Followers

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Thursday, 27 February 2014

18 ways to be positive at work

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sibuk makin sibuk. Sampai ada orang hantar ini dekat saya pagi semalam. 



Gamaknya dia rasa saya tengah stress kot keja kan? 

Anyhow, terima kasih kawan. ;)


Dan pada anda, mungkin boleh dijadikan pedoman juga kot . Selamat mencuba. 

Tuesday, 19 February 2013

Pengalaman pertama saya disini

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni saja gegeh nak cerita pengalaman pertama saya bersama customer. Bukan la apa sangat cuma suka suki nak cita kan dalam ni. *gegeh macam tak pernah padahal dulu dia la muka dok pergi tempek kat office customer hari hari. Hihi Ehhe. Hari ni pertama kali dalam sejarah sejak saya kembali ke sini.

Alkisahnya dua minggu lepas diberi tanggungjawab jaga projek yang dah dekat dekat usia nak bersara ni. Sebabnya issue yang tak habis habis dan projek baru yang nak masuk, jadinya saya diberikan mandat (*chewah) untuk jadi penjaga sementara dia nak habis ni.

Makanya, saya pun stat dapat sakit kepala sebab fikr banyak. Kihkih tak adalah. Saja ja cakap. Biasa la tu kan kerja. Kerja tak mencabar pun tak best kan.

Hari ni dua meeting. Satu di Bosch, satu di Continental. So far saya rasa okay. Walau pening sebab banyak menda yang saya tak tahu kan? Bercakap bab technical dah tentu la saya tak tahu. Saya base Mechatronics , experience Telco, sekarang Injection Moulding, kan ke lari jauh tu.

Yang bosch tu lawak la. Dah sampai baru perasan tak bawa wallet. Tak ke jadi tongong kat sana? Nak masuk guard tak kasi. Katanya nak ic. Nasib baik customer turun. Jadi kat sebelah guard house tu juga kami berbual.

Petang hari nya, continental. Ini baru pengalaman betul, belajar selok belok perjalanan project meeting dalam field ni. Walau saya kurang banyak, tapi saya yakin akan improve. Boleh, mesti boleh!

Sebenarnya seronok sebab ada orang dok kasi saya semangat nak buat yang elok dalam field ni. Dia suka betul bagi semangat dekat saya. Macam tadi, suruh saya cepat belajar, supaya nanti saya boleh take over customer ni. Kata dia engineer ni mungkin masa depan kena tumpu dekat customer yang lagi satu, since engineer lagi sorang yang buat customer sama ken complaint dengan customer, jadi dia cadangkan saya take over terus akaun ni. Saya senyum aja. Memang nak belajar bebaik. Saya memang nak sesuatu darisini, sudah semestinya la saya akan berusaha.

Yang seorang lagi cakap tak tentu, mungkin saya cuma cover setengah setengah macam ni.

Apa pun semua tu kan hanya plan sahaja. Siapa pun tak tahu apa jadi nanti. Saya plak? Tak kisah mana saya ada. Apa saya buat sekarang pun dah sangat menyeronokkan. Saya redah aja. Motivasi saya mudah ja. Jadikan apa pun yang saya buat tu seronok. Bila dah seronok pasti kita enjoy dengan apa yang kita buat.

Point paling besar, ALLAH sebaik baik perancang. Semestinya semua ini yang terbaik buat saya!!

Tuesday, 26 July 2011

Kisah Perjuangan Laksamana, Panglima dan Pejuang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Kita ada seorang General, di depan General tu ada Panglima, di hadapan Panglima tu ada Laksamana dan bawah sekali Pejuang."

Takkanlah si Panglima nak lepaskan Pejuang berjuang sendiri tanpa perancangan dari dia?
Takkanlah Si Laksamana nak izinkan si Pejuang berjuang sendirian tanpa sokongan dari dia?
Sedangkan semuanya saling memerlukan.

Si Laksamana yang berada di hadapan itu sedang terluka sekarang, Panglima datang nak gantikan tempat dia, dan jadi yang terkedepan mempertahankan, Laksamana di rawat di belakang, tapi Pejuang tak ingin bersama. Pejuang menidakkan kedudukan Panglima yang ingin mengantikan Laksamana. Di lawannya si Panglima.

Tindakan Pejuang ibaratkan sedang menyucuk Panglima dengan senjatanya. Sedangkan yang sedang dilawan adalah musuh. Begitu diibaratkan perjuangan yang terjadi ketika sedang diasak hebat di medan perjuangan.

Sepadannya, Pejuang menjadi salah satu benteng buat masa ini, selagi mana si Laksamana rebah, selagi itu dia kuat bertahan, hinggalah Laksamana kembali sihat untuk kembali menjadi barisan hadapan yang sama-sama menentang musuh.

Semua saling berkaitan, bersama menentang, bersama menang dan jika kalah, kalah bermaruah, berjuang sehingga titisan terakhir, kau mati, aku mati, kau menang, aku menang.

Hebatnya berperang bila si Pejuang menikam musuh di kanan, tiba pula Laksamana menyucuk di kiri, mengibaratkan kekuatan dan kehebatan kesefahaman dalam perjuangan satu Batalion. Serangan pedang Pejuang melumpuhkan, ditambah si Laksamana, menumbangkan si musuh. 

Nadh baru pulang dari diskusi panjang dengan sorang sahabat dekat Shah Alam sebentar tadi. Nadh n abg Pion pergi sana selepas selesai hantar barang kat Jijoi tadi. Perbincangan kami seperti biasa berkaitan dengan kerja dan tanggungjawap seorang Manager yang tidak diketahui malah tidak disedari oleh Seorang Engineer.

Nadh n Abg Pion terangkan, yang apa jadi kita mesti nak kena bersama-sama. Perjuangan ini bukan perjuangan sendiri, tapi perjuangan adik beradik. Yang kiri dicubit, yang kanan berasa pedih juga. Begitulah rapatnya satu menikam, satu menyucuk, yang akhir merobek. Satu rebah yang lain masih gagah, satu benteng, dengan pertahanan yang kuat, bukan mudah dijatuhkan, tapi sekiranya pertahanan hebat tapi dibuka laluan kepada musuh bisa dijatuhkan bila-bila masa sahaja.

Thursday, 16 June 2011

Bunuh Diri Kerana Cinta? 4 sekaligus plak tu..

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera kepada bukan Muslim yang membaca.

Mati bunuh diri? adakah ini penyudahnya? Tak caya cuba tengok bawah ni.

 
Dipercayai menjadi tempat mangsa terjun.

 Pandangan atas dari tempat kejadian

 View dekat, mangsa 

Ehem-ehem-ehem.. hihihi. nak aja tajuk yang manthop lagi meletopss kan? tak adalah, saja nak kasi kontroversi sikit.. hehe

Sebenarnya semalam Nadh wat cleaning sikit kat opis Nadh ni. Boss cakap kemas la bagi cantik sikit opis dah semak, ditambah dia kata tempat kerani Nadh tu dah macam tempat Alam Flora dah macam-macam semak kat situ. Jadi mula la cerita kami mengemas tu. 

Yang membunuh diri tu sebenarnya sebab Nadh p sembur diorang dengan sembur Baygon. Seyes yang ni terbaek weyh, kalau rumah ampa ada lipas, pakailah yang ni. Memang berkesan. Tapi mahal sikit la. RM8.85 sahaja. Bukti keberkesanan dia ni ha..

Selesai mengemas dah. dan Hasilnya, ni Workstation baru Nadh.
(Maaf semak sikit, besa la kan, ai baru pindah. hihi)

Itu sahaja. hihihi.. nak wat gempaQ kan? lalalalalalalalalalalala~~

Wednesday, 9 March 2011

Spiderman kerja

Jenjalan hari ni.. pasai tadapat info diperlukan dari satu contractor tu..
aku turun sendiri kat tempat cable collection tu nk dapatkan maklumat lengkap dari depa.
OTW balik, jumpa depa nih,.



Sapa2 nampak apa depa wat?
haaaa.. ni mai nak cita.. keja depa tukang lap cemin..
pacik yang mencuci cermin..
besh noh keja depa..
kaya rayap.. aku dapat info, gaji leh p smpai 5 angka..
bayangkan weyh..dasat noh...
tapi paham2 la.. gaji 5 angka, risiko dia plak 6 angka la..
silap haribulan, kalau tak di ambil berat sal keselamatan,
selamat tinggal dunia la..

sat nak kisah sket sal depa nih..
nak mintak keja pn bukan senang, pasai kena p kursus dulu.
Kursus Riggers nama dia..
iaitu kursus memanjat tower..
maksudnya depa ada lesen la nak kerabat lebih kurang nih..
Riggers ada 3 Level.
Level 3 : Beginner
Lever 2 : Intermediate
Level 1 : Advance

nak wat keja panjat memanjat bangunan ni, dari info aku dapat, must have at least level 2.
maksud bukan calang2 jugak kan. ;)

hihi.. tu la dia.. mencabar kan, untuk sesuap nasi, gagahkan jugak la..
tu la ALLAH ada kata,

"Apabila telah ditunaikan shalat maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."
(Al-Jumuah : 10)

apa saja yang di muka bumi ni, ada punca rezekinya.. sebab tu dalam ayat diatas ni DIA kata, "bertebaranlah kamu di muka bumi" bermaksud, asalkan kita berusaha, insyALLAH.. dapat la tu.. dan DIA jugak berkata " dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung". Sebab, apa sahaja kerja yang kita kerjakan adalah ibadah bila kita ingtkan dia, keja tu ibadah sebab tu tuntutan, mencari rezeki tu ibadah, tapi kalau kerja sampai solat pun tinggal-tinggalkan, camna nak dikatakan tu ibadah. takkan lupa plak, dijadikan "jin dan manusia ni untuk beribadah kepadaNYA." Dunia sebagai pentas persediaan untuk akhirat yang kekal abadi, kamu beri, kamu dapat balik di sana.. ALLAH Maha Kuasa. Maha Adil..

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (bagi semua urusannya). Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya.” (QS. ath-Thalaaq: 2-3).

Bukankah ini janji yang pasti?? moga menjadi renungan semua.. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA