Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.
Lagu.
Ada apa dengan lagu? Ahaha.. Lama hilang selepas hari tu rasa nak 'kembali'. Tak mampu lagi. Sebab ada banyak menda yang merencatkan usaha tu. Selain dari sibuk, kekadang bila balik, dua ketoi kecik dah melekat kat kaki kanan dan kaki kiri, tak mampu nak lepas tu ke depan lappy sebab nak menaip, tapi ambil hal lebih besar iaitu menemankan mereka berdua.
Minggu ni minggu cuti. Company shut down. Makanya bleh la nak berjimba jimba jari di atas keyboard menaip sesuka hati. Dalam menaip tu kekadang saya suka melayan lagu. Buka satu per satu lagu zaman kegemilangan dahulu. Banyak al kisah nya yang terawang awang teringat nya kisah kisah tu. Banyak kenangan dengan lagu satu masa dahulu. Antara nya kisah kisah pendek yang dikeluarkan dari kisah di sebalk lagu yang didengar tu.
Rindunya lah hai nak bercerita. bercerpen. berblog. dan banyak ber ber lagi la. InsyALLAH akan cuba juga nanti. (harap harap) T.T
No comments:
Post a Comment