Followers

Showing posts with label Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Kuliah. Show all posts

Wednesday, 27 July 2011

Cari Menantu Versi UHB2422

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Last minggu lepas kan Nadh busy dengan Gath. Seriously memang GEMBIRA la. Tapi yang tatahan hari Ahad. Gath yang PALING FORMAL rasanya buat Nadh. mana tak nya, pagi tu ada Program Cari Menantu (bak kata Madam Lecturer Nadh.)

Tak caya? cuba tengok calon-calonnya kat bawah ni..



Ramai kan calon-calon dia? hihi.
Sebenarnya bukan la. Tak ada kerja nak wat program cari menantu pagi-pagi. gilak..
Cuma nak highlight sikit, Madam cakap semua nampak kemas, nasib baik la dia tak ada anak dara, kalau tak pilih terus ja. agagagagag.. :P 


Opssss.. sebenarnya...Pagi tu Nadh ada Presentation la.

Tak pernah sepanjang 3 tahun Nadh kat UTM kena pakai formal macam ni. Last kena juga. Demi mendapatkan sedikit markah kekemasan (DIWAJIBKAN LA). Maka dengan itu, kami pun pakailah, kemeja tangan panjang, kasut, seluar slacks, dan paling masyuk skali, neck tie. agagagag..

Bayangkan la dengan outfit macam ni terus pergi lapor diri kat Wangsa Walk dengan para blogger? Sampaikan Cikgu BI Nadh NI tegur la. "Nadh ni takkan la tak bawa baju nak keluar berjalan dengan kami.."
"keluarkan ja la baju tu, takyah tuck in,"
"Aduiii jejalan dengan budak sekolah.."

Nasib Enchik ni cakap jangan. lalalalalala~~ 

[Muka mintak penampaQ.]


Note : Jadi pemes sat hari tu sebab orang tengok pelik kan? Jadi perhatian kejap. Leh tara tu?

Note lagi : Nanti Nadh wat entry mengenai Presentation Skills ya. Communication Skills. Mana tau berguna. ;)

Sunday, 29 May 2011

"I LOVE ATTENTION. SO WHAT? "

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

"I LOVE ATTENTION. SO WHAT? "

hihihi.. bunyi agak mengada dan gila glem kan? ahahah.. sebenarnya saja ja nak wat kecoh dengan tajuk Nadh ni. Cerita nya tadi Nadh jadi presenter kumpulan Nadh. Tajuk kami adalah "Mengekalkan Berbagai Kaum di Malaysia" . iaitu tajuk kontra kepada tajuk kumpulan sebelum Nadh iaitu "Mewujudkan Masyarakat 1 Malaysia".

Sebagai presenter kan, biasa la dah mulut tak reti cover + pelat Utara yang tak reti nak tukaQ ada "E" dekat belakang kan, memang Nadh jadi attention, 2 hari dalam kelas dah ada yang sedar kehadiran Nadh tu, walaupun Nadh sememangnya asing dengan depa suma ni. Terutama nya ada dah yang datang dan berbual dengan Nadh sebaik Nadh habis kelas tu.  "Nadzri orang mana.?" pertanyaan dari seorang akak tu yang asalnya di Alor Setar. Dan memang ramai la yang dah sembang dengan Nadh. hihi.. Rasa seronok sebab dapat kenai ramai ni. (Naluri sorang yang suka berkawan cam Nadh kan? serious happy.. ).

Oihhh.. dah tersasar ni, Okeh-okeh, Nadh sambung balik..  tadi cakap sal topik ni, Nadh tak tahan nak gelak dengan isi seorang sahabat Nadh cakap. Dia kata Malaysia ni berbagai kaum. Menarik pelancong untuk datang ke negara ni. Contoh nya pelancong dari Amerika, nak ja datang Malaysia, sebab jimat kos, bila mai Malaysia, dia leh jumpa masyarakat Melayu, Cina dan India. Tak perlu la dia nak ke China n India lagi sebab semua dah ada dekat sini. (serious Nadh gelak dengan hujah dia, sebab memang lawak tapi benar jugak kan, kita di Malaysia memang dikenali dengan berbagai kaumnya kan, so apa dia kata ni, ada "isi" bukan "kosong".)

Kemudian mai kat time Nadh plak, Nadh highlight apa sahabat Nadh kata dan kemudian Nadh beri 2 cadangan untuk mengekalkan keharmonian kaum kat Malaysia ni. (2 saja sebab kurang persediaan, dan blurr sebaik ada didepan..selalu pantang ada peluang cakap kan.. hihi. ). Antara yang Nadh cadangkan adalah Mengetatkan undang-undang keselamatan dan kebebasan bersuara ni. No Kompromi. (Masa Nadh sampaikan hujah ni, mendapat tepukan satu kelas. Rasa macam ahli parlimen plak.. hihihi

Nak tergelak pn ada., tapi seriously Nadh enjoy sangat dalam kelas ni, terima kasih ALLAH, terima kasih Kak Mas, terima kasih Kak Sarah, terima kasih Asyraf n Hasbullah n Akak-akak segroup 4. Dan terima kasih jugak pada semua dalam kelas Nadh. tak lupa Enchik Mokhtar yang menerima Nadh masuk kelas ni. Terima kasih semua. Had great time with you guys. 

(Dunia Nadh dahulukala.)

Note :: Nadh takut memikirkan masa depan kita dekat Malaysia ni lepas dengar hujah-hujah dari depa dan juga setelah Nadh tenung-tenung-renung-renung keadaan kita sekarang ni, adakah kita akan kembali mencapai keamanan yang seperti dahulu kala? Adakah MELAYU akan bersatu? Nadh doa sangat, Kita yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah dengan satu lafaz Lailahaillallah sepatutnya YANG PALING BERSATU, tapi hairan sebab yang terok-terok berpecah belah adalah kita, Nadh doa sangat semuanya akan kembali macam normal, (maksud Nadh macam Zaman Kegemilangan Islam dulu, di mana ISLAM BERSATU). Doa sangat!! dan pada yang membaca, kita aminkan ya doa Nadh ni. Amin Yarabbal Alamin...

Perkongsian Minda.

Assalamualaikum 
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Wahhh.. Macam banyak ja tajuk nak Nadh kongsikan lepas Nadh balik dari kuliah kan? Seriously memang banyak pun sebab module pengajaran kali ni banyak kepada perbincangan dan Nadh bergaul dengan para guru-guru seMalaysia kan, memang banyak yang membuka minda dan pemikiran Nadh.

Macam tadi kan, present tentang 4 tajuk besar, iaitu :
1. Hubungan antara kaum di Malaysia sedang baik-baik aja. 
2. Hubungan antara kaum di Malaysia sedang meruncing.
3. Mewujudkan 1 Malaysia, Kaum Malaysia
4. Mengekalkan konsep berbagai kaum di Malaysia.

Nadh terpikat benar dengan tajuk yang di bentangkan oleh kumpulan 2 iaitu Hubungan antara kaum di Malaysia semakin meruncing. Semasa perbincangan dilakukan, ahli kumpulan ni (sorang abg cekgu) banyak menyentuh isu yang kita tak dihebahkan, dari berbagai segi dan cuma menjadi isu "disapu bawah karpet" yang sepertinya cuba ditutup demi untuk menjaga kestabilan keharmonian di negara ni. (kononnya).Nadh tak sangka rupanya banyak yang disorokkan yang tidak kita ketahui.

Mungkin kami agak offensive kan, tapi bagi Nadh isu seperti ini bukan isu kecil kerana ianya akan dapat memporak perandakan keharmonian antara kaum di negara ini. 

Terus terang Nadh katakan la, Nadh sangat kagum dengan abang-abang n akak-akak dalam kelas Nadh ni. Walaupun depa dari kalangan guru-guru yang bagi Nadh mempunyai standard lain dari Nadh yang cuma kerani cabuk ni, tapi depa sangat happening dan yang paling Nadh kagum adalah cara depa tu, cara menyampaikan buah fikiran, cara depa berbual, cara depa menyampaikan, buat Nadh rasa seronok sangat, (tambah-tambah yang baik dengan Nadh ni sat dok kuaQ ayat Quran tu, sat ayat ni, kata-kata tu ada ja la ayat jadi sebutan, Nadh jadi kagum dan seronok sangat.. ).

Ni yang buat nak kenai dengan lebih dekat ni, bukan apa, ILMU yang depa ada yang Nadh tadak tu dah buat Nadh seronok sangat. seriously la, banyak membuka minda tadi, sebab perbualan kami bukan sekadar "bual kosong". Alhamdulillah, Nadh happy sangat, syukur pada ALLAH yang buka hati Nadh nak join kelas ni. Syukur.. syukur.. Alhamdulillah.. :D

Apa pun, terbukti la, golongan cerdik pandai ni, depa lain kan, takkan nak sama macam kerani cabuk macam Nadh ni kan? hihihi.. rendah diri plak rasa.. T.T


Saturday, 28 May 2011

Hari Pertama Kuliah Pertama Sem baru 2011/2012

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Hari ni hari pertama kuliah Nadh. Permulaan yang agak lawak jugak tadi mulanya, Nadh sampai dalam pukul 2. Lepas tu, Nadh naik atas, tingkat 13A, lepas tu tak bertemu kelas. Jumpa kawan-kawan, tapi subjek yang depa amek tu, bukan subjek yang patut Nadh balik. Depa kata subjek Nadh minggu depan baru ada. Nadh tinggalkan depa, n Nadh turun bawah.

Sampai kebawah, Nadh tengok balik jadual, memang ada kelas tu, Nadh naik atas balik. Lepas tu dah naik atas, memikirkan nak masuk kelas mana. (ceritanya, Nadh tak daftar online sebab tak sempat hari tu, jadi Nadh terpaksa buat manual semua tu, jadi kena paksa-rela pujuk lecturer terima Nadh). Dah sampai kat atas, Nadh jumpa sorang akak tu, Kak Mas nama dia, dia tanya Nadh. 
"Adik kelas apa?

Nadh : kelas Etnik kak, Kak plak? 
Kak Mas : Sama la kita, tapi kak nak insert ni.
Nadh : ehh. sama la kita kak.

Then lalu sorang lecturer tu, nama dia Encik Mokhtar, dia kenai akak ni, akak ni kata nak duk kat kelas dia, tapi dia kata kena tanya dulu dekat penyelaras kursus. Jadi Nadh n akak ni pun berjalan-jalan cari penyelaras kursus ni. 

Sampai kat satu kelas tu, Nadh suruh la akak ni tanya. Nadh kata Nadh segan. Dia plak suruh Nadh. lepas tu tanya, Lecturer tu kata dia bukan penyelaras. Penyelaras ada dekat kelas sebelah. 

Nadh ketuk pintu dan tanya. Nadh bagi salam n tanya. lepas tu dia tanya, 
"kenapa kamu nak masuk kelas saya? kelas saya dah ramai dah ni.. "

Lepas tu dia macam susah hati plak Nadh tengok, Nadh pun cakap, 
"ehh Puan, saya nak masuk kelas Encik Mokhtar leh tak Puan? tadi saya dah tanya dia, dia kata sebelum masuk kelas dia kena tanya Puan dulu. "

Puan tu pun cakap, okeh la macam tu, kamu pergi tanya enchik Mokhtar dulu, kalau dia tak terima kamu baru kamu datang dekat saya. Nadh pun ucap terima kasih dan mintak diri. (dengan penuh sopan santun lemah lembut, ahahahaha. : )

Kemudian dah dia bagi kebenaran kan, masuk la kelas Encik Mokhtar tu. Nadh tadak pilihan la, sebab ngikut akak tu kan, kalau nak tahu dalam kelas ni ada 5 saja LELAKI termasuk Nadh. dan Nadh sorang ja budak Elektrik yang sesat dalam ni. Nak kata segan tu mungkin la, tapi wat tatau aja la. Sebab Kak Mas cakap dengan Encik Mokhtar ni senang-senang ja leh dapat A. 

Dalam kelas perempuan majority, n Laki yang pupus ni, nak kata pelik tu pelik jugak, tapi yang tatahan tu, stat ja Nadh bukak mulut, abeh,... suma dah mula tgk kat Nadh. Owhhh no... pakat kenai dah adik depa sorang ni.. Menjadi perhatian lagi nampaknya.. huuu.. tambah bila dah p depan tu, abeh dah kenai..

Friday, 28 January 2011

40 Hadis Akhir Zaman

Kuliah Maghrib Surau Ar-Razi - 28-Jan-2011

Dari Buku 40 Hadis Akhir Zaman.

Hadis ke 2 - mengenai kenapa Islam menjadi sasaran kemusnahan. dan mengenai ujian ALLAH yang turun sekiranya tiada orang yang mencegah kepada kemungkaran.

walaupun satu tempat tu ada orang soleh yang mencegah kemungkaran, tapi sekiranya ada banyak kejahatan, kemaksiatan, kemungkaran, maka akan berlakulah musibah atau kebinasaan. contohnya adalah tsunami yang berlaku, semua mati kan, dan bercampur antara orang-orang yang berbuat kemungkaran dan yang tidak, tapi apabila satu hari nanti, dibangunkan orang-orang ini di akhirat, maka masing-masing akan dibangkitkan mengikut amal masing-masing, sekiranya ketika mati tu tidak berbuat maksiat, akan tetapi masa mati terkena musibah dek kerana lalu dikawasan berkenaan, maka akan dilepaskan pada hari berkenaan.

sekiranya kita terlihat kepada kemungkaran, cegahlah, seperti kata Nabi Muhammad SAW :
"sesiapa yang melihat maksiat, hendaklah mencegah dengan tangan (yakni kata Ulama' adalah dengan kuasa), dan jika tidak mampu, dengan lidah (tegur dia, sekiranya tidak membahayakan, atau memudaratkan), dan dengan hati (iaitu selemah-lemah iman)."

kesimpulan dia, sapa yang redha dengan perkara maksiat, maka mereka termasuk dalam kemaksiatan itu.

Hadis ke 3 : Seluruh Dunia datang mengerumuni dunia Islam.

Dari Nabi Muhammad SAW :
"hampir tiba satu masa dimana semua bangsa seluruh dunia mengerumuni kamu sepertimana orang yang nak makan mengerumuni hidangan. "

maksud nya, orang Islam dikerumuni macam makanan yang dihidang dan orang berebut nak makan. dan dari konteks sebenar, apa yang terjadi sekarang, Umat-umat islam ditindas dan diserang, dzalimi dan dijajah oleh kuasa-kuasa luar.

kemudian para sahabat bertanya,
"Adakah kerana kami sedikit, yang mai nak serang dan jajah kami itu? "

Rasulullah menjawap :
"bahkan kamu ramai ketika itu, akan tetapi kamu tu seperti buih, seperti buih yang dibawa oleh arus"

cuba kita tengok buih, nampak bulat kan? tapi didalam nya kosong cuba kita cucuk plak dia dengan jari, automatik akan pecah kan? jika tidak dipecahkan pun, lama kelamaan dia akan pecah sendiri, tak begitu? inilah maksud Nabi Muhammad, pendirian umatnya ketika itu adalah seperti buih, iaitu hanyut seperti buih.

lihat kepada keliling kita, apa yang dah kita terpengaruh dengan "senjata-senjata" ciptaan kafir laknatullah ini, paling mudah, lihatlah Malaysian Idol, black metal, hip hop, rap, dan sebagainya, seakan semua ini datang dengan mengikut trend zaman semasanya.. inilah dia yang dikatakan oleh Rasulullah, kita hanyut dengan perkara berkenaan. kata Rasulullah lagi, dan kamu itu akan mengikur jejak langkah sejengkal demi sejengkal, selangkah demi selangkah.

menurut statistik semasa, kalau tidak silap umat Islam ketika ini berjumlah 1oB orang, tapi apa maknanya semua ini sekiranya seperti buih?? dan hasil dari kelemahan ini, kemudian ALLAH akan cabut pula rasa gerun dari hati musuh-musuh kamu, kemudian ALLAH letakkan kedalam hati penyakit Al-Wahan.

sahabat bertanya lagi.
"penyakit apakah itu wahai Rasulullah,.? "

Jawap Rasulullah :
"inilah dia penyakit Cintakan Dunia dan takut akan kematian"

pada ketika perkara ini berlaku, orang kafir sudah tidak takut lagi kepada orang Islam, sebagaimana Parsi dan Rome takutkan pemerintahan dizaman kerajaan Islam satu ketika dulu, dalam kita sedar atau tidak , sebenarnya orang kafir ini sangat takutkan kepada kebangkitan umat Islam, ini kerana ALLAH ada berjanji, akan diberikan kejayaan kepada golongan yang beriman, beramal soleh, yang berpegang teguh kepada Islam.

maka dengan itu, wajarlah kita menjauhi penyakit cinta kepada dunia yang mana adalah kepala kepada semua kerosakan, dan penyakit takut mati yang berpunca dari kerana merasakan tidak cukup amal didalam diri. yang sebenarnya, ALLAH sengaja menghiaskan kepada orang-orang kafir tentang kemanisan dan keindahan dunia ini, akan tetapi sekiranya kita "sihat" dari penyakit ini, pasti kita akan sedar akan kebesaran mengingati dan memperingati hal-hal mati itu, lebih besar dan lebih nikmat dari terlalu leka dengan keindahan dunia ini. samalah kita berdoa agar ALLAH turunkan kejayaan kepada para muslimin dan diberikan kita kejayaan didunia dan diakhirat.

"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada ALLAH dan perhatikan apa yang kamu siapkan dalam diri kamu"

wallahualam.
semoga mendapat manfaat.

;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA