Followers

Tuesday, 9 September 2014

Setahun sudah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Setahun dah pun anak manja kami ni. Semangat sangat sekarang dengan terkedek kedek jalan tu kekadang rasa geram nak geget. Tampo montot sedas dua. 



Ingat lagi saat saat bila dia mula nak keluar tu. Susah payah dia. Pastu dah keluar. Direct tiap minggu punch card kat ipoh sebab nak jenguk Ummi dan dia di kampung. 

Pelahan lahan membesar. Meniarap. Merangkak. Sampai berjalan. Sekarang dah mula nak bercakap. 

Bakal merindukan semua tu. Tapi tak kiralah apa pun. Mendoakan anak membesar sebagai anak soleh yang disayangi penduduk langit dan bumi sebagaimana Uwais Al-Qorni yang menjadi sebutan penduduk penduduk langit. Amin.

Monday, 8 September 2014

05:50AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:50AM

Salam pagi Isnin. Seperti biasa. Sampai cun cun, elok sampai orang bus cakap "ok cabut". Menandakan memang nak jalan sangat sangat dan juga depa tunggu kami dok cipika cipiki kat depan tu. Opsss. 

Pagi tak seperti biasa ni. Supersejuk. (Tapi tidur tak guna selimut pun. ) tu saya la. Ummi berkelubung sejak dari semalam nya. Anak boleh geng. Tak nak diselimutkan jugak. Anak pagi ni lena sungguh tidur. Masa ummi angkat tak sedar. Tapi saya pula yang dikejutkan. Masa kami tengah nak tutup pintu tengok dia dah jejak tanah. Saya angkat. Senyum meleret dia. 

Semalamnya. Macam biasa. Tapi awal sikit dari selalu. Bila sampai macam biasa. Kami cari sarapan terus hanyar ummi. Anak pagi ni dah stat mengamuk sebab dia mengantuk. Selalu sampai rumah saya buatkan dia dalam kereta sambil saya angkat barang. Tapi pagi ni dia tak mahu. Jadi nya lambat la sebab angkat barang sambil dia di dukung. Bila dah selesai. Masuk rumah. Saya salin pampers dia pastu tidurkan dia. Ummi pun terkejut sebab cepat betul dia dah lena. 

Pagi ni juga dia tidur tak lama. Tapi dua round. Dalam pukul 10 lebih dia terjaga. Saya dah standby susu kat dia. Saya bagi susu alhamdulillah dia sambung lena. Tapi pun tak lama sangat. Asyik asyik dok mengigau dalam tidur. Ending dia. Saya angkat bila dia menangis kuat. Dah angkat saya gulingkan dia atas toto dan biarkan dia. Dia x terus bangun tapi layan berguling. Dah habis baru bangun nak main. 

Hari ni jugak dia kena cucuk. Abi ni usaha la bagi sua pendek. Senang nak cucuk. Upanya cucuk setahun kat lengan tu. Alhamdulillah. Memang rezeki kami la. Kalau datang petang selalunya memang sangat cepat habis. Macam hari ni, 45 minit dah selesai. sangat cepat. Balik ja dari klinik. Kami makan tengah hari kemudian berehat. Anak saya dan ummi ketiga tiga tidur. Since petang hujan. Hari ni tak ke mana la. Punoh harapan abi nak jogging. Jogging lah sangat... Kikikikiki

Tuesday, 2 September 2014

06:05AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

06:05AM. 

Pagi yang baru. Minggu yang baru. Salam semangat baru. Salam azam baru. Salam penuh dengan harapan, cita cita juga matlamat agar semua yang dikerjakan akan beroleh kejayaan. Mudah mudahan. 

Pagi ni pulang bersama ayah dan mama. Kalau selalunya saya pulang dengan bus, hari ni berbeza. Semalam Mama dan Ayah datang kerumah kami. Terima kasih pada Puan Mama la sebab pujuk ayah datang semalam sebab nak tolong betulkan siling rumah kami yang pecah dek kerana encik musang yang meragas atas bumbung umah tu minggu lepas. 

Pastu bila dah buat satu ada lagi satu dan jadi lagi satu. Dari siling Mama belikan kain rentang besar tu nak tutup ruang yang kami nak tutup tu. Pastu tambah lagi saya tambah lampu balik dekat luar. Gantikan lampu yang dah terbakar tu. 

Lepas tu sambut hari lahir budak tu. Dan malamnya layan abam bomba hapuskan sarang tebuan atas bumbung rumah. Pastu yang kesiannya lepas buat rumah kami. Jentera depa rosak. Dia punya brek angin bocor. Langsung tak berani depa nak gerak sebab takut jadi pape. Kesian kot. 

Akhirnya dalam 11 lebih baru lah nak menjamah sesuatu. Letihnya.. 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA