Followers

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

The Thomas Crown Affair

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sampai rumah petang tadi, membawa ke lepas Maghrib tu dok terfikir fikir selesaikan dulu kira kira kami untuk tahun akan datang ni, berkobar kobar juga, sampaikan nak masuk tandas pn dok menaip dulu kat lappy dengan perut yang meragam tu, lepas tu bila dah max tak ketahuan, baru lari turun cepat cepat bersiap nak isya' plak.

Lepas isya, dalam pukul 930 macam tu kot tak silap dok asyik menaip Cash Flow tu, punya asyik, kira satu satu, supaya tak ada yang miss, supaya esok kalau boleh nak dibentangkan pada Puan yang berusaha tu. bagi dia tengok apa yang menanti di tahun depan tu. Alhamdulillah la, siap juga akhirnya. Elok siap tu, turun bawah sekejap, nak jenguk Mama Ayah dok buat apa. Tengok Ayah dok asyik layan National Geography. Saya tanya Ayah Mama kenapa tak layan Movie? Katanya cerita nampak tak best. Saya pun ambil remote control ubah ke channel movie tu. Nampak memang tak menarik pun, tapi Ayah suruh biarkan sekejap. Saya pun masa tu nampak tak cun, so tak peduli pun, sampailah keluar muka Pierre Brosnan mamat James Bond tu. Terus kalih tengok cerita. ehehe

Cerita dia pasal seorang orang kaya raya ni la. dia ni penggila lukisan. Dengan duit yang banyak tu tak hairan la yang dia minat menda menda yang mahal macam ni. Kisah dia bermula pada satu hari ada satu lukisan ni dicuri dari tempat ia dipaparkan. Memang gempar la bila lukisan berharga 100Juta ilang macam tu ja. So muncul la seorang penyiasat peribadi ni, dia muncul untuk cari lukisan tu. Yang bestnya, bila dia jumpa lelaki ni dia dah dapat rasa yang laki ini yang curi. Jadi bermula la kisah dia mengikit lelaki ni kemana lelaki ni pergi. Dia tanya lelaki ini secara kias kias la, kenapa lelaki ini curi sedangkan lelaki tu mampu dapatkan lukisan tu, jawapannya, lelaki ni suka thrill mendapatkannya tu.

Lepas tu, bila dah lelama keduanya ni berdekat dekat ni, hati mula ada rasa. well, menda biasa la bila dalam cerita tu kan, masa ni lelaki tu test perempuan tu, sama ada betul ka perempuan tu suka dekat dia. Dah jeles macam nak gila perempuan ni masa tu. Sebenarnya lelaki ni pun setengah sewel juga sampai kena jumpa kaunselor cerita masalah yang dia sebenarnya dia ambang jatuh cinta dengan seorang wanita ni. Gelak besar kaunselor tu dengar pengakuan lelaki ini. Satu yang menarik ayat dia dengan kaunselor tu, macam mana agaknya si landak jantan bercinta? cam best juga boleh dikaji ni kan? bagaimana haiwan yang agak berhati hati ni dapatkan pasangan kan?

Next, dari sana plot cerita di kembangkan, lelaki ni bawa perempuan ni ke tempat yang dia tak pernah bawa sapa sapa, lepas tu perempuan ni plak, satu hari lepas jeles tu sampai kat rumah lelaki ni lepas tu jumpa lelaki ni bersama seorang perempuan. masa tu pepaham la kan, dah la jeles, lepas tu laki tu bagitau dia, baiklah, saya akan kembalikan lukisan yang hilang tu, saya akan letakkannya di tempat saya ambil. Dan awak, saya percaya pada awak. Sama ada awk biarkan saya setelkan lukisan tu atau tunggu di tempat tu bersama polis dan tangkap saya. Kemudian, tunggu saya jam 4 kat sekian tempat ni, kita jumpa dan tinggalkan tempat ni. Haaa... masa ni la yang saya rasa laki tu dah kalah. Perempuan yang sakit ati tu, bawa polis betul nak tangkap laki tu, satu tempat tu penuh polis, tunggu ja lelaki tu sampai. Masa tengah tunggu laki tu, elok cun plak masa lelaki tu sampai, baru perempuan tu tahu yang perempuan yang dia jeleskan tadi memang kerja dengan lelaki tu pun, dia dah salah sangka, tak percaya cakap lelaki tu tadi. Masa tu cuak gila dia. Ya la dia dah perangkap lelaki tu sebab rasa diperangkap.

Rupa rupanya, laki tu ada plan, kumpul reramai pakai macam dia, satu tempat tu pusing bawa satu beg tu. Habis kucar kacir polis dalam tu, dan akhirnya dia berjaya pulangkan lukisan tu. Tahu lukisan tu ada mana? Rupanya lukisan yang di curi dahulu tu, dia lukis balik atas lukisan tu, Picasso kot tak silap lukisan yang gantikan Monet yang hilang tu, cara dia 'kembalikan' lukisan tu, dia bagi ada air yang dari paip kecemasan kebakaran tu berfungsi. dan air tu dah lunturkan lukisan yang dia lukis di atas lukisan asal tu. Ohh rupa rupanya dia curi sekejap dan kembalikan lepas dua hari dia curi, iaitu masa tu dia 'pinjamkan' lukisan Picasso tu ganti Monet yang hilang tu. Gilelah masa saya tengok apa yang jadi ni. gelak besar saya. Idea dia, muslihat dia, terbaik..

Dan lepas tu, dia curi satu lukisan tu, iaitu lukisan yang perempuan tu kata dia nak lukisan tu. (idea awal perempuan tu masa dia nak perangkap lelaki tu.). Lepas tu, perempuan tu lari pergi cari lelaki tu dekat tempat yang dijanjikan, rupanya lelaki tu tak ada sana dah. (dah lambat asanya perempuan tu sampai), lepas tu ada seorang lelaki tungu sana nak berikan dia lukisan. (lukisan yang dia kata dia akan pilih tu).

Habis tu perempuan tu sedih sangat la. Dia amek keputusan nak tinggalkan tempat tu juga. Kat airport dia beritahu kat orang yang jual tiket tu, nanti tolong hantarkan balik beg berisi lukisan ni dekat pegawai polis yang bertugas tu. Naik atas flight, konon buat tenang la, tapi akhirnya kalah juga, menangis la sebab dia rasa dia dah buat lelaki tu tak percaya pada dia dan tinggalkan dia. Masa menangis tu, ada orang dari belakang pass sapu tangan kat dia. Dia kalih belakang. dan.......

Ehhe.. ending di saya suka. muslihat laki tu. terbaik.....Tak percaya boleh cari cerita ni. ;)





Sunday, 28 July 2013

Abi, Ummi, Baby n Pacific Rim

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

We were just finished watching our first movie. After 35 weeks of pregnancy and and 8 months plus of marriage, this is our first.

Ehhe. First experience with my wife going to cinemas. Before this we had plan a few but all cancelled due to many reasons.

Pacific Rim. Supposedly we watch Ummi's request ; Despicable Me, but to wait until 8 pm is just not worth it. Thus, we decided to watch this.

Let me just talked bout the movie. At first im hoping that this will be a superb one, but it is not. Slow and steady, not even a single 'strike' that we caught my interest.

The only thing i like is how the mind, neuron, memories connect the Ranger and the machine.

How memories, the connected mind actually 'kills' someone's future. Well if i were in his place also i would never forget the moment where my beloved were 'killed' beside me while i am connected to him, knw how afraid he is at the moment, his pain and finally just vanished .

Talked to Ummi, wondering if we were the one operating those machines. Me and you beside. Are we really are that 'connected'. I am able to see your memories, everything from the past, what you are thinking. And she start to say "haaa abi dah mula dah bayang bebukan".

It is something you knw? Two people connected, And those two will understand better of the other one. Learn bout their past, read what they were thinking. Something that create a bond between those two.

Do we have that? Me and ummi? I guess we have one, it is called LOVE. Ehhe. Eventhough we dont knw bout what happen in past, but we will wrote something together for the future. Make it something special, and live happily. And whatever come in between will be settled by us both, plus no matter what we benefited frm that 'challenge'.


Psst : If we were really doing that, operating the Jaegar, how does it be huh? #imagine #imagine

Tuesday, 21 February 2012

Nadh kembali ke 25 tahun lepas

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh nak kongsikan pengalaman Nadh semalam lepas Nadh dapat tiket kat bawah ni. Thanks to enchik Abg Ady sebab bermurah hati berkongsi tiket yang ada ni dengan Nadh.


Mula nya tu rasa cam segan plak nak pergi, tapi last sekali pergi juga la. Sempat la Nadh cakap dekat Abg Mie semalam, "Muka dah ganas, muka pukul orang, alih-alih p tengok Beauty And The Beast? ". Gelak dia. Macam nak balik pn ada juga la tengok dia, tapi macam tak kenai Nadh ni kan, apa Nadh nak, memang dah terpaksa rela la dia teman tu, Dan juga la dia tidur dalam tu. hihihi

Walaupun dalam hati Nadh ni ada juga la terfikir tu. Tapi last, ingat-ingat balik 3D tu kan? Pree plak tu. Sapa nak kasi kan? Lagipun, dari dok tengok cerita merapu merapan tu kan, bek la tengok yang ni, kurang-kurang ada juga la nilai tu kan?

Yang best nya masa nak masuk tu ada sorang pacik tu datang dekat Nadh. tanya, ada lagi tak tiket? Yang Nadh ingat dia kata "teringin sangat nak tengok cerita ni, tak boleh miss cerita ni. " . Bagi seorang manusia biasa (chewah), bila Nadh dengar dia cakap macam tu, Nadh pun ada tiket lagi, Nadh pass je lah dekat dia. Seyes, rasa cam kagum plak ye, orang tua pn tingin nak tengok cerita ni, dari tengok yang bukan-bukan kan?


Overall, rasanya tak perlulah Nadh nak bagitau cerita dia macam mana kan? Sebab jalan cerita dia sama saja, cuma dah diubah jadi 3D kan? Puas la menengok nya. Cuma rasa cam best plak bila tengok bagaimana RUPA HODOH PUN BOLEH DAPAT CINTA SEJATI KAN? Rasanya kan, itu motivasi baik punya buat orang macam Nadh yang tak emsemm ni untuk dapat cinta sejati juga kan? YANG PENTING ATI MAU CUN LA. :D

Apa pun yang pasti, Nadh kembali ke 25 tahun lepas masa zaman kecik-kecik Mama dok cerita pasal kisah ni kan? :D

Rate Nadh : 5/5 leh? :P

Monday, 20 February 2012

Movie | Ghost Rider 2 : Spirit of Vengeance

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Umm, semalam lepas Nadh memasak, lepas makan terus housmate Nadh ajak keluar. Mula tu ingat tak jadi nak pergi, tapi dia nak juga-juga pergi, so Nadh pun siap. Tu pun jenuh kena berleter sebab tak solat lagi. Terus Nadh kata,
 "ellow, tadi kan saya dok kat dapur dok memasak, amboihhh makan dah kenyang dah kata kat saya plak. "

Dipendekkan cerita tu pergi juga la jenguk cerita tu. Cerita apa lagi kalau bkan cerita kepala terbakaQ, rambut api, moto api, bersenjatakan rantai besi panjang kan.

Ghost Rider 2 : Spirit of Vengeance

Sinopsis cerita :
Kali ni Johnny Blaze kena selamatkan Danny anak setan dari ditangkap oleh setan besar sebab nak tukaQ badan dengan budak kecik tu supaya dia jadi lagi kuat. Dan yang menariknya masa ni dia dah tak ada kuasa sebab dia dah berjaya ubatkan diri dia dari kuasa antu api tu.

Banyak babak lawak kali ini, Nadh tergelak sangat tengok masa babak flamethrower tu. Tambah nak tergelak masa pacik setan tu cerita dekat Danny macam mana muka dia boleh jadi buruk, elok dia sebut flamethrower, dah tergelak Danny.

Paling Nadh suka la, walaupun sangat merepek kan, Nadh sangat suka masa Antu api ni boleh takeover crane dan tukaQ jadi crane api. Lori askar jadi Lori Api. Gle Coooooll~~~ 

P la tengok. Tak rugi rasanya. :D

Rate Nadh - 3/5.

Sunday, 3 July 2011

KL Gengster VS Kehidupan kita

Assalamualakum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh hari ni plan dengan kawan-kawan nak keluar tengok wayang. Cerita Transformers la kononnya. Call tak boleh nak book sebab tiket dah penuh. Nadh pun keluarlah ke Summit USJ untuk pergi tengok wayang. Tau apa jadi? tiket kul 3 dah habis. Dan penuh sampailah ke tayangan tengah malam ni. Perghh.. dahsyat betul penangan Transformers ni.

Jadi Nadh n kawan-kawan tukar plan, kena plak time tadi tu, cuma satu cerita yang kena betul dengan pukul 2 iaitu cerita KL Gengster. Lambat betul kan? Orang dah ke mana hala, kita baru nak tengok kan? Tapi nak wat macam mana kan? Layan aja lah.. Dari cerita tu, Nadh dapat banyak nilai baik yang rasanya patut Nadh kongsikan dengan readers Frameandlenses.blogspot.com Nadh ni.

Since yang Nadh tengok tadi dari cerita, Nadh nak gunakan watak untuk penyampaian Nadh.


Hero Utama - Malek
- Sebagai seorang bekas gengster. Dia bawa message yang "jahat" itu boleh dibuang, yakni bila kita berkeyakinan untuk berubah, tiada apa yang boleh halang kita
- Watak dia patut diambil perhatian oleh readers diluar sana yang adalah Abang atau Akak dalam family yang "kita perlu tunjukkan imej yang baik kepada adik-adik kita".
- Yang terakhir adalah PENTINGKAN KELUARGA. Walau dia ni jahat dulu, tapi dia seorang yang sangat pentingkan keluarga dia, dia jaga ibu dia, dan nak ambil peranan menjaga adik perempuan dia juga si Jai yang dah join Shark. Ayat last dari dia,  "kalau kau nak mati, bukan ditangan aku, walaupun aku jahat tapi aku sayang kau sebab kau adik aku.."



Adik Hero - Jai
- Adik yang jahat, mengikut perasaan dan tidak boleh dihalang. Apa yang dikata adalah YA dan TIDAK bukan yang dia mahu dengar. Watak dia membaca message, duit adalah segala-galanya sampaikan ada satu kata dari dia, "Musuh dia adalah musuh aku juga" yang membaca pada dia berlawan dengan abang dia.
- Namun begitu ada satu babak tu, dia tengok budak-budak tidur di jalanan, dia masukkan duit dalam kocek adik tu dan selimutkan adik tu. Muka legend, tapi hati ada taman jugak. Maksud, sejahat mana pun kita, kita akan ada jugak rasa belas kasihan dalam diri tu. AKAN ADA. PASTI.!!



Sahabat Hero - Ajib, Fadhil dan King
Walaupun dari kumpulan jahat, tapi mereka sangat pentingkan persahabatan. Contoh Ajib, sanggup pertahankan Malek dari diganggu Shark dan begitu juga King yang halau anak tiri dia dari kumpulan sebab ganggu Malek. Apa yang boleh kita ambil adalah, PENTINGKAN PERSAHABATAN. Susah sahabat Susah kita jugak.





Mak Hero
Apa yang nak disampaikan adalah, sejahat mana pun kita sebagai anak, Kasih Sayang ibu tidak dapat dipisahkan. Mungkin pernah satu ketika ibu halau kita, marah kita, konon benci kita, tapi dia tidak niat katakan suma itu, sebab TIADA IBU YANG TIDAK SAYANGKAN ANAK-ANAK. Jadi beringatlah. Jangan sampai derhaka kerana mengabaikan tanggungjawap sebagai anak.


Musuh ketat Hero - Shark
Ini watak paling dibenci dalam cerita ni. Gila kuasa sampaikan sanggup bunuh bapa tiri sendiri dan pendendam yang sangat-sangat sampaikan sanggup buat apa sahaja untuk huru-harakan hidup Malek sehinggakan mengganggu keluarga Malek. Yang boleh kita ambil, jangan berdendam, kerana dendam itu merosakkan hati kita. Dan tidak akan aman selagi mana ianya tidak ditundukkan.



Note :: Cerita ni sarat dengan babak lawan (ai like..hihi) . dan penting sekali ada nilai-nilai penting seperti Nadh sebutkan diatas tu, jangan baca saja, renungkan dan simpan dalam hati, moga kita sentiasa dalam lindungan dan tidak jadi seperti itu suma. Amin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA