Followers

Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

Monday, 6 February 2012

Sudah Terlambat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ingatan pagi buat semua

Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

Sumber : Facebook.

Tuesday, 20 December 2011

Kenapa TAK DIBENARKAN gambar di FACEBOOK?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

HUKUM meletak gambar kat pesbuk.
Boleh. Tapi gambar yang kecik-kecik aja. kecik jangan lebih satu cm gambar tu.

Sebab?




[Photos from Facebook by paaduu.com]


Ada nampak tak apa yang Nadh kongsikan ni?


Note : Ada lah sebabnya ISLAM tak bagi wat itu dan ini. Tak mau ikut jugak. Last dah jadi macam ni. Apa dapat? MALUUUUUUUUUUUUUU~~ 
Sekadar peringatan buat kaum wanita. 

Wallahualam.

Tuesday, 26 April 2011

Nadh berbicara soal Aurat dan FB


Semoga mendapat manfaat. 
Yang Kurang tu dari nadh, yang lebih baik lagi sempurna itu dari ALLAH.. 

Wassalam

Friday, 15 April 2011

Kenapa Saya Balut-balut macam ni?

Sekali tengok kan. langsung tak nampak macam moden langsung kan saya?
balut macam apa ntah.. nak kata macam nangka tak jugak, sebab nangka kan kena balut ketat-ketat.
saya plak balut longgar-longgar. tapi berbalut kalah orang bungkus barang makanan nak import la..
lebih lagi dari barang-barang mahal nak post ke luar negara. dah la tu, macam batman pun ada. cam tutup habis kan? kata orang kan, "ee tak panas ka dia dok balut teruk-teruk macam tu?"

Napa saya membalut?

Dari Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

ehhh.. Wanita itu aurat? biar betul? ya ka? 
 pernah dengar tak lagu ni? "Wanita hiasan dunia, Seindah Hiasan adalah wanita soleh... yang akan membahagiakan syurgaa.. dalam rumahtangga......" wahhh. kiranya saya ni adalah hiasan dunia lah ini. dasat la, ALLAH jadikan saya sebagai hiasan dunia. Dan DIA cakap lagi seindah hiasan tu adalah Wanita Solehah.


Eh, back to topic, napa saya membalut?
Kawan-kawan, pernah baca tak pasai KISAH KELAPA DAN MUTIARA? (tak penah baca ka? tak apa. sila tekan tulisan berkenaan untuk baca kisah tu.) Tapi saya ada perbandingan saya tersendiri jugak.

Kawan-kawan pernah tengok tak Ayam Masak Madu yang dimasak dan dihidangkan atas meja, sekali dengan hiasa-hiasan yang sangat cantik, nampak sangat menyelerakan, kira kalau tengok ja dah boleh buat air liur meleleh sebab sedapnya akan makanan tu? tapi kan kawan-kawan, makanan tu terhidang atas meja, tanpa ditutup dan sentiasa di hinggap sebatalion sang lalat yang juga tergoda dengan makanan tu, dah  la sebatalion, pastu lepak sana plak tu, ibarat sedang bermesyuarat kat atas Ayam Masak Madu yang sedap tu. tak cukup dengan tu, habuk-habuk jalan turut mengendap makanan ni. apa sahaja yang lalu, turut menyumbang kepada "kesedapan" makanan ni yang ada unsur tambahan, KOTORAN DARI LALAT, HABUK-HABUK JALAN, tu lum saya amek kira sekali peluh-peluh yang mercik bila ada yang lalu lalang tu.

Dekat meja sebelah pn ada jugak makanan yang sama, yang ni nampak kurang sedap kawan-kawan, cumalah Ayam Masak Kicap, yang biasa aja, tak didekorasi sehebat Ayam Masak Madu, cuma biasa-biasa sahaja, tapi di tutup dengan tudung saja demi menjaga ianya rosak dari kotoran-kotoran dari kakinya si lalat yang hingga merata. Makanan ni terpelihara dari lalat, terpelihara dari kuman, dari kotoran, dan dari segala unsur tak baik, walau ianya tak nampak sesedap Ayam Masak Madu di sebelah, tapi kan kawan-kawan, ianya enak di makan, enak diratah, dan yang penting sekali TIADA PRASANGKA DALAM MENELAN NYA.

Itu cerita Makanan. baik, ini huraiannya.. 
Wanita itu Aurat.  Tiap inci tubuh mereka adalah aurat melainkan muka dan tapak tangan. KENAPA? sebab ALLAH nak memelihara, Keindahan dan Hiasan terunggul yang saya sebutkan tadi tu. Bayangkan, tiap masa DIDEDAH, DITONJOLKAN, DI HIDANGKAN KEPADA UMUM, seriously la. sedap mata memandang kan? tapi tak rasa rugi ka? harta, aset, tu tunjuk kat orang, sedangkan yang tu hanya untuk menjadi tatapan para suami yang sah. kesian Suami kita, dia nak jugak dapat menda baru kan, yang selamat dari kuman, bebas dari habuk-habuk, tapi kita bagi dia Makanan yang dah tercemar. Kesian dia, sakit perut la lepas tu.. Sama la macam diri kita, di tutup, didedah pada awam, iskh.. sayang la.. kulit comei-comei, gebu-gebu, putih-putih kena habuk, lekat habis daki, nanti nak cuci pun susah.. penat nak tonyoh bak kata orang utara.

Note :: Balut tu indah, balut itu cantik, balut itu semanis-manis, dan sesejuk-sejuk mata memandang, Manusia kata "TAK CANTIK", Syaitan kata "EE BURUK". tapi ALLAH kata, dalam surah An-Nur ayat 31


"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, ……..  Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."


Yang tak cantik di mata kita adalah keindahan di pandangan ALLAH, kerana itu suruhannya, barangsiapa yang mengambil iktibar, maka kejayaan menanti nya.  Renung-renungkan.. ;)


Ehh.. ada lagi la.. suka kan cita bungkuih2 macam tepung bungkuih ni? leh la tengok kat bawah ni.. ::

Sunday, 6 March 2011

4Jam di Mid Valley.

Aurat.

Hari ni luangkan masa beberapa jam di mid valley.

Atas ajakan kawan mgu lepas. Jadi aku tunaikan janji aku minggu ni..

Apa aku dapat lihat hari ni adalah.

Dari segi berpakaian masyarakat kita hari ni.

Mungkin sedap la kot sesetengah mata memandang, lurah2, ceruk2 diserata jalan ni.

tapi aku sendiri. Berfikir sepanjang jala..


camna leh pakai baju tadak lengan nih?

tube plak tu? aku ni pakai sweater pn rasa sejuk gle kot..

slumber ja aku tengok.. duyyaiiiii..


seluar plak. aku tengok zaman sekarang jadi trend pakai suaQ jenih yang aerobik tu..

heran toi.. tak segan ka weyh. aku ni pakai yang tu nak p men bola ja..

pastu kot atas tutup ng suaQ pendek plak.. bygkan pakai tu saja..

uishhh..segan weyh..


tak pakai hat tu, pakai jeans ketat tu.. nampak la urat2 saraf..

paling kritikal la. smpai alur bontot pn leh nampak..

pelik lagi sekali, aku ni, pakai jeans ketat cket pn da tak selesa..

owhhh.. baru pasan, tadak y tekepit kan.. ta rasa kot..


heran... heran.. heran..

kat mana silapnya ya?

aku doa agar yang salah2 tu sedaQ la salah..

jangan la pakai camtu cheQ..


Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)


takut noh? amek iktibar la..


Buta+Pekak+Bisu=CINTA