Followers

Friday, 8 April 2011

Khutbah Jumaat :: Menggunakan Jumaat untuk Memperbetul dan Memperbaiki Umat Zaman Sekarang


Khutbah Jumaat : Masjid Subang Perdana
Tajuk : Bagaimana Nak Menggunakan Jumaat untuk Memperbetul dan Memperbaiki Umat Zaman Sekarang

Assalamualaikum.. 
Hari ni tajuk mengenai Jumaat.
Rasa rugi jugak sebab hari ni perut pun kurang sihat jugak.dan agak lewat sampai masjid, terlepas la tazkirah Jumaat yang membicarakan tentang Kehebatan Jumaat. Tapi Alhamdulillah. ALLAH sayang saya, DIA tak bagi satu, tapi hari ni DIA bagi yang lain plak. Iaitu, Khutbah Jumaat pn membicarakan tentang Jumaat.

Jumaat, macam yang kita tahu adalah Penghulu Segala Hari. Iaitulah dia Hari Terhebat bagi ALLAH, jika hendak dibandingkan dengan hari lain. Malah, menurut satu hadis,

Penghulu segala hari adalah Jumaat, bahkan Jumaat lagi Hebat disisi ALLAH banding dengan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” (Baihaqi)

Dan yang hebatnya, hari yang ALLAH betul sayang ni, tak diberi pada kita sebulan sekali, atau setahun sekali, tapi diberikan pada kita setiap minggu. (Bayangkan la, kedua Hari Raya ni, jatuh pada hari Jumaat, tadapat bayang betapa besarnya Rahmat ALLAH pada hari tu. ).

Antara Kehebatan Hari Jumaat ni adalah :

1. Allah bagi keampunan pd hr ni.
Diantara Jumaat dan Jumaat, dihapuskan dosa-dosa oleh ALLAH, melainkan dosa besar
(Riwayat Imam Tarmizi)

2. Dikurniakan pula pada kita Waktu Mustajab Doa. Bukankah Doa itu adalah senjata Umat Islam? Sayang betul la ianya tidak digunakan dengan sebaiknya. Diberikan kita kekuatan iaitu senjata, diberikan masa untuk nya, di hadiahkan lagi waktu mustajab tu, tapi kita masih nak ralit? Lalai? Iskhhh.. bazirnya.. Dari satu riwayat disebutkan, ketika Iman yakni khatib duduk diantara dua khutbah, adalah waktu mustajab berdoa. Ini kerana satu ketika dulu, diwaktu ini, Rasulullah diam seketika dan membaca Surah An-Nas, Al-Ikhlas, dan sedikit zikir. Bagi kita, gunakan la kelebihan waktu ini untuk memohon ALLAH kuatkan kita, Mohon ALLAH perbaiki umat Islam, dan sedar akan penipuan Musuh-musuh ALLAH. Waktu kedua adalah waktu diantara Asar dan Maghrib, kita tak tahu bila kan waktu nya, jadi mengapa tak diambil masa-masa manfaat ni dan gunakan untuk ALLAH, bukan dibazirkan dengan hal-hal dunia yang tak sepatutnya kita terlalu beratkan.?

 Jumaat, Hari yang hebat yang penuh keberkatan jika kita gunakan dengan sebaiknya, Tapi sayang kerana kita ini tidak mengambil berat akan kelebihan dan tawaran-tawaran HEBAT yang dah ALLAH beri kepada kita ini. Malah kita masih lagi lalai dengan dunia. Antara lalainya kita di masa hari Jumaat adalah dalam urusan Jual beli.

Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Al-Jumuah :: 9) 

Dalam ayat ini ALLAH menegah dengan keras, malah MENGHARAMKAN LELAKI berjual beli selepas Imam berada di atas Mimbar. Iaitu selepas Azan kedua. Menurut kebanyakan Mazhab, selepas dari azan pertama pun dah dikira HARAM, tapi Imam Syafie, masih dikira MAKRUH berjual beli, tapi adalah HARAM sebaik Azan kedua. Akan tetapi hukum ini hanya untuk golongan LELAKI. Dan kaum Wanita dibenarkan untuk berjual beli antara kaum wanita dengan wanita, kaum wanita dengan kafir, kafir dengan kafir dan wanita dengan Musafir. 

Kesimpulan, Jumaat adalah hari dimana kita berkumpul dan mendapat manfaat, dan selepas itu, kita adalah agent untuk menyampaikan pula pesanan yang kita dapat dari Khutbah yang disampaikan. Itulah sebabnya diberatkan kita dengan Jumaat ni, sebagai lelaki yang memimpin, adalah menjadi tanggungjawap untuk taat kepada perintah ini. Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran, “Barangsiapa yang meninggglkan 3x Jumaat, ALLAH akan cop MATI hatinya”  bayangkan kejap, orang kata tu leh tahan lagi la, ni bila ALLAH dah berkata-kata, pahamlah sendiri ya betapa beratnya tanggungjawap kita menunaikan Jumaat ni.
Kalau kita mati, memang la dah tak boleh nak buat apa-apa, tapi kalau HATI MATI, memang amat sukar la untuk kita dengar nasihat, mendengar pesanan-pesanan yang disampai kepada kita. Ni balasan ALLAH yang diterima selepas kita mengabaikan Jumaat. Bayangkan diluar sana yang berlaku macam-macam tu, rasuah, zina, dan sebagainya, semestinya adalah kesan dari pada HATI YANG TELAH MATI. Semoga kita dijauhkan darinya.


Di kesempatan ni, sama-samalah kita berdoa, agar ALLAH buka hati mereka semua, dan terbuka nak kembali ke jalan ISLAM yang Syumul, bayangkan jika kita kuat, hati saling berdoa, saling memperingati, tak mustahil ALLAH akan kembalikan semula kegemilangan Islam dan pulihkan kembali daulat Islam yang dah dirosakkan. Moga tiba akan hari tu satu hari nanti. Amin. 


4 comments:

AdiSuda said...

wahhhh..Nadh tulis erk kat kertas??hehehee..kat masjid nie tajuk dia masalah pnyalahgunaan dadah..

fRaMe+LenSeS said...

ehh tak la. note tulis dalam hp. atas kertas susah sebab tade tempat kan. ;)

tomatokering :) said...

suka . jangan sampai hati mati . :)

angah said...

terbek...semoga kita pow cm 2 gak..hehhe

Buta+Pekak+Bisu=CINTA