Followers
Thursday, 30 June 2011
Berapa gaji kita sejam?
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Nadh terbaca cerita ni dalam email. Nadh copy dan Nadh kongsikan didalam blog.
Harapan agar yang membaca dapat mengambil iktibar. Moga-moga. Nadh doakan.
***********************************************
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
Note :: RM20 dan masa kita bersama yang tersayang. Mana lagi besar? Renungkanlah. ALLAH beri masa 24 jam untuk semua orang, tapi dia tak cakap setiap masa kena peruntukkan untuk KERJA, tapi dia beri sela masa untuk kita, waktu untuk solat, untuk rehat, dan untuk perkara-lain dalam hidup. Jangan kerana KERJA semata kita abaikan yang sepadannya menjadi tanggungjawap dan abaikan amanah kita iaitu KELUARGA YANG TAKKAN DAPAT DIGANTI SEKIRANYA KITA KEHILANGANNYA.
Renung-renungkanlah...
Wednesday, 29 June 2011
Wordless Wednesday #WW6
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Wordless lagi.. lalalalalalala~~
Aku dah suka kat ang, nak buat apa ni?
Petua mempercepatkan Internet menurut Blogger.com
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Nadh dah dapat jawapan kenapa internet kita problem masa kita nak BW.
Selalu Nadh baca ada orang komplen problem dengan connection kan?
Selalunya mesti sebab pakai Berokbeng kan? Nadh nak kongsi tips yang dikongsikan Blogger.com
Laju dowhhh.. lalalalalala~~
Ku Ingin Kamu - Part V
Wordless Wednesday #WW5
Tuesday, 28 June 2011
Diari Hatiku.
Segmen KBU, Jom kembali ke sekolah!
Nadh dipersimpangan lagi
Nadh, Sharp Shooters, Blog dan Revolusi
"Blogging bukan sekadar blogging, Sekiranya Ilmu ALLAH digunakan dan tarian jari di atas keyboard itu ikhlas dan berhikmah, penyampaian pasti jadi HEBAT dan mendapat Rahmat ALLAH.. "
Monday, 27 June 2011
Pengalaman Nadh sebagai Chekgu
Manja itu merosakkan
Dulu lemakku dilindung, kini tubuhku ditayang
1. Bila dah kurus mereka jadi cantik?
Tak ada maknanya bila "Dulu lemakku dilindung, Tapi kini tubuhku ditayang". ALLAH beri nikmat, tapi awal-awal kita dah KUFUR kepada NIKMATNYA. Adakah bersyukur namanya itu bila kita tak Syukur dengan nikmatnya dek kerana kita dah Kufur pada Nikmat ni? Tak mustahil dia tarik balik kan?
Bukan erti Nadh dengki atau apa, (hello, Nadh slim okeh). Tapi Nadh tegur sebab Nadh ambil berat. Harapnya yang membaca, yang ada kaitan, ambil berat apa Nadh kata ni.
Renung-renungkan...
Ku Ingin Kamu - Part IV
Assalamualaikum awak,Hari ke 22 dah ni awak. Tak sangka kan, berhari-hari dah saya jadi pengikut setia awak.
Awak, nak tahu sesuatu?Pagi tadi, Ibu pesan kat saya supaya menjaga silaturrahim sesama makhluk. Jangan sewenang-wenangnya memutuskan silaturrahim antara manusia ni. Ibu cakap,
”Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam”
Apa yang Ibu kongsikan dengan Bad nak Bad kongsikan dengan awak juga.Diharapkan kita tak termasuk dalam golongan tu awak.
Saya mintak diri dulu ya, mengantuk dah ni. ehhee.. macam Ustaz plak rasanya kongsikan hal agama dengan awak ni. Padahal diri ni tak tara mana, malu plak dengan awak. ;)
Sunday, 26 June 2011
Nadh VS Handphone
Ku doakan kau bahagia
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Sejak akhir akhir ini, Nadh ada terbaca beberapa laporan dalam surat khabar berkenaan manusia yang tak dapat menerima hakikat apabila berlaku perpisahan. Mereka ini selalunya akan cuba menghantui manusia yang pernah bertakhta di hati, tak kurang juga yang terbabit dengan penyakit 'gila bayang' dan ada yang lagi teruk iaitu penyakit 'gila talak'. Kalau ada yang membaca, baru-baru ini seorang janda muda diserang oleh bekas suaminya sehingga cedera.
Petang ni Nadh teringin nak kongsi satu tips dibawah tajuk "Ku doakan kau bahagia".
Kenapa perlu kepada ''kudoakan kau bahagia'' ??
Sebab dia, bila kita berbuat demikian, kita akan belajar '''melepaskan''. Dan tiada istilah dendam akan berakar dalam jiwa.
Tidak kiralah sama ada dia itu jahat atau baik, tetapi dengan melepaskan, kita dapat mengajar jiwa kita agar redha dengan ketentuan salah satunya.
Bukankah ALLAH telah berjanji bahawa ''lelaki baik untuk perempuan baik dan begitulah sebaliknya'' ?? Peganglah pada janji itu.
Anggaplah kita belum jumpa ''yang terlebih baik dari dia'' lagi. Bersabar dan berusaha menjadi lebih baik. Masanya akan tiba.
''Dan jika segalanya sudah suratan, aku relakan kau pergi...''
Nadh duduk belakang diam-diam
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Group Nadh baru selesai present ni. Pertama kali rasanya Nadh melepaskan apa yang Nadh rasa Nadh-do-best kepada orang lain untuk diselesaikan.
Semua gara-gara group members pilih dia untuk present. Jadi Nadh lepaskan la. Cuma rasa macam pelik pula bila bukan Nadh yang present.
Apa pun bagus la, ada yang nak selesaikan kerja tu. Nadh sokong aja. Cuma rasa pelik aja.. Weeeee~~~
Saturday, 25 June 2011
Bukan Menidakkan, tapi keliru dan risau
Duduk seorang masak ka nak beli?
Kisah cinta perlu diakhiri dengan kegembiraan
Sekali lagi silap.. Huu
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Hari ni Nadh silap tengok jadual lagi. Kalut dari pagi lagi. Pastu ke office nak print out assignment dan lepas tu terus ke kelas. Sampai-sampai tengok kelas kosong tak ada orang. Pelik sekejap. Lepas tu call classmate, dia kata kelas esok. Bukan hari ini.
Yang baiknya, Nadh dah selesaikan assignment tu. Memandangkan Nadh dah kat KL, Nadh cuba la call kawan, apa lagi, nak ajak hangout la. Tapi seorang tu tengah busy, lepas tu Nadh baru terfikir yang.. "Rupa-rupanya macam Nadh tak ada kawan pun kat sini.."
sedih pula rasa. Rdu sangat kat Mama, Ayah n Adik-adik. kalaulah sekarang Nadh dekat sana mesti Nadh tak sorang macam ni kan..?
Friday, 24 June 2011
Jom Join Bloglist Cik Bunny!
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Nak tag sapa yang membaca. Yang teringin nak ada jugak dalam Bloglist belog comei Cik Bunny..
Berminat? sila click dekat SINI.
PELANGI OH PELANGI, AKU SAYANG KAMU..
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya aku akan makbulkan...." (Al-Ghafir : 60)
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas." (Az-Zumar :10 )
Mood + Feel VS Entry
Tapi hairan jugak tadi sebab sorang sahabat tegur Nadh.
BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ?
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Enchik wat Segmen baru ni.
" BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ? "
Soalan dia, ceritakan bagaimana anda membahagikan masa dengan belajar , membantu kedua ibubapa dan berblog..
- Cara membahagikan masa antara belajar, membantu Mama n Ayah dan berblog. Nadh ceritakn bila Nadh balik Penang ya. Bila balik Penang, Nadh akan kurang luangkan masa dengan blog, sebab masa siang Nadh adalah untuk Mama dan Ayah n Adik-Adik. Tapi bila malam, sebaik Mama Nadh tidur, Nadh akan mengadap blog. Kekadang tu, bila sampai ke rumah Tok contohnya, masa itulah Nadh nak mengadap blog. Nadh kan driver, driver dah sampai kat lokasi mesti tunggu Boss kan.? Lagi satu masa tengah jejalan dengan Mama ka, Nadh leh ja update blog, teknologi di hujung jari kan? HP ada, so gunakan la.. weeee~~ weeee~~
Pastu , ayah atau ibu tak membebel atau tak kisah ke ?
Ayah dan Mama nak bebel macam mana, dah masa terisi dengan baik. Tak sempat nak bebel pun. Sebab masa kat KL, Nadh dah guna untuk Blog kan, bila balik kampung, mesti la dengan mereka pula.
Camana anda terangkan minat anda itu serta tunjukkan bukti bahawa berblog tu berbaloi ?
Tak perlu Nadh nak terangkan atau bukti. Sebab Mama dan Ayah sangat Supportive,. Last time masa Nadh pergi Gath, Mama dan Ayah juga support. Depa pula yang syiok tengok kami pergi reramai. Siap tanya macam-macam lagi..Tu belum kira Mama watkan Kek untuk anak teruna dia ni.. weeeee~~~
Jadi Moral of the story, pepandai la nak jaga diri kan? selagi tak lalai dalam tanggungjawap, mesti tak ada masalah. Kan?
Anda seorang ISTERI? SUAMI? Atau Anak? sila click dekat SINI untuk ANAK, SINI untuk Isteri dan SINI untuk Suami kalau nak join segmen ni.


















