Followers
Sunday, 11 February 2018
Page 11, Chapter 2, 2018
Up dan down kehidupan.
Alhamdulillah masuk hari ni ingat dah ada dalam 7 hari saya bergerak secara intensive dengan kerjaya baru ni. Dalam lima hari awal tu, sungguh memberangsangkan. Boleh dikatakan non stop request saya dapat saban hari. Walau tak berapa banyak macam expectation, tapi boleh la, alhamdulillah, for a beginner saya cuba yang terbaik untuk buat nya.
Cuma semalam dan hari ini, kurang betul bagi saya. Bila kurang sudah semestinya la pendapatan pun kurang. Ada sedikit gangguan di sana. Untuk orang yang dalam keadaan saya ni, memang terkesan juga serba sedikit. Hingga isteri ingatkan,
"kalau kata ada 3, untuk 3 la rezeki yang ALLAH bagi tu, kalau kata 5, mesti la ALLAH bagi untuk 5 juga, lupakah abg yang beritahu ini?"
Allahuakbar. macam macam saya boleh lupa saya yang cakap menda ni. bukankah saya yang beritahu dia menda ni. Hari ini, dalam tekanan sya sendiri lupa apa yang saya katakan dulu. Benar kan, kita manusia terlalu mudah lupa, terutamanya bila diuji. Alhamdulillah la saya ada juga yang mengingatkan, mudah mudahan lepas ini saya tak jadi lagi macam tu.
Lepas dari itu, saya lebih tenang rasanya.
"kalau kata ini yang termaktub buat saya bagi hari ini, saya redha, saya terima dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah..."
Kehidupan diteruskan.
Saturday, 3 February 2018
Life Reshuffle
Life Reshuffle.
Entry terakhir saya adalah pada 28 Januari 2018. Hari ke 2 saya berkhidmat sebagai staff part time kat satu tempat tu. 29 dan 30 Januari, saya masih di sana, selama empat hari berada di sana. Masuk hari terakhir bulan Januari, saya terpaksa ambil langkah, berfikir, adakah akan ada jalan lain. Saya ambil langkah yang sepatutnya saya ambil, bertanya pada Yang Menentukan, Yang Maha Mengatur. Ambil masa juga beberapa hari, 31 Januari dan juga 1 Februari untuk saya akhirnya dapat buat keputusan.
Berat, ya memang berat. Sekali lagi, harus bermula dari bawah. Kosong. Tak ada apa apa. Dan tak ada yang mampu saya lakukan untuk mengatasi nya.
Bermula semalam, selepas jenuh berfikir, dan ditenung tenung langkah sana dan sini, saya ambil tindakan ini. Biarlah saya bermula di tapak baru ni. Mungkin ada kebaikan yang kita tak nampak di sini. Bukan bererti di sana itu buruk, tapi saya memilih kebaikan yang lain yang tak nampak di mata, tapi berasa di hati. Dan dalam ruang yang lain, memuaskan hati semua yang ada, termasuklah diri sendiri.
Allahu.. kali ni, saya berasa lain, sangat lain dari apa yang pernah kami mulakan sebelum sebelum ini. Kali ini efek dan momentumnya sangat besar. Lebih besar dari yang pernah saya berasa sebelum ini. Sehinggakan semalam, saya tak mampu lagi. Dan saya terlajak. Bukan apa, tapi kerana saya marah dengan kapitalis yang mengambil kesempatan atas kesempitan.
(Moga ALLAH ampunkan saya).
Amin. Yarabbal Alamin.
Sunday, 28 January 2018
Hard earn money
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Dua hari ini dan minggu ni minggu sibuk. alhamdulillah kebetulan juga la di hari Khamis minggu lepas ada orang call, minta tolong support secara part time di tempatnya dalam empat hari cover tempat pekerja dia yang dah berhenti.
Jadi minggu ni di sini la. Hari ini hari kedua saya. Letihnya subhanallah. Boleh tahan. Kerja yang mengeluarkan keringat. Peluh bercerau bila bekerja. Penat tak payah cakap. Memang penat. Hari pertama semalam, balik setengah hari ja. Memang kelepet juga la saya. Hari ni ok sikit tapi masih penat juga.
Dalam hati sambil bekerja tu. Doa bebanyak, ALLAH buka jalan, suluh jalan, tunjuk jalan. Moga ada yang lebih baik disebalik apa semua ni. Dalam masa sama bersyukur juga, sebab dalam beberapa hari sebelum tu ada terlintas di hati nak buat kerja ni. Teringat kisah guru guru ulama', kerja membersihkan ni depa buat sebagai 'jambatan' membersihkan hati. Subhanallah. ALLAH lorongkan jalan ni. Mungkin ALLAH juga sedang beri saya peluang ni.
Allahu.. Besar sungguh kurniaan ini. Satu peluang buat saya, cuci hati. Betul, sambil kerja terbayang juga diri sendiri, from zero to hero and turning to nobody. Tak ada apa pun yang kekal. Tapi sekurang nya ALLAH bagi hati kekuatan, ketenangan juga redha menerima jalan perjalanan ini. Walau kekadang tu rasa macam "rendah nya la diri ni", malu dan macam macam gangguan, tapi cuba sedaya upaya, percaya, ALLAH dah lorongkan jalan ni. Mesti ada 'cerita' yang dia nak bagitau. Dari situ hati mula surut perasaan tu. Hebat sungguh perasaan di hati ni rupanya bila kita balikkan semua pada Yang Maha Mengatur. Kembali tenang. Mudah mudahan. Ada lah tu.
Bila balik ngadu kat mama saya. Mama kata ha, inilah kerja yang ayah dok buat selama ni. Penat kan? Saya cakap ya. Penat nya mama. Baru sehari dah rasa cmni. Ayah yang dah bertahun cmna la. Pastu gtau mama. Mama doa la sama kat saya ya. Andai ALLAH murahkan rezeki saya, saya akan bela mama ayah. Ayah tak perlu buat lagi kerja ni. Waktu ckp tu sebaknya rasa hati ni. Doa kuat kuat pada ALLAH, "perkenankanlah ya ALLAH, perkenankanlah.." amin amin yarabbal alamin.
Friday, 26 January 2018
Page 25, Chapter 1, 2018
Tuesday, 23 January 2018
Page 23, Chapter 1, 2018
Monday, 22 January 2018
Semua Untukmu.
Page 22, Chapter 1, 2018
Entry di tengah hari hari ini.
Berfeeling feeling gamaknya tengah tengah hari ni kan. Hari ni emosi kurang stabil rasanya. dari jam 930 sehingga 1130, tak banyak akiviti yang jadi. melainkan bermalasan. Golek sana, golek sini. Tak ada yang menarik yang saya buat. Terasa bazirnya dalam dua jam tak ada perkara lebih bermanfaat yang berlaku.
Dalam pada tu, mungkin ada jugak la selesai apa yang sepatutnya diselesaikan sebagai rutin harian, tapi berasa , sungguh saya berasa apa yang berlaku dalam dua jam ini tak ada yang berguna yang bermakna yang boleh mendatangkan kesan pada diri. Sedangkan sebelum jam 930 tu dah ada target nak selesaikan latihan yang saya dok tengah ongoing dari minggu lepas tu.
Semak semak balik, meralitkan diri dengan media sosial yang entah tak ada apa yang menarikpun pada hari ini.
ALLAHU... Betul la ALLAH sebut kan dalam ayat Al-Asr tu.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. "
Kerugian dalam perjalanan yang adakalanya kita tak sangka pun kita buat, sedang perkara itu tidak bermakna langsung.
Ralat rasa.
Mudah mudahan kita lepas ini lebih beringat. BERINGAT yang masa dah tak banyak tinggal. Setiap detik jangan di rugikan walau dengan sekecil kecil zikrullah. Beringat. Every second counts. :D
2018 Challenge
Good day dear readers.
I thought of something yesterday night, Since my wife is pursuing her study and repeatedly asked for me to convince her about studying in English. I will create a challenge for both of us. Both of us will need to write something in our blogs atleast 2 entries per week about anything. And it is in english.
I know it means nothing as nobody is going to correct any of our sentences, but lets use this opportunity to strengthen our 'confidence'.
And our blogger friends out there, dare to joint? Lets go...
If any of you are interested to join. feel free to let me know.
We'll think of something.
psst: ahh. cant wait. feel excited already. :D
Sunday, 21 January 2018
Page 21, Chapter 1, 2018
I'm back.
Tu aja nak beritahu. Almost 2 months kot rasanya saya hilang. Rasa tak ada pun yang menanti, tapi itulah, apa boleh buat, ada perkara besar yang berlaku di akhir 2017 tempoh hari yang mengehadkan perjalanan saya dalam alam yang satu ni. Tak terkejar rasanya juga di awal 20 hari lepas untuk kembali ke sini. Banyak perkara yang berlaku, dari yang kecil hinggalah yang besar yang menyebabkan saya 'hilang'.
Hari ini, di muka surat ke 21, chapter satu, tahun 2018 saya kembali akhirnya. For good la diharapkan ye. :D
Di kesempatan ni, saya ambil nak ucapkan, selamat menyambut tahun baru masihi. Bukan menyambut pun, tapi sebagai peringatan, semakin bertambah lagi satu dalam umur kita, tapi di manakah kita lepas ini? adakah semakin bertambah ini menandakan semakin 'teguh' juga kekuatan iman dan takwa kita kepada nya?
Mudah mudahan. Amin.