Followers

Showing posts with label Insaf. Show all posts
Showing posts with label Insaf. Show all posts

Tuesday, 8 May 2012

Mari mendengar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

owh sangat tersentuh dengar lagu ni. Di manakah aku? T.T


di keheningan malam
tafakur di kesyahduan
merindui janjimu tuhan
bantuan di perjuangan

ku titiskan air mata
taubat segala dosa
moga terangkat penghijab kalbu
antara kau dan aku.


  • Di keheningan malam, adakah kita mengamalkan bangun di tengah hening malam semata kerana ALLAH?
  • bertafakur di kesyahduan, kita adakah kita syahdu tiap kali berhadapan ALLAH?
  • Merindui jalan ALLAH. sejauh mana kita merindui jalan ALLAH? Atau kita hanya lebih kepada melawan jalan yang ALLAH dah tentukan? 
  • Bantuan di perjalanan. Usaha kita, selepas selesai, adakah kita memohon dari ALLAH? dan selepasnya? bersyukurkah kita?

Sunday, 16 October 2011

Bila dia pilihanKU, dia juga pilihanmu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh masih lagi berdepan dengan kisah sahabat Nadh ni. Kesian sebenarnya dengan dia, tapi nak buat macam mana kan, dia berjumpa dah ramai, dah banyak kali dah kena, sekarang mai time orang yang Nadh kenalkan, so rasa bersalah jugak. tapi nak buat macam mana kan.

Malam ni Nadh nak cerita plak pasal "Bila dia pilihanKU, dia juga pilihanmu".

Normally kan, manusia ni, dia cepat tertarik bermula dari pandangannya. Percaya tak Nadh kata, yang kita tengok dengan mata tu, akan lebih cepat menarik kaki untuk melangkah dan mencuba. (Nadh maksud dari segi mengorat la ni.). Kalau tak melihat, kita kurang tertarik untuk mendekat. Tak kiralah dari segi rupa paras ka, percakapan ka, pembacaan ka, dari segala segi yang membawa kepada "contact" antara si dia dan kita.

Dalam entry malam ni, Nadh nak sebut apa yang terjadi bila kita dah mendekatkan diri kepada ALLAH. Pilihan kita masa ni dah tak macam pilihan mata-mata lain di luar sana, tapi pandangan kita lebih kepada pandangan tentang macam mana hendak mendekatkan diri kepada Maha Agung Maha Suci ALLAH. Jadi oleh sebab itu, setiap kejadian, kecantikan yang berada di mata ALLAH, secara tak langsung menjadi cantik dan indah di mata kita juga.

Diambil contoh kepada pemakaian, si Lelaki, cepat sekali terpengaruh, terjatuh hati, terhantuk jiwa bila melihat si muslimah dengan pakaian serba tutup, dengan tudung yang melabuh, jubah yang meliputi menutup tubuh si muslimah yang dilihatnya.

Itu dari segi mata, dari segi hati, si lelaki mulai tergilakan bila melihat si dia, penuh dengan harapan, penuh dengan hati yang dekat pada ALLAH, tiap kata tuturannya itu kata yang mengajak kita menjauhi dosa dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan hati yang ikhlas demi mencuci hati dari riak dan takbur.

Apa yang nak Nadh sampaikan berkait dengan satu Firman ALLAH dalam Surah An Nur ayat 26 yang bermaksud :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). "

Dan kenapa pula dan apa kaitannya dengan "Bila dia pilihanKU, dia juga pilihanmu" adalah, pilihan ALLAH itu adalah berkaitan juga dengan pilihan kita ,yakni kita menyukai apa yang disukai ALLAH itu bila hati memilih untuk mendekatkan diri kepadanya. Berlawanan dengan hati yang belum mendapat Nur yang lebih mencintai kecantikan dari paras mata, keindahan dari paras hati yang belum mengenal kecantikan sejati yang mana dipandang pandangan Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Apabila tiba saat dan ketika itu, hati lebih untuk mendapatkan syurga yang menjadi idaman, jadi diri mula menjauhi yang mana membawa kepada perbuatan dosa walau sekecil-kecil disebabkan takut dan percaya "sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit", atas kepercayaan itu, sedikit itu dijauhi juga.

Masa itu, yang berdamping, ditegur penuh ikhlas dengan harapan untuk memperbetulkan. Diri sendiri pula, dilihat penuh rapi demi memperbetulkan walau sedikit pincang yang dikaji selidik tiap kali sesi bermuhasabah berakhir.

“Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya balasan kebaikan seorang mukmin, akan dianugerahi rezeki atas kebaikan itu di dunia dan nescaya diberi balasan pula kerana kebaikan itu di akhirat. Adapun bagi orang yang kafir: ia akan diberi balasan kerana kebaikannya di dunia, tetapi ketika di hari kiamat tidak ada balasan baginya” (Hadith Riwayat Abu Daud)

Note :: Bila kita dah berusaha menjadi yang lebih baik, ALLAH pasti kurniakan yang lebih baik juga buat kita. Jadi berusahalah.

"bila kita memilih akhirat, dunia mulai terkejarkan kita, akhirat pula menantikan kita, tapi bila dunia ini menjadi pilihan diri, akhirat melupakan kita dan dunia sahajalah yang tinggal buat kita" , dan sesungguhnya balasan baik itu buat yang beringat dan neraka yang keras hukumannya buat yang lalai dan berbuat dosa. 

Wallahualam. 

Moga mendapat manfaat.

Tuesday, 21 June 2011

Air VS Api


if water was fire by ~tedian on deviantART

Air,
Yang memadamkan api itu kamu
Tika ianya sedang marak
Asyik sekali membakar sisa-sisa yang ada
Kau hadir dan kau hentikan "keseronokan" nya
Dan hentikan dia dari berleluasa

Wahai Air, 
Dikala kepanasan,
Dimana tekak kering menelan 
Dimana peluh berpercikan,
Hadirnya kamu menghentikan 
Melegakan rasa dahaga 
Yang mencengkam tekak

Wahai Air,
Bumi ini kekeringan tanpamu,
Suhu yang menaik bila tiada hadirmu,
Para Manusia mula tertanya..
Di mana kamu, dimana kamu
Wahai sang Hujan..

Wahai Air, 
Perananmu bukan setakat itu,
Kerana kamu juga, 
Tubuh terjauh dari dibakar, 
Tubuh diharam dari disentuh Neraka jahanam
Semua berpunca,
Tangisan penuh insaf memohon keampunan dari ALLAH..
Ya ALLAH, 
Kirimkan kami kesedaran,
Lembutkan hati kami dengan air yang melembutkan
Air yang menyejukkan,
Yang memadam api kejahatan
Dan menghenti pengaruh syaitan yang mengganggu.

Izinkan kami kembali ke jalanMU, 
Bawa kami menyertai Para SolehinMU
Letakkan kami sebaris pejuang Fisabillillah MU
Benarkan kami menjadi Yang Tegar pada AjaranMU..
Sesungguhnya kami lemah dan hanya berharap pada Jagaan MU..

Izinkan lah kami Ya ALLAH..

Amin-Amin-Amin Yarabbal Alamin

Thursday, 7 April 2011

Bila DIA dah Izin

Bila DIA dah Izin. 
Pokok kecil tumbuh putik
Putik bertukar menjadi bunga,
Dari Bunga mula berbuah.

Bila DIA dah Izin,
Besi yang kukuh menjadi lembut,
Batu yang keras mulai pecah
Walau hanya titik air menjadi punca,
Sekecil ini menjadi sebabnya

Bila DIA dah Izin,
Yang TIDAK menjadi YA
Yang dimahu bukan lagi fantasi
Malah di impi menjadi realiti,
Bila DIA dah Izin,
Dosa bukan penamat segala,
Noda bukan penutup cerita
Tapi TAUBAT pembuka bicara,
Bermula cerita penuh makna,
Dekat pada Yang Maha Berkuasa

Bila DIA dah Izin,
Andai hati seikhlas-ikhlasnya
Hati benar terasa dengan dosa
Kemudian insaf seinsaf-insafnya
Walau setitis yang turun darinya
Si Air Mata menjadi pengharam 
Api Neraka Menyentuh tubuhnya.



Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA. Hati sentiasa memohon ampun dan maaf dari ALLAH.
Menjadi yang berusaha, Menjadi yang Bersyukur, Menjadi yang Taat.
Amin Yarabbal Alamin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA