Followers

Friday, 1 April 2011

Cerita April Fool.

Hari ni aku mencuba,
aku letakkan sekeping kertas di dalam beg kamu.
dengan harapan kamu membaca.
dan aku disini, mentafsir masa,
menunggu kata dan bicara

bilakah akan kamu jawap
hasil kerja aku ini?
aku tertanya, adakah TIDAK atau YA.
hati berkata TIDAK akan keluar.
mulut berkata YA
apa pun, aku kepingin ucapan YA.
aku teringin sangat..

Love,
Daniel

"Waaahhhh.. apa dia ni Niss? sapa yang hantar kat kau ni?" Ain memula bicara.


"Ntah, tulis kat sini Daniel, takkan dia kot? "


"Biar betul dia tu? hahahaha.. nampak sgt brutal kot.. tapi gila dasat jiwang dia tu.. "


"Tak pasti la Ain, aku pun tak tahu.. "


"hahahaha.. ni  cerita panas ni weyh. kalau betul beruntung la kau. dia tu ensem kot.. cair aku tgk dia. aku dengar dia tu masih single lagi weyh.. "


"ehh kau ni. camtu punya ensem, takkan la kot..". ujarku, walau dalam hati ni, Tuhan ja yang tahu betapa seronoknya aku. dia sememangnya menjadi idaman aku sejak dari awal lagi aku dah berkenan dengan dia, walau dia seorang yang ensem, tapi dia idola dekat kolej ini, rupanya, hati budi, beragama, aku benar dah terpaut sejak dari awal lagi.

"aku tak kira Niss, aku nak terjah laa.. hehehe.. "


"jangan weyh, kang kalau tak betul, malu aku weyh.. "


"hahahaha kau jangan risau.."

Jauh di sudut yang satu lagi, berjalan satu kelompok student yang baru pulang dari kelas mereka. mereka sangat bising dan berbicara tentang sesuatu yang sangat menarik dari cara mereka melawak. gelak tawa mereka tu membuatkan kawasan berkenaan menjadi sedikit gamat dengan telatah mereka.

"kawan2.. korang tak tergelak ka, Ustaz Daniel kita, leh p bagi surat cinta kat si Niss tu.. "


"hahahahahahahahahhahahahaa.. " gelak reramai..


"aku macam tak percaya ja.. camna la kau leh jatuh cinta dekat dia tu.. cam lawak ja.. hahahahaha". kata Upin.

"betul-betul-betul. kau tu idola siot, takkan la ng minah tu pun leh feeling kot.. hahahahah". si Ipin membalas.

merah padam muka si Daniel dipermainkan petang itu, dia benar-benar rasa malu dipermainkan dan digelak sedemikian rupa. dalam hati dia bermonolog sendirian, "aduh, salah ka aku suka kat dia? takkan kerana penampilan aku nak disalahkan? hurmmm"

dan berterusanlah dia digelak.. dek kerana tak tahan menjawap, dia terlepas cakap, "aduh korang ni.. takkan korang tak tahu, hari ni kan April Fool, gila aih aku nak suka dekat budak tu, come on la weyh.. surat tu saja la aku letak, prank sama dia.. hahahaha.. April Fool.. hahahahahahaha ". Padahal si Daniel tidak sedar ketika si dia sedang berkata-kata tu, suaranya terkuat, dan tetiba plak suasana menjadi diam dari kecoh tadi, dan ketika itu, si dia sedang berselisih dengan Puteri Idaman yang di dambakan, Niss. dan saat ketika memang kena sekali kerana di masa ini sebenarnya Ain sedang dalam usaha memanggil Daniel untuk penjelesan.

Maka terdengarlah akan Si Niss akan apa yang diperkatakan si Daniel Putera Idaman hati dia, dia benar terkejut, tak sangka yang dia akan di prank sedemikian rupa sedangkan dia tak pernah pula berdendam dengan sesiapa. hati dia benar sangat sedih, rasa terkilan, segala jenis rasa menyerang. tanpa diduga, air jernih mula mengalir dari kelopak mata dia. Ain yang ketika itu berada bersama juga turut terkejut dengan apa yang jadi tu, dia terkedu dengan kata-kata Daniel dan kawan-kawan. sebaik dia menoleh, Niss sudah berlalu meninggalkan dia, dengan sangat laju sekali. dia cuba mengejar, namun tidak terkejar kerana Niss berlari dengan laju meniggalkan tempat kejadian. Hinggalah ke satu sudut, jauh di hujung bangunan, dan dibawah sebatang pokok, Niss berhenti.

tssskkkkkk ( terdengar bunyi esakan tangisan Niss) dan seraya Niss berkata sebaik Ain rapat dengannya.
"Kenapa macam ni? aku tak buat apa-apa pun dekat kau, napa kau nak prank aku macam ni? kenapa? kenapa?"


"Niss, sabar weyh.. aku sedih jugak..smpai hati dia buat kau macam ni.. "


"aku betul rasa sedih weyh.. napa.. napa dia nak wat dekat aku? napa tak pilih saja orang lain. napa? aku tak pernah pun nak sakitkan ati dia.. tak pernah langsung okeh.. "


"Niss, aku pun tak tahu, napa dia macam tu.. sanggup dia lukakan ati kau. "


"dah la Ain, tak guna aku menangis, mungkin aku cuma raksasa yang wajar orang buat sebagai permainan, sesedap rasa memukul, sesuka hati di lukakan.. "


"Niss... sabar weyh.. meh aku pegi belasah ja diorang tu.. berani toi wat kau macam ni.."

"jangan Ain, jangan.. birlah dengan mereka. aku mungkin cuma bahan mainan perasaan saja, biarkan aku.. "


"ni dah melampau, aku ta tahan, aku tetap nak pergi, "

Belum sempat Ain berpusing dan berlalu pergi dengan hajat nak menyerang golongan si pendusta itu, Niss menarik tangan dia dan terus memeluk Ain. Adegan petang tu berakhir dengan keduanya berpelukan dan menangis. seorang yang dipermainkan, dan seorang lagi peneman setia, sahabat yang menangis bersama sahabat, yang seakan terasa pedihnya permainan sang lelaki melukakan hati seorang sahabat yang dianggap seperti adiknya sendiri. dalam keesakan tangisan tu,
"aku tekad weyh. aku takkan percaya pada LELAKI lagi. sampai bila-bila"

keesokannya, Daniel datang.
"Niss, aku nak cakap dengan kau..."

"apa kau mahu? ". sergah Ain.

"aku nak wat penjelasan.. aku tahu kau mendengar apa jadi semalam.. sebenarnya aku........"


"sudahlah Daniel, baik kau pergi saja, sebelum aku jerit, baik kau pergi, tak cukup lagi ka apa kau da buat semalam? "

"tapi Niss, Ain,,.. "


"PERGI!!!! "

Berlalulah si Daniel dengan perasaan hampa, dia benar rasa terhukum dengan kata-kata nya semalam, walau dia tahu apa isi hati sendnri, tapi dia tak mampu nak meluahkan kata itu, sehingga perlu bersurat, tapi dia cuai kerana perbuatan dia dihidu rakan sekelas dan menyebabkan dia dibahan petang itu, atas rasa malu, dia terpaksa engeluarkan kenyataan itu, demi untuk menutup malu sendiri, sedang dia tak perasan yang dia sedang diperhatikan ketika itu.

Sejak dari hari itu, Daniel dan Niss tidak bertegur sapa lagi. Daniel dikenali sebagai si Penipu dan pendusta, dan langsung dia tidak dipedulikan, hinggakan pernah sekali, mereka ditugaskan untuk satu projek Robot untuk jabatan, tapi Niss menarik diri dari projek kerana tidak mahu melihat muka Daniel lagi. Puas dia dipujuk tapi tetap berkeras dengan hujah-hujah nya tersendiri. Lecturer hanya mampu menggelengkan kepala, kerana bakat yang ada dalam Niss telah disiakan, dan atas sebab yang langsung tidak munasabah, tapi apakan daya mereka, ini bukan projek paksaan. maka terpaksa mereka menggunakan student lain yang masih ada.

kisah berterusan hingga sem akhir dan mereka pun sudah grad dan keluar bekerja. masing-masing sudah pun lost contact. dan tidak pernah bertemu sapa. ntah di mana Daniel, di mana Niss. tapi Jodoh itu ditangan ALLAH, kun fayakun , katanya jadi jadilah ia. sememangnya mereka sudah ditakdirkan, satu hari, keduanya bertemu atas satu projek syarikat masing-masing, projek berjumlah jutaan dan keduanya diberikan tanggungjawap memegang jawatan sebagai pengurus projek. maka bertemu keduanya dalam satu meeting yang diaturkan oleh kedua syarikat itu,

"Hi Tan Sri, saya perkenalkan, ini orang kuat saya, Enchik Daniel,"

"Assalamualaikum Tan Sri', saya  Daniel. apa khabar Tan Sri?'. "


"alhamdulilllah Daniel, saya sihat, sebentar ya, orang kuat saya ada emergency hari ni. kejap lagi sampai la dia.. "

Mungkin satu kebetulan, pintu pun diketuk,
"Masuk.."


"Assalamualaikum Tan Sri, maafkan saya, "


"Its okeh Niss, ni saya kenalkan, Dato' Adam dan orang kuat dia Daniel"

Seraya dengan itu, Daniel mendongakkan kepalanya.. dia sangat terkejut kerana melihat di depannya adalah Niss, yang dicintainya satu ketika dulu, dan hingga hari ni, dia menghukum dirinya kerana peristiwa 1 April dengan tidak berkahwin ,kerana dia masih cintakan Niss. Niss juga tetiba menjadi kaget melihat kemunculan manusia yang sangat dibencinya didepan mata. tapi raut wajahnya terpaksa di kawal, demi untuk menjaga hati majikannya dan rakan kolaburasi projek majikannya itu.

Sejak dari hari itu, mereka berdua bekerja bersama, masing-masing sangat professional menguruskan projek. hal peribadi mereka letakkan di sebelah, kerana masing-masing ingin memberikan terbaik dalam kerja. alhamdulillah, beberapa tahun berlalu, dan projek berkenaan adalah satu projek sukses yang banyak memberi keuntungan buat kedua syarikat berkenaan di bwah kelolaan mereka berdua. dan  diadakan satu majlis demi meraikan mereka berdua. majlis tajaan Tan Sri Amir, di hadiri oleh semua orang kuat  kedua syarikat.

Tetiba, sebelum akhirnya majlis berkenaan, Tan Sri menjemput Daniel naik kepentas.
"Daniel, saya dengar kamu sangat berbakat dalam penulisan, boleh tak kamu hadiahkan kami sebuah puisi. saya teringin benar mendengar nya.. "


" urmmm segan lah saya Tan Sri. saya cuma biasa-biasa saja.. "


"cepat lah. takkan kamu nak kecewakan saya dan semua yang ada kan..? "

Dan naiklah Daniel ke atas pentas, sebelum bermula, Daniel berucap.
"Assalamualaikum, ummm.. saya tak pandai berpuisi sebenarnya, tapi hari ni atas permintaan Tan Sri, saya akan sampaikan sebuah Puisi, dan kebetulan, hari ni jugak merupakan 1 April, hari yang pernah jadi hari paling teruk dalam hidup saya semenjak kejadian tu, sekarnag dah 7 tahun berlalu. Saya tujukan buat seseorang Puisi ini.. khas buat dia.. "

**semua bertepuk tangan meraikan Daniel **

Kamu,
Ingatkah kamu, 7 tahun dulu
Muncul sekeping kertas dalam begmu,
Berisi luahan hati, rasa dan perasaan aku,
Tika itu,
Aku benar sudah terpaku dengan akhlakmu,
Dengan rupa parasmu,
Dengan segalanya kamu..
Hairannya aku,
Ranai yang menerpa kepadaku,
Tapi, sejak dari awal pertemuan,
Wajah mu sudah seakan terpahat didalam minda
Terlekat didalam fikiran,
Tersemat didalam hati,

Tapi kamu,
Aku bodoh benar tika saat kita berselisih,
Aku menafikan akan hal cinta dan kasih
Hari selepas dari itu,
Aku keliru,
Aku benar rasa bersalah dengan kataku,
Malah, hingga ke saat ini, tiada yang pernah lalu dalam hatiku.
Yang akan dapat menggantikanmu,
Aku menangis tiap kali tibanya tarikh ini
Menyesali perbuatan,
Dan tak pernah lupa akan apa rasamu

Kamu,
7 sudah berlalu,
Maafkan aku,
Ampuni aku
Aku tak mampu lagi bertahan dengan rasa ini.
Izinkan aku jelaskan kata yang itu hanyalah April Fool,
Aku cuma mahu kamu terkejut dengan perancangan aku
Tapi yang menjadi mangsanya adalah aku.
Fool di hari April yang cuma mahu membuat kamu terharu itu aku..
Aku mengatur agar kamu terkejut, dan berharap dengan penjelasan selepas itu
Tapi aku yang menipu dan ditipu dengan kata.
April Fool buat aku..

Kamu, 

Terimalah aku, terimalah cintaku,
Kali ini, biarlah aku mengucapkan.
Dengan bersaksikan semua di sini,
Yang...
Aku cintakan kamu, Nur Nisa Sofea.

**semua bertepuk tangan dengan sangat kuat sambil berdiri**

Masing2 tertanya, siapakah dia si Nisa Sofea itu, begitu istimewanya dia, hingga wujudnya sebuah puisi dari Enchik Daniel mereka.  dan Niss, cuma terdiam dan terpaku dengan persembahan itu, matanya berlinang dengan air mata terharu kerana tak sangka, apa yang berlalu, memang mengejutkan. rupanya apa terjadi hanyalah rancangan Daniel untuk membuatkan dia terharu, tapi dia silap menafsir. dan dia jugak telah menghukum dirinya sendnri, dia jugak tidak bersama dengan sesiapa kerana bencinya akan makhluk ALLAH bernama lelaki.

Pulang dari majlis itu, Daniel menunggu dia diharapan dewan,.
"maafkan aku Niss, aku benar sukakan kamu, aku cintakan kamu, maafkan aku akan kekhilafan aku. sudikah kau menerima aku sebagai suri hidupku? "

Aku cuma terdiam, air mata aku mengalir lagi, aku terharu dengan kata-katanya. Sebulan selepas dari itu, kami disatukan. majlis besar sekali, Fully sponsored by Tan Sri dan Dato'. aku gembira sekali, Daniel seorang suami yang baik, seperti yang kukenali dulu sebelum dibenci, dia seorang yang bertanggungjawap. aku berasa bahagia sekali. kami hidup aman berbahagia bersama. cuma satu ja, tiap kali tiba 1 April, dia pasti akan di cubit aku, dan dia tahu, itu hanyalah gurauan suami isteri. aku sygkan kamu juga Mohd Daniel Syahmi..

12 comments:

nora amila ghazali said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... diam2 ubi berisi.. hahha

CikTomyam said...

hamboii...suweet aih.,mat jiwang rupernya..hehehehe =)

tomatokering :) said...

wahhhhhhhh~~~~~~~~~~~~

meremang bulu2 baca puisi tuh ;p

best2 ;)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wiwit...

suka ceta ni =)

shahjiehan said...

wahahaha... jiwang siothhh

http://www.sjiehan.com/2011/03/gambar-dan-simbol-jiwang-yang-menarik.html

fRaMe+LenSeS said...

Nora :: alg pelik la. kalau tak realitykan idea tu, tak puas rasa.. ni terpaksarela wat cita. ni da ciap cerita, mata pn jadi ngantuk tahap dinosaur. hihi

Nani :: suwwet cam kamu la. leh tara tu? ;)

Erika :: hihihi.. jgn2.. ni bukan cita antu. .:P

Cik GK :: terima kasih sebab suka..;)

SJ :: jiwang ka? cita ja kot.. nadh tak tau.. ;)

Muslimah Optimis said...

setuju dengan erika rain.. puisi tu meremang bulu tengkok..hehehe...

pengembangan yang bagus cuma jalan cerita ni agak sama dengan beberapa cerita yang pernah kami baca.. terpisah lepas tu jumpa balik time kerja koloborasi antara 2 syarikat..hehehe..kalo boleh elakkan cerita2 mcm ni sebab terlalu banyak orang buat cerita macam ni.. kami bukanlah pandai menulis, idea pun beku tapi ni pandangan kami dari seorang pembaca sebab kami suk membaca... so kalo dah selalu sangat terbaca cerita yang lebih kurang sama pembaca akan bosan..ehehe..
tapi ampa memang ada bakat menulis yang luar biasa...asahkan bakat anda... boleh pi bengkel menulis...dan terbitkan novel...

Solihin Zubir said...

alahaiiii...
romantiknya...

btol la.. ada jodoh, x kemana..

nk try wat jugaklah mcm tu arini..

untung2 bleh kawen free nnt.. ada Tan Sri sponsor.. heheh..

sempoi!

fRaMe+LenSeS said...

Aimaa :: terima kasih tau. sebab teguran ampa tu. hehehe.. baik, kami akan cuba elakkan pengakhiran macam ni lagi.. hehe.. terbaek la. ada orang menegur.. sebab kami kan kurang membaca.. ni ada orang tegur kami hargai sgt. kami akan wat terbaik insyALLAH. dan elakkan. supaya pembaca kami tak busan. ehe.. maceh sangat tau..

SZ :: jum la p try sama2.. mana tau kita leh wat majlis sebelah2. hehehe.. :P

*47!k@# said...

waaahhh..best gile lah cerita ni..sweet sgt2..ngee~ ada bakat nih..lagi bertambah best kalau tan sri bg full sponsored..ada ka kt dunia reality tan sri nk wt cm tu??lau ada bestnya..ika pon nk..haha

fRaMe+LenSeS said...

Tieka :: maceh kerana sudi membaca.. hihi.. tu la. ada lagi tak tan sri tu.. nak jugak sponsor.. hehehe.. ;)

Yuyu Ali said...

walawehhh..terbaik citer ni..tapi tan sri tu dah ada datin sri belum..teringin nak jadi datin sri beliau..errr apa ni apa ni

kbai :p

Buta+Pekak+Bisu=CINTA