Followers

Showing posts with label Dem Crewz. Show all posts
Showing posts with label Dem Crewz. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

Kawan Kawen

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tak puasnya rasa kepulangan kali ini. Masa bersama rakan-rakan tadi dirasakan kejap sangat. Hari yang berkejar-kejar, tapi dapat ambil hati semua pihak, keluarga, kakak, n para sahabat.

Bila semua dah temu, gamat jadinya. Dari bertiga, jadi empat, last sekali sepuluh. Semua sorang kecuali sorang tu yang bersama isteri tercinta. Serious kecoh. Sampai tokei pun dah pelik tengok kami.

Antara topik nya, bila yang single pun dah jadi tunangan orang, mulalah merisik-risik, "hang berapa", tertanya tanya masing masing. Macam makin takut pun ada. Yang baru lepas dah 8+, on the way bulan 5 juga 8+, lagi sorang x sempat tanya, tapi paling dasat is 10 + gelang. I miss their comversation tadi. Sounds serious. Ntah la, x berkesempatan tadi.

Then, bincang untuk jersey baru Sagongnyor FC. Cant wait to wear it and play on our comeback matches.

Last sekali, planning for a family gathering once everyone get married. Might be on next year. Wahhh im so excited.

P/s: Bila tengok rmai da lepas. Ng cerita depa, gerun juga.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 28 August 2011

Pasni Nadh tunggu anak menakan plak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh ada program Berbuka Puasa bersama geng kelas Diploma Nadh dulu.
Seronok dapat jumpa ni. Macam-macam hal seorang-seorang. Dan semestinya, kecoh sangat.
Bawah ni nak share sikit.

 Suami berseorangan belah kiri tu. Mat Li. datang tanpa isteri yang dok kat kampung dah
Di kanan, depan sekali. Pak Ngah. Dia kata tahun depan dia plak.
Sebelah Pak Ngah tu Pak Long n isteri

 Pasangan sebelah Kiri, Pak Lan n Isteri. 
Sebelah Kanan Encik Latib n isteri. (PA kami)
Di tengah, (baju hitam) Panjang, dia kata dengan orang Kulim jugak
Sebelah kanan Panjang, Along. Orang kaya dari Kay Ell (bak kata Mamu)

 Yang berdiri tu abang badan tuff, Pak lah. terus lepas habis makan dia balik Tengganung

Dua abang emsemmm. 
Yang Kiri tu Najib. Dia kata tahun depan bulan 5. 
Sebelah kanan, Mamu. orait, baru kasi dia 2 number. Pandai la dia nak ekjas noh.. hat ni kena cepat, tada orang nak hentikan dia. lalalalalala~~


Opss. Tu saja. (Bukan kekuatan penuh tau)
- Shedh call tak angkat.
- Husna - anak tak sihat. tak jadi datang. 
- Mat Latif, tak jadi datang. kena keja. Akad nikah 3hb ni. Akan pergi ng Mamu. 
- Mat Quan, bulan ni jugak ni.
- Mat Paris, tunang hari tu 2hb Julai. 

Hat lain memang tak konpem nak datang. 

Apa pun, 
Semalam memang BEST SANGAT !!!

Harap dapat jumpa depa lagi


Note : Tak sabaQ menimang anak menakan DEM yang pertama ni.


Saturday, 13 August 2011

Sahabat Oh Sahabat.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh baru sampai rumah. 3 jam bersama sahabat Nadh. Sahabat susah senang rasanya. Susah dan rasanya memang takkan dapat sahabat macam ni sampai bila-bila.


1. Bila tahu sahabat sakit, sahabat yang susah hati memikirkan. Fikirkan ayah sahabat sakit, kita pun turut berasa kesannya.


2. Tahu sahabat bertunang, berkahwin, kita yang seronok. Kita turut sama meraikan kebahagiaan sahabat.


3. Sahabat susah dan senang. 
"Hang ni sabit ada Mat Remot ja Ame. Kalau dia mati habis la hang."

"Ni kalau dia tak ada pun, aku call saja, Najib ada, Adik ada, Mat Quan, semua aku call mintak duit anytime berapa nak seribu, dua ribu, anytime depa boleh bagi. "


4. Sahabat adalah sahabat. Kepentingan sahabat.
"Kalau kawan aku kena, dia tak kawan dah, hang pun  tak boleh kawan dah dengan dia, kalau hang nak kawan jugak, hang tak payah kawan dengan aku. "


5. Kepercayaan. dan Ikhlas. 
Tak semua ada menda ni dalam persahabatan. Tapi inilah kami, susah, senang, kita tahu sapa yang boleh kita harapkan. Sahabat-sahabat ini juga.


Note :: Hubungan atas nama sahabat, tapi hati macam adik beradik. Takkan jumpa orang macam ini sewenang-wenangnya. Dah ada hargailah mereka.

Note lagi :: Mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan semua DEM Crewz.

Monday, 18 July 2011

2:27 AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam yang sayu kan? Dan 2:27 AM, tapi belum punya rasa mahu melelapkan mata Nadh ni. Lepas tu, tercari-cari satu folder bertulis DEM CREWZ dalam lappy. Tapi tak berjumpa. Lepas tu tangan tercari-cari external putih kesayangan.

Data dicari dalam From E folder. dan jumpa gambar kenangan dalam tu. Satu per satu gambar dibuka. Dan mengimbau kembali nostalgia kisah kegemilangan DEM CreWz satu ketika dahulu. Sebak plak hati ni. Entah kenapa sedih plak teringat sahabat-sahabat Nadh tu. Nadh mungkin rindukan mereka sangat-sangat kot. Kisah yang dah berlaku, memori yang dah tersimpan, dan hubungan yang dah terjalin tu, meninggalkan kesan dalam jiwa kan?

Mereka terbaik, banyak sangat yang berlaku sepanjang tiga tahun tu, Nadh happy mengenali mereka semua. Dah 3 tahun berlalu. Semua dah bawa haluan masing-masing. Walau masih berhubung, tapi tak mungkin akan kembali saat terindah yang pernah berlaku tu kan?

 Kenduri adik Paklan

 OUR farewell Party T.T

 Macam tak pernah naik ketapi benti kan? agagagag

 Lepas habis LAB. Apa lagi, posing la. 

 Pantai Merdeka. 

 Heyyy.. Smart kan suma? Ni masa class kena paksa pakai tie n kemeja.

 Trip to Qlate-Ganu.


Its Our Day. Gosh i miss this time.

Our Last Meeting - Kenduri Pak Lan

Mendoakan mereka semua akan sentiasa berada dalam jagaan NYA. Nadh rindu semua.Moga ALLAH pelihara semua dari kerosakan dunia dan pertemukan semua dalam Taman-taman Syurga satu hari nanti.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA