Followers

Tuesday, 17 April 2012

Cerpen | Untukmu Sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

"Ibu, meh la temankan Iqa ibu. Iqa nak nyanyi ni, "

"Manja nya la anak ibu ni. Nyanyi la sorang-sorang, ibu nak masak ni sayang. "

"Alaaaa. mari la temankan Iqa ibu. Iqa janji, lepas Iqa nyanyi, Iqa yang masakkan untuk ibu. Ibu nak makan apa hari ni? " Dengan nada memujuk Ibunda tercinta. 

"Amboih, ni kira nak membodek ibu ke apa ni? " 

"Haruslah". Balas Iqa sambil tangan terus memaut lengan ibunda nya. 

Kasih sayangku ini | Hanyalah untukmu | Ku telah berjanji | 
Kaulah yang satu | Dalam hatiku ini | Untuk selamanya

"Iqa nak tujukan lagu ini buat ibu. Iqa sayang ibu sangat-sangat-sangat. Tak ada orang dalam dunia yang dapat gantikan Ibu. Tolong tahu tu ya Ibu? " Ucap Iqa.

Belum pun sempat Iqa menyambung, terlihat butir-butir jernih menuruni pipi Akma.
"Ibu, kenapa Ibu menangis ni? "

"Tak ada apa lah sayang. "

"Baik ibu cerita."

"Tak ada apa sayang. betul. "

"Kalau ibu tak cita, Iqa merajuk. tanak masak, tanak makan hari ni. "

Akma mula tersenyum kembali, memaut anakandanya ke ribanya, sambil mengusap ubun Iqa, Akma pun bercerita, 
"Sebenarnya, ini adalah lagu kesukaan Arwah Ayah kamu Iqa. Dia terlalu suka lagu ni. Dan lagu ni juga lagu masa kami mula bertaut cinta satu ketika dahulu. Ibu menangis tadi sebab korus lagu ni. Ini apa yang ayahanda kamu pernah pesan dulu, jaga kamu bebaik. Dan korus ni jadi pengikat janji Ibu dan Arwah Ayah kamu dulu. Ibu pegang kata-katanya, Kasih sayangku ini - Hanyalah untukmu - Ku telah berjanji - Kaulah yang satu -Dalam hatiku ini.

Iqa mula sebak. Memeluk erat Akma. 
"Iqa minta maaf ya Ibu. Iqa janji, Iqa janji Iqa takkan sakitkan hati Ibu, Iqa janji Iqa akan jaga ibu sebaiknya. Sampai bila-bila, walau apa pun yang datang, Iqa takkan letak Ibu di tepi, walau sedikit jarak sekalipun. Iqa sayang Ibu. "

***********************************************

Sudahlah Iqa, sudahlah. Cukup-cukuplah merajuk tu. Ibu dah penat nak pujuk kamu. Dah tiga hari kamu di dalam tu taknak keluar. Keluarlah, jangan la macam ni. Pujuk Ibu

Taknak. Iqa taknak .

Takkanlah sebab lelaki tu kamu nak buang ibu sayang? Janganlah macam ni..

Taknak. Ibu tak paham perasaan Iqa. Ibu tau tak betapa Iqa cintakan dia. 

Sayang.

Sudah, Iqa taknak dengar. Iqa benci Ibu. Iqa benci Ibu. Pergi Ibu. Iqa taknak cakap dengan Ibu. 

***********************************************

"Jai, kau nak ke mana ni? "

"Aku nak bawa diri. Jauh dari sini. "

"Kau nak ke mana? kau tu bukan biasa jauh macam ni. "

"Biarlah aku pergi Adi. Biar aku membawa diriku pergi dari sini. "

"Takkan kerana kau dah gagal dengan dia kau nak lari? "

"Tidak. aku bukan lari. tapi aku pergi membina diri. Aku akan buktikan yang satu hari nanti aku juga mampu berjaya. " Balas Jai.

Belum pun sempat Jai mengangkat begnya untuk bergerak, dia dikejutkan. 
"Jai, Iqa kemalangan. ". Wan menjerit dari kejauhan.

Mereka bergegas ke hospital menemui Iqa. Bertemu dengan keluarga Iqa.Beg yang tadi dalam pegangannya dilemparkan ketepi, berlarian kearah kereta miliknya dan memecut penuh kerisauan sambil hati tak berhenti berdoa agar buah hatinya itu dipermudahkan dan selamat dari musibah ini.

***********************************************

 "Makcik, maafkan saya makcik., salah saya semua ni. tak sepatutnya semua ini jadi "

"hurmmm. apa lagi yang mampu makcik katakan. perkara dah terjadi Jai"

"Makcik, izinkan Jai melawat dia makcik."

"Mari Jai. Makcik bawakan"

"Bagaimana keadaan dia makcik? kenapa dia tak sedar-sedar pun? "

"Dia mengalami kecederaan yang teruk Jai. dia perlukan organ untuk mengantikan organ dia yang rosak tu Jai."

"Maksud makcik, organ dalaman dia rosak semasa kemalangan? "

"Ya Jai." Balas Akma, dengan nada sebak yang kembali menebal, tidak sanggup melihat anakanda tercinta yang terbaring di katil hospital sejak semalam.

"Makcik, Jai nak dermakan organ Jai"

"Derma? Jai nak derma? "

"Ya makcik, Jai rasa Jai boleh . sebab masa dahulu, kami pernah pergi check darah, dan darah kami serupa. 

"Hhurmmm. kamu sungguh mulia Jai. "

"Mulia? Makcik lebih mulia makcik, sepertimana Iqa pernah cerita, bagaimana makcik telah hidup menongkah kaki sendiri demi membesarkannya. Dan Jai, seorang yatim piatu tak mampu merasa pn kasih yang sehebat itu makcik. Biarlah Jai cuba makcik, Jai tak sanggup melihat makcik bersedih, tak sanggup melihat Iqa begini makcik. "

"Tak apalah Jai. Biarlah makcik yang pergi. "

"Tidak makcik, Iqa punya makcik, saya tidak punya sesiapa, andai kata  apa-apa terjadi sekalipun, Iqa cuma kehilangan saya, dan saya yakin tak lama masa diambil untuk pulih, tetapi andai tiada makcik, tiadalah Iqa. Dia selalu cakap macam tu dekat Jai makcik. " 

***********************************************

Hampir seminggu Iqa ditahan di wad. Dia mulai sedar. Dan sebaik terjaga, dia tercari-cari di tepinya. Di manakah Ibu tercinta telah pergi. Namun tiadalah bertemu semenjak dia mula sedar. 

"Nurse, ibu mana nurse? "

"Ibu? Ibu awak ke? " Balas Nurse.

"Ya nurse, Ibu saya, "

"Setahu saya, tak ada pula sesiapa yang menjaga kamu melainkan seorang lelaki yang selalu datang bersama kakak kamu untuk menjaga kamu. " 

Iqa mula berteka teki. Di manakan Ibu? Kenapa Ibu tak datang menjaga nya? Adakah Ibu marah dengan perihal tempoh hari, ketika dia menolak ibu demi menegakkan cinta yang di kaguminya sangat itu. Entah dari mana datangnya sikap kurang ajar itu. Sedang ibu tidak langsung pernah mengajarnya . Malah erti kata BENCI sekalipun tidak pernah dididik kepadanya. Ibu berusaha menjauhkannya dari rasa benci. Kerana kata Ibu, benci itu kata negative yang membuat kita jadi manusia yang berdendam, jadi atas kerana itu, Ibu selalu mengingatkannya.  

***********************************************

"Kak, mana Ibu kak? " 

"Owh Ibu, Ibu pergi Umrah sayang. "

"Umrah? waktu Iqa di hospital?"

"Aah Iqa. Kenapa? "

"Tak ada. Iqa pelik. Ibu tak pernah buat macam ni dekat Iqa. Takkan Ibu marahkan Iqa kak?"

"Ibu tak pernah ambil hati atas apa yang jadi Iqa. tak payahlah kamu nak fikir bukan-bukan. Lagi satu Ibu cakap, Ibu restu hubungan kamu.."

Kakak menyambung. "Bulan depan kamu kahwin. Semua dah sedia. "

"Haa? Sedia? Apa ni kakak? Iqa tanak, Iqa nak tunggu Ibu balik dulu. "

"Ibu suruh proceed dlu. Nanti dia balik. "

Iqa semakin pelik. Kenapa semuanya tetiba ni? Cepat sangat. Expressnya.? Ibu pernah cakap, kalau dah tiba masa, Ibu takkan susahkan lelaki yang bakal mengahwininya. Biarlah semua semudah mudahnya. Biarlah mulut manusia berkata-kata, memaki hamun, mengata belakang, mengutuk sekalipun, Ibu tak kisah, Yang penting, anakandanya sudah sah bersuami. Yang mana tiap perjalanan hidup itu berlandaskan syariat, dari yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besar itu menjanjikan balasan berlipat kaliganda .

***********************************************
Seminggu berlalu. Iqa masih belum bertemu Ibu. Kata kakak, Ibu akan pulang selepas selesai majlisnya. Tapi masih hingga kini, tiada bertemu Ibu, jangankan tubuh, bayang-bayang juga tidak langsung ketemu. 

Satu hari, Iqa sangat rindukan Ibu. Dia masuk ke bilik Ibu. Dia tersenyum melihat gambarnya yang diambil bersama Ibu. Berpeluk sakan mereka berdua. Sayangnya dia kepada Ibu. Ciuman tak pernah berhenti singgah ke pipi masing-masing bila tiap kali bersama. Ibu terlalu menyayangi mereka adik beradik. Kakak, walau dah berkahwin, tapi tinggal bersama mereka. Sebab tak sanggup nak jauh dari Ibu. Begitu juga Ibu. Semenjak kehilangan Arwah Ayah, hanya merekalah tempat dia bermanja. 

Sedang memperbetulkan gambar yang dipegangnya sebentar tadi, gambar berkenaan terlepas dari pegangannya. Berderai kaca sisipan depan gambar itu. Habis hancur bingkai gambar itu. Sepertimana kata ALLAH dalam Al-Quran, Kun Fayakuun. Andai dia kata jadi, maka jadilah., ketika Iqa sedang mengutip bingkas tersebut, terselit sehelai kertas di belakang gambar itu.

Assalamualaikum anakanda tersayang.
Saat anakanda membaca warkah coretan bonda ini, kemungkinan besar bonda dah tak ada lagi sayangku.

Bonda tahu, anakanda bencikan bonda. Sebab Bonda tak tunaikan impian anakanda nak bersama dengan dia bukan? Bonda akui, bonda memang cuba untuk memisahkan kalian, tapi perpisahan bersyarat. Bonda dah cabar Jai untuk buktikan pada bonda yang dia mampu berdikari atas kaki sendiri. Malangnya belum sempat apa-apa kamu dah menghukum Ibu.

Anakku sayang,
Akhirnya, bonda ambil keputusan ini. Setelah bonda melihat keikhlasan Jai dalam menjaga kamu. Dia membuktikan kasihnya bila dia menawarkan dirinya untuk keselamatan kamu. Tapi bonda terpaksa halang dia dari berbuat demikian. Bonda tak lupa sayang, masa kamu menjerit, betapa kamu sayangkan Jai, jadi Bonda tunaikan impian kamu itu.

Menurut doktor, katanya, peluang 30:70, dan atas dasar terlalu menyayangimu , bonda telah batalkan apa yang sepatutnya Jai buat dan mengambil tempat Jai.

Maafkan bonda sayang. Bonda tak mampu nak hidup bersama kebencian kamu sayang. Jadi,  bonda dah amanahkan Jai untuk mengambil tempat Bonda. Bonda restu hubungan kamu, Bonda redha dengan perhubungan kamu. Jangan kamu abaikan dia ya sayang. Jadi isteri solehah ya sayang. Bonda yakin kamu mampu. Sebab kamu kan anak Bonda. 

Keindahan pelangi adalah |  Keindahan wajahmu sayang | Yang sering bermain di mata | Hatiku ini
Keharuman bunga kasihku | Hanyalah untukmu sayang | Bagaikan pantai dan lautan | Takkan terpisah

Yang terlalu menyayangimu
Ibu


***************
" Ibuu~~~~~~~" Jerit Iqa. Dia pengsan di situ juga. 
"Maafkan akak sayang. Ini amanat Ibu. Ni pun akak dah gagal menunaikan amanat Ibu. Sebab akhirnya  kamu terbaca juga surat itu. Akak tak tunjuk sebab akak tak sanggup nak kamu bersedih." Balas Zie dengan tersendu sedan menahan tangisnya.


Seorang Ibu mampu menjaga sepuluh anaknya. Namun, seorang anak untuk seorang Ibu itu bagai menjaga sebesar-besar gunung susahnya. Seorang ibu, langsung tidak pernah mengadu susahnya demi anakanda tersayang, tapi anakanda, baru sedikit, sudah berani menaikkan suara kepada ibunya. Seorang ibu, langsung tidak menyesal kerana lahirnya anakanda walau sakit sebesar-besar sakit , menyamai sakit bertemu mati, tapi anakanda, terkadang menyesal kerana beribu bapakan mereka, bermuhasabah kita kerana redha ALLAH itu datangnya dari redha kedua mereka. Baik dari mereka, baiklah kita, andai kita berjaya menokok sebesar armada galaksi dunia ini sekalipun, tapi kita lupa untuk menjaga mereka, kita lokek kasih kepada mereka, kitalah manusia paling gagal dalam dunia. kita mungkin mampu menjaga sebesar-besar angkatan tentera, tapi kita sebenarnya tak ada apa, sebab anugerah hanya dua yang tak mungkin terganti ini tak mampu kita manjakan dengan kasih dan perhatian.  

12 comments:

kiera'sakura said...

sedih.. huhuhu..

semoga saya menjadi anak yg selalu hargai kasih sayang dan pengorbanan mama... sakitnya mama biarlah saya yg tanggung..asalkan mama bahagia dan ceria...

Iffah Afeefah said...

Nadh ini sgt sedihhh T.T

TiraPengemis said...

tacing jap~~~

zaty luvlianncezzz said...

sedihnya baca. kasih sayng ibu mmg tiada tolak bandingnya. :')

zafira othman. said...

haaaa, nak tahan ayaq mata. nak balikkkkk :(

ciss2 sapa suh bt cerpen sedih :(

Aida Omar said...

ahhh!! sedihnya cerpen nie nadh.. T_T kasihnya ibu sampai sanggup berkorban demi kebahagian anaknya.. Besarnya pengorbanan ibu tu..

Sunah Sakura said...

sedihnya cita ni nadh..nape kakak dia tipu...jangan la tipu camtu...gi umrah...bukan gi umrah...anak dia da besar kot nak kena tipu camtu... #eh emo lak..hahaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huwaaaaaaaaa....sedihnye.kasih ibu sentiasa ingin anaknya bahagia

FasiHaH SupiaN said...

sedihnya T_____T

Nong Andy said...

kejam!! kenapa toreh2 hatiku mcm ni..

uwaaaaaaaaa...!

iena azrena said...

salam..mohon copy ye..
ambil idea sikit dari sini tuk wat drama radio.. terima kasih :))

iena azrena said...

salam..mohon copy ye..ambil idea dari sini tuk wat drama radio.. tq :))

Buta+Pekak+Bisu=CINTA