Followers

Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Tuesday, 21 February 2012

Musim membela ke ?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.



Sekarang ni musim membela kot kan? Ye la, Boss ng Tinny nya, adk dgn siGemok, blogger Nad plak dengan kembar Amadani n Amajiro nya.

Kalaulah wujud binatang kuning ni, nak je ada satu. Comei kan dia? Comei kan dia?

Sabda Rasulullah SAW :
“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat”(Hadits riwayat Ahmad )

Haa, hadis kat atas ni menunjukkan Rasulullah pesan pada kita agar tidak menganiaya. Sebagaimana kita tak boleh aniaya orang, macam tu juga la haiwan ye. Dia pun hidup kan? Ada nyawa. Oleh itu, sayangilah mereka. Haiwan kan takde akal, kalau kita aniaya dia kita ni lagi teruk dari dia tau, ada akal tak reti nak guna. Bukan takat teruk tapi WORST!

“Orang-orang yang bersifat rahmat dan belas kasihan, mereka itu dirahmati oleh Tuhan ar-Rahman, maka hendaklah kamu bersifat rahmat kepada penduduk-penduduk bumi, nescaya kamu akan dirahmati oleh siapa yang berada di langit." (Hadis riwayat Abu Daud)

See? Tak salah kan berbelas kasihan?


#Eh readrs ada membela x? Cer kongsi cket. ;)

Note : klu ikt dunia nyata, Nadh nk bela anak rimau. (penangan anak thn rimau kot kan?) Aummmmm

P/s : mcik tu tkt kucen. :p
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 14 February 2012

Yang dikejar dan yang tak perlu dikejar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru selesaikan janji dengan akak Nadh , lepas tu dah selesaikan janji dengan boss Nadh. Juga dengan macik tu. Sekarang ni Nadh ambil masa untuk diri sendiri pula lah. Lama rasanya tak berbual-bual dengan buah hati ni kan? Malam ni curi masa sedikit sebelum masuk tidur nak berbual.

Nadh ada sebutkan dalam entry lepas Nadh iaitu INI tentang DUIT-DUIT-DUIT . hari ini Nadh cuba nak perincikan apa yang terkandung didalam entry itu buat tatapan para readers belog Nadh ni.

Segalanya bermula masa pagi tu Nadh terdengar dalam radio kot tak silap masa tu ada sebut tentang "kearah negara maju dan berpendapatan tinggi. ". Lepas tu Nadh terus terfikir. (Maaf andai ada yang tidak setuju ye. )

Maju. Apa sangat yang ada dengan MAJU yang sedang diperjuangkan? bangunan tinggi? kereta besar? rumah besar? bandar yang hebat dan besar gedabak? Berpakaian moden dengan mendedahkan tubuh badan, kononnya mengikut fesyen? Banyak kemudaratan dengan perkataan ini yang sedang merosakkan minda kita masyarakat dunia.

Salah satunya, MAJU dalam erti kata barat yang memisahkan AGAMA dan DUNIAWI, yakni AGAMA itu menyumbang kepada kemerosotan MAJU dalam masyarakat. Tak percaya? Cuba renungkan beberapa contoh di bawah yang Nadh lampirkan. 

1. Bila kata maju, fesyen pun kena up to date ye? masa tu mula la kain kurang di sana sini, yang menutup pun terbelah, yang tertutup pun terjojol, yang tersimpan pun terdedah. Maka lahirlah golongan berpakaian untuk 'menampilkan diri' di khalayak ramai. Si yang melawan peredaran zaman dipandang sebagai KOLOT sedangkan, Aurat itu untuk ditutup, bukan ditayang.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

2. Bila kata maju, rumah pun kena besar, kereta kena besar, segalanya kena besar, bangunan kena tinggi-tinggi. Owhh lepas tu ramai lah yang MATI KUTU. Lari hutang ye. Tak percaya sila pergi rujuk dekat luar, berapa ramai yang berhutang hanya untuk nampak HEBAT? Lihatlah laporan berapa ramai yang MUFLIS. Bukankah sudah diingatkan kita tentang hutang didalam salah satu Hadis Rasulullah :
"Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari." (Riwayat Ahmad)


3. Bila maju lagi, diri nak senantiasa nampak MEWAH, KAYA, HEBAT. Dan bila landas agama di lempar ke tepi, mulalah berselera besar mengalahkan kemampuan, AKHIR SEKALI, APA YANG BOLEH MAKAN SUMA MAKAN, HALAL HARAM BELAKANG KIRA. Apa itu? RASUAH ! PENIPUAN! PENINDASAN !
"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."(Al-Baqarah : 188) 

Tapi masa ini, siapa yang kisah? Bukankah nampak masyuk di mata manusia itu HEBAT? Apa sangatlah balasan yang tidak dinampak di mata itu bukan? Walau sebenarnya Rasullullah pernah berfirman :
"Allah s.w.t melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Riwayat Ahmad)


4. Bila MAJU, segalanya berubah, taraf hidup meninggi, yang kaya menjadi JUTAWAN, yang sederhana bertukar miskin, dan yang miskin menjadi PAPA KEDANA. Dulu mak ayah kita dengan 15 sen sehari dapat makan, buat tambang ke sekolah, dapat beli makanan ringan lagi, tapi kini , RM10.00 sehari pun belum tentu mencukupi. Bayangkan yang hidup susah, dengan pendapatan rendah, dengan perbelanjaan yang makin TINGGI, apa jadi akhirnya? JENAYAH pun berleluasa. BUKAN BUAT JENAYAH SEBAB NAK KAYA, TAPI SEBAB NAK HIDUP!!
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul berbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Abu Hurairah)


Bagi Nadh, tiada apa yang salah hendak berjaya cuma sebaiknya ROH ISLAM itu dititipkan EXTRA didalam jiwa agar tiada berlaku perkara buruk dalam mencapainya. Sepertimana Hadis diatas tadi yang menyatakan : kesan buruk bila Ilmu Islam dihapuskan.

Muncul FITNAH, "ISLAM tidak membawa MAJU, ISLAM membawa kemerosotan" ,
Berleluasa sifat kedekut "Manusia menindas disebabkan hendak LEBIH KAYA"
Banyak jenayah "dimana-mana pun ada bukan? Dan diperincikan Rasulullah salah satu nya jenayah BUNUH, lihat kembali di luar kita, banyak berlaku sekarang, contoh terbaik, ragut yang menyebabkan kematian?  "

Sekiranya ini yang dikejar, bukankah ianya tidak perlu dikejar bila mana hasilnya mendatangkan banyak musibah. Bukankah kita sepadannya hidup dalam kesederhanaan.?
" Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (Al-Furqaan : 67)

Dan yang sebenarnya, ALLAH sudah berpesan pun dalam AL-Quran tentang yang dikejar dengan mengikut pandangan mata barat al-kafiruun dalam Surah Thaahaa ayat 131 yang bermaksud : 
"Dan janganlah engkau menunjukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.


End of the story, semua ini UJIAN bukan? Terpulanglah pada yang membaca membuat perbandingan. Bagi Nadh ISLAM itu terbaik sebab segalanya penuh dengan kesederhanaan, dan penuh pengharapan buat semua, bertentang dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang yang hanya bersifat sendiri dan penindasan. Bersamalah kita berdoa agar ISLAM kembali diangkat di mata dunia, bermula di ruang tanah air kita sendiri, dan yang penting sekali, dalam jiwa, hati nurani kita dahulu. Amin Yarabbal Alamin.

Friday, 10 February 2012

Along tak marah ka?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari semalam rasa cam badan ni kena gasak tahap gaban. Letihnya tuhan ja la yang tau. (Ka sebab badan makin manja ye? hihihi ). Apa pun, hari ni Nadh nak kongsi dengan readers apa yang Nadh jumpa semalam masa Nadh dekat site.

Masa Nadh di sana semalam, Nadh dapat beberapa respon dari orang yang lalu lalang kawasan tu.
1. "You tak payah buang la, nanti malam ha, depa lekat balik tau. Itu polis pun tak mau tangkap sama itu olang, sudah bayaQ kot, itu pasai polis buat tatau." (Apek kedai buah)


2. "Tak payah buat la , nanti malam diorang lekat balik. Kawasan ini susah la." (Akak lalu lalang)

Jawapan Nadh kat mereka semalam : "Saya dah dibayar, saya kena lah buat menda ni. " *sambil senyum*



nampak dak gambar atas ni? Ini adalah buah tangan golongan Along yang merosakkan reta awam dengan sewenang-wenangnya. . Itu baru Nadh tunjuk kota meksis. Ini tak dak la apa sangat kan, nak dibandingkan papan tanda jalan, wrong way, no U-Turn, dan sebagainya yang telah di-modify oleh golongan ni.


Lepas sejam lebih beraksi, ini hasilnya.

Sebenarnya kan, Nadh pun tak tahu apa yang Nadh nak kongsikan ni, cumanya kan, Nadh nak petik satu Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:


Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu orang yang lalu lalang, maka Allah mengutuknya.” (Riwayat Ar Tabrani).

Dengan apa yang kita tengok ni, adalah salah satu yang mengganggu jalan orang lalu lalang. Dari pandangan Nadh la kan,. katalah, orang tu datang dari jauh, nak mencari rumah saudara la katakan, dok cari-cari nama jalan, tapi jalan tu kena tutup dengan sticker merapu ni semua, last sekali orang tu sesat, tak ke kesian dekat dia.

Masa Nadh sekolah dulu kan, Ustazah pernah pesan tau, bila kita jumpa satu sampah, kutip, lepas tu buang. Nadh masukkan dalam situasi sekarang ni kan, baru nadh paham yang ustazah Nadh nak didik kita tentang kebersihan, dan rasanya mungkin sepertimana yang Nadh selitkan di bawah ini.

"Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tapi itulah hidup kan? Dunia yang mengisahkan tentang DUIT-DUIT-DUIT. segalanya duit. ke mana sahaja duit.

Salah siapa? Nadh akan cetuskan buah fikiran tentang ini kemudian.

Tuesday, 6 December 2011

Tips Agar Selalu Dicintai

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 
 
Di dalam hidup sering kali kita ingin dicintai oleh orang lain, pasangan hidup kita, saudara, kerabat, teman sepejabat, sang buah hati kita dan juga tetangga dimana kita tinggal. Rasulullah memberikan satu tip agar kita dicintai oleh orang lain sebagaimana Sabda beliau, 
"Kalian disenangi oleh manusia bukan karena harta kalian melainkan karena wajah yang ceria dan akhlak yang mulia." (HR. al-Baazar)

Katakan satu hari, kita muncul dengan muka yang sememeh, waktu mereka sedang sedih, kepala otak fikir yang bukan-bukan, muka kita turut buat mereka berasa tak selesa, mungkin bertambah sedih. Tapi seandainya kita ceria, bukankah mereka akan turut terpanggil untuk berasa ceria. Macam orang selalu kata, senyum tu virus paling dahsyat. Satu senyum semua pun senyum.

Wajah yang ceria dan akhlak yang mulia itulah kunci agar kita dicintai oleh orang lain bahkan juga oleh Allah dan RasulNya. Pernah Nabi Muhamad ditanya, ''Ya Rasululullah, siapakah hamba yang paling dicintai oleh Allah?' Beliau menjawab, 'Yang paling baik akhlaknya.'' (HR. al-Tirmidzi). 

Macam Nadh baca semalam, ALLAH itulah sumber segala kebaikan, dan DIA mencintai kebaikan. Jadi untuk jadi terbaik dan disukai oleh hamba-hambanya, kita kenalah baik dulu dengan ALLAH. Kemudian barulah yang berada di samping turut akan mencintai kita. Macam yang kita belajar dari kisah Rasulullah dulu, bagaimana dia senantiasa bersangka baik, walaupun dengan orang yang melayannya macam musuh. Diterjemahkan melalui perbuatan kita, tuba yang dibalas susu satu hari nanti bakal pulangkan kita dengan kebaikan.

Dan Nabi juga bersabda, "Orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku dihari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya." (HR. al-Tirmidzi).

Jadi, kuncinya agar kita dicintai adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia.

"Senyum, tak perlu kata apa-apa. :D" by GempakGile

Saturday, 26 November 2011

Dah tiada baru nak kalut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, sepatutnya Nadh ada date dengan seorang sahabat Nadh (lelaki tau) sebab ada hal dunia sikit yang nak dibincangkan antara kami, perihal kawan-kawan jugak la.

Then suddenly dia call, terpksa membatalkannya sebab ada ahli keluarga dia meninggal dunia. Sembang punya sembang, dia ada sebut sesuatu dekat Nadh.
"masa dia dok ada, sapa pun tak kalut, la ni dia dah p, baru semua nak kalut..".

Sebenarnya apa yang sahabat Nadh cakap tu memang betul kan? Semasa dia hidup, tak pula nak pergi ziarah, sakit demam dia ka, tiada pula yang peduli, bila dia dah pergi, baru la nak tacing tacing nangis meratapi pemergiannya.

Ini bukan budaya semua, tapi kebanyakannya sekarang lebih sibuk mengejar harta, wang segala yang bawa senang, tapi kes trpencil seperti ini diabaikan. Kita rasa bertanggungjawap nak pergi selepas meninggal, tapi tidak semasa sakit. Semasa ada lagi dia hidup dimuka bumi. Bukankah bila kita pergi kita bawa semangat kita untuk dia tumpang demi melawan sakitnya?

Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang, melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi, dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga. (Riwawat Al-Imam At-Tarmizi).

Hadis diatas jelas menceritakan, Betapa besarnya balasan yang pergi melawat orang orang sakit, bukan hanya kita beri dia semangat, malah sinar baru seperti memberikan harapannya. Dan yang penting, kita dah gembirakan dia dengan kedatangan kita. Bukankah menggembirakan orang itu satu lagi perbuatan yang mulia?

Nadh harapkan, para readers tak macam tu. Kita hargai yang ada semasa hidupnya dan mendoakan selepas perginya dia. Peringatan buat diri Nadh sendiri juga.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 15 November 2011

Sepandai-pandai tupai melompat

 Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lambat ya hari ni Nadh update belog ni. Mungkin kerana sibuk dengan kerja + internet access buatkan tiada masa berkata-kata pada hari ni. Tapi Nadh still nak berkata-kata mengenai subjek pagi Nadh masa Nadh nak keluar kerja tadi.

Apa yang Nadh jumpa adalah. ni ha sahabat kat bawah ni :
Seronok sebenarnya tengok dia, sangat comel. Nadh tengok tadi kan, laju betul dia bergerak, sangat lincah, seperti jalan atas angin plak tengok nya. Seronok plak. Nak je mintak 'power' tu kan? ;P


Pastu terfikir, dek kerana lincah nya dia bergerak, melompat dari pokok ke pokok tu lah akhir skali orang kita buat satu peribahasa kan,
"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"

Fikir punya fikir punya fikir, jumpa kat bawah-bawah ni, Harap-harap dapat memberi sedikit panduan kepada kita. 

Zaman, sekarang, semua nya berseronok, bergembira dengan HIBURAN, sepertinya tiada perkara lain yang lebih penting dalam hidup mereka, terlalu diberatkan, sampaikan waktu ibadat pun masa tu la nak kita berkumpul, (ini sangat banyak kita leh tengok masa konsert-konsert, Jom Heboh la paling mudah, semua berkumpul, kononnya nak dapat tempat depan, TAPI TAK INGAT PLAK YANG TEMPAT DEPAN SKALI KAT NERAKA NANTI PUN DAPAT JUGAK SEBAB NAK TUNGGU KONSERT KAN, SOLAT ENTAH DAH KE MANA?)

Masa asyik dengan concert, berlakulah pergaulan antara laki dan perempuan, (Nadh tak katakan semua) tapi amat jelas yang kita dpat tengok di sana tu, manusia lelaki dan perempuan bergaul dengan tanpa ada halangan, (well, konsert beb, takkan nak letak asing-asing kan,)

Masa ni kita dapat tengoklah yang ada terkinja-kinja tu, tersentuh sana, tersentuh sini,(nak marah camna kan, sebab dah rapat kedudukan masing-masing, SO BILA TERSENTUH TU DIKIRA KOSONG-KOSONG, OPSSS TAK SENGAJA LA DER)

Bila dah kenal macam tu, tercampur tak ketahuan, hati pun mulalah. C.H.E.N.T.A
(Yu, ai dah lama tengok yu, ai rasa, yu lah tulang rusuk ai yang kena hambek satu tu...)

 
Yang ada disebelah menyebelah  pula buat tak heran, 
(ehhh I'm enjoying the song la, bayaQ mahal, tak kose nak melayan depa tu aihhh)

Lama kelamaan, dari sentuh-sentuh di sana, membawa sentuhan di tempat lain. (ehh, standard bro, ai lap him la. n she lap me too la.)

Masa inilah, hero cuba menunjukkan dirinya, hebat, SUPERMAN. 
(saya akan bertanggungjawap, saya jaga awk, saya PASTI AKAN PERTAHANKAN ANDA KERANA CINTANYA SAYA PADA AWAK)

Last, bila dah sedap-sedap kan, akhirnya KANTOI. Si gadis pun MEMBOYOT
(Ucuk, ai pegnen, anak pertama kita, wehuuuuuu)

Dan masa ini, terserlah plak perangai sebenar si LELAKI. Dah tu, mulalah cari jalan-jalan nak larikan diri.
(ehhh, ai buat dengan you sekali je, takkan dah Pegnen? Yu mesti ada orang lain ni, yu tipu, mesti ni bukan anak ai).

Maka, terjadilah PERANG DUNIA KETIGA.
(Ai tak kira, yu dah janji yu nak tanggungjawap, sekarang ai da BOYOT yu nak lari plak)

Akhirnya, (kalau nasib baik la), Setelah puas berPERANG, dan keluarga ambil tanggungjawap atas apa yang terjadi. keduanya akan berkahwin, HERO tanggungjawap atas perbuatan dia (dengan sikap dia tadi, konpem-konpem, TERPAKSA)

Tapi cuba fikir ya, masa nak = SERONOK, dah dapat = SEDAP, dah kantoi = LARI. Orang macam tu ada rasa TANGGUNGJAWAP KA??

Akhirnya, terbuktilah yang : 
"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"


PERINGATAN
Dan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk” (al-Israa’ : 32)


Dan Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Jadi mengapa takut untuk ke arah yang lebih baik, sedang ALLAH telah sebutkan di dalam ayat seperti di atas, malah di tambah lagi oleh Rasulullah SAW juga dalam sabdanya,

"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami." (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Oleh itu, bersama-samalah bergerak selangkah ke hadapan, bagi menghadapi masa mendatang, JAUHILAH ZINA. TINGKATKAN USAHA, InsyALLAH beroleh mandat dan berjumpa jalan untuk REDHANYA.

Sekian. Semoga mendapat manfaat.

Thursday, 10 November 2011

Topic ini lagi?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi kan, Nadh sembang dengan sahabat. Tengah gelakkan dia sekejap. Sebab last few weeks ada cakap sal calon isteri dekat sahabat Nadh tu. Lepas tu, tau ja la mulut Nadh ni, boleh plak pergi sound kat akak sorang tu suruh tolong cari, alek-alek tadi dia datang and kabo kat Nadh n sahabat Nadh tu. Seyes merah muka sahabat Nadh tu tadi. hihihi.

Lepas selesai tu kami bersembang berdua ja la. (Actually kebelakangan ini subjek ni agak popular sebab kemarin dahulu masa Nadh balik KL dengan kezen pun dia ada cakap pasal topic ni juga.).

Okeh, back to topic, kemudian dia kata dekat Nadh.
"Sebenarnya aku ni kalau ada simpanan, aku fikir dah sebab hal ni, tapi memandangkan aku pun tak cukup makan, aku taknak fikir bab ni lagi."

Nadh pun apa lagi,
"kalau kita nak ke arah jalan yang mendekati DIA tu kan, mesti DIA pun akan tolong. Abang cuba fikir ya, kalau abg tak fikir sekarang, bila abg nak fikir? Kata la abg kata tak ada duit, kalau abg tak ambil tindakan sekarang, agak-agak abang akan ada duit tak? "

Nadh tambah lagi,
"kalau ambil langkah sekarang, dari matlamat, akan datangnya cara, dari cara wujud usaha, dan akhirnya akan ada juga simpanan untuk ke arah itu. Ingat kalau abg tak fikir sekarang, bila umur abg dah 50, abg rasa abg akan fikir tak bab tu? KONPEM TAK sebab masa tu abg akan bagi alasan yang sama 'aku tak ada simpanan juga'. "

Lepas habis apa Nadh cakap tu, dia jeling Nadh. (memang cara Nadh menegur dengan nada sinis, dan gelak-gelak, supaya teguran itu tak berat, tapi jauh dalam sudut hati, Nadh tahu sahabat Nadh pun menginginkan nya)

Nadh mendoakan sahaja, dan dengan sedikit suntikan semangat, diharapkan dia akan berubah. Amin.

Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).

Monday, 31 October 2011

Kita, Angry Birds, MARAH?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang ni ati munga-munga sikit, tapi lebihnya kepada hati kartun. Sebenarnya semalam lagi dah terfikir cerita ni, tapi biarlah hari ni Nadh kongsi pasal ini ye. Moga-moga kita boleh juga basuh sikit hati ni kan? Jauhkan dari menda ni.

Topik petang ni adalah BURUNG MARAH a.k.a Angry Birds yang orang dok memain tu. Lama dah kita kenai dengan game ni kan? Tapi petang ni Nadh nak kaitkan karektor burung marah ni dengan Anger, atau kemarahan yang dibawa dalam game ni dan semestinya kita yang berada di dunia sebenar ni juga.

Mula sekali adalah burung merah ni. Burung ni macam dalam game juga, tak ada keistimewaan apa-apa. Macam kita kat luar ni, marah, tapi marah biasa-biasa sahaja. Tapi tak bermakna tiada apa-apa ya, marah itu api dan api itu syaitan, jauhkan lah diri dari marah.

Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk  (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)


 
Burung kedua ni. Burung biru. Peel dia, sama macam kita yang dekat luar ni. Mula tak marah, tapi bila dah marah, satu per satu kita keluarkan, Maksudnya simpan peluru, bila dah marah tu, habis semua peluru kita tembak, maksud, dari kisah atuk, nenek, sampai ke cicit piut semua kita keluarkan waktu marah. Tak baik tau buat macam ni, nak marah, marah la, tapi jangan la berkait-kait dengan semua. Yang tak berkenaan pun kena sekali, tak seronok la kan? 




Burung kuning. Kemarahan melulu. Macam juga pergerakan dia dalam game, cer kita renung balik, kita marah macam tu ka? Tetiba terus meluru ke arah yang kita marah tu, entah-entah dia salah ke tidak, tapi kita terus meluru kat dia, macam orang kata tu, "serang tak ada helmet", macam ni la, main nak marah ja tak ketahuan.

Burung Putih. Jenis lepas bom, lepas tu hilang. Ada juga orang spesis ni, marah-marah, lepas tu dah lega, terus dia berlalu. Baik juga orang spesis ni bila marah, dia marah kejap ja, dah dia lepas geram dia, dah dia sejuk. Ini spesis kedua marah, cepat marah dan cepat sejuk.


Burung spesis hitam. Ini spesis bom atom. Bila dia dah meletup. Apa pun tak dapat. Kalau dalam dunia, golongan ini paling orang takut, sebab bila dia dah marah, bak kata orang utara, "se duit pun tak guna".  Memang kena sungguh-sungguh dia 'serang' kita. Bahaya ya orang ni, pada yang spesis ini, kena lah tegur hati tu, jangan cepat marah, meletup sangat, sebab tak baik untuk kesihatan.



 
Yang terakhir. Burung Hijau. Spesis boomerang, spesis marah berkali-kali. Marah-marah, bila teringat ja, dia patah balik. Pusing-pusing kot situ juga. Spesis berbahaya ni, sebab ni spesis marah tak berhenti-henti, cepat marah lambat sejuk, ini spesis golongan paling Rasulullah tak suka. jadi sila jauhkan ye.?


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW yang maksudnya:  ”Berwasiatlah kepada ku."

Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.
Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”  (Al-Bukhari)

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.

Firman Allah s.w.t. "Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134)

Jadi kenapa kita harus marah-marah?


Lain mengenai MARAH. : 
Artikel Al-Islam Mengenai Marah.
Golongan Manusia yang Marah.

Sunday, 2 October 2011

Kisah "diabaikan"

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadi, seseorang call Nadh. Dia tanya kat Nadh satu soalan,
"Kenapa bila lelaki dah kawin pun, tapi dia masih nak cari yang lain..?"

Nadh terdiam seketika, tapi Nadh tak terus jawap, tapi Nadh bagi jawapan, 
"Ada banyak sangat kemungkinan, yang kita tak tahu dan kita tak dapat nak bagi jawapan."

4 hari sebelum ni Nadh ada bincangkan sesuatu yang lebih kurang kes ni dengan boss Nadh. Kisahnya, dia jadi penasihat dekat seorang sahabat dia tu. Kes dia lelaki tu dah lama "diabaikan" isterinya.

- Kalaulah kamu tak masak nasi, lepas tu suami kamu nak makan, dan dia pergi makan dekat kedai, hal tu TAK HARAM, Halal untuk dia dan halal juga untuk kamu yang tak masak untuk dia. (mungkin kamu penat)

- Kalaulah kamu tak basuh baju, suami kamu perlu untuk pakai baju dan dia pergi dobi, basuhkan pakaian dia sendiri, HALAL juga dia buat hal itu, tak salah dan tidak jatuh hukum HARAM atas perbuatan dia tu.
TETAPI,
Kalau kamu tak "bersama" dengan dia sedangkan dia berkeinginan, dan akhirnya kerana dah terlalu lama dia berkeinginan dan kamu masih tak mahu menunaikan keinginannya, dia "makan luar", HARAM lah ke atasnya perbuatan yang dilakukan ni. Dan HARAM dari perbuatan dia tu, akan turut ditanggung kamu dek kerana apa yang kamu dah lakukan tu.
"Isteri-isteri kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)
Dalam dunia, cuma ada satu yang DIHALALKAN selepas memenuhi syarat UTAMANYA, itulah dia PERKAHWINAN yang meng-HALAL-kan hubungan diantara lelaki dan perempuan. 

Sebab itulah Rasulullah SAW pernah bersabda : 
Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak untuk datang, maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Dan betapa besarnya kedudukan seorang suami dalam hidup seorang isteri itu sehinggakan dalam satu lagi hadis Rasulullah ada bersabda :
Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu kerana suami adalah syurga dan nerakamu.” (Ahmad)


Note :: Makin lama makin takut bila berbicara soal ini. huu T.T

Sunday, 5 June 2011

Hadis Akhir Zaman

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Ertinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara­-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".


( H.R Ibnu Majahv)

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan. (sedang berlaku dengan banyaknya. Dan satunya penyakit yang masih tiada ubatnya iaitu AIDS. )

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan. (Semakin naik harga, jadi demi menyelamatkan diri, dan mencari keuntungan manusia mula menipu dalam timbangan. Yang kaya, makin gagah, yang miskin makin susah)

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat. (Hujan, panas tidak menentu, bukankah ini satu petunjuk buat kita menginsafi ? )

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum­hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan. (tiada lagi penyatuan, bila satu pihak menghalang hukum ALLAH dilaksanakan, manakala satu lagi nak memperkasakan hukum ALLAH demi untuk menjaga kesejahteraan, tak payah tengok banyak, cukup di negara kita sendiri. )

Note :: Cuba baca balik 2 kali apa yang diatas ini, bukankah semua nya sudah menimpa kita? Bersama kita renung-renungkan..:)

Sumber : http://www.pekida.org/


Tuesday, 29 March 2011

Sekecil Sayap Nyamuk?


 "andai kata dunia itu sebesar sebelah sayap burung ataupn sebesar sayap nyamuk, maka takkan aku beri sedikit pun ia kepada mereka"

suka pada Quote ni. tak silap dari satu hadis tadi. tasempat nak salin.
tapi ini untuk menceritakan Zat ALLAH Maha Pengasih dari bacaan Bismillahirrahmanirrahim.
dan kenapa ALLAH beri DUNIA kepada orang yang melawan dia, yang kufur kepada DIA, yang tak TAAT kepada DIA. semua sebab dia itu Maha Pengasih.

tak banyak nak diperkatakan, cuma menuntut para pembaca, memahami Quote atas tu.
betapa Sayangnya ALLAH pada kita kerana dikurniakan nikmat dari sifat Maha Penyayang DIA tu. itulah dia nikmat IMAN. itulah dia nikmat ISLAM. Yang tidak diperolehi dari orang lain. Tak dak apa pun DUNIA ni jika nak dibandingkan dengan AKHIRAT YANG ABADI. Dunia hanya jambatan untuk ke sana, dan sebaik-baik orang adalah yang memperelokkan amal dan ibadah dan mendekatkan diri kepada NYA, dan dialah yang memperoleh kebaikan dari amal yang dia buat.

Fikir2kanlah, renung2kanlah.
Selamat Beramal.

Friday, 28 January 2011

40 Hadis Akhir Zaman

Kuliah Maghrib Surau Ar-Razi - 28-Jan-2011

Dari Buku 40 Hadis Akhir Zaman.

Hadis ke 2 - mengenai kenapa Islam menjadi sasaran kemusnahan. dan mengenai ujian ALLAH yang turun sekiranya tiada orang yang mencegah kepada kemungkaran.

walaupun satu tempat tu ada orang soleh yang mencegah kemungkaran, tapi sekiranya ada banyak kejahatan, kemaksiatan, kemungkaran, maka akan berlakulah musibah atau kebinasaan. contohnya adalah tsunami yang berlaku, semua mati kan, dan bercampur antara orang-orang yang berbuat kemungkaran dan yang tidak, tapi apabila satu hari nanti, dibangunkan orang-orang ini di akhirat, maka masing-masing akan dibangkitkan mengikut amal masing-masing, sekiranya ketika mati tu tidak berbuat maksiat, akan tetapi masa mati terkena musibah dek kerana lalu dikawasan berkenaan, maka akan dilepaskan pada hari berkenaan.

sekiranya kita terlihat kepada kemungkaran, cegahlah, seperti kata Nabi Muhammad SAW :
"sesiapa yang melihat maksiat, hendaklah mencegah dengan tangan (yakni kata Ulama' adalah dengan kuasa), dan jika tidak mampu, dengan lidah (tegur dia, sekiranya tidak membahayakan, atau memudaratkan), dan dengan hati (iaitu selemah-lemah iman)."

kesimpulan dia, sapa yang redha dengan perkara maksiat, maka mereka termasuk dalam kemaksiatan itu.

Hadis ke 3 : Seluruh Dunia datang mengerumuni dunia Islam.

Dari Nabi Muhammad SAW :
"hampir tiba satu masa dimana semua bangsa seluruh dunia mengerumuni kamu sepertimana orang yang nak makan mengerumuni hidangan. "

maksud nya, orang Islam dikerumuni macam makanan yang dihidang dan orang berebut nak makan. dan dari konteks sebenar, apa yang terjadi sekarang, Umat-umat islam ditindas dan diserang, dzalimi dan dijajah oleh kuasa-kuasa luar.

kemudian para sahabat bertanya,
"Adakah kerana kami sedikit, yang mai nak serang dan jajah kami itu? "

Rasulullah menjawap :
"bahkan kamu ramai ketika itu, akan tetapi kamu tu seperti buih, seperti buih yang dibawa oleh arus"

cuba kita tengok buih, nampak bulat kan? tapi didalam nya kosong cuba kita cucuk plak dia dengan jari, automatik akan pecah kan? jika tidak dipecahkan pun, lama kelamaan dia akan pecah sendiri, tak begitu? inilah maksud Nabi Muhammad, pendirian umatnya ketika itu adalah seperti buih, iaitu hanyut seperti buih.

lihat kepada keliling kita, apa yang dah kita terpengaruh dengan "senjata-senjata" ciptaan kafir laknatullah ini, paling mudah, lihatlah Malaysian Idol, black metal, hip hop, rap, dan sebagainya, seakan semua ini datang dengan mengikut trend zaman semasanya.. inilah dia yang dikatakan oleh Rasulullah, kita hanyut dengan perkara berkenaan. kata Rasulullah lagi, dan kamu itu akan mengikur jejak langkah sejengkal demi sejengkal, selangkah demi selangkah.

menurut statistik semasa, kalau tidak silap umat Islam ketika ini berjumlah 1oB orang, tapi apa maknanya semua ini sekiranya seperti buih?? dan hasil dari kelemahan ini, kemudian ALLAH akan cabut pula rasa gerun dari hati musuh-musuh kamu, kemudian ALLAH letakkan kedalam hati penyakit Al-Wahan.

sahabat bertanya lagi.
"penyakit apakah itu wahai Rasulullah,.? "

Jawap Rasulullah :
"inilah dia penyakit Cintakan Dunia dan takut akan kematian"

pada ketika perkara ini berlaku, orang kafir sudah tidak takut lagi kepada orang Islam, sebagaimana Parsi dan Rome takutkan pemerintahan dizaman kerajaan Islam satu ketika dulu, dalam kita sedar atau tidak , sebenarnya orang kafir ini sangat takutkan kepada kebangkitan umat Islam, ini kerana ALLAH ada berjanji, akan diberikan kejayaan kepada golongan yang beriman, beramal soleh, yang berpegang teguh kepada Islam.

maka dengan itu, wajarlah kita menjauhi penyakit cinta kepada dunia yang mana adalah kepala kepada semua kerosakan, dan penyakit takut mati yang berpunca dari kerana merasakan tidak cukup amal didalam diri. yang sebenarnya, ALLAH sengaja menghiaskan kepada orang-orang kafir tentang kemanisan dan keindahan dunia ini, akan tetapi sekiranya kita "sihat" dari penyakit ini, pasti kita akan sedar akan kebesaran mengingati dan memperingati hal-hal mati itu, lebih besar dan lebih nikmat dari terlalu leka dengan keindahan dunia ini. samalah kita berdoa agar ALLAH turunkan kejayaan kepada para muslimin dan diberikan kita kejayaan didunia dan diakhirat.

"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada ALLAH dan perhatikan apa yang kamu siapkan dalam diri kamu"

wallahualam.
semoga mendapat manfaat.

;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA