Followers

Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Tuesday, 7 November 2017

Peringatan 07 Nov 2017

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ingatan datang bersama berbagai peristiwa.
Bak kata peringatan pagi semalam,

"Jangan kita seperti Iblis, hanya melihat air dan lumpur ketika memandang Adam" 

Bermaksud, jangan hanya melihat di dasar sahaja, tapi kaji, kenapa berlakunya satu satu perkara yang ALLAH izinkan tu. Boleh jadi ianya peringatan. Apabila ALLAH menunjukkan kekuasan nya, tak ada tangan yang mampu menahan, apabila ALLAH memperturunkan bantuan, tak ada yang bisa menepis. Ambil tiap kejadian itu dan insafi apa yang berlaku.

Rentetan peristiwa:
15 oktober : oktober fest beer festival diadakan di P.Pinang setelah di haramkan di bbrp negeri. LGE kata 'pelampau' mungkin boleh halang negeri lain tapi bukanpulau pinang. Bukan negeri taliban.

17 okt : Taufan Doksuri penyebab banjir di Pulau Pinang - Bernama

22 okt : Tanah runtuh menyebabkan kehilangan 11 nyawa

29 okt : belalai air (puting beliung kecil) kelihatan dilangit berhampiran jambatan pulau pinang menggemparkan penduduk.

4 nov : banjir besar d pulau pinang

Saya harapkan ia tiada kaitannya, namun andai ia peringatan dari Allah, maka beristighfarlah dan muhasabahlah. (Sumber)

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi

Ya Allah selamatkanlah kami dari bencana dan musibah. 
Semoga ALLAH melindungi kita, dan menempatkan hati hati kita bersama hati para Solehin yang sentiasa merindukan kasih sayangNya.

Monday, 6 November 2017

Peringatan pagi 06 Nov 2017

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Peringatan pagi.







"Dalam....."


Credit: Ustaz Ahmad Nasir

Wednesday, 25 February 2015

Cerita handphone rosak

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 


Mana satukah kita? Si anak muda atau si ayah tua?

Jangan lupa satu masa nanti jika kita adalah anak muda, kita juga akan jadi si ayah tua. 

Sejarah mungkin berulang.


Credit : Facebook

Wednesday, 19 March 2014

Ada apa dengan kita??

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru baru ni, di masjid, khatib dalam tazkirahnya sebelum khutbah Jumaat ada ceritakan tentang jemaah kita kat Malaysia ni. Bagaimana entengnya kita pandang meminta dari ALLAH ni.

Katanya, kan kita dah berbulan tak hujan. Bumi panas, sangat panas, kemudian, bersama dengan jerebu lagi, sangat teruk, tapi bila jemaah diajak buat solat minta hujan, berapa kerat sahaja yang hadir. Hadirkan diri meminta pada ALLAH tak mahu, tapi boleh plak lepak kedai kopi minum minum. Ada apa dengan kita ni?

Mujur dalam kekecewaan dia tu, ada satu keluarga hamba ALLAH ni, orang luar kawasan tak silap dia cerita, waktu dia lalu, dia nampak ramai di padang,terus di tanya pada mereka, buat apa ni? Sebaik mengetahui jemaah nak buat Solat Istiqsa', dia pun panggil ahli keluarganya untuk turut sama menunaikan solat istiqsa' ni.

Boleh bayangkan tak keadaan kita? dah jadi macam itu pun kita masih lagi nak menidakkan apa yang jadi. Ada juga lah yang komen, "ini bencana alam." tapi kalau ALLAH kata TAK, adakah bencana alam ni nak jadi? Bukankah setiap apa yang berlaku adalah dari izin ALLAH?? DAN, dengan bencana yang tak berkesudahan ini, bukankah ada satu 'MESSAGE' yang SANGAT JELAS sedang memberitahu kita yang ALLAH sudah mula murka dengan tingkah laku kita?


Dan kita pula masih lagi mengabaikan peringatan ini?

Atau, masih adakah yang menunggu sampai tiada air langsung untuk mandi? bertayamum untuk bersolat. Adakah ketika itu baru nak sedar?

Renung renungkan.

Saturday, 8 March 2014

Perihal dosa

Assalamualaikum dan dalam sejahtera pada yang membaca.

Saya nak share apa saya dapat dari khatib semalam masa khutbah jumaat. Khatib kongsi tentang mempercayai perkara ghaib. Apa kepentingan nya. 

Kita ambil contoh DOSA. Berapa ramai yang tahu apa itu DOSA? Saya rasa kalau saya tanya semua boleh jawab, jangan kata orang dewasa tapi anak anak kecil pun tahu itu dosa. 

Tapi kita tak nampak. Kita tahu ada dosa dan pahala. Tapi adakah kita menjauhinya? 

Khatib relate dengan reality apa yang kita nampak. Wang ringgit. Harta kekayaan. Juga pangkat. Semua tu nampak. Dan itu buat kita manusia terkejar kejarkan. Sedangkan ianya hanyalah sesuatu yang bersifat sementara.

Begitulah kehidupan. Bila yang sepatutnya kita pegang kita lepas. Kita takutkan dosa. Tapi tak takut berbuat dosa. Sebab kita tak nampak. 

Andai kata dosa itu berbau, andai kata dosa itu bolh dilihat, pasti kita sudahpun dijauhi kerana banyaknya ia yang terpalit pada kita. 

Jalan nya apa? Bertaubatlah~~ 

Monday, 24 February 2014

Cerita Sebungkus Biskut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kisah ini saya copy bulat bulat dari page PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING .
Sebab saya suka apa yang disampaikan dari kisah ni. "Dalam" message dia sekiranya kita cuba renung-renungkan apa yang ingin disampaikan. Moga moga ianya bukan hanya dapat mengetuk hati saya, malahan anda anda yang membacanya juga.

Coretan ini hanyalah sekadar untuk menjentik minda dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun dengan orang yang sudah tiada.

Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran.

Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.
Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut,setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya , didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!
Ya awda, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Mengakhir coretan ini dan moral dari kisah ini ialah "never judge the book by it's cover". - jangan menilai buku berdasarkan kulitnya , begitu jugalah jangan mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan awda mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita sangkakan.
  
Renung-renungkan, fikir-fikirkan bersama.

Wednesday, 5 June 2013

Alkisah seorang tukang kebun

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

surfing pagi pagi ni saya jumpa cerita yang menarik. dan maksudnya, sangat mendalam. jadi saya kongsikan untuk tatapan readers.

Alkisah seorang tukang kebun

Di musim cuti ini, Zaman balik ke kampung. Ada timun yang dipetik dari dusun ayahnya untuk dijadikan ulam. Dusun ayahnya besar, ada kebun dan taman bunga. Perlukan beberapa pekerja untuk uruskan dusun seluas ini.

“Pahit timun ini. Pekebun ayah ini tahu tanam ke tak? Ini mesti tanam timun di tanah yang pernah ditanam peria. Ini dah patut kena pecat!” kata Zaman.

Ayah Zaman tidak berkata apa-apa dan teruskan makan.

Selepas makan, Zaman melawat keadaan dusun ayah bersama ayahnya. Selama ini Zaman tak pernah nak masuk kawasan dusun. Kerana timun pahit tadi, Zaman ada niat nak pergi menegur pekebun bodoh ayahnya.

“Hmm… ini pekerja bijak. Tak macam pekerja yang tanam timun pahit itu. Buah mangga ditanam diberi baja ini. Memang manis,” kata Zaman yang menjumpai pokok mangga yang lebat berbuah.

Ayahnya diam tidak berkata apa-apa.

Tiba pula di kawasan durian ditanam. Zaman mengutip sebiji durian untuk dimakan. Isinya nipis dan pahit.

“Ini siapa yang jaga pokok durian? Ayah kena tukar orang ini. Tak pandai langsung,” kata Zaman.

Ayahnya juga diam tidak berkata apa-apa.

Tibalah zaman di taman bunga dalam dusun ayahnya. Tempat itu cantik bagaikan kawasan tinggal bidadari. Bunganya mekar berkembang, landskapnya cukup menarik dan semuanya dijaga rapi.

“Ayah kena ambil lebih ramai pekerja yang jaga taman bunga ini. Pasti satu dusun ayah akan berkembang dengan baik,” kata Zaman.

Ayahnya diam dan senyum saja.

“Tapi ayah, hari ini cuti ke? Tak jumpa pun pekebun-pekebun ayah sepanjang perjalanan tadi. Ini mesti curi tulang. Orang macam ini kena buang ayah, tak boleh biar,” kata Zaman lagi.

Ayahnya masih diam.

Selepas itu, Zaman bersama ayahnya tiba di tasik di tengah dusun. Ada seorang pekerja sedang memancing ikan di tasik – seolah-olah mendapat ikan yang besar dengan cara menarik jorannya.

“Ayah, kalau itu pekerja ayah kena pecat. Waktu kerja memancing. Ini memang pemalas. Kalau pekerja lain ikut cara dia, hangus ayah. Ini dusun kita, kita ada etika, kena ada disiplin, kena ada adab kerja, kena patut pada tuan,” kata Zaman.

Akhirnya ayahnya bersara.

“Roy, datang sini sekejap,” ayah memanggil tukang kebunnya Roy datang menghampirinya.

“Tuan dah datang. Tuan, joran tuan masih tersekat sejak semalam, tak dapat tarik lagi. Rasanya tersangkut akar kayu di bawah. Kena ikhtiar cara sebab mata kail itu berharga. Sayang kalau potong terus,” kata Roy.

“Tak apa biar dulu. Ini Zaman. Anak saya. Zaman ini Roy,” kata ayahnya.

“Roy, pokok-pokok timun di atas tanah peria itu memang pahit. Enta betul, tak boleh tanam terus sejurus selepas tanam peria. Betul juga kata Roy, pokok durian yang ditanam di tanah rata isi kulitnya nipis, nasib baik Roy susun balik pokok-pokok lain di kawasan lereng. Taman bunga itu kalau Roy ada masa, cuba buat air terjun buatan di tengah, rasanya lebih menarik,” pesan ayahnya sebelum beredar.

Mendengar penjelasan ayahnya, Zaman terkedu. Tapi beliau diam.

Rupa-rupanya, Roy seorang tukang dusun yang digaji ayah Zaman sejak 4 tahun yang lalu. Kebun ayahnya kini mendapat hasil yang banyak dan disanjung tinggi.

Walaupun hanya dikerjakan seorang, tapi keadaan dusun itu dilihat seperti ramai pekerja yang mengendalikannya.

Tapi Zaman tidak tahu menahu dengan perkara tersebut.

“Orang yang Man puji, kutuk, kritik, dan nak pecat tadi hanyalah Roy seorang. Ayah tak gaji ramai, hanya Roy seorang, sebab dia buat kerja dengan niat bahawa dusun ini milik dia. Jadi dia jaga dengan baik.

Man, menegur ini mudah. Menghina ini tak susah. Tapi sebelum menegur dan menghina, tanyalah diri, sebagai anak ayah, apakah Man pernah bantu usahakan dusun ayah. Masa menegur, Man jangan anggap diri betul dan lebih tinggi darjat Man daripada orang lain.

Sebab mata Man hanya ada dua, yang nampak di depan. Tapi Man terlupa ramai lagi mata memandang kat Man dari keliling yang Man tak nampak. Bahkan tadi, Man terlupa mata ayah dan Allah sedang memandang karenah Man.

Man komen seolah-olah Man sahaja yang tahu jaga dusun ini. Sebenarnya ayah dan Roy juga sama-sama menjaga dusun ini dan sudah berusaha lama sehingga dusun mendapat hasil. Man masuk dusun kali pertama dah pertikai kerja-kerja yang dilakukan Roy dan ayah. Man komen atas perasaan prasangka – dengan mata niat mencari kesalahan selepas termakan timun pahit. Tak baik itu,” tegur ayahnya.

“Ya ayah. Man sedar sekarang. Tak akan buat lagi,” jawab Zaman.

Ayahnya tersenyum dan bertanya, “Sekarang dah tahu keadaan sebenar, nampak tak nilai Roy dari segi usaha dan kerajinannya menjaga dusun ayah seorang diri?”

“Ya. Kerajinan dan kesungguhannya memang luar biasa. Man pun tak dapat tanding kerajinannya,” jawab Zaman.

“Kan bagus pakai cermin mata yang sangka baik, daripada yang sangka buruk?” jawab ayahnya sambil dua-dua tersenyum.

Bila menegur, jangan anggap diri sendiri betul dan seolah-olah pandangan diri sahaja betul dan lebih tinggi daripada orang lain walhal kamu menegur dengan 2 mata di depan, tapi beribu mata di keliling kamu dan Allah sedang memerhatikan kamu.

Tanyalah diri – kamu menegur untuk menghukum macam Zaman ke, menegur untuk membimbing? Buatlah teguran mendidik selalu, teguran menghukum meminta seseorang dipecat macam Zaman cuba elakkan.

Senyum.


Note : benar kan? kita lebih suka terus menghukum tanpa ada inisiatif untuk bertanya kenapa kenapa dan kenapa? bukankah itu lebih baik dari terus mengkritik? bukan hati kita sahaja nak di jaga kan? banyak hati lagi. berjaga jaga ye? 


Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ust-dato-tuan-ibrahim-tuan-man/19755-alkisah-seorang-tukang-kebun

Wednesday, 24 April 2013

Kata Hamka

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam sejahtera readers. entry tengah malam hari ni. tak ada apa sangat. cuma nak share sesuatu.

Kata Hamka,
"Apa yang ada ini sudah harapan kita"

Apa yang dah ada ini harapan? apa harapan tu?

harapan kehidupan kita. harapan kita untuk kumpul apa yang kita mampu untuk menuju jalan ALLAH.
Apa lagi harapan yang kita ada? Harapan menjadikan hidup ini seindah mungkin. sebaik mungkin yang boleh kita buat.

tapi bagaimana?

S.Y.U.K.U.R.

kenapa syukur?
bila kita SYUKUR. kita tak lihat sesuatu di atas, tapi kita membandingkan hidup kita dengan yang berada di bawah.

dari sana kita belajar menjadi yang lebih baik.

benar bukan? kita tengok kata kita tak berdaya upaya. bila kita lihat orang yang tak ada upaya langsung, orang yang lumpuh, orang yang susah, orang yang cacat. dari sana kita belajar bahawa kita sebenarnya ada lebih , lebih dari apa yang kita bayangkan.

dan bila kita bersyukur, maka jadilah anggota kita itu anggota yang akan digunakan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik tu.


Mari melihat dunia dari dimensi AKHIRAT. ALLAH ALLAH ALLAH

Thursday, 31 January 2013

Wang Hantaran

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ha, ada sesiapa pernah jumpa menda ni?


Kemudian baru tadi saya jumpa pula yang ini. :


Anda rasa mana yang paling tepat diaplikasikan dalam zaman sekarang ye?

#lufikirlahsendiri

tapi sebelum tu saya tinggalkan pesanan buat yang membaca.

Tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya.
1. Memberikan Ibu yang solehah
2. Mengajarkan Al-Quran
3. Memberikan nama yang baik pada anak

Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.
Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”?
Jawab Umar : Ya!
Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?
Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.
Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu. Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”.

Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”

#renung renungkan. Dan selamat beramal. :) 

Friday, 24 February 2012

Anda anak paling PENYAYANG DALAM DUNIA.

Assalamualaikm. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Nadh dah dua hari terfikir pasal ni tau. Mengenai jawapan yang mungkin untuk anak-anak dara di luar sana. Bila mana ditanya pasai rambut dah aurat yang didedahkan mereka.

"kenapa kamu tidak menutup aurat? "

"Saya belum bersedia. "

"Bila baru kamu akan bersedia? "

"Yang kamu nak sibuk ni kenapa? Suka hati sayalah. Ibu dan Ayah tak pernah kata apa-apa tentang nya."

"Kamu mesti sayang sangat dekat ayah kamu kan?"

"Eh mesti la. Anak mana tak sayang ayah dia. "

"A'ah kan~~ pasal tu kamu intend nak share percent-percent kejayaan kamu kat dunia ni kan?"

"Eh mesti la. Anak-anak kan buah hati ayahanda dan bonda, aku mesti la nak dia dapat yang terbaik dalam dunia ni kan?"

"A'ah kan. Itu tanda kasih sayang kamu dekat dia la ni ye? "

"Eh kejap, apa maksud kamu ni?"
"Kamu tahu tak, purata rambut manusia atas kepala ni ada 100,000. Darab dengan 10 orang yang memerhatikan, kamu dapat 1,000,000 kejayaan, lepas tu katakanlah kamu berikan percent kejayaan pada ayahanda itu sebanyak 10% percent sahaja, dah dia dapat 100,000 kejayaan kamu, tapi sayangnya dia tak dapat 10% sebab , dosa anak dara bujang itu ditanggung oleh bapanya sehinggalah dia bersuami, jadi kiranya, kamu kongsi 100% kejayaan kamu dengan bapamu. "

"Heyyy.. "

"atau kerana sayangnya kamu hingga kamu tak sanggup berpisah dengannya hinggalah apabila kamu mendapat balasan sepertimana cerita Rasulullah dalam peristiwa israk mikrajnya ketika dia terjumpa wanita yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih kerana wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."
"Hurmmm.. "

"Kamu begitu memperjuangkan kasih sayang kepada ayahanda, tapi sebenarnya kamu itulah yang memberi berat di lengan kirinya setiap hari dengan berdegil untuk mengikuti apa yang ALLAH dah tetapkan, jangan lah terlalu fikirkan diri, tapi fikirkan mereka.

- BERAPA BANYAK MEREKA DAH BERSUSAH SEJAK DARI KAMU KECIL HINGGA DEWASA? - BERAPA BANYAK KEDERAT MEREKA DAH DIGUNAKAN HANYA UNTUK MENCARI SESUAP NASI UNTUKMU?
- BERAPA KALI MEREKA TERLUKA DENGAN TINGKAHMU YANG NAK ITU DAN INI TAPI TIDAK MAMPU MEREKA BERIKAN?
- BERAPA KALI MEREKA CEDERA, HANYA KERANA BUAT KERJA LEBIH BILA KAMU INGIN MEMBELI BUKU-BUKU BARU, MEMBAYAR YURAN-YURANMU? 

Fikirkanlah wahai anakanda sekalian. Mereka dah cukup bersusah hanya untuk melihat kejayaan kita, hanya demi melihat kita sihat sejahtera seperti sekarang. TAPI APA BALASAN KITA? Adakah DOSA itu satu balasan terbaik buat jasa dan titik jerit perih mereka? Air mata kesusahan mereka? 

Anda memang anak PALING PENYAYANG DALAM DUNIA.

Sunday, 19 February 2012

Eeeuuu tolonglahhh~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Beberapa hari ni Nadh dok terjumpa berberapa perlakuan kurang matang oleh beberapa individu dari muka bumi ALLAH ini. Satu dari kisah seseorang, dan satu lagi Nadh jumpa dalam pesbuk yang buatkan Nadh terus remove ja. Semak pala tengok budak baru nak besaQ punya perangai.

Mula sekali Nadh tertengok la, perihal manusia yang MARAH sungguh sebab kes dia enchik boyfie ada twitter tak bagitau. Soalnya kan, maaf ye, bukan kutuk tau, tapi nak tergelak je. ellowwww~~ apa la menda macam tu pun nak marah. Takkan la semua menda nak kena repot? Rasa perlu ke password suma bagai bagitau dekat kamu? PERLU KE? Mummy dia yang jaga dia dari kecil pun tak kawal macam tu tau.

Kes kedua plak, kawal sekawal-kawalnya. Sampaikan tak boleh berkawan. Segalanya kena report, kena bagitau, lepas tu kalau tak mengikut spesifiksi berita yang ditetapkan, memang la gaduh tahap gaban. Ini satu hal lagi la. Takkan la sebab kawan , nak kena kawal semua sekali? 

Come on la, cuba matang sikit la. Baru berkawan okeh. Len la kalau dah berkahwin, kalau yang ni nak halang tu ada la sebab yang LOGIK sikit. Sebab bila dah kahwin kan, DIA ADALAH TUMPUAN KITA. Syurga isteri di dalam redha SUAMINYA. jadi perlulah nak hentikan pergaulan luar yang mungkin takut terpalit dosa dan noda. Bagi suami juga begitu la, kalau dulu diri begitu dambakan sidia, sekarang masanya nak lepaskan kasih dan sayang yang terbuku sejak sekian lama tu. 

Nadh nak nasihatkan la pada yang membaca ni, KITA TAK KAHWIN DENGAN CINTA KITA, TAPI KITA KAHWIN DENGAN JODOH KITA. Tak payah la nak kawal sangat, sebab cinta tu perlukan keikhlasan, kejujuran. Andai kata dia tu dah memang untuk kita, dan dia ingat kita, dia pasti akan jaga perasaan dan segala yang berkaitan dengan hati ni agar tak ada gangguannya. 

 Cinta ibarat kertas yang dipotong dengan bentuk hati itu, 
sebagaimana ia dipotong seperti itu juga ia kembali melengkapkan ruang kosong yang terpisah tadi. 

Andai kata ianya penuh dengan Redha, maka indahlah ia, tapi andai dihinggap dengan dosa, keindahan ia hanya keindahan sementara.

Tuesday, 14 February 2012

Yang dikejar dan yang tak perlu dikejar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru selesaikan janji dengan akak Nadh , lepas tu dah selesaikan janji dengan boss Nadh. Juga dengan macik tu. Sekarang ni Nadh ambil masa untuk diri sendiri pula lah. Lama rasanya tak berbual-bual dengan buah hati ni kan? Malam ni curi masa sedikit sebelum masuk tidur nak berbual.

Nadh ada sebutkan dalam entry lepas Nadh iaitu INI tentang DUIT-DUIT-DUIT . hari ini Nadh cuba nak perincikan apa yang terkandung didalam entry itu buat tatapan para readers belog Nadh ni.

Segalanya bermula masa pagi tu Nadh terdengar dalam radio kot tak silap masa tu ada sebut tentang "kearah negara maju dan berpendapatan tinggi. ". Lepas tu Nadh terus terfikir. (Maaf andai ada yang tidak setuju ye. )

Maju. Apa sangat yang ada dengan MAJU yang sedang diperjuangkan? bangunan tinggi? kereta besar? rumah besar? bandar yang hebat dan besar gedabak? Berpakaian moden dengan mendedahkan tubuh badan, kononnya mengikut fesyen? Banyak kemudaratan dengan perkataan ini yang sedang merosakkan minda kita masyarakat dunia.

Salah satunya, MAJU dalam erti kata barat yang memisahkan AGAMA dan DUNIAWI, yakni AGAMA itu menyumbang kepada kemerosotan MAJU dalam masyarakat. Tak percaya? Cuba renungkan beberapa contoh di bawah yang Nadh lampirkan. 

1. Bila kata maju, fesyen pun kena up to date ye? masa tu mula la kain kurang di sana sini, yang menutup pun terbelah, yang tertutup pun terjojol, yang tersimpan pun terdedah. Maka lahirlah golongan berpakaian untuk 'menampilkan diri' di khalayak ramai. Si yang melawan peredaran zaman dipandang sebagai KOLOT sedangkan, Aurat itu untuk ditutup, bukan ditayang.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

2. Bila kata maju, rumah pun kena besar, kereta kena besar, segalanya kena besar, bangunan kena tinggi-tinggi. Owhh lepas tu ramai lah yang MATI KUTU. Lari hutang ye. Tak percaya sila pergi rujuk dekat luar, berapa ramai yang berhutang hanya untuk nampak HEBAT? Lihatlah laporan berapa ramai yang MUFLIS. Bukankah sudah diingatkan kita tentang hutang didalam salah satu Hadis Rasulullah :
"Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari." (Riwayat Ahmad)


3. Bila maju lagi, diri nak senantiasa nampak MEWAH, KAYA, HEBAT. Dan bila landas agama di lempar ke tepi, mulalah berselera besar mengalahkan kemampuan, AKHIR SEKALI, APA YANG BOLEH MAKAN SUMA MAKAN, HALAL HARAM BELAKANG KIRA. Apa itu? RASUAH ! PENIPUAN! PENINDASAN !
"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."(Al-Baqarah : 188) 

Tapi masa ini, siapa yang kisah? Bukankah nampak masyuk di mata manusia itu HEBAT? Apa sangatlah balasan yang tidak dinampak di mata itu bukan? Walau sebenarnya Rasullullah pernah berfirman :
"Allah s.w.t melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Riwayat Ahmad)


4. Bila MAJU, segalanya berubah, taraf hidup meninggi, yang kaya menjadi JUTAWAN, yang sederhana bertukar miskin, dan yang miskin menjadi PAPA KEDANA. Dulu mak ayah kita dengan 15 sen sehari dapat makan, buat tambang ke sekolah, dapat beli makanan ringan lagi, tapi kini , RM10.00 sehari pun belum tentu mencukupi. Bayangkan yang hidup susah, dengan pendapatan rendah, dengan perbelanjaan yang makin TINGGI, apa jadi akhirnya? JENAYAH pun berleluasa. BUKAN BUAT JENAYAH SEBAB NAK KAYA, TAPI SEBAB NAK HIDUP!!
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul berbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Abu Hurairah)


Bagi Nadh, tiada apa yang salah hendak berjaya cuma sebaiknya ROH ISLAM itu dititipkan EXTRA didalam jiwa agar tiada berlaku perkara buruk dalam mencapainya. Sepertimana Hadis diatas tadi yang menyatakan : kesan buruk bila Ilmu Islam dihapuskan.

Muncul FITNAH, "ISLAM tidak membawa MAJU, ISLAM membawa kemerosotan" ,
Berleluasa sifat kedekut "Manusia menindas disebabkan hendak LEBIH KAYA"
Banyak jenayah "dimana-mana pun ada bukan? Dan diperincikan Rasulullah salah satu nya jenayah BUNUH, lihat kembali di luar kita, banyak berlaku sekarang, contoh terbaik, ragut yang menyebabkan kematian?  "

Sekiranya ini yang dikejar, bukankah ianya tidak perlu dikejar bila mana hasilnya mendatangkan banyak musibah. Bukankah kita sepadannya hidup dalam kesederhanaan.?
" Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (Al-Furqaan : 67)

Dan yang sebenarnya, ALLAH sudah berpesan pun dalam AL-Quran tentang yang dikejar dengan mengikut pandangan mata barat al-kafiruun dalam Surah Thaahaa ayat 131 yang bermaksud : 
"Dan janganlah engkau menunjukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.


End of the story, semua ini UJIAN bukan? Terpulanglah pada yang membaca membuat perbandingan. Bagi Nadh ISLAM itu terbaik sebab segalanya penuh dengan kesederhanaan, dan penuh pengharapan buat semua, bertentang dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang yang hanya bersifat sendiri dan penindasan. Bersamalah kita berdoa agar ISLAM kembali diangkat di mata dunia, bermula di ruang tanah air kita sendiri, dan yang penting sekali, dalam jiwa, hati nurani kita dahulu. Amin Yarabbal Alamin.

Wednesday, 8 February 2012

Internet Slow kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak 2 menjak ni kan, ramai betoi orang komplen kata internet depa slow. Meh Nadh nak share dekat semua kenapa internet tak laju semenjak 2 menjak ni.

Kalau kita rujuk kat pasaran sekarang kan, banyak service provider kan? Selkom, meksis, yeszzaa, Antu kunen, Q1, Unipie, banyak lagi la yang kita sedia tahu. Kalau readers nak tahu, sebab utama kenapa dia lembab adalah sebab capacity la. Perasan tak? Masa mula-mula service tu, memang laju tahap gaban. Contoh terdekat Nadh pakai Q1, dulu memang la laju , tapi lama kelamaan, lembab sangat, sampai Nadh komplen pun tak ada jawapan. Dia pun tak tahu dah nak buat macam mana.

Maksudnya macam ni  la, bila dah ramai pakai, makin lama dia makin menyempit, sebab tu dia jadi lambat. Macam highway, ada 3 lorong ja. masa mula-mula tu memang la boleh speed, 180 ka, 200kmj, tapi lama kelamaan, bila kereta dah makin banyak, jalan tu pun mulalah sibuk, trafik dah makin packed, tambah la trafic light bagai sebab nak elakkan kesesakan. Jalan tu tak pula tambah besar kan? Memang la jammed. 


Tapi kan, dalam kehidupan ni. Ada satu yang lain dari yang lain. Coverage untuk REDHA, Ini lain sikit tau, makin lama makin laju, makin cepat, makin hebat coverage dia. Walau seramai mana yang memohon.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Al Baqarah : 222).

Ada baca kat atas tu kan? Tu coverage lagi kuat walau makin banyak dan makin packed yang memohonnya. 
"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

Apa yang Nadh nak sampaikan adalah pintu taubat yang sentiasa dibuka kepada hambaNYA. Walau seramai mana yang memohon, ALLAH tak penah menutup pintu itu. Kalau kita lihat internet, data kita pakai banyak, download la, apa la sampai packed, ramai pula yang menggunakan masa tu, lama-lama dia stuck, dia hang, tapi dengan ALLAH, tak pernah jadi perkara ni. 

"Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian." (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami' Shagir - 5235)



ALLAH tak pernah menutup pintu tu, walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan. 


Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir sangat dengan ajal). (Riwayat Tirmizi).

Jadinya, 
JANGAN PUTUS ASA MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH.

Monday, 6 February 2012

Sudah Terlambat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ingatan pagi buat semua

Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

Sumber : Facebook.

Wednesday, 1 February 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Doa. Apa yang kita paham mengenai doa? Adakah doa sekadar semata-mata meminta pada ALLAH? Nadh ada sesuatu yang nak Nadh sharekan dengan readers hari ni. Kisah mengenai Doa.

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”. Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH… Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. 

Kisah ni buat Nadh insaf. Dengan apa yang kita dah buat, dan kita rasa gembira pula bila doa kita dimakbulkan. Adakah itu doa kita yang dimakbulkan atau doa seseorang yang sebenarnya lebih ikhlas berdoa buat kita hinggakan doa itu dimakbulkan. 

Mari bersama kita para readers, muhasabah diri masing-masing. 


Credit to : Tukang Tulis Cerita

Thursday, 19 January 2012

Kejayaan dengan redha

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Nadh pulang semalam dalam pukul 12 sampai rumah. Hampur 5 jam kami melepak di rumah boss Nadh. riuh rendah jadinya. Bila hampir semua ada. Semua plak 'geng mulut longkang' berkumpul, memang gamat jadinya suasana. Serious tak larat nak gelak, masing-masing berkongsi pendapat dalam pengertian diri memasing. Tapi satu yang membezakan antara Nadh , Boss n para Engineers berfikir adalah mengenai sesuatu yang mereka rasa kami ini terlalu mengikut, dan taknak melawan. Ada juga kawan-kawan dari field ni yang marah, sebab kata mereka kami ni penakut sebab tak melawan. 

Pendapat Nadh n boss Nadh sama, kami mungkin nampak penakut, tapi sebenarnya itu adalah untuk kebaikan semua. Kalau hari ni kami berkeras, sampai masa nanti, kita juga yang akan menerima padahnya, bila orang dah tahu yang kami juga penentang seperti yang lain masa itu, tiada lagi kelebihan kami. Kalau dulu, kami dipayung oleh para PM yang menjaga kami sebab kualiti n tapi sekarang yang ada hanyalah penakut yang tak reti nak lwan, dan hanya hangguk saja. Last jadi mangsa adalah kita yang mengeluarkan kos. 

Nadh pernah satu masa kena hentam dengan 2 PM sebab Nadh kedekut nak keluar kos. Reason dia satu ja, kita tak p sebab kita takkan buat benda bodoh berkali-kali, tapi akhirnya kena juga. Apa boleh buat kan. Kita limau dan depa tu durian.

Para Engineers tahu nak lawan ja, tak puas hati katanya, tapi depa tak tahu yang melawan tu akan bawa kesan besar pada kita. Orang pandang kita lemah, orang kata kita bacul, tapi tahukah depa yang bacul itu demi mendapatkan sesuatu nasi untuk semua yang bernaung dibawah kami? 

Itulah kehidupan sebenarnya. Kita akan diuji dan diuji sesedap rasa oleh orang yang pegang konsep "kita takkan berjaya selagi kita tak pijak kepala orang", tapi persoalannya, adakah kejayaan yang dicapai itu akan kekal lama? Nadh cakap tadi, kita perlukan kejayaan dengan redha. Mungkin simple, tapi sebenarnya dalam sangat apa yang Nadh cuba sampaikan tadi. 

Readers, bayangkan sesuatu yang mudah. Readers merupakan anak kesayangan kepada ibu bapa readers, sedangkan abang readers telah dihalau dari rumah. Semuanya disebabkan readers buat cerita yang buruk mengenai mereka. Masa ini readers adalah kesayangan keluarga, apa sahaya yang diinginkan diperolehi, tapi akhirnya, apa yang readers dapat? Kesayangan mungkin, tapi bila satu hari nanti hijab kejahatan dibuka? Kisah dusta dan nista dihidu dan didedahkan, apa akan jadi dengan readers? 

Itu hanyalah kisah pendek bersama keluarga, bila mana mengeluarkan kisah yang lebih besar bagai mana pula ya? Readers kaya, tapi kaya dek kerana MENIPU, apa akan jadi dengan masa depan readers? memakan harta haram lepas tu dialirkan pula kepada keluarga, ibu kepada anak-anak, ibunda tercinta, adik adik kesayangan, ayahanda yang penuh harapan memandang kejayaan readers? 

Ini prospek besar nak menjawap api neraka ni, ALLAH tak tanya kat semua tu, tapi terus tuju kepada readers, KUAT TAK KITA MASA TU? Masa tangan yang mengaku dia buat, kaki mengaku melangkah ke tempat itu, segalanya bercakap dan lidah terus kelu terdiam memangkah hujah yang lain, Agak-agak la, hebat tak readers nak lawan kuasa ALLAH? 

Ataupun, diberi nikmat, tapi  kita jadikan nikmat itu sesuatu yang semakin menjauhkan diri kita darinya. Contohnya, duit berjuta, tapi dilaburkan ke saham-saham dunia, untuk digandakan, tapi terlupa membantu si miskin yang hari-hari ikat perut tak makan. Rumah besar, tapi terlupa untuk menghargai kesenangan itu dengan menghantar Ibunda dan Ayahanda ke rumah orang tua, bukan itu sahaja, malah dilupakan terus dari kehidupan, atas alasan, "mereka orang miskin, bukan ayah n ibu aku".


ALLAH memberi, Tak penah terlupa membalas kejayaan yang dah kita laburkan sebab USAHA, namun,  adakah ada redha didalam kejayaan kita? Renungkan. 

Friday, 13 January 2012

Tak apalah, kalau tak salah kita tak belajar kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh tergelak ni. Baru kejap tadi join group dan meng-comment sakan. Ada la cerita mengenai pil chi kit teck aun tu. Ala, pil sakit perut tu, yang kecik-kecik tu. Ni ha gambar kat bawah ni dia.
 
Cerita dia, Ada seorang adik ni mengaku, masa dia memula kenai dengan pil tu, dia makan sebiji ja, bukan nak jimat katanya, tapi dia tak tahu. Nak tergelak plak bila baca. tapi lepas tu Nadh cakap la dekat dia, "tak apalah, kalau tak salah kita tak belajar kan? "
Betul kan, dalam hidup, kita tak belajar kalau kita tak buat salah. Contoh macam adik tadi tu. Dan Nadh sendiri sebenarnya dapat pengajaran ni dari kisah Nadh masa memula hidup kat sini. Masa Nadh mula datang dulu kan, Nadh kena keluar, sebab masa tu kena buat delivery untuk materials team nak guna masa buat kerja pada malam harinya. To be honest la, Nadh rasa seksa sangat sebab kita ni dah la buat jalan, pastu kena keluar plak, cari jalan. Memang la pening.
Tak cukup dengan tu, Nadh bila ke klas hujung minggu pun macam tu, cari kelas punya la susah, tak jumpa-jumpa. ye lah kan, kita pestime guna kenderaan sendiri, sebelum ni LRT ja. Ada sekali tu, masa keluar dengan orang, Nadh terlepas satu simpang, dan menda tu sebabkan Nadh rugi hampir setengah jam, sebab tak boleh nak patah balik guna jalan tu, (masuk highway kan), padahal, kalau tak silap 5 minit dah jumpa federal highway. At last setengah jam lepas tu, baru jumpa jalan masuk federal highway. Dah la masa tu kejar nak Maghrib, memang pengajaran berguna buat Nadh la.

Sekarang ni, Alhamdulillah, syukurlah, walau tak banyak, Nadh belajar untuk tahu jalan kat sana, sampai ada la orang perli Nadh kata Nadh ni GPS. Tak apalah, betul juga kata abang yang mengajar Nadh dulu, "redah ja". Sekarang kita dah tahu kan. Bermaksud kat sini, belajar dari kesilapan ni, akhirnya kita akan tahu la mana salah mana betul.

Nadh nak tambah ni :
Tapi bab agama, bab hukum hakam, kalau salah kita takleh nak pusing-pusing ya. Kalau tadi kita belajar dari pengalaman, kesilapan, tapi lepas tu masih boleh buat silap, tapi dalam bab hukum hakam, bila kita dah tahu, secara automatiknya kita akan dipertanggungjawabkan. Paham maksud Nadh kan? Dipertanggungjawabkan !

Contoh terbaik, kita tahu ja tak pakai tudung itu salah, tapi stil nak buat. Malah kita bangga nak kata dekat orang "aku solat penuh la, lagi bagus dari budak pakai tudung tapi berzina". Soalnya sekarang, siapa kita nak persoalkan menda ni? Kita mungkin rasa kita baik dari dia, tapi dia TUTUP apa yang ALLAH mula-mula suruh TUTUP. 

Kedua, bila kita ada pelajaran, tapi kita tak tegur orang salah, MALAH MEMBENARKAN ORANG BUAT SILAP. Contohnya, orang berzina, kita tak nasihat dia, tak membetulkan dia, malah boleh plak membenarkan perlakuan dia tu. "A'ah kan, dah sedap kan, buat ja lahh, Muda lagi ni, nanti tua ko tobat aa". 

Lagi teruk bila KITA ADA ILMU, TAPI KITA BUAT JUGA MENDA TU. Senang cerita bab solat la, sapa yang tak tahu tinggalkan solat itu DOSA besar, tapi slumber badak ja bila datang waktu solat, kita dok ralit kat shopping mall, dedatingan, tengok tibi, apa sahajalah keadaannya yang buatkkan kita MENINGGALKAN SOLAT tu.

Nadh nak gtau ni, menurut Khatib masa Nadh pergi Solat Jumaat hari tu. 
"Orang yang ada ilmu, tapi tak beramal, akan dimasukkan dalam api neraka, akan disiksa dulu daripada orang KAFIR " 

Berat kan? Jadi nak tangguh lagi ke? Opsss~~~

Monday, 9 January 2012

Owhh sakit. Ouch Sakit.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kebelakangan ni Nadh jumpa beberapa kenalan yang sakit, kesian mereka, sedih juga, kalaulah diri dapat membantu kan? Tapi apakan daya, mereka jauh, cuma doalah yang dapat dikirim memohon agar ALLAH menyembuhkan mereka.

Sapa yang dalam hidup tidak bernah sakit? Tipulah kalau ada yang mengaku ada. Takkanlah tak pernah demam? Sesema? Batuk?atau apa saja la yang berkait dengan sakit ni, tak kiralah dalaman, luaran, Dalam asyik bersakit ni kan, apa yang readers rasa?

Diri sedang selesema, mahu bernafas punyalah susah, tapi diri tak goyah, malah berterima kasih pada ALLAH, "owh ALLAH, rupanya macam inilah orang yang sesak bernafas kan? Syukurlah aku cuma mrasanya waktu ini, kesian laa mereka yang meninggal kerananya, mesti siksa kan?"

Sedang dibelenggu sakit kepala - "ya ALLAH, sakitnya kepalaku, namun aku syukur Ya ALLAH kerana sakitku ini, apalah sangat hendak dibandingkan orang yang ada ketumbuhan, yang kepalanya pecah waktu sakaramatulmaut, dan bermacam lagi, mga aku dijauhi,kerana aku tak dapat bayang betapa dahsyatnya. "

Atau adakah readers macam ni?
"eeee demam lagi, tak berhenti-henti aih demam. Awat x baik-baik taktau? Sudah la woih aku tak larat nak makan ubat da ni..benci laaa".

Beberapa contoh sakit dan si penghidapnya. Dan dua contoh penerimaan sakit, sama ada redha n sabar atau merintih benci kerana menghadapinya. Walau apa pun kita, mari bermuhasabah seketika.

Ujian ALLAH itu adalah kasih sayangnya. Percaya atau tidak apa Nadh kata ini, tapi sememangnya ia adalah kebenaran yang tidak.langsung dapat disangkal. Tak caya tengok ni :

1. Sakit itu penghapus dosa. Sebagai kiffarah kesilapan yang dah kita lakukan selama ini.

2. Dalam kita sedar atau tidak, sebenarnya sakit ini mendekatkan kita dengan ALLAH. Tak caya, cuba tengok mat mat racing eksiden kat jalan tu, takdenye nak jerit "Bedah" , "Senah" , "Jijah" masa jatuh moto eksiden tu melainkan "ALLAH".. Dalam tak sedar pun kan? Masa sakit ni la kita JADI RAJIN NK DOA.

3. Bila sakit ni la dapat cuti, masa yang sebelum ni asyik dengan KERJA, DATING dan segala kesibukan dunia tu, diberi pelepasan seketika. Masa ni la nak ada masa nak duduk ngadap ALLAH puas-puas pun. (tapi berapa ramai yang wat pun kan?)

4. Salah satu dari waktu paling makbul doa juga adalah waktu sakit.

Cukup empat Nadh sebut atas tu. Cukup nk kabo yang ALLAH sememangnya tak buat satu menda yang sia-sia. Ujian sememangnya kasih sayang ALLAH.

Tapi sayang. Kita kurang gunakan masa sakit ni dengan hal bermanfaat. Yakni mendekatinya. Tak pecaya? Pergi check, berapa ramai yang EXTRA RAJIN masa sakit? (in fact solat wajib pun maleh, sebab ada alasan = sakit kan?). Berapa ramai yang buat? Gagahkan diri, syukur dan sabar?

Ujian + sakit + sabar =diangkat kedudukannya. Bukankah itu ruang untuk jadi kesayangan?

Pokoknya, diri sendiri la. Anda buat, anda dapat. ;))
Published with Blogger-droid v1.7.4

Yang rosak n yang tak sedar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh igt hari ni Nadh nk kongsi dengan readers tentang perbuatan pelik masyarakat yang datangkan kerosakan besar buat kita. Kerosakan besar tu adalah, berkaitan dengan syahadah kita sebagai umat Islam yang dalam tak sedar mungkin rosak dengan perbuatan kita tu.

Ada orang paham yang kita ni jadi cmtu bila kita menyekutukan ALLAH saja, tapi sebenarnya dalam tak sedar, menyekutukan tu datang dengan banyak lagi sebab yang 'kecil' tapi sangat membahayakan ni.

Bila ALLAH cakap hudud - ada yang jerit " mana boleh buat dah, zaman dah berubah". Meh Nadh nk tanya sat, zaman dah berubah? Jadi nk maksudkan ALLAH tu lapuk la kan? Sebab tu hukum dia x seswaiii dengan zaman kita ni. Kata-kata dan fikiran tu, berkait. Bahaya sangat.

Bila ada yang kata - "ala, aku x brtudung pun, aku solat x tinggal." pastu bila ditegur, marah, "kubur lain-lain laa, kau sibuk nape?" baik, meh nak cita. 'Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH', tapi bila aku tolak ARAHAN ALLAH, aku ni hebat lagi dari ALLAH la kan? Sebab aku x takut kat Dia n blasan nerakanya. Aku sebenarnya macam x percaya ja kan? Sbb tu aku x takut?

Ada pula bila dah sehat, makan ubat, yang dijulangnya ubat, atau tok dukun yang mengubat tu. "terima kasih la sebab ang la aku sehat balik ni". SALAH!! ALLAH yang menyembuhkan, bukan dia. Berdosa besar kita bila ckp cm ni. Ubat atau dukun cuma pengantara, depa bukan Tuhan y myembuhkan.

Yang menyedihkn.dalam masyarakat kita adalah, kaum yang solat tak tinggal, puasa x tinggal, wajib buat, sunat pun amal, zakat, haji semua lengkap, tapi at the end jadi golongan rugi tahap gaban, sebab --> tolak ALLAH

Cer check diri kita, seteguh manakah pegangan kita terhadap ALLAH? N agama Islam yang kononnya dah sebati dalam diri kita ni?

P/s:: Sebab tu ALLAH suruh kita solat setiap hari, sebab sehari ada lah dalam 9x kali kita memperbaharui kalimah syahadah kita tu. X sayang lagi ka ALLAH kat kita tara tu? Dalam x sedaQ kan? ;))
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 8 January 2012

Keretapi Kehidupan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni Nadh rasa nak cerita pasai apa yang terlintas dalam fikiran Nadh subuh tadi la. Mengenai keretapi. Entah macam mana tatau leh muncul idea ni dalam fikiran kan, jadi tak salah Nadh nak perincikan apa yang Nadh rasa tentang dia kan?



Nadh rasa hidup ni kan, kalau lah ia macam keretapi mesti best kan? Mana tak nya, kalau keretapi kan, semua mesti ikut KEPALA dia. Semestinya tak kan pusing p jalan lain, sebab dia HANYA boleh jalan melalui LANDASANnya. Landasannya adalah ISLAM dan KEPALAnya adalah IMAN yang mana AKAL sebagai pemandu kepada perjalanan tu.

IMAN yang menjadi kepalanya, sebab IMAN ja yang akan membawa kita ke destinasi semestinya iaitu SYURGA. AKAL yang memandu, sebab kalaulah pemandunya memilih untuk ke kiri dan ke kanan, pasti akan rebah ke tepi keretapi itu, seterusnya terhenti perjalanannya, jadi AKAL akan memilih untuk mengikut sahaja jalan yang tersedia tu. Tiada lagi pilihan untuk dia SHORTCUT.

Lepas tu kan, nak korner merata pun tak boleh. Cuba la kita tengok kat jalan raya tu, driver slumber badak ja nak p sana, p sini, pantang ada ruang kosong ja. MEMBAHAYAKAN. tapi kan, jalan keretapi, takleh nak ke kiri, ke kanan, melainkan la bila lalu kat ruang penukaran lane tu, itupun kena ada orang yang buat. Dalam kes ni. Cilok tu TAK MUNGKIN aa. 

Macam Nadh cerita dengan pakcik semalam kan, dia kata, zaman kita sekarang ni, orang ISLAM yang lahir nya dah ISLAM ni la yang paling kesian sekali, sebab mereka tak cari Ilmu nak kuatkan lagi akidah depa. yang depa tau, pegang kat kata-kata Rasulullah dulu yang mengatakan, sapa yang mati dengan kalimah LAILAHAILLAH itu akan masuk Syurga. 

Lepas tu kan, Pakcik kata lagi, masa tu ada sahabat yang dengar, depa p jumpa Rasulullah tau, lepas tu Rasulullah kata, Ya benar LAILAHA ILLALLAH dan AMAL. 

Dan Pakcik tambah, AMAL, nak berAMAL, kena ada ILMU, nak ada ILMU kenalah cari, tapi kita yang dah sedia ada ISLAM ni tak plak nak mencari ILMU tu. Pegang sangat dengan kata-kata tu. Tanpa melihat dari aspek yang lebih besar dan luasnya. 

Ibarat keretapi Nadh wat tadi tu. Semua nak syurga, tapi taknak ikut resam keretapi, yang menegak menuju destinasi. Semua tahu nak ikut kereta ja, ada ruang cilok, tengok kosong sikit memotong, pantang ada peluang ja, nak cepat kononnya, segala yang boleh mempercepatkan jalan itu akan diambil, sedangkan untuk menuju ALLAH dan Syurganya, tiada jalan pendek tapi ada jalan Nyata iaitu AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR !!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA