Followers

Showing posts with label DEM Family. Show all posts
Showing posts with label DEM Family. Show all posts

Saturday, 13 August 2011

Sahabat Oh Sahabat.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh baru sampai rumah. 3 jam bersama sahabat Nadh. Sahabat susah senang rasanya. Susah dan rasanya memang takkan dapat sahabat macam ni sampai bila-bila.


1. Bila tahu sahabat sakit, sahabat yang susah hati memikirkan. Fikirkan ayah sahabat sakit, kita pun turut berasa kesannya.


2. Tahu sahabat bertunang, berkahwin, kita yang seronok. Kita turut sama meraikan kebahagiaan sahabat.


3. Sahabat susah dan senang. 
"Hang ni sabit ada Mat Remot ja Ame. Kalau dia mati habis la hang."

"Ni kalau dia tak ada pun, aku call saja, Najib ada, Adik ada, Mat Quan, semua aku call mintak duit anytime berapa nak seribu, dua ribu, anytime depa boleh bagi. "


4. Sahabat adalah sahabat. Kepentingan sahabat.
"Kalau kawan aku kena, dia tak kawan dah, hang pun  tak boleh kawan dah dengan dia, kalau hang nak kawan jugak, hang tak payah kawan dengan aku. "


5. Kepercayaan. dan Ikhlas. 
Tak semua ada menda ni dalam persahabatan. Tapi inilah kami, susah, senang, kita tahu sapa yang boleh kita harapkan. Sahabat-sahabat ini juga.


Note :: Hubungan atas nama sahabat, tapi hati macam adik beradik. Takkan jumpa orang macam ini sewenang-wenangnya. Dah ada hargailah mereka.

Note lagi :: Mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan semua DEM Crewz.

Monday, 18 July 2011

2:27 AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam yang sayu kan? Dan 2:27 AM, tapi belum punya rasa mahu melelapkan mata Nadh ni. Lepas tu, tercari-cari satu folder bertulis DEM CREWZ dalam lappy. Tapi tak berjumpa. Lepas tu tangan tercari-cari external putih kesayangan.

Data dicari dalam From E folder. dan jumpa gambar kenangan dalam tu. Satu per satu gambar dibuka. Dan mengimbau kembali nostalgia kisah kegemilangan DEM CreWz satu ketika dahulu. Sebak plak hati ni. Entah kenapa sedih plak teringat sahabat-sahabat Nadh tu. Nadh mungkin rindukan mereka sangat-sangat kot. Kisah yang dah berlaku, memori yang dah tersimpan, dan hubungan yang dah terjalin tu, meninggalkan kesan dalam jiwa kan?

Mereka terbaik, banyak sangat yang berlaku sepanjang tiga tahun tu, Nadh happy mengenali mereka semua. Dah 3 tahun berlalu. Semua dah bawa haluan masing-masing. Walau masih berhubung, tapi tak mungkin akan kembali saat terindah yang pernah berlaku tu kan?

 Kenduri adik Paklan

 OUR farewell Party T.T

 Macam tak pernah naik ketapi benti kan? agagagag

 Lepas habis LAB. Apa lagi, posing la. 

 Pantai Merdeka. 

 Heyyy.. Smart kan suma? Ni masa class kena paksa pakai tie n kemeja.

 Trip to Qlate-Ganu.


Its Our Day. Gosh i miss this time.

Our Last Meeting - Kenduri Pak Lan

Mendoakan mereka semua akan sentiasa berada dalam jagaan NYA. Nadh rindu semua.Moga ALLAH pelihara semua dari kerosakan dunia dan pertemukan semua dalam Taman-taman Syurga satu hari nanti.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA