Followers

Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

Sunday, 23 July 2017

Cerpen : Menahan Rindu

Assalamulaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerpen : Menahan Rindu.

************************

"Selamat pagi awak."

Terjaga dikejutkan si dia. Begini la rutin hidupku. Setiap hari si dia akan bangun awal, sesudah bersiap untuk beribadah, dia pasti akan kejutkan aku. Walaupun kami berjauh, tapi dia tak pernah lupa dari mengejutkanku. Satu pemberian yang sangat besar dalam hidupkan. Ia lah, aku bukan spesis yang mudah bangun sendiri, satu nikmat buatku punya jam loceng tepat jam 5 pagi setiap hari. Malah asbab usaha ini, hingga ke hari ini, aku mampu bangkit sendiri, malah sekarang sudah mampu menzahirkan ibadah yang satu masa dulu cukup asing bagiku.

"Selamat pagi awak. "

"Bangkit cepat. Dah jam 5 ni. Lambat nanti. Sayang lah Dia dah bagi kita peluang tapi tak diambil kerana kita rasa lebih sayangkan tilam. "

"Ya, saya bangun la ni awak. "

Seusai selesai bertahajud, ku teruskan pula dengan amalan zikir sambil menunggu waktu subuh tiba. Si dia pula, selesai jawapan "sudah bangun", dia akan meneruskan dengan urusan paginya, yakni ke surau yang berdekatan dengan rumahnya untuk solat subuh.

*************************

"Seronok aku tengok kau dan Adam. Walau kamu baru lagi, tapi aku nampak dia banyak mengubah kau."

"Apa yang seronoknya? Biasa aja lah.."

"Betul aku seronok nampak kau senyum setiap hari. Dan perubahan perubahan yang kau dah buat sepanjang kamu bersama, sedikit sebanyak menyedarkan aku, dan alhamdulillah, aku pun terkesan dengan perubahan kau dan ambil sedikit demi sedikit perubahan itu"

"Ala kau ni, nak perli aku la tu."

"Mana ada lah. " Ngomel Natrah sedikit sebanyak membuatkan aku senyum. Betul juga katanya, aku banyak berubah asbab Adam. Sedikit demi sedikit dia mengubahku. Dan dia cukup bersabar untuk itu. Mana tidaknya, aku seorang yang sangat tegas dengan pendirianku, dan kekadang aku pun pelik kenapa aku masih sangat 'firm' dengan pendirian walaupun perkara berkenaan bukan benda yang bagus untuk ku perjuangkan. Tapi dia, datang, dan perlahan lahan mengikis keegoan ku dengan pendirianku. Malah cukup bersabar walau kekadang aku akan tiba-tiba boleh bangkit dan menyergah dia kerana tegurannya itu. Aku, Aira Fazreen si degil supergaban.

*************************

"Ibu, Adam ingat Adam nak ikat terus Aira tu, Ibu setuju tak?"

"Alhamdulillah, anak ibu dah bersedia nak berumah tangga. Ibu gembira untuk Adam. Boleh sayang. Ibu tak kisah siapapun yang Adam pilih. Sebab Ibu yakin Adam mampu dan dapat membimbing mereka"

"Terima kasih Ibu, sebab mendidik Adam sebaiknya. Sampai Adam berada di tahap ini." Ucap Adam sambil mencium tangan Ibunya. Berkali kali dikucupnya. Berterima kasih atas 'jasa' membesarkan dia sehingga sekarang. 

"Bila Adam nak ibu pergi ni? " 

"Ibu rasa bila ya? " 

"Lagi cepat lagi baik. Ibu tak sabar nak timang cucu." 

"Ibu ni. gelojoh sangat tu." Keduanya ketawa kecil petang itu. Puan Shidah tersenyum. Anak tunggalnya dah dewasa. Dah matang. Sudah mula berkira kira nak berumah tangga. Macam baru semalam kematian suaminya dan dia membesarkan Adam seorang diri sehingga ke saat ini. Dan sekarang, Anak kesayangannya dah nak berumah tangga pun. Memang dia tak sabar nak dapat menantu. Tambah bila dia nampak bagaimana anak dia gembira semenjak ada Aira dalam hidup dia.

************************

Adam tersenyum. Akhirnya separuh dari impian sudah dipatri. Ikatan pertunangan diikat antara Adam dan Aira Fazreen. Keduanya sangat gembira dengan ikatan itu. Malah masanya juga sudah ditentukan. Sekarang hanya faktor masa akan menjadi penentu. Persiapan pun sudah dibuat sedikit demi sedikit. Sungguh dia tak sabar hendak memperisterikan Aira Fazreen, satu satunya gadis yang berjaya mengambil hatinya. Tak pernah pula di bayangkan nya akan menjadi calon pilihan Aira Fazreen yang satu ketika dahulu diibaratkan sebagai singa betina yang kehilangan anak itu. Mana tidaknya, asal berjumpa mesti dia akan diherdik kerana selalu cuba menegur Aira.

Malah bait bait itulah akhirnya menjadi titik tolak kepada perasaan yang berbunga. Bukan dia sahaja, Aira akhirnya mengaku bahawa dia juga sukakan Adam, dan merindui saat bila mana mereka bergaduh.


************************

"Berhenti! Berhenti sekarang! saya tak kira. Atau saya buka pintu dan lompat." Ugutku sambil dalam masa yang sama memegang pintu.


"Awak. sabarlah. saya minta maaf. tapi saya memang tak buat." Ucap Adam sambil mendekatiku. Cuba menahan aku dari keluar dari pintu.

"Ah sudah. awak memang, sengaja cari pasal dengan saya kan. "

"Awak...  kot ya pun awak marah, sini bukan tempatnya nak keluar, gelap ni awak. bahaya."

"Ahh sudah. Tanpa sengaja, pintu dikuakkan dengan kuat. Dan sebab itu, Adam tertolak kebelakang.

Skreeettt.. Dummm....

"Awak...."

Adam Adrian dikejarkan ke hospital. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal kerana kecuaian Aira Fazreen. Dia tanpa sengaja tertolak Adam ketika sedang bergaduh tadi. Tindakan spontan kerana waktu itu Adam sedang menghalangnya dari keluar dari kenderaan mereka. Rupanya Adam memang bertindak secepat itu menahan pintu kerana sudah nampak kelibat motosikal itu di belakang mereka. Dia bertindak cepat kerana memang kenal dengan perangai Aira yang suka melulu bila marah. Rupanya bukan Aira yang kena, tapi Adam.

*************************

"Cik, sila bertenang, kita pun masih belum dapat jawapan apa yang berlaku, harap cik boleh bersabar"

"Boleh saya nak tengok dia? "

Maafkan kami encik, buat masa ini, keadaan dia kritikal, siapa pun tak dibenarkan masuk menemuinya.."

"Tapi dokter, saya bakal tunang dia."

"Maafkan kami cik, tak kira siapa, malah keluarga terdekat pun takkan kami benarkan masuk dengan keadaan dia yang macam ni.." 


*************************

Adam koma selama beberapa tahun. Sepanjang tempoh Adam tidak sedarkan diri. Aira tidak pernah putus datang melawat Adam. Setiap hari dia akan datang bersama sekuntum bunga ros merah kesukaan Adam. dan diletakkan di atas meja di dalam sebuah pasu yang pernah dipilih Adam satu masa dahulu ketika mereka keluar bersama dan dihadiahkan kepada Aira. Setiap kali datang melawatnya, Aira akan menukar bunga itu dengan bunga baru. Sambil menukar bunga itulah dia akan berinteraksi dengan Adam. Mengimbau kenangan kenangan mereka bersama sebelum ini. Dia cuba sedaya upaya untuk kembalikan Adam. Dia mahu Adam sedar. Dia mahu Adam bangkit dan kembali kepadanya.

Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siulan siulan burung burung

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu 


*************************

Hari demi hari dinantikan tanpa jemu. Hinggalah pada satu hari. Saat dia datang.. Dia dimaklumkan oleh ibu  Adam yang Adam sudahpun sedar..

"Adam. Awak ingat saya tak ? "

"Siapa awak? "

"Takkan awak tak ingat saya? Ini Aira la. "

"Aira mana ni? Saya tak pernah ada kawan bernama Aira.." Aira mula menangis dan berlari meninggalkan wad kerana tak dapat menerima bahawa kerana dialah insan yang sangat disayanginya ini ditimpa kecelakaan. Selepas dia sedar, mereka baru sedar bahawa dia hilang ingatan. Kerana pelanggaran yang kuat itu, telah menyebabkan gegaran pada otaknya dan menyebabkan dia hilang ingatan. Dia langsung tak ingat apa yang berlaku dalam tahun kebelakangan ini. Mujur ingatannya tak hilang terlalu banyak. Walaubagaimanapun, dia bukan lagi Adam yang dulu. Dia sudah tidak ingat lagi kepada Aira Fazreen. Malah bukan itu sahaja, setiap kali kedatangan Aira Fazreen, dia akan buat buat tidur, dan mengelak dari berinteraksi. Baginya , pandangan pertama dia kepada Aira Fazreen, bukan seorang yang harus dia dekati. Dan dia selesa dengan pandangan itu.
 
*************************

"Selamat Pagi sayang. Bangunlah Adam. "

"Maafkan saya, tapi kalau boleh harap awak tak message saya awal awal pagi macam ini. Lagipun tak manis kita selalu berhubung. Kita bukan siapa-siapa"

"Adam." Ummm.. Matanya mula berkaca. ALLAH.. pulihkan lah ingatan dia. Dia sepatutnya menjadi milikku, kurang dari beberapa bulan sahaja lagi ini.

Selepas kejadian itu. Bertahun masa cuba diambil oleh Aira untuk memulihkan keadaan. Dia tak pernah rasa lelah mahupun letih dengan usaha yang belum nampak akan hasilnya. Dia masih terus mencuba dan berdoa agar dipermudahkan, agar dipulihkan ingatan Adam terhadap nya. 

Petang itu, dikejutkan Aira dengan panggilan dari Ibunya. 

Aira, ibu baru dapat call dari ibu Adam. Mereka minta pertunangan ini diputuskan sehingga diberitahu. Atau mungkin putus terus. Kata mereka Adam tidak bersedia.

Huh ? Apa ibu? Kenapa? Matanya berkaca lagi. Dia tahu, ini mungkin merupakan penamat kepada usahanya. Kata Ibu, Adam sudahpun mempunyai calonnya sendiri. Mungkin masa yang masih tinggal akan jadi penentu kepada hubungan mereka, tapi bukan untuk Adam Adrian dan Aira Fazreen.


Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi


Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini


*************************

"Hey.. apa ni. apa ni.. "

"Aira aku minta maaf, aku tak dapat nak tahan diri aku dari sukakan dia. bila dia pun minta aku terima dia.
 Aku tak mampu nak menolak. Aku tahu kau masih cintakan dia..."

"Tapi Natrah, kenapa? Kenapa aku yang terakhir yang tahu?"

"Sudahlah Aira, bukan saya tak ingin kembalikan ingatan saya, tapi saya tak mampu. Dah macam macam yang kita buat, tapi langsung tak berjaya menampakkan hasilnya. Dan bukan saya juga tak pernah cuba cintakan awak sepertimana ingatan saya yang dulu, tapi... awak juga tahu hasilnya tak berbuah juga.. "

"Tapi Adam.  Kau tahu aku cintakan kau." Nada Aira mula berubah.

"Aira... Saya tak mampu Aira. Saya tak mampu cintakan awak sekali lagi. Maafkan saya........" Ucap Adam. kali ini bukan hanya Aira, tapi Adam, dan juga Natrah Safeeya juga sudah berlinangan air mata. Adam kerana cuba mengesahkan perasaan nya kepada Aira, dan dalam masa sama Natrah Safeeya juga. Dia tak mampu menolak. Adam datang kepadanya bersama keluarga waktu dia tiada di sana. Dia tak tahu pun bahawa mereka mahu ditunangkan kedua ibu bapanya, Yang dia tahu, calonnya adalah calon misteri. Dia terima dengan hati terbuka, kerana selepas putus dengan kekasihnya Arasy, dia dah tak mahu lagi bercinta, biarlah dia terima apa seadanya, dan cinta selepas dari bernikah.


******************************

SMS :  Assalamualaikum Natrah. Harap boleh jumpa kau malam ini jam 6 petang di tempat biasa. 

"Aira. Aku minta maaf Aira. Aku sungguh sungguh minta maaf. Aku tak sangka sangat yang datang meminang itu adalah Adam. Aku tak pernah tengok pun calon yang Mama dan Ayah pilihkan tu. Aku terima sahaja selepas aku frust tu. Aku dah tak mahu bercinta lagi. Aku tak tahu pun dia nya adalah Adam.."

 "Natrah Safeeya, Aku minta maaf. Aku tak ada permintaan lain lagi. Jagakan dia untukku....." Selepas mengucapkan ayat itu, dipeluknya erat erat Natrah Safeeya. Dia dah buat yang terbaik. Dan nampaknya bukan dia menjadi pilihan. Sekurangnya dia perlu gembira, yang Adam kesayangan 'jatuh' ketangan orang yang paling dia paling boleh harapkan.. Insan kedua selepas Ibu yang dia ada untuk mengadu sakit , gembira dan kesedihan dia selama ini.


******************************

**sehari sebelum itu**

"Aira, sudahlah nak, Adam dah buat pilihan nya nak. dan pilihan itu bukan kamu anakku. terimalah.."

"Ibu, Aira sayangkan Adam ibu."

"Ibu tahu sayang, tapi dah ini ketentuan nya Aira. Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah. Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Memang susah. Susah untuk kita lupakan segalanya. Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama si dia. Terluka? Sudah tentu. Mana mungkin hati tak luka dengan keputusan ini, dan mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari. Tapi sampai bila? Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu. Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

 “Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

******************************

Bertahun sudah kejadian ini. Aku masih aku. Sedikit sebanyak keegoanku, kebudak-budakan aku sudah luntur kerana apa yang berlaku. Semua yang berlaku betul betul menyedarkanku sesuatu. Hidup bukan di bawah kawalan kita. Tak kiralah apa yang berlaku, tiap perjalanan sudahpun diatur dari sana lagi, di Luh mahfuz. Makanya, lebih baik kita bersedia sahaja dengan apa sahaja ketentuan yang bakal datang. Tak perlulah terlalu ditangiskan setiap hal yang kita katakan buruk, malah tak juga terlalu dikekekkan gelak bergembira dengan semuayang kita kira sebagai keseronokan hidup ini.

"Hai menung semacam pagi ni, ok ke tidak ni Aira?" Soal Ibu sambil menarik tanganku dan diusap usapnya jari ku.

"Eh mana ada menung Ibu, cantik pula langit pagi ini.."

"Langit? haii,, kenapa langit? Tukar warna lain ke?"

"Haha, mana ada la ibu. "

Beginilah suasana pagi ku isi dengan duduk di atas gazebbo milik ibuku, di perkarangan rumah. Setiap pagi begini la perjalanan awal hidupku. Ku ambil sedikit masa untuk berada di sini. Mengambil masa menghirup angin pagi sebelum memulakan rutin harianku.

Lidahku kelu. Ibu juga tahu, tiada apa mampu ku cakapkan. Hanya ALLAH tahu betapa hancurnya hati setelah kejadian itu. Aku tak mampu nak buat apa apa. Apa yang berlaku sudahpun berlaku. Andai ini takdirnya. Aku redha dan terima dengan hati yang berat. Aku tahu ALLAH menyediakan yang lebih baik buatku. Dia bukan milikku......
 
"Lepaskan dia. jika dia tak kembali, dia semestinya bukan milik kita..." 




Biarlahku Bersendirian 
Terkurung Dalam kenangan silamku 
Biarlah Aku 
Menahan Rindu....

Thursday, 26 February 2015

Cerpen : Dahsyat

Assalamualaikum, dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerpen : Dahsyat

******************
 
"Selamat tinggal. Sampai sini sahaja. Saya minta maaf" 

"Awak panggil saya datang sampai sini, hanya untuk ini?"

"Maafkan saya. Selamat tinggal awak. "

"Saya perlukan penjelasan. "

"Anggap sahaja tiada jodoh antara kita. "

Kata kata akhirku, ketika meninggalkan dia pada hari itu. Sebaik selesai meluahkan kata kata yang terpendam itu, aku terus kabur dari pandangannya. Pergi sejauhnya dari pandangan matanya. Langit juga mendung, ibarat hatiku yang remuk redam ini. Tak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya. Aku tidak pula pergi mencari ruang berteduh, tapi terus sahaja berada dibawah hujah itu, saat ini juga air mataku berjurai. Selebat hujan yang sedang turun ini.

"Ah biarkan, biarkan ia turun, biarkan ia turun dan membasuh perasaan yang kupendam selama ini. Biarkan ia pergi, dan turun menemui bumi. Selamat tinggal perasaanku, selamat tinggal perasaanmu." Gumam Aidil Ayyas di dalam hatinya.

Sejak dari hati itu, dia kabur dari hidup Aina Qareena. Tiada lagi kedengaran gelak tawa keduanya. Tiada lagi kemanjaan dan kemesraan seperti yang menjadi kebiasaan kedua pasangan muda yang bercinta itu. Hubungan itu putus akhirnya. Putus atas sebab yang tak pernah diketahui. Aidil Ayyas juga sudah tidak pernah kelihatan semenjak dari itu. Sama ada dia masih hidup ataupun sudah mati, tidaklah diketahui Aina Qareena.

******************

"Kau biar betul, budak tu dah sangat baik dah dengan kau, terima sahajalah."

"Entah, aku rasa macam belum bersedia. "

"Bila baru kau nak bersedia? Kau masih nak menunggu si dia yang dah hancurkan hati kau tu? "

"Dia dah disemadi dalam lipatan sejarah, jangan lagi kau sebut tentang dia. "

"Aku tanya ja, kau jangan marah pula, aku nampak kau ni, mulut ja kata benci, tapi hati menanti, sudah sudahlah. "

Aku akui, apa yang diperkatakan Aleesya Qaisara itu benar sekali, sekuat mana hati cuba menolak dia, tapi langsung tak pernah aku ini membencinya walau sekelumit pun, atau mungkin aku sememangnya sedang menanti si dia. Entah bagaimana, tapi hati berat mengatakan satu hari nanti, kami akan bersama. Ah, sudahlah Aina Qareena, itu semua mainan fikiran kau sahaja, mana mungkin si pengkhianat cinta itu berfikir sepertiku. Kan?

******************

"Aina Qareena,  kamu gagal membuktikan yang kamu sudah punya calon sepertimana kamu khabarkan pada Mama, jadinya, seperti yang kita dah janjikan, Mama akan kahwinkan sahaja kamu dengan pilihan Mama tu. "
"Tapi Mama, kan Mama cakap Mama akan berikan Aina sedikit masa lagi. "
"Aina, jangan nak berdolak dalih lagi, Mama tahu, hati Aina masih ingatkan si dia tu kan? Sudahlah Aina, entah sudah di mana dia pergi, tak lagi ingatkan Aina, kenapa perlu Aina hukum diri Aina macam ni."
"Ya sayang, dengarlah kata Mama tu, bukan bererti Mama Papa paksa Aina, tapi kami sedang cuba untuk memulihkan Aina, mana tahu cinta yang tak ada di hati tu berpaut dengan bakal imam yang kami pilih ni. "

Dengan berat hati, aku, Aina Qareena, akhirnya bersetuju juga dengan permintaan kedua Papa dan Mama ku. Aku faham, betapa beratnya hati mereka memikirkan aku. Dan aku juga tahu, bagaimana ambil beratnya mereka terhadapku. Jodoh yang dipilih mereka ini kata mereka sudahpun mereka fikir masak masak, malahan, keduanya tekad setelah solat istikharah yang dibuat mereka berat ke arah jodoh yang mereka pilih ini. Keduanya mendapat 'ilham' bahawa ini calon terbaik buat puteri kecintaan mereka yang satu ni. Aku tak ada kata lagi, terima sahaja. Mungkin ini masa nya untuk aku melangkah hadapan. Bukan terbawa bawa lagi dengan masa silam yang menyakitkan itu.

"Selamat datang masa hadapan, selamat tinggal mimpi, selamat jalan sejarah"


Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu


******************

Harinya akhirnya tiba. Hendak ditolak tiada alasanku, hendak diterima tiada 'hatiku', namun apakan daya, perancangan Papa dan Mama, bukan sesuatu yang senang kutepis, tambahan pula mengenangkan 'jodoh' dari ALLAH yang diilhamkan buatku. Aku pasrah, pasrah dengan suratan ini.

"Hai Aina, takkan muram lagi?" Soal Aleesya Qaisara sambil mencuitku. Aku tidak membalas, hanya diam, tanpa kata.

"Aina, aku nak ingatkan kau, saat kau menerima jodoh yang ditentukan ini, menandakan kau sudah menerima jalan yang kau pilih ini, redhakan lah hati itu, jangan dibuat Papa dan Mama melihat kau begini, pasti mereka sedih." Aleesya Qaisara menambah. Dia ni sahabat aku yang sangat baik, juga merangkap anak angkat Papa dan Mama, dengan dia tempat aku mengadu sejak sekian lama. Benar katanya.



 Aku nikahkan akan dikau dengan puteri aku Aina Qareena binti Adha Arfan dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit sahaja.

Aku hanya mendengar dari jauh ucapan itu. Sengaja aku mohon dari Mama dan Papa untuk jauh dan terlindung dari bakal suamiku, biarlah aku menatap wajahnya sebentar lagi ketika dia menyarungkan cincin ke jariku ini. Biarlah aku jadi antara yang terlambat menatap wajahnya itu. Biarlah, biarlah. Aku mungkin masih perlu masa untuk memujuk hatiku menerima takdir yang ditetapkan buatku ini. Aku tunduk, terus tunduk mengenangkan perjalanan aku yang bakal bermula tak berapa lama lagi ini.

"Assalamualaikum wahai isteri.."

Aku gugup saat aku mendengar suaranya. Aku kenal suara itu, tapi tak mungkin insan itu yang datang akhirnya mengutip kembali apa yang ditinggalkan nya sebelum ini. Aku yakin itu bukan dia, mungkin

"Maafkan aku adinda Aina Qareena. Tika diri memilih untuk pergi tanpa di halau, diri ini jugalah yang memilih untuk menebalkan muka meminta dikembalikan adinda untuk milik penuh tanpa ada lagi sebarang halangan yang menolak kita dari bersama."

Suara itu gugup sewaktu meluahkan kata kata itu. Saat dia mengangkat selendang yang sengaja aku guna untuk mengurung wajahku, aku dapat lihat wajah lelaki itu, air mata nya berjurai sewaktu meluahkan kata kata itu. Dan aku, hanya Tuhan sahajalah yang mengerti betapa gembiranya hati ini. Tanpa aku sedar, aku dah melompat meluru ke atas tubuh insan itu, "gedebuk" juga bunyi kepala si dia terhantuk di lantai ketika dia rebah waktu aku meluru kehadapan memeluk dia. Air mata ni dah ibarat empangan pecah dah.

"Hishhhh, gelojohnya kamu Aina, malu Mama tahu." Usik Mama.

Opss... Lepas tu baru aku sedar, MasyaAllah, malunya, rupanya Ibu, Ayah, Mama, Papa dan Aleesya turut bersama dalam bilik itu bersama kami, menunggu sekali waktu itu, mujurlah mereka tidak benarkan sesiapa masuk melainkan mereka untuk upacara menyarung cincin tu, kalau tak taubat malu aku, satu dunia dah nampak aku. Tapi tak apalah, aku peduli apa dengan dunia, dia suamiku, dia imamku, dia milikku. ALhamdulillah, terima kasih ALLAH, terima kasih memakbulkan doaku yang selama ini tak pernah putus aku utuskan setiap kali aku selesai bersolat.

"Hoi Aleesya.. kau dah tahu kan?"

 Belum selesai aku malu dengan lompatan ibarat harimau membaham mangsa tadi, dah jadi satu lagi kejadian yang buat aku sendiri tergelak mengenangkan, aku kejar pula Aleesya dalam bilik tu, aku cubit dia semahunya, aku tampar dia sekuatnya, dan akhirinya dengan pelukan air mata kegembiraan. Patutlah dia menggesa aku terima pinangan itu, rupanya dia dah tahu sejak dari awal lagi. Aleesya Aleesya. Aku marah ni aku marah ni.

Petang kami itu, bergelumang dengan air mata kegembiraan. Alhamdulillah ya ALLAH. terima kasih. aku terlalu bersyukur dengan kurniaan ini.

******************
 
Kenapa akhirnya patah balik kepada saya?

Suamiku terdiam. Aku perhatikan sahaja dia dari sana, perlahan lahan dia mendampingiku, lantas dipeluknya pinggangnya dari belakang. Perlahan lahan keluar suara dari mulutnya dibisikkan ke telingaku.

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Aku cinta kamu, lebih dari hatiku mampu. atas sebab itu, aku kabur, kerana adanya aku menjadikan kamu hamba yang lalai, lalai dengan cinta aku.

Pasti jiwa takkan bisa , hidup tanpa hadirnya kamu. Ya aku tak mampu hidup tanpa kamu, tapi aku akan rasa lebih rugi andai kita terus hidup sebagai hamba yang lalai, hamba yang degil, yang membuat Dia murka dengan tiap saat yang kita bazirkan untuk cinta, bukan untuk Nya.

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Ketika aku memilih untuk kembali kepada kamu, aku sudah benar benar bersedia, bersedia menjadikan cinta kita cinta yang akan mendekatkan kita dengan Ilahi, cinta yang akan buat kita lebih rapat dengan kebaikan, keindahan hidup sebagai hambaNya, mudah mudahan kali ini cinta yang berputik kali kedua ini, bakal meluaskan jalan ke syurga yang diredhai.

"Aku cinta kamu, terlalu cintakan kamu... "

Saat kata kata itu sampai ke ruang telingaku, aku seperti mahu rebah, kerana kata kata itu, ianya keluar dari hati, dan ia sampai ke hati. Aku menangis lagi, ah cengeng nya aku. Aku kalah lagi dengan permainan kata kata suamiku. Waktu itu, sebatang jari singgah di bawah kelopak mataku, mengelap air yang mencurah dari tadi. Ya ALLAH, peliharalah hubungan ini, peliharalah ia sampai ke taman taman syurga, aku terlalu dambakan keindahan ini berkekalan sampai ke taman syurgamu..


******************

Maafkan kanda sayang, tidaklah kanda melangkah hanya kerana kanda terlalu cintakan kepada NYA. Kanda sedar ketika kita berhubungan dahulu, kanda telah menyebabkan dinda taksub dengan cinta, bukan hanya dinda, tapi kekanda juga sama. Ketika itu, tiada jalan lain yang terfikirkan di hati melainkan dengan menjadi watak musuh yang meninggalkan adinda. Waktu itu, kanda rasa kandalah insan yang sangat jahat kerana berbuat demikian, tapi apakan daya, andai masih lagi kekal dengan kedudukan kita tu, rasanya saat ini kanda bukan kanda yang dinda nikahi. Bersyukur juga pada ALLAH, kerana dengan izin dan limpah kurnia dia hari ini kanda kembali memetrai janji yang pernah kita buat tu.

Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. [HR. Thabrani].

 Ya dinda, kanda berbuat keputusan demikian kerana kanda tak mampu lagi menghalang kita dari berbuat perkara perkara yang tak baik tu. Kanda tak mampu menolak setiap kali syaitan membisikkan kata kata keramat menyatakan betapa indahnya hubungan haram ini sedang kita mengetahuinya, namun kita berlindung disebalik, "tak apa bercouple, kita memang plan nak kahwin"

Kanda juga takut dinda, takut dengan apa yang Rasulullah SAW pernah sebutkan satu ketika dahulu,

Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian/godaan) yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita.” (Muttafaqun ‘alaih dari Usamah bin Zaid)

Sisi berbahayanya fitnah wanita bagi lelaki) adalah karena keumuman tabiat seorang lelaki adalah sangat mencintai wanita. Bahkan banyak terjadi perkara yang haram. Bahkan banyak pula terjadi permusuhan dan peperangan disebabkan wanita.

Jadi atas sebab itu, kanda terpaksa memilih untuk pergi. Untuk menjadi seorang 'musuh' demi menguatkan hati untuk pergi. Maafkan kanda.

******************
 .
"Abang, orang tunggu kat office tau, jangan lambat, dah janji nak lunch sekali kan? "
"Ye baik, baik. nanti abang sampai ya, B jangan tunggu kat bawah lagi tahu, nanti orang tengok abang jeles. "
"Ye lah, Ye lah, tapi kan abang, kan B berpurdah ni, orang mana nampak pun muka B?"
"Tak kira, tak kira, tak boleh juga, jangan tau. "
"Baik encik suami, perintah faham. Roger and out. "

Seperti biasa, kehidupan kami, suami dengan perniagaan nya yang dimulakan beberapa tahun lalu, dan aku masih lagi bekerja di pejabat Papa menguruskan perniagaan nya yang semakin membesar, syukur ALLAH kurniakan dia rezeki, mudahkan perjalanan perniagaan Papa. 

"Abang dah sampai". Aku senyum. SMS kuterima. Walaupun lambat 7 minit dari selalu, tapi sampai akhirnya. 

"Lambat sampai Abang?. tadi janji dengan orang taknak datang lambat, dah janji kot. Merajuk ah. Ucapku. sengaja mahu menguji encik suami.

"Ye lah, Abang minta maaf ya sayang. Abang buat ni tadi." sambil tangan menghulurkan bento yang disediakan nya. SubhanaALLAH, aku terkejut betul, dia ni sememangnya penuh dengan kejutan, padahal tadi dia kata dia ada hal kalut kalut di luar, rupanya dia balik cepat cepat dan sediakan bekal buatku. Dah la tu, lauk kesukaana ku plak tu, hish dia ni kan. tak jadi aku nak merajuk. 

"Hehe, tak jadi merajuk la Abang, kita nak makan kat mana ni sayang?" Ucapku. sambil tersengih kerana melihat lauk kesukaanku didalam bekas tu, dengan baunya lagi, wallahh.. kecur liur dibuatnya. 

******************

Perjalanan cinta itu sangat subjektif. Apakah itu derita? Yang mana satu sebenarnya bahagia? Ianya di interpretasikan secara berbeza bagi setiap orang. Adakala yang kita nampak bahagia itu hanya berselindung disebalik senyum dan yang kita yakin sedang menderita bergelak kesyukuran dengan kisah hidupnya. Namun yang pasti, ALLAH dah sebut pada kita, boleh jadi kamu rasa itu lebih baik bagimu sedangkan ia tidak, dan boleh jadi itu kamu rasa buruk bagimu sedang baik bagimu, kamu tak tahu kerana kami yang Maha Tahu. 

Seperti aku mula kurasakan derita, tapi disebalik cerita ia sebenarnya permulaan bahagia. Dalam aku berasakan aku terperangkap dalam derita hati ditinggalkan, dia juga sebenarnya duka kerana meninggalkan tetapi memilih utk kekal dalam derita kerana dia ingin membina asas kukuh sebelum benarkan hubungan itu terpaut. Akhirnya, dia kembali kepadaku bila sudah sedia, tapak dan asas dah ada, sekarang menghubungkan dengan landasan atau jambatan ke syurga. Hidup sementara, mati bila bila, tapi adakah kita hanya mahu bahagia sementara kemudian derita selama lama di sana. 

"Baby, nanti dah keluar abi cakap baby number dua tau. Ummi number 1. Jadi jangan harap nak rebut abi dengan ummi tahu.?" Ucapku sambil menyapu perut bulat berisi benih cinta kami ni. 
"Ehh dia sepak lah B, marah kot sayang cakap camtu. Hihihi"tambahku. 
"Ahaha, ada ada ja la sayang ni. Tak kot. Anak tak boleh buat apa, tak ada ummi tak ada baby kan? " balas suami ku. Dia turut sama mengusap perutku. Hari ni genap 9 bulan kandunganku. Kami menanti penuh sabar waktunya. 

"Abang,  sakit..." Tiba tiba, terlalu sakit kurasakan. 
"Ha sudahhh, nak bersalin dah ka? "
"Sakit Abang..." Suamiku bergegas, dipimpinnya tidak, tapi terus mendukung aku menuju ke kereta, terus ke hospital. 

"Abang dah janji nak teman B kan?"
"YaB, abang teman  teman. Kan dah janji tu." Tangan nya kemas menggenggam tanganku. Dikucup lembut dahiku. Saat itu kurasakan betapa hebatnya kuasa yang Esa yang menjadikan hambanya ini dengan rasa cinta terindah ini. Benar katanya, carilah yang halal kerana dari sana datang keberkatan. Kebahagiaan yang total.

Aku semakin lemah. Semakin lama semakin kerap kontraksi. Dari 30 min satu dah jadi 15 min dah sekarang sakit semakin kuat. Maka makin kuat juga lah genggamanku pada jemari suamiku. Dia terus sabar menemaniku. Mulutnya terkumat kamit berzikir. Berdoa agar dipermudahkan jalan ku. 
 
"Push.. Bagus dah tu Puan. Sikit lagi Puan.." Jerit Nurse. Dia memberi semangat kepadaku, minta aku terus kuat berjuang. Aku masih meneran, buat yang terbaik agar cepat selesai. Aku dah tak larat, sakitnya. Baru aku faham kenapa Mama terlalu sayangkan aku, susah rupanya berjuang saat ini. Ya ALLAH, kuatkanlah aku. 

"Puan, lagi Puan. sikit lagi Puan. Encik, tolong, pangku tubuh isteri Encik macam ni, beri kata kata semangat kepada nya. "

"Boleh sayang boleh, teruskan meneran, sikit lagi tu. " Bisik suamiku. 

"Encik mai sini, nak tengok kan macam mana baby keluar, mai sini." Panggil Nurse. 

******************

"Abang." Bisikku. 

"Abang.." Bisik lagi. Memanggil suamiku.

"Huh, sayang cam mana? Dah selesai ka? ehh Abang kan mana ni? Soal suamiku. Sambil mengangkat tubuh dan kepala menerawang kiri dan kanan.

"Hishhh, kenapalah Abang tak beritahu yang Abang ketar dengan darah, dah pengsan kat sana, nasib la masa tu Baby dah keluar, kalau tak jenuh nurse pening nak settle mana satu tadi. Ahaha, lawak la Abang ni."

"Dah janji kan? Takkan abang nak kata tak boleh, Lagipun Abang ingatkan Abang boleh tahan darah tu tadi, sekali...." Balas suamiku. Belum pun sempat dia berkata kata lagi, Satu ciuman paling manis aku hadiahkan buatnya. "Terima kasih Abang. Abang yang terbaik, dan akan selamanya jadi yang terbaik buat B"


******************

"Alhamdulilalh encik, encik sesuai sekali dengan isteri encik, andai setuju, sila turunkan tandatangan di sini, dan kita akan jalankan pembedahan ini segera "

"silakan doktor, jangan buang masa lagi, ini mungkin satu satunya cara untuk menyelamatkan dia."

"Encik, maafkan kami, setelah puas kami buat  full checkup, barulah kami dapati organ isteri encik sudah rosak. Maafkan kami kerana tak dapat kesan benda ini lebih awal, kami juga hairan, macam mana isteri encik begitu kuat sampai sekarang dapat bertahan. "

"Tak apalah doktor, siapalah kita untuk mendapat gambaran jelas mengenai kehidupan, kunci itu hanya ada pada ALLAH. apa pun doktor andai itu sahajalah yang mampu untuk menyelamatkan dia, saya rela. Buatlah apa sahaja doktor, asalkan dia dapat diselamatkan. "




"Aidil, perlukah Aidil yang buat benda ni, kenapa tak bagi Mama dan Papa ja yang buat?"

"Mama, Papa, kan Aidil pernah janji akan menjaganya, walau dengan nyawa, Aidil sanggup buat apa sahaja untuk nya Mama, Papa. Aidil dah sakiti dia satu masa dahulu, berilah peluang kepada Aidil untuk buat kali ini, insyALLAH Ma, Pa, doktor pun kata tak berisiko sangat pun, tak ada apa apa la tu kot. "

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Tetap cinta selama-lamanya

Cinta, sesuatu yang tak terungkap dengan kata. Ianya indah, keindahan tak terbayang dimata, tak terucap di kata, namun, kadang kadang, ianya dinodai, bila sepadannya ia digunakan demi menggapai syurga abadi, ianya disalahgunakan. Salah laku dan dosa lebih sinonim dengannya. Ketika itu, hati memilih untuk kekal kerana ke'sedapan'nya, namun hati yang tak mahu berganjak itu akan kekal dengan dosa, memusnahkan keindahan yang sepadannya menjadi nikmat kepada fitrah semulajadi. Percayalah, andai sudah ditentukan, ianya pasti bertemu, tak perlulah dirisaukan cinta yang belum hadir. Luh Mahfuz menceritakan segalanya Jodoh, Rezeki, Hidup dan Mati. Biar ia sampai ketika kita bersedia, bersedia menjadikannya landasan untuk menuju jalan syurga. Waktu itulah cinta ada pada kemuncak keindahannya. Cinta yang menuju jalan ALLAH itulah Cinta yang sejati, cinta yang doa doa akan abadi, bukan hanya disini, membawa ke taman di sana. Mudah mudahan. Amin. 

Doakan aku dan dia. Doakan semuanya. 

Tetap cinta selama lamanya...

Saturday, 28 January 2012

Cerpen | Selamat Ulang Tahun Sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

"Saya suka awak." Kata-kata ringkas dari bibir nya yang membuatkan Natasya terpaku diam seketika. Bagaikan kurang percaya dengan apa yang diluahkan sebentar tadi. "Entah ya, entah tidak. Adakah sekadar ucapan dari bibir atau kata dari hati yang ikhlas diluahkan buatku." Bebel Natasya dalam hatinya. 

"Saya suka awak. Awak dengar tak ni?" Ucap Zaiful. 

"Jadi? kalau awak suka saya, apa perlu saya buat? " Soal Natasya. 

"Awak suka saya tak? " Soalan perangkapkah ini? Natasya tertanya-tanya dalam diri. Adakah Zaiful benar-benar inginkannya, atau hanya sebagai tempat melepas rasa selepas diri ditinggalkan kekasihnya. Natasya hanya mendiamkan diri. 

*****************************************

"Andai saya terima awak. Tapi apakah jaminan awak yang ini bukannya satu penipuan?" 

"Penipuan?" 

"Lelaki. Semua sama sahaja, bila mahu terkejar-kejar, bila dah jumpa yang lebih baik, jangankan sejuta tahun kebaikan diingat, tapi untuk menolak, hanya kerana sepalit hitam pun bisa dijadikan alasan. " Balas Natasya. 

"Saya ikhlas. Saya tiada dapat berjanji, kerana hati itu biarpun di tubuh saya , tapi ALLAH yang memegang kuncinya, sayang dan cinta walau mulut mudah berkata, tapi ALLAH yang izinkan perasaan itu, tapi, andai kata sekarang awak bertanya pada saya, saya ingin sekali katakan yang saya mahu awak menjadi isteri saya. Sudikah awak mengahwini saya?" 

Natasya terus terkedu. Subhanallah. Tiada pernah dia berjumpa lelaki sebegini straight-to-the-point. Meluah kata berdepan tanpa berselindung. Tak macam lelaki diluar sana yang berselindung disebalik mulut manis, seandainya satu hari nanti tiada lagi madunya, tertinggallah ia sepah dibuang. 

"Sudikah awak menjadi isteri saya Natasya? Jika awak sudi, maka akan saya hantarkan kedua ibu bapa beserta rombongan menemui keluarga awak supaya kita bisa diijabkabulkan." 

"Awak biar betul? Awak baru kenal saya, takkan semudah ini awak meminta untuk bersama saya? "

"Sepertimana saya katakan tadi, hati walau ianya adalah ditubuh saya, tapi perasaan itu milik ALLAH, dan cinta, adalah anugerah terindah untuk hambanya yang bergelar manusia, saya yakin benar dengan apa yang ditakdirkan buat kita ni." 

"Kahwin tanpa cinta? "
Zafrul tergelak. "Cinta itu dipupuk, sayang itu boleh dibaja. Mungkin bagi sesetengah orang ianya menghairankan, tapi tiada yang pelik bila berkaitan soal hati ni kamu, ALLAH yang berikan semuanya, dan dia jugalah yang berkuasa menariknya. Janganlah kerana masyarakat kini mengejar nya kerana takutkan akan kahwin dengan yang tak dikenali tapi tiada janji yang hubungan itu kekal selamanya bukan? Pilihlah cinta pada ALLAH nescaya dia kurniakan kita dunia yang cintakan kita." balas Zafrul. Panjang lebar, tapi penuh dengan pengertian mendalam yang membetulkan fikiran Natasya mengenai cinta. 

*****************************************

Setelah berfikir selama beberapa hari, mereka bertemu lagi, kali ini Natasya terus kepada jawapan pada persoalan yang diluahkan Zafrul tempoh hari. 

"Saya terima, tapi saya ingin mencapai cita-cita saya dahulu. Adakah awak akan menunggu saya? "

"Andai telah dijodohkan kita, tiada yang bisa menghalang kita dari bersama, kerana sudah tertulis di luh mahfuz tentang siapa yang bakal bersama kita awak. Saya pegang kepada perkara itu. " 

"Terima kasih awak. Saya janji akan setia dengan awak. Walau sejauh mana pun saya pergi." 

"Awak, jangan berjanji. Cukuplah sekadar awak fikir untuk menunaikannya didalam hati. Tak manis bukan kita berjanji kerana kita tak tahu pun apa bakal jadi di masa hadapan, katakan ianya tidak berjaya ditunaikan, bukankah itu satu kezaliman buat insan yang memegang kepadanya? " Zafrul mengingatkan. 

"Baik awak. Terima kasih awak. Terima kasih sangat. saya akan ingat pesanan awak tu. "

*****************************************

Kata sudah dirungkai, walau janji belum dicapai, namun, ianya bagaikan kata bersemangat penuh kuasa yang memberikan keduanya kekuatan untuk menunggu tahun-tahun mendatang. Zaiful sedang bersiap untuk berlepas ke luar negara, dia ada tugasan luar negara yang perlu dia hadiri. Sambil-sambil lidah menyanyi-nyanyi lagu Imran Ajmain yang dipasangnya.

Dia tersenyum sendiri bila menyanyi di bait "Kini kau bersayap, pergilah terbang , Rentaslah langit cita cita mu , Harap nanti kita 'kan bertemu ", baginya kata-kata ini punya persamaan yang tepat untuk hubungan dia dan Natasya. Sayap untuk terbang, mencapai cita yang ingin dikota sejak sekian lama, dan didalam hati berharap nanti akan bertemu, dan menunaikan kata yang ingin sekali dikota.

*****************************************
 03 March 2009

1 Email received.

Natasya pantas mencapai tetikus miliknya. Digerak-gerakkan menemui email yang dihantar tadi, kemudian menekan button kiri untuk membuka email yang diterimanya. Dia yakin email yang diterimanya adalah daripada adalah daripada bakal imam yang dirinduinya. 

Assalamualaikum.

Menemui Natasya yang dikasihi, 
Selamat ulang tahun saya ucapkan kepada kamu. Perlahan benar rasanya melalui tahun kedua kita. Tetapi ini merupakan satu pengalaman yang baik bukan untuk mengajar kita bahawa jauh itu tidak bererti jauh dari hati bukan? Apa pun, yang sebenar-benar perlu dirindui adalah rahmat Cinta Ilahi, moga-moga kita bakal disatukan bila tamat tempoh kejauhan ini. Amin.

Terimalah lagu ini khas buat awak. 

ikhlas, Zaiful

Tanpa membuang masa, Natasya terus memuat turun file yang dilampirkan bersama email itu. Sebaik selesai sahaja memuat turun. Terus dia memilih option Open File dan terus berkumandang lagu yang dikirimkan buatnya itu. 

Yang tulus ikhlas | Ingin sekali sekala dirinya dibalas | Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi | Ingin sekali sekala jadi penerima | Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta | Dan leburkan saja serpihan calar derita

Natasya tersenyum. Kata-kata dalam bait lirik lagu ibarat kata-kata yang diluahkan Zafrul. Dia tahu yang lelaki itu tak berani meluahkan melalui ucapannya, atau tulisannya, tapi dikirimkan sesuatu untuk menjadi luahan perasaan buat Natasya. Belum pernah Natasya berjumpa insan seistimewa Zafrul, kata yang terluah itu penuh dengan pesanan buatnya.

*****************************************

Natasya mendengar dengan penuh sayu, mendalami lagu yang menjadi trademark kisah dia dan Zaiful. Lagu yang pernah dihadiahkan kepadanya pada hari ulangtahunnya yang lalu. Lagu ini punya kisahnya yang tersendiri. Bagaimana dua jiwa yang menginginkan cita-cita, memilih untuk pergi dan berpisah seketika, dan kemudiannya kembali menyatu kasih. Benar-benar cocok dengan kisah dia dan Zaiful. Dia dengan ijazah luar negerinya, manakala Zaiful dengan tugasan luar negara juga, yakni seorang wartawan yang ditugaskan diluar negara. 

Sepanjang tempoh mereka berjauhan, tiada kata diluah seperti pasangan lain yang berlumba-lumba meluah rasa kepada buah hati masing-masing.

"Kenapa awak tak pulang-pulang Zafrul? Adakah kerana saya gagal untuk tampil pada tarikh janji kita awak pilih untuk melupakan saya?" Natasya sebak bila dia hadir ke tempat yang sepatutnya mereka bertemu. Dia sedih kerana Zafrul tidak hadir pada hari perjanjian mereka sepatutnya dimuktamadkan.

*****************************************
Berlalu sudah janji yang diikat empat  tahun yang lalu. Namun, Zaiful belum mahu menonjolkan dirinya. Natasya masih menanti. Benar kata orang, hati bila sudah terpaut, jangankan berbulan, bertahun, malah seumur hidup juga bisa dihabiskan dengan menanti yang tersayang kembali kepada diri. Natasya memilih untuk membawa diri ke luar negara.

"Hye, Natasya how are you? Still remember me? " Akasya menyoal.
"Eh, Akasya. what a considence meeting you here. What are you doing here? "

"Actually im doing my PhD here. And you?" 

"Umm. nothing. Just come in to relax my mind."

"Are you married? " 

"Not yet, and you? " 

"Im married to Afeefa. Our classmate, still remember her? "

"What? wowww. its a surprise. Do i have any niece or nephew? " 

"We have 3. ehhe. " Sambil tersenyum. Belum sempat Natasya berkata-kata, Akasya menambah pula, "You know what? suddenly im starving nasi minyak. When is yours? " 

"Married? errr..." 

"Something went wrong?" 

"Umm nothing...." 

*****************************************

Seminggu di luar negara, Natasya kembali ke tanah air. Sesuatu yang mengejutkan menantinya di tanah air.

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Natasya seperti terperasan sesuatu, bayangan seperti seseorang yang dirinduinya. Natasya terintai-intai bayangan itu. Dari belakang, memang menyerupai insan yang paling dirinduinya, Zafrul. Natasya bergerak laju dari lelaki berkenaan, sekarang dia berada di hadapan lelaki itu pula.

Memang sah , itu adalah Zafrul.

Natasya tidak dapat menahan dirinya lagi, dia menunggu sehingga lelaki itu kedepan melepasinya, seperti tidak tertahan, Natasya menarik tangan lelaki berkenaan.

"Zafrul........". Kerinduan yang tidak dapat tertahan lagi. 3 tahun mengikat janji bersama 3 tahun lagi kehilangan perit yang perlu dihadapinya.

Terpisat-pisat lelaki itu memerhatikannya. Penuh tanda tanya baginya. Kenapakah wanita ini menarik tangannya, sedang dia tidak langsung pernah bertemu malah kenal dengan wanita ini. Seraya bertanya "Siapa awak?"

"Zafrul? Awak tak kenal saya? " Air mata berjujuran dari matanya.

"Zafrul? Saya bukan Zafrul. Saya Zafri. " Balas lelaki itu lembut.

"Mana mungkin, Wajah awak saling tak tumpah macam Zafrul" Natasya masih mahu menegakkan kata-katanya.

Akhirnya, terdedahlah kenapa Zafrul tidak hadir menyambutnya ketika tarikh janji itu sepatutnya dinoktahkan. Rupanya dia sudah pun pergi menemui Ilahi ketika tibanya tarikh itu. Pada masa itu, dia sedang dalam perjalanan menemui Natasya, tapi dia terlibat dalam satu kemalangan, dia koma dan meninggal setahun kemudian.

*****************************************

Rupanya Zafri adalah kembar Zafrul. Dan Zafri pernah cuba mencari Natasya, tetapi tidak bertemu sejak sekian lama. Namun ALLAH itu Maha Mengetahui, tidak diberatkan ujian keatas umatnya melainkan dengan kesanggupannya. Dipertemukan Natasya hari ini, setelah Natasya bersedia untuk menerima hakikat sebenar penantiannya. Hari ini , Natasya dapat juga mengenggam warkah terakhir arwah Zafrul yang diserahkan kepada Zafri setelah sekian lama untuk diberikan kepadanya.

Assalamualaikum awak,
Tika awak membaca warkah ini, saya sudahpun tiada kerana sudah menemui Yang Esa kerana sudah tiba masa saya dikembalikan kepadanya.

Seperti pesanan saya suatu masa dulu, tiada yang akan kekal di muka bumi ini bukan. Sepertimana firmannya dalam surah Al-Anbiyaa ayat 35, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. "

Percayalah bahawa ini bukan sesuatu yang buruk, tapi adalah cubaan yang diberikan kepada kamu. Bangkitlah dari kesedihan dan capailah impian kamu bersama bakal imam kamu. Kita semua adalah Milik ALLAH.

Ini sebabnya kenapa saya tak berani berjanji dulu awak. Kerana kita tidak tahu bukan bila kita akan diambil, sebab itu saya jauhkan kita sebanyak-banyak agar hati tidak terpaut pada sesama kita kerana saya taknak awak atau saya terlalu rindukan seseorang yang bukan halal bagi kita. Ianya perit awak bila difikirkan, tapi ia sudah termaktub sejak dari dulu lagi.

"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan" (Al Waaqi’ah : 60)

Jaga diri awak.
-Zafrul

"Sabarlah, DIA lebih sayangkan Zafrul. "

*****************************************
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Penantian yang bukan tidak pasti, tapi sebenarnya si dia sudahpun pergi menemui Ilahi. Juga pada hari mereka berkira-kira untuk bersama. Ketika janji sudah tiba due-date nya. Tempoh yang diikat akhirnya menemui noktahnya, namun apakan daya, sepertimana yang kita tahu, jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah rahsianya, tidak pula kita diberikan kelebihan meneka, atau meramal apa, siapa dan bila kita akan menemui semuanya. 

Natasya tidak dapat menahan sebaknya namun redha dengan ketentuannya. Kerana sudah termaktub buat mereka yang ini merupakan pengakhiran nya.


*************Tamat************ 


Pesanan : Jangan kita berjanji kerana janji itu bukan milik kita. Kerana kita tidak tahu adakah kita masih wujud atau tidak masa itu nanti untuk menunaikan janji kita?  Biarlah masa depan terus menjadi teka teki.

Thursday, 26 January 2012

Cerpen | I want to hold your hand

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Hai awakkk.. " Ayeem menyapa.

"Hai". Balas Alia.

"Awak sehat tak ni? kua makan jum?" Ayeem mengajak.

"Tak nak aa. Saya baru lepas makan ni Ayeem." Balas Alia. 

"Leh la,. leh la,, temankan Ayeem je. " 

"Taknak. len kali ye Ayeem?" Balas Alia. 

Alia dan Ayeem. Dua watak berlainan karektor. Satu mesra alam, habis satu bangunan dia boleh tegur bila dia dah mai angin gila sawan, dan satu lagi, berlawanan, sangat pemalu, kurang bergaul tapi tidak sombong, cumanya menjaga adab sebagai gadis. Keduanya pantang berjumpa sebab kalau jumpa, ayat wajib keluar dari mulut Ayeem adalah "awak nak keluar dengan saya tak?", perkataan yang pasti buat mana-mana orang rimas dengan nya. Tapi Alia seorang saja dapat 'absorb' sebab dia tahu, Ayeem ni baik sebenarnya cuma nakal-nakal sikit je. 

************************************

"Alia, kau tak semak kepala ke melayan budak Ayeem tu?" Soal Salwa. 

"Semak kepala? maksud kau?"

"Ye lah, tiap masa kalau nampak kau, bukan macam nampak hantu, tapi dah macam perempuan tengok banner diskaun 100% kau tahu tak? Excited betul dia. "

"hihi. Tergelak aku dengan persamaan yang kau buat ni. Tak adelah, Aku rasa dia tu budak baik. Kau je kot yang rasa macam tu. " 

"Aku? Kau tahu tak satu bangunan ni kenal dengan dia. dan satu level bangunan ni tahu cerita kau ni."

"Tak apalah, nak buat macam mana. Mungkin dia selesa kot berkawan dengan aku. " Balas Alia. 

"Ikut kau la. Aku cuma tanya sahaja. Tapi aku tahu dia tu budak baik. Cuma sikap dan perangai tu ala kanak-kanak riang tu buat aku heran tu. " 

"Asal dia bahagia. " Alia menutup perbualan mereka petang itu. 

************************************

"Awak,  cer awak tengok dalam makanan tu. Awak nampak sesuatu tak? "

"Nampak apa awak? "

"alaa.. yang bentuk-bentuk cam hati tu. Takkan awak tak perasan? "

"bentuk hati? opss. saya dah makan separuh la awak. tak perasan la. Kenapa? "

"makan? alaaaaaaa" . Muka Ayeem berubah. macam sedih je lepas apa yang dia buat tu macam tak disedari Alia. Alia hanya tersenyum melihat Ayeem. Muka dah macam ayam berak kapur je lagaknya.

"Yang ini ke? " Alia menunjukkan apa yang dimaksudkan oleh Ayeem tadi. Sampai ketelinga senyumnya Ayeem bila melihat apa yang Alia tunjuk.

"haa, yang tu la..saja nak sakat saya la tu. werkssss..  " Sambil dijelirkan lidahnya pada Alia.

Keduanya tersenyum penuh makna.

************************************
  
_tett tetttt you got SMS._

Hp Cokia E77 Alia berbunyi. Pantas dicapai telefonnya, kemudian ibu jari pantas menekan button Open di sudut kanan screen telefon miliknya. Dia terkejut dengan apa yang dibacanya.

 ----
Awakk.. awak..
tengok kiri nampak awak, tengok kanan nampak awak, tengok awan nampak awak, tengok bintang nampak awak, napa ya awak? Saya rasa saya dah in love dengan awak.. gulpppp~~
-Ayeem
---

Lantas jarinya pantas membalas.

Saya belum bersedia.
-Alia

************************************

Alia tiba ke tempat kerjanya. Sebaik tiba di tempat duduknya, dia dapat melihat ada sekeping kertas yang berbalut dengan sampul berlapikkan keyboard nya. Lantas di capainya sampul berkenaan sebelum bontot dilabuhkan pada empuk kerusi nya.
---
Alia, Saya tunggu awak..
Ikhlas, Ayeem
--

Alia tersenyum sendiri. Dalam hatinya bermonolog. "Ya ALLAH, budak ni tak menyerah lagi."

Begitulah hari-hari mendatang buat Alia. Ada saja menda baru yang menemuinya tiap hari. Ayeem tak berhenti dengan ucapan kasih memohon agar diizinkan dirinya hadir dalam hati, duduk bersemayam dalam ruang itu. Malah bukan kata-kata sahaja yang menemuinya. Malah bermacam lagi perbuatan ditunjukkan demi membuktikan yang dia serious pada kata yang diluah setiap hari.

Hinggalah pada satu hari, Alia sedang bergerak menuju motosikalnya, tapi dia pelik bila mana terlihat ada sesuatu yang diletakkan didalam helmet nya yang dikuncikan pada seat motosikalnya. Tangan perlahan mengambil barang yang diletakkan di dalamnya. Tika terkeluarnya benda yang dilihatnya tadi dari sampulnya dia tergelak sendiri, bila melihat rupanya yang ada padanya adalah sebuah kotak kecil berisi hati berserta tulisan di atasnya,

"Saya berikan hati saya pada awak. Ambil dan simpan tau.
p/s : saya nak dari awak jugak. boleh la.. boleh laa..."


Alia benar telah terpaut pada kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ayeem. Hatinya sudah mulai menerima kehadiran Ayeem dalam hidupnya. Lantas SMS Ayeem malam itu dibalasnya dengan serangkap kata,

"Baiklah, saya terima. "
-Alia

 ************************************

Lagu The Beatles bergema di dalam rumah. Bukan itu sahaja, Ayeem menyanyi lagu itu dengan penuh perasaan sekali. Seronok barangkali. 

Oh yeah, I'll tell you something | I think you'll understand | When I say that something | I want to hold your hand

Oh please say to me | You'll let me be your man | And please say to me | You'll let me hold your hand

"Hai, seronok kau petang ni Ayeem? Menyanyi sakan. " Soal  Afiq. 

"Seronok ke? Rasa macam ni ja aku selalu." Balas Ayeem

"Takde nye. Lain macam sikit kau hari ni. " 

"Iye ke? " Ayeem cuma tersengih. 

"Ada apa-apa ka ni? Story la dekat aku." Afiq cuba untuk mengorek rahsia disebalik keseronokan pelik sahabatnya petang ini. 

"Tak ada apalah.." Ayeem cuba menyorokkan

 ************************************

Awak, kata nak keluar? kenapa nak naik moto lelain? jom la bonceng?
"Maafkan saya awak. tak boleh la. Awak nak keluar boleh, tapi kita naik asing la. tak manis anak dara naik moto dengan lelaki. "

"Alaa, kata awak dah terima saya? takkan nak naik mto berdua pun tak boleh?" 

"mesti la tak boleh, saya terima awak jadi seseorang yang bersedia untuk jadi suami saya, tapi belum jadi kan?" 

Gulppp. Ayeem menelan air liur. Pertama kali dia ditepet baik punya dengan anak dara ni. Sebelum ni slumber badak ja dia merempit dengan perempuan. Maka dipendekkan cerita, keduanya 'saing' bermotosikal menuju destinasi, satu kompleks membeli belah di tengah bandar.

 ************************************

Sesampainya di tempat membeli belah, setelah keduanya me-markir kedua biji motosikal kepunyaan masing-masing, Ayeem cuba untuk memegang tangan Alia. Tapi ditepis kasar oleh Alia. 

"Eh, kenapa pula ni? "Soal Ayeem

"Awak nak buat apa tadi?" Alia membalas. 

"Takkan saya nak pegang tangan pun tak boleh kot? Kan kita nak melintas jalan ni?" Ayeem cuba untuk menegakkan katanya .

"Tidak juga, saya tak benarkan. Awak belum jadi milik sah dan halal untuk saya. Jadi adalah haram untuk kita bersentuhan." Alia menegur. 

"Ye tahu, lebih baik dicucuk dengan besi panas dari bersentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim, kan?" 

"Tahu pun. "

"Saya pernah dengar gitu-gitu je" 

"Kalau dah tahu tak boleh buat la. Tapi kenapa awak masih nak buat? Tahu pun balasan berat tu kan?"

Sekali lagi Ayeem terkedu. Ya ALLAH, dahsyatnya dia kena ceramah petang ni. Tak pernah pula dia ditegur demikian rupa sebelum ni. Dia termalu sendiri. Tak sanggup rasanya nak kena lagi. Lantas dia pun terdiam. Mulut kelu hendak berkata-kata selepas teguran kali kedua itu, sampailah Alia menegurnya. 

"Awak jangan la terasa hati dengan saya. Mungkin bunyinya macam saya ni kolot, tak macam perempuan lain kat luar tu, sentuh , berpeluk sakan dengan encik Boyfie, tapi saya bukan spesis tu. Kalau betul awak nak dekat saya, awak akan berusaha nak satukan kita. Lelaki yang baik adalah yang berjaya memimpin perempuan yang dikasihinya ke jalan ALLAH, lebih mendekati Maha Pencipta, bukan yang menarik kekasih mendekati pintu neraka." 

Ayeem tertunduk lagi. Tertunduk malu buat kali yang ketiga. Perkenalan yang agak lama, tapi hari ini sahaja telah banyak menginsafkan dia. Mungkin secebis teguran hanya buatnya, tapi bila mana ALLAH mengizinkan kata-kata menjadi hidayah, maka ditiupkan cahaya kedalam hati untuk berubah.

Ayeem mulai berubah perlahan-lahan. Malah dalam jangka masa beberapa bulan, dia kerja dengan bersungguh-sungguh, kali ini dia tekad, dia bakal menamatkan penantian ini dengan penutup yang nyata, satu perkahwinan yang membenarkan setiap sentuhan itu menjadi sentuhan keramat, kerana bersamanya turut diselitkan pahala, yang mana dari celah-celah jari gugurnya dosa-dosa.

 ************************************

Semuanya mengaminkan doa. Bersyukur kehadrat ALLAH setelah kedua mempelai disatukan. Ayeem Azri dan Alia Maisara telah disatukan dalam satu majlis pernikahan serba serbi sederhana. Keduanya mengaminkan doa dengan penuh kesyukuran. Titik pertemuan yang dari mata terjatuh ke hati akhirnya diterjemahkan dengan hubungan suci bernama perkahwinan.
Malam pertama pernikahan menjadi titik mula buat mereka yang bergelar suami dan isteri. Sebaik selesai berkemas, Alia menuju ke bilik peraduan pengantin mereka yang dihias indah bertabir merah dan hitam. Ayeem yang baru selesai membasuh periuk belanga perkahwinan tadi menuju ke bilik tidur. Dari tadi, impian hendak bermanja dengan isteri disangkal kedua ibu dan bapa mertuanya, dipaksa untuk mencuci periuk oleh abang iparnya, dan dibuli isteri kerana disuruh membuang sampah di tempat sampah yang agak jauh dari rumahnya.

Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Dia pun berganjak ke bilik tidur sebaik melihat yang isteri nya sudah tiada di depan mata. Sebaik memasuki biliknya, dia terkejut bila mana Alia menerpa ke arahnya. Dicapainya tangan dia lembut-lembut dan dipeluknya erat, sambil membawa Ayeem ketempat peraduan mereka. Ayeem menjadi hairan, lantas ditanya pada isterinya. 

"Alia, kenapa Alia tetiba pegang tangan abang erat-erat ni? "

"Hari ni kan hari sah Alia dan Abang, jadi Alia pegang la erat-erat, cium banyak-banyak kali tangan abang. Ingat tak dulu Alia meningkah perbuatan Abang kat Alia? Tapi hari ni, Alia tunaikan la. Secara sah dan Halal buat kita berdua wahai suamiku. " 

"Finally i got the chance to hold your hand kan Mrs Wifey? " Ucap Ayeem. Keduanya berpeluk erat.


I Wanna Hold Your Hand by Foxtrot

Wednesday, 25 January 2012

Cerpen | I Was Born to Love You

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Benci la dekat kau ni. Perangai macam apa lagi. " Aku mencebikkan muka. Benci sungguh nak melayan jantan ni. Ha ambil kau, jantan terus aku panggil, tak henti-henti nak mengganggu aku.

"Awak, benci-benci nanti sayang tau. " Balas Sobri. 

"Sudahlah." . Aku terus berlalu, tak lalu aku nak layan dia.Perangai dah la buruk, muka pun takde la hensem sangat. 

Aku terus bangun dan berlalu. Menuju ke kedai terdekat dengan harapan dia takkan mendekati aku lagi. Aku dah lama hilang sabar dengan jantan tu. Entah dari mana dia datang. lepas tu nak ngorat aku. 

***************************************

"Yah, kau ni aku tengok macam anjing dengan kucing dengan Sobri tu. Napa tak kau beri peluang je kat dia tu? Aku tengok ok aja budaknya. " Soal Qaisara, sahabat baik aku, merangkap jiran sebelah katil juga jiran sebelah kerusi dekat office.. 

"Dia tu perangai macam setan weh, kau nak aku layan dia tu? takpe la, kau nak kau ambil la dia tu. aku taknak." 

"kau ni kan. nanti dah lekat baru tau."

"Lekat? apsal, kau ingat aku letak gam ke? Malas layan kau ni. "

[Diam-diam.. berpandangan..Mata bertentang mata..Malu-malu.. aku malu..Kau buat begitu..
Jeling-jeling.. kau menjeling..Senyumanmu menggoda..Lama-lama.. dalam diam Aku jatuh cinta.. ]

Nyanyi Qaisara, sambil menari-meliuk lentuk depanku. Aku terus dapatkan dia. Lompat atas katil dia, kemudian menggeleteknya. Terkekek-kekek dia gelak. Nakal budak ni, tapi tak pernah sunyi aku tinggal bersama dengan nya. Sunyinya tidak la, tapi kekadang tu pedih telinga nak melayan buah fikirannya. Terutama bab lelaki ni. Semak perut la aku rasa.

***************************************

"Yah , saya nak kamu selesaikan projek ni by this week. Saya tak kira. " Tegas Enhik Ady majikan kami.

Sudah. Satu lagi penyakit jiwa dah datang menemui aku. Bencinya la. Dah la suruh aku tolong dia. Lepas tu nak aku wat cepat-cepat. Ikutkan hati nak aja aku balas kerja dia ni buat macam HARR lepas tu bagi dia kena tapi tak sampai hati plak, sebab nanti aku juga yang jadi mangsa bila dia dah berdendam dengan aku. nak tanak aku kena llayankan jugak aa.

Aku bangun dari tempat Encik Ady, menemui Qaisara.

"Qai, aku kena dah. "

"Apa yang jadi weh? "

"Abang sayang kau la, apa lagi, disuruhnya aku selesaikan kerja ni dalam minggu ni juga"

"Eh cepatnya? bukan dia kata nak minggu depan ke?"

"Itulah dia, kena sawan apa tah, nak juga minggu ni. Jenuh la aku nak selesaikan kerja ni. "

"Nak aku bantu tak?"

"jom temankan aku. Aku nak beli barang sikit. Nak selesaikannya secepat mungkin. "

***************************************

"Tolonggggg~~~ " Jeritku. Mulut menjerit, tapi kaki mengejar.

Belum pun sempat aku berlari lebih jauh lagi, satu suara kuat muncul dari belakangku. "Jangan lariii~~".
Aku dapat lihat seorang jejaka, (kacak la kot sebab dia nak jadi hero kan), muncul dibelakangku, dan berlari mengejar sipenjahat tu. Mataku hanya meleret saja melayan larinya dia kehadapan.

Tak sampai setengah jam selepas itu, muncul seorang lelaki dihadapanku.
"Nah, ini beg awak. " .

Sebaik aku mengangkat muka, terus nadaku mendadak naik.
"Awak rupanya. mesti awak yang upah orang tu ragut saya kan? " jeritku. Terus menuduh si dia yang ada di hadapanku.

"Haa? apa kena mengena dengan saya ni? Saya cuma membantu" Balasnya.

"Bantu? Kau tu HANTU. Hantu membantu apa? "

"Sudahkan nak berterima kasih pun tidak, awak tuduh saya pula." Balasnya. Aku lihat matanya melebam, pipinya ada bekas darah . Tapi aku tetap dengan tuduhanku. Lantas terus merentap begku dari tangannya dan pergi meninggalkannya.

"Aku minta maaf bagi pihak Yah, Sobri, " Ucap Qaisara kepadanya.

"Qai, mari pergi. Abaikan dia ni. Dia yang buat semua ni. Kau nak buat baik apa dekat dia?" Kataku. Nadaku masih tidak merendah dari tadi. Aku tak peduli, yang aku tahu aku puas.

Lepas satu, satu lagi yang datang kat aku ni. Kena kacau dengan budak setan, lepas tu boss aku wat hal, ni kena ragut plak. Aku mengejar si peragut, memberanikan diri. Tapi tak kesampaian. Laju sangat dia tu. Tercungap-cungap aku jadinya.Tapi bila hero yang aku kata hensem tu dah datang selamatkan hariku, aku marah dia pula. Kejam ke aku ni? Ahh aku peduli apa. ni mesti kerja dia juga ni.

***************************************

Sejak hari tu aku dah tak bertemu dengan dia lagi. Tapi rasaku tak pernah tenang semenjak tu. Mungkin dia tak bersalah kan? Tapi aku dah mengherdiknya dengan sedahsyat itu. Entah lah, rasa serba salah pula , tapi rindu pun dah muncul dalam hati sejak dia hilang kebelakangan ni. Tapi satu hari aku dikejutkan dengan berita yang aku bakal diijabkabulkan dengan seseorang.

"Ibu napa nak Yah kahwin dengan dia? "

"Dia adalah pilihan terbaik buat kamu sayangku."

"Pilihan terbaik? Ibu tahu tak yang Yah tak sayang dia? Yah tak suka dia? "

"Sayang, kahwin tak semestinya sebab sayang. Kahwin tak semestinya sebab dah bercinta sayangku." balas Bapaku. Aku rasa sangat tekanan.

"Benar sayangku. Masyarakat kita dah salah dalam bab ni. Kita kahwin sebab kita dah bercinta , sebab kita dah sayang. kata kita la. tapi sebenarnya kita akan kahwin dengan JODOH kita sayang. " Ibu cuba menenangkan keadaan.

"Keputusan Bapa muktamad. ". Ucap Ibu.

"Tapi Ibu..."

"Ibu dan Bapa dulu kahwin tak kenai pun. Malah bahagia sampai sekarang. Ni ha adik beradik kamu berapa orang? 11 orang. Itu tara kahwin tak kenai. Tapi cinta subur ja sampai sekarang. Apa lagi kamu mahu?" Bapa berucap dengan ketegasan. Aku kenal benar bapa. Dia takkan putuskan sesuatu melainkan dia dah fikirkan baik dan buruknya. Dan aku, masam mencuka, cuba menidakkan yang sudah diputuskan tapi aku silap sebab aku tahu semua ni takkan menjadi. Yang dapat aku lakukan hanyalah menerima.

***************************************

Majlis akad nikahku.
"Aku nikahkan akan dikau dengan Siti Nur Khairiyah Binti Adenan dengan mas kahwinnya 1111.11 tunai. "

"Aku terima nikahnya Siti Nur Khairiyah Binti Adenan dengan mas kahwinnya 1111.11 tunai.". Ucap bakal suamiku. Aku hanya mendengar dari jauh. Sepanjang tempoh 3 bulan pertunangan kami, aku langsung tak rasa hendak berjumpanya. Malah, nak kenal pun tak . Ibu dan Bapa yang menguruskan segalanya. Aku akur dalam sedih. Siapalah aku membantah keputusan mereka.

"Yah, mari sini sayang. Salam dengan suamimu. " Panggil bapa.

Sebaik aku melihat wajah suamiku. Aku tergamam. Wajah seakan kukenali. Tapi seakan pudar dalam ingatanku. Kerana wajahnya mirip dengan satu watak paling aku rindu sejak zaman kecilku. Iaitu sahabat baikku Akish. Tapi yang aku pasti, dia adalah Sobri, watak Hantu yang paling aku benci. Aku langsung tak sangka, Sobri adalah Akish. Tapi kenapa aku langsung tak dapat nak teka dari dulu?

***************************************

Sebaik kami masuk ke bilik, aku terus menyoalnya.

"Kenapa awak tak tunjukkan diri masa mula kita berjumpa? Dan kenapa mesti jadi watak jahat untuk hadir dalam hidup saya? "
You are the one for me | I am the man for you | You were made for me | You're my ecstasy | If I was given every opportunity | I'd kill for your love 
"Tapi kenapa awak? Kenapa? "

"Awak ingat tak awak pernah marahkan saya sebab saya tunjukkan satu kotak kat awak? Dalam tu ada bunga , tapi saya letak dalam kotak. Awak marah saya, awak tengking saya sebab kotak tu, tapi awak lupa kan? Dalam kotak tu juga awak pernah bagitau saya, "kotak ini ibarat hati aku, andai kau sudah bersedia memberikan hatimu buatku, kau hantarkan kepadaku kotak ini, aku bakal terima apa sahaja yang ada didalanya. "

I was born to love you | With every single beat of my heart


"Kotak? Bunga kering? Hati? " Aku mulai terkedu.

"Lagi, masa awak marahkan saya, ketika awak di ragut, awak tuduh saya, awak jeritkan dan tengking saya sekuatnya, lepas tu awak pukul saya dengan beg selepas awak rampas dari tangan saya kan? Mesti awak lupa kan? satu masa dulu, saya pernah janji nak melindungi awak, saya kata, andai kata satu hari saya diberi peluang menjadi 'hero' saya pasti takkan bazirkan masa dan peluang tu, walaupun saya kena hentam , kena belasah, kena bunuh sekalipun, tapi saya pasti buat sebab saya akan pastikan saya melindungi awak."

Yes, I was born to take care of you | Every single day of my life 

Sekali lagi aku terdiam. Kali ini, bukan kata yang keluar, tapi air mata yang mengalir memenuhi kelopak mataku. Aku sangkakan Hantu, tapi rupanya dia adalah siapa yang aku nantikan dulu kini dan selamanya. Aku berhenti diam dikedudukanku. Malu untuk berbicara. Kelu lidah tidak terkata. Yang kubenci rupanya yang ku sayang.

Perlahan dia datang kepadaku, tepat menghadap mataku, kemudian, tangan menyeka air mata yang tumpah dari mataku, seraya satu ciuman diberikan di dahiku. Kemudian terus menarik tubuhku, memeluk erat .

"I Was Born to Love You , sayang. "

Tuesday, 24 January 2012

Sahabat Sampai Mati.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Facebook
Has : [takde pe..akak de kat kl sabtu ni..kot la leh jumpe kamu ngan Efa petang sabtu tu...]

"Iskhh .. best juga kalau aku boleh join depa ni. Dah lah aku macam tak dapat nak balik je minggu ni. Sekarang dok ada kat JB lagi ni. Ya ALLAH, bila tahun nak sampai kL ni, dengan jalan jammed sebaik keluar dari tol ni, 10-20 km sejam. Bila tahun nak sampai sana ni? " . Monolog ku sendiri dalam hati, sebaik melihat papan tanda bertulis KL - 304 KM. Hati mulai risau. Dahlah hati menjerit-jerit mahu pulang kepangkuan keluarga. Tapi tiket pun tak beli, macam mana ni?

"Assalamualaikum Has, sapa ada esok? "

"Waalaikumussalam. Esok? esok tak tahu tapi malam ni kat Shah alam ada ramai "

"Eh ya ka? agak menarik tu,. woww ada rezeki, cam nak datang juga, tapi tak tahulah, kat highway lagi ni. saya baru lepas Machap "

"Haha dah lepas Yong Peng ni.."

"Nanti kang kalau Saya sampai awai takdak yang nak ngambil kamu, saya pegi la. Dok dalam raga tau?"
"Haha. Ngade, Efa nak duduk mana lak? kat tayar? "

"oo Efa ye, cam menarik idea kamu tu, saya baru nak suruh dia paut kat atas handle tu." balasku. tergelak sangat dengan SMS dari Has tu. Saja ja bagi idea aku nak gado dengan Efa tu.

***********************************

"Tacing~~ Malas nak cakap ng Efa, saya call tak angkat pun tadi" 

"Ala, kan tadi Efa call balik, tak angkat pun?"

"Tidur la. Hihihi."

"Kamu buat apa kat Johor tu Haziq? "

"Kerjalah. sekarang ni dah jadi Tester, jadi kena keluar lah, "

"Jalan merata kamu. Ehh apa kat tangan tu? "  Soal Has. Efa yang berada disebelah mencelah. "Ooo. Tak gtau pun? "

"Oihh mana ada la. " Terus aku menutup jari , terus masuk dalam jacket. Lepas tu buat muka inesen, Buat macam tiada apa yang berlaku. lalalalalaallaala~~

***********************************

"Hello , Assalamualaikum Haziq, where are you? baru bangun tidur ka? "

"ehhe, ye la tu. baru bangun ja ni. Napa?"

"ummm.. kalau hari ni jap agi abg Eddy hantar kitaorang ke mana-mana kat Shah Alam tu, boleh tak kamu datang? "

"boleh aja, tak ada masalah. Jap saya bangun bersiap ye?"

***********************************

"Haa.. lambat la kamu .. haa, lupa, kamu tu kalau mandi mau berjam. kak Adi yang cita kat kami."

"ehh mana ada la. kamu memandai je. " sambil tersenyum penuh makna. tergelak bila teringat kisah Sedenak beberapa bulan lepas. tapi hanya tersenyum sahaja.

"Kamu nak makan tak? " Soal Efa. Namun Haziq hanya menolak. "Tak apalah, satgi la makan ye? " Dia sebenarnya segan nak kata Ya kerana lambat dan taknak yang lain menunggu lebih lama. Lagipun suasana di foodcourt berkenaan panas, tak gamak rasanya nak sahabat nya berpanas kerananya.

"Ha mari, nak gerak dah ni. Nak kena hantar mereka ni pula." Abg Eddy bersuara.

"Ok jum, Haziq, kami tunggu depan simpang ni ya, kamu ambil kereta datang sini ye? " Has memohon. Dari wajahnya dapat aku teka, betapa dia tidak berapa gembira untuk berpisah dengan semua.

"boleh aja, tunggu depan 7Sebelas tu ye? kejap lagi saya sampai. " Aku berikan beberapa minit lagi ketika kaki melangkah ke kereta untuk mereka isi dengan melepaskan kerinduan terhadap yang lain ketika aku berjalan. Namun sebaik aku tiba ke kereta, keduanya sudah ada di belakangku.

"eh, kata nak tunggu kat sana? napa datang? "

"Entah lah Haziq, kaki ni melangkah saja mengikut kamu. " Balas Efa. Aku hanya tersenyum. Ada-ada sahaja mereka berdua ni.

Sebaik di dalam kereta aku bertanya. "Kita nak kemana ni?"

"Mana-mana lah Haziq." Jawab Efa. Has hanya mendiamkan diri dari tadi.

"Mana la saya tahu, saya bukan reti pun nak jejalan sangat ni. Kamu la bagitau nak ke mana? Saya bawa sahaja, tunaikan hasrat kawan-kawan. Comei kan saya kan? kan? " Balasku.

"Kitaorang pun tak tahu. Bawalah ke mana sahaja.". Balas meraka, tapi keduanya dengan nada 'werks' sebaik aku sebutkan perkataan comel sebentar tadi tu.

"Aduh, kalau ikut saya, kita pergi ke Cherakah sajalah." Balasku. Mereka berdua tergelak. Kali yang pertama kami berjumpa adalah di Cherakah. Masing-masing terdiam seketika, tapi aku tak terlupa kenangan itu. Kali pertama berjumpa keduanya, dan masa tu aku tak berhenti menyakat keduanya. tapi langsung tak boleh blah, sebab yang melawan aku tu, ramai sangat. Tak adil tau dakk? Mana aci ramai lawan 1~~

"Kita ke Sentral Kuala Lumpur boleh tak Haziq? " Has menyoal.

"Boleh aja. Bagus juga tu, lagipun saya nak cari tiket la, nak balik Penang. Mama dah suruh balik dah." Balasku. Aku tahu kedua mereka tergelak dalam hati. Apalah manja sangat anak Mama ni kan, balik sokmo. tapi aku diamkan ja.

***********************************

"Weyh, saya nak pergi kat kereta kejap, rasanya saya tertinggal wallet saya la." kataku. Dalam hati ni entah tak tahu nak diluahkan. Risau sangat.

"Kami ke tandas. "

sender : Has

Aku terbaca SMS tu, ketika sedang mencari-cari wallet dalam kereta, habis segala ceruk kereta di punggah namun tidak bertemu. Rasanya kalau ketika ini di jenguk rupaku di kaca cermin, mesti dah pucat ni, sudahlah aku bersama dua sahabat di sini, dengan wallet yang hilang, malulah kalau aku kena pinjam dari mereka. Monologku dalam hati. Kaki ketika ini melangkah laju, menuruni cerun parkir menuju ke tempat awal kami bertapak tadi, di mesin mengambil tiket. Alhamdulillah, ALLAH membantu, dan walletku masih lagi disana. Kemudian, langkahku ke bawah terhenti lagi, dalam kelam kabut, aku risaukan pula kereta di atas, sudahkah aku mengunci pintunya? Terpaksalah aku naik kembali ke atas pula. Berpeluh-peluh aku.


***********************************

"Nah, untuk kamu." Has menyerahkan satu buku buatku. Buku bertajuk "Ilmu Malam Pertama" sebaik aku sampai kepadanya. Puas juga aku pusing tempat ini, namun tidak pula bertemu dengan Efa, tapi aku tahu, budak tu kuat, Superwoman sepertimana buku  Super Wife, Super Mom, Super Women yang ditunjukkan kepada Has tadi. 

"Eh, napa saya pula, kamulah, kamu kan nak kawin?" Balasku. Tersipu malu juga. Tapi aku tergelak, ada ka patut buku camtu tunjuk kat aku. Carilah buku Suami Mithali ka. Ayah Mithali ka, kan ke kena dengan jiwa aku ni? Opss. Aku tersenyum lagi. 

Sepanjang jalan kami bertiga menawaf pesta buku ni, tak berhenti menunjukkan buku yang 'kena' dengan diri masing-masing, dan semestinya, aku tak lepas dari jadi 'mangsa' kepada mereka berdua ni.

"Haziq, ni ha, kamu kena baca ni." Efa mula balik. Sebuah buku bertajuk, Bagaimana menjadi Romantik disua-kan kepadaku.

"Eh perlu ka saya baca buku tu? Taknak aa, rasanya dah cukup suwwitt dah dri ni. " Balasku. Aku tahu aja keduanya mesti bosan dah dengan jawapan tu. Tapi aku layankan aje. Tak apalah kan, nak harap mereka, dah tentu-tentu tak terpuji aku ni. Sebaik di beli semua buku, kami pun beredar. Lokasi seterusnya adalah surau.

Sebaik bersolat, "Saya ada idea ni. Apa kita nak buat lepas ni". Kataku.

"Ha bagus-bagus, memang sedang menanti idea dari kamu Haziq." Balas Efa. 
"Macam ni. Since sekarang ni baru pukul 3, saya cadangkan kita ke Kajang. Saya dan Has akan hantarkan Efa sampai ke rumah. Tapi kita lepak-lepak la dulu, kita pergi makan dulu, lepas dah sampai pukul 4 ka 4 lebih, baru saya akan hantarkan Has pula., boleh tak? " 

"ai kena hantar dulu ya? nanti sapa nak tunggu yu Has? 

"Efa, jangan risau Efa, saya akan tunggu sampai kawan-kawan Has sampai nanti, baru saya balik." 

"nanti malam kamu nak balik pula Haziq, nak tunggu saya lagi, tak letih ka?"

"Tak apalah Has, saya nak naik tren pukul 11, kawan kamu sampai nanti sampai pukul berapa sangat? Tunggu ja la. Lagipun saya tak senang hati kalau main tinggal kamu macam tu aja. Saya ni laki, macam mana pun layan je, risau la tinggal kamu di tempat tak kenai orang ni. " Balasku. 


***********************************

 "Kenapa dengan yu ni Has? " Soal Efa sebaik kami tiba di Tesco Kajang. 

"Rasa tak berapa sihat la Efa, sakit perut ni. " Jawab Has. Ketika ini kami bertiga sudahpun duduk di satu ruang di foodcourt Tesco. 

"Kamu ada ubat tak Has? " Soalku. 

"Tak ada." ringkas sahaja jawap Has. 

"Tunggu sekejap, saya carikan ubat ye? ". Aku bangun, berpusing satu tingkat Tesco mencari ubat buat sahabat. Aku tak sampai hati melihat dia sakit. Sebaik jumpa, aku pun kembali kepada mereka dan menyerahkan ubat iaitu balm yang baru ku beli. 

Kemudian, aku soal lagi, "nak makan tak? nak minum tak? tadi nak minum ABC kan? Saya belikan ye? ". Aku bangun lagi, kemudian belikan mereka ABC yang disebut-sebut dalam kereta tadi. 

"Has, nak makan tak? Efa nak makan tak?" Aku tanya lagi. sebaik ABC dihantar. Keduanya terdiam. Menghalau-halau aku untuk mencari makanan buatku. Aku pula dah tak rasa macam nak makan, aku lebih risaukan perut sahabatku yang sakit dari perutku yang kosong sejak dari tadi. Tak apalah, aku kan lelaki, kuat, tapi mereka sahabatku, aku dahulukan mereka, tapi selepas di desak, aku terpaksa aku, aku cari pula makanan buatku. 

Sesampainya aku ke meja makan, Has dah tak ada. Aku jemput Efa makan, tapi dia menolak, jadi aku pun makan. Kemudian Has sampai. katanya dia tak berapa sihat. Bukan sakit perut biasa katanya, tapi muscle dia yang sakit. Aku pun bercerita kisahku dulu, konon nak legakan dia, tapi tak juga berjaya kurangkan sakitnya. 

***********************************

Jam di tangan menunjukkan sudah pukul 4 lebih. Kami pun memilih untuk bergerak. Hntarkan Efa, kemudian ke Seksyen 17 Shah Alam , hantarkan Has barulah aku boleh pulang. 

"Eh, masjid ni nanti la akan jadi tempat saya akad nikah."  Kata Efa.

"Bila kamu nak kawin Haziq? " Kenyataan Efa disambung dengan satu soalan terhadapku.  Waktu tu, aku sedang mengubah kereta.

Aku berdiam diri sebentar, kemudian, menjawab, "Entah, hujung tahun mungkin. Tapi saya nak bagitahu ni, dalam ramai-ramai yang ada dengan saya, kamu antara yang paling rapat, pastikan kamu dua datang tau nanti majlis saya, kalau kamu tak datang saya tacing sampai mati."

"Eh, sampai mati? mana boleh macam tu Haziq" balas Has. "Kalau macam tu nanti, kenduri saya kamu tak datang nak merajuk juga la" 

Aku tergelak, Efa juga. Lepas tu dia pula "Kenduri saya paling senang Kajang ja, kalau tak datang nanti, siap kamu berdua. " 

Kami bertiga tersenyum bersama. Semua mahukan perkahwinan, mahu ada yang tersayang menjaga diri, tapi semua itu pasti lebih bermakna jika orang-orang penting turut bersama meraikan bukan? Aku harapkan itu, Harap sangat.

***********************************

"Senyap sepi kamu kan Haziq? ". Soal Has ketika kami dalam kereta sebaik Efa dihantar. 

"Biasalah lah Has, saya takut sebenarnya, bila kita sedar yang umur kita, segalanya adalah ketentuan ALLAH, saya taknak bicara sama orang, takut kelak tak jadi. " 

"Itulah kan, takut bila orang mencanang-canang cerita kita kan?" 

"Benar Has, saya penah katakan padanya satu ketika dulu, jika dia temu yang lebih baik, dia bebas untuk pergi Has, saya tidak pernah mengikatnya. " 

"Sedih bila dapat apa yang kamu kata ni Haziq. Terasa diri macam tidak dihargai "
"Bukan begitu maksud saya , tapi saya ni hamba , hidup seorang hamba adalah di dalam lingkung kurnia Tuan saya, DIA yang tentukan segalanya, saya berikan pesanan buat diri dan dia agar sedar yang umur bukan kuasa kita, jadi kita kena senantiasa bersedia dan tidak terlalu berharap." Balasku.

Suasana petang sedikit sunyi, tapi begitu banyak yang dikongsikan. Aku tunduk. Aku malu sebenarnya, dia punya begitu banyak ilmu dan aku hanyalah seorang yang berkata based on sedikit yang aku ada. Dia antara yang merangsang fikiran ku untuk lebih banyak berfikir. 

Kami berhenti di Masjid Shah Alam. Has sudahpun jamak solatnya tadi semasa kami di Sentral Kuala Lumpur, manakala aku tidak, jadi Aku tinggalkan Has didalam kereta. Dia kata dia nak tidur sebentar, jadi aku pilih untuk perlahan-lahan menyelesaikan solatku, berikan dia sebanyak-banyak masa untuk dia berehat, aku risau dia akan berasa tak selesa andai aku kembali terlalu awal dan dia hendak tidur. Sebaik selesai, aku hanya duduk di ruang bawah masjid, sambil berSMS dengan Efa. 

"Bagaimana keadaannya Haziq? Sian kat dia " 

"Tu la . Risau. Kalaulah boleh ambil saja sakit tu. Bagi dia sihat. " 

"Tettt, kebapaan sungguh kamu ni. betul la. Untung kak ipar. Jangan baik sangat Haziq. Segan Has tu nanti. "

"Ala, kita dah macam adik beradik dah dengan semua. Dengan kamu n Has, Tak sampai hati tengok semua tak sihat." Balasku lagi.

"Kitaorang ok je. Kamu tu je yang risau lebih. Taknak rest ke? bukan kamu penat ke? " 

"Ye ke? Maafkan saya kalau kalau kamu rasa tak selesa. "

***********************************

"Has, saya bawakan kamu jumpa doktor ye? "

"Alaa nanti dia beri saya ubat itu juga. "

"Tapi kalau tak pergi nanti kan susah, kamu dok sakit macam tu. Tak apa kita pegi dulu ya? mana tahu nanti doktor tu check, ada penemuan terbaru, dan dia akan beri ubat lain. Siapa tahu kan doktor sini terer sikit dari doktor kat Johor tu. " Pujukku. Sebenarnya aku pun tak tahu mana aku dapat jawapan tu, tapi ianya hanya keluar begitu sahaja. 

"Baiklah. " Jawab Has. Aku hanya tersenyum. Alhamdulillah, makan juga umpan yang aku beri tu kan, tak kisahlah macam mana pun, yang penting dia perlu ke klinik dan dapat rawatan. Itu sahaja yang bermain di fikiranku. Sebaik kami sampai ke Shah Alam tadi. 

"Kawan saya dah datang." Kata Has. Aku tak sempat membawa nya ke klinik. Konon nya tadi sebab ingin mengambil rakannya, tapi bila mendapat tahu semuanya sudah sampai. Kami batalkan niat kami. Itupun sebab dia sudah berjanji akan pergi juga malam nanti.

Perjumpaan kami petang ini berakhir sebaik aku hantarkan Has kepada kawan-kawannya. Aku berasa sedikit tidak puas hati kerana bukan aku yang hantarkan dia ke klinik, tapi tak apalah, sekurangnya ada perempuan yang menjaganya, aku ini lelaki, tiada berkuasa untuk menjaga sebaik kawan-kawannya. Aku doakan dia akan sihat. Moga ALLAH cepat sembuhkan dia. Selanjutnya adalah follow-up dariku sampailah aku puas hati dengan keadaannya.

---

To HaziQ,
Moga ada manfaatnya.

-Has
---

Novel Nukilan Mohammad Zaenudin bertajuk "Semakin Aku Berfikir, Allah Semakin Ada" kupeluk erat. Terima kasih sahabat.
***********************************

Aku tersenyum membaca kisah-kisah nukilan mereka. Bagiku mereka sahabat dunia akhirat. Walau kata orang kami jumpa di alam maya, dan alam maya punya begitu ramai sekali penipu dan pemangsa, tapi aku tahu, mereka bukan spesis itu. Mereka adalah antara insan terpilih yang ALLAH kirimkan buatku, mungkin satu cara mengilap permata diri agar lebih bersinar di masa depan. Satunya ustazah yang menasihat penuh hikmah, satu lagi sasterawati yang direct to the point dengan hujah tepat menusuk ke kalbu. Apa pun yang jadi, aku harap ianya takkan berhenti di sini, moga ALLAH pertemukan kami lagi dalam Syurganya nanti sebagai jiran-jiran ku. 

Ya ALLAH, tolong jaga mereka untukku ya. Amin Yarabbal Alamin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA