Malam ni mood bintang dan bulan rasanya. Nadh jumpa banyak jugak status yang menyebutkan bulan dan bintang. antaranya yang ni. hasil coretan sahabat ni,.
Kemudian jumpa lagi dari sahabat ni plak.
Tetiba diri pun jadi rajin nak menaip status ni.
Akhirnya, diri sendiri menjawap :
1. Feeling melihat bintang bersama si dia tu MEMANG BEST !
2. Bintang itu simbol, bulan itu simbol, kerana semua berkongsi yang sama, hasil ciptaan yang MAHA ESA.
3. Bulan dan bintang itu muncul di kala diri merindu. iaitu di malam hari. (siang hari tak sempat nak rindu, busy dengan macam-macam hal la)
4. Bulan itu satu, bintang itu banyak. Bermaksud, satu yang menjadi dan menjaga takhta utama, selepas itu diserikan lagi dengan bintang. Itupun bila mana ALLAH menjadi yang TERUTAMA.
Ada satu kisah berkenaan dengan Bulan dan Bintang ni tau.
Ada seorang pakcik tu, dia bertanya pada Ustaz ,
"Ustaz, nanti kat dalam Syurga tu pakcik nak kena duduk dengan makcik jugak ka? "
"Kenapa pakcik tanya macam tu? ". Soal Ustaz kembali.
"Laa.. macam tu ka Ustaz? ni kat sini pun dah hari-hari tengok, dah bosan la Ustaz, sampai ke Syurga pun jumpa makcik jugak ka Ustaz? Tak ada hat lain ka? "
Ustaz menahan gelak. Sambil melihat muka makcik yang menahan geram mungkin.
"Sebenarnya macam ni pakcik, pakcik pernah tengok tak Bulan dan Bintang?"
"Kenapa dengan Bulan dan Bintang tu Ustaz? ". Pakcik mulai runsing.
"Di dalam Syurga nanti kan Pakcik, Isteri Pakcik merupakan ketua pada bidadari-bidadari di dalam sana. Pakcik pernah tengok tak langit di waktu malam? Bintang tu cantik sangat kan? Berkelip-kelip dengan berbagai warna, tapi yang paling indah diatas sana adalah Bulan, dia satunya yang dikelilingi yang cantik-cantik. Bulan yang dipagari oleh bintang, mana yang terlebih istimewa ye pakcik? "
"Ehh, Bulan la Ustaz. Bulan tu ada satu, Bintang tu ada banyak, Bulan tu macam ketua ye Ustaz,.. "
"begitulah istimewanya Bulan di "sana" nanti pakcik.. "
Riwayat Ibnu Abbas r.a : Rasulullah Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, yaitu : misik, kafur, anbar, dan za’faran. Seluruh bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya:”Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya”
SubhanaALLAH, hebatnya, indahnya kehidupan di sana nanti ye? Tapi indah itu bila di sini dengan penuh usaha dan ketakwaan kita isi bulan-dan bintang yang kita punya sekarang ini. Bulan itu akan dipunya, tapi andai bulan dilimpahkan dengan keseronokan dunia, maka akan rosaklah Bulan yang sepatutnya menjadi penyeri di sana nanti. Kan?


18 comments:
suka sangat entry ni.. ya tepat sekali seprti yang dikatakan
weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ~ takleh ajak along tgk bulan lah ni . ngui ngui ngui ;p
dahsyat la abg nie..mmg terror..bleh wat entry dgn pantas..best plak tu..suka la bulan & bintang~ ^__^
bulan tu bagi saya ,simbolik pada benda yang ada tapi bukan milik kita ^_^
kat mana pun kita berada, kita tetap tengok bintang yg sama :)
teringat lagu "somewhere out there..."
weeeee..jom la tgok bintang sama2 camni abg :P hewhew~ mesti rindu kak ipaq tgok bintang kan,kantoi lettewwww :P
kalo tgk dgn berfikir dan merenung kebesaran illahi pahala tu bhai
sye nak jadi bulan yang indah, penyejuk mata dan hati buat bintang sya DISANA nanti,, insyaAllah...
errrrrrrrrmm
sangat2 tepat
bulan itu cantik.. bintang itu ceria..ngeee~ :D
sukeeeeeee =]
hehehehe
jadilah bulan dan bintang yg selalu mndapat tempat di sisi-Nya
tetiba teringat cerita tentang bulan~
nice entry. suka tengok bulan penuh. dia mampu menerangi alam walaupun x da satu pun sumber lampu pada satu2 masa tu.
bagai bulan di pagar bintang ! **tbe2 trnyanyi..hikhik
Malam bulan di pagar bintang...
woah.. lagu p ramlee inspirasi drp cita tu ka? heheh..
MO :: terima kasih. :D
Erika :: ehh.. awat taleh plak. leh aihh. :D along on ja.. bila tu? :P
Lina :: ehh mana ada cheQ. biasa ja.. maceh suka. :D
Eera :: betul tu kamu. wee~~
jari :: ehh.. betul2.. setuju ng kamu.. :D
Fitri :: nak cari la lagu tu.. :D
Fana :: jum la tgk bintang ng abg.. :D ehh.. ne ada .. ne ada..
Jiji :: kan? maceh ingatkan. :D
Kiera :: moga2. :D
Anum :: toi ka ni. maceh. :D
Fay :: suka kata2 kamu tu. :D
Aimie :: setuju ng kamu.. kan? :D moga2 kita macam tu aa. :D
Niena :: ehhe.. :P
haslinda :: kan kamu kan? hebat ciptaan ALLAH tu kan? hebat ALLAH yang mencipta..
Finaz :: ehhe. nyanyi la lagi. sedappp :D
SZ :: ehhe.. anda juga nyanyi lagu tu. :P
as salam..
wah! perihal menyelami kehidupan dengan sandaran bulan dan bintang. hoho~
disebabkan kita manusia ni sentiasa mengejar sesuatu yang indah untuk terus dirindui, maka wujudlah apa yang ada di dunia ini, kita panggil, fatamorgana.
haaa...dari situ lah, kita juga mempelajari bagaimana menyeimbangkan rasa rindu yang afdal
;)
maaf pakcik lambat jenguk link. lama tak buka facebook.hohoho~
Post a Comment