Followers

Tuesday, 12 April 2011

Aku Budak Nakal, So what?

“heyyyy.. apa hal kau langgar aku? Nak kena gak orang tua ni..”

“nak, kamu tak apa-apa? Luka tak ni? “


“iskhh…”, sambil tangan melawan lengan yang di pegang oleh Pakcik.

“nak, maafkan pakcik, pakcik tak sengaja. Mari pakcik bawakan kamu ke klinik”


“ tak payah la.. kau bagi aku duit sudah.. biar aku pergi sendiri.kamu luka ni. ”


“tak boleh, meh pakcik bawakan kamu.. mari..tengok tu, luka teruk ni.. berdarah-darah”


“aku cakap tanak, tanak la.. yang kau nak sibuk apa hal.. aku punya suka la..” lantas berlalu aku dari sana. Meninggalkan orang tua tu, “entah pakcik mana la yang tu, tetiba datang nak buat hal, dah la langgar aku, pastu tanak kasih duit plak. “. Bebelku dalam hati. Lantas aku teruskan perjalanan aku. Terus ingin pulang ke rumah. Malas pula nak balik, tapi apakan daya, nak pergi berseronok, luka-luka ni, tak seronok. Aku perlu pulang dahulu dan bersihkan luka kat tangan aku ni..

Petang tu aku balik kerumah, dan tak dibenarkan keluar lagi oleh macik, tekanan aku, dah la duduk rumah aku, aku pula dilayan bak penumpang didalam rumah aku sendiri. Apa punya orang la. benci betul aku. ehh, lupa pula aku nak kenalkan diri ya, nama aku Amin. Aku ni anak tunggal Yatim Piatu yang kehilangan kedua ibubapa ku kerana satu kemalangan ketika aku berumur 6 tahun. Lepas dari tu, makcik ambil aku dan bela aku. terus terang, dari kecil sampai sekarang, aku tak pernah dapat kasih sayang secukupnya, makcik sangat garang, dia tak pernah bagi peluang dekat aku, hari-hari yang dia tau bila aku balik ja, menjawap la maki hamun dia tu. konon jahat sangat aku ni. Sampaikan takpernah dia nak kenang apa yang dia ada sekarang pun sebab kongsi harta ibu bapa aku tinggalkan kat aku.

Malam tu, jerit sorang-sorang aku.. cuci luka sendiri, letak ubat sendiri. Makcik langsung tak pedulikan aku, nak harap bibik, tu pun selalu jugak kena marah sebab backing aku, lepas cuci luka dan menjerit, aku tertidur, mungkin sebab sakit sangat kot.. tak sedar keras-keras hati aku, menitik juga air mata aku malam ini sebab terkenangkan, kenapa aku diuji macam ini? dah tak beribu, tak berayah, tinggal sebatang kara, kawan pun tak ada. Makcik yang ada pun layan aku macam musuh, tu belum aku kira yang lain, lain lagi, hidup aku hanya menjadi kebencian semua orang.

Aku sunyi sangat. Terus terang aku dengki dengan kawan-kwan yang ada adik beradik ramai, dengki melihat orang lain punya ibu dan bapa untuk menjaga mereka, aku teringin nak rasa macam mana kawan aku cerita kena berleter dengan ibu, macam mana kena sekeh pala dengan ayah, camna gurau tawa dengan ibu bapa aku. tapi sayang, aku tak peroleh semua itu, aku hanya si “lone ranger” yang keseorangan, tanpa peneman. Buat apa pun sorang-sorang.

“ Amin.. bangun Amin.. sayang, bangun sayang. “


“ummm.. malas la bik, Amin tak larat.. “


“bangun la.. cepat.. dah pukul 6 setengah dah ni..”


“tanak bik, tak larat” .


“bangun cepat..” lantas bibik tarik selimut aku. dan dia terkejut. “Amin,, kenapa dengan tangan kamu ni? Aduh syg, kenapa kamu tak panggil bibik semalam.. aduh.. gawat ni.. luka ini, dalam juga, apa dah jadi dengan kamu. Sapa yang jatuhkan kamu ni”

“alaa bik, dah la.. Amin talarat la bik, tanak la bagi la Amin tidur..” ujarku lantas menarik kembali selimut yang dah ditarik bibik. Seketika kemudian, Bibik kembali, dengan minyak angin pembalut, dan ada lagi la.

“dah, mari tangan kamu, mari bibik ubatkan”

“takyah la bibik, Amin takdak apa ni..”. aku tak sempat nak buat apa, bibik tarik tangan aku. Aku yang nak tidur balik terjerit kerana sakit. Lantas aku pun terbangun dah terduduk depan bibik. Bibik duduk di birai katilku, tangannya begitu berhati-hati meletakkan ubat di lukaku. Aku dapat lihat air mata berkaca di matanya, aku cuma mendiamkan diri. Aku sedar, air mata tu untuk aku yang luka ni.

Hanya bibik ja yang ambil berat dengan aku, dia sorang ja yang tahu aku macam mana, aku pun tahu, dia tak baca luka di tangan aku, tapi dia lebih mendalami luka dalaman, iaitu di hati ku ini, dia tak pernah marah aku, dia selalu jadi tempat aku berkongsi cerita. Belum selesai dia merawat aku, terdengar jeritan dari bawah rumah aku..

“Bibik~~~”


“Ya Puan, sebentar ya.. “ Bibik menyahut.


“Cepat la bik. Aku nak tunggu kau sampai bila”

Kelam kabut bibik aku lihat, sebelum berlalu, dia berpesan kepada aku, “Amin, tunggu bibik kejap ya. Bibik turun kejap.”. aku cuma terdiam. Memang selalu macam ni pun, makcik memang macam cemburu bila tiap kali dia tengok bibik jaga aku dan beri perhatian pada aku, ada aja la yang dia nak suruh tu. kekadang aku sendiri yang kesiankan bibik, tapi apa aku mampu buat, aku pun dah macam banduan ja dalam rumah aku sendiri ni. Segalanya dikawal. Hairan aku. Dah la. aku malas dah nak fikir, lantas aku bangun, ambil towel dan bergegas ke tandas. Mandi dan bersiap.

Kalau tadi tiada niat kesekolah, tapi aku batalkan la cadangan tu, kalau aku tak kesekolah, tiada pula kegembraan aku. hehe..
Lebih kurang 20 minit kemudian, aku turun, Bibik terkejut melihat aku dah bersiap nak kesekolah, lantas dia mendekati aku,
“aii,Amin cakap sama bibik, Amin ngak mahu ke sekolah, kenapa berubah fikiran ya? “


“tak apalah bik, bosan pula Amin jika hanya duduk di rumah. Nak pegi ni bik.”


“tunggu kejap, mari bibik balutkan dulu luka tu ya..” cepat-cepat bibik ambil kain, sapukan ubat dan balut luka aku tu.

“gerak dlu ya bik,”


“okeh Amin. Hati-hati berjalan tu.” aku pn bergerak selepas aku bersalaman dengan bibik.

Aku pun memulakan perjalanan aku kesekolah. Tetiba aku disapa seseorang ketika dalam perjalanan aku.

“nak, mari pakcik hantarkan, dah pukul berapa dah ni.. “

Sebaik aku pusing, aku terkejut, ehh. Bukankah ini pakcik yang langgar aku tempoh hari? Aku terdiam. Teksi nya diberhentikan di sebelah aku, dah dibuka pintu mengajak aku masuk. Aku yang tengah blur hanya mengikut sahaja kata dia. sepanjang perjalanan, dia ada juga cuba untuk bercakap dengan aku, tapi aku cuma mendiamkan diri. Dan dia juga seperti memahami, dia juga berdiam diri setelah 2 3 soalan yang dia tanyakan dia tak dijawap aku. Sesampainya di hadapan sekolah, aku dihulurkan dengan satu beg plastic, aku pusing-pusingkan beg berkenaan. Haa? Makanan? Belum sempat aku cakap apa-apa, pakcik bersuara . “ambil la ye. Pakcik masak lebih hari ni. bagi kat anak la satu. Sudikan la diri ya. “. Sekali lagi aku terdiam. Hairan aku, pakcik ni pelik la. takkan sebab langgar aku kemarin, hari ni nak wat baik kot. Takyah la pakcik, aku tak saman hang la..

Lepas tu aku masuk dalam sekolah, dan pakcik ni terus gerak dengan keretanya, sebaik masuk tu, aku melalui satu tong sampah, Gedegangg~~ slumber ja aku buang makanan pemberian pakcik tu. ahh.. malas aku, entah apa la dia letak dalam tu. entah-entah nak santau aku ka. Malas aku. BTW, ingat aku takda duit ka nak makan. Aku teruskan perjalanan. Tak sampai 10minit aku jalan, aku dipanggil oleh seseorang.

“Amin, sila berhenti. Awk dah lewat 6 minit. Dan since ini kali ke 3 dalam minggu ini, awak akan saya bawa terus ke cikgu disiplin.”

Aku terus pusing. Sial betul la, dah la baru lepas accident, ni kena tahan lagi. Ah benci betul aku. tak datang hari ni pun tak apa.

“Amin, awak lambat lagi ya? Dah 3x kata Laili. Apa alasan awk pula minggu ni? minggu lepas awk bagi alasan bapa sakit.

Aku terdiam. Langsung tak tahu nak kata apa.

“kenapa awk tak cakap? Selalunya awk paling cepat berkata-kata. Mudah awk memberi alasan..”


“saya salah kot cikgu. Maafkan saya. Silalah rotan saya sebagai hukuman.”


“sampai bila Amin? Takkan tiap-tiap minggu saya nak kena rotan kamu.? Dah. Saya nak kamu berdiri kat atas pentas waktu perhimpunan nanti. Sampai habis perhimpunan.”

Dan berdirilah aku kat atas pentas tu, seperti tegaknya tiang bendera yang terikat kemas bendera Malaysia dan bendera Kedah. Ini bukan pertama kali pun aku berada di atas ni sebenarnya. Sebab dah banyak kali sangat aku kena berdiri atas ni sebagai hukuman. Kalau kira ikut jari rasanya dah lebih sebelah tangan ni. jadi aku rasa dah kebal dah, dah tak rasa malu dah. Lagipun, sapa tak kenal Amin dalam sekolah ni. Raja Masalah Disiplin, yang sekolah tak boleh nak buang sebab prestasi pelajaran aku memang awesome. Aku ranking pertama sekolah ni. tapi itulah, ranking number satu tu pelajaran, kalau dari segi lain, memang dah macam hantu dah. Disiplin memang fail sangat aa.

Hari ni aku balik dengan hati yang tak berapa tenang, dah la sakit kaki sebab accident tempoh hari, kena plak berdiri kat atas pentas tadi. Tak cukup dengan tu, masuk kelas hari ni aku kena berdiri lagi sebab tak siapkan kerja rumah yang cikgu beri. Tu sebelum rehat. Memang direct la kena berdiri. Lepas habis rehat, kena rotan sebab sama jugak, tak siapkan kerja rumah. Adui.. banyak betul masalah aku ni. entah apa nak jadi dekat aku ni. Balik ja masuk rumah. Memang tidur terus.

Hari baru buatku, jaga awal hari ni.pukul 6 dah jaga. Tak perlu bibik kejutkan. Aku pusing kiri, pusing kanan, aku tengok luka kat tangan aku dah bertukar balutan. Aku tergelak sendiri, ni mesti keja bibik ni. concern nya dia dengan aku. terharu sangat. Tak pernah aku jumpa orang macam tu dalam dunia. Aku bangun dan bersiap.

Aku tekad, hari ni aku sendiri akan balut luka aku tu, aku sendiri yang akan cuci luka aku tu. dan letak ubat sendiri. Aku tanak susahkan bibik lagi. Aku syg bibik. Kesian bibik. Selesai bersiap, aku turun bawah, aku salam bibik dan terus ke sekolah. Pagi ni nekad nak jadi budak rajin la. masuk awal sekolah. Tak mahu kena lagi tindakan disiplin. Sebaik aku sampai ke satu kawasan tu, aku terkejut, kerana ada yang hon aku dari belakang, aku pusin g dan lihat, kali ni pakcik yang sama tu jugak dengan teksi KBU 2205 dia.

“nak, mai pakcik hantarkan kamu. “


“takpa la pakcik, aku takmau la. bagi aku pergi sendiri. “


“mari la nak. Lagipun pakcik nak lalu depan sekolah kamu tu.Please….”

Haa, sekali lagi, aku macam kena pukau pun ada. Aku ikut lagi orang tua ni. hairan betul, kenapa aku berani sangat entah nak ikut dia. padahal aku tahu dia yang hari tu aku sound tak ingat dunia. Pakcik ni macam biasa, akan mulakan perbualan lagi.

“nak, nama anak apa?”


“Amin.” . sepatah sahaja jawapku. Malas nak panjang-panjangkan. Soalan lepas-lepas tu langsung tak aku layan. Jadi pakcik pun diamkan sahaja diri lepas tiada jawapan dari 2 soalan berturut selepas pertama kali aku buka mulut tadi. Sebaik sampai depan sekolah, sekali lagi pakcik hulurkan plastic makanan dekat aku. aku ambil juga kali ini. aku beranikan diri untuk tersenyum kepada pakcik. Kemudian aku berjalan masuk kesekolah. Hari ini aku awal. Seawal 7 aku sudah berada dalam sekolah. Tak tahu apa nak buat, aku duduk melepak dekat kantin. Mata aku tertumpu kepada satu couple depan aku ni. dok bermanja-manja dalam sekolah. Dek kerana semak biji mata dok tengok, aku pun sound la, “hoi budak, hang nak manja-manja, nak romen-romen, kat luar la.. hang ingat ni sekolah ka hotel?”

Elok ja aku sergah budak tu, si lelaki tu datang kat aku dan terus cekup baju aku.
“woi. Hang ingat hang sapa nak sound-sound aku? hang kenai aku sapa?”

Elok ja dia sergah aku, lepas tu pegang pula baju aku. penyepak aku lekat kat perut la. senak aku tengok dia. lepas tu. aku rasa aku tak perlu lagi nak bercerita la tentang apa jadi dekat dia sebab yang aku tau, budak tu pengsan kena belasah dengan aku. jadi kes polis kali ni. sebab budak tu masuk hospital kena belasah dengan aku. dan aku, macam biasa la. buat slumber ja. Hari ni aku kena panggil dengan Pengetua. Aku kena gantung sekolah seminggu. Habis semua kena panggil ke sekolah, paham-paham la. maki hamun dari makcik tu dah tetap la singgah dekat aku. aku buat tak tahu sahaja. Lantak la. yang aku tahu, aku puas. Kau nak sangat kan. Aku tak sentuh orang, orang jangan sentuh aku la kan. Dah lepas kena marah tu, nak balik, makcik ajak aku balik sekali. Tapi aku cakap aku tak mahu. Sekali lagi aku kena marah.

Berjalanlah aku pulang dari sekolah seorang diri. Sampai kat satu simpang aku, jalan aku kena block, ada dalam 8 orang budak tahan aku. tak bagi aku balik.

“hang Amin kan?”


“ awat? Pasai apa? Aku memang Amin”


“hang belasah geng kami kan. Mai hari ni kami nak ajaQ hang sikit na..”


“ ni kira ang nak battle la ni dengan aku. mai la sorang-sorang. Mai aku hantaQ hampa sekoQ-sekoQ masuk wad macam kawan ampa sorang tu.. “

tetiba sorang tu datang kedepan, nak belasah aku. dengan pantasnya la. kalau kemarin aku letak kaki dekat perut, hari ni aku bagi kat muka, serius best la. muka lekat tapak kasut aku yang tadi aku pijak tanah merah tu. terbaekk. Merah muka dia. muka orang kena sepak kat muka yang merah dengan tanah merah nampak sangat menarik. Lepas ja jatuh sorang ke tanah, yang lain serang aku. kali ni memang aku kena la. aku sorang kot. Depa 8 orang. Tak sempat aku nak buat apa-apa aku plak kena tapak. Kira lebam jugak la sementara aku kena pukul tu, tetiba aku dengar ada orang jerkah budak-budak ni. habis semua lari bertempiaran. Aku memang dah lembik kat tanah. Orang tu angkat aku, bawa aku pergi dekat kereta dia, kemudian bawa aku ke klinik. Mata aku memang berpinar-pinar. Dah pening. Sebaik aku rasa lega, aku tengok, rupanya orang ni adalah pakcik tu. dan bermula dari kejadian ini lah, aku mula ada kawan dalam hidup aku. baik aku panggil dia pakcik Zul. Pakcik Zul ni umur dah 51 tahun. Dia ni seorang duda cerai dengan bini dia. katanya dia ada seorang anak yang kata dia jika budak tu masih ada. Umur dia sebaya aku. tapi pakcik Zul pun tak tahu kisah anak dia ni. sama ada masih hidup atau tidak kerana last time dia tau tentang anak dia ni. budak tu sakit. Tapi bekas isteri dia tak bagi mereka berjumpa. Sebab bekas isteri dia dah lari ke luar Negara.

Semenjak kehadiran pakcik Zul, hidup aku benar-benar terisi, malah aku sendiri tak sedar, sejak bila aku mula belajar untuk senyum. Guru-guru di sekolah pun terkejut dengan perubahan mendadak aku. kalau dulu aku dikenali sebagai number 1 yang nakal, hari ni aku dah tak lagi dikenali sebagai budak nakal. Malah aku di jadikan ikon kepada kawan-kawan sekarang. Segalanya berubah kerana kasih sayang seorang pakcik yang layak aku panggil Ayah. Kalau nak tahu, dulu aku top dengan beberapa pelajaran sahaja, tapi sekarang, kerana begitu seronoknya aku, habis semua mata pelajaran aku yang ranking. Langsung tak bagi peluang kat pelajar lain nak merasa dapat markah tertinggi. Nasib baik la Pendidikan Moral dengan Bahasa Cina aku tak ambil, kalau tak aku tak tahu la. mesti aku jugak yang pegang markah tertinggi tu. ahaha belagaknya aku. hee

Satu hari, aku dikejutkan dengan kemalangan menimpa pakcik Zul, masa tu akulah orang paling risaukan keadaan dia. akulah yang hari-hari menjaga pakcik Zul semasa di wad, dan semasa di rumah. Aku ingat lagi, dia sakit kat kaki dia, aku la yang urut-urut kaki dia. aku yang tukang picit dia. dek kerana terlalu sayangnya dekat ayah angkat aku ni. aku mencari sendiri minyak angin yang orang kata paling baik, aku hadiahkan dekat pakcik Zul. Dan minyak tu la yang menjadi simpanan dia. aku tak sanggup kehilangan pakcik Zul. Tapi aku tahu keadaan dia semakin kritikal. Makin hari makin melarat. Aku usaha sebaik mungkin menjaga pakcik Zul. Sampai la tetiba satu hari, ketika aku datang ke hospital, aku lihat pakcik Zul dah tak ada. Aku tanya pada Nurse. Mana pakcik? Kata Nurse, seseorang telah datang dan ambil dia. dari hari tu la. aku sudah tak dapat berjumpa dengan pakcik Zul. Aku benar sedih. Hidup aku kembali sunyi. Tapi, aku takkan lupa. Pernah satu hari tu…..

“Amin, leh janji tak dengan ayah?”


“janji apa Ayah? Apa saja untuk ayah… Amin janji akan tunaikan..”


“Janji dengan Ayah, Amin akan jadi anak berguna, ayah nak tengok anak ayah ni jadi orang yang hebat satu hari nanti.. leh tak sayang? “


“baik ayah, Amin janji dengan ayah. Amin sayang Ayah jugak.. Amin akan buktikan pada Ayah, yang Amin pun boleh jadi macam Ayah Amin ni.. “

Hari berlalu selepas itu, aku berazam untuk makin kuat. Pelajaran aku tak pernah jatuh. Hingga aku sekali lagi di angkat sebagai PELAJAR TERBAIK SPM 2004. Aku sebak sebab tanpa Ayah atau Pakcik Zul disisi, aku rindukan dia, ingin sangat aku bagitahu dia yang kejayaan ni aku nak hadiahkan buat dia. Tiada apa dari aku, melainkan doa agar satu hari nanti, kami akan bertemu kembali. Ya ALLAH, kau lindungilah Ayah Zul. Berikan dia kesihatan Ya ALLAH. Aku sayangkan dia. Hatiku menangis lagi……

 

 Note :: entry ini adalah dari cerita Sebotol Minyak Angin. dan diinspirasikan cerita ini oleh 
Adik Teka Teki Misteri. Diharapkan ada komen-komen yang dapat membantu Nadh membaiki penulisan. terima kasih kerana membaca.

19 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

err...mula2 nak tergelak pon ada kat dialog bibik tu keh3....

tapi overall memang best...

fRaMe+LenSeS said...

Cik GK :: terima kasih. ;) first time wat cerita formal. ahaha. ;)

bulat said...

bnyk pengajaran :)

shahjiehan said...

tu dia..panjangnya cerita... x larat nk membacanya.. Sj komen je la ea..hahahha

jom baca dan komen Hantu Mak limah dan Ucop Wilcha mengamuk | ! !shahjiehan [dot] com ! !

cikblurr said...

best!!!!

tomatokering :) said...

sedihhhh lah last tu... huk

putERi-kAtEk said...

ini nadh buat sendiri??? waaaaa..... mabeles!!!

buat la kisah cinta2 lak lepas ni ni...hehehehee suke suke!!

hadiee said...

berbakat buat aku baca sampai abis. cerita yg menarik. thumbs up!

Muslimah Optimis said...

tahniah kamu... ermmm..kiranya ni entry flash back kisah sebotol minyak angin kan.. ermmm...

cikgu BM nak tegoq dah..hihihi..tolong justify na..hihihi.. pastu tolong pastikan kedudukan huruf besaq huruf kecik berada di tempat yang betol...hihi..

itu saja pesanan cikgu Mira.. yihhhaaa...

terbaik...

naqiah said...

nadh.. best2... :)

fRaMe+LenSeS said...

Bulat ::ya ka. bgs la kalau ada pengajaran. kita amek y baik untuk kita amal. buruk tu kita buang ya. .;)

SJ :: ahahaha.. nama pn cita.. sat2 tak panggil cita. :P

Cikblurr :: maceh. kamu jugak besh tau.. ;)

Erika :: hihi.. ya ka sedih.. :P

Katek :: yup. ni nadh wat sndiri.. nt la kalau jadi cita cinta nadh gtau katek. tapi rasanya dah banyak ni. katek tak cari dalam entry awal2.. ;)

hadiee :: maceh hadi sebab membaca.

Aimaa :: hihi.. lupa nak justify la cekgu.. lagi satu tatau napa. taip dalam word pun gila. ahahaha.. len kali saya akan jaga ya cikgu.. maceh menegur.. ;)

Naqiah :: maceh baca cita nadh.. ;)

eva♥evo said...

done!

bezz...tsha suka..
hmm..amin,.amin,.dh la tacing ngn nama amin ni..

^_^ nice abg nadh

fRaMe+LenSeS said...

Tasha :: maceh membaca.. ;)

GeminiGurlz said...

bace ceta awak... =)

Nur @n!sa said...

pegh mmngtersentap haha nice story..

fRaMe+LenSeS said...

Gemini :: terima kasih membaca.. ;)

@nisa :: terima kasih membaca cerita ni.. sentap2 simpan isi dia tau. ;)

eyjalukman said...

story yg menarik ;)

sedih kita baca .
ada ke gi buang makanan pkcik tu bagi . huhu T____T

kita follow awk tros ;)

sTilLuvMylIfe said...

keep it up yunx!!!

gud job...nice writing...
ad bkt...;)
suke3...\(^__^)/

follow u...:D
<3 <3 <3

fRaMe+LenSeS said...

Eyja :: terima kasih baca cita nadh.. terima kasih follow nadh.. ;)

sTilLuvMylIfE :: terima kasih follow nadh.. terima kasih membaca cerita nadh.. nt ada cita lagi nadh gtau ye.. hehe. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA