Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
"Ahhh.. Susahnya. Ahh Pedihnya.. Ahh kenapa aku yang diuji.?"
Mungkin pernah satu ketika kita menjerit. Berteriak dalam hati, kenapa kita? kenapa asyik kita? Kenapa? kenapa? kenapa dan kenapa?
Pernah jumpa dengan situasi ini tak?
Jawapan saya untuk situasi ini adalah jenguk jenguk tepi kita , lihat sekeliling kita. Jangan hanya melihat ianya dari sudut pandangan kita.
Termudah. Saya dalam situasi PJJ dengan isteri dan anak.
Teringat kisah yang Mama kongsikan dengan kami, ada seorang kenalan terdekat seseorang dari keluarga kami juga, yang mana isterinya sekrang berada di luar negara, bekerja di sana demi mencari sesuap nasi. Membantu keluarga keluar dari beban kenaikan yang semakin tak tertanggung di kala ini.
Dapat bayangkan tak? Kita yang ada dekat ni, boleh balik jumpa dalam sejam dua, mampu ke sana bila diperlukan, dan ada orang lain yang sekarang beribu batu jauh dari anak anak, pulang pula berbulan sekali, namun pilihan yang ada hanyalah kekal, demi untuk sesuap nasi, demi untuk kegembiraan semua, bukan hanya di lihat dari sudut pandangan sendiri.
Kegusaran saban hari, tinggal di perantauan, meninggalkan kesayangan jauh jauh dari mata. Yang ada hanya kenangan, yang ada hanya gambar gambar bukan dengan pelukan untuk meleraikan kesedihan tatkala memikirkan nasib diri di sana?
Itu satu situasi yang saya ambil sebagai pengajaran buat diri sendiri sebenarnya. Sebab untuk saya bersyukur dan sedar bahawa sebenarnya diri adalah sangat beruntung dari situasi orang yang saya sebutkan dari cerita diatas.
Dalam hidup, ada kalanya kita kena melihat ke bawah sambil sambil kita cuba menggapai awan tu. Kenapa saya katakan begitu? seperti apa saya ceritakan diatas inilah. sekurangnya kita tahu kita lebih beruntung, dan kita bersyukur kepadaNYA. Dalam mengejar redha perkara ini sangat penting untuk kita semaikan dalam diri.
KENAPA? sebab tanpanya kita mungkin bakal menjadi seperti layang layang yang dah mencapai awan, tapi ingin terbang tinggi lagi ke langit, tapi akhir sekali terputus talinya dan terbabas ke bawah tanpa dapat lagi dibantu. Mengejar dan mengejar, tapi lupa daratan, tempat awal kita bermula lagi.
Pernah anda dengar kan, tatkala kita menangis tidak dapat kasut yang mahal lagi cantik untuk dipakai, masih ada lain insan yang tak berselipar, mungkin lagi menyedihkan, TANPA KAKI.
Pernah anda terfikir, tatkala kita meninggalkan makanan, kerana alasannya tak sedap, di luar sana even ada manusia yang mencuri hanya demi mendapatkan sesuap nasi, ada yang mengikat perut, kasi pagi makan petang, kais petang makan malam, atau mungkin lebih teruk, MATI KEBULURAN.
Pernahkan anda terfikir, di waktu kita berduka tidak dapat pakaian yang diidamkan kerana tak ada atau mungkin habis stok, masih ramai yang berpakaian compang camping hanya kerana mereka tak mampu, malah mungkin ada yang terketar kesejukan, kerana mereka tiada pakaian yang elok untuk dipakai?
Bersyukurlah. ALLAH sedang mengatur yang lebih baik buat kita. Percayalah jalannya ada untuk kita. Bergembiralah dengan apa yang kita ada. Ianya mungkin JAUH JAUH JAUH LEBIH BAIK dari insan lain.
Followers
Showing posts with label Syukur. Show all posts
Showing posts with label Syukur. Show all posts
Wednesday, 19 February 2014
Thursday, 2 June 2011
Apabila ALLAH menjawap
Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Semalam semua orang ada bercakap-cakap mengenai hutang dan orang yang taknak bayar hutang, malah issue tu dah menjadi issue besar. Yang menghentam, dan yang menyokong atau menjadi tempat pengaman pn ada jugak, Nadh langsung taknak hentam atau backing. Sebab semua yang jadi, mesti punya sebab tertentu, dan mungkin reaksi kita untuk menangani masalah tu yang salah.
Apa pn, untuk diri Nadh sendiri yang turut menghadapinya, Nadh sedikit terharu dengan perkhabaran yang ALLAH kirimkan buat Nadh.
Cerita dia, Nadh ada terfikir untuk menjadi "Along" minggu ni, konon nak men-ceti-kan diri la and mintak duit dari peminjam-peminjam Nadh. Tapi tak buat pun, tak SMS pun mintak dari depa. Nadh ada jugak la teringat kat seseorang tu, sahabat yang dulu Nadh pernah tlg dia wat drawing masa dia buat projek Ericsson dulu. Dia belum menjelaskan bayaran dia dekat Nadh. Teringat la nak mintak, tapi tak mintak pun.
Hari ni, baru kejap tadi dia SMS Nadh.
"Bro, mintak maaf duit tak byr lagi. keadaan aku agak teruk. Ada duit nanti i byr."
Nadh reply balik dengan bagitau dia, if dia perlukan duit, dia pakai la dulu, tapi Nadh ucap terima kasih sebab dia masih ingat dekat Nadh.
Alhamdulillah la, Nadh syukur sebab ALLAH kirimkan jawapan melalui satu SMS. Alhamdulillah.. Syukur sebab ALLAH menjawap..Walau tiada untuk Nadh tapi bagi Nadh ini pn dah sangat bermakna. Syukur sekali lagi..
Wednesday, 20 April 2011
Alhamdulillah ..
Alhamdulillah..
syukur sangat.. dihilangkan matahari, digantikan dengan awan mendung nan hitam,
diturunkan pula hujan, kita menangis meratapi hilang nya matahari,
Rupanya DIA nak hadiahkan PELANGI yang indah.
Alhamdulilah.. ;)
Monday, 18 April 2011
ALLAH bagi jugak. Syukur.
Assalamualaikum..
baru jap tadi Nadh bersedih kan, rupanya ALLAH tu mendengar kesedihan Nadh..
Alhamdulillah, ditakdirkan Nadh sampai jugak nak menjadi saksi kepada peristiwa bersejarah dalam hidup seorang sahabat. Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar. dan mulai hari ini, saat tadi, maka sahlah sahabat Nadh sebagai seorang saudara baru dalam Islam dengan nama baru nya NurLynda Diyanah binti Abdullah.
Syukur sangat sebab ALLAH beri jugak Nadh peluang untuk bersama mereka dalam mengIslamkan sahabat Nadh tadi. rasa gembira jugak la.. Cuma part tak tahan tu, sempat lagi la Nadh kena sakat dengan boss Nadh tadi dalam bilik tu.
Abg Shafiq :: "Nadzri, dekat sini pun ada jugak khidmat kaunseling"
Nadh :: "Kaunseling? kaunseling apa abang?"
Abg Shafiq :: "Ya la, orang tu, Mama da perbesar tumah, dah perbesar dapur, takkan tak paham-paham lagi takkan orang tu tak paham-paham lagi apa kehendak Mama, abg tengok dalam FB tu kawan perempuan saja, laki pun tadak, takkan takdak kot, ingat kena la kaunseling la ni... "
Semestinya Nadh tergelak la dengan kenyataan tu.. pastu.. "ala abg.. hihihihi"
Abg Falah :: "takpa Nadzri, nanti aku tanya kat akak tu.. "
Nadh :: "Tanya apa plak abg?"
Abg Falah :: "tanya la, dekat akak tu, sudikah akak pergi satu kursus bersama dengan ang? " (nak maksudkan kursus kahwin la ni.. )
Nadh :: "haaa.. abg jgn nak buat hal okeh.. :P "
Nadh kena lagi.. ahahahaha.. adui la enchik Boss bersama, Abg Shafiq n Abg Falah, sabaQ la.. ada tu nanti ada la.. hihihi..
Apapun, alhamdulillah jugak la. selesai jugak sahabat Nadh punya hal, insyALLAH, Nadh pn kena jugak call pegawai Perkim tu nak tanya sebagai seorang yang dekat dengan dia, apa tindakan Nadh nak bimbing dia. Apa pun Nadh nak cuba la, buat dia rasa setenang mungkin dengan Islam ni. Dan yakinkan dia sebaiknya. n nak bimbing dia sebaiknya dengan ilmu yang Nadh ada. Mana tahu ALLAH hantarkan dia sebagai sebab untuk Nadh beroleh kejayaan bersama yang lain dalam perjalanan dakwah Nadh. siapa tahu ka? Moga-moga la.. Amin Yarabbal Alamin..
Saat kejadian bersejarah. ;) <-- idea Kak Ruzila la ni. :P
Subscribe to:
Posts (Atom)
