Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Nadh nak cerita sal imaginasi boleh? tak boleh pun Nadh tetap nak cerita juga la.
Sebenarnya Nadh ni kuat berangan. Mungkin kuat berimaginasi juga kot. Masa Nadh kecil-kecil dahulu kan, Nadh suka terjemahkan imaginasi itu melalui permainan. Bila dah masuk sekolah rendah, Nadh luahkan ia melalui lukisan-lukisan Nadh. Masa tu kan, ada 2 buku lukisan aka komik Nadh sendiri. Satunya cerita imaginasi, satu lagi coretan lawak antarabangsa Nadh.
Masuk sekolah menengah, dah berubah sedikit, masa ni Nadh belajar untuk menulis dalam diary. Sampai sekarang Nadh masih simpan diary Nadh. Sebab sangat seronok punya sesuatu untuk meluahkan isi hati, mencurahkan perasaan. Seronok sebab masa tu, semua diluahkan dalam diary ni. Tapi jadi malu bila ada yang terjumpa artifak diri Nadh ni.
Lepas dari tu, Nadh tukarkan ia menjadi mimpi pula. Ingat lagi, sampai waktu Nadh diploma dahulu, Nadh mampu 'set' mimpi Nadh sebelum tidur. Bayangkan la, nak mimpi apa, lepas tu bila pejam mata sahaja, mimpi perkara yang diidamkan tu. memang best. tapi sekarang dah tak ada lagi menda ni.
Sekarang. Blog Nadh adalah tempat Nadh meluahkan dan melepaskan imaginasi Nadh tu. Nadh sangat sayangkan belog ni. Dah banyak entry dalam ini, tapi hampir semua Nadh luahkan di dalam ini. Cuma sekarang, ia hanya sesuai dijadikan cerita dalam cerita tak macam dahulu masa Nadh direct dalam menceritakan semua di dalam ini. Terus terang, ianya sangat penting dalam hidup Nadh sebab dia ruang Nadh lepaskan apa yang terbuku di dalam hati ni, di dalam kepala otak ini. Bukan bererti yang berada di sekeliling tak penting, cumanya, tak semua kita dapat berkongsi dengan orang, dan tak semua orang hendak kongsi apa yang berlaku di sekeliling kita.
Kita tak tahu sampai bila ianya akan berterusan, tapi Nadh dah bagitau kat seseorang tu, Blog ini segalanya buat Nadh. So dia tak boleh menidakkan blog ni sebagai salah satu yang terpenting dalam hidup Nadh. Dalam hati Nadh.



