Followers

Sunday, 3 July 2011

Nadh kembali.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

2 hari Nadh hilang kan? Bukan tak mahu nak update entry, tapi Nadh tak berkesempatan.
Tak apalah, nanti Nadh ceritakan pengalaman 2 hari Nadh ni.

BTW, tadi Nadh berkesempatan nak singgah jugak rumah nenek nak jenguk Mama n Nenek.
Serious rindu sangat dengan mereka, tapi apakan daya, tak boleh lama di sana.. Sempat jugak mengadu kat Mama.

Me :: Mama, kemarin kan, Arie pergi jumpa supplier. Mama tau dia kata Arie da gemuk.

Mama :: Haa. bagus la tu..

Me :: Apa yang bagusnya Mama. Gemuk.

Mama :: Selagi boleh, ada selera nak makan abg, makan ja nanti dah terlantar nak makan apa pun dah tak boleh..


Apa pun, 2 hari yang penuh sibuk dan berisi dengan ujian ni terbalas juga dapat jumpa Mama kejap tadi. Walaupun tak sempat nak jumpa Ayah n Jiah sebab keduanya kerja. tapi jadilah kan. Cuma mengharapkan kemudian nanti akan berpeluang juga nak balik dan spend time dengan semua. Moga diizinkan . Amin.

Friday, 1 July 2011

Trend Jumaat baru LELAKI-LELAKI mengaku ISLAM

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Kehadapan readers sekalian,

Nadh lihat semenjak Nadh tinggal di KL ni, ramai sekali lelaki yang mengubah trend Solat Jumaat yang diwajibkan oleh ALLAH dari Masjid-masjid bertukar kepada Masjid Al-Restoran, Masjid Al-Shopping Mall, Masjid Al-Warung, Masjid Al-Jalan Raya, dan banyak lagi Masjid-Masjid baru yang akan wujud di hari-hari Jumaat kebelakangan ini.

Hairan juga ya, sepertinya tidak ada rasa segan, rasa malu nak terang-terangan berada tempat yang dipenuhi golongan wanita sedangkan di Masjid-Masjid berkenaan di hari Jumaat di mana lelaki-lelaki ISLAM berada untuk mendengar Khutbah Jumaat dan bersolat Jumaat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)". (Surah Al-Jumu'ah : 9)

Dari ayat ALLAH diatas jelas menerangkan yang betapa pentingnya tuntutan menunaikan Solat Jumaat. Dan TUNTUTAN MENINGGALKAN URUSAN DUNIA. sehinggakan Nabi Muhammad SAW turut menambah dalam sabdanya,

"Sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan" (Riwayat At-Tabrani)

Mungkin ada yang tidak sedar kan? Jadi diharap dengan perkongsian dari Nadh hari ni, dapat beri sedikit penjelasan TENTANG BETAPA RUGINYA meninggalkan SOLAT JUMAAT.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Sesiapa yang berwudhuk kemudian dia pergi (ke masjid untuk menunaikan) solat Jumaat dan mendengar khutbah imam maka akan diampunkan dosanya hinggalah ke Jumaat selepas itu dan ditambah tiga hari lagi.Siapa yang asyik bermain-main maka solatnya menjadi sia-sia”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:

Penghulu segala hari adalah hari Jumaat.Hari yang paling mulia di sisi baginda dan yang paling agung disisi allah azzawajalla,maka lebih (mulia) daripada hari raya Fitrah dan hari Eidul Adha”. Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam hadis lain,Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila berdoa kepada allah sesuatu kebaikan Allah akan memakbulkan doanya. Atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan, Allah melindunginya daripada kejahatan tersebut”. (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Cukup dengan 3 Hadis diatas Nadh rasa dah membuktikan betapa RUGI NYA yang meninggalkannya. 
1. Diampunkan dosanya.

Apa lagi yang kita nak sebagai Hamba? Bukankah redha ALLAH itu yang utama patut dikejar?

Renung-renungkan...

GEGAR BLOG JULAI 2011

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Enchik Ben ajak "GEGAR BLOG JULAI 2011 "



"Perkara pertama terlintas ketika pertama kali nak berblog untuk entry pertama.."


P/s : Nak sama-sama menggegar ka? click kat SINI

Buta+Pekak+Bisu=CINTA