Followers

Showing posts with label Chenta. Show all posts
Showing posts with label Chenta. Show all posts

Sunday, 23 July 2017

Cerpen : Menahan Rindu

Assalamulaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerpen : Menahan Rindu.

************************

"Selamat pagi awak."

Terjaga dikejutkan si dia. Begini la rutin hidupku. Setiap hari si dia akan bangun awal, sesudah bersiap untuk beribadah, dia pasti akan kejutkan aku. Walaupun kami berjauh, tapi dia tak pernah lupa dari mengejutkanku. Satu pemberian yang sangat besar dalam hidupkan. Ia lah, aku bukan spesis yang mudah bangun sendiri, satu nikmat buatku punya jam loceng tepat jam 5 pagi setiap hari. Malah asbab usaha ini, hingga ke hari ini, aku mampu bangkit sendiri, malah sekarang sudah mampu menzahirkan ibadah yang satu masa dulu cukup asing bagiku.

"Selamat pagi awak. "

"Bangkit cepat. Dah jam 5 ni. Lambat nanti. Sayang lah Dia dah bagi kita peluang tapi tak diambil kerana kita rasa lebih sayangkan tilam. "

"Ya, saya bangun la ni awak. "

Seusai selesai bertahajud, ku teruskan pula dengan amalan zikir sambil menunggu waktu subuh tiba. Si dia pula, selesai jawapan "sudah bangun", dia akan meneruskan dengan urusan paginya, yakni ke surau yang berdekatan dengan rumahnya untuk solat subuh.

*************************

"Seronok aku tengok kau dan Adam. Walau kamu baru lagi, tapi aku nampak dia banyak mengubah kau."

"Apa yang seronoknya? Biasa aja lah.."

"Betul aku seronok nampak kau senyum setiap hari. Dan perubahan perubahan yang kau dah buat sepanjang kamu bersama, sedikit sebanyak menyedarkan aku, dan alhamdulillah, aku pun terkesan dengan perubahan kau dan ambil sedikit demi sedikit perubahan itu"

"Ala kau ni, nak perli aku la tu."

"Mana ada lah. " Ngomel Natrah sedikit sebanyak membuatkan aku senyum. Betul juga katanya, aku banyak berubah asbab Adam. Sedikit demi sedikit dia mengubahku. Dan dia cukup bersabar untuk itu. Mana tidaknya, aku seorang yang sangat tegas dengan pendirianku, dan kekadang aku pun pelik kenapa aku masih sangat 'firm' dengan pendirian walaupun perkara berkenaan bukan benda yang bagus untuk ku perjuangkan. Tapi dia, datang, dan perlahan lahan mengikis keegoan ku dengan pendirianku. Malah cukup bersabar walau kekadang aku akan tiba-tiba boleh bangkit dan menyergah dia kerana tegurannya itu. Aku, Aira Fazreen si degil supergaban.

*************************

"Ibu, Adam ingat Adam nak ikat terus Aira tu, Ibu setuju tak?"

"Alhamdulillah, anak ibu dah bersedia nak berumah tangga. Ibu gembira untuk Adam. Boleh sayang. Ibu tak kisah siapapun yang Adam pilih. Sebab Ibu yakin Adam mampu dan dapat membimbing mereka"

"Terima kasih Ibu, sebab mendidik Adam sebaiknya. Sampai Adam berada di tahap ini." Ucap Adam sambil mencium tangan Ibunya. Berkali kali dikucupnya. Berterima kasih atas 'jasa' membesarkan dia sehingga sekarang. 

"Bila Adam nak ibu pergi ni? " 

"Ibu rasa bila ya? " 

"Lagi cepat lagi baik. Ibu tak sabar nak timang cucu." 

"Ibu ni. gelojoh sangat tu." Keduanya ketawa kecil petang itu. Puan Shidah tersenyum. Anak tunggalnya dah dewasa. Dah matang. Sudah mula berkira kira nak berumah tangga. Macam baru semalam kematian suaminya dan dia membesarkan Adam seorang diri sehingga ke saat ini. Dan sekarang, Anak kesayangannya dah nak berumah tangga pun. Memang dia tak sabar nak dapat menantu. Tambah bila dia nampak bagaimana anak dia gembira semenjak ada Aira dalam hidup dia.

************************

Adam tersenyum. Akhirnya separuh dari impian sudah dipatri. Ikatan pertunangan diikat antara Adam dan Aira Fazreen. Keduanya sangat gembira dengan ikatan itu. Malah masanya juga sudah ditentukan. Sekarang hanya faktor masa akan menjadi penentu. Persiapan pun sudah dibuat sedikit demi sedikit. Sungguh dia tak sabar hendak memperisterikan Aira Fazreen, satu satunya gadis yang berjaya mengambil hatinya. Tak pernah pula di bayangkan nya akan menjadi calon pilihan Aira Fazreen yang satu ketika dahulu diibaratkan sebagai singa betina yang kehilangan anak itu. Mana tidaknya, asal berjumpa mesti dia akan diherdik kerana selalu cuba menegur Aira.

Malah bait bait itulah akhirnya menjadi titik tolak kepada perasaan yang berbunga. Bukan dia sahaja, Aira akhirnya mengaku bahawa dia juga sukakan Adam, dan merindui saat bila mana mereka bergaduh.


************************

"Berhenti! Berhenti sekarang! saya tak kira. Atau saya buka pintu dan lompat." Ugutku sambil dalam masa yang sama memegang pintu.


"Awak. sabarlah. saya minta maaf. tapi saya memang tak buat." Ucap Adam sambil mendekatiku. Cuba menahan aku dari keluar dari pintu.

"Ah sudah. awak memang, sengaja cari pasal dengan saya kan. "

"Awak...  kot ya pun awak marah, sini bukan tempatnya nak keluar, gelap ni awak. bahaya."

"Ahh sudah. Tanpa sengaja, pintu dikuakkan dengan kuat. Dan sebab itu, Adam tertolak kebelakang.

Skreeettt.. Dummm....

"Awak...."

Adam Adrian dikejarkan ke hospital. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal kerana kecuaian Aira Fazreen. Dia tanpa sengaja tertolak Adam ketika sedang bergaduh tadi. Tindakan spontan kerana waktu itu Adam sedang menghalangnya dari keluar dari kenderaan mereka. Rupanya Adam memang bertindak secepat itu menahan pintu kerana sudah nampak kelibat motosikal itu di belakang mereka. Dia bertindak cepat kerana memang kenal dengan perangai Aira yang suka melulu bila marah. Rupanya bukan Aira yang kena, tapi Adam.

*************************

"Cik, sila bertenang, kita pun masih belum dapat jawapan apa yang berlaku, harap cik boleh bersabar"

"Boleh saya nak tengok dia? "

Maafkan kami encik, buat masa ini, keadaan dia kritikal, siapa pun tak dibenarkan masuk menemuinya.."

"Tapi dokter, saya bakal tunang dia."

"Maafkan kami cik, tak kira siapa, malah keluarga terdekat pun takkan kami benarkan masuk dengan keadaan dia yang macam ni.." 


*************************

Adam koma selama beberapa tahun. Sepanjang tempoh Adam tidak sedarkan diri. Aira tidak pernah putus datang melawat Adam. Setiap hari dia akan datang bersama sekuntum bunga ros merah kesukaan Adam. dan diletakkan di atas meja di dalam sebuah pasu yang pernah dipilih Adam satu masa dahulu ketika mereka keluar bersama dan dihadiahkan kepada Aira. Setiap kali datang melawatnya, Aira akan menukar bunga itu dengan bunga baru. Sambil menukar bunga itulah dia akan berinteraksi dengan Adam. Mengimbau kenangan kenangan mereka bersama sebelum ini. Dia cuba sedaya upaya untuk kembalikan Adam. Dia mahu Adam sedar. Dia mahu Adam bangkit dan kembali kepadanya.

Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siulan siulan burung burung

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu 


*************************

Hari demi hari dinantikan tanpa jemu. Hinggalah pada satu hari. Saat dia datang.. Dia dimaklumkan oleh ibu  Adam yang Adam sudahpun sedar..

"Adam. Awak ingat saya tak ? "

"Siapa awak? "

"Takkan awak tak ingat saya? Ini Aira la. "

"Aira mana ni? Saya tak pernah ada kawan bernama Aira.." Aira mula menangis dan berlari meninggalkan wad kerana tak dapat menerima bahawa kerana dialah insan yang sangat disayanginya ini ditimpa kecelakaan. Selepas dia sedar, mereka baru sedar bahawa dia hilang ingatan. Kerana pelanggaran yang kuat itu, telah menyebabkan gegaran pada otaknya dan menyebabkan dia hilang ingatan. Dia langsung tak ingat apa yang berlaku dalam tahun kebelakangan ini. Mujur ingatannya tak hilang terlalu banyak. Walaubagaimanapun, dia bukan lagi Adam yang dulu. Dia sudah tidak ingat lagi kepada Aira Fazreen. Malah bukan itu sahaja, setiap kali kedatangan Aira Fazreen, dia akan buat buat tidur, dan mengelak dari berinteraksi. Baginya , pandangan pertama dia kepada Aira Fazreen, bukan seorang yang harus dia dekati. Dan dia selesa dengan pandangan itu.
 
*************************

"Selamat Pagi sayang. Bangunlah Adam. "

"Maafkan saya, tapi kalau boleh harap awak tak message saya awal awal pagi macam ini. Lagipun tak manis kita selalu berhubung. Kita bukan siapa-siapa"

"Adam." Ummm.. Matanya mula berkaca. ALLAH.. pulihkan lah ingatan dia. Dia sepatutnya menjadi milikku, kurang dari beberapa bulan sahaja lagi ini.

Selepas kejadian itu. Bertahun masa cuba diambil oleh Aira untuk memulihkan keadaan. Dia tak pernah rasa lelah mahupun letih dengan usaha yang belum nampak akan hasilnya. Dia masih terus mencuba dan berdoa agar dipermudahkan, agar dipulihkan ingatan Adam terhadap nya. 

Petang itu, dikejutkan Aira dengan panggilan dari Ibunya. 

Aira, ibu baru dapat call dari ibu Adam. Mereka minta pertunangan ini diputuskan sehingga diberitahu. Atau mungkin putus terus. Kata mereka Adam tidak bersedia.

Huh ? Apa ibu? Kenapa? Matanya berkaca lagi. Dia tahu, ini mungkin merupakan penamat kepada usahanya. Kata Ibu, Adam sudahpun mempunyai calonnya sendiri. Mungkin masa yang masih tinggal akan jadi penentu kepada hubungan mereka, tapi bukan untuk Adam Adrian dan Aira Fazreen.


Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi


Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini


*************************

"Hey.. apa ni. apa ni.. "

"Aira aku minta maaf, aku tak dapat nak tahan diri aku dari sukakan dia. bila dia pun minta aku terima dia.
 Aku tak mampu nak menolak. Aku tahu kau masih cintakan dia..."

"Tapi Natrah, kenapa? Kenapa aku yang terakhir yang tahu?"

"Sudahlah Aira, bukan saya tak ingin kembalikan ingatan saya, tapi saya tak mampu. Dah macam macam yang kita buat, tapi langsung tak berjaya menampakkan hasilnya. Dan bukan saya juga tak pernah cuba cintakan awak sepertimana ingatan saya yang dulu, tapi... awak juga tahu hasilnya tak berbuah juga.. "

"Tapi Adam.  Kau tahu aku cintakan kau." Nada Aira mula berubah.

"Aira... Saya tak mampu Aira. Saya tak mampu cintakan awak sekali lagi. Maafkan saya........" Ucap Adam. kali ini bukan hanya Aira, tapi Adam, dan juga Natrah Safeeya juga sudah berlinangan air mata. Adam kerana cuba mengesahkan perasaan nya kepada Aira, dan dalam masa sama Natrah Safeeya juga. Dia tak mampu menolak. Adam datang kepadanya bersama keluarga waktu dia tiada di sana. Dia tak tahu pun bahawa mereka mahu ditunangkan kedua ibu bapanya, Yang dia tahu, calonnya adalah calon misteri. Dia terima dengan hati terbuka, kerana selepas putus dengan kekasihnya Arasy, dia dah tak mahu lagi bercinta, biarlah dia terima apa seadanya, dan cinta selepas dari bernikah.


******************************

SMS :  Assalamualaikum Natrah. Harap boleh jumpa kau malam ini jam 6 petang di tempat biasa. 

"Aira. Aku minta maaf Aira. Aku sungguh sungguh minta maaf. Aku tak sangka sangat yang datang meminang itu adalah Adam. Aku tak pernah tengok pun calon yang Mama dan Ayah pilihkan tu. Aku terima sahaja selepas aku frust tu. Aku dah tak mahu bercinta lagi. Aku tak tahu pun dia nya adalah Adam.."

 "Natrah Safeeya, Aku minta maaf. Aku tak ada permintaan lain lagi. Jagakan dia untukku....." Selepas mengucapkan ayat itu, dipeluknya erat erat Natrah Safeeya. Dia dah buat yang terbaik. Dan nampaknya bukan dia menjadi pilihan. Sekurangnya dia perlu gembira, yang Adam kesayangan 'jatuh' ketangan orang yang paling dia paling boleh harapkan.. Insan kedua selepas Ibu yang dia ada untuk mengadu sakit , gembira dan kesedihan dia selama ini.


******************************

**sehari sebelum itu**

"Aira, sudahlah nak, Adam dah buat pilihan nya nak. dan pilihan itu bukan kamu anakku. terimalah.."

"Ibu, Aira sayangkan Adam ibu."

"Ibu tahu sayang, tapi dah ini ketentuan nya Aira. Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah. Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Memang susah. Susah untuk kita lupakan segalanya. Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama si dia. Terluka? Sudah tentu. Mana mungkin hati tak luka dengan keputusan ini, dan mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari. Tapi sampai bila? Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu. Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

 “Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

******************************

Bertahun sudah kejadian ini. Aku masih aku. Sedikit sebanyak keegoanku, kebudak-budakan aku sudah luntur kerana apa yang berlaku. Semua yang berlaku betul betul menyedarkanku sesuatu. Hidup bukan di bawah kawalan kita. Tak kiralah apa yang berlaku, tiap perjalanan sudahpun diatur dari sana lagi, di Luh mahfuz. Makanya, lebih baik kita bersedia sahaja dengan apa sahaja ketentuan yang bakal datang. Tak perlulah terlalu ditangiskan setiap hal yang kita katakan buruk, malah tak juga terlalu dikekekkan gelak bergembira dengan semuayang kita kira sebagai keseronokan hidup ini.

"Hai menung semacam pagi ni, ok ke tidak ni Aira?" Soal Ibu sambil menarik tanganku dan diusap usapnya jari ku.

"Eh mana ada menung Ibu, cantik pula langit pagi ini.."

"Langit? haii,, kenapa langit? Tukar warna lain ke?"

"Haha, mana ada la ibu. "

Beginilah suasana pagi ku isi dengan duduk di atas gazebbo milik ibuku, di perkarangan rumah. Setiap pagi begini la perjalanan awal hidupku. Ku ambil sedikit masa untuk berada di sini. Mengambil masa menghirup angin pagi sebelum memulakan rutin harianku.

Lidahku kelu. Ibu juga tahu, tiada apa mampu ku cakapkan. Hanya ALLAH tahu betapa hancurnya hati setelah kejadian itu. Aku tak mampu nak buat apa apa. Apa yang berlaku sudahpun berlaku. Andai ini takdirnya. Aku redha dan terima dengan hati yang berat. Aku tahu ALLAH menyediakan yang lebih baik buatku. Dia bukan milikku......
 
"Lepaskan dia. jika dia tak kembali, dia semestinya bukan milik kita..." 




Biarlahku Bersendirian 
Terkurung Dalam kenangan silamku 
Biarlah Aku 
Menahan Rindu....

Thursday, 26 February 2015

Cerpen : Dahsyat

Assalamualaikum, dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerpen : Dahsyat

******************
 
"Selamat tinggal. Sampai sini sahaja. Saya minta maaf" 

"Awak panggil saya datang sampai sini, hanya untuk ini?"

"Maafkan saya. Selamat tinggal awak. "

"Saya perlukan penjelasan. "

"Anggap sahaja tiada jodoh antara kita. "

Kata kata akhirku, ketika meninggalkan dia pada hari itu. Sebaik selesai meluahkan kata kata yang terpendam itu, aku terus kabur dari pandangannya. Pergi sejauhnya dari pandangan matanya. Langit juga mendung, ibarat hatiku yang remuk redam ini. Tak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya. Aku tidak pula pergi mencari ruang berteduh, tapi terus sahaja berada dibawah hujah itu, saat ini juga air mataku berjurai. Selebat hujan yang sedang turun ini.

"Ah biarkan, biarkan ia turun, biarkan ia turun dan membasuh perasaan yang kupendam selama ini. Biarkan ia pergi, dan turun menemui bumi. Selamat tinggal perasaanku, selamat tinggal perasaanmu." Gumam Aidil Ayyas di dalam hatinya.

Sejak dari hati itu, dia kabur dari hidup Aina Qareena. Tiada lagi kedengaran gelak tawa keduanya. Tiada lagi kemanjaan dan kemesraan seperti yang menjadi kebiasaan kedua pasangan muda yang bercinta itu. Hubungan itu putus akhirnya. Putus atas sebab yang tak pernah diketahui. Aidil Ayyas juga sudah tidak pernah kelihatan semenjak dari itu. Sama ada dia masih hidup ataupun sudah mati, tidaklah diketahui Aina Qareena.

******************

"Kau biar betul, budak tu dah sangat baik dah dengan kau, terima sahajalah."

"Entah, aku rasa macam belum bersedia. "

"Bila baru kau nak bersedia? Kau masih nak menunggu si dia yang dah hancurkan hati kau tu? "

"Dia dah disemadi dalam lipatan sejarah, jangan lagi kau sebut tentang dia. "

"Aku tanya ja, kau jangan marah pula, aku nampak kau ni, mulut ja kata benci, tapi hati menanti, sudah sudahlah. "

Aku akui, apa yang diperkatakan Aleesya Qaisara itu benar sekali, sekuat mana hati cuba menolak dia, tapi langsung tak pernah aku ini membencinya walau sekelumit pun, atau mungkin aku sememangnya sedang menanti si dia. Entah bagaimana, tapi hati berat mengatakan satu hari nanti, kami akan bersama. Ah, sudahlah Aina Qareena, itu semua mainan fikiran kau sahaja, mana mungkin si pengkhianat cinta itu berfikir sepertiku. Kan?

******************

"Aina Qareena,  kamu gagal membuktikan yang kamu sudah punya calon sepertimana kamu khabarkan pada Mama, jadinya, seperti yang kita dah janjikan, Mama akan kahwinkan sahaja kamu dengan pilihan Mama tu. "
"Tapi Mama, kan Mama cakap Mama akan berikan Aina sedikit masa lagi. "
"Aina, jangan nak berdolak dalih lagi, Mama tahu, hati Aina masih ingatkan si dia tu kan? Sudahlah Aina, entah sudah di mana dia pergi, tak lagi ingatkan Aina, kenapa perlu Aina hukum diri Aina macam ni."
"Ya sayang, dengarlah kata Mama tu, bukan bererti Mama Papa paksa Aina, tapi kami sedang cuba untuk memulihkan Aina, mana tahu cinta yang tak ada di hati tu berpaut dengan bakal imam yang kami pilih ni. "

Dengan berat hati, aku, Aina Qareena, akhirnya bersetuju juga dengan permintaan kedua Papa dan Mama ku. Aku faham, betapa beratnya hati mereka memikirkan aku. Dan aku juga tahu, bagaimana ambil beratnya mereka terhadapku. Jodoh yang dipilih mereka ini kata mereka sudahpun mereka fikir masak masak, malahan, keduanya tekad setelah solat istikharah yang dibuat mereka berat ke arah jodoh yang mereka pilih ini. Keduanya mendapat 'ilham' bahawa ini calon terbaik buat puteri kecintaan mereka yang satu ni. Aku tak ada kata lagi, terima sahaja. Mungkin ini masa nya untuk aku melangkah hadapan. Bukan terbawa bawa lagi dengan masa silam yang menyakitkan itu.

"Selamat datang masa hadapan, selamat tinggal mimpi, selamat jalan sejarah"


Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu


******************

Harinya akhirnya tiba. Hendak ditolak tiada alasanku, hendak diterima tiada 'hatiku', namun apakan daya, perancangan Papa dan Mama, bukan sesuatu yang senang kutepis, tambahan pula mengenangkan 'jodoh' dari ALLAH yang diilhamkan buatku. Aku pasrah, pasrah dengan suratan ini.

"Hai Aina, takkan muram lagi?" Soal Aleesya Qaisara sambil mencuitku. Aku tidak membalas, hanya diam, tanpa kata.

"Aina, aku nak ingatkan kau, saat kau menerima jodoh yang ditentukan ini, menandakan kau sudah menerima jalan yang kau pilih ini, redhakan lah hati itu, jangan dibuat Papa dan Mama melihat kau begini, pasti mereka sedih." Aleesya Qaisara menambah. Dia ni sahabat aku yang sangat baik, juga merangkap anak angkat Papa dan Mama, dengan dia tempat aku mengadu sejak sekian lama. Benar katanya.



 Aku nikahkan akan dikau dengan puteri aku Aina Qareena binti Adha Arfan dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit sahaja.

Aku hanya mendengar dari jauh ucapan itu. Sengaja aku mohon dari Mama dan Papa untuk jauh dan terlindung dari bakal suamiku, biarlah aku menatap wajahnya sebentar lagi ketika dia menyarungkan cincin ke jariku ini. Biarlah aku jadi antara yang terlambat menatap wajahnya itu. Biarlah, biarlah. Aku mungkin masih perlu masa untuk memujuk hatiku menerima takdir yang ditetapkan buatku ini. Aku tunduk, terus tunduk mengenangkan perjalanan aku yang bakal bermula tak berapa lama lagi ini.

"Assalamualaikum wahai isteri.."

Aku gugup saat aku mendengar suaranya. Aku kenal suara itu, tapi tak mungkin insan itu yang datang akhirnya mengutip kembali apa yang ditinggalkan nya sebelum ini. Aku yakin itu bukan dia, mungkin

"Maafkan aku adinda Aina Qareena. Tika diri memilih untuk pergi tanpa di halau, diri ini jugalah yang memilih untuk menebalkan muka meminta dikembalikan adinda untuk milik penuh tanpa ada lagi sebarang halangan yang menolak kita dari bersama."

Suara itu gugup sewaktu meluahkan kata kata itu. Saat dia mengangkat selendang yang sengaja aku guna untuk mengurung wajahku, aku dapat lihat wajah lelaki itu, air mata nya berjurai sewaktu meluahkan kata kata itu. Dan aku, hanya Tuhan sahajalah yang mengerti betapa gembiranya hati ini. Tanpa aku sedar, aku dah melompat meluru ke atas tubuh insan itu, "gedebuk" juga bunyi kepala si dia terhantuk di lantai ketika dia rebah waktu aku meluru kehadapan memeluk dia. Air mata ni dah ibarat empangan pecah dah.

"Hishhhh, gelojohnya kamu Aina, malu Mama tahu." Usik Mama.

Opss... Lepas tu baru aku sedar, MasyaAllah, malunya, rupanya Ibu, Ayah, Mama, Papa dan Aleesya turut bersama dalam bilik itu bersama kami, menunggu sekali waktu itu, mujurlah mereka tidak benarkan sesiapa masuk melainkan mereka untuk upacara menyarung cincin tu, kalau tak taubat malu aku, satu dunia dah nampak aku. Tapi tak apalah, aku peduli apa dengan dunia, dia suamiku, dia imamku, dia milikku. ALhamdulillah, terima kasih ALLAH, terima kasih memakbulkan doaku yang selama ini tak pernah putus aku utuskan setiap kali aku selesai bersolat.

"Hoi Aleesya.. kau dah tahu kan?"

 Belum selesai aku malu dengan lompatan ibarat harimau membaham mangsa tadi, dah jadi satu lagi kejadian yang buat aku sendiri tergelak mengenangkan, aku kejar pula Aleesya dalam bilik tu, aku cubit dia semahunya, aku tampar dia sekuatnya, dan akhirinya dengan pelukan air mata kegembiraan. Patutlah dia menggesa aku terima pinangan itu, rupanya dia dah tahu sejak dari awal lagi. Aleesya Aleesya. Aku marah ni aku marah ni.

Petang kami itu, bergelumang dengan air mata kegembiraan. Alhamdulillah ya ALLAH. terima kasih. aku terlalu bersyukur dengan kurniaan ini.

******************
 
Kenapa akhirnya patah balik kepada saya?

Suamiku terdiam. Aku perhatikan sahaja dia dari sana, perlahan lahan dia mendampingiku, lantas dipeluknya pinggangnya dari belakang. Perlahan lahan keluar suara dari mulutnya dibisikkan ke telingaku.

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Aku cinta kamu, lebih dari hatiku mampu. atas sebab itu, aku kabur, kerana adanya aku menjadikan kamu hamba yang lalai, lalai dengan cinta aku.

Pasti jiwa takkan bisa , hidup tanpa hadirnya kamu. Ya aku tak mampu hidup tanpa kamu, tapi aku akan rasa lebih rugi andai kita terus hidup sebagai hamba yang lalai, hamba yang degil, yang membuat Dia murka dengan tiap saat yang kita bazirkan untuk cinta, bukan untuk Nya.

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Ketika aku memilih untuk kembali kepada kamu, aku sudah benar benar bersedia, bersedia menjadikan cinta kita cinta yang akan mendekatkan kita dengan Ilahi, cinta yang akan buat kita lebih rapat dengan kebaikan, keindahan hidup sebagai hambaNya, mudah mudahan kali ini cinta yang berputik kali kedua ini, bakal meluaskan jalan ke syurga yang diredhai.

"Aku cinta kamu, terlalu cintakan kamu... "

Saat kata kata itu sampai ke ruang telingaku, aku seperti mahu rebah, kerana kata kata itu, ianya keluar dari hati, dan ia sampai ke hati. Aku menangis lagi, ah cengeng nya aku. Aku kalah lagi dengan permainan kata kata suamiku. Waktu itu, sebatang jari singgah di bawah kelopak mataku, mengelap air yang mencurah dari tadi. Ya ALLAH, peliharalah hubungan ini, peliharalah ia sampai ke taman taman syurga, aku terlalu dambakan keindahan ini berkekalan sampai ke taman syurgamu..


******************

Maafkan kanda sayang, tidaklah kanda melangkah hanya kerana kanda terlalu cintakan kepada NYA. Kanda sedar ketika kita berhubungan dahulu, kanda telah menyebabkan dinda taksub dengan cinta, bukan hanya dinda, tapi kekanda juga sama. Ketika itu, tiada jalan lain yang terfikirkan di hati melainkan dengan menjadi watak musuh yang meninggalkan adinda. Waktu itu, kanda rasa kandalah insan yang sangat jahat kerana berbuat demikian, tapi apakan daya, andai masih lagi kekal dengan kedudukan kita tu, rasanya saat ini kanda bukan kanda yang dinda nikahi. Bersyukur juga pada ALLAH, kerana dengan izin dan limpah kurnia dia hari ini kanda kembali memetrai janji yang pernah kita buat tu.

Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. [HR. Thabrani].

 Ya dinda, kanda berbuat keputusan demikian kerana kanda tak mampu lagi menghalang kita dari berbuat perkara perkara yang tak baik tu. Kanda tak mampu menolak setiap kali syaitan membisikkan kata kata keramat menyatakan betapa indahnya hubungan haram ini sedang kita mengetahuinya, namun kita berlindung disebalik, "tak apa bercouple, kita memang plan nak kahwin"

Kanda juga takut dinda, takut dengan apa yang Rasulullah SAW pernah sebutkan satu ketika dahulu,

Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian/godaan) yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita.” (Muttafaqun ‘alaih dari Usamah bin Zaid)

Sisi berbahayanya fitnah wanita bagi lelaki) adalah karena keumuman tabiat seorang lelaki adalah sangat mencintai wanita. Bahkan banyak terjadi perkara yang haram. Bahkan banyak pula terjadi permusuhan dan peperangan disebabkan wanita.

Jadi atas sebab itu, kanda terpaksa memilih untuk pergi. Untuk menjadi seorang 'musuh' demi menguatkan hati untuk pergi. Maafkan kanda.

******************
 .
"Abang, orang tunggu kat office tau, jangan lambat, dah janji nak lunch sekali kan? "
"Ye baik, baik. nanti abang sampai ya, B jangan tunggu kat bawah lagi tahu, nanti orang tengok abang jeles. "
"Ye lah, Ye lah, tapi kan abang, kan B berpurdah ni, orang mana nampak pun muka B?"
"Tak kira, tak kira, tak boleh juga, jangan tau. "
"Baik encik suami, perintah faham. Roger and out. "

Seperti biasa, kehidupan kami, suami dengan perniagaan nya yang dimulakan beberapa tahun lalu, dan aku masih lagi bekerja di pejabat Papa menguruskan perniagaan nya yang semakin membesar, syukur ALLAH kurniakan dia rezeki, mudahkan perjalanan perniagaan Papa. 

"Abang dah sampai". Aku senyum. SMS kuterima. Walaupun lambat 7 minit dari selalu, tapi sampai akhirnya. 

"Lambat sampai Abang?. tadi janji dengan orang taknak datang lambat, dah janji kot. Merajuk ah. Ucapku. sengaja mahu menguji encik suami.

"Ye lah, Abang minta maaf ya sayang. Abang buat ni tadi." sambil tangan menghulurkan bento yang disediakan nya. SubhanaALLAH, aku terkejut betul, dia ni sememangnya penuh dengan kejutan, padahal tadi dia kata dia ada hal kalut kalut di luar, rupanya dia balik cepat cepat dan sediakan bekal buatku. Dah la tu, lauk kesukaana ku plak tu, hish dia ni kan. tak jadi aku nak merajuk. 

"Hehe, tak jadi merajuk la Abang, kita nak makan kat mana ni sayang?" Ucapku. sambil tersengih kerana melihat lauk kesukaanku didalam bekas tu, dengan baunya lagi, wallahh.. kecur liur dibuatnya. 

******************

Perjalanan cinta itu sangat subjektif. Apakah itu derita? Yang mana satu sebenarnya bahagia? Ianya di interpretasikan secara berbeza bagi setiap orang. Adakala yang kita nampak bahagia itu hanya berselindung disebalik senyum dan yang kita yakin sedang menderita bergelak kesyukuran dengan kisah hidupnya. Namun yang pasti, ALLAH dah sebut pada kita, boleh jadi kamu rasa itu lebih baik bagimu sedangkan ia tidak, dan boleh jadi itu kamu rasa buruk bagimu sedang baik bagimu, kamu tak tahu kerana kami yang Maha Tahu. 

Seperti aku mula kurasakan derita, tapi disebalik cerita ia sebenarnya permulaan bahagia. Dalam aku berasakan aku terperangkap dalam derita hati ditinggalkan, dia juga sebenarnya duka kerana meninggalkan tetapi memilih utk kekal dalam derita kerana dia ingin membina asas kukuh sebelum benarkan hubungan itu terpaut. Akhirnya, dia kembali kepadaku bila sudah sedia, tapak dan asas dah ada, sekarang menghubungkan dengan landasan atau jambatan ke syurga. Hidup sementara, mati bila bila, tapi adakah kita hanya mahu bahagia sementara kemudian derita selama lama di sana. 

"Baby, nanti dah keluar abi cakap baby number dua tau. Ummi number 1. Jadi jangan harap nak rebut abi dengan ummi tahu.?" Ucapku sambil menyapu perut bulat berisi benih cinta kami ni. 
"Ehh dia sepak lah B, marah kot sayang cakap camtu. Hihihi"tambahku. 
"Ahaha, ada ada ja la sayang ni. Tak kot. Anak tak boleh buat apa, tak ada ummi tak ada baby kan? " balas suami ku. Dia turut sama mengusap perutku. Hari ni genap 9 bulan kandunganku. Kami menanti penuh sabar waktunya. 

"Abang,  sakit..." Tiba tiba, terlalu sakit kurasakan. 
"Ha sudahhh, nak bersalin dah ka? "
"Sakit Abang..." Suamiku bergegas, dipimpinnya tidak, tapi terus mendukung aku menuju ke kereta, terus ke hospital. 

"Abang dah janji nak teman B kan?"
"YaB, abang teman  teman. Kan dah janji tu." Tangan nya kemas menggenggam tanganku. Dikucup lembut dahiku. Saat itu kurasakan betapa hebatnya kuasa yang Esa yang menjadikan hambanya ini dengan rasa cinta terindah ini. Benar katanya, carilah yang halal kerana dari sana datang keberkatan. Kebahagiaan yang total.

Aku semakin lemah. Semakin lama semakin kerap kontraksi. Dari 30 min satu dah jadi 15 min dah sekarang sakit semakin kuat. Maka makin kuat juga lah genggamanku pada jemari suamiku. Dia terus sabar menemaniku. Mulutnya terkumat kamit berzikir. Berdoa agar dipermudahkan jalan ku. 
 
"Push.. Bagus dah tu Puan. Sikit lagi Puan.." Jerit Nurse. Dia memberi semangat kepadaku, minta aku terus kuat berjuang. Aku masih meneran, buat yang terbaik agar cepat selesai. Aku dah tak larat, sakitnya. Baru aku faham kenapa Mama terlalu sayangkan aku, susah rupanya berjuang saat ini. Ya ALLAH, kuatkanlah aku. 

"Puan, lagi Puan. sikit lagi Puan. Encik, tolong, pangku tubuh isteri Encik macam ni, beri kata kata semangat kepada nya. "

"Boleh sayang boleh, teruskan meneran, sikit lagi tu. " Bisik suamiku. 

"Encik mai sini, nak tengok kan macam mana baby keluar, mai sini." Panggil Nurse. 

******************

"Abang." Bisikku. 

"Abang.." Bisik lagi. Memanggil suamiku.

"Huh, sayang cam mana? Dah selesai ka? ehh Abang kan mana ni? Soal suamiku. Sambil mengangkat tubuh dan kepala menerawang kiri dan kanan.

"Hishhh, kenapalah Abang tak beritahu yang Abang ketar dengan darah, dah pengsan kat sana, nasib la masa tu Baby dah keluar, kalau tak jenuh nurse pening nak settle mana satu tadi. Ahaha, lawak la Abang ni."

"Dah janji kan? Takkan abang nak kata tak boleh, Lagipun Abang ingatkan Abang boleh tahan darah tu tadi, sekali...." Balas suamiku. Belum pun sempat dia berkata kata lagi, Satu ciuman paling manis aku hadiahkan buatnya. "Terima kasih Abang. Abang yang terbaik, dan akan selamanya jadi yang terbaik buat B"


******************

"Alhamdulilalh encik, encik sesuai sekali dengan isteri encik, andai setuju, sila turunkan tandatangan di sini, dan kita akan jalankan pembedahan ini segera "

"silakan doktor, jangan buang masa lagi, ini mungkin satu satunya cara untuk menyelamatkan dia."

"Encik, maafkan kami, setelah puas kami buat  full checkup, barulah kami dapati organ isteri encik sudah rosak. Maafkan kami kerana tak dapat kesan benda ini lebih awal, kami juga hairan, macam mana isteri encik begitu kuat sampai sekarang dapat bertahan. "

"Tak apalah doktor, siapalah kita untuk mendapat gambaran jelas mengenai kehidupan, kunci itu hanya ada pada ALLAH. apa pun doktor andai itu sahajalah yang mampu untuk menyelamatkan dia, saya rela. Buatlah apa sahaja doktor, asalkan dia dapat diselamatkan. "




"Aidil, perlukah Aidil yang buat benda ni, kenapa tak bagi Mama dan Papa ja yang buat?"

"Mama, Papa, kan Aidil pernah janji akan menjaganya, walau dengan nyawa, Aidil sanggup buat apa sahaja untuk nya Mama, Papa. Aidil dah sakiti dia satu masa dahulu, berilah peluang kepada Aidil untuk buat kali ini, insyALLAH Ma, Pa, doktor pun kata tak berisiko sangat pun, tak ada apa apa la tu kot. "

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Tetap cinta selama-lamanya

Cinta, sesuatu yang tak terungkap dengan kata. Ianya indah, keindahan tak terbayang dimata, tak terucap di kata, namun, kadang kadang, ianya dinodai, bila sepadannya ia digunakan demi menggapai syurga abadi, ianya disalahgunakan. Salah laku dan dosa lebih sinonim dengannya. Ketika itu, hati memilih untuk kekal kerana ke'sedapan'nya, namun hati yang tak mahu berganjak itu akan kekal dengan dosa, memusnahkan keindahan yang sepadannya menjadi nikmat kepada fitrah semulajadi. Percayalah, andai sudah ditentukan, ianya pasti bertemu, tak perlulah dirisaukan cinta yang belum hadir. Luh Mahfuz menceritakan segalanya Jodoh, Rezeki, Hidup dan Mati. Biar ia sampai ketika kita bersedia, bersedia menjadikannya landasan untuk menuju jalan syurga. Waktu itulah cinta ada pada kemuncak keindahannya. Cinta yang menuju jalan ALLAH itulah Cinta yang sejati, cinta yang doa doa akan abadi, bukan hanya disini, membawa ke taman di sana. Mudah mudahan. Amin. 

Doakan aku dan dia. Doakan semuanya. 

Tetap cinta selama lamanya...

Thursday, 26 January 2012

Cerpen | I want to hold your hand

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Hai awakkk.. " Ayeem menyapa.

"Hai". Balas Alia.

"Awak sehat tak ni? kua makan jum?" Ayeem mengajak.

"Tak nak aa. Saya baru lepas makan ni Ayeem." Balas Alia. 

"Leh la,. leh la,, temankan Ayeem je. " 

"Taknak. len kali ye Ayeem?" Balas Alia. 

Alia dan Ayeem. Dua watak berlainan karektor. Satu mesra alam, habis satu bangunan dia boleh tegur bila dia dah mai angin gila sawan, dan satu lagi, berlawanan, sangat pemalu, kurang bergaul tapi tidak sombong, cumanya menjaga adab sebagai gadis. Keduanya pantang berjumpa sebab kalau jumpa, ayat wajib keluar dari mulut Ayeem adalah "awak nak keluar dengan saya tak?", perkataan yang pasti buat mana-mana orang rimas dengan nya. Tapi Alia seorang saja dapat 'absorb' sebab dia tahu, Ayeem ni baik sebenarnya cuma nakal-nakal sikit je. 

************************************

"Alia, kau tak semak kepala ke melayan budak Ayeem tu?" Soal Salwa. 

"Semak kepala? maksud kau?"

"Ye lah, tiap masa kalau nampak kau, bukan macam nampak hantu, tapi dah macam perempuan tengok banner diskaun 100% kau tahu tak? Excited betul dia. "

"hihi. Tergelak aku dengan persamaan yang kau buat ni. Tak adelah, Aku rasa dia tu budak baik. Kau je kot yang rasa macam tu. " 

"Aku? Kau tahu tak satu bangunan ni kenal dengan dia. dan satu level bangunan ni tahu cerita kau ni."

"Tak apalah, nak buat macam mana. Mungkin dia selesa kot berkawan dengan aku. " Balas Alia. 

"Ikut kau la. Aku cuma tanya sahaja. Tapi aku tahu dia tu budak baik. Cuma sikap dan perangai tu ala kanak-kanak riang tu buat aku heran tu. " 

"Asal dia bahagia. " Alia menutup perbualan mereka petang itu. 

************************************

"Awak,  cer awak tengok dalam makanan tu. Awak nampak sesuatu tak? "

"Nampak apa awak? "

"alaa.. yang bentuk-bentuk cam hati tu. Takkan awak tak perasan? "

"bentuk hati? opss. saya dah makan separuh la awak. tak perasan la. Kenapa? "

"makan? alaaaaaaa" . Muka Ayeem berubah. macam sedih je lepas apa yang dia buat tu macam tak disedari Alia. Alia hanya tersenyum melihat Ayeem. Muka dah macam ayam berak kapur je lagaknya.

"Yang ini ke? " Alia menunjukkan apa yang dimaksudkan oleh Ayeem tadi. Sampai ketelinga senyumnya Ayeem bila melihat apa yang Alia tunjuk.

"haa, yang tu la..saja nak sakat saya la tu. werkssss..  " Sambil dijelirkan lidahnya pada Alia.

Keduanya tersenyum penuh makna.

************************************
  
_tett tetttt you got SMS._

Hp Cokia E77 Alia berbunyi. Pantas dicapai telefonnya, kemudian ibu jari pantas menekan button Open di sudut kanan screen telefon miliknya. Dia terkejut dengan apa yang dibacanya.

 ----
Awakk.. awak..
tengok kiri nampak awak, tengok kanan nampak awak, tengok awan nampak awak, tengok bintang nampak awak, napa ya awak? Saya rasa saya dah in love dengan awak.. gulpppp~~
-Ayeem
---

Lantas jarinya pantas membalas.

Saya belum bersedia.
-Alia

************************************

Alia tiba ke tempat kerjanya. Sebaik tiba di tempat duduknya, dia dapat melihat ada sekeping kertas yang berbalut dengan sampul berlapikkan keyboard nya. Lantas di capainya sampul berkenaan sebelum bontot dilabuhkan pada empuk kerusi nya.
---
Alia, Saya tunggu awak..
Ikhlas, Ayeem
--

Alia tersenyum sendiri. Dalam hatinya bermonolog. "Ya ALLAH, budak ni tak menyerah lagi."

Begitulah hari-hari mendatang buat Alia. Ada saja menda baru yang menemuinya tiap hari. Ayeem tak berhenti dengan ucapan kasih memohon agar diizinkan dirinya hadir dalam hati, duduk bersemayam dalam ruang itu. Malah bukan kata-kata sahaja yang menemuinya. Malah bermacam lagi perbuatan ditunjukkan demi membuktikan yang dia serious pada kata yang diluah setiap hari.

Hinggalah pada satu hari, Alia sedang bergerak menuju motosikalnya, tapi dia pelik bila mana terlihat ada sesuatu yang diletakkan didalam helmet nya yang dikuncikan pada seat motosikalnya. Tangan perlahan mengambil barang yang diletakkan di dalamnya. Tika terkeluarnya benda yang dilihatnya tadi dari sampulnya dia tergelak sendiri, bila melihat rupanya yang ada padanya adalah sebuah kotak kecil berisi hati berserta tulisan di atasnya,

"Saya berikan hati saya pada awak. Ambil dan simpan tau.
p/s : saya nak dari awak jugak. boleh la.. boleh laa..."


Alia benar telah terpaut pada kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ayeem. Hatinya sudah mulai menerima kehadiran Ayeem dalam hidupnya. Lantas SMS Ayeem malam itu dibalasnya dengan serangkap kata,

"Baiklah, saya terima. "
-Alia

 ************************************

Lagu The Beatles bergema di dalam rumah. Bukan itu sahaja, Ayeem menyanyi lagu itu dengan penuh perasaan sekali. Seronok barangkali. 

Oh yeah, I'll tell you something | I think you'll understand | When I say that something | I want to hold your hand

Oh please say to me | You'll let me be your man | And please say to me | You'll let me hold your hand

"Hai, seronok kau petang ni Ayeem? Menyanyi sakan. " Soal  Afiq. 

"Seronok ke? Rasa macam ni ja aku selalu." Balas Ayeem

"Takde nye. Lain macam sikit kau hari ni. " 

"Iye ke? " Ayeem cuma tersengih. 

"Ada apa-apa ka ni? Story la dekat aku." Afiq cuba untuk mengorek rahsia disebalik keseronokan pelik sahabatnya petang ini. 

"Tak ada apalah.." Ayeem cuba menyorokkan

 ************************************

Awak, kata nak keluar? kenapa nak naik moto lelain? jom la bonceng?
"Maafkan saya awak. tak boleh la. Awak nak keluar boleh, tapi kita naik asing la. tak manis anak dara naik moto dengan lelaki. "

"Alaa, kata awak dah terima saya? takkan nak naik mto berdua pun tak boleh?" 

"mesti la tak boleh, saya terima awak jadi seseorang yang bersedia untuk jadi suami saya, tapi belum jadi kan?" 

Gulppp. Ayeem menelan air liur. Pertama kali dia ditepet baik punya dengan anak dara ni. Sebelum ni slumber badak ja dia merempit dengan perempuan. Maka dipendekkan cerita, keduanya 'saing' bermotosikal menuju destinasi, satu kompleks membeli belah di tengah bandar.

 ************************************

Sesampainya di tempat membeli belah, setelah keduanya me-markir kedua biji motosikal kepunyaan masing-masing, Ayeem cuba untuk memegang tangan Alia. Tapi ditepis kasar oleh Alia. 

"Eh, kenapa pula ni? "Soal Ayeem

"Awak nak buat apa tadi?" Alia membalas. 

"Takkan saya nak pegang tangan pun tak boleh kot? Kan kita nak melintas jalan ni?" Ayeem cuba untuk menegakkan katanya .

"Tidak juga, saya tak benarkan. Awak belum jadi milik sah dan halal untuk saya. Jadi adalah haram untuk kita bersentuhan." Alia menegur. 

"Ye tahu, lebih baik dicucuk dengan besi panas dari bersentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim, kan?" 

"Tahu pun. "

"Saya pernah dengar gitu-gitu je" 

"Kalau dah tahu tak boleh buat la. Tapi kenapa awak masih nak buat? Tahu pun balasan berat tu kan?"

Sekali lagi Ayeem terkedu. Ya ALLAH, dahsyatnya dia kena ceramah petang ni. Tak pernah pula dia ditegur demikian rupa sebelum ni. Dia termalu sendiri. Tak sanggup rasanya nak kena lagi. Lantas dia pun terdiam. Mulut kelu hendak berkata-kata selepas teguran kali kedua itu, sampailah Alia menegurnya. 

"Awak jangan la terasa hati dengan saya. Mungkin bunyinya macam saya ni kolot, tak macam perempuan lain kat luar tu, sentuh , berpeluk sakan dengan encik Boyfie, tapi saya bukan spesis tu. Kalau betul awak nak dekat saya, awak akan berusaha nak satukan kita. Lelaki yang baik adalah yang berjaya memimpin perempuan yang dikasihinya ke jalan ALLAH, lebih mendekati Maha Pencipta, bukan yang menarik kekasih mendekati pintu neraka." 

Ayeem tertunduk lagi. Tertunduk malu buat kali yang ketiga. Perkenalan yang agak lama, tapi hari ini sahaja telah banyak menginsafkan dia. Mungkin secebis teguran hanya buatnya, tapi bila mana ALLAH mengizinkan kata-kata menjadi hidayah, maka ditiupkan cahaya kedalam hati untuk berubah.

Ayeem mulai berubah perlahan-lahan. Malah dalam jangka masa beberapa bulan, dia kerja dengan bersungguh-sungguh, kali ini dia tekad, dia bakal menamatkan penantian ini dengan penutup yang nyata, satu perkahwinan yang membenarkan setiap sentuhan itu menjadi sentuhan keramat, kerana bersamanya turut diselitkan pahala, yang mana dari celah-celah jari gugurnya dosa-dosa.

 ************************************

Semuanya mengaminkan doa. Bersyukur kehadrat ALLAH setelah kedua mempelai disatukan. Ayeem Azri dan Alia Maisara telah disatukan dalam satu majlis pernikahan serba serbi sederhana. Keduanya mengaminkan doa dengan penuh kesyukuran. Titik pertemuan yang dari mata terjatuh ke hati akhirnya diterjemahkan dengan hubungan suci bernama perkahwinan.
Malam pertama pernikahan menjadi titik mula buat mereka yang bergelar suami dan isteri. Sebaik selesai berkemas, Alia menuju ke bilik peraduan pengantin mereka yang dihias indah bertabir merah dan hitam. Ayeem yang baru selesai membasuh periuk belanga perkahwinan tadi menuju ke bilik tidur. Dari tadi, impian hendak bermanja dengan isteri disangkal kedua ibu dan bapa mertuanya, dipaksa untuk mencuci periuk oleh abang iparnya, dan dibuli isteri kerana disuruh membuang sampah di tempat sampah yang agak jauh dari rumahnya.

Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Dia pun berganjak ke bilik tidur sebaik melihat yang isteri nya sudah tiada di depan mata. Sebaik memasuki biliknya, dia terkejut bila mana Alia menerpa ke arahnya. Dicapainya tangan dia lembut-lembut dan dipeluknya erat, sambil membawa Ayeem ketempat peraduan mereka. Ayeem menjadi hairan, lantas ditanya pada isterinya. 

"Alia, kenapa Alia tetiba pegang tangan abang erat-erat ni? "

"Hari ni kan hari sah Alia dan Abang, jadi Alia pegang la erat-erat, cium banyak-banyak kali tangan abang. Ingat tak dulu Alia meningkah perbuatan Abang kat Alia? Tapi hari ni, Alia tunaikan la. Secara sah dan Halal buat kita berdua wahai suamiku. " 

"Finally i got the chance to hold your hand kan Mrs Wifey? " Ucap Ayeem. Keduanya berpeluk erat.


I Wanna Hold Your Hand by Foxtrot

Thursday, 13 October 2011

Nak tegur pun tak boleh

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Dah dua hari Nadh berdepan dengan satu kes ni. Masalah chenta la, apa lagi. Perihal dia, seorang sahabat tanya kat Nadh, dia suka betul kat budak tu, lepas tu budak tu pun mengaku dekat dia, lepas tu kan, bila dah kawan tu, sahabat Nadh ni macam biasa la, lelaki yang cari bini kan, tambah plak dia pn dah banyak berubah, dah mendekati kuliah-kuliah, ceramah-ceramah agama. 

Jadi, banyak yang tak kena di mata ditegur, terutama sekali soal pemakaian ni, yang beshnya melenting plak budak tu bila di tegur. Sahabat Nadh tanya Nadh, salah ka aku nak tegur, sebab aku nak wat bini, takkan nak tegur sal pemakaian pun nak marah, nak tacing.

Nadh jawap senang ja, kalau masa kawan pun dah macam tu, nak tegur susah, semua nak ikut cara dia, lepas tu mai time susah hinggut kita, mintak tolong, tinggal je, senang. Dalam erti kata lain, kena main psycho la. Guna akal nak jatuhkan keras kepala tu. Sekarang dah tak boleh nak tegur, nak bentuk, sampai masa nanti, lagi lemak banyak la dia, semua nak kena ikut cara dia.

Akhir sekali, dah tak boleh, tinggal aje. (putus la tu), then cari baru. Kita kawen sebab nak bina mahligai ke syurga, kalau da awal-awal nak tegur pun susah, dah selesai nanti macam mana? Betul bukan ayah dia, mak dia atau family dia, tapi sebagai kawan, kita punya hak untuk menegur kan?

Pesan Rasulullah SAW : "Bercakaplah benar walaupun pahit didengar"

Kalau tak jadi pun hubungan ni, dan dia bukan benar untuk kita, sesiapa yang dapat nanti dapat yang lebih baik. Sesungguhnya, Kembali kepada kebenaran itu adalah lebih baik daripada berterusan di dalam kebatilan.

Pendapat Nadh saja lah, kita sebagai manusia, mungkin lain-lain pendapat.


P/s : Alhamdulillah dia betul-betul ikut cara Nadh.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA