Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Nadh puasa hari ni. ni Nadh baru selesai balik dari Pasar Malam. nak menyiang ikan jap, lepas tu nak berehat. Demam hari ni, tapi gagahkan diri jugak, (selalu macam tu, gagah je, apa ada wat la. takkan nak wat lembik kan,? lawan je. )
Umm. malam ni nadh nak kongsi pasal sahabat Nadh. Orang paling tua dalam rumah Nadh ni. Tapi hari ni dia dah balik kampung, sebab ayah dia tak sihat. Dalam nak kalut balik kampung tu, Nadh sedikit tacing la dengan dia. dalam pukul 7 lebih, dia ada hantarkan SMS dekat Nadh.
Kueh cakoi atas meja
Nadh tengok ada kueh atas meja. Kueh yang diajar makan oleh dia jugak masa bulan puasa. Lepas tu Nadh suka kueh ni. ouhhh tacing rasa. Baiknya la abg ni. Rajin plak la dia tinggalkan kueh atas meja untuk Nadh buka puasa. Terharu la jugak kan.
Disebabkan sahabat adalah tajuk malam ni, Nadh kongsi satu kisah mengenai sahabat,
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT.
Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
Hebat kan cerita mengenai persahabatan? Betapa besarnya ALLAH berikan balasan hanya kerana persahabatan. Begitu juga la kita didalam hidup, dalam bersahabat.
Note :: Nadh admire orang yang bersahabat macam ni, admire sahabat Nadh ni. Tiada lain cuma mendoakan ALLAH berikan dia kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. dan moga sinar cahaya iman dan nur dilimpahkan kehatinya agar kuat dan hebat mengingati ALLAH. Amin.
