Followers

Thursday, 17 March 2011

Si Pendusta Cinta


 

Kisah bermula tika aku baru lepas SPM. Tika itu, aku Cuma si Pelayan di kedai makan bedekatan rumahku. Saat aku jumpa si dia, insan yang benar telah mengajarku erti cinta,. Dia yang pertama dan terakhir buatku. Aku benar kagum dengannya.. pada ketika itu, hadirnya dia dengan berpakaian kemeja, kemas dan segak sekali. Aku yang pada saat itu, sedang menghantar air, hampir sahaja menumpahkan ia keatas meja dek kerana tersepak kaki meja, namun begitulah kisahku bermula, saat hero mula menyelamatkan si heroin, wahhh.. seronok amat jika diingatkan dia hadir dan menyelamatkan air dari tertumpah, dan aku dari terjatuh kelantai.

oopss.. hati-hati saudari,

“…” aku tidak mampu berbicara, bagai sudah kelu benar lidah dan otak dari mengeluarkan idea tentang apa harus ku katakan kepadanya. 

maafkan saya. Tidak sengaja tertarik awk.”

Aku bingkas bangun dari tangkapan kemas enchik Hero pujaan hati. Sudah lama benar aku memerhatikan kamu, baru hari ni, keluar kata dari bibir kacakmu. Wahh.. aku benar sudah terpaut. Dahlah handsome, suara pn macho.. hohooo.. nak nangis pun ada la. 

awk.. maaf ya..”. begitulah kata dari mulut dia, sebaik aku berlarian ke dapur gara-gara malu jatuhku disambut dan dalam dakapan sang pemuda pujaan.nak marah takleh, kalau tak dia sambut tadi, macam nangka busuk aku jatuh tadi.. :

Bermula dari hari itu, dia semakin berani menegurku. Aku pula, malu-malu ditegur dan membalas kembali. Malu la konon kan, padahal dalam hati sapa yang tahu, sehari tak hadir rasa macam dah bertahun aku tak menatap wajah kamu.

Suatu hari,
awk.. boleh saya tahu nama awk? Sudah lama saya datang ke sini, tapi masih belum berkenalan dengan awk. Boleh saya tahu nama awk?

saya ekin. “ (malu aku hendak menjawap mulanya, tapi lantak la.. layan ja la.)

ummm. Sedap nya nama, manis semanis tuannya juga ya?

Dalam hati aku berbisik. “wah2..  pandai kamu nak mengayat aku ya.. “ tapi dalam ati aku jugak berkata, “muka dah handsome, suara pun sedap, tiap baris kata dari mulut kamu bagai mengikut tona dan tersusun rapi. Mesti berbudi bahasa ni.. “

awkk.. “ , si dia menegur kembali. 

Lantas aku menjawap. “awk nak manis ka? Nak manis jap saya nak tambahkan gula dalam air awk ni” 

ehh.. mana ada awk.. saya kata awk yang manis, bukan airnya..

Duhhh.. malunya aku.. suka sangat enchik Hero berkata-kata, smpaikan aku terlelap seketika dalam mimpi disiang hari aku ni.. eee.. malunya.. 

opss.. hiii.. “ ujarku malu. 

Dia kemudian menambah, “boleh tak saya nak berkenalan dengan lebih dekat dengan awk?

Aku mulai terdiam kali ni, wahh..adakah benar apa yang berlaku sekarang ni? Dah lama aku tunggu kamu berkata demikian wahai enchik Hero. Sekali lagi aku bermimpi di siang hari.. hohooo.. takkan nak kata tak sudi kan.. aku suka sangat la wahai enchik Hero.. tapi aku masih kena cover comei dan ayu ni.. sat2.. nak malu2 cket..

awk.. awk tak sudi ya?, takpa lah kalau tak sudi, saya paham..” 

Ehhh.. bolehh… Ooopss.. “ ujarku malu. Aku dapat lihat dia tersenyum apabila melihat telatah aku yang asik2 mimpi di siang hari ni.. 

Dihulurkan Business card dia ketangan ku, “awk, ni card saya tau. Saya tunggu awk contact saya.”. Lantas dia pun berlalu. Menoleh aku kejam di dinding kedai. Rupanya dah 1:50 tengah hari, mungkin dia masuk kerja pukul 2 jap lagi.

Malam tu, aku beranikan diri. Cuma dengan kata “Assalamualaikum” aku hantarkan kepadanya..
Tak sampai 2 minit, sudah ada jawapnya, “awk.. ni awk ka? Cik Ekin? Saya menanti SMS awk dari petang tadi lagi

Aku tersenyum. Tapi dalam hati sedikit berkata, “tah ya tah dak dia nih.. ele.. laki suma sama.. waktu nak ja, suma manis..”. Mulut ja kata, tapi tangan membalas. “Ya saya la ni.. awk nak apa?

Sekali lagi tanpa menunggu lama, bunyi SMS mulai menjengah kembali, “saya nak kawan dengan awk.. awk sudi tak?

Dan kami pun berbalasan SMS. Hingga aku sendiri tak sedar bila masa aku terlelap dalam alam mimpi ni. Dah la tu, siap mimpi enchik Hero ni plak tu.. duyyaii.. awat la dok angau dekat hang ni weyh.. arrrr.. ..

Keesokannya, aku bangun awal (tdo awal bangun awal la, ni memang perangai aku). Aku perhatikan SMS di telefom murah milikku, “awk, saya tahu awk dah tidur, apa pun saya nak ucapkan terima kasih amat sebab sanggup berkawan dengan saya. Saya gembira sangat bertemu awak.

 “Awat la hang ni sopan sangat ntah. Cam pelik pn ada.. heran aku, yang aku tau la. Laki ni selalu kasaQ kedegaQ kata orang utara, ni ang punya la sopan, kata tu atur baik punya. Heran jugak aku..” bebel aku pagi tu. 

Hari tu ati berbunga2 ja rasa. Kerja dengan penuh semangat dan dedikasi (chewahh). Dia datang hari ni. Tapi aku tak sempat nak layan, Cuma dapat tengok dari jauh saja. Dia pn aku dapat tengok, dok terpusing2 tengkuk tu tercari-cari aku (perasannya aku). Tapi betoi woihh.. aku nampak kot dia dok cari2 aku. Last sebelum dia pergi, aku pasan ada orang di belakang aku cakap, “awk.. malam ni SMS lagi ya”. Elok aku kalih ja, aku tengok dia dah jalan dah. Aku pasti itu dia. 

Kehidupan kami berlalu macam ni la. langsung tadak apa-apa, siang jumpa di kedai, malam dalam telefon, SMS. Hinggalah pada suatu hari. 

Toooottt.. tootttt.. (tepon aku bunyi ). aku pun angkat la.
Assalamualaikum Ekin.. saya ada menda nak cakap dengan awk ni.. boleh tak awk pinjamkan masa awk sekejap ja untuk saya?

ummm.. apa dia awk..”. heran jugak aku, tak pernah-pernah dia call aku. Tapi angkat la. maklum la. seminggu ni tak dengar langsung suara dia kat kedai. Busy la katakan.

boleh tak esok saya nak jumpa awk kejap?

jumpa? Ada apa awk nak jumpa saya? Ee takut la saya..”

awk jangan risau, kita jumpa dekat kedai ja esok, boleh ya? Ada menda saya nak cakap dengan awk..

okay .” kataku. Sambil palotak berfikir, apa dia la yang nak dia gtau aku esok. Isau plak la.. ntah2 nak bagitau.. dia dah ada calon, ka nak bagi kad kawen. Arghh.. tamo pikir la.. wat semak palaotak aku ja.

Esoknya, ketika aku sudah bersiap2 untuk pulang dari kerja, dia sampai.
awk.. sini kejap?

ha.. napa awk?

Assalamualaikum.. saya nak bagitau ni.. arap awk tak terkejut ya?

Aku dalam ati da macam2 rasa dah.. apa menda la mamat ni nak bagitau aku ni?. Iskh isau aihh..
awk.. sebenarnya, .. sebenarnya.. ummm…. Sebenarnya… “. Tergagap dia bercakap. 

apa dia awk.. gtau ja la…

umm.. sebenarnya, saya sukakan awk… saya ingin melamar awk.. sudikah awk bersama saya?

What????”.  Aku rasa macam nak pitam pun ada, nak pengsan pun ada.. tapi lebihnya rasa macam nak terbang.. tatau nak gambarkan.. seronok yang amat la.. tak sangka.. cinta dah smpai kepengetahuannya.. yayyy… 

kenapa? Awk tak sudi kah nak bersama saya?

Aku masih berdiam diri.. 

Tetiba ja dia berkata2..  “ takpa la awk.. saya sedar siapa saya..maafkan saya sebab mengganggu hidup awk.. saya mintak diri.”

Aku perlu berbuat keputusan sekarang, aku perlu terus mengucapkan.. aku perlu meluahkan.. aku jugak mahu kamu.. atau aku akan kehilangan yang mana aku sendiri menginginkan. Dah keluar dari mulutku ketika itu, “saya sudi”. 

Tak kusangka. Tetiba ja si dia jadi tak ketahuan.. 

kisah cinta sudah bermula, kini patik mulai percaya, tuanku cinta pada patikkk~

Tergelak aku dengan keletahnya. Dia sangat lawak tau tak.. boleh pulak la dia menyanyi lagu Pendekar Do Re Mi ni saat aku mulai menerima kehadirannya. tergelak sebentar aku dengan keletah dia.
Dari hari tu, kami semakin rapat. Masing-masing tahu isi hati masing-masing, tapi tadak sebarang declaration berlaku. Sebab kami sama-sama nekad tanak ada apa-apa sampai la kami bersama. Demi menjaga batas-batas dan jaga adab. Dia begitu baik sekali. Katanya yang takkan aku lupakan, 

kalau kita couple, kita takkan lari dari zina hati, zina mata, zina tangan dan bermacam lagi. Saya tanak kita hadapi suma tu, biar Cuma meluahkan api terpendam di hati, hujung tahun ni, saya akan hantar rombongan. Saya nak kita bersatu.

Aku kagum benar dengan pendirian dia. langsung tak pernah kami ber-abg-syg, bermanja-manja, segalanya begitu terjaga sekali. Aku begitu gembira, dia memang sebaik manusia yang ditakdirkan buatku. Hinggalah berlaku satu kemalangan ketika aku sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Kemalangan itu meninggalkan kesan yang amat dalam kepada aku. Mata aku keduanya telah buta kerana telah terkena kaca dari kereta yang melanggar aku. Itu bukan saja yang menyedihkan aku, tapi aku sangat sedih kerana sepanjang tempoh aku di sana, dia tak pernah langsung berjumpa dengan aku. Seingat aku hanya sekali ketika aku mula-mula masuk ke hospital. 

Kesan dari kejadian itu, aku jadi seorang yang sangat pendendam kepada lelaki. Aku tak pernah lupa, setiap hari aku terfikirkan dia, tapi dia tak pernah langsung datang kepada aku dan melawat aku.” Kau sangat kejam okeh? Kau katakan kau akan bersedia menerima aku sebagaimana aku menerima kau, tapi mana pergi kau waktu aku perlukan? Kau PENDUSTA CINTA. Aku benci kau.. aku benci kau.. sebab kejadian tu berlaku ketika hari jadi kau, aku buta sebab aku terlalu ghairah dengan hadiah aku belikan untuk kau. Kau kejam. Kau kejam sebab kau tak pernah datang pun menjenguk aku..”
 setahun masa aku ambil untuk pulih dari kecederaan aku. Mata aku pun sudah pulih. Mungkin sedikit terubat kerana ada jugak yang baik hati mendermakan matanya buat aku. Aku langsung tidak bertanya ianya milik siapa, Cuma nya doctor ada pernah berkata, yang tuannya sudah mati. Tapi dia berikan matanya kepada aku. 

Selepas pulih, aku mendaftar dan menyambung pelajaranku di Universiti.
4 tahun aku di sana. Langsung tiada laki yang menjengah aku layan. Bagiku. Laki semua sama sahaja, waktu cantik, waktu sempurna, didamba2.. bila dah tiada apa, Cuma ibarat sampah yang menanti masa lupus. Aku benci benar dengan lelaki tika saat ini. tiada satu pun yang aku layan dengan baik. Semuanya yang ada dengan aku, aku ibaratkan sehina-hina dan aku layan macam anjing ja di jalanan. Akhirnya perjalanan aku di Universiti, aku pun bekerja. Alhamdulillah, aku mendapat kerja baik kerana aku terus di offer sebagai peguam di satu firma sebaik aku selesai melanjutkan pengajian.

Segalanya berjalan lancar, hinggalah Satu hari, ketika aku kalut hendak ke firma, aku bawa kereta laju betul, sampai ke satu simpang tu, aku hampir terlanggar seseorang.. geram betul aku dengan dia nih. “Weyh pacik, hang nak lintas, tengok la. aiii.. nak mati p mati kat lori ka, kat bus ka, jangan la nak mati pasai aku langgaQ.. bongok la dia nih

Marah betul aku dengan dia, tika sedang semua kalut2, aku terpandang dia, hatiku berbicara, ehh.. bukankan dia enchik Hero? Aku abaikan perasaan aku tu, dan aku meneruskan perjalanan aku. Lantak ang la, aku ada meeting weyh..aku terus bergerak ke firma, smpai la di sana, selesai semuanya, aku tertanya-tanya, bukankah itu, mr hero? Kenapa dia tak Nampak aku melintas? Kenapa dia bertongkat. Semua ni perlu didedahkan.
Maka bermula kisah aku sebagai detektif Ekin. Hari2 aku akan ada di jalan tu melihat dia. aku ikut sahaja kemana jalannya dia, kemana saja tepat dia tuju. aku ingin benar tahu kenapa dia dah tidak kenai aku lagi. Sampai la satu hari aku berani nak membongkar dan aku duduk dihadapannya.. aku mula bertanya. Dan hasilnya benar-benar membuatkan air mata aku tak berhenti mengalir dari mataku..aku tak sangka.. pengorbanan yang ntah tak terluah dek kata, tak terucap dek bahasa, rupanya dia dah selesaikan tanggungjawap yang dirasakan miliknya, kerana sewaktu kejadian itu, dia Cuma berada diseberang jalan, dia  nampak aku begitu gembira dengan hadiah yang dibelikan untukku, masa kejadian tu, dialah yang membwa aku ke hospital, dan dialah sebenarnya yang memberikan matanya yang cantik tu buat menggantikan mata aku yang rosak dalam kejadian tu. Aku benar tersentuh dengan pengorbanan dari nya. Sedang dia aku chop sebagai Pendusta Cinta. Begitu murninya hati dia.. 

Aku tak dedahkan siapa aku ketika aku bercakap dengannya. Tapi,  seminggu selepas itu, aku datang lagi, tapi kali ini bersama kedua ibubapaku, kami bawa dia, dan sebulan kemudian, dia menjadi suamiku. aku cintakan dia. aku janji, aku akan jadi matanya, yang melihat, dan tangan yang menjaga dia. AKU JANJI, AKU TAKKAN TINGGALKAN SISI DIA SELAGI ADA HAYAT. Saya Cintakan kamu enchik Hero. kamu tetap dan akan kekal sebagai Enchik Hero, sampai ke taman2 syurga hendaknya. aku menangis lagi. ;')

34 comments:

nora amila ghazali said...

best2.. cuma hahhahaha.. amboi pelat pompuan tue... hahhahaha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

not bad..

=)

Miss Ran said...

sweet..tapi tulisan tu...susa baca..lagi2 entry pjg..hehe

angah said...

not bad :D..
tapi aku nk taya nie sapakah watak utama nie.??ang ka.?ak pening la blog nie laki tapi watak nya powpuan,...xpow abik dlm novel ja.??

hadiee said...

ni macam crita korea tu. nice one!

LaDy_aFieFa said...

nice :)
lepas ni tulis novel tau! hehe

Permata Hati said...

1st ucap tahniah dulu...

errrrr... sory bro kalo komen agak pedas.. hihihi.. cerita ni mcm penah baca lor.. huhuhu... tapi kenapakan terlalu hensem digambarkan lelaki itu???? dan paling suka ayat last la yakni CINTA ITU IALAH MEMBERI SELAGI TERDAYA TANPA MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN.. cayalah bro... anda ada bakat menulis... keep it up...

kalo dah terbit novel bagi kat kami free sebuah siap sign tau..hehe

*47!k@# said...

wah3..xsngka..penulis nya lelaki tp leyh wt wtk pompn..tahniah2..alngkah seronok nya lau masih ade lg lki cmtu kt dunia skrg nih..huu~

cikki's said...

i know this story..
dulu x silap dlm video clip korea kot..
tapi cete ni sangat comel..
saya suke!!!

fRaMe+LenSeS said...

Nora :: ya ka? tettt~~ hihihi kena ubah cket la cara penulisan pasni.. ;)

Cik GK :: maceh2.. kerana membaca..

Cik Ran :: maceh tau.. maksud kamu lenkali nadh nak wat cita nadh kena ubah tulisan ae?

Angah :: hihihi.. tu la pasai. aku baru pasan la. awat cita aku suma pompuan jadi watak utama nih.. hehe

hadiee :: ada cket2 kot.. hihi

Afifa :: maceh2..

Permata Hati :: hihi.. maceh kerana menegur.. tapi cita ni mungkin idea dari lagu korea tu.. tapi cita nadh garap sndiri.. pa pn maceh menegur tau.. ;)

fRaMe+LenSeS said...

*47!k@# :: maceh membaca dan komen.. maceh sangat.. tu la. ada lagi tak? mau jgk la.. hihi..

Cikki :: cita dia dapat idea dari lagu tu la.. cuma tukaQ cket.. Malaysia style.. hihihi. .;)

FarAh AmiRa said...

yokatta tokwan..caya la..sdey .!

Muslimah Optimis said...

hohohoh.. silap la wei... permata hati tu blog orang lain..kami lupa nak log in Muslimah Optimis..hehehe..mesti terkejut kan awat ada orang berani komen pedas sangat.. kalo MO komen pedas tak heran la kan sebab dah tau kami mcm mana..hehehe... nadh suka tengok drama korea ek..haha..bocoq rahsia..kih3...

fRaMe+LenSeS said...

Miko :: maceh tau. ;)

Aimaa :: hihihi.. takpa aih.. ta kesah pn. sebab kami berani publish, jadi kami kena la berani tunggu komen dari pembaca.. kami tak kesah pn.. pedas camna pn.. tu kan satu teguran. kami hargai sangat tau. ;) maceh ya..

Sekamar Rindu said...

salam...

hebat....hebat..hebat..

tomatokering :) said...

hoho mat jiwang jugak ye nadh ni.. :P

fRaMe+LenSeS said...

Sekamar Rindu :: terima kasih kerana membaca.

Tomatokering :: ya ka? tadak la.. cita kot jiwang. nadh dak.. :P

CintaZulaikha said...

subhanallah, blog laki ke nih..mati2 igt pompuan...kihkih

tp taper, yg penting enjoy ngn blog nih..ada trasa nak nulus buku tak?? tetiba..saya tgh carik penulis skrg nih.

fRaMe+LenSeS said...

Cik CintaZulaikha :: terima kasih membaca. menulis? hehee. buku apa tu?

"Che Ain" said...

sedihnya..

Kak Sam said...

Hi...
Salam kunjung. Sori lambat sampai. Sesat sbb salah masuk simpang. Mak aii rajin nya. naik berpinar mata saya. Apa pun menarik citer ni. Masa muda2 dulu selalu layan novel. La ni dah tak sempat nak layan.

Fizalinolie said...

I like this CINTA ITU IALAH MEMBERI SELAGI TERDAYA TANPA MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN.. Yup... Menerima pasangan dengan seadanya akan membuahkan kebahagiaan yang tak terkata... :)

MOHD HAFIZUDDIN said...

nice.... mcm cita korea tu

naqiah said...

mcm video klip korea.. :'( tp.. klimaks die x detail.. tym eksiden 2 x cita lebih skit.. tetiba eksiden.. pnedpt je.. hehehe/.. tp .. :'(

efa said...

nice one erk2 mcm cerita korea lak uhuhu good job buat la workpaper pastu antaq sah dpt diterbit jd novel :D

fRaMe+LenSeS said...

Naqiah :: orait Naqiah. nice input. insyALLAH akan diperbaiki lenkali. maceh sgt.. ;)

Efa :: maceh2.. satu hari nanti la kot. hehe ;)

putERi-kAtEk said...

waaaaaaaaaaa so sweeetttt......

tapi watak utama tu...ermm... dh makin pening dh...td bru aje pening

fRaMe+LenSeS said...

Puteri :: Awat yang pening tu Puteri? Pening apa?

cik pulau said...

citer ni best.. seyes...
tapi kalau justify and susun balik perenggan tu. mesti lagi kemas..
hehe..
teruskan berkarya..
nanti akan ada pembaca setia..hahaha

fRaMe+LenSeS said...

Cik Pulau :: maceh kamu.. T.T terharu sat.. :D sal susunan tu akan terima kasih menegur.. .:D inysALLAH, akan diusahakan. maceh tau..

NadiRah said...

wahhh...
buat sendri ek cite ni?

cik pulau said...

macam pernah dgr..
nadh republish eh??huhuh

Suhaili Sarif said...

tragis btul cita ni
ade ke x ya laki yg btul2 sanggup berkorban mcm 2 utk kita.hehe
ternyta,hero itu bukan pendusta cinta

zaty luvlianncezzz said...

nak enchik HERO jugak.........nak sgt ..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA