Followers

Tuesday, 30 October 2012

Kisah hari ini.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa khabar readers sekalian? Berhari saya tidak sempat berentry kan? Siangnya tak sempat kerana batasan kerja, jadinya malam jadi masa untuk saya berkata kata melalui medan entry ni.

Apa yang nak dikongsikan kejadian seharian hari ni. Tak ada apa, tapi rasanya banyak sangat apa yang ALLAH sedang cuba sampaikan pada saya sendiri. Sebagai contoh, tadi sebelum pulang, saya sedang dalam usaha hendak berjumpa boss, tapi tak sangka, tindak tanduk diperhatikan seseorang. Lepas tu saya mendekatinya dan berbual dengannya sampai boss masuk ke dalam biliknya.

Selesai berbual dan berurusan, disebabkan sebelum itu saya minta diri untuk berurusan, saya kembali berbual menyambung kembali topik yang terhenti seketika tadi. Yang dibualkan, akan saya kongsikan sekejap lagi, apa yang pada saya besar benar maknanya, dan wajar diambil perhatian oleh kita semua.

Kawan kongsikan tadi, dia seorang yang bekerja, kemudian dia cerita lah perihal anak yang degil dan menjawab. Sampai satu masa tu dia marahkan anak nya. Tahu apa jawab anaknya? Anaknya itu baru sekolah tadika tak silap saya.

"Asal balik ja marah, asal balik ja marah. "

Dengar kata kata anak dia tu. Terkedu dia. Dan titik masa itu adalah masa perubahan fikiran dia. Dia tersedar apa yang anak dia katakan itu. Tersedar yang betapa sikitnya masa yang dia ada bersama anaknya itu, kerana sibuk dengan urusan hariannya, dari tugasan di office, hinggalah tugasan tambahan yakni kerja sebagai agent insurans hinggakan masa bersama anak sangat sedikit. ya lah, pulang pada jam 8 ke 9 malam, waktu tidur anak pun pukul 10 - 11 malam. Berapa jam sangat kan yang ada?

Apa yang keluar dari mulut anak menyedarkan dia.
"Aku dah keluar kerja seharian, masa bersama anak pun tak banyak, takkan aku nak bazirkan masa dengan memarahi mereka? kan bagus jika digunakan untuk berbual bual dengan mereka, mengeratkan hubungan, menggunakan sewajarnya untuk ambil balik hati anak anak? "

Sejak hari tu dia kurang marah anak anak dia. Dia tak marah walau anak dapat result kurang. asalkan dia nampak mereka usaha.

Pengajaran buat kita sebenarnya, adakah apa yang kita praktikkan sekarang itu betul atau salah? Dan bukankah perhatian itu merupakan langkah awal kepada satu kejayaan? Sepertimana perhatian ALLAH pada kita, jika kita adalah hambanya yang taat? Dan kejayaan awal itu merupakan kejayaan dan ketenangan juga kebahagiaan diatas dunia yang pastinya jika benar jalannya membawa kepada kejayaan di akhirat yang kekal abadi?

Dan saya nak juga kongsikan apa yang ALLAH beri pada saya hari ni selain pengalaman berharga dari seorang bergelar kakak. Iaitu kemudahan yang ALLAH kirimkan sekali kepada saya petang tadi. Saya gunakan masa balik awal saya untuk berbual dengan seorang kakak, saya dapat pengalaman, dapat nasihat percuma, amanat amanat yang wajar saya ambil berat dan kemudiannya ALLAH kirimkan pula pada saya kemudahan lain, saya baca sebab saya teruskan berbual tadi, kalau saya terus pulang kan nampak sangat tak manis di mata , balasannya, saya pulang di masa hujan dah berhenti, hujan yang saya sendiri tak sedar tadi. Indah kan?

Subhanallah. Kuasa ALLAH. Alhamdulillah. Tanda syukur kepadanya. Astagfirullah hal azim, moga kita diampunkan ALLAH.

Friday, 26 October 2012

Kisah Khalifah dan Gabenor

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam Aidiladha saya ucapkan pada readers belog buruk saya ni. Hari ni saya nak kongsikan tentang kisah yang saya dengar semalam dalam tv dalam rancangan 30 Min bersama Ustaz Don. Apa yang dia kongsikan malam tadi buat saya kagum gila dengar. Terdiam seketika saya dengar apa yang dia ceritakan tu. Tapi maafkan saya sebab saya tak ingat siapakah nama watak wataknya sebab saya memang betul lupa.

Alkisahnya bermula bila satu hari ada seorang rakyat tu datang dan berjumpa dengan Amirul Mukminin Khalifah untuk mengadu tentang Gabenornya yang di katakan tidak menjalankan tugas dengan baik. Amirul Mukminin yang mendengar tentang aduan itu terkejut. Yang lebihnya adalah dia rasa bersalah dan berdosa sangat sebab dia dah tersilap memilih seorang gabenor yang ditugaskan untuk rakyat.

Satu hari, Amirul Mukminin memanggil gabenor itu dan menyoalnya.
"Wahai gabenor, aku telah mendapat aduan dari rakyat mengatakan bahawa kau telah buat sesuatu yang dipandang buruk pada mereka., lalu di panjangkan soalannya itu.

1. kata mereka, kau adalah seorang yang lambat masuk kerja hari hari.
2. kata mereka lagi, kau hanya mendengar dan akan berjumpa rakyat pada waktu Zohor hingga Asar sahaja.
3. Kau langsung tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun bila tiba waktu malam, kau arahkan suma orang  balik dan tunggu hngga waktu zohor esok untuk mengadu.
4. dan akhir sekali, kau tidak akan berjumpa sesiapa pun satu hari dalam seminggu.

Lalu Amirul Mukminin bertanya, "Adakah kau punya jawapan untuk aduan aduan tersebut wahai Gabenor.?"

Lalu Gabenor menjawab, "ya saya ada wahai Amirul Mukminin. lalu dia pun menjawab. "

1. Untuk yang pertama wahai Amirul Mukminin, aku ini adalah seorang yang amat miskin sekali wahai Amirul Mukminin, malah miskin hingga aku tak mampu untuk pnya seorang hamba yang mampu membantuku melakukan tugas tugasan di rmah.  Bukan itu sahaja, aku juga punya Isteri yang sakit yang tak mampu buat apa apa, jadinya aku tiap hari sebelum datang jadinya setiap hari, bila aku bangun, aku perlu menyiapkan isteriku, mengemas rumahku, dan selesaikan semuanya sebelum aku pergi ke tempat kerja.

2. untuk yang kedua Amirul Mukminin, aku hanya berjumpa orang pada waktu zohor hingga asar kerana aku perlu pulang awal wahai Amirul Mukminin, aku perlu siapkan isteriku untuk menyelesaikan solat Asarnya, Maghribnya dan Isya' nya wahai Amirul Mukminin, dia kan tak mampu nak siapkan dirinya sendiri.

3. Yang ketiga. wahai Amirul Mukminin, aku merasa malu untuk aku kongsikan jawapan untuk yang ketiga ini tapi jika kau berkeras, aku terpaksa jugalah menceritakan kepadamu. Lalu dia pun kata, "Aku telahpun bahagikan hari hariku kepada 3 wahai Amirul Mukminin. 1/3 daripadanya untuk isteriku. 1/3 lagi untuk rakyatku, dan aku telah gunakan bakinya untuk aku beribadat kepada ALLAH. Atas sebab itulah aku menolak untuk berjumpa sesiapa kerana aku perlu masa utuk aku mengadap Tuhanku wahai Amirul Mukminin. "

4. Dan yang terakhir, "Amirul Mukminin yang terakhir. aku ini adalah orang yang sangat miskin sekali. untuk pengetahuanmu, aku hanya ada satu helai baju yang betul betul menutup auratku. Seminggu sekali aku perlu mencucinya. untuk aku pakai di minggu kemudiannya. Bagaimana untuk aku berjupa orang sedangkan aku sedang dalam keadaan yang kurang sempurna auratku wahai Amirul Mukminin? "

mendengar kata Gabenor, Amirul Mukminin terus berkata. "Wahai semua, dia inilah yang paling layak menjadi gabenor." 

Kisah ini buat saya rasa sangat terharu. nak menangis pun ada mengenangkan betapa susahnya kehidupan dia sebagai seorang Gabenor. sesuatu yang sangat mengejutkan semasa kita di zaman sekarang ini. Bagaimana bezanya kehidupan seseorang dengan pangkat di zamannya. Dan bagaimana zuhudnya dia dengan kehidupannya. Bagaimana ALLAH menjadi tempat dalam kehidupannya, isteri menjadi tanggungjawabnya, dan rakyat sebagai amanah yang dijaga, dan habuan untuk dirinya sendiri dah diabaikan entah di mana. Saya sangat kagum. Sedangkan kita sekarang. Entah di mana tempat ALLAH kita letak sedang sepatutnya itu yang paling atas dijaga.

Dan satu lagi yang saya belum masukkan dalam kisah ini, satu hari, setiausaha negara membentangkan senarai orang orang yang boleh menerima zakat, dan setelah di teliti Amirul Mukminin, dia sendiri terkejut kerana nama Gabenor merupakan salah seorang penerima zakat. SubhanaALLAH. saya sayu lagi. T.T

Buta+Pekak+Bisu=CINTA