Angin by IINA
Yang hadir sepintas lalu.
Punya dua
Satu yang memberi nyaman
Kedua yang membawa sebaliknya
Tika ia bersepoi menyapa pipi
Berbagai kesan hadir
Adalanya meninggalkan kesan mendalam
Yang tidak mampu dipadam
Parut yang kekal melekat di jiwa
Parut yang kekal melekat di jiwa
Ibarat dipateri untuk ianya kekal bersemadi di situ
Seperti juga kita didalam hidup
Jadilah yang nyaman.
Memberi manfaat pada yang ada.
Mungkin sekejap sahaja lalunya
Tapi biarlah sekejap itu
Menjadi ingatan sepanjang zaman.
Jauhkan dari menjadi
Sekejap yang menyakitkan
Kemunculan yang membencikan
Kehadiran yang membawa kesakitan dalam jiwa
Kerana kita tidak tahu
Sakit yang dialami mereka
Sedalam manakah luka yang kita buat
Seperti reality kehidupan,
Datang dan pergi kita
Sebolehnya,
Biarlah kedatangan kita
Ibarat angin yang menyamankan.
Mungkin satu ketika bakal dilupakan
Tapi begitulah hidup
Yang baik itu senang dilupa,
Yang buruk menjadi cercaan sampai bila-bila
Yang buruk menjadi cercaan sampai bila-bila
Kita tidak merindui kesakitan
Begitu juga orang yang tidak betah menahan perit
Kita jauhkan untuk kita juga dijauhkan
Bukankah itu pelaburan berguna?

13 comments:
sgguh puitisssss
xterkate ai
dah lama x tgk Nadh berpoem...
tapi ada juga yg memilih kesakitan, mungkin disebalik kesakitan tue akan terungkap kebahagiaan...
soo. sweet~~
sedapnya
amboi,nad ada pape ke ni.teringin nak naik bukit.biar angin tiup kena badan wan.segarnya
amboi...
angin sepoi2 bahasa.. hehe
memang mahu seniasa jadi yg menyamankan, terutamanya pada keluarga...
T_______________T
terharu
jadilah angin yg mendamaikan
wowww.... dasattt.. hehe
inspiring :)
karang sendiri ke ni? sgt puitis.
angin bila menyamankan memang rasa melayang2. tapi bila datang angin taufan,semua yang tegak jadi tumbang..
Iffah :: oihh.. oihh.. mana ada la.. :P
Kiera :: a'ah kan. lama jugak tu.
Cikali :: maceh.. ;)
Anum :: maceh jugak. ;)
Wan :: beshnya wan. Nadh suka gak tau camtu. tak pn g pantai. perghhhhh
Kak Shida :: awat kak? ;)
Fay :: fuhhh fuhhh.. sejuk.. sjuk. hihi
msred :: Nadh pn nak macam tu. ;)
Mimi :: kan? ;) suka2. ;)
angah :: apa y dasat tu? macam2..
Asyikin. :: diharapkan camtu aa. ;)
Feza :: yup. sendiri wat. ;) maceh membaca. ;)
Post a Comment