Assalamualaikum. Dan asalam sejahtera pada yang membaca.
Entry di tengah hari hari ini.
Berfeeling feeling gamaknya tengah tengah hari ni kan. Hari ni emosi kurang stabil rasanya. dari jam 930 sehingga 1130, tak banyak akiviti yang jadi. melainkan bermalasan. Golek sana, golek sini. Tak ada yang menarik yang saya buat. Terasa bazirnya dalam dua jam tak ada perkara lebih bermanfaat yang berlaku.
Dalam pada tu, mungkin ada jugak la selesai apa yang sepatutnya diselesaikan sebagai rutin harian, tapi berasa , sungguh saya berasa apa yang berlaku dalam dua jam ini tak ada yang berguna yang bermakna yang boleh mendatangkan kesan pada diri. Sedangkan sebelum jam 930 tu dah ada target nak selesaikan latihan yang saya dok tengah ongoing dari minggu lepas tu.
Semak semak balik, meralitkan diri dengan media sosial yang entah tak ada apa yang menarikpun pada hari ini.
ALLAHU... Betul la ALLAH sebut kan dalam ayat Al-Asr tu.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. "
Kerugian dalam perjalanan yang adakalanya kita tak sangka pun kita buat, sedang perkara itu tidak bermakna langsung.
Ralat rasa.
Mudah mudahan kita lepas ini lebih beringat. BERINGAT yang masa dah tak banyak tinggal. Setiap detik jangan di rugikan walau dengan sekecil kecil zikrullah. Beringat. Every second counts. :D
1 comment:
singgah isnin
Post a Comment