Followers

Showing posts with label Kolaburasi. Show all posts
Showing posts with label Kolaburasi. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

Part 18: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Sila rujuk widget di kiri anda untuk perjalanan kisah ini.

Adilla berseri-seri semenjak dua menjak ni, sejak-sejak dia diberikan green light oleh Nazli dan Zainah untuk melawat Shahir. Dia sendiri terkejut, bagaimana si ibu kepada Shahir iaitu Zainah itu datang kepadanya tiba-tiba dan merayu agar dia bantu pulihkan ingatan Shahir. Malah tidak lupa pula dia tentang bagaimana dia di marah waktu pertama kali mereka berjumpa di wad Shahir yang membuatkan perasaan takut wujud walau dia sebenarnya sedar yang bila mana kita melawat orang yang sakit, 70,000 malaikat akan memohon ampun baginya dari ALLAH, bila mana datangnya di pagi keampunan dipohon hingga ke petang dan begitu jugalah sebaliknya.

"Uncle, uncle nak ke mana ni?"

"Uncle nak pergi jaga Mama kamu la. dah la semalam uncle tak dapat pergi."

"Tak boleh, Ila tak benarkan!"

"Kenapa pula? Ila tak suka ka Uncle yang jagakan Mama Ila tu?"

"Bukan, Uncle dah demam tu kan, dah tak sehat, nanti lepas Mama, Uncle plak yang sakit. Tak mahu. "

"Uncle dah sihat ni, jangan la risau." Rasyid membuat isyarat. Mengangkat lengannya seperti orang bina badan. Kononnya nak tunjuk dia kuat untuk menjaga Rozita.

Adilla cuma tergelak. Dalam hatinya bermonolog, "Degil nya la Uncle ni, degilnya tak ubah macam degil aku. Macam aku?Atau aku kah yang mengikut sifat degilnya itu? ". Adilla mengandai, tapi cepat-cepat menepis perasaan itu.


**********************************************
"Amani sayang.. sudahla tu, mari kita makan." Aini memanggil Amani.

"Selagi abang tak sedar tak pulih, selagi itu Amani nak berdoa Ummi." Amani menjawap

"Tak boleh lah macam tu sayang, kita beribadat, kita meminta, tak tak erti kita tak kena makan sayang, ALLAH itu tak kejam sayang." Aini cuba memujuk.

"Tapi Ummi,.." 

"Sayang, dengar ini Ummi nak bagitau kamu, Islam ini tidak pernah memisahkan umat dia di antara dunia dan akhirat. Akhirat itu adalah destinasi wajib kita bila sampai masanya nanti, tapi tak pula ALLAH kata kita kena ibadat ja 24 jam, sampai tak makan, sampai tubuh jatuh sakit. Dan tidak pula ALLAH cakap, berdunialah kamu, seronoklah kamu di sini, sebab di sana nanti lambat lagi untuk kamu fikirkan.." Aini mula bersyarah.

"Tapi dia pesan, kita kena usaha untuk dua-dua, dan sebaiknya adalah, bila kita mengejar akhirat, dunia datang mengejar kita, tapi bila hanya dunia mahu kita, maka dapatlah kita dengannya, tapi sebagai balasan, akhirat nanti bukan lagi milik kita. Dan untuk kes Amani ni, tak boleh la kita nak teruk sampai macam tu sayang." Aini menambah lagi.

Amani hanya berdiam diri. Dia nampak sangat penat, dan kusam wajahnya. Sebenarnya dah beberapa hari dia hanya berdiam di atas sejadah. Dia nampaknya sangat-sangat kesal dengan apa yang terjadi. Jadi dia tak berhenti bersolat hajat dan solat taubat, dia sangat takut akan balasan ALLAH di sana nanti.

Teringat pula dia akan satu hadis riwayat hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi yang maksudnya, “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” sedang dia bangun untuk mendapat kan Umminya. Air matanya jatuh lagi.

**********************************************
"Dila, mari la masuk. Ni Shahir ni dari tadi dok sebut-sebut nama kamu."

Adilla masuk penuh sopan, Dia mulakan dengan bersalaman dengan ibu Shahir, kemudian duduk sebelah Ibu Shahir. Ayah si Shahir pula duduk di seberang sana. Keduanya nampak sedikit penat, tapi mengagahkan diri melayan Adilla yang datang pada pagi itu.
"Uncle n Auntie, tak balik rehat ke? Dila tengok Uncle n Auntie da nampak flat sangat."
"Biasalah Dila, kita orang jadi takut nak tinggalkan dia. Selama ni dia dah sorang kat sini, kalau jadi apa-apa nanti kitaorang yang akan menyesal." Nazli bersuara.
"Dila, Auntie ingat Auntie n Uncle nak balik rumah kejap. Boleh tak Dila tengokkan Shahir tu?"

"Boleh Auntie, since kat sini pun ada ramai orang, Dila berani la tunggu, kalau kata Dila n Shahir ja, Dila tak berani, nanti timbul fitnah pula." Dila menjawap.

Kedua ibu dan bapa Shahir terkedu seketika. Kedua mereka tidak sedar yang tindakan mereka agak kurang wajar, tapi kerana terlalu memikirkan Shahir perlu ada seseorang untuk menyembuhkan ingatannya seperti mana kata doktor, dia perlukan seseorang untuk bercerita kenangan-kenangan demi untuk merangsang ingatannya, mereka terlepas pandang hal ini. 

**********************************************
Tiba-tiba..
"Ila.. Mama dah sedar.." Rasyid menjerit memanggil-manggil Adilla dari dalam bilik Shahir. Dari riak wajahnya, dia sangat gembira dengan berita itu. air mata merambu-rambu turun dari kelopak matanya. Dah banyak hari dia menantikan hari ini.


Note :: Ciap pun. Maaf ya JIRAN. Balasan untuk kali ini lambat sangat plak.

Thursday, 24 November 2011

Part 16: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Karya kolaburasi antara Nadh n JIRAN. silalah berkunjung ke widget di kiri anda untuk kronologi kisah ni.

Selesai sesi ulang cerita apa yang jadi sebentar tadi, Amani yang tidak dapat menahan air mata lari turun ke bawah. Belum pun sempat dia sampai ke satu kawasan sunyi dari hiruk pikuk manusia yang lalu lalang, air matanya sudahpun turun merambu. Dia terus mendekati satu sudut itu dan menangis semahunya.

"Kenapa semua ni terjadi.? kenapa? "Kenapa yang di hukum itu dia dan bukan aku?"Amani tidak berhenti mempersoalkan apa yang berlaku. Dia benar-benar sedih akan apa yang terjadi. Dia terlalu sayangkan Shahir. Dan dia buta dengan perlakuan dirinya sendiri.

"kalaulah aku tidak bertindak seperti itu mesti semua ini tidak terjadi. "

Seraya fikiran Amani teringat kepada satu baris ayat dari surah Al-Anbiya ayat 35 yang bermaksud,
“Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”

Dia masih cuba menenangkan fikiran. Dalam masa sama bermuhasabah atas ujian yang menimpanya. Insan yang sangat dia sayang, koma, dan semuanya adalah kerana dia. Ujian kali ini sedang mengujinya dengan menguji andai dia kehilangan insan yang disayanginya. Memang benar yang ujian itu satu dari kasih sayang ALLAH, bila mana dia melihat kita seperti layang-layang yang sudah terlalu tinggi layangannya, dia memanggil pulang ke bawah dengan ujian ibarat tali yang merentap layang-layang di atas awan.

Amani sedar yang dia tidak sepatutnya buat perkara seperti itu. Dia adalah seorang yang berkelulusan agama,sepatutnya dia yang menjadi insan yang memperbetulkan yang berada di sekelilingnya, bukan si penjahanam maruah diri sendiri dan juga Shahir yang cuba diragutnya.


**********************************************

"he really is someone with full of surprises kan?". Iskandar


"........". Zaki cuma terdiam. Tanpa kata dan tanpa reaksi.

"Aku bersalah dengan dia Aki, Aku pernah tuduh dia satu masa dahulu. Aku tak sangka macam ini setianya dia pada kekasihnya dulu. " Iskandar menambah.

"Sudahlah tu Is, dia tak marah kau pun, dia pun paham, macam mana sayangnya kau pada Ina tu. Btw, isteri kau Azlina kan? tapi nama kekasih dia bukan Ina sepertimana kita memahaminya. "

"Maksud kau?"

***IMBAS KEMBALI**
"Shahir, kau biar betul pernah bercinta dengan Ina? "

"Betul, kenapa kau tak percaya?" 

"Kau tak tahukah yang apa kau luahkan ni bakal buat sahabat kita si Iskandar tu naik minyak dengan kau?"

"Naik minyak kenapa pula? Aku ikhlas dengan Ina, takkan kerana itu Is nak marah aku? dan aku pasti cinta aku terhadap Ina tidak akan padam semudah itu."

"Kau ni dah gila la Shahir, kau kan tahu Ina tu isteri Is sahabat kita tu?"

"hahahahahahhahahahahahahaha.". Shahir ketawa panjang. Saat itu Zaki seakan terkejut dengan perlakuan Shahir yang disifatkan memang menempah maut. Sudahlah mengaku cintakan isteri sahabat sendiri, malah berkeras akan terus mencintainya. Kalau tak mengenangkan Shahir ni sahabat dia juga, dah lama dia hempuk mamat ni dengan kerusi yang dia duduk sekarang ni.

"Sebenarnya kan, Ina yang kau dan Is faham dan aku maksudkan itu insan yang berlainan. Nama pun dah lain, bagaimana hendak sama keduanya?". Shahir memulakan ceritanya.

"Nama lain? kan ke nama dia Ina juga?". Zaki menyoal. 

"INA tu sebenarnya stands for Insyirah nak ALLAH. "

"Aikk? apa maksudnya ni?  "

"Insyirah Nak ALLAH. adalah nama yang aku buat sebab aku nak tenangkan jiwa aku selepas pemergiannya. Dia pergi saat kami sudah mula dalam perjalanan untuk ke arah perkahwinan. Aku dah pun khabarkan kepada kedua ibu bapaku, dan mereka bersetuju untuk menerima dia dalam keluarga kami. Tapi sayangnya.....". Shahir mula bernada sebak. 

"Aku faham Shahir, Insyirah Nak ALLAH sebab dia pergi menemui ALLAH sebelum kamu sempat bersatu sebagai suami dan isteri. Dia pergi menemui yang berhak ke atasnya.". 

"Aku tak sepatutnya cerita, kan? tapi aku rasa aku lebih sayangkan persahabatan kita dari kisah yang dah terbuku dan disimpan rapi yang mana aku simpan demi untuk menjaga perasaan sendiri. ". Matanya berkaca dengan air mata, tapi tidak pula dibiarkan ianya turun. Tindak tanduk Shahir mengundang sayu juga di hati Zaki. 

"Maafkan aku sebab bertanya, aku tak berniat langsung untuk buat kau bersedih dengan kisah lama yang kau bongkar hari ini Shahir. Aku benar-benar minta maaf."
**TAMAT IMBAS KEMBALI**

"Rupanya ini di sebalik semua ni Zaki? Aku langsung tidak tahu menahu. Betapa setianya dia. Tapi aku tak tahu menahu mengenai hal ini. "

"Kau jangan la risau weh, dia tak simpan dalam hati pun. Lagipun, Dia pun saja-saja ja nak sakat kau hari tu.". Zaki cuba menenangkan Iskandar. 

**********************************************

"Baik ya semua, malam ni adalah malam terakhir kita bersama dalam perkhemahan kita malam ni. Jadi malam ni aktivity kita adalah aktiviti refleksi yang mana semua akan berkongsi pengalaman masing-masing dalam perkhemahan kita ni. Jadi semua sila buat satu bulatan. ". Arah encik jurulatih. 

Malam ini akan menjadi malam terakhir semuanya bersama sebagai satu pasukan selepas selesai perkhemahan selama 4 hari ini. Seperti biasa, seperti mana juga kadet-kadet sebelum ini di akhir perkhemahan, mereka akan melakukan sesi ini, cuma bezanya kali ini, ianya dilakukan berbumbungkan langit dengan ditemani bulan dan bintang. 

"Awak, cantik kan langit malam ni?". Bisik Shahir.

"Boleh tahan cantiknya. Suka plak saya tengok. " Sambung Syirah.

"Mulai esok dah tak dapat la saya nak kacau awak lagi. Kita dah nak balik ni." Shahir menyambung. 

"Alhamdulillah, aman la hidup saya esok ye? ". Syirah membalas. Sambil lidah dijelirkan kepada Shahir. Shahir hanya mencebikkan bibirnya kepada Syirah. 

"Baiklah, saya nak seorang demi seorang beri pendapat mengenai program perkhemahan ini. Siapa nak mula dulu ni? ". Jurulatih menyoal. 

"Bagi Naz jurulatih, Naz nak mula tu, tengok dia macam excited ja dari tadi. "

"Bagi Alif, jurulatih, dia nak , dia nak..". 

Masing-masing sibuk menolak kepada orang lain sebab mereka tak mahu bermula. "Okeh la, Kita bagi dekat ketua kumpulan mula. Sri, sila mulakan. ". Sebagai ketua, dia pun memulakan sidang refleksi dan diikuti oleh satu persatu didalam bulatan bermula darinya.

Selesai sesi refleksi, jurulatih kedua bangun dan berdiri di tengah bulatan itu. 
"Baik, di dalam ni ada potongan-potongan tembikai, semua sekali ada 17, iaitu 15 pelatih dan 2 lagi saya dan jurulatih pertama, apa yang kita akan buat adalah, setiap seorang akan ambil satu, dan dia akan suapkan tembikai tersebut kepada seseorang dalam kumpulan kita ni, dan dia kena sampaikan ucapan kepada orang yang disuapnya. 

Maka, seorang demi seorang pun bangun untuk menyuapkan tembikai ke mulut seseorang. Sesampainya ke giliran Syirah, suasana menjadi gamat. 

"Shahir, Shahir, Shahir... Suap Shahir, Suap dekat Shahir..". 

Syirah terdiam, muka dia sudah mula merah padam, walau dalam samar-samar cahaya bulan dan lampu kecil di tengah bulatan, sudah dapat terlihat yang dia sudah berasa malu dengan kata-kata dari kumpulannya. Manakala Shahir ketika ini hanya menundukkan kepalanya. Dia juga berasa malu, tapi gelak sahaja dalam kumpulan tersebut. Di hatinya sedikit cemburu bila melihat Syirah menuju ke arah Nik. 

Tiba-tiba, Langkahnya terhenti, dia menuju ke arah orang lain di dalam bulatan tersebut, tapi sebelum sampai dia sempat berpatah balik dan menyuap Shahir. Semua yang berada di dalam bulatan tersebut bersorak. Mereka sudah mengagak yang Syirah akan menyuap Shahir. 

Walaupun cuma beberapa hari, sedikit perasaan sudahpun bertaut dalam hati mereka. Masing-masing sudah mengagak, terutama apabila semalam terdedah kisah sebenar semasa Shahir terlepas cakap ketika bersembang dengan Ho, ketika mereka mahu tidur, Shahir dan Ho tidak sedar yang percakapan mereka malam semalam di amati oleh perempuan di khemah sebelah. Merah padam muka Shahir pagi itu apabila disoal siasat oleh Kak Zura. 
**********************************************

"Abang.. Anak kita senyum abg.. cuba abang tengok tu.." Zainah dalam tangisnya memanggil Nazli untuk melihat anak mereka. Nazli cuma terdiam sewaktu melihatnya. Dalam hati berfikir, entah apa yang berlaku di alam koma anak kesayangan mereka itu...



Note :: Selesai sudah. Lambat bebenor nak sambung cerita ni kan? Maaf JIRAN.

Sunday, 20 November 2011

Part 14: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
(Untuk kronologi kisah sila rujuk dekat widget di sebelah anda tu. ada dari episode satu dalam tu.)

Shahir mempercepatkan langkahnya ke tingkat empat bangunan hospital itu. Dia baru sahaja mendapat panggilan daripada Adilla. Walaupun diri masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi, tapi dia gagahkan juga ke atas untuk menemui Adilla. Sebaik bertemu Adilla. 

"Kenapa ni awak? kenapa awak menangis ni?". Soal Shahir.

"Mama...". Jawap Adilla sepatah, dalam keadaan ter-esak-esak.

"Kenapa dengan Mama awak? ". Shahir bertanya lagi. 

"Mama dia jatuh dari tangga tadi. Semasa nak turun mendapatkan Adilla. " Jawap Rasyid bagi pihak Adilla yang disoal sebentar tadi. Saat ini, Adilla yang tadinya teresak dalam tangisnya tidak dapat nak menahan dirinya lagi, dia pantas mencapai Rasyid dan dipeluknya. 

"Uncle, Maafkan Dila Uncle, Dila tak sengaja.. Semua ini salah Dila.."

Rasyid terpinga-pinga dengan tindakan Adilla. Namun, dalam hatinya, benar-benar tersentuh, saat itu juga, air matanya berjuraian. Sudah lama, 24 tahun sudah dia menanti saat dan ketika ini untuk mendapat pelukan dari anak kesayangannya ini, namun, dia tidak pernah mendapatnya, kerana dia begitu dibenci oleh anak nya ini, kerana Adilla berpendapat, dia cuba merampas tempat Arwah Papa Adilla yang sudah lama meninggal dunia. 

"Sudahlah Adilla, mungkin sudah ini takdirnya, sekarang ini, bukan saat untuk kita biarkan air mata kita berjurai bak empangan pecah kerana meratapi kejadian ini, tapi kita biarkan ia turun ketika kita berdoa memohon agar Mama kamu selamat dari apa-apa musibah yang bakal menimpa. ". Rasyid cuba menenangkan Adilla. Sambil tangan nya mengusap ubun-ubun anak kesayangannya itu.

Shahir cuma sekadar tersenyum. Dia sendiri tak sedar yang dia juga terharu dengan apa yang berlaku di hadapannya. Dia gembira bagi pihak Adilla yang akhirnya berdamai dengan Bapa tirinya. Sedang asyik dia melihat drama petang yang sedikit menyayat hati itu, tiba-tiba pandangannya menjadi kabur dan Shahir tiba-tiba rebah ke bumi. 

Adilla dan Rasyid mendapatkan Shahir dan menjerit meminta pertolongan dari pihak hospital. Ketika itu, baru Adilla tersedar yang kepala Shahir berlumuran darah, tapi tidak pula dia bertanya akan keadaan Shahir tadi.

**********************************************

"Arghhhhhhhhh......... tak guna punya laki, apa lagi yang kau mahu ha? Aku dah bagi free pun kau tolak? bodoh, tak pernah pula buaya menolak bangkai, kau mungkin buaya bodoh yang menolak makanan percuma yang datang cuma menanti masa untuk di ratah." Amani menjerit macam orang gila di sebelah padang yang di singgahnya ketika dia pulang dari hospital sebentar tadi. 

Pakcik tidak dikenali. : "Adik, tak elok sekiranya adik menjerit-jerit begini."

"Apa yang kau tahu orang tua? Berani kau mencuri dengar apa yang aku buat tadi." Amani meninggikan suaranya. 

"Adik, bukankah malu itu satu dari ciri yang terkandung dalam iman? sepatutnya adik menjaga maruah diri dan bukannya begini, tahukah adik, jeritan adik tadi, mengejutkan semua.". Pakcik menambah lagi.

"Kau nak sibuk kenapa? Ada aku jerit kat telinga kau ka orang tua?". Amani mencebikkan bibir sambil mata merenung tajam Pakcik yang berada di sebelahnya. 
"Adik-adik. Mungkin Pakcik tak tahu apa yang mengundang marah adik, tapi Pakcik tahu, tiap apa yang menimpa kita, adalah limpah kurnia ALLAH kepada kita, merupakan satu cabang kasih sayang DIA kepada kita dik, mungkin hari ini adik berada di bawah, di uji kemapuan sabar adik, tapi satu hari nanti, adik bakal sedar yang hikmah sebenarnya lebih besar dari ujian yang ditimpakan kepada adik ini.".. Pakcik berucap lagi.

"Sudahlah kau wahai orang tua, aku tidak kenal kau, dan aku tak mahu dengar ceramah kau petang-petang ni.". Amani dengan biadapnya membalik kotak air yang diminumnya kepada pakcik tadi. Pakcik tidak sempat mengelak, dan habis basah bajunya terkena air minuman Amani.

Pakcik hanya menggelengkan kepalanya sambil memerhatikan Amani pergi meninggalkannya. Dalam hatinya berdoa agar Amani dapat menemui sinar yang dicarinya itu. Dia berdoa agar Amani akan kembali tenang. Tiada secebis rasa marah pun didalam hatinya melihat Amani dan perlakuan Amani terhadapnya tadi, baginya inilah harga yang perlu dibayar untuk satu dakwah yang tidak mengenal erti putus asa.

**********************************************

Amani baru selesai bersolat tika dia mendekati pintu keretanya, masuk dan pantas jari mencapai butang ON bagi menghidupkan radio keretanya. Irama Mohram dari lagu yang menyerikan cerita Syurga Cinta sedang berkumandang di siaran radionya. Hatinya terdiam seketika dan terkenangkan apa yang berlaku tadi.

"kenapalah aku sebodoh itu? Ya ALLAH, ampunkanlah aku Ya ALLAH, Aku terlalu tegar mengejar cinta yang tak sepatutnya aku agungkan. Aku lalai ya ALLAH, aku lalai sehinggakan aku terbuat apa yang tak sepatutnya aku buat." Amani menangis penuh kesal. 

Ketika ini jugalah teringat pesanan dari seorang Ustaz ketika dia mendengar tazkirah selang beberapa minggu yang lepas.

Dari Ma’qil bin Yasar berkata : Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam bersabda :
“Seandainya ditusuk pada kepala salah seorang kalian dengan jarum besi panas, maka itu lebih baik dari pada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Thobroni)

Amani tambah teresak lagi tangisnya. Mengenangkan apa yang dah dia lakukan tadi, malah dia telah berlaku sangat tidak sopan dan menjatuhkan maruahnya bukan sahaja di hadapan seorang yang bergelar abang kepadanya, malah, dia juga telah mengherdik seseorang yang berhati suci datang ingin menegur dan mungkin juga datangnya lelaki itu untuk membantunya. 

"Ya ALLAH, ampunkanlah aku Ya ALLAH. Aku benar-benar telah terikut akan bisikan syaitan durjana yang telah berjanji bakal merosakkan anak adam dengan sumpahnya satu ketika dahulu.". Dalam tangisnya Amani berazam untuk menemui Shahir dan memohon maaf, dan kepada pakcik yang diherdiknya tadi. Dia benar menyesal dengan perlakuannya tadi.

**********************************************

"Maafkan saya. Tiada apa yang dapat saya lakukan. Berlaku hentakan yang kuat tadi mungkin semasa dia kemalangan". Doktor Ana mengeluarkan kata. 
"Apa?". Mengalir lagi air mata Adilla. Kalau tadi kerana ibu, tapi sekarang Shahir. Dia sekarang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Akan tetapi dia pelik kerana macam mana tadi Shahir biasa sahaja, tapi baru sekarang rebah. 

"Saya faham apa yang kamu nak katakan itu Cik Adilla, tapi itulah yang terjadi, saya juga hairan kerana ini kali pertama pesakit mampu bangun seperti tiada apa, tapi kemudiannya rebah. " Balas Doktor Ana, seperti sudah faham akan apa yang hendak disoal.

Serentak dengan itu , keluarga Shahir pun sampai. 

**********************************************

Tuesday, 1 November 2011

Part 12: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 
(Untuk episode sebelum, sila rujuk widget disebelah kiri anda)

"Ha, abang dah siap ni, jom.. Amani nak ke mana? ". Ucap Shahir sebaik keluar dari pagar rumahnya. Dia bersiap dengan cepat, dek kerana risaukan Amani yang bersendirian di hadapan rumahnya itu. Keras-keras dia, risau juga dia pada Amani tu, takut apa-apa berlaku. Walau kawasan rumahnya ada rukun tetangga yang berkawal, tapi siapa tahu malang mendatang kan. Dia bersiap sedia.

"Tempat biasa la abang, Amani teringin la nak makan chicken chop dekat Nurhas SS2 tu abang, dah lama Amani tak ke sana.". Jawap Amani seraya tangannya didekatkan untuk menggenggam tangan Shahir. Shahir yang sedar akan perbuatan Amani, cepatkan langkahnya mendekati kereta Amani dan masuk duduk di dalam. 

"Mari kunci, abang drive.". Pinta Shahir. Lantas dihulurkan kunci kereta oleh Amani.

Sebaik bontot berlabuh di kusyen empuk Suzuki Swift kepunyaannya, Amani bersuara. "Abang, Amani rindu la dekat abang. Abang rindukan Amani tak? ".

Shahir mendiamkan diri. Seolah dia langsung tidak mendengar kata-kata dari Amani. Dia sebolehnya tidak mahu keluar, tapi mengenangkan malu jiran tengok ada anak dara datang ke rumahnya malam-malam hari ini, dia keluar juga. Dia kenai siapa Amani, seorang adik yang keras kepala, apa sahaja katanya perlu diikuti, bukan dibantah.

**********************************************

Kereta Honda Stream kepunyaan Ayah Tiri Adilla meluncur laju. Dia benar-benar risaukan akan isterinya Rozita yang terjatuh tadi ketika hendak menyambut anak kesayangannya pulang. Adilla pula, tak henti-henti menangis dari tadi sambil tangannya menekup luka di atas kepala Ibundanya. kain yang tadinya berwarga putih bertukar merah. 

"Ma, sabar Ma, sabar. kita dah nak sampai dah ni.. Uncle, cepatlah Uncle, tolong Uncle, tolong... Dila isaukan Mama... ". Sayu sekali Adilla merayu Rasyid supaya membawa kereta dengan cepat, dia benar-benar risaukan Rozita, malah menyesal sudah mula menyerang jiwanya, dia menyesal kerana dia abaikan Rozita hanya kerana dia tak berpuas hati dengan Rasyid.

"Sabar sayang, sabar, Papa cepatlah ni. Tapi jalan ni jammed sayang. Papa cuba sebaik mungkin." Rasyid cuba menenangkan Adilla. Sebenarnya dari tadi lagi dia sudahpun membuka lampu Warning dan hon kereta di hadapannya memohon diberikan laluan kerana kecemasan. Namun bukan mudah untuk dia melepasi traffic jammed yang sememangnya adalah lumrah di jalan Kota Damansara ni bila tiba waktu malam.

"Uncle, cepat Uncle, Mama berdarah banyak ni Uncle.." 

"Sayang, berdoalah kepada ALLAH sayang, minta dia memudahkan perjalanan kita ni sayang, pintalah agar dia menyelamatkan nyawa Mama. Papa sedang berusaha ni."

**********************************************

"Heyyyy.. apa Amani buat ni...". Jerkah Shahir. 

"Alaa abang Ir ni, Amani rindukan abang, takkan la nak manja-manja sedikit pun abang dah naik marah?" . Tangan Amani meneruskan perjalanannya, dia dekatkan ke tangan Shahir, cuba untuk menyentuhnya. 

"Amani jangan nak buat gila, abang tengah drive ni, kang jadi apa-apa kang.." Shahir menambah. 
Amani semakin galak dengan tindakannya. Sedikitpun dia tidak hiraukan amaran yang diberikan oleh Shahir. Kali ini dialihkan tangannya ke dada Shahir pula.Mula cuba menjalar ke tubuh Shahir. Shahir yang sudah tidak tahan dengan tindakan Amani bertindak menolak tangan Amani, namun dia lupa yang dia sedang memandu. Kenderaan nya hilang kawalan, dan terlanggar sebiji kereta yang berada di hadapannya.

Bangggggggggg....... 

*******************

Shahir tersentap, Rasyid juga. Namun dia tidak hiraukan keadaan yang berlaku. Dia meneruskan perjalanan, soal kereta biar mereka putuskan nanti, dia mesti sampai ke hospital secepat mungkin. Nyawa isterinya perlu diutamakan, biar apa pun yang terjadi. 

Shahir yang terhenti setelah melanggar kereta dihadapannya terkejut, dia lebih terkejut kerana kereta yang dilanggarnya tidak berhenti, tapi masih meneruskan perjalanannya, di dalam mode terkejar-kejar. Dia terpaku seketika dengan kejadian yang baru sebentar tadi. 

Manakala Amani yang berada di sebelahnya memegang kepalanya. 

"Abang... Darah...."


Note :: Opss takat itu sahaja, Jiran sila sambung ya.

Monday, 8 August 2011

Part 10: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 
Sila rujuk di kiri anda untuk  kronologi kisah ini ya.

"Cerita la dengan saya. Apa yang jadi." Shahir mula bertanya.

"Kalau saya cerita awk boleh tolong ka? ". Balas Adilla.
"Kalau awk tak cerita saya boleh tolong kah?" Shahir cuba menjawap soalan dengan soalan.Adilla mendiamkan diri. 

"Ceritalah dekat saya. Saya tahu, saya mungkin ibarat dinding bila awk bercerita, yang langsung tak berguna untuk bercerita, sebab dia tak mampu menjawap, tapi seburuk-buruk dinding ni, setidak-tidaknya, awk berjaya meluahkan rasa dihati, kurang sikit beban dalam hati. Mana tahu tetiba nanti dinding ini mampu menjadi seperti si kakak tua yang tahu membalas kata?". Shahir cuba lagi untuk mengail jawapan dari Adilla.

"Begini awak, saya ada Mama. Tapi Mama dah berkahwin dengan Uncle Rasyid."

"Jadi awak membenci Uncle awak sebab dia dah kahwin dengan Mama. Betul tak kata saya? ". Balas Shahir. Kemudian dia menambah. "Dan dalam masa sama, Mama awak turut terkena tempiasnya. Betul tak? "

"Iya awak, saya membenci dia sebab dia kahwin dengan Mama. Baru-baru ini, saya tertinggikan suara dekat Mama sebab Mama ceritakan tentang uncle dan saya tak suka. Lepas tu tadi, Mama halau saya dari rumah. "

"ummm.. Sabarlah. Mama ada sebabnya kenapa dia berbuat demikian. "

"Owhhh jadi awak suka la Mama saya kahwin dengan Uncle? Awak pun sama sahaja macam mereka berdua. huhh!!." Adilla bengang dengan jawapan Shahir. 

"Bukan awak, awak tak boleh menghukum mereka macam tu awak. Awak pernah tak fikir tentang Mama awak sebelum ini? Macam mana susahnya dia nak membesarkan awak sendirian? ". Adilla mendiamkan diri.

"Selepas lama dia membesarkan awak, sekarang awak pun dah besar, dan awak pun akan satu hari nanti punyai seseorang yang akan menjaga awak pula, sebagaimana Mama awak punya Ayah awak satu masa dahulu. "

"Itu dulu, sekarang Saya dah besar, takkan saya tak boleh nak jaga Mama? "

"Sekarang ni, awak asyik dengan kerja awak, dan dia ditinggalkan seorang di rumah, sakit demam dia, sapa nak tengokkan? Dia juga perlukan seseorang untuk dia. Awak mungkin tak sedar kan, tapi kasih seorang ibu tu, tiada tolok bandingnya, Ibu takkan buat keputusan yang sewenangnya menyakitkan anak-anak dia. Tengok dulu, dia tak kahwin sebab nak menjaga awak. Supaya 100% kasih sayang dia hanya untuk awak. Dan sekarang apabila awak dah besar, dan dia sedar, satu hari nanti, kasih sayang awak pula akan berbelah bahagi kepada dia dan suami, baru dia ambil keputusan untuk cari seseorang. Tidakkah itu adil buat dia awak?".

Adilla masih mendiamkan diri. Pertama kali dalam hidup dia berdiam setelah diberi lecture panjang. Sebelum ini, pantang salah dan lain dari pandangan dia, dia pasti akan bangkit melawan. Tapi hari ini, dia seperti sudah diplaster mulutnya dan hanya mendengar tiap kata yang keluar dari hati si idaman kalbu yang sedang menerangkan tentang kekhilafan yang dah dia lakukan terhadap Ibunya.


**********************************************

"Hai, awal datang. ". Iskandar memulakan bicara.

"Aku dari rumah Shahir." balas Zaki.

"Ha, apa cer sahabat kita seorang tu. Kau dah dapat pecahkan code rahsia ka?"

"Code rahsia? Maksud kau?"

"Iyalah, macam kat tak kenal Shahir tu. Dia tu kan macam peti besi. Yang disimpan segala khazanah kisah hidup, tapi tak didedahkan, nak tahu cerita kena pandai ayat, baru dapat cerita tu."

"Ahahahahahaha. Macam-macam kau ni. "

"Kau nak makan apa-apa tak? aku watkan burger, lepas tu kau open story, boleh tak?". Soal Iskandar.

"Ummm.. boleh jugak tu. Aku rasa aku pun perlukan nasihat dan cadangan dari kau macam mana kita nak bantu sahabat kita tu. Kesian juga aku dengar cerita dari dia. "

**********************************************

"Abang dah siapkan sup untuk kamu, meh makan sayang.". Rashid mengejutkan Rozita dari tidurnya. 

"Saya tak berselera lah abang." Balas Rozita. Dia seperti dah hilang nafsu untuk makan, hilang nafsu untuk apa sahaja, selepas kejadian tadi. Dia benar-benar kecewa dengan anak tunggalnya yang asyik membantah dan membenci ayahnya itu. 

"Sudahlah tu Sayang, Marah ka, apa ka, kesihatan tetap perlu dijaga. If ya pun kamu sedih dengan anak, takkan Ayah nya nak kena hukum kot? " Rasyid cuba memujuk Rozita. Tetapi Rozita masih mendiamkan diri.

"Makanlah sedikit dinda. takkan tak sudi kot? Penat kanda masak ni. Sampai terpotong-potong jari ni semata-mata nak watkan sup untuk dinda, nasiblah jadi sup ayam, tak jadi sup jari kanda..". Sambung Rasyid sambil menunjukkan jarinya yang berbalut dengan plaster sepuluh sen, cuba mendapatkan simpati dari Rozita.
Rozita masih mendiamkan diri lagi. Mencuba nasib mungkin, sama ada suaminya akan masih memujuknya. 

"Tak apalah dinda, jika dinda taknak makan sup kanda ni, kanda nak mintak izin pulang kerumah ibu kanda." Rasyid pula buat-buat merajuk. Sebenarnya tidak pun, tapi sengaja dibuatnya.

Rozita bingkas bangun dari baringannya dan mendapatkan Rasyid. Lantas dicapainya jari Rasyid. "Alaaa shian kanda dinda ni, penat masak ye. Sampai terpotong jari pulak tu, alaa shiannya, meh dinda letakkan ubat ye kanda? ". Rozita pula memujuk Rasyid.

"Taknak, kanda majuk dah ni.."

"Ala kanda, meh la sini, dinda melawak ja ni kanda, tamo majuk-majuk ya, nanti dah tak comel la kanda tu. ". Rozita memujuk lagi.

"Majuk jugak."

"Okeh fine, kanda majuk dinda pun majuk jugak. Biar sama-sama lapar." 

"alalalalalala. Abang memain saja la sayang. Maaf ye? ".Rasyid pula memujuk isterinya kembali. Keduanya bertarik tali, merajuk kononnya.

"Aduhhh sakit laaa..". Rasyid menjerit. Dia dicubit oleh Rozita.

"Padan muka abang, merajuk konon, dah tua-tua pun nak merajuk. Tak comel tau tak? " 

Kedua-dua nya tergelak. Suasana petang itu pulih akhirnya, walaupun tadi agak sugul, tapi sekarang dah pulih sedikit. Begitu lah kisahnya Rozita dan Rasyid. Sejak anaknya mula bekerja, dia sunyi di rumah. Kehadiran suami barunya, Rasyid menyerikan rumah itu kembali dengan gelak dan tawa sejak anak tunggal nya Adilla tiada di rumah itu.

Saturday, 6 August 2011

Part 8: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 
Sila lihat di kiri anda untuk kesinambungan dan permulaan kisah ini.


"Abang, sampai bila kita nak macam ni? Saya hari-hari makan hati dengan sikap Adilla tu.."

"Sabarlah sayang, bagilah dia masa nak menerima abang."

"Tapi sampai bila abang..? "

"Sayang, dengar kata abang, kita beri masa kepada dia. Akan tiba masanya satu hari nanti."

"Dia saja anak kita abang, saya harap sangat dia boleh berdamai dengan abang, lagipun abang bukan orang lain. Abang tu...... "

"Sudahlah sayang, kita doakan dia okeh. Lagipun dia sendiri dah tahu yang Syurga seorang anak itu dibawah kaki ibunya, syurga ALLAH tertakluk kepada redha Ibu dan Ayahnya. " 

*************************************************

"Dila, kau tak boleh macam ni. Kau tak kesiankan Ibu kau ka? Kesian dia, rindukan kau, tapi kau tak pergi melawat dia, sedangkan rumah kita dekat ja dengan rumah kau tu."

"Kau ni Maera, kenapa yang kau nak sangat backing Mama n Uncle Rasyid? Kau tak tahu macam mana sakitnya jiwa aku bila tahu Mama menduakan Abah."

"Sudah-sudah lah tu Dila, kau takkan tahu pedihnya selagi kau tak merasa kehilangan. "

"Apa maksud kau? Aku ni anak tanpa Ayah tau.??." Bentak Adilla.

"Ayah kau tiada waktu kau masih kecil, masa kau belum benar mengerti erti sebenar kehidupan. Aku ni, hilang Ibu ketika aku umur 22 tahun, dan aku sama macam kau, aku ingkar, melawan aja kerjanya, kau tak tahu betapa pedihnya rasa bila diri tak sempat memohon ampun yang benar-benar proper sebelum ibu pergi." Suara Maera mula berubah, mata mula berkaca. Perlahan-lahan dia bangun dan berlalu pergi dari bilik Adilla. 

Adilla terdiam. Perasaan bersalah mula mencengkam diri. Namun tiada langkah yang diambil untuk menenangkan Maera yang rasanya sedang menangis selepas disentuh suis kesedihan didalam hatinya sebentar tadi, dia sendiri masih sugul dan buntu dengan apa yang berlaku sekarang.

Tiba-tiba, telefon bimbit Nokia E72 miliknya berbunyi. 
"Walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat...".

Adilla terus mengangkat tanpa melihat screen  untuk mengetahui siapakah pemanggilnya, kerana ringtone ini digunakan untuk Mamanya sahaja. 
"Ila, Uncle ni." 

"Urmm.. Kenapa call Ila?." Adilla menjawap dengan nada dingin.

"Uncle tahu Ila tak suka nak tengok muka Uncle, tapi Ila pulanglah, dah 2 hari Mama Ila demam. Dia rindukan Ila tu. Tak apalah jika Ila taknak tengok Uncle, Uncle akan keluar dari rumah bila Ila tiba nanti."

Adilla mendiamkan diri. 

"Uncle minta diri dulu. Mama Ila panggil dah tu. Ila datang ya. Assalamualaikum. "

Panggilan diputuskan oleh Uncle Rasyid. Ayah tiri Adilla. Perkahwinan dia dengan Mama Adilla sudah masuk tahun ketiga. Tapi sehingga ke saat ini, dia tidak berhenti diberikan layanan yang sangat dingin dari Adilla. Dalam fikiran Adilla, Uncle Rasyid jahat, kerana telah mengambil tempat Ayah.

*************************************************

Shahir bermenung. Apalah yang sedang bermain dalam fikiran Zaki. Dia begitu berkeras menyuruh Shahir berjumpa dengan Adilla. Shahir tak berhenti memikirkan apa akan berlaku selepas ini. Dia sebenarnya runsing dengan keadaan dia dan Adilla. Kalau dahulu, dia punya tempat meluahkan rasa hati, tapi sekarang dia tinggal seorang diri lagi. Tanpa ada tempat untuk bersembang. Hidup hanya kepada kerja-jalanraya-rumah-tidur dan berulang lagi hari demi hari begitu.

"Hai Shahir, tak sabar menunggu si dia tiba kah?". Perli Zaki.

"Tak adalah, aku dah lama tak bertemu dengan Dilla tu, segan pun ada jugak.". Balas Shahir.

"Segan? Atau rindu sudah bertamu dalam diri tu? ". Zaki cuba mengusik

"Sudahlah kau." 

Penantian mereka sudahpun berganjak ke angka dua jam. Tapi Adilla masih belum menonjolkan dirinya.

"Hai, kau ni betul ka tak ni ajak dia jumpa hari ni? " Soal Zaki.

"Aku dah ajak dia lah.". Balas Shahir.

"You got message". Handphone milik Shahir menjerit tetiba. Jarinya bingkas menekan button unlock dan melihat handphone miliknya itu. Seperti dijangka, ianya adalah dari Adilla.

"Assalamualaikum Shahir, maafkan saya. Saya tak dapat hadir. Ada hal. Maaf sekali lagi.

Sender : Adilla"

Shahir terdiam lagi.


Note : Silakan wahai Jiran. Teruskan kesinambungan cerita ini ya.. Weeee~~

Friday, 5 August 2011

Part 6: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Untuk Part 5 sila click kat SINI. sebelum-sebelum tu tengok kat KIRI anda ye. 


"Ya ALLAH, apa dah jadi ni..". Teriak Shahir sambil menyambut dan mengangkat seorang pakcik yang jatuh setelah motosikalnya berlanggar dengan sebuah kereta. Zaki yang datang dari dalam rumah Shahir turut keluar untuk membantu.

"Pakcik tak apa-apa?". Soal Zaki selepas mengangkat motor pakcik dan dibawa ke tepi.
"Pakcik tak apa-apa nak.". Jawap Pakcik.

"Ya ALLAH. Kereta aku. ". Kata Zaki yang baru sedar keteta dia sebenarnya yang dilanggar pakcik berkenaan.

"Maafkan pakcik nak, pakcik tak sengaja, tadi pakcik nak mengelak dari seorang anak yang melintas jalan secara mengejut"

"Ir, ni kereta kamu ka Ir? Akak mintak maaf Ir, tadi anak akak si Icha ni tetiba lari ke jalan. ". Tetiba Kak Lynn menyapa.

"Bukan saya kak, tapi ni kereta kawan saya si Zaki ni kak. ". Jawap Shahir.
"Zaki? ehh Aki, kenal akak tak? Akak Lynn ni, ala yang dulu duduk depan rumah Aki masa Aki tinggal kat Gombak dulu tu? ". Soal Kak Lynn kepada Zaki.

"Laaa Akak Lynn rupanya. Iskh.. tak sangka leh jumpa balik macam ni. Lawak sangat aihh..". Jawap Zaki.

"Nak, boleh bawakan pakcik ke klinik tak?".Tetiba soalan pakcik yang kesakitan mendiamkan semua dari mereka. Shahir menghembus nafas lega. "Nasib baik jadi camni, tak payah aku nak buka kisah zaman dinasour aku tu dekat Zaki, Syukur... Opsss.. "

***************************************************

Adilla melayan perasaan. Malam ni mood dia kesunyian dirumah. Maera Aqila sahabatnya tiada di rumah malam ini. Dia terpaksa pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga yang penting perlu diselesaikan. Mulut Adilla terkumat kamit mengikut irama lirik lagu Tercipta Untukku.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu,
Membuatku terdiam dan terpaku,
Mengerti akan hadirnya citra terindah,
Saat kau peluk mesra tubuhku

Lirik lagu penuh makna ini sebenarnya menceritakan satu kisah yang terbuku dalam hatinya semenjak lama berlalu. Kisah antara dia dan seorang manusia yang dia tidak pernah berjumpa sejak sekian lama. Iaitu Arwah Ayah nya, yang pergi meninggalkan dirinya ketika dia kecil lagi.

Rangkap pertama menceritakan arwah ayahnya, setiap kali dia melihat gambar arwah ayahnya, dia pasti ingin menitiskan air mata, tapi cuba menguatkan diri dengan doa dan azam menjadi satu dari yang akan terus-terusan mendoakan arwah ayahnya hingga akhir hayatnya. iaitu anak solehah. 

"Banyak kata yang tak mampu, ku ungkapkan kepada dirimu.". Ingatan di giatkan kepada Shahir. Iras rupa dan perangai yang menyerupai arwah ayahnya. Mungkin itu yang menjadi tarikan yang menyebabkan dia begitu berani mengungkapkan kata, tapi dia sedar, siapalah diri untuk menagih kasih yang tidak berkesudahan itu. 

"Ahhh sudah. Aku nak lupakan kau. Kau adalah kenangan. ". Pantas jari memetik button NEXT agar lagu boleh melompat ke track seterusnya. Bantal ditarik dan mata dipejamkan. "Selamat malam dunia."


P/s : Baik jiran. Sila jalankan tanggungjawap anda. sowie lambat.

Monday, 1 August 2011

Part 4: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Ini merupakan Cerpen Kolaburasi bersama Jiran Nadh. Sila click Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk cerita dari awal.

"Apalah  yang kamu mahu dari aku weyh? Aku tak suka la macam ni". Shahir bermonolog sendirian. Tangan dia pantas membuka laci dan mengambil sebuah buku, berbentuk seperti buku nota, tapi didalam nya adalah diari harian dia yang merupakan tempat dia mengadu semenjak dia kehilangan insan yang pernah menjadi tempat dia mengadu suka dan duka. 

Selesai menulis, dia menutup buku, membaca Surah 3 Qul, Ayat Kursi dan melelapkan matanya.Sebaik melelapkan matanya, dia terasa seperti berada di awangan. Shahir, berada di puncak sebuah bukit, mungkin gunung lagaknya kerana ketinggian yang dipunyainya. Dia hairan, entah bagaimana dia bisa berada di atas puncak sebuah gunung. 

Langkah Shahir diteruskan, dia berjalan ke segenap puncak itu hinggalah bertemu dengan satu tebing yang apabila di lihat nya di bawah, dia terlihat betapa tingginya puncak gunung berkenaan dari paras bumi. Keadaan disana sangat nyaman dan diri ibarat dibalut dan diselimuti dengan kabus yang keputihan. Tiba-tiba Shahir di kejutkan dengan satu suara.

"Shahir..." 

Dia menoleh ke belakang, tapi tidak terlihat akan suara yang memanggilnya itu. Namun berulang kali dia terdengar akan suara itu, namun bila di amatinya, langsung tidak bertemu dengan susuk tubuh si pemanggil itu. Dia kenal benar akan suara itu, ianya merupakan suara Ina, insan yang sangat dicintainya. Dia berlarian mencari mana hadirnya suara berkenaan, hinggalah dia hampir terjatuh dari tebing kerana terlalu asyik mencari hinggakah terlupa yang dia berada di puncak tebing yang tinggi.

Kemudian, dia diam seketika, dek kerana terkejutnya dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya, tiba-tiba panggilan itu kedengaran lagi. Sebaik dia menoleh, dia dapat melihat Ina berada betul-betul selang beberapa langkah dari dirinya yang masih tercungap dan terkejut. 

"Ir, Ir ingat lagi tak dekat Ina ni?"

"Mestilah Ir ingat dekat kamu, malah sampai sekarang cinta Ir masih utuh kepada Ina. "

"Ir, betulkah Ir masih sayangkan Ina.? " 

"Betul Ina, Ir tak tipu, sampai ke hari ini, Ir tak pernah lupa tiap bait kata dan tiap ucapan dari Ina buat Ir. "

"Ir, cuba Ir lihat dibawah tebing tempat Ir duduk ni. Ir lihat dan Ir amati betapa tingginya tebing ni dari paras bumi. Kemudian Ir ceritakan apa yang Ir lihat tu. 

"Ir nampak kat bawah tu ada rumah, Ir nampak ada juga seorang pakcik sedang mengusahakan tanah bendang, mungkin itu milik pakcik tu." 

"Cuba Ir bayangkan plak, jika Ir terjatuh tadi. Apa akan jadi pada Ir? "

"Apa maksud Ina? " Shahir menoleh kebelakang. Tapi sebaik melihat kebelakang, dia tidak lagi dapat melihat Ina ada di belakangnya. tapi merupakan satu lembaga besar yang sangat menakutkan. Shahir yang terkejut dengan lembaga berkenaan terkejut lalu terjatuh dari tebing berkenaan.

"Astagfirullahal azim. Mimpi apa ini?". Shahir terjaga 

*******************************************

"Awak, saya masih belum bersedia. Mungkin ini masa untuk awak belajar melupakan. 
Maafkan saya. "

Sender : Shahir

Ini merupakan kali ke tiga Adilla membaca SMS yang masuk kedalam inboxnya pagi tadi. Dia benar-benar tak faham, mungkin juga sedikit terkejut atau merasa sakit hati. Perasaannya bercampur baur. SMS berkenaan menandakan kegagalan dia dalam berterus terang kepada lelaki yang telah lama menjadi idaman hatinya semenjak berkenalan. Tapi apakan daya. Dimulut dia kata sudah lama bersedia untuk saat-saat seperti ini, tetapi nampaknya dia sangat belum bersedia untuk menghadapi keadaan ini. Air mata mengalir lagi.

"Bersabarlah Adilla. Dah orang taknak, nak buat macam mana. Aku yakin, kau akan bertemu juga dengan penganti dia tak lama nanti. Aku pasti Adilla. ". Pujuk Maera. Dia faham apa yang dihadapi Adilla sahabatnya itu, tapi apakan daya. Dah begitu suratan ceritanya. 

"Aku dah tak mahu lagi mendekati dia, aku rasa murah tiap kali meluahkan perasaan kepada dia. ". Ucap Adilla dalam nada sebak. 

"Apa saja untuk kamu Adilla, aku akan senantiasa ada bersama kamu." Balas Maera menenangkan Adilla.

"Aku lapar, Nasi Lemak Kampung Baru jom? ".Adilla mengajak dalam tangisan. 

"Tahu pun, aku lapar juga ni."

Suasana sedih pagi itu tidak berlanjutan lama apabila Maera selesai memujuk Adilla, dia tahu dan faham benar akan sikap sahabatnya itu, nampak lembut, tapi hati keras juga. Sekejap menangis, sekejap sahaja dipujuk, dan sekejap sahaja berubah.


Uikz? Apa sambungannya? Sila tunggu Jiran Nadh si Miss Ran tu untuk menyambung. ;)

Wednesday, 27 July 2011

Part 2: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Part I boleh dirujuk dekat SINI.

*****************************************************
"Morning Dilla.. "

"Morning.."

"Jom makan?". Pelawa Erika. Teman sepejabat Adilla tapi tiada berjawap pun dari Adilla.

"Hai, senyap sokmo sahabat aku seorang ni kenapa? Sindrom PMS ka apa ni? Pelik bebenor aku tengok engkau ni Dilla. Tak macam selalu.."

"Ehh suka hati ja kau nak kata aku PMS. Sepanjang hidup aku tak pernah kena sindrom-sindrom tu tau? aku kuat ibarat UltraWoman yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan Raksasa Nyamuk yang berbelang-belang tu."
"ele, kuat konon. Habis tu tadi yang muka macam keropok lekor tu kau nak jawap macam mana? "

"Muka macam keropok.? hello, macam ni punya cun kau kata macam keropok? Kau pernah kena gigit tak?". Keduanya tergelak. Muka serius Adilla pagi itu, dan mood dia yang kurang memberangsangkan itu ditenangkan oleh sahabatnya, Erika. Keduanya pun beranjak ke Kedai Koko Tok Aba yang berada dalam linkungan 50 meter dari pejabat mereka. 

Perbualan mereka diteruskan. 
"Erika, aku ada benda nak tanya dekat engkau ni. Boleh tak? "

"Kau nak tanya apa? Tanyalah. Tapi sebelum tu weyh, tolonglah jangan nak skema dengan aku, mau muntah kaler ungu aku kejap lagi ni.. ". 

Keduanya tergelak lagi. Mereka berdua sudah lama kenal. Sejak dari mereka belajar di Universiti lagi. Jadi keduanya rapat sangat. Nak dijadikan cerita, dapat kerja pun sama-sama, jadi perhubungan itu terus terjalin dan mekar ibarat bunga yang berkembang di pagi hari.

"Ha sambung lah. Apa dia tu? Bunyinya macam serius aja aku tengok."

"Macam ini Erika. Kau ingat tak dengan Shahir? "

"Shahir? ehh Itukan kawan aku dari sekolah rendah lagi. Kenapa dengan dia? ohhh engkau orang bercinta ae? Wowwww.. senanglah aku nanti, keduanya aku kenal, nak pergi kenduri pun dekat-dekat. Sukanyaa.."

"Bukan la. Aku dan dia belum bercinta. "

"Habis tu, dari cara aku tengok ni macam ya ja, sejak kau dengan dia rapat kan, dia selalu cerita tentang kau dekat aku, dia kata tak pernah dia jumpa seorang yang happening macam kau. Dia kata dia gembira kenal dengan engkau. "

"Aku rasa kami dah tak kawan dah kot." 

"Pulak. Kenapa ni weyh? "

"Kau rasa, salah tak seorang perempuan meluahkan rasa hati dekat lelaki? Maksud aku perigi mencari timba?"
"okeh, aku faham dah sekarang. Pada pendapat aku tak salah pun, jika itu yang terbaik. Jika kau masih ingat akan cerita bagaimana Khadijah bertanyakan kepada Rasul akhir zaman, meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah dan akhirnya berkahwin. Khadijah mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai karena kematian. Tahun wafatnya disebut "Tahun Kesedihan" (‘Aamul Huzni)." 

"Aku ingat itu, cuma mungkin dia rasa kekok kerana aku yang meminta dan meluahkan rasa hatiku kepadanya. Atau mungkin juga aku ini kurang cantik pada pandangannya, mungkin juga bukan idaman dia selama ini."

"Andai ada jodoh, ada la tu ALLAH berfirman kat dalam surah An-Nur ayat 26 yang mengatakan lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya. Aku yakin andai itu takdirnya, maka bersatulah kau dan dia, dan sekiranya tidak, kau akan dipertemukan dengan yang lebih baik. "
*****************************************

Shahir termenung pagi itu. Memikirkan keberanian seseorang yang bernama perempuan dalam hidupnya. Dia cuba menolak perasaan yang sudah bertamu di ruang hatinya, dek kerana terkejut dengan pelawaan dan pengakuan berani mati oleh si dia. Di sebalik menung itu, dia terimbau kenangan lamanya. Peristiwa yang pernah berlaku satu masa dahulu dalam sejarah hidupnya. Ketika itu, dia sangat menyayangi seorang.

Ina, nama seorang puteri yang pernah satu ketika dahulu menyerikan hidupnya, 4 tahun mereka mencipta sejarah. Cinta yang sudah berkira-kira untuk disatukan, dan sudahpun mendapat persetujuan keluarga, namun seperti mana kata ALLAH, "dari AKU kamu datang dan kepadaku kamu kembali". Ina telah menemui ALLAH kerana terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan kereta dan motosikal yang ditunggangnya ketika dia dalam perjalanan menemui Shahir. Kejadian itu membuatkan Shahir takut untuk bersama dengan sesiapa, dek kerana takutnya dia akan satu lagi kehilangan. 

Tiba-tiba satu panggilan dari bawah rumah mengamatkan suasana rumahnya. 
"Shahir..".

"Ya Bu. Ada apa Ibu? ". Balas Shahir yang bergegas turun ke tingkat bawah untuk menemui ibunya.

"Ibu ada benda nak cakap dengan kamu ni.."

"Apa dia Ibu? Macam penting saja.."

"Ada sesuatu untuk kamu dalam sampul tu. Kamu buka dan tengoklah."

Shahir terkedu melihat isi didalam sampul berkenaan. Selepas satu, satu lagi datang kepadanya. Semalam dengan Iskandar. Hari ini dengan Ibu pula. Dia menggelengkan kepalanya.


Note : Ciap dah part II. Apa yang nak jadi seterusnya ni. Maaf ya. Kurang menyengat rasanya. hihi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA