Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Semalam ada pergi interview. Sesaja mencuba nasib kat satu company yang ada dekat Jobfair tu. Sedang waktu awal pergi tu sebab nak mencuba satu company tu aja. tapi end up mencuba juga dekat satu company lagi tu.
Jawatan yang ditawarkan Project Coordinator. Memula tu saya duduk, lepas tu interviewer tu review saya punya resume dan kemudian sambil tu dia suruh saya perkenalkan diri. Selepas habis kenalkan diri, (saya rasa dah cakap banyak sungguh tadi), saya pun mula tanya soalan kepada dia pula sebab dia tak ada soalan pun nak tanya saya. Makin lama makin banyak soalan saya tanya. Sampai satu ketika tu saya brhenti, "ehh, macam saya pula yang sedang interview, kamu..". dia diam, kemudian dia kata "tak apa, teruskan.."
Rupanya lepas banyak soalan tu saya dapat satu jawapan, bahawa yang sebenarnya jawatan yang saya interview ni kurang lebih sama sebijik sejiban dengan jawatan saya masa di syarikat saya bekerja di Pulau Pinang satu masa lalu. Cuma kali ini lebih best sebab dia buat full assembly of satu satu part tu. Membabitkan SMT, Electronics, dan sudah pasti bidang yang cukup saya minat satu masa dahulu iaitu, Plastic Injection Moulding.
Perbualan kami sampai satu ke satu soalan dia tanya saya tinggal di mana, kemudian selepas saya maklumkan tempat tinggal saya, dia tanya, tak jauh ka? hingga saya jawab, ada kemungkinan saya akan berpindah ke sini selepas tahun hadapan kerana isteri bakal melanjutkan pelajarannya di daerah sini. Dia pun cakap, bagus kalau macam itu sebab dia risaukan keselamatan sebab bila bekerja bab projek ni, kekadang kena stay bck dan balik lambat, jadi dia sedikit takut bab keselamatan dia kata. saya ucapkan terima kasih kerana dia punya concern tu.
At the end of the interview, dia bangun, dan salam dengan saya. Malu juga di kala itu sebab orang keliling mula pandang kat kami. Oh well, mungkin tak ada lagi kot intervieweer yang berdiri berterima kasih kepada orang yang datang interview sebelum itu. Sedikit terkejut, tapi masih bersyukur kerana dapat jumpa satu company yang seriously mendatangkan minat saya untuk bersama dengan company ni, walau pada asalnya cuma rasa nak mencuba. Apa pun cuma tunggu dan lihat sahajalah selepas ini, apa next step.
Habis tu, balik mula berfikir, seronok company ni. sebab dia ada apa yang saya suka satu masa dahulu, di syarikat C dan kemudian ada apa yang saya sedang usahakan di syarikat A sekarang ini. Sungguh menarik!
Dalam masa sama, rindu pula kenangan zaman di syarikat C satu masa dahulu. Enjoying buat apa yang saya buat di sana. Kerja seronok, di bayar setimpal, environment pun boleh tahan. cuma mungkin tak ok sebab jauh dari family masa tu.
Saya doakan geng geng tu hidup dengan sihat sejahtera dan selalu dalam rahmat dan diberkati selalu hendaknya. Juga sukses dalam kerjaya memasing hendaknya. Amin.
1 comment:
Mudah2an saadara brrjaya. Amin.
Post a Comment