Followers

Tuesday, 21 November 2017

Mimpi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Beberapa hari lepas. Terjaga dari tidur. Bermimpi sesuatu yang agak pelik.

Dalam mimpi tu, saya ssedang memandu. Memandu laju sungguh. Bila sampai kat selekoh, rasa sudah semestinya akan terbabas. Dalam hati tu memang tak sedap hati dah. (Oh well, kalau kita terbiasa memandu sesuatu kenderaan tu, kita mesti dah tahu kan, macam mana keupayaan kenderaan kita untuk berhenti, kan?)

Balik kepada mimpi, memang dapat agak dah, walau macam mana tekan brek pun sudah pasti akan terbabas. Dah mula la terbayang betapa teruknya akan cedera dengan kelajuan macam tu.

Kemudian.

Nak dijadikan cerita. Tepat tepat, sikit lagi nak terbabas. Kenderaan yang dipandu, berhenti. Serta merta. Memang cun betul dengan bahu jalan yang tadi tu.

Allahu... ni sememangnya RAHMAT ALLAH. Terselamat. Tak terbabas. Memang dengan rahmat ALLAH sahaja terselamat ni. Tanpa izinNYA tak mungkin akan terlepas. Syukurlah. Sangat sangat bersyukur denan izinNYA. BantuanNYA. RahmatNYA. 

Lepas lama tersedar, dan jaga, dah petang pun, masa dok bawa motor, berfikir sejenak. ALLAH bantu. ALLAH izin. Kenapa mimpi ini?Mungkin di satu sudut ALLAH nak beritahu. Tak kira setakat mana kita dah sampai. Teruk macam mana pun... kembalilah... Mungkin ini satu 'hint' ALLAH nak sampaikan.

Mudah mudahan kita berada dalam golongan hambaNYA yang beringat. Mudah mudahan.

Amin


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA