukan pasangan cikgu la..heheh... teruskan menulis...ramai pembaca...

Cma Shiema said...

gegar cni n polo u~

wah...sweet story..lawak n samseng!..he3..

HajarRasdi [BdkKck] said...

wahhhh... mcm crita drama laaa.. tak sangka plak jadi btol2 kn kat abg nadh.. sweeettttttt sangat3!!!!

kiera'sakura said...

sweet =)

efa said...

waah2...sweet couple cikgu ni hehe..amboi dah mcam story novel lak hehe terbaik la ^_^

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kejap..ni citer betul ke citer cerpen..kalao betul..so sweet..

salam kenal yer..

AdiaLuze said...

Waahh... begitu ceritanye ... Hmmm .. Cinta, cinta ...

P/S : Salam kenal ;)

✿ milly molly ✿ said...

wo. so sweet!!! like :)
happy always ya..

Muslimah Optimis said...

ni cerpen la..bila masa dia keja cikgu pulak.. hohohoo...

fRaMe+LenSeS said...

@SHaRKfiQ :: sila2.. selamat menggegar ya.. ;)

Afida :: yup true..

Nora :: hihi.. skali skala.. okeh what.. ;)

Aimaa ::ada jugak ka? woww. hihi.. syok kan. ;)

Cma :: maceh follow nadh.. kamu juga sweet tau.. ;)

Hajar :: uishh.. mana ada jadi kat abg aa.

Kiera :: tak sesweet kamu la.. :P

Rina :: cerpen ja awk.. hii.

Adialuze :: salam kenai..

Molly :: aii.. sweet macam kamu kan? :D

norien arshad said...

wow ...story u best la .. i loike ... btl2 sonok kisah cnte u .. siyes mmg sweet .. moga kamu n die hepi smpi akhr hayat k ..

SITI NURSHAHIDAH BINTI ALI said...

wow..sweet..masing2 sanggop brubah demi yg tersayang...hihi..gegaq balik..

myzasuki said...

wahhh ~
speechless ~

**gegar sini jugak ! :D

|| A Lady Named .. Yantiey || said...

kasi gegar sini dan sgt wow dgn true story ni nadh...
keep in touch ye

Syazwani Mazlan said...

gegar sini balik ....wah...cerita mcm novel...sweet..:)

Miss Ran said...

best!!!

bkn lme kenal ke nadh..nmpk sgt sy tak bpe nk pemes haha

Fiizya Aurora said...

wslm..frame+lenses..alamak..sampai kene pakai helmet ka..hik3..betul2 gegaar ker kat cini...salam perkenalan juga..geng2..thanks sudi lawat blog sy..nanti lawat la lagi..jgn lupa pakai helmet tu tau..

zezolla_atin said...

family kbu mai menggegar !

thanks nadh !

pergghh..crita bes lah !

=))

fRaMe+LenSeS said...

norien :: besh ka? maceh2.. amin2.. mendoakan macam tu jugak la.. ;)

Nurshahidah :: love is about change to be better kan? :D

myzasuki :: wahh jugak la. hehe

Yantiey ::keep in touch ya kamu. ;)

Syazwani :: mai gegar maih.. hehe..

Miss Ran :: terima kasih. ehh.. bkn tak kenai la kamu.. nadh da tertukar kamu dengan Hanim. hehe. sowie la..

Aurora :: haa.. jaga2.. pakai elmet tau. hehe

Zezolla :: terima kasih.. ;)

sumaiyah_nda said...

salam...

saya datang tu pulangkan safety helmet...tertinggal masa gegarkan blog ibusumaiyah tempoh hari...:)..kungjung balas ...so nak tumpang gegarkan di entry JIWANG ni yer...
dari group 3 BA...:)...

n FOLLOW U...

Nana Miyuki said...

indahnya cinta~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA